D'Perbatasan |
- Harta Menteri BN rahsia negara!
- Menteri KDN perlu letak jawatan
- Berikan Kembali Hak Mahasiswa Berpolitik
- Nizar Di Singkir Dari DUN Perak
- Surat Cinta Buat Perdana Menteri
- Kes Mahasiswa UKM 4 Disambung 28 September
- Umno bertahan dengan tentera upahan
| Harta Menteri BN rahsia negara! Posted: 03 Aug 2010 08:04 AM PDT Ketua Pengarah SPRM menyebut adalah penting bahawa anggota kabinet mengisytiharkan harta atau aset mereka buat pengetahuan umum. Menurut kenyataannya beliau mahu mengusulkan agar kabinet Najib Tun Razak mengisytiharkan harta masing-masing pada umum.Sejurus pengumuman itu kita menjangkakan ia akan diterima secara positif oleh anggota kabinet kerajaan BN yang melaungkan slogan "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan", rupanya tidak. Saranan baik oleh Dato Seri Abu Kasim Mohamed itu rupa-rupanmya dipandang serong dan sepi oleh pimpinan "1 Malaysia". Menurut Hishamuddin Tun Hussien, saranan itu tidak sesuai. Katanya memadailah amalan sekarang iaitu anggota kabinet mengisytiharkan harta masing-masing kepada Perdana Menteri. Kata Hishamuddin lagi harta anggota kabinet adalah rahsia dan perlu dilindungi dari dipolitikkan oleh pihak lain. Malah kata beliau lagi kalau saranan ini mahu dilaksanakan ia melibatkan dasar kerajaan dan perlu dibincang dan diluluskan oleh kabinet. Amboi sampai begitu sekali sukar dan berahsianya anggota kabinet BN. Apa yang usasah dan berhasia sangat? Sedangkan di Selangor seawal 100 hari pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat, Menteri Besar tanpa susah-susah mahu merobah dasar atau mohon kelulusan telah mengeluarkan arahan agar semua anggota EXCO termasuk beliau sendiri mengisytiharkan harta masing-masing dan maklumat ini ditontonkan buat pengetahuan umum melalui laman web kerajaan negeri. Apa yang susah sangat? Kalau Pakatan Rakyat boleh mengapa BN tak boleh? Apa isitimewa sangat PM dan kabinetnya, sehingga harta mereka masing-masing merupakan rahsia negara? Jelas jika saranan Ketua Pengarah SPRM ini tidak mampu dilaksanakan, sahlah bahawa mereka ada sesuatu yang mahu disorok dari pengetahuan umum…..jangan rakyat dibodh-bodohkan dengan konon dasar kerajaan atau rahsia kerajaan. Samada isytihar atau memang mereka mahu menyorok sesuaut dari diketahui umum! Oleh Roslan sms |
| Menteri KDN perlu letak jawatan Posted: 03 Aug 2010 04:33 AM PDT Kami menyeru agar Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein meletak jawatan serta merta untuk bertanggungjawab ke atas tangkapan besar-besaran yang mencabul hak asasi rakyat yang dijamin Perlembagaan Persekutuan. Menteri Dalam Negeri pernah menyatakan pada hujung bulan Jun tahun ini bahawa rang undang-undang pindaan ISA akan dibentangkan di parlimen dan ia akan menjamin hak rakyat berhimpun secara aman. Beliau berkata, "Kalau berhimpun di bawah keadaan aman, kami tidak ada alasan mengenakan terlalu banyak batasan dan tidak membenarkan perhimpunan aman."Tetapi, kami berpendapat, tangkapan besar-besaran 1 Ogos telah bercanggah dengan janji kerajaan dalam pemindaan ISA, mendedahkan betapa munafiknya kerajaan dalam isu hak-hak sivil rakyat. Penangkapan yang berlaku pada malam kelmarin, ditambah pula dengan penahanan 589 orang dalam perhimpunan Anti-ISA pada tahun 2009, melonjakkan angka penahanan disebabkan bantahan terhadap ISA mencecah 625 orang. Bilangan yang mengejutkan ini menunjukkan bahawa kerajaan tidak berkompromi dengan hak perhimpunan aman yang telah diiktiraf oleh sejagat dunia, seolah-olahnya Malaysia telah memasuki zaman negara polis. Slogan "Rakyat didahulukan" telah menjadi janji kosong. Setelah Parlimen meluluskan rang undang-undang ISA pada 1960, ISA yang membenarkan tahanan tanpa bicara telah disalahgunakan untuk menindas parti pembangkang dan orang yang berbeza pendapat untuk mengekalkan kedudukan pemerintahan pakatan pemerintah. Sehubungan dengan ini, kami mendeksa kerajaan memansuhkan ISA tanpa sebarang syarat, bukan meminda ISA yang telah terpesong dari objektif asalnya. *Kenyataan media bersama oleh Toh Kin Woon (Presiden Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG), Wong Chin Huat (Pengerusi Writers Alliance for Media Independence) dan Liau Kok Fah (Pengerusi Jawatankuasa Hak Sivil Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor). |
| Berikan Kembali Hak Mahasiswa Berpolitik Posted: 03 Aug 2010 03:57 AM PDT Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 yang dianggap mengekang kebebasan dan zalim terhadap mahasiswa terus dihentam apabila Senator Dr Syed Husin Ali mengatakan adalah menjadi hak setiap pelajar institusi pengajian tinggi untuk melibatkan diri dalam urusan negara, termasuk perjalanan dan proses politik demokrasi, sama ada di dalam atau pun di luar kampus. Tambah Dr Syed Husin sebagai kelompok muda yang terpelajar, mahasiswa mempunyai peranan besar untuk menentukan masa depan negara ini. Malangnya akibat kekangan Auku, ia menyebabkan wujudnya budaya dalam kampus yang gagal untuk membentuk manusia yang mempunyai idealisme dan matang dalam membuat keputusan. "Apa yang penting sekarang adalah wujud perbincangan tentang kebebasan yang hendak diberikan termasuk kepada guru siswazah. Malah ada juga Menteri yang mengatakan pensyarah dan pelajar juga boleh berpolitik. Peliknya, masih lagi wujud tindakan keras yang diambil ke atas mereka," kata beliau pada sidang media di lobi parlimen selepas sesi soalan lisan dalam perbahasan Rang Undang-undang Rancangan Malaysia Ke-10 pagi tadi. Beliau yang juga Timbalan Presiden KEADILAN menjelaskan demikian kepada sidang media di lobi Parlimen, , hari ini. Berhubung kes 'UKM 4' yang melibatkan empat mahasiswa jurusan Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia yang didakwa dibawah Auku atas dakwaan terlibat dalam kempen politik semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu, Dr Syed Husin berkata sekiranya seseorang warganegara telah mencapai umur 21 tahun maka dibenarkan untuk mengundi. Ini bermakna larangan ke atas mahasiswa yang melepasi had umur kelayakan tersebut untuk menyokong, menghadiri program politik, berkempen mahu pun bertanding disifatkan tidak masuk akal dan tidak terpakai. "Apa yang menghairankan kehadiran mereka ke sana bukannya untuk menyertai pilihan raya kecil tersebut tetapi untuk menjalankan kajian berkaitan proses dan perjalanan pilhan raya di negara ini. "Sebagai pelajar jurusan Sains Politik, salah satu keperluan tugasan mereka adalah untuk hadir dan membuat kajian dalam pilihan raya," tambah beliau.Dr Syed Husin menegaskan kerajaan perlu sedar bahawa masa depan negara ini terletak di tangan golongan pelajar. Kongkongan terhadap hak dan kebebasan mereka akan mengganggu perkembangan sahsiah dan minda mereka. Oleh itu kata beliau amat wajar sekali jika Auku terus dimansuhkan. |
| Nizar Di Singkir Dari DUN Perak Posted: 03 Aug 2010 03:28 AM PDT Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin hari ini digantung dari persidangan dewan undangan negeri Perak selepas mengengkari arahan speaker, Datuk R Ganesan supaya duduk. ![]() NONEKetika membahaskan rang undang-undang usul perbekalan tambahan RM80 juta, masa yang diperuntukkan untuk Nizar selama 15 minit telah berakhir. Namun beliau terus berucap dalam nada yang kuat apabila pembesar suaranya dipadamkan. Sebelum itu, Nizar terus tidak mempedulikan arahan Ganesan agar beliau dirujuk sebagai 'Yang Yang Dipertua.' Nizar: Terima kasih Datuk Ganesan… Ganesan: Saya telah beri peluang untuk bahas. Tetapi jika ini berterusan saya akan ambil tindakan. Meskipun nama saya Ganesan, di Dewan ini, jawatan saya adalah Tuan Yang Dipertua. Nizar: Terima kasih Datuk Ganesan… Ganesan: Saya beri awak peluang terakhir! Nizar: Terima kasih Yang berhormat…[meneruskan ucapan] Dalam ucapannya, Nizar mendakwa RM50,000 digunakan oleh Zambry untuk diagihkan kepada cawangan MCA di Perak. Wang rakyat katanya, digunakan untuk tujuan parti. Rakannya dari DAP, Nga Kor Ming (Pantai Remis) yang marah dengan pendedahan itu kemudian melabelkan Zambry sebagai 'pelacur politik' yang kemudiannya sekali lagi menggamatkan dewan. NONENizar juga melemparkan tuduhan 'pengecut' ke atas BN kerana tidak membenarkan media menjalankan tugas kerana mematikan talian internet. Apabila masa 15 minit yang diperuntukkan berakhir, pembesar suara Nizar dipadamkan, namun beliau terus berucap dengan meninggikan suaranya. Khusaisi Abdul Talib (BN-Slim River) kemudian mula berucap dan dewan menyaksikan dua ADUN berucap pada masa yang sama. Nizar tidak menghiraukan arahan Ganesan supaya duduk dan tindakan itu memaksa beliau diarahkan keluar dewan. NONENamun Nizar enggan berbuat demikian. Bentara hanya berdiri di sebelahnya dan tidak cuba mengeluarkan menteri besar yang disingkirkan itu secara paksa. ADUN Manong, Datuk Ramly Zahari kemudian mencadangkan Nizar yang juga ADUN Pasir Panjang, digantung sebagai ahli Dewan dan cadangan itu disokong semua ADUN BN. Selepas pertikaman lidah kira-kira 30 minit, Nizar dan ADUN Pakatan Rakyat yang lain mengambil keputusan meninggalkan dewan. Sebelum itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sempat membentang usul perbekalan tambahan RM80 juta daripada kumpulan wang disatukan untuk perkhidmatan bagi bacaan pertama. Usul itu disokong ADUN Sg Rapat, Datuk Hamidah Osman. Oleh Hazlan Zakaria & Lee Way Loon |
| Surat Cinta Buat Perdana Menteri Posted: 03 Aug 2010 02:37 AM PDT ![]()
|
| Kes Mahasiswa UKM 4 Disambung 28 September Posted: 02 Aug 2010 09:41 PM PDT Prosiding diadakan secara tertutup semalam di dalam kamar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas selepas ditangguhkan dari pukul 8.30 pagi kepada 3 petang bagi mendengar hujah pihak pembelaan, pendakwa raya kerajaan dan UKM. Empat pelajar jurusan Sains Politik, iaitu Hilman Idham, Ismail Aminuddin, Azlin Shafina Adzha dan Woon King Chai ditahan pada 22 April lalu dalam satu sekatan jalan raya berhubung tuduhan menyokong parti politik semasa pilihan raya kecil di Hulu Selangor. Bagaimanapun, mereka menafikan tuduhan itu dan mendakwa berada di Hulu Selangor bagi tujuan kajian penyelidikan akademik. Peguam bela utama mereka, Malik Imtiaz Sarwar berkata, prosiding perbicaraan dalam kamar tersebut adalah bagi mendengar hujah pihaknya membantah Seksyen 15(5)(A) Auku yang didakwa bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. "Pihak pembelaan dalam hujah menegaskan bahawa seksyen tersebut bertentangan dengan Artikel 10(1) (A) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak kebebasan berekspresi dan hak untuk melibatkan diri dalam mana-mana organisasi yang tidak bersalahan dengan proses demokratik," kata Malik kepada Suara Keadilan. Malik memaklumkan, pihak pendakwaan mempertahankan akta tersebut dengan hujah adalah bukan sesuatu perkara yang pelik bagi Universiti untuk menghalang tindakan yang dianggap sah oleh Parlimen, seperti mana yang dikenakan ke atas empat pelajar terbabit. Beliau turut menjelaskan pihak responden iaitu UKM dan kerajaan Malaysia merujuk kepada peristiwa demonstrasi pelajar pada tahun 1974 sebagai sandaran hujah tindakan halangan yang diambil adalah perlu bagi keharmonian negara. Selain Malik, kumpulan pelajar itu juga diwakili peguam Haris Ibrahim dan Ashok Kandiah manakala pihak pendakwaan yang mewakili UKM diwakili oleh Datuk Shafie Abullah. "Apa yang dapat dipastikan adalah, perbicaraan di mahkamah ini akan menentukan adakah Parlimen mempunyai kuasa yang luas untuk meminda akta (Auku) tersebut atau pun mahkamah mempunyai kuasa yang terhad berkenaannya. Kita tunggu 28 September nanti," kata Malik lagi. |
| Umno bertahan dengan tentera upahan Posted: 02 Aug 2010 09:35 PM PDT Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan keberadaan Umno sehingga kini adalah kerana 'tentera upahan' yang dibayar untuk mempertahankan parti itu agar kekal berkuasa.Kenyataan Abdul Hadi ini dibuat dalam sessi sembang dengan beliau di pejabat Harakah semalam ketika negara sedang menyaksikan tindakan keras diambil oleh polis terhadap pelbagai program anjuran pelbagai pihak khasnya pembangkang. Ia dikatakan dibuat berdasarkan arahan agar menyekat semua program pembangkang termasuklah majlis memperingati 50 tahun ISA di seluruh negara dan Himpunan Warga Felcra Kebangsaan di Felcra Bandar Seberang Perak, Changkat Lada, Pasir Salak. 36 telah ditangkap polis di majlis memperingati ISA di seluruh negara termasuk di Kota Bharu manakala 16 di perhimpunan Felcra di Pasir Salak. "Umno sekarang hidup dengan tentera upahan. Mungkin kenyataan saya ini kasar sedikit tetapi itulah realitinya. Bukan aqidah atau ideologinya yang memenangkan Umno tetapi jentera kerajaan," kata Abdul Hadi. Bagaimanapun, beliau yakin, masyarakat tidak akan boleh ditipu Umno untuk selama-lamanya. "Apa yang perlu adalah kita sabar dalam perjuangan disertakan dengan kerja kuat. Sejarah pilihan raya khasnya pilihan raya kecil di negara ini membuktikan PAS akan menang di kawasan yang kita kuat dan banyak cawangan," katanya lagi. Beliau memberikan contoh kejayaan PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu dan Bukit Gantang kerana kerja kuat dan cawangan PAS yang banyak di situ. "Oleh itu, sebagai persiapan saya menyeru supaya PAS memperbanyakkan cawangan di seluruh negara. Kenapa Kelantan dan Kedah kita menang? Kerana di sana banyak cawangan PAS," kata beliau dalam pertemuan itu. Abdul Hadi menolak teori yang mengatakan pencapaian PAS akan merosot dalam pilihanraya umum ke 13 selepas berjaya besar dalam pilihan raya umum ke 12 lalu. "Saya tidak percaya kepada teori sebegini termasuk ramalan sotong. Saya yakin kalau kita kerja keras dan betul strateginya kita akan menang lebih besar dalam pilihan raya umum akan datang," katanya. Mengikut sejarahnya, kejayaan PAS akan turun naik dalam pilihanraya umum di mana pencapaian PAS akan jatuh dalam pilihan raya yang melibatkan persempadanan semula kawasan pilihan raya kerana BN sentiasa menggunakannya untuk kepentingan parti yang memerintah itu. Dalam pertemuan itu juga Abdul Hadi menyeru umat Islam di negara ini memberikan peluang kepada PAS pula untuk mentadbir negara bagi menggantikan Umno yang sudah diberi peluang lebih 50 tahun. "Melayu dan Islam tetap menjadi teras politik di negara ini. Sudah lebih 50 tahun Umno diberi peluang untuk mentadbir dengan konsep ketuanan Melayu berlandaskan sekularisme barat dan Islam hanya hadir tanpa kuasa. "Saya rasa sudah tiba masanya Melayu kembali kepada Islam dan memilih PAS untuk menggantikan Umno bagi mentadbir negara ini," kata Abdul Hadi. Beliau juga berkata, kerajaan BN sekarang sengaja memberikan subsidi kepada rakyat dalam keadaan yang sangat sedikit. "Subsidi ini sekadar untuk membolehkan rakyat hidup tetapi rakyat tidak boleh berlari. Ia sengaja dibuat untuk mengawal rakyat," kata beliau dalam pertemuan itu. |
| You are subscribed to email updates from DPerbatasan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Tiada ulasan:
Catat Ulasan