Ahad, 8 Ogos 2010

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Liwat 2 - Mengapa Muhyiddin Gelabah?

Posted: 08 Aug 2010 12:37 AM PDT


MENGAPA Muhyiddin begitu gelabah apabila mendengar bantahan dari negara luar terhadap perbicaraan kes Liwat II DS Anwar? Negara luar sememangnya ada hak untuk mengemukakan pandangan dan pendapat mereka berkaitan apa jua dasar atau ketidak adilan yang berlaku di dalam negara ini. Begitu juga negara kita sering memberikan pendapat dan respon terhadap apa yang berlaku di negara lain, contohnya seperti yang pernah berlaku terhadap pemimpin Myanmar dan Apartheid di Afrika.

Semua maklum bahawa negara luar tiada hak untuk campor tangan atas apa jua keputusan yang bakal diambil oleh negara ini, tetapi mereka punyai hak untuk bersuara kerana mereka bukan seperti `katak di bawah tempurung'. Kenyataan Muhyiddin di sini, yang kelihatannya amat gelisah apabila mengetahui negara luar telah tahu `tembelang' pemimpin negara ini amat menghairankan.


Apa yang penting, DS Anwar tidak merayu meminta tolong negara luar untuk membebaskannya dari tuduhan Liwat II yang rakyat negara ini sendiri pun tahu betapa songsangnya kes tersebut. Apa yang DS Anwar lakukan adalah memberi penerangan kepada dunia luar bagi membersihkan namanya dari fitnah kali kedua ini. Penerangan ini penting kerana DS Anwar adalah tokoh dunia yang terkenal dan pernah dinobatkan di antara 100 pemimpin dunia yang berpengaruh. Sekiranya Saiful Bukhari juga ingin membersihkan namanya, beliau juga boleh berbuat demikian ataupun beliau boleh bersumpah laknat di semua masjid di dalam dunia ini. Itu hak beliau.

DS Anwar pun tahu, negara luar tidak boleh mempengaruhi undang-undang di dalam negara ini walau sekuno mana sekalipun undang-undang di negara kita ini. Samada DS Anwar bersalah atau tidak nanti, yang paling penting adakah rakyat di dalam dan di luar negara percaya atau tidak dengan sistem kehakiman dan undang-undang yang diamalkan di negara kita. Di dalam kes Altantuya, dunia luar sendiri pun tertanya-tanya apa motif pembunuhan wanita Mongolia itu. Mereka juga pening bagaimana rekod kemasukan Altantuya boleh hilang secara `tiba-tiba'. Salahkah mereka meraguinya? Kita tidak boleh memperbodohkan dunia luar semata-mata kita sudah menjadi bodoh.

Justeru itu, Muhyiddin harus melihat kembali mengapa dunia luar sekarang semakin memandang serong ke atas sistem kehakiman di negara kita. Jika dikatakan DS Anwar adalah kesayangan Amerika, apakah DS Anwar juga kesayangan Ulamak terkemuka As Syeikh Yusoff

Qardhawi yang turut membantah fitnah ke atas DS Anwar?

eloy

Awang Selamat Naik Angin.. Kesian Dia..

Posted: 07 Aug 2010 10:13 PM PDT

Awang Selamat: Mahfuz paling menjijikkan, PAS paling dayus

Awang Selamat menyifatkan naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar sebagai pemimpin yang 'angkuh dan paling menjijikkan' kerana didakwanya suka menghina orang Islam.

PAS pula didakwanya sebagai parti yang 'paling dayus' meskipun menggunakan nama Islam kerana menolak permuafakatan dengan Umno tetapi sanggup bekerjasama dengan DAP

"Pedulikan golongan seperti itu, yang suatu hari akan menangis keinsaatan kerana merekalah sebenarnya yang mengkhianati perjuangan Islam," tulis Awang Selamat dalam ruangan Bisik-Bisik Mingguan dalam Mingguan Malaysia hari ini.


Awang Selamat juga hairan mengapa ramai pengimpin PAS menolak idea permuafakatan dengan Umno "kononnya kerana parti itu kurang Islam dan meletakkan banyak syarat".

"Anehnya PAS tidak menetapkan sebarang batasan kepada DAP dalam kerjasama mereka, malah asyik tunduk kepada parti tersebut yang secara terbuka menentang gagasan negara Islam.

"Pada Awang PAS menjadi parti paling dayus meskipun menggunakan nama Islam.

"Paling menjijikkan apabila ada pemimpin angkuh seperti Mahfuz Omar yang suka menghina orang Islam," tulis Awang Selamat lagi.

Sebaliknya, Awang Selamat mendakwa Umno terlebih dahulu merintis kerjasama dengan parti-parti kaum dan agama lain berdekad-dekad lebih awal berbanding PAS yang didakwanya "yang baru setahun jagung".

"Umno konsisten memerangi ekstremisme agama dan menjadi pelindung terbaik kepada penganut agama lain," tulisnya lagi.

Kes Liwat 2 Adalah Konspirasi Politik Adalah Benar

Posted: 07 Aug 2010 05:19 PM PDT

Pihak Pembelaan Ada Asas Pertikai Keterangan Saiful Dalam Mahkamah

Pihak pembelaan kes Fitnah II terhadap Ketua Pembangkang mempunyai asas kukuh untuk memohon bagi mempertikai atau 'impeach' terhadap segala keterangan yang diberikan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan di dalam mahkamah selama ini atas dakwaan beliau telah bersekongkol atau melakukan 'complicity' dengan pihak pendakwaan.

Menurut pakar Perlembagaan, Dr Samarudin Rejab justeru itu permohonan pihak pembelaan untuk menggugurkan pertuduhan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sewajarnya diberi perhatian dengan serius oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memandangkan kes tersebut kini menimbulkan lebih banyak keraguan dan persoalan.

Kata beliau pihak pembelaan sebelum ini sentiasa menyatakan bahawa tuduhan yang dibuat oleh saksi utama, Saiful merupakan satu konspirasi politik di peringkat tertinggi dan dakwaan hubungan sulit antara timbalan pendakwa raya, Farah Azlina Latif dan Saiful kini menguatkan lagi persepsi tersebut.

"Apa yang menimbulkan persoalan, kes hubungan intim antara pengadu, Saiful dan ahli pasukan pendakwa raya, Farah Azlina dengan jelas menunjukkan bahawa konspirasi politik itu juga melibatkan pihak pendakwaan.


"Oleh yang demikian, permohonan pihak pembelaan supaya segala tuduhan terhadap Anwar sewajarnya digugurkan," kata Dr Samarudin.

Tambah beliau, agak aneh semua permohonan pihak pembelaan untuk mendapatkan maklumat dan keterangan daripada pihak pendakwaan terpaksa dipohon dan dirayu sehingga ke Mahkamah Persekutuan tetapi sebaliknya hubungan romantis antara saksi utama dan pihak pendakwa raya berkemungkinan besar telah mendedahkan segala dokumen kertas siasatan dan keterangan pihak pendakwaan kepada pihak ketiga.

"Di manakah letak keadilan dari sudut perundangan di dalam kes ini?," soal beliau. -SK

Ulasan GB

UMNO BN bakal hancur lebur dengan konspirasi ini. Ini telah dibuktikan dimana di dalam pilihanraya 1999 iaitu selepas konspirasi liwat 1, pembangkang (semasa itu Barisan Alternatif) berjaya merampas banyak kerusi parlimen dan dua negeri jatuh kepada pembangkang.

Hancurlah kamu UMNO BN selepas ini.- Kelab Greenboc

Pelakon Filem Lucah Ini Bodoh Dan Bongkak

Posted: 07 Aug 2010 03:21 AM PDT

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana melabel negara-negara Islam sebagai tidak progesif dan korup.

Katanya, tuduhan itu mencerminkan kejahilan dan sifat bongkak pemimpin BN itu.
Chua pada Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star, semalam telah memberi tanggapan negatif kononnya negara-negara Islam itu "tidak progresif, korup, miskin dan terkebelakang"


Menurut Chua, apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing, kesannya akan wujud dasar-dasar yang tidak progresif.

Anwar berkata beliau tidak bercadang menghukum mereka yang menentang Islam, tetapi komen Chua dianggap keterlaluan dan begitu jahil berhubung situasi sebenar masyarakat Islam.

Anwar berkata Malaysia perlu diselamatkan bagi memastikan masyarakat Islam dan bukan Islam memahami dan menghormati agama dan budaya satu sama lain.

Tiada ulasan: