Selasa, 3 Ogos 2010

Biaqpila

Biaqpila


PERKASA: Malott 'budak jahat curi telur ayam'

Posted: 03 Aug 2010 03:00 PM PDT

Bukan sahaja mempertahankan kenyataannya yang menyifatkan John Malott sebagai bodoh dan tolol, Presiden Pertubuhan Perkasa Malaysia (PERKASA) Ibrahim Ali terus menyerang bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia itu.

Menurut Ibrahim, Malott telah memutarbelitkan kenyataannya dengan mendakwa beliau tidak memahami bahasa Inggeris.

NONE"Respons John Mallot pagi ini terhadap jawapan saya kepadanya tak intelek langsung. Macam budak jahat kena tangkap curi telur ayam.

"Sekarang orang Amerika dan seluruh dunia sedang ketawakan dia," kata Ibrahim (kanan) yang juga ahli parlimen Pasir Mas.

Dalam satu komentar di Malaysiakini hari ini, Mallot berkata beliau tidak menyalahkan Ibrahim yang menuduh beliau "tolol" dan "bodoh" kerana menyifatkan PERKASA sebagai kumpulan militan.

Katanya, ia berpunca apabila Ibrahim tidak boleh membezakan antara kata sifat dengan kata nama dalam bahasa Inggeris.

Mempertahankan label yang diberikannya, Mallot berkata beliau menggunakan perkataan 'militan' sebagai kata sifat - yang membawa maksud 'perwatakan yang agresif' atau 'semangat baja dalam perjuangan' dan Ibrahim patut menerimanya sebagai pujian.

Jelasnya apabila 'militan' digunakan sebagai kata sifat, perkataan itu tidak membawa maksud seseorang itu menggunakan keganasan.

Dalam satu kenyataannya melalui SMS hari ini, Ibrahim juga menolak campurtangannya dalam urusan NGO dan politik negara ini.

"Malaysia sudah merdeka sejak (tahun) 1957. Anak-anak Malaysia sudah tahu mengemudikan negara ini," katanya.

"Masalah di Amerika (sendiri) begitu banyak. (Sila) Komen dan selesai masalah di negara sendiri.

"Campur urusan negara orang adalah biadap dan kurang ajar, Mallot."

malaysiakini


Keputusan TM Liga Super 03/08/10 - Perlawanan Terakhir 2010

Posted: 03 Aug 2010 08:10 AM PDT







KEDAH 2 - 0 SELANGOR

PAHANG 3 - 0 JOHOR FC

TERENGGANU 1 - 0 KL PLUS

JOHOR 0 - 1 K.LUMPUR

PERLIS 2 - 0 N.SEMBILAN

KELANTAN 0 - 0 T.TEAM

PERAK 4 - 0 P.PINANG







PERLAWANAN MALAM INI MERUPAKAN PERLAWANAN TERAKHIR MUSIM 2009/2010



Celcom Berukband

Promote Your Page Too


Dia tau ka malu tu menatang apa?

Posted: 03 Aug 2010 07:00 AM PDT


Setiausaha Politik MB Selangor, Faekah Husin kata, Kerajaan Persekutuan harus ingat kemelut air di negeri ini bermula apabila Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dibenarkan menaikkan tarif air tanpa mengambil kira beban tanggungan rakyat yang masih merangkak di dalam kemelut ekonomi global.




Kerajaan Pusat bukan sahaja gagal membantu rakyat Selangor mendapatkan kemudahan air yang murah malah gagal mengambil tindakan ke atas Dr gigi si Khir Toyo yang telah memberi konsesi secara cuai kepada syarikat kroni. Kalau tengok pada cara Khir menandatangani perjanjian konsesi air dengan Syabas, dah tau dimana dan setakat mana sayangnya Khir pada rakyat Selangor di mana syarikat itu dibenarkan menaikkan tarif sehingga 37% pada 2009, 25% (2012), 20% (2015), 10% (2018) dan 5% (2021).





“Dr Khir sepatutnya merasa malu untuk bercakap soal kepentingan rakyat Selangor dalam apa-apa topik sekalipun, baik air mahupun pasir kerana kecuaiannya telah menghalang hak rakyat Negeri Selangor daripada mendapatkan perkhidmatan air yang terbaik,” ujarnya dalam satu kenyataan.





Tapi malaun ni tau ka malu tu menatang apa?


shalehudin

John...hang tertinggai keretapi la

Posted: 03 Aug 2010 05:00 AM PDT

Sedih....John Malott tertinggal keretapi.!



Marah betul mantan Duta Amerika Syarikat 1995-1998 John R Malott terhadap Presiden Perkasa Ibrahim Ali.


John Malott dalam kenyataan terbarunya tentang demostrasi dan penyerahan memorandum bantahan oleh Ibrahim Ali kepada Kedubes Amerika mengesyorkan agar Ibrahim Ali mempelajari Bahasa Inggeris lebih mendalam.


Nampaknya John Malott tertinggal jauh "keretapi".


Untuk pengetahuan John Malott, Ibrahim bukan sahaja "jahil" bahasa Inggeris bahkan Bahasa Melayu pun dia dah "lupa".


Bahasa terkini beliau adalah " Frogian Language". Ituah bahasa beliau. Bahkan beliau sedang mengadakan kelas bahasa itu kepada dua tiga orang MP Malaysia. Antaranya Bagan Serai dan Kulim.

Jika John Malott berhajat untuk masuk kelasnya, segeralah berdaftar sebelum PRU 13. Ini kerana kemungkinan besar kelas bahasa kelolaan Ibrahim akan berpindah ke Zoo Negara selepas PRU 13!

Cepat John...cepat John.

tokpepijat

Saman Ekor, Polis Jangan Jadi Mafia!

Posted: 03 Aug 2010 03:00 AM PDT



Oleh Mohamed Hanipa Maidin

Apabila kita bercakap tentang saman ekor kita sebenarnya bercakap tentang kegagalan pihak polis memahami prinsip keadilan asas di dalam undang-undang jenayah iaitu seseorang itu dianggap tidak bersalah kecuali dibuktikan bersalah. Prinsip ini boleh dikatakan bersifat sejagat dan dipakai di serata dunia.

Hakikatnya prinsip asas ini sahajalah yang boleh melindungi pencabulan hak rakyat oleh pihak Negara. Di dalam kes jenayah pendakwaan dilakukan oleh Negara .


Negara yang gagah kerana mempunyai segala sumber di dalam genggamannya seperti polis dan agensi-agensi lain dibenarkan oleh undang-undang untuk membawa rakyat yang lemah ke muka pengadilan. Rakyat yang lemah sudah tentu tidak berupaya untuk melawan Negara yang gagah dan perkasa serta kaya dengan segala sumber kekuatan dan prasarana. .

Oleh itu satu-satunya senjata yang boleh melindungi rakyat dari 'serangan" Negara adalah prinsip asas yang saya nyatakan tersebut iaitu seseorang dianggap tidak bersalah kecuali dibuktikan bersalah. Dengan bersandarkan prinsip ini rakyat boleh menyatakan kepada Negara lebih kurang begini " saya tahu kamu ( Negara ) ada segala kekuatan untuk membawa saya ke muka pengadilan , maka saya menuntut kamu wahai Negara untuk membuktikan bahawa saya benar-benar bersalah , kerana jika kamu tidak ada bukti untuk mensabitkan saya bersalah kamu janganlah menganggu kehidupan saya."

Amat malang saman ekor membunuh prinsip asas tersebut. Saman ekor memberi erti rakyat adalah dianggap bersalah maka rakyat yang kena buktikan bahawa mereka tidak bersalah.

Bagi saya saman ekor adalah manifestasi penyalahgunaan kuasa dan undang-undang bagi mendapatkan faedah kewangan secara tidak sah. Dengan kata lain saman ekor adalah jalan pintas bagi Negara di bawah BN untuk mengambil wang rakyat secara paksa. Kalau di zaman feudal raja yang zalim bertindak meminta rakyat membayar ufti bagi menjamin keselamatan mereka, maka saman ekor adalah ufti versi baru yang dikutip dari rakyat oleh "neo feudalist" dengan berselindung di bawah ketiak undang-undang yang dinamakan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyatakan bahawa pihak mereka akan tetap meneruskan saman ekor terhadap pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan lalu lintas . Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, tindakan itu untuk memberi pengajaran kepada pemilik kenderaan agar lebih bertanggungjawab. PDRM juga pada masa sama, menurutnya, akan menyenaraihipemilik kenderaan yang gagal melunaskan saman selepas tiga bulan notis diserahkan. Abdul Aziz berkata, tindakan tersebut selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 17 dan Seksyen 29 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Mengikut kedua-dua seksyen terbabit, polis dan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) boleh menyenaraihitamkan pemilik kenderaan sekiranya mereka masih ada urusan (saman) yang belum diselesaikan dengan polis atau JPJ, maka mereka tidak boleh memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini ( Utusan10/7/2010 )

Nampaknya pihak polis menafsir seksyen 17 dan seksyen 29 ( 1A ) Akta tersebut secara harfiah iaitu jika pemilik kenderaan yang memohon untuk memperbaharui cukai jalan [ seksyen 17 ] dan lesen memandu [ seksyen 29 ( 1A ) ] dan didapati mereka masih ada kes tertunggak dengan JPJ atau Polis berkaitan dengan pelanggaran atau kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau Akta Pelsesenan Kenderaan Perdagangan 1987 maka permohonan pembaharuan cukai jalan atau lesen memandu boleh ditolak.

Untuk pihak polis yang tidak terlatih di dalam bidang undang-undang sayugia diingatkan tidak semua peruntukkan undang-undang boleh dibaca secara harfiah kerana ada masanya jika kita membaca secara harfiah ia boleh memberi makna yang tidak munasabah sekaligus mewujudkan ketidakadilan.

Bagi pihak polis apabila pemilik ada saman ekor dan masih belum dibayar ia secara ipso facto ( dalam keadaan begitu ) bererti pemilik kenderaan dikira ada kes tertunggak dan sekaligus lesen memandu dan cukai jalan tidak boleh diperbaharui melainkan dibayar kompaun saman ekor itu terlebih dahulu.Tafsiran harfiah pihak polis tersebut jelas bertentangan dengan prinsip asas undang-undang jenayah yang saya sebut di awal artikel ini iaitu seseorang dianggap tidak bersalah kecuali dibuktikan bersalah.

Seksyen 17 dan 29 ( 1A ) bukan hanya bercakap tentang pemilik kenderaan mempunyai kes tertunggak dan kemudian full stop. Kedua-dua seksyen tersebut sebaliknya bercakap tentang pemilik kenderaan ada kes tertunggak berkaitan dengan pelanggaran dan kesalahan di bawah Akta.
Jadi kalimah yang penting di sini dan perlu diambil perhatian adalah kalimah " berkaitan dengan kesalahan dan pelanggaran Akta".

Persoalannya adakah hanya kerana seseorang dikenakan saman ekor maka ia secara automatik dikira bersalah di sisi undang –undang ? Kalau itu tafsiran polis maka tidak perlulah ada pendakwaraya, peguambela , Mahkamah atau juri. Lebih baik polis menjadi pendakwaraya, peguambela, mahkamah dan juri sekaligus.

Sudah tentu tafsiran yang munasabah adalah pelanggaran dan kesalahan yang dinyatakan di dalam seksyen 17 dam 29 (1A ) tersebut adalah semestinya bermaksud kesalahan dan pelanggaran yang telah dibuktikan mengikut prinsip dan prosedur undang-undang, Sebab itu di dalam undang-undang mereka yang ditangkap dipanggil suspek manakala mereka yag didakwa di mahkamah dipanggil tertuduh. Hanya setelah tertuduh didapati bersalah barulah orang yang dituduh itu dipanggil orang yang bersalah dan hanya orang bersalah baru layak dihukum sama ada hukuman denda atau penjaran atau sebagainya.

Jika kita ikut logik polis di dalam kes saman ekor mereka yang disaman itu adalah dikira orang bersalah yang demikian ia wajib membayar denda/kompauan jika tidak akan disenaraihitamkan.
Sesuatu kesalahan atau pelanggaran undang-undang hanya boleh dibuktikan di Mahkamah mengikut lunas undang-undang. Ini bermakna hanya seseorang itu dikenakan saman ekor tidak boleh dengan sendirinya membawa maksud beliau bersalah kerana kesalahan itu perlu dibuktikan terlebih dahulu.

Polis menyatakan bahawa pengguna yang disenarai hitam adalah mereka yang melakukan dua kesalahan iaitu memandu melebihi had laju serta melanggar lampu isyarat.Polis menyatakan bahawa pihak mereka mempunyai bukti seperti rakaman gambar kesalahan setiap pengguna sebelum mengeluarkan saman tersebut . Polis menyatakan bahawa sekiranya pemilik kenderaan itu tidak memberi sebarang maklum balas, maka pihak polis beranggapan pemilik terbabit benar melakukannya dan diminta untuk membayar saman berkenaan.

Jawapan kita tentang alasan tidak cerdik polis itu mudah sahaja. Kalau polis mendakwa mereka ada bukti mengapa polis tidak berani bawa bukti tersebut di Mahkamah iaitu dengan mendakwa orang yang melakukan kesalahan tersebut. Hanya kerana polis menyatakan ada bukti tidak bermakna bukti tersebut mesti diterima oleh Mahkamah. Berapa banyak kes yang polis bawa bukti tetapi Mahkamah tolak bukti tersebut yang mengakibatkan kes ditolak oleh Mahkamah.

Polis kena faham sebarang bukti yang mereka katakan itu hanyalah bukti yang belum diuji lagi. Maka kaedah untuk menentukan sama ada bukti itu boleh diterima atau tidak, pihak yang disaman ekor itu mestilah diberi peluang untuk mempertikaikan bukti polis itu dan ini hanya boleh dilakukan di Mahkamah. Meminta orang membayar denda/kompaun dalam keadaan ia belum dibuktikan bersalah adalah satu peras ugut. Peras ugus adalah kerja mafia bukan polis !

peguampas.blogspot.com

Ditembak dalam kereta: Bekas ADUN Selangor dan pembantu wanita maut

Posted: 03 Aug 2010 01:07 AM PDT









Gambar kereta yang dinaiki mangsa merempuh pembahagi jalan.
Foto: mazidulakmal & ondscene


2010/08/03

PETALING JAYA: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, 64 dan pembantunya, Siti Norazah, 43, mati ditembak ketika sedang memandu.

Kereta yang dinaiki mereka merempuh pembahagi jalan. Polis turut menemui sepucuk pistol berisi peluru di dalam kereta mangsa.

Kejadian berlaku di KM476 Lebuhraya Utara-Selatan pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, siasatan awal polis mendapati terdapat kesan tembakan di kepala kedua-dua mangsa.

"Siasatan juga mendapati tembakan dilepaskan dari bahagian dalam kenderaan yg dinaiki mangsa, siasatan lanjut masih dijalankan," katanya yang dipetik melalui status Facebook yang dikemaskini kira-kira pukul 1.30 petang, pada Selasa.

Mayat kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh.

Abdul Aziz mewakili Barisan Nasional (BN) bagi kerusi DUN Permatang sebelum digugurkan pada pilihan raya umum ke-12 yang lalu dan digantikan dengan muka baru, Sulaiman Abdul Razak.

Berikut laporan dari blog Ondscene:

KM455-7
Lebuhraya Plus
arah Utara
selepas Restoran Jejantas Sg Buloh
3 Ogos 2010
11 pagi

foto-foto kejadian menyusul

Kejadian ini dipercayai berlaku kira-kira jam 11 pagi tadi.

Butiran sebenar kes, akan saya update.

Ia membabitkan bekas Adun Permatang, Dato ABdul Aziz Mohd Nor , 63 tahun ditemui maut di dalam Toyota Caldinanya.

Seorang wanita, Siti Rohana Ihsamat, 43 tahun, yang juga dipercayai pembantu peribadinya, juga ditemui maut di dalam kenderaan ini.

Terdapat dua kesan tembakan pada kepala mangsa.

Kereta ini ditemui terbabas dan merempuh besi pembahagi lebuhraya.

Mayat dihantar ke Hospital Sg Buloh untuk bedah siasat.

Bedah siasat sedang dilakukan dan punca sebenar kematian akan diketahui.

Polis turut menemui sepucuk pistol jenis revolver di dalam kereta ini bersama lesen memiliki senjatapi dan peluru

Pistol ini disahkan milik Dato Abdul Aziz.



Jaga Keselamatan Negara Bukan Keselamatan Umno

Posted: 02 Aug 2010 11:00 PM PDT



Parti Islam Se-Malaysia PAS membantah sikap primitif dan tidak bertamaddun polis yang bertindak kasar terhadap ceramah dan himpunan aman yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat di negara ini

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, antaranya tangkapan dan gangguan ceramah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Rengit Batu Pahat pada 31hb Julai 2010.

"Polis bertindak mengosongkan pentas, merampas pembesar suara dan menghalau penyokong dari tapak ceramah, Sekurang-kurang-kurangnya 9 ditangkap terdiri dari 7 lelaki dan 2 wanita.. Polis juga didakwa bertindak mengoyakkan 'backdrop' penganjur yang digantung di pentas utama,"katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Isnin, 2 Ogos.

(Gambar Fail - keganasan polis ketika menyuraikan himpunan awam)

Menurutnya, perkara yang sama terjadi di Himpunan Warga Felda Kebangsaan di Changkat Lada, Pasir Salak, dimana seramai 30 orang termasuk 10 anggota Unit Amal telah ditahan polis pada 1 Ogos 2010.

"Manakala 1hb Ogos 2010 , himpunan di. upacara menyalakan lilin anti ISA di Padang Timur berhampiran bangunan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) seramai 29 orang ditangkap, 21 lelaki dan 8 perempuan,"jelasnya.

Sehubungan itu, Ustaz Idris melahirkan rasa sungguh kecewa terhadap tindakan yang dilakukan oleh polis.

"Ketika kadar jenayah meningkat, buang anak menjadi-jadi. Manakala pihak polis sanggup memerah otak untuk menyekat rakyat mendapat maklumat yang sebenar. Adalah tidak adil ketika media elektronik kerajaan BN memfitnah Kerajaan Pakatan Rakyat, tetapi Pakatan Rakyat tidak dibenarkan menjelaskan cerita yang sebenar,"tegasnya

Oleh itu, PAS mengharapkan polis perlu menjaga keselamatan negara, bukan keselamatan Umno. Bertindaklah secara professional, beri keutamaan kepada apa yang patut dilakukan untuk kepentingan rakyat dan negara bukan untuk kepentingan Umno BN.

Menurut Ustaz Idris lagi, PAS yakin tindakan ini sebagai satu usaha, kerana Umno sudah berada penghujung hayat, kerana apa yang dikhabarkan oleh Umno, rakyat tidak percaya. Maka satu jalan sahaja yang ada kepada mereka ialah menggunakan kuasa dengan mengarahkan pihak polis menganggu ceramah PAS dan Pakatan Rakyat.

Justeru, PAS yakin tindakan yang dibuat oleh polis bukan rakyat semakin takut, malahan semakin benci dengan Umno/BN, dan yang paling kita bimbang moral dan emej polis akan tercalar di mata rakyat. Sekiranya Pakatan Rakyat memerintah di peringkat pusat, kesemuanya mereka yang bertindak secara tidak profesional akan dihadapkan ke pengadilan.

BO

Laman filem lucah ditayang di Parlimen Indonesia

Posted: 02 Aug 2010 09:00 PM PDT


GAMBAR yang disiarkan oleh akhbar Kompas.com menunjukkan laman web lucah pada skrin maklumat terkini politik di depan bilik wartawan di Dewan Perwakilan Rakyat di Jakarta semalam.

JAKARTA - Laman filem lucah yang disiarkan pada skrin perkhidmatan maklumat di Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) iaitu Parlimen di Indonesia telah menggemparkan wartawan-wartawan dan birokrat semalam.

Skrin perkhidmatan itu pada kebiasaannya menyiarkan berita terkini mengenai politik di negara tersebut.

Imej laman filem lucah yang diambil daripada Internet itu berlangsung selama 15 minit sebelum pengawal keselamatan berjaya menutupnya.

Setakat ini, tidak jelas bagaimana imej kurang sopan itu boleh muncul di skrin.

Namun Speaker Parlimen, Marzuki Alie menegaskan bahawa sesiapa yang didapati bertanggungjawab berhubung kesilapan tersebut akan dihukum.

"Sesiapa yang menggodam skrin ini bersikap kurang ajar dan akan dihadapkan ke pihak berkuasa," katanya.

Insiden itu pastinya memalukan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono yang baru-baru ini menyokong gesaan agar kawalan ke atas Internet diperketatkan berikutan timbulnya skandal video seks melibatkan tiga selebriti terkenal negara berkenaan iaitu penyanyi band Peterpan, Ariel dengan pengacara Luna Maya dan Cut Tari. - Agensi

kosmo

Selamat bercuti Perdana Menteri

Posted: 02 Aug 2010 07:00 PM PDT




Assalammualaikum YAB Perdana Menteri;
Dengar khabar sedang bercuti;
Bercuti pula diluar negeri;
Ini adalah nukilan buat Datuk Seri.

Rakyat menghadapi inflasi yang tinggi;
FDI pula merudum lagi;
Jenayah kian menjadi-jadi;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri....

UPSR + PMR tak menentu lagi;
Dikurangkan pulak rakyat punya subsidi;
Harga petrol/desil gas masak dan gula naik lagi;
RM222 juta kepada Kuala Dimensi Kerajaan kasi;
Perdana Menteri bercuti di luar negeri .....

Kasihan Mak Tijah hidup sendiri;
Bajetnya sekadar pencen arwah suami;
Barangan keperluan pula melambung tinggi;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri....

Muthusamy pergi kerja setiap hari;
Dia kerja bawa teksi;
Mengeluh dia minyak sekarang kurang subsidi;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri.....

Ong sekarang senyum sendiri;
PKFZ punya hantu sudah mali;
Ling Liong Sik punya trial sandiwara lagi;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri.....

Joseph mengeluh sekali lagi;
Apa sudah jadi kes Project M d Sabah ni;
Pendatang haram pun dapat IC;
Kepada BN undi mereka beri;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri ....

Kasihan Kaum Penan d bumi sendiri;
Tanah serta hutan mereka sudah menjadi milik kroni;
Nak hidup macam mana mereka nanti;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri;
Bercuti bukan dengan duit sendiri;
Ambil duit rakyat dan negeri;
Inilah KPI Perdana Menteri.



Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS.


Saman ekor: PAS gesa JPJ hapuskan senarai hitam

Posted: 02 Aug 2010 05:00 PM PDT


KUALA LUMPUR, 2 Ogos – PAS akan menganjurkan Kempen Anti Saman Ekor di seluruh negara untuk mendidik orang ramai tentang kesan sistem itu yang dianggap sebagai menjadi punca menyebabkan kenderaan disenarai hitam semasa hendak diperbaharui cukai jalan.


Kempen di ibu negara pada 9 dan 10 Ogos ini dimulakan dengan sesi bertemu mangsa saman ekor bagi memberi penerangan kepada mereka dari sudut undang-undang mengenai tindakan dikenakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis.


Penganjur kempen itu juga mahu mengadakan pertemuan dengan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Chong Ko Ha dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.


Kempen yang julung kali diadakan ini akan dipengerusikan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) manakala ADUN Paroi Taufek Ghani sebagai timbalannya.


Ia akan bergerak dari negeri ke negeri bagi menyedarkan orang ramai tentang perkara tersebut selain meminta Kementerian Pengangkutan melalui JPJ menghapuskan sistem menyenarai hitam kenderaan.


“Kami berharap pihak menteri tidak ada masalah dengan pertemuan ini kerana isu ini melibatkan rakyat secara keseluruhannya.


“Kami minta pihak Kementerian Pengangkutan membuat keputusan bijak dengan mengarahkan JPJ membatalkan senarai hitam dan izinkan orang ramai untuk perbaharui cukai jalan,” kata beliau selepas pelancaran Kempen Anti Saman Ekor di ibu pejabat PAS di sini hari ini.


Mahfuz juga menyifatkan tindakan JPJ menyenarai hitam pemandu yang diberikan saman 'ekor' sebagai melanggar perlembagaan persekutuan.


Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, peruntukan mengeluarkan saman ekor atau saman diposkan ke rumah tiada dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Menurut beliau, mengikut Seksyen 115 akta ini, polis sepatutnya memberikan notis tujuh hari sebelum mengeluarkan saman kepada pemilik kenderaan yang didapati melanggar peraturan lalu lintas sebelum diberi peluang hadir di hadapan hakim untuk perbicaraan.


Namun realitinya, ramai pemilik yang tidak tahu langsung mereka disaman dan nama mereka telah disenaraihitamkan JPJ.


Mahfuz dengan yakin menyatakan tindakan JPJ itu salah kerana agensi itu tiada langsung kuasa untuk menyenaraihitam individu sesuka hati kerana tidak mengetahui diri disaman.


“Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan seseorang itu tidak boleh dihalang haknya pada harta sendiri,” katanya.


Mahfuz merujuk dalam kes dua tahun lalu di Kuching di mana kes Lim Yew Chong melawan JPJ Sarawak di mana hakim mahkamah tinggi Sarawak menggunakan alasan ini untuk memberikan hak Lim memperbaharui cukai jalannya.


“JPJ sepatutnya agensi yang mengutip hasil cukai jalan di negara ini. Yang peliknya, dalam hal ini mereka menghalang orang membayar cukai. Mereka bertindak macam ejen polis,” katanya.



TMI

Tiada ulasan: