Kelab Greenboc |
- 1001 Misteri Semasa Najib Jadi PM
- Potret "Tangisan Doa Syahdu" Dibida RM6,000
- Kes Liwat 2 Adalah Konspirasi Politik Adalah Benar
| 1001 Misteri Semasa Najib Jadi PM Posted: 07 Aug 2010 10:36 PM PDT Rakyat diseru menolak Umno-Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti apabila kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak dilihat kian lemas dengan pelbagai isu yang ditakrif sebagai misteri dan tidak terjawab selepas tsunami politik 2008.Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata banyak persoalan yang melanda negara yang sehingga kini menjadi tanda tanya dan dianggap misteri disebabkan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban tidak diamalkan oleh Umno-BN. "Terbaru, kita dikejutkan dengan kematian dua orang pemimpin Umno yang dianggap misteri oleh media tapi sebenarnya banyak lagi perkara yang berlaku tetapi dibiarkan begitu sahaja tanpa jawapan yang sahih. "Kita lihat apabila Najib pergi bercuti, secara tiba-tiba bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik didakwa berhubung skandal Pelabuhan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ), pada yang sama juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengkritik gagasan 1Malaysia, ini juga satu misteri," kata Shamsul kepada Suara Keadilan. Menurut beliau, Umno-BN seolah-olah tidak boleh menyelesaikan banyak isu yang membabitkan negara menyebabkan pentadbiran Najib dianggap 'kerajaan penuh misteri'. Kata Shamsul keadaan ini telah memberi kesan buruk kepada ekonomi negara dan negatif terhadap imej negara di peringkat antarabangsa. "Banyak lagi perkara yang menjadi misteri seperti pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu apabila rekod kemasukkannya ke negara ini didapati hilang, malah motif pembunuhan yang sebenar juga masih tidak diketahui. "Sama juga seperti kes terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga misteri kerana laporan perubatan serta keterangan saksi utama, Saiful Bukhari Mohd Azlan tidak diberi. Lebih misteri apabila Saiful menjalinkan hubungan intim dengan ahli pasukan pendakwa raya, Farah Azlina yang menyebabkan saksi hilang kredibiliti sekaligus kes tersebut sebenarnya boleh dibuang," tegas beliau lagi. Tambahnya, apa yang berlaku jelas menunjukkan konspirasi politik apabila skrip yang sama pada 1998 diulang. Pengadu, Azizan Abu Bakar, bekas pemandu Anwar yang menjadi saksi utama dalam perbicaraan Fitnah I ketika itu telah ditangkap khalwat bersama pasangannya pada 15 September 1999 menyebabkan kes tersebut menjadi pincang. Ini kata Shamsul sekali gus membuktikan apa yang didakwa sebagai konspirasi untuk menamatkan karier politik Anwar adalah benar. "Sebab itulah, orang luar memberikan pandangan mereka secara sindiran dan sinikal kerana mendapati perbicaraan terhadap Ketua Pembangkang itu tidak mengikut saluran dan lunas undang-undang yang betul seperti yang diamalkan oleh negara yang bertamadun," ujar Shamsul yang merujuk kepada kenyataan Al Gore dan Paul Wolfowitz dalam akhbar ekonomi berpengaruh di Amerika Syarikat, The Wall Street Journal yang meminta kes terhadap Anwar digugurkan segera. Dalam artikel bertajuk "Malaysia's Opposition On Trial", Al Gore dan Wolfowitz mendesak kerajaan Malaysia meletakkan kepentingan hukum sebagai landasan dalam proses politik di mana elemen keadilan dan kebebasan saling bergantungan antara satu sama lain. Menurut mereka lagi, ia adalah peluang terbaik bagi Malaysia membuktikan bahawa sistem keadilan negara ini mempunyai kapasiti untuk berbuat sesuatu yang betul bukan sahaja untuk Anwar tetapi juga bagi jutaan rakyat Malaysia yang melihat Anwar sebagai jurucakap kepada segala aspirasi mereka. -SK |
| Potret "Tangisan Doa Syahdu" Dibida RM6,000 Posted: 07 Aug 2010 07:43 PM PDT Menurut ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Nik Aziz dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian untuk mendapatkan rawatan. "Beliau (Nik Aziz) mengalami kepenatan dan dihantar ke hospital, supaya mendapat rehat yang cukup dan tidak mendapat sebarang gangguan," kata Khalid. Namun tanpa kehadiran Nik Aziz, 79, popularitinya tetap menjadi tarikan kepada semua yang hadir dengan tiga buah potretnya berjaya mengumpul RM11,500 pada malam itu. Bidaan paling tinggi melalui potret beliau bertajuk 'Tangisan Doa Syahdu' dengan RM6,000 yang menjadi milik seorang isteri ahli perniagaan Rosinah Mohammad. Manakala dua potret beliau iaitu 'Seceria Suria Pagi' berjaya memungut masing-masing RM3,000 dan RM2,000 ketika bidaan berlangsung. Bidaan ini dilakukan untuk membantu Pakatan Rakyat (PR) mengumpul dana bagi pilihan raya umum akan datang. Selain potret Nik Aziz, turut menyaksikan kartunis terkena Zunar mendapat bidaan kartunnya sebanyak RM3,500. Pakatan melalui platform TIRAM ini menetapkan sasaran RM20 juta untuk mengumpul dana bagi membantu aktiviti dalam memberi kesedaran demokrasi terhadap orang ramai. Menurut Penasihat TIRAM Datuk Husam Musa, kutipan dana ini juga bagi mempromosikan agenda perubahan kepada orang ramai dengan mereka terus mendapat akses maklumat lebih baik mengenainya. "Jika mereka (Umno-Barisan Nasional) mengongkong media hasrat itu tidak akan berjaya. Maka kita di TIRAM perlu usaha bersepadu untuk mendekatkan jarak dengan menyediakan infrastruktur umum dengan pelbagai isu perubahan. "Dana TIRAM ini sebagai wadah untuk memurnikan demokrasi dan terus memberi maklumat kepada orang ramai tentang penyalah gunaan kuaasa serta porak peranda pemerintah kini yang memberi impak kepada rakyat. "Bukan sahaja di Semenanjung malah dana ini untuk rakyat di Sabah dan Sarawak," kata Husam ketika ucapan perasmiannya di stadium Melawati malam tadi. Dalam pada itu, TIRAM turut memberi sumbangan kepada beberapa keluarga mangsa termasuklah keluarga Aminurrasyid Amzah, A Kugan, Ibrahim Libya (Memali), Teoh Beng Hock dan lain-lain. Majlis perasmian itu menyaksikan kira-kira 30 wakil rakyat daripada Pakatan serta 12,000 orang hadir. TIRAM berjaya mengumpul lebih daripada RM35,000. -FMT |
| Kes Liwat 2 Adalah Konspirasi Politik Adalah Benar Posted: 07 Aug 2010 06:30 AM PDT Pihak Pembelaan Ada Asas Pertikai Keterangan Saiful Dalam MahkamahPihak pembelaan kes Fitnah II terhadap Ketua Pembangkang mempunyai asas kukuh untuk memohon bagi mempertikai atau 'impeach' terhadap segala keterangan yang diberikan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan di dalam mahkamah selama ini atas dakwaan beliau telah bersekongkol atau melakukan 'complicity' dengan pihak pendakwaan. Menurut pakar Perlembagaan, Dr Samarudin Rejab justeru itu permohonan pihak pembelaan untuk menggugurkan pertuduhan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sewajarnya diberi perhatian dengan serius oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memandangkan kes tersebut kini menimbulkan lebih banyak keraguan dan persoalan. Kata beliau pihak pembelaan sebelum ini sentiasa menyatakan bahawa tuduhan yang dibuat oleh saksi utama, Saiful merupakan satu konspirasi politik di peringkat tertinggi dan dakwaan hubungan sulit antara timbalan pendakwa raya, Farah Azlina Latif dan Saiful kini menguatkan lagi persepsi tersebut. "Apa yang menimbulkan persoalan, kes hubungan intim antara pengadu, Saiful dan ahli pasukan pendakwa raya, Farah Azlina dengan jelas menunjukkan bahawa konspirasi politik itu juga melibatkan pihak pendakwaan. "Oleh yang demikian, permohonan pihak pembelaan supaya segala tuduhan terhadap Anwar sewajarnya digugurkan," kata Dr Samarudin. Tambah beliau, agak aneh semua permohonan pihak pembelaan untuk mendapatkan maklumat dan keterangan daripada pihak pendakwaan terpaksa dipohon dan dirayu sehingga ke Mahkamah Persekutuan tetapi sebaliknya hubungan romantis antara saksi utama dan pihak pendakwa raya berkemungkinan besar telah mendedahkan segala dokumen kertas siasatan dan keterangan pihak pendakwaan kepada pihak ketiga. "Di manakah letak keadilan dari sudut perundangan di dalam kes ini?," soal beliau. -SK Ulasan GB UMNO BN bakal hancur lebur dengan konspirasi ini. Ini telah dibuktikan dimana di dalam pilihanraya 1999 iaitu selepas konspirasi liwat 1, pembangkang (semasa itu Barisan Alternatif) berjaya merampas banyak kerusi parlimen dan dua negeri jatuh kepada pembangkang. Hancurlah kamu UMNO BN selepas ini. |
| You are subscribed to email updates from Kelab Greenboc To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan