Komentar Kini |
| Bayaran pampasan berbeza satu sama lain Posted: 03 Aug 2010 04:56 PM PDT Ketika minum pagi di kedai kopi di wakaf Beruas Kuala Terengganu, saya diberitahu oleh orang Bukit Besar bahawa kerajaan Terengganu tidak berlaku adil pada rakyat. Mana ada kerajaan berlaku adil, terutama sekali pada rakyat yang sokong pembangkang.Inilah padahnya rakyat didahulukan, slogan omomg kosong Datuk Seri Mohd Najib perdana menteri Ke Enam. Memang tak adil, bayangkan tanah sawah yang diambil untuk dijadikan Bandar baru di Bukit Besar itu bayarannya berbeza satu sama lain. Pada hal status tanah sama tapi malangnya, ada yang dibayar setengah ekar sebanyak RM 180, bermakna RM 360, satu ekar. Manakala orang lain pula dibayar lebih rendah atau murah. Inilah yang menjadi rungutan penduduk kampong Bukit Besar dan sekitarnya sebagai tanda tidak puashati dengan pihak kerajaan yang memerintah sekarang. Tapi, itu dibayar juga walaupun murah. Yang malangya ada tanah orang kampong yang diambil untuk buat jalan tidak dibayar langsung.semacam ada unsur khianat yang amat sangat. Tengok caranya macam Yahudi merampas tanah orang Palestin. Tapi itu Yahudi Tak kan orang Melayu buat macam yahudi juga pada rakytanya sendiri Bukan setakat tidak dibayar pampasan, malahan dirampas begitu sahaja tanpa sebarang notis oleh pihak kerajaan yang diterajui oleh Datuk Ahmad Said. Nampak macam tidak benar, tapi ini adalah cerita benar dan bukan sangkaan atau rekaan. Boleh jalan siasatan sendiri jika rasa cerita ini tak betul. Cerita tiada niat untuk merosakkan reputasi menteri Besar. Tetapiu ia adalah cerita benar yang berlaku pada rakyat yang didahulukan menerima beban oleh kerajaan yang memerintah sekarang. |
| You are subscribed to email updates from Komentar Kini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan