Kerabu Bersuara ® |
- Nik Aziz pertahan anggota Parlimen Teo
- Tol percuma, diskaun sehingga 20 peratus pada 31 Ogos
- Saifuddin perjelas MT Umno 30 alasan nafi hak mahasiswa berpolitik
- PAS: BN serang MP Serdang guna isu ‘murahan’
- Legenda bola sepak Isa Bakar meninggal dunia
- Berhemah di Ramadan
- Pemuda Umno Selangor serah memo kepada MB
- Bilakah kemelut dalaman UMNO Kedah berakhir?
- Awang Adek: Dinar hanya boleh disimpan bukan diniaga
- Strategi Khatib Pak Ya Mat Mengena!
- Kenyataan Media Penjelasan Isu Surau Al-Huda Oleh MP Serdang
- Kerajaan Umno-BN habis RM12.9 juta, tapi enggan daftar pemilih automatik
- 53 tahun berkuasa, PM & MB Melayu, apa mereka buat?
- Abdullah Badawi: Wakil rakyat perlu lebih sensitif hal agama
- Masjid dan surau perlu rujuk majlis agama untuk benarkan bukan Islam masuk
- Meskipun Jeffrey gesa batal, Anwar teruskan lawatan Sabah
- MP Serdang sembah penjelasan, permohonan maaf kepada Sultan
- Kes 12 pemimpin Sabah digantung
- Umno tentang Majlis Fatwa
- Kakitangan awam Kedah juga dapat RM500
- Ke mana perginya berbilion-bilion ringgit peruntukan DEB?
- Terpesona Dengan Umno Sampai Kebas Otak
- Kenapa takutkan dinar emas dan dirham?
| Nik Aziz pertahan anggota Parlimen Teo Posted: 28 Aug 2010 08:01 AM PDT KOTA BARU, 28 Ogos — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempertahankan tindakan anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lepas. Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Parlimen tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam. "Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam," kata Nik Aziz (gambar) kepada pemberita, di sini hari ini. Beliau diminta mengulas tindakan Anggota Parlimen DAP itu yang menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat utama surau terbabit. Tindakan Teo itu menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Majlis Agama Islam Selangor menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut. Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz berkata tindakan itu dilihat ganjil kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama sedangkan pada zaman Nabi Muhammad SAW baginda mengajak orang kafir Quraisy tinggal di dalam masjid termasuk dibenar tidur, makan dan minum. "Cuma apa yang dilihat (benda) itu sebagai pelik di zaman ini menunjukkan umat Islam kita terlalu jahil dengan agama," katanya. Nik Abdul Aziz sebelum itu hadir berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 174 penghuni rumah anak yatim Puteri Harapan Taman Sabariah. — Bernama |
| Tol percuma, diskaun sehingga 20 peratus pada 31 Ogos Posted: 28 Aug 2010 07:50 AM PDT GEMAS, 28 Ogos — Sempena ulang tahun ke-53 kemerdekaan negara, empat syarikat konsesi lebuh raya negara bersetuju memberi diskaun 20 peratus manakala sebuah lagi syarikat konsesi iaitu Lingkaran Transkota Sdn Bhd (Litrak), memberi laluan tol percuma kepada pengguna Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP). Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata tol percuma untuk pengguna LDP akan bermula dari jam 12.01 pagi 31 Ogos sehingga tengah malam hari kemerdekaan. Beliau berkata tol percuma ini diberi kepada semua jenis kenderaan termasuk kenderaan perdagangan seperti teksi, bas dan lori. Sebanyak 450,000 kenderaan yang menggunakan LDP bakal menikmati pemberian tol percuma itu, katanya kepada pemberita di majlis berbuka puasa dan penyampaian bantuan Ramadan Parlimen Tampin dan Umno Bahagian Tampin di Kampung Bangkahulu, Gemas hari ini. "Ini merupakan julung kali sebuah syarikat konsesi memberi tol percuma kepada rakyat negara ini dan langkah ini diharap menjadi ikutan syarikat-syarikat konsesi yang lain," kata Shaziman. Sementara itu, tiga syarikat konsesi lain iaitu Plus Expressway Berhad (Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Seremban-Port Dickson), Linkedua Sdn Bhd (Johor Baharu ke Singapura) serta Elite Sdn Bhd (Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah) bersetuju memberi diskaun 20 peratus pada 31 Ogos dan 1 September ini. Kata Shaziman, pemberian diskaun tol itu hanya untuk pengguna lebuh raya kelas pertama sahaja (kereta persendirian). Diskaun 20 peratus itu hanya akan diberi kepada pengguna yang melalui lebuh raya berkenaan dari jam 12 tengah malam hingga 7 pagi pada 31 Ogos dan 1 September. "Hari siang iaitu dari jam 7 pagi hingga 12 tengah malam tidak akan ada diskaun," katanya. Diskaun itu bersifat 10+10 peratus kerana pengguna lebuh raya berkenaan sudah sedia menikmati diskaun sebanyak 10 peratus jika melalui lebuh raya itu pada tengah malam. Katanya bagaimanapun di lebuhraya Linkedua yang menghubungkan Johor dan Singapura, diskaun itu tidak akan dinikmati oleh pengguna lebuh raya yang memasuki Tol Tanjung Kupang. Ketika ditanya sebab masih ada syarikat yang tidak memberi diskaun, beliau menjawab: "Ini baru langkah pertama, kita tidak boleh memaksa mereka. Lama kelamaan syarikat lain akan mengikuti jejak langkah yang diambil oleh keempat-empat syarikat ini." Beliau berkata langkah itu juga merupakan salah satu cara untuk syarikat-syarikat konsesi menunjukkan sokongan mereka kepada rakyat Malaysia selepas mendapat banyak keuntungan daripada perjalanan yang dibuat oleh mereka. "Kita berharap diskaun yang sama akan diberi semasa cuti perayaan pada Aidilfitri, Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina," katanya. — Bernama |
| Saifuddin perjelas MT Umno 30 alasan nafi hak mahasiswa berpolitik Posted: 28 Aug 2010 07:00 AM PDT Oleh G. Manimaran KUALA LUMPUR, 28 Ogos — Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah membentangkan 30 alasan yang sering digunakan untuk menghalang pelajar institusi pengajian tinggi dan pensyarah menyertai politik secara aktif. Dalam penjelasan panjang lebar kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno semalam, Saifuddin berkata, alasan bahawa pelajar akan mengalami gangguan tumpuan dalam pengajian mereka dengan menyertai politik luar adalah tidak benar sama sekali. "Kalau begitu, orang yang sudah bekerja pun tidak boleh berpolitik sebab takut mengganggu kerja mereka," kata beliau dalam kertas kerja yang dibentangkan pada mesyuarat MT semalam. "Punca utama pelajar terganggu akademiknya adalah faktor lain. "Ada pelajar yang tidak aktif apa-apa pun, tetapi masih terganggu juga akademiknya oleh pelbagai faktor lain seperti 'clubbing', putus cinta, murung dan sebagainya," kata beliau. Cara berfikir itu, menurut beliau, samalah dengan yang menuduh kokurikulum menyebabkan akademik terganggu dan premis ini telah ditolak oleh kajian, antara penyelidikan kendalian Universiti Harvard. Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Saifuddin memberitahu, kertas kerja 80 perenggan itu dengan terperinci menjelaskan pandangan alam, cadangan, matlamat utama, halangan, perkembangan semasa, langkah kehadapan dan faedah membenarkan pelajar IPT berpolitik. "Kertas itu juga menyenaraikan 30 alasan yang menentang cadangan saya itu dan menjawabnya dengan kemas satu persatu," kata Ahli Parlimen Temerloh ini. Saifuddin berkata, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak sekali lagi memperlihatkan sikap terbuka beliau untuk membincangkan idea membenarkan mahasiswa berpolitik. "Saya memuji kenyataan Datuk Seri Najib di mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam bahawa waaupun Kabinet telah membuat keputusan melarang pelajar IPT berpolitik, namun beliau terbuka untuk membincangkannya. "Datuk Seri Najib jelas memahami realiti politik semasa yang meraikan perbincangan idea-idea," kata beliau. Saifuddin berkata, Najib yang juga Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) juga dapat menyelami minda dan imaginasi belia terhadap politik. "Sikap beliau ini amat signifikan dalam mematangkan demokrasi negara. Inilah corak kepemimpinan politik yang dinanti-nantikan oleh belia kita," katanya lagi. Najib juga menyatakan sikap terbuka berhubung idea itu ketika pertemuan Makmal Pemuda BN di ibu negara pagi semalam. Akhir bulan lalu, Saifuddin memberitahu,idea membenarkan mahasiswa dan pensyarah politik akan dibawa ke mesyuarat MT untuk mendapatkan sokongan. Bagaimanapun Kabinet dalam mesyuaratnya tiga minggu lalu telah menolak idea berkenaan. Menjelaskan lanjut alasan-alasannya dalam kertas kerja itu, Saifuddin juga menyangkal bahawa pelajar tidak atau belum matang. Katanya, definisi matang digunakan dalam undang-undang. "Contohnya, dalam kes rogol, wanita berumur 16 tahun dikira matang untuk melakukan hubungan seks; dalam kes jenayah, orang berumur 18 tahun tidak lagi dibicarakan di mahkamah juvana; dan orang berumur 21 tahun layak mengundi. "Jika wanita berumur 16 tahun dikira matang untuk melakukan hubungan seks dan seseorang berumur 18 tahun dikira matang untuk berhadapan dengan undang-undang jenayah, dan katakanlah kedua-duanya tidak memiliki kelayakan untuk menjadi pelajar IPT, maka, adakah wajar untuk mengatakan bahawa pelajar IPT, yang lulus SPM atau STPM atau setaraf dengan cemerlang dan mendapat CGPA yang cemerlang di IPT, adalah tidak matang jika dibandingkan dengan mereka?" katanya. Dalam hal yang lain, kata beliau, sebaik sahaja seseorang itu melangkah keluar dari IPT dan menjadi guru siswazah, maka, beliau bukan sahaja dibenarkan menjadi ahli parti politik, malahan dibenarkan juga memegang jawatan dalam parti politik. "Tetapi, beberapa detik sebelum itu, orang yang sama dianggap tidak matang? "Apabila berumur 21 tahun, pelajar IPT dianggap layak mengundi dalam pilihan raya umum, tetapi, pada masa yang sama dianggap tidak layak menjadi ahli parti politik yang dipangkahnya itu?" katanya lagi. Saifuddin berkata, jika alasan bahawa biarlah mereka memilih parti politik yang mereka suka selepas tamat belajar, kerajaan perlu melewatkan umur mengundi pelajar iaitu hanya boleh membuang undi selepas keluar IPT. Malah beliau menolak tanggapan cerita-cerita tentang keburukan akibat pelajar aktif berpolitik, contohnya demonstrasi yang merosakkan harta benda. "Cerita tentang demonstrasi perlu adil. "Janganlah kalau ia melibatkan orang kita, maka demonstrasi dibolehkan, tetapi kalau melibatkan orang lain, maka demonstrasi tidak dibolehkan. "Cerita merosakkan harta benda itu perlu diteliti. Contohnya, pelajar dituduh lari ke dalam masjid dengan tidak menanggalkan kasut. Logiknya, kalau dikejar, manalah sempat hendak membuka kasut!" katanya. Jelas beliau, pelajar yang berlindung dalam masjid dituduh memecahkan tingkap kaca. "Sebenarnya, tingkap kaca pecah terkena gas pemedih mata yang ditembak dari luar masjid ke arah pelajar. Ini adalah teknik menakutkan-nakutkan untuk membina 'culture of fear' yang tidak baik untuk pembangunan negara," katanya lagi. Beliau juga menyangkal bahawa pelajar-pelajar IPT sudah diberi ruang berpolitik melalui politik kampus. "Politik kampus memang wujud. Sebenarnya, ia perlu ditingkatkan, misalnya dengan membenarkan pelajar melaksanakan sendiri pilihan raya kampus iaitu seperti yang berlaku di sesetengah IPTS kita dan di banyak universiti terbaik di luar negara," katanya. Saifuddin berkata, isu sekarang ialah mengiktiraf hak mereka sebagai warganegara yang dijamin oleh Perlembagaan. "Politik kampus adalah terhad kepada aktiviti kokorikulum. Penglibatan pelajar dalam politik yang lebih luas akan menyuburkan lagi idealisme mereka dan akan dapat membantu mereka apabila berhadapan dengan dunia pasca-IPT," katanya lagi. Berhubung alasan bahawa pelajar akan diperkuda oleh pemimpin-pemimpin politik luar jika menjadi ahli parti, Saifuddin menyoal "siapa suruh pelajar jadi kuda?" "Jadilah penunggang," katanya. Oleh sebab itu, kata beliau, negara harus memberi peluang kepada pelajar sebab mereka adalah sebahagian daripada masyarakat sivil. "Kenyataan-kenyataan sebegini merendahkan keupayaan intelek pelajar. "Sebenarnya, menyekat hak politik pelajar juga merupakan langkah memperkudakan pelajar iaitu membuat pelajar tidak boleh bersuara secara politik," katanya. Selain itu jelas beliau, tidak ada sesiapa yang mengatakan pelajar perlu mengurangkan fokus ke atas pelajaran. Malah matanya, tidak ada data empirikal menunjukkan pelajar gagal dalam pelajaran disebabkan berpolitik. "Ramai yang berpolitik di kampus yang berjaya pada hari ini. "Ada juga yang tidak berpolitik semasa di kampus yang hari ini tidaklah berjaya sangat. Matlamat ke universiti ialah untuk menjadi insan yang baik, termasuk dalam bidang politik," katanya. Alasan-alasan lain dijawab Saifuddin ialah: ALASAN: Politik kampus adalah ruang pelajar mengangkat idealisme pelajar sedangkan politik luar akan membunuh idealisme tersebut. Jawapan: Cadangan ini mahu meluaskan ruang yang sedia ada untuk meningkatkan partisipasi pelajar dalam demokrasi. Persoalannya, apakah idealisme pelajar sekarang? Apakah pula contoh idealisme Umno/BN yang membunuh idealisme pelajar? Sebenarnya, pelajar juga mampu mencorakkan politik luar. Contoh-contohnya wujud dalam sejarah gerakan pelajar di luar negara dan juga di dalam negara. ALASAN: Kalau pelajar menjadi ahli parti politik, mereka tidak lagi bebas mengkritik parti mereka. Jawapan: Itu masalah parti tersebut yang tidak boleh dikritik, bukan masalah pelajar. Atau, kalau pelajar memilih untuk tidak mengkritik, maka, itu masalah peribadinya. Pelajar boleh memilih parti mana yang sesuai dengan dirinya. Apa yang menariknya ialah orang yang menggunakan alasan ini terkenal dengan sikapnya yang tidak menggalakkan pelajar mengkritik. Merekalah yang selalu melabelkan pelajar yang mengkritik sebagai "radikal", "anti-establishment" dan "pro-pembangkang". Jadi, apabila ia menggunakan alasan ini, ia hanya menunjukkan ini adalah alasan yang sengaja diadakan-adakan sahaja. ALASAN: AUKU sebenarnya yang melindungi idealisme pelajar selama ini dan membentuk kepimpinan pelajar dengan acuan sendiri. Jawapan: Apakah contoh idealisme pelajar yang dilahirkan oleh AUKU? Acuan apakah kepimpinan pelajar hari ini? Idealisme pelajar bukannya sekadar menuntut kurangkan bayaran PTPTN, harga makanan asrama atau isu bas. Idealisme pelajar adalah berasaskan perjuangan yang berdasarkan kecintaan terhadap nilai-nilai muluk seperti kebenaran, keadilan dan perpaduan, serta kebencian terhadap ciri-ciri buruk seperti kepalsuan, kezaliman dan perpecahan. Antara lain, idealisme adalah berlandaskan ayat al-Quran tentang menyeru kepada kebaikan ('amal makruf) dan mencegah daripada keburukan (nahi mungkar). Kebanyakan kajian tentang AUKU Pindaan 1975 tidak menunjukkan yang ia melahirkan idealisme pelajar. Jika benar acuan yang dilahirkan AUKU itu positif untuk kerajaan, maka, mengapakah ia seperti tidak diterjemahkan dalam keputusan pilihan raya umum (contohnya Pilihan Raya Umum 2008) yang menyaksikan sokongan pengundi muda lebih condong kepada pembangkang? ALASAN: Apabila pensyarah berpolitik, maka ia mengganggu proses pengajian di universiti kerana mereka akan cuba pengaruhi pelajar. Pensyarah berlainan parti akan gagalkan pelajar berlainan parti. Jawapan: Universiti sudah lengkap dengan kaedah untuk mengawal mutu pengajaran dan pembelajaran. Pensyarah yang menggagalkan pelajar dengan alasan politik tidak layak menjadi pensyarah. Hukumlah beliau. Pokoknya, alasan ini menunjukkan sikap tidak percaya kepada pensyarah. Pensyarah dilihat lebih rendah daripada guru siswazah (yang pernah menjadi pelajarnya) yang kini dibenarkan aktif berpolitik. Pensyarah mempengaruhi pelajar IPT? Kalau begitu, silaplah kita membenarkan guru siswazah aktif berpolitik. Ini kerana, kalau pelajar IPT boleh dipengaruhi, ini kan pula murid sekolah. Sekali lagi, alasan ini berpunca daripada sikap tidak percaya kepada pensyarah. ALASAN: Pendekatan populis ini tidak menguntungkan masyarakat kampus, sebaliknya mengundang bahaya kepada sistem pendidikan yang akan dipolitikkan. Jawapan: Apa salahnya populis kalau ia bermatlamat untuk kebaikan rakyat dan bukannya diri sendiri? Ia lebih baik daripada tiada apa-apa pendekatan atau langsung tiada apa-apa pendirian. Kenapa perlu dipisahkan pendidikan dengan politik? Sekarangpun kita ada politik di kalangan universiti, pensyarah dan pelajar. Apa yang kita tidak mahu ialah politik ampu dan ragu, serta politik sempit dan kotor. Kalau adalah tempat terbaik untuk menjana politik ilmu dan baru, serta politik segar dan bersih, maka universitilah tempat yang terbaik. Alangkah anihnya, jika amanah besar itu ditolak oleh universiti dan sebaliknya diserahkan kepada orang lain. ALASAN: Kalau semua pelajar berpolitik akan timbul lebih banyak masalah. Jawapan: Pertama, apa masalahnya? Kedua, siapa kata semua pelajar? Ketiga, pelajar yang betul-betul aktif berpolitik bukanlah kumpulan yang besar. Keempat, apakah sekarang ini langsung tidak ada masalah? ALASAN: Bayangkan kalau semua pelajar bebas bercakap apa saja, apa akan jadi pada keamanan negara? Kita banyak isu sensitif. Jawapan: Pertama, kita mempunyai pelbagai undang-undang yang mencukupi untuk mengawal keadaan, seperti Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan sebagainya. Di IPT pula terdapat kaedah tatatertib. Kedua, kita telah lama merdeka. Kita perlu belajar berbincang isu-isu (yang dikatakan) sensitif dan bukannya menyapunya di bawah tikar. ALASAN: Majoriti pelajar "anti-establishment". Jawapan: Bukankah sejak hampir satu dekad ini, keputusan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IPTA hampir 100 peratus dimenangi oleh kumpulan (yang dikatakan) pro-Aspirasi? Jadi, tidak betullah jika dikatakan majoriti pelajar adalah "anti-establishment". Kalaupun benar pelajar "anti-establishment", maka, sepatutnya difikirkan bagaimana untuk mengelakkan daripada "establishment" dibenci oleh pelajar. Kecualilah jika "establishment" memang tidak mahu atau tidak boleh dikritik. ALASAN: Kita perlu lihat pro dan kontra perkara ini. Jawapan: Maknanya kita perlu lihat pro dan kontra jaminan hak berorganisasi dalam Perlembagaan? Usahlah terlalu mudah menggunakan strategi pro dan kontra dalam penghujahan. Kalau begitu, nikahpun ada pro dan kontranya. Cara berfikir ini sekadar untuk menimbulkan alasan tidak bersetuju sahaja atau sengaja mengada-adakan alasan atau membesar-besarkan alasan semata-mata. ALASAN: Pelajar Melayu sahaja yang minat politik. Pelajar Cina dan India lebih tumpu kepada pelajaran. Jawapan: Ini pendapat yang berunsur perkauman. Seolah-olah kaum lain tidak endahkan politik. Sebenarnya, pelajar bukan-Melayu juga berminat dan aktif dengan politik. ALASAN: Pelajar akan hilang pendekatan non-partisan. Jawapan: Persoalan menjadi ahli parti politik adalah persoalan individu. Persoalan "non-partisan" pada peringkat organisasi dan gerakan mahasiswa adalah persoalan berbeza dan boleh dikekalkan. Malahan, secara individu dalam parti politikpun masih boleh mengambil pendekatan bi-partisan, contohnya, seperti dalam Kongres dan Senat Amerika Syarikat di mana seorang Demokrat tidak semestinya menyokong bil yang dibawa oleh seorang Demokrat, hatta oleh Presiden Demokrat. ALASAN: Bukan semua pelajar hendak menjadi ahli parti politik. Jawapan: Siapa pula yang kata "semua"? Ini semata-mata untuk membenarkan siapa yang mahu sahaja, walaupun ia minoriti. Majoriti yang tidak mahu tidak patut menghalang minoriti yang mahu. Sebaliknya, dalam amalan demokrasi yang sihat, majoriti melindungi hak minoriti. ALASAN: Negara maju mempunyai latar belakang yang berbeza dengan kita. Kita tidak boleh meniru mereka. Jawapan: Janganlah menjadi bodoh lalu meniru membuta tuli. Tapislah. Pilihlah. Bukankah ada konsep best practise? Kita belajar apa yang baik. Apa yang buruk dijadikan sempadan. Baik dan buruk itu perlulah diukur dengan neraca kebenaran, dan bukannya dengan neraca denial. ALASAN: Pelajar kurang pengetahuan am. Jawapan: Sejak bila pula untuk menjadi ahli parti politik memerlukan seseorang itu lulus kertas Pengajian Am? |
| PAS: BN serang MP Serdang guna isu ‘murahan’ Posted: 28 Aug 2010 06:30 AM PDT KUALA LUMPUR, 28 Ogos — Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mendakwa Barisan Nasional (BN) mengamalkan dwistandard mengkritik Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching berhubung kunjungannya ke Surat Al-Huda di Kajang, Ahad lalu. "(Sebenarnya) satu kebiasaan bagi pemimpin parti-parti komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan, Sabah dan Sarawak untuk datang ke masjid dan memberikan ucapan," kata Salahuddin (picture) kepada The Malaysian Insider hari ini. Oleh itu kata beliau, apabila pemimpin BN melakukannya ia tidak dijadikan isu. "Bagaimanapun apabila Pakatan Rakyat (PR) melakukan, ia dijadikan isu. Ini publisiti murahan bagi mereka," kata beliau lagi. Ahli Parlimen Kubang Kerian ini berkata serangan BN ke atas Teo menunjukkan perikatan itu semakin menjadi sebuah parti "rasis". "Mereka (BN) lebih rasis dan ektremis (sekarang)," katanya lagi sambil menambah, "tiada masalah dengan (tindakan Teo masuk ke surau)." Dalam satu kenyataan tengah hari tadi, Teo menjelaskan bahawa kehadirannya di Surau Al-Huda hanya bertujuan menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan negeri bagi memperbaiki pagar surau berkenaan dan berbuka puasa bersama anggota jawatankuasa serta jemaah surau. "Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberi sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor. "Saya kesal perkara ini telah menimbulkan perasaan resah antara umat Islam dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak tertentu atas sebab-sebab politik," kata beliau. Teo turut menegaskan bahawa lawatannya ke surau berkenaan tidak berniat politik dan tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan. Beliau turut menyambut baik pesanan dan nasihat daripada semua pihak mengenai perkara tersebut dan akan lebih berhati-hati supaya tidak menimbulkan perasaan kurang senang dan perselisihan faham di kalangan umat Islam pada masa akan datang. |
| Legenda bola sepak Isa Bakar meninggal dunia Posted: 28 Aug 2010 06:15 AM PDT GEORGE TOWN, 28 Ogos — Bekas legenda bola sepak negara Isa Bakar meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang pagi tadi setelah mengalami batuk berdarah yang teruk. Beliau atau nama sebenarnya Isa Abu Bakar, 58, meninggal kira-kira 9.40 pagi. Jenazah Allahyarham dikebumikan petang ini di tanah perkuburan Jalan Perak. Yang turut menziarahi jenazah beliau di rumahnya di Sungai Ara ialah bekas rakan-rakan sepasukan negara seperti Datuk Soh Chin Aun, Shukor Salleh, Santokh Singh dan Abdah Alif. Allahyarham meninggalkan isteri, Mazlina Md Ismail, tiga anak perempuan — Nur Kamalia, 19, Nur Liyana 21, Nur Aishah — dan seorang anak lelaki Muhd Firdhaus, 16. Menurut Mazlina, Isa dimasukkan ke sebuah hospital swasta sejak Khamis lalu sebelum dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang. "Kami tidak menyangka dia akan meninggalkan kami kerana kami berbual-bual elok malam tadi dan dia masih sihat, tetapi dia tiba-tiba meninggal pagi ini," katanya. Semasa zaman kegemilangannya, Isa selaku penyerang berbisa pernah membantu pasukan kebangsaan memenangi pingat gangsa dalam acara bola sepak di Sukan Asia Tehran pada 1974. Beliau yang merupakan penyerang yang sentiasa digeruni lawan juga membantu pasukan negara memenangi pingat emas pada Sukan SEA di Kuala Lumpur pada 1977, setelah membelasah Burma (kini Myanmar) 8-1. Allahyarham merupakan penyerang berkaliber bersama gandingan seorang lagi legenda iaitu Allahyarham Mokhtar Dahari sekitar tahun 1970-an. Dalam persada bola sepak Malaysia, beliau sentiasa menjulang nama Pulau Pinang bersama abangnya Ali Bakar dan pernah membantu pasukan negeri itu menjulang Piala Malaysia pada 1974. Isa mula menggilap bakatnya pada peringkat kelab dengan mewakili Malayawata, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan seterusnya Telekom Utara. Pemergian Allahyarham disifatkan sebagai satu kehilangan besar bagi dunia bola sepak negara. Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tan Sri Annuar Musa menyifatkan Allahyarham sebagai seorang bintang yang pernah menyinari persada sukan bola sepak negara pada era 1970-an. "Jasanya tetap akan kita kenang dan semoga rohnya ditempatkan bersama orang yang beriman oleh Allah SWT," katanya. Beliau turut merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun negara, K. Rajagobal berkata pemergian Isa merupakan peristiwa sedih kepada negara di mana kehadirannya satu masa dahulu telah memberi impak besar kepada arena bola sepak negara. "Kita kehilangan salah seorang personaliti bola sepak veteran tempatan kerana dahulunya cara mereka (pemain veteran negara) bermain mempunyai perbezaan (dengan pemain sekarang) serta karektor permainan yang tersendiri dalam mencorakkan sesebuah perlawanan," katanya. Bekas pemain bola sepak negara era 1990-an, Dollah Salleh berkata satu ciri perwatakan yang tidak dapat dilupakan tentang Isa ialah misai tebalnya dan sikapnya yang suka berjenaka dengan teman-teman. "Saya mengenali beliau ketika perlawanan persahabatan bola sepak veteran antara negeri. Oleh kerana beliau veteran, saya memanggil beliau dengan membahasakannya sebagai abang. "Ada saja cerita yang akan dibualkannya dan beliau sering menceriakan keadaan," katanya. — Bernama |
| Posted: 28 Aug 2010 06:00 AM PDT Oleh WAN MARZUKI WAN RAMLI KITA sudah memasuki pertengahan Ramadan yang merupakan bulan pentarbiah diri seluruh umat Islam agar mencari seberapa banyak pahala dari pengisian ibadat yang amat unik dan istimewa ini. Salah satu hikmat kedatangan Ramadan adalah menganjurkan umat Islam agar bersederhana dalam berbelanja terutama untuk persiapan berbuka dan bersahur. Dalam situasi ekonomi negara yang masih lagi berdepan dengan harga minyak yang masih tinggi dan harga barangan keperluan yang telah meningkat, maka pada bulan inilah kita perlu mempraktikkan sikap berhemah ketika berbelanja. Jika sebelum Ramadan, kita makan empat kali sehari, pada bulan ini kita hanya perlu mengeluarkan perbelanjaan untuk dua kali makan sahaja iaitu waktu berbuka dan bersahur. Namun, bagi segelintir daripada kita, perkara sebaliknya pula yang berlaku. Perbelanjaan dapur meningkat berganda berbanding hari-hari biasa. Ramai yang tunduk pada nafsu hingga menyebabkan kepelbagaian juadah berbuka yang disediakan berlebihan sehingga berlaku pembaziran. Makanan adalah sesuatu yang amat bernilai kerana ia adalah rezeki Allah yang harus dihargai. Semua agama di dunia ini menolak penganutnya dari boros dan melakukan pembaziran. Menurut kajian, pada tahun 2006, lebihan makanan membentuk hampir separuh buangan pepejal di negara ini. Daripada hampir 20,000 tan buangan pepejal yang dihasilkan setiap hari, 45 peratus terdiri daripada makanan yang dibuang. Juadah berbuka Jika difikirkan menyediakan sendiri juadah berbuka di rumah lebih menjimatkan. Buat apa lagi kita membeli makanan di Bazar Ramadan yang harganya mahal. Bagi yang berkeluarga berbuka puasa di rumah dapat mengeratkan lagi hubungan sesama ahli keluarga. Sesedap mana makanan itu sekalipun, yang penting ialah keredaan Allah kepada kita dalam menjalani ibadah puasa secara keseluruhannya. Pada bulan puasa ini juga terdapat segelintir daripada kita terutama yang tinggal di bandar-bandar besar menjadikan amalan berbuka puasa di hotel dan restoran mewah sebagai gaya hidup sungguhpun bayaran bufet Ramadan mencecah RM128 bagi orang dewasa di sebuah hotel lima bintang. Tidak salah berbuka puasa di luar, sekiranya dirancang dengan sebaik-baiknya. Ini termasuklah memilih tempat berpatutan harganya, ingin mengubah selera pada hari-hari tertentu dan yang penting juga ia menyediakan kemudahan untuk bersembahyang. Ramadan juga bukan setakat menyediakan juadah berbuka dan sahur. Ia bukan untuk kita bermuhasabah diri. Tidak akan lengkap sekiranya kita tidak membuat penilaian terhadap perbuatan atau perilaku yang dilakukan sehari-harian dalam bulan Ramadan. Aspek yang perlu kita tanyakan kepada diri kita ialah sejauh mana amalan nilai-nilai murni telah meresap dalam jiwa seterusnya menjadi amalan perlakuan seharian. Muhasabah pemikiran yang paling mudah ialah berfikir sama ada kita telah memenuhi tuntutan dalam menghargai nikmat yang diperolehi dan bersyukur dengan apa yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT. Puasa di bulan Ramadan mengajar kita merenungi bahawa betapa banyak nikmat yang telah kita terima selama hayat ini dan sejauh mana kita telah bersyukur dengan kenikmatan tersebut. Secara mudah, dalam melaksanakan ibadah puasa sendiri, kita dapat melaksanakannya tanpa terlalu banyak rintangan fizikal yang dilalui. Bahkan suasana bulan Ramadan di Malaysia menunjukkan betapa damai dan melimpahnya rezeki, sehingga kadang-kala timbulnya pembaziran. Ini berbeza dengan suasana Ramadan di kalangan umat Islam di negara-negara yang terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah bencana alam, pergolakan dan krisis dan keamanan. |
| Pemuda Umno Selangor serah memo kepada MB Posted: 28 Aug 2010 05:45 AM PDT SHAH ALAM, 28 Ogos — Pemuda Umno Selangor hari ini menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung tindakan seorang anggota Parlimen Selangor daripada DAP yang menyampaikan sumbangan dan memberi "tazkirah" di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lepas. Ketua Penerangannya Safarizul Mustafa berkata tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching itu tidak harus dipandang ringan kerana jelas bertentangan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu kesucian surau dan masjid dipelihara. "Kami memandang serius ahli politik dan orang bukan Islam memberi ucapan dalam masjid atau surau di Selangor sebab ia seolah-olah tidak mempedulikan sensitiviti umat Islam serta boleh mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan memorandum itu di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di sini. Safarizul berkata memorandum tiga muka surat itu antara lain mendesak kerajaan Selangor menerusi Pejabat Menteri Besar, Majlis Agama Islam Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor menyingkirkan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali daripada jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam dan Adat-adat Melayu negeri. Katanya ini kerana Hasan yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, dilihat gagal memberi nasihat kepada wakil rakyat bukan Islam daripada DAP berhubung apa yang dibenarkan dan batasan dalam Islam. "Pemuda Umno Selangor juga mahu pengerusi, imam dan anggota jawatankuasa Surau Al-Huda yang menjemput dan membenarkan Teo menyampaikan 'tazkirah' tanpa tauliah di surau itu dipecat serta-merta," katanya. — Bernama |
| Bilakah kemelut dalaman UMNO Kedah berakhir? Posted: 28 Aug 2010 05:30 AM PDT Oleh Nazar Hashim Kemelut yang dihadapi oleh UMNO Negeri Kedah sehingga hari ini masih belum selesai. Persidangan Agung UMNO yang telah diadakan bagi memberi peluang kepada perwakilan memilih barisan kepimpinan untuk memimpin bahagian masing-masing - turut menjadi medan perebutan kuasa sehingga mencetuskan perbalahan. Sungei Petani: Ali Yahya "direhatkan" Dalam mesyuarat agung UMNO bahagian Sungei Petani pada 11 Julai yang lalu, kumpulan yang diterajui oleh Ali Yahaya terpaksa menjadikan platform tersebut untuk mencantas musuh politik yang akan menjadi halangan dalam perebutan jawatan TimbalanPengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Ahmad Bashah Md Hanipah (gambar kanan) berkata, walaupun UMNO bahagian Sungei Petani sudah diambil-alih pentadbirannya oleh Majlis Tertinggi, ketuanya, Ali Yahaya masih lagi menghadiri semua aktiviti parti termasuk mesyuarat di peringkat negeri. Sebelum ini, terdapat dakwaan bahawa Ali telah "direhatkan" ekoran perbalahan yang berlaku semasa Persidangan Agung UMNO bahagian Sungei Petani, baru-baru ini. Ahmad juga menyatakan pentadbiran UMNO Sungei Petani hanya akan diserahkan kembali kepada kepimpinan bahagian setelah kedua-dua pihak yang bertelagah kembali berdamai dan tidak mempunyai masalah untuk menerima Ali sebagai ketua mereka. Malahan ini semua adalah bergantung kepada keadaan supaya penyelesaian yang terbaik dapat dicapai antara kedua-dua pihak. Alor Setar: Hilang percaya terhadap Shafie Afdal Sementara itu, isu yang hangat menjadi topik perbincangan ialah perletakan jawatan 11 Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO bahagian Alor Setar pada 7 Ogos yang lalu. Kesemua mereka didakwa bertindak meletakkan jawatan melalui satu notis dengan alasan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Pemuda UMNO bahagian dan UMNO bahagian sendiri yang diterajui oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Mohd Shafie Afdal (gambar kiri bawah). Kepimpinan UMNO bahagian dan Pemuda bahagian didakwa meminggirkan peranan pergerakan itu selepas Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu. Kewujudan mereka seolah-olah tidak dipedulikan dalam kepimpinan sedia ada. Namun begitu Ketua UMNO bahagian, Ahmad Bashah Md Hanipah menafikan bahawa konflik yang berlaku membabitkan kepimpinan beliau. Sebaliknya, beliau mendakwa masalah yang timbul disebabkan ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan Ketua Pemuda UMNO bahagian, Zubir Zabidi dan bukannya terhadap kepimpinan tertinggi UMNO bahagian Alor Setar yang diterajui oleh beliau. Naib Ketua Pemuda UMNO bahagian Alor Setar, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, kemungkinan ada antara mereka yang tidak berpuas hati dengan pihak lain dan mengaitkan isu ini hingga memperbesar-besarkan perkara yang tidak sepatutnya. Kumpulan 11 yang diketuai oleh bekas Penolong Setiausaha Pemuda UMNO bahagian, Mohd Azreen Azizan nekad tidak ingin bersemuka dengan Ahmad Bashah lantaran perbincangan sebelum ini tidak membuahkan hasil. Walau bagaimanapun, setiap Pemuda bahagian mempunyai 24 ahli jawatankuasa termasuk Ketua, Naib Ketua, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Penolong Bendahari, Ketua Penerangan serta tiga orang AJK yang dilantik dan 15 yang dipilih. Tidak laksanakan dasar UMNO Dalam konflik yang melanda pemuda UMNO bahagian Alor Setar kini kumpulan 11 AJK yang meletakkan jawatan menyaksikan 3 daripadanya telah menarik diri dan meninggalkan 8 lagi untuk berjuang bagi mendapat keadilan yang dituntut dari kepimpinan Pemuda dan UMNO bahagian. Selepas penarikan 3 AJK tersebut, yang masih kekal dengan keputusan meletakkan jawatan selain Mohd Azreen Azizan ialah Noor Baidurzaman Abu Bakar, Mohamed Shajahan Mohd Abdul Kader, Ellias Mohamed Roshidi Marzuki, Wira Abdullah, Ahmad Faiz Abdul Halim, Mohd Shaharudin Manaf dan Mohd Zahir Abu Bakar. Ahmad Bashah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bakar Bata pula amat mengharapkan isu peletakan jawatan ini dapat diselesaikan segera memandangkan ianya adalah berpunca dari masalah dalaman. Beliau juga mendakwa tindakan meletakkan jawatan oleh kumpulan tersebut tidak akan menyelesaikan masalah yang berbangkit kecuali dilakukan dengan pertemuan dan perbincangan dari hati ke hati. Mohd Azreen selaku ketua kumpulan 11 tersebut juga mendesak supaya kepimpinan peringkat tertinggi bahagian memikul tanggungjawab bagi menyelesaikan segala pertelagahan yang berlaku. Menurutnya lagi, pertelagahan dalaman tersebut perlu diselesaikan segera dengan cara mengadaptasinya dalam bentuk tindakan dan bukannya sekadar sokongan retorik semata-mata. Kumpulan 11 tersebut juga mendesak supaya suara akar umbi didengari oleh kepimpinan peringkat tertinggi UMNO bahagian Alor Setar yang diterajui oleh Shafie Afdal dan Ahmad Bashah. Malah mereka juga mahu supaya program yang dijalankan oleh bahagian haruslah berorientasikan kepada kehendak anak muda kerana kejayaan UMNO dalam pilihan raya umum yang lalu adalah berkait rapat dengan mereka. UMNO bahagian juga didakwa tidak melaksanakan idea dan dasar yang telah ditetapkan oleh pimpinan tertinggi parti seperti turun padang sehingga ke akar umbi bagi membantu rakyat kerana berlakunya pertelagahan dan tidak persefahaman dalam bahagian. Pemuda PAS Kedah lebarkan tangan Dalam pada itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Mohd Nasir Zakaria turut melebarkan tangan dengan mempelawa kumpulan 11 untuk menyertai PAS bagi berjuang untuk menegakkan syiar Islam demi rakyat Kedah. Mohd Nasir (gambar kiri) juga mengalu-alukan kumpulan yang tidak sehaluan dengan UMNO untuk bersama PAS atau mana-mana komponen Pakatan Rakyat bagi meneruskan perjuangan untuk membela nasib rakyat. "Sekiranya UMNO tidak menghargai mereka, maka kita membuka pintu kepada kumpulan ini. Suara mereka akan diberi perhatian dan cadangan bernas akan diberi pertimbangan jika ia membawa kebaikan kepada rakyat." Dilema yang dihadapi oleh UMNO Kedah bukan saja diselubungi oleh kumpulan 11 Pemuda UMNO bahagian Alor Setar. Tetapi sebelum ini juga ia dikejutkan dengan dakwaan ADUN Kuala Nerang, Syed Sobrie Syed Hashim yang berhasrat untuk tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti UMNO kerana merasakan beliau tidak mendapat pembelaan sewajarnya. Syed Sobrie (gambar kanan) sebelum ini turut berteka-teki dengan kedudukan beliau sebagai ADUN Kuala Nerang setelah mendakwa terpaksa menggunakan peruntukan sendiri bagi membela nasib rakyat dalam kawasan yang diwakilinya. Isu peruntukan ini menjadikan beliau sebagai salah seorang calon yang diintai untuk turut sama menyertai PAS seandainya UMNO sudah tidak mampu untuk memberi pembelaan kepada wakilnya sendiri. Kini rakyat negeri Kedah khususnya masih lagi menanti apakah isu Ali Yahaya sebagai Ketua UMNO Sungei Petani masih relevan setelah berlakunya kecelaruan dalam persidangan UMNO bahagian tersebut pada 11 Julai yang lalu. Begitu juga dengan kumpulan 11 dalam UMNO bahagian Alor Setar yang kini tinggal lapan orang. Apakah kehendak mereka untuk diberi pengiktirafan serta tidak dipinggirkan oleh kepimpinan bahagian dan Pemuda bahagian akan menjadi realiti, setelah ianya berlarutan sehingga sekian lama? Mampukah Shafie Afdal selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah dan Ahmad Bashah Md Hanipah selaku Timbalan Pengerusi UMNO Negeri merangkap Ketua UMNO bahagian Alor Setar melaksanakan reformasi yang menjadi impian dan hasrat barisan kepimpinan Pemuda dalam bahagian beliau sendiri, iaitu peranan pemuda harus turut dihargai.MerdekaReveiw |
| Awang Adek: Dinar hanya boleh disimpan bukan diniaga Posted: 28 Aug 2010 05:15 AM PDT BACHOK, 28 Ogos — Kerajaan pusat tiada masalah jika dinar emas dan dirham perak yang diperkenalkan kerajaan Kelantan hanya untuk disimpan bukan bagi diniaga di pasaran terbuka, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin. Beliau berkata kerajaan pusat akan menentangnya jika kerajaan negeri cuba menggunakan kedua-duanya sebagai mata wang kerana ia menyalahi peraturan Bank Negara Malaysia dan boleh menganiyai orang ramai selain peniaga. "Selain mudah ditipu dengan dinar emas palsu bahan logam itu juga nilai harganya turun naik setiap saat di peringkat antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan wang zakat kepada fakir miskin di Dewan Haji Hussin, Perupuk di sini, hari ini. Seramai 1,000 fakir miskin di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perupuk masing-masing menerima wang zakat sebanyak RM70 sumbangan institusi kewangan kerajaan termasuk Bank Simpanan Nasional (BSN), UDA Holding Sdn.Bhd dan Bank Rakyat. Sebelum ini kerajaan negeri memperkenalkan dinar dan dirham itu sebagai transaksi yang akan digunakan lebih 100 peniaga termasuk sebagai gaji kepada kakitangan kerajaan Kelantan. Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan mengakui beliau pernah menerbitkan dinar emas menerusi sebuah syarikat yang diterajui sebagai simpanan bukan untuk diniaga seperti yang didakwa. Beliau mencabar kerajaan negeri agar menunjukkan bukti jumlah penggunaan dalam tempoh empat bulan akan datang jika benar dakwaan ia mendapat sambutan daripada pelbagai pihak selepas diperkenalkan. "Saya tidak fikir penggunaannya melebihi RM1 bilion dalam tempoh berkenaan," katanya. — Bernama |
| Strategi Khatib Pak Ya Mat Mengena! Posted: 28 Aug 2010 05:00 AM PDT Oleh Mohd Sayuti Omar SUKAR untuk saya mengesahkan apakah khatib bernama Zakaria Ahmad (Pak Ya Mat) yang kini berjaya meneggelamkan Mat Maslan yang cuba memberi tahu rakyat bahawa Felda adalah sebuah institiusi kerajaan yang berjaya dan banyak membantu orang Melayu, ada strategi politik ataupun tidak apabila beliau membaca doa untuk kesejahteraan dan kemakmuran kerajaan Pulau Pinang dibawah pimpinan Lim Guang Eng. Sekiranya Pak Ya Mat ada strategi tersendiri dan mahu menenggelamkan populariti Mat Maslan, semisalnya, ternyata strategi itu berjaya dan mengena. Sejak Pengerusi Umno Pulau Pinang, Ahmad Zaid Hamidi cuba memberi imej buruk kepada Pak Yat Mat dan kerajaan Pulau Pinang, nama Pak Yat Mat menjadi sebutan di mana-mana. Gara-gara tindakan Zahid itu juga menyebabkan rakyat Malaysia tidak tahu kewujudan Pak Ya Mat di dunia ini, menjadi tahu dan kenal padanya. Nama Pak Ya Mat disebut sepanajng masa sehari dua ini dan tindakannya itu dilihat dengan berbagai tafsiran. Yang nyatanya dia popular. Bukan saja Pak Ya Mat boleh menimbuskan kehebatan dan populariti ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang sering muncul dengan isu-isu kontroversi entah-entah yang menyerabutkan kepala, tetapi nama Mufti Perak, Harussani Zakaria juga terpinggir. Untuk kembali menjadi popular Harussani nampaknya kena cari idea baru dan merekasakan macam-macam lagi untuk mengejutkan orang ramai. Orang melihat tindakan Pak Ya Mat itu sebagai berani dan sihat. Ia lebih sihat daripada tindakan Mutfi Perak yang cuba meletakkan kesalahan atas kelemahan Melayu kini kepada Pas dan PKR. Bahkan, kehebatan Pak Ya Mat itu juga mengatasi presiden Pas sendiri, Abdul Hadi Awang, dan Mursyidul Amnya, Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerana mungkin mereka tidak akan tergamak mendoakan kesejahteraana untuk kerajaan Pulau Pinang tetapi dilakukan Pak Ya Mat. Saya berani berkata kalau Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz diundang membaca khutbah di Pulau Pinang mereka tidak berani melakukan apa yang Pak Ya Mat lakukan itu, mendoakan kesejahtraan kerajaan Lim Guan Eng. Justeru apa yang Pak Ya Mat lakukan itu, menunjukkan dia berani. Beliau telah menambahkan nota baru dalam kitab-kitab siasah politik negara. Mengharuskan yang dirasakan haram sebelum ini. Tindakan ini sebagai hebat. Seseorang ustaz atau ulama seharusnya sedia membuka minda dan membawa pemikiran baru dalam usaha menyemarakkan agama. Saya tidak sedia untuk mempertahankan tindakan Pak Ya Mat itu dengan turut mengcari hadith atau ayat Quran yang sewajarnya. Cuma saya nak katakan kalau Pak Ya Mat mendoakan untuk kemenangan BN dalam pilihan raya akan datang di dalam masjid ia tidak akan menjadi persoalan. Sudah tentu bukan saja Zahid dan Mat Maslan menyokongnya tetapi, Najib dan Rosmah juga bersetuju. Apa juga yang saya suka dan syoknya bila mana Pak Ya Mat tidak mudah mengaku kalah. Dia tidak gentar dengan gertakaan Zahid. Dia mengakui apa yang dituduhkan ke atasnya dan mempertahankan sebagai tidak salah, cuma tempat saja tidak sesuai. Itupun dijawabnya selamba saja seperti orang memamah sireh. Inilah agamawan yang kita mahu, tegas dan tidak mengubah setiap apa yang diijtihadkan. Bila kita sudah yakin dengan ilmu yang kita pegang maka ia hendaklah diyakini sampai ke peringkat kul haqku yakin. Pak Ya Mat juga juga tidak gentar bila Zahid terus cuba memanipulasikan kejadian itu dengan meminta Pak Ya Mat memohon kepada Yang Dipertua Agung. Kata Zahid siasatan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) ke atas Pak Ya Mat tidak cukup. Ia terlalu ringkas saja. Bila Zahid berkata begitu ia seakan mahu membuka semula balutan pekung di dadanya. Saya setuju kalau Zahid mendesak MAIPP buat siasatan semula, tetapi beliau juga harus meminta polis membuat siasatan semula ke atas laporan motoris bernama Amir Badzli yang didakwa dipukul oleh menteri itu. Pak Yat Mat tidak pun takut dengan ugutan Zahid itu. Sebaliknya dengan tegas dia bertanya untuk apa dia memohon maaf kepada Yang Dipertua Agong kerana dia tidak bersalah. Iya tak iya juga macam mana Zahid nak suruh orang melahirkan anak daripada orang yang tak mengandung? Mat Maslan pun ketawa ayat ini, he he he... Pernyataan Pak Ya Mat itu itu menempelak Zahid. Khatib itu tidak takut pun kepada menteri pertahanaan itu. Nampaknya Zahid bukan saja tampil untuk mempertahankan keselamatan negara, tetapi telah obius mempertahankan partinya Umno. Mungkin Zahid sedar selepas keris lucah Umno tidak mampu mempertahankan Umno, selepas C4, bom M 16, sterling dan sebagainya tidak boleh diguankan untuk mempertahankan Umno maka beliau cuba mengheret sultan agar memancung Pak Ya Mat. Keberanian dan ketegasan Pak Ya Mat itu saya tegok bukan berhenti di situ saja. Orang seperti beliau diperlukan dalam membangunkan negara ini. Kerana itu saya rasa Pas atau PKR wajar kalau menyediakan kerusi untuk Pak Ya Mat dalam pilihan raya akan datang. Saya rasa kalau dia menentang Abdullah Badawi di Kepala Batas pun boleh menang. DAP tentu akan menyokong penuh Pak Ya Mat yang mendoakan kesejahteraan ke atas kerajaannya. Dan kalau ini berlaku maka satu lagi keajiaban politik Malaysia yang mana keajaiban ini menyebabkan Umno akan tumbang. Pak Ya Mat adalah lambang kepada ustaz, ulama, saik, pemukul beduk, khatib dan para imam yang menentang Umno. |
| Kenyataan Media Penjelasan Isu Surau Al-Huda Oleh MP Serdang Posted: 28 Aug 2010 04:30 AM PDT Isu Surau Al-Huda — Teo Nie Ching 28 OGOS — Pada hari Ahad 22hb Ogos, saya sebagai ahli parlimen Serdang telah mengunjungi Surau Al-Huda, Kajang bertujuan untuk menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan untuk memperbaiki pagar surau, dan berbuka puasa bersama ahli jawatankuasa dan jemaah surau. Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberikan sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor. Saya menyesal bahawa perkara ini telah menimbulkan perasaan keresahan antara umat Islam negara kita dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak-pihak tertentu atas sebab-sebab politik. Saya ingin menegaskan secara ikhlas dan murni bahawa lawatan saya ke Surau Al-Huda tidak berniat politik, dan tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan. Saya menyambut baik pesanan, peringatan dan nasihat dari semua pihak mengenai perkara tersebut, dan akan dengan segala upaya, menjalankan tugas saya dengan lebih berhati-hati supaya tidak menimbulkan perasaan kurang senang dan perselisihan faham di kalangan umat Islam pada masa yang akan datang. Akhir sekali, saya juga akan memajukan penjelasan dan permohonan maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor Darul Ehsan mengenai perkara ini. |
| Kerajaan Umno-BN habis RM12.9 juta, tapi enggan daftar pemilih automatik Posted: 28 Aug 2010 04:00 AM PDT Pihak kerajaan khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ditempelak kerana sanggup menghabiskan sejumlah wang bernilai RM12.9 juta bagi menyelesaikan urusan pendaftaran pengundi baru daripada melaksanakan pendaftaran automatik. Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Wan Nik Wan Yusof berkata pendekatan yang digunakan tersebut adalah bersifat kebendaan tanpa mempedulikan cadangan yang lebih mudah dan cepat. "Pihak SPR bergantung kepada kewangan untuk menguruskan daftar pemilih dan ini menunjukkan seolah-olah mereka berada dalam keadaan yang lemah," ujarnya kepada Harakah baru-baru ini. Sebagai bukti, beliau mengaitkan fungsi SPR yang sepatutnya menguruskan segala urusan pentadbiran dan perjalanan pilihan raya diberikan kepada pihak lain. Beliau yang juga bekas Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat berkata tindakan melepaskan tugas kepada wakil parti politik yang dilantik bagi menjalankan tugas pendaftaran pemilih akan memberikan implikasi politik dan kewangan. Malah Wan Nik menyelar SPR seolah-olah tiada satu rangka perancangan bagi mengatasi masalah pendaftaran pemilih baru. "Dengan kos terbaru yang diumumkan Timbalan Pengerusi SPR, lebih baik kita menghabiskan peruntukan tersebut untuk menaiktaraf kemudahan dan prasarana Teknologi Maklumat pendaftaran pemilih baru iaitu kira-kira 4.3 juta yang belum berdaftar. Takkan SPR tiada satu perancangan yang lebih berkesan berbentuk pelan kesedaran kepada rakyat supaya mendaftar dengan dengan menyediakan perancangan yang jimat, mudah dan cepat," katanya. Terdahulu,pihak SPR dalam satu kenyataan yang dibuat baru-baru ini mengumumkan penambahan kos daripada RM1 seorang pengundi kepada RM3 bagi mendaftarkan 4.3 juta pengundi baru yang dibayar kepada penolong pendaftar pemilih. "Pengerusi SPR dalam Akta 113 yang menyatakan fungsi SPR yang menguruskan daftar pemilih kini membolehkan pihaknya mengemaskini tentang hal pendaftaran termasuklah perlantikan penolong pendaftar pemilih di kalangan wakil parti politik. "Begitu juga beliau menggunakan peruntukan akta yang sama dalam cadangannya menambah kos perlaksanaan oleh penolong pendaftar pemilih sehingga mencecah kos RM12.9 juta," katanya lagi. Bagaimanapun, cadangan Wan Nik agar peruntukan tersebut diberikan bagi menaiktaraf prasarana tidak akan mencecah nilai RM10 juta. "Saya yakin kos penambahan prasarana melaksanakan pendaftaran automatik tidak mungkin sampai RM10 juta. Apa yang penting adalah political will SPR untuk membuat perubahan serta menyelesaikan masalah pendaftaran pemilih yang tertunggak," ujarnya lagi. |
| 53 tahun berkuasa, PM & MB Melayu, apa mereka buat? Posted: 28 Aug 2010 03:45 AM PDT PAS mendakwa Umno sebagai parti bertanggungjawab menggagalkan pencapaian kouta 30% ekonomi Bumiputera selama ini, setelah diberi kuasa lebih 53 tahun memerintah Malaysia. Bagi Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, beliau yakin isu ini akan terus dijadikan modal oleh Umno selagai parti itu berkuasa. Katanya, kegagalan untuk mencapai kouta 30% melambangkan ketidakupayaan Umno dalam menguruskan amanah rakyat, khususnya Bumiputera di negara ini "Tiba-tiba Umno menjerit kegagalan ini kerana orang bukan Melayu yang membolot kekayaan di negara ini. Ini satu telahan yang tidak tepat," ujarnya. Ustaz Idris berkata, PAS dan Pakatan Rakyat komited untuk mempertahankan apa yang telah termaktub di dalam perlembagaan negara mengenai Islam, Melayu, Raja-Raja Melayu dan bahasa Melayu. "Inilah persepakatan di Konvensyen Pakatan Rakyat yang di tandatangani oleh pemimpin PAS, KeADILan dan DAP pada 19 Disember 2009. Umno sepatutnya malu, setelah mengepalai negara hampir 53 tahun selepas merdeka, ekonomi Bumiputera semakin jauh ke belakang. Kalau dinilai dalam peperiksaan, Umno mendapat nombor curut, kerana 53 tahun di dalam kelas masih buta huruf. Kenapa Umno perlu melalak hendak menyalahkan orang lain kerana gagal mencapai tahap ekonomi Bumiputera?" tanya beliau. Ustaz Idris hairan, bagaiman Umno yang mempunyai kuasa, membuat dasar, merancang dan melaksana, gagal mensasaran koata 30 peratus itu. "Pemimpin Umno yang memerintah di negara ini, bukan Umno jadi pembangkang. Banyak perkara mereka boleh lakukan, kalau pemimpinnya jujur untuk rakyat dan negara," uajar beliau lagi. PAS tegasnya berpendapat sasaran koata tidak tercapai kerana Umno melaksanakan dasar Umnoputera. Agihan projek bukan kepada mereka yang sepatutnya, sebaliknya merekalah yang menjadi jutawan 10% dengan mengalibabakan projek melalui 'hak istimewa orang Umno'. Siapakah yang menjual ekuiti 30% yang diperuntukan kepada Bumitera setiap kali syarikat yang hendak di senaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur? Soalnya, kemana perginya dana RM54 bilion untuk ekuiti Bumiputera, sekarang hanya tingga RM2 bilion, bermakna RM52 lagi lesap. Sekiranya pemimpin Umno amanah dan jujur dengan dana sebanyak RM54 bilion, sudah tentu pencapaian ekuiti Bumiputera sudah melebihi 30%, tegas Ustaz Idris. PAS katanya, pernah terlibat di dalam Majlis Perundingan Ekonomi (MAPEN) tahun 1990 dengan cadangan yang bernas untuk peningkatan ekonomi Bumiputera dan pembelaan kepada kaum lain. Cadangan PAS itu di sambut baik termasuk di kalangan ahli MAPEN yang terdiri dari kalangan orang bukan Melayu di dalam majlis tersebut. Katanya, PAS mengemukakan cadangan berdasarkan kepada prinsip keadilan dalam Islam yang sejagat, malangnya cadangan tersebut dibangkul sampah oleh Dr Mahathir Mohamad yang menjadi Perdana Menteri waktu itu. "PAS lebih berjaya menguruskan ekonomi dengan adil, membantu kepada mereka yang wajib dibantu. Pengalaman PASdi Kelantan selama 20 tahun berjaya mengangkat taraf hidup orang Melayu dan membantu bukan Melayu yang daif," dakwanya. Ustaz Idris berkata, kesejahteraan dan keharmonian dapat dilihat dengan mata kasar. Begitu juga kejayaan Terengganu sewaktu pemerintahan PAS pada tahun 1999 hingga 2004 telah berjaya menaikkan taraf hidup rakyat Trengganu daripada miskin nombor dua kepada miskin nombor empat. "Kerajaan PAS Terengganu juga telah memberi tanah khususnya tapak rumah kepada orang China dan kaum lain yang tidak bertanah, kerana mereka adalah golongan yang perlu dibantu. Kerajaan Kedah baru sahaja diambil alih oleh PAS dan Pakatan Rakyat, telah berjaya menunjukkan prestasi yang baik sehingga menjadi kehairanan bekas pimpinan Umno Kedah, macam mana Dato' Seri Azizan Razak berjaya memerintah Kedah walaupun dengan kekangan kewangan yang parah," tegas beliau. Sudah sampai masanya, kata Ustaz Idris, PAS menggantikan Umno berdasarkan rekod dan prestasi negeri yang dipimpin PAS untuk kesejahteraan rakyat berbagai kaum di negara ini. |
| Abdullah Badawi: Wakil rakyat perlu lebih sensitif hal agama Posted: 28 Aug 2010 03:00 AM PDT KEPALA BATAS, 28 Ogos — Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata semua wakil rakyat perlu lebih sensitif berhubung hal agama di negara ini bagi mengelak berlaku ketegangan antara kaum. Katanya sebagai wakil rakyat mereka seharusnya mengetahui serba sedikit mengenai sensetiviti agama yang dianuti pelbagai kaum di negara ini. "Sebagai seorang wakil rakyat, kita mesti faham dulu tentang agama dan keharmonian semua kaum serta perlu tahu sensitiviti dalam hal agama supaya tindakan yang dibuat tidak menimbulkan rasa tidak senang hati yang boleh menjejaskan perkauman dan agama," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Hari Raya Kawasan Dewan Undangan Negeri Pinang Tunggal di sini hari ini. Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar mengenai Anggota Parlimen Serdang dari DAP, Teo Nie Ching memasuki ruang solat utama Surau Al-Huda, Kajang Sentral Ahad lepas untuk memberi "tazkirah", tanpa menutup kepala. Kejadian itu menyebabkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan mengarahkan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) untuk mengambil tindakan segera dan tegas terhadap pengurusan surau berkenaan. Abdullah yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas berkata sepatutnya perkara itu (Teo memberi ucapan dalam surau) perlu dielakkan lebih awal lagi. "Beliau (Teo) perlu tahu tentang sensitiviti orang Islam dan jangan nak buat cara baru seperti itu (bagi ucapan dalam surau). "Dulu tiada orang bukan Islam bagi ucapan dalam masjid, orang masjid juga perlu faham perkara seperti itu dan jangan buat sesuka hati panggil mereka (orang bukan Islam) berucap atau bagi tazkirah di tempat ibadat kita," katanya. — Bernama kalau wanita umno masuk masjid bagi sumbangan dengan kepala tertonjol rambut macam mana? apa pandangan pak lah? jangan pandai cakap saje, buat hampas! |
| Masjid dan surau perlu rujuk majlis agama untuk benarkan bukan Islam masuk Posted: 28 Aug 2010 02:30 AM PDT YAN, 28 Ogos — Jawatankuasa masjid atau surau diminta merujuk kepada majlis agama Islam negeri-negeri dalam soal membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid bagi mengelakkan sebarang tindakan yang boleh mengelirukan masyarakat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) berkata setiap negeri mempunyai panduan masing-masing dalam soal itu dan jawatankuasa atau pengurusan masjid perlu mematuhi panduan tersebut dan tidak sepatutnya sewenang-wenangnya membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid terutama di ruang solat. Katanya rumah ibadat agama lain pun, mereka mempunyai garis panduan dalam membenarkan penganut agama lain memasuki tempat ibadat mereka. "Kita tiada masalah untuk penganut agama lain masuk ke masjid atau surau. Ada masjid-masjid kita benarkan pelancong bukan Islam masuk tetapi kita sediakan garis panduan seperti yang wanita kena menutup kepala dan sebagainya. "Kalau nak bawa masuk bukan Islam kenalah minta kebenaran majlis agama Islam negeri-negeri. Orang bukan Islam pun kenalah hormat dengan tempat ibadat umat Islam," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan zakat kepada fakir miskin di sini hari ini. Beliau diminta mengulas laporan sebuah akhbar semalam mengenai Anggota Parlimen Serdang Teo Nie Ching dari DAP yang memasuki ruang solat utama Surau Al-Huda, Kajang Sentral Ahad lepas untuk memberi "tazkirah", tanpa menutup kepala. Jamil Khir berkata isu yang berlaku di Kajang itu tidak sepatutnya timbul jika jawatankuasa surau berkenaan merujuk kepada majlis agama Islam negeri dan memahami garis panduannya. "Hal-hal seperti ini boleh diselesaikan dengan perbincangan antara jawatankuasa masjid atau surau dengan majlis agama Islam negeri. Apa yang penting mereka kena maklumkan," katanya. Beliau berkata perkara itu juga menjadi satu isu kerana tidak sepatutnya perkara politik dibawa masuk ke dalam masjid. — Bernama ppuuihhh.....kalau pasal umno semua halal! |
| Meskipun Jeffrey gesa batal, Anwar teruskan lawatan Sabah Posted: 28 Aug 2010 02:00 AM PDT KUALA LUMPUR, 28 Ogos — Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan programnya ke Sabah hari ini walaupun salah seorang naib presidennya Datuk Dr Jeffrey Kitingan semalam secara terbuka menggesa agar Penasihat PKR itu membatalkan saja kehadirannya ke negeri itu. Kehadiran Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat disahkan oleh Jeffrey dan seorang lagi Naib Presiden PKR Azmin Ali sendiri kepada The Malaysian Insider hari ini. Semalam Jeffrey yang akhir tahun lalu 'mengancam' untuk keluar PKR tetapi mengubah fikiran kemudian, meminta Anwar supaya tidak turun ke Sabah kerana banyak perkara perlu diselesaikan termasuk pencalonan parti. Beliau juga mengesahkan Anwar ada menghubunginya ekoran kenyataan terbuka semalam. "Semalam Datuk Seri Anwar ada menghubungi saya dan cakap akan tetap berkunjung ke sini (Sabah). "Beliau (Anwar) beritahu bahawa program-program sudah diaturkan, jadi tidak elok jika beliau tidak hadir. "Saya tidak kisah jika beliau mahu hadir kerana itu memang kehendak beliau," katanya kepada The Malaysian Insider. Jeffrey menasihati Ketua Umum PKR itu supaya menangguhkan jadual lawatan beliau ke Menggatal, Putatan dan Papar hari ini ke satu tarikh lain. "Saya hanya minta Anwar menangguhkan sahaja lawatan bukan membatalkan kerana banyak perkara hendak diselesaikan terutamanya pencalonan parti hari ini. "Tapi beliau tetap mahu hadir, tidak mengapa...," kata Jeffrey ketika dihubungi kira-kira pukul 10 pagi tadi. Menurut Jeffrey, Anwar kini dalam perjalanan ke Sabah. "Ya, beliau (Anwar) mungkin dalam kapal terbang sekarang," katanya. Ketika ditanya sama ada penangguhan lawatan itu dibuat kerana isu penggantungan 12 ahli parti itu yang digantung selama setahun selepas mereka cuba menubuhkan sebuah parti politik baru, Parti Cinta Sabah (PCS), Jeffrey bagaimanapun menafikan perkara itu. "Tidak akan kaitan dengan isu ini, hanya kerana kita di sini sibuk dengan pencalonan sahaja," katanya lagi. Sementara itu, Azmin juga mengesahkan Anwar tetap akan ke Sabah. "Ya, saya percaya penerbangan beliau awal pagi tadi," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). Jeffery membuat gesaan itu sehari selepas PKR mengumumkan keahlian 12 anggota parti itu di Sabah digantung selama setahun selepas mereka cuba menubuhkan PCS. Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata siasatan oleh Jawatankuasa Disiplin PKR mengesahkan berlaku perlanggaran disiplin parti dan badan itu mencadangkan kepada majlis pimpinan pusat supaya kesemua mereka digantung mulai Ahad ini. Mereka adalah Daniel John Jambun, Awang Ahmad Sah, Moses @ Mozes Michael Iking, Nicholas James Guntobon, Paul Kerangkas,Slyvester @ Balon Mujim, Innocent Makajil, Nasir Samie, Harry Kujukok Manisit, Rubbin Guriban, Gosibin Yosundang dan Guandee Kohoi. Kesemua mereka itu dilaporkan cuba membuat permohonan bagi mendaftarkan PCS dengan Pendaftar Pertubuhan pada Disember lepas selepas Jeffrey mengancam untuk meletak jawatan kerana dia tidak berpuas hati dengan 'campur tangan' pucuk pimpinan pusat dalam hal-hal PKR Sabah. Beberapa pihak dalam PKR menyebut tindakan itu juga ada kaitan dengan pemilihan parti yang sedang berlangsung. Proses penamaan calon bermula semalam. |
| MP Serdang sembah penjelasan, permohonan maaf kepada Sultan Posted: 28 Aug 2010 01:30 AM PDT KUALA LUMPUR, 28 Ogos — Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching akan memajukan penjelasan dan permohonan maaf kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tetapi menjelaskan, beliau tidak menyampaikan ucapan politik di Surau Al-Huda, Kajang yang didakwa pihak tertentu. "Saya menyambut baik pesanan, peringatan dan nasihat dari semua pihak mengenai perkara tersebut, dan akan dengan segala upaya, menjalankan tugas saya dengan lebih berhati-hati supaya tidak menimbulkan perasaan kurang senang dan perselisihan faham di kalangan umat Islam pada masa yang akan datang. "Saya juga akan memajukan penjelasan dan permohonan maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj mengenai perkara ini," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan tengah hari ini. Jelas Teo, beliau selaku Ahli Parlimen Serdang telah mengunjungi Surau Al-Huda untuk menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan untuk memperbaiki pagar surau dan berbuka puasa bersama ahli jawatankuasa dan jemaah surau. "Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberikan sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor," kata wakil rakyat DAP penggal pertama ini. Teo menambah, beliau menyesal perkara ini telah menimbulkan keresahan antara umat Islam dan telah diperhangatkan oleh pihak-pihak tertentu atas sebab-sebab politik. "Saya ingin menegaskan secara ikhlas dan murni bahawa lawatan saya ke Surau Al-Huda tidak berniat politik, dan tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan," katanya. Terdahulu, Pengerusi DAP Selangor Ean Yong Hian Wah dalam kenyataannya pagi ini menggesa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) membuat siasatan lebih terperinci sebelum mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak berhubung isu ini. Sehubungan itu beliau berkata, pihaknya kesal dengan tindakan Mais ke atas Teo dan juga terhadap ahli jawatankuasa surau berkenaan. Ean Yong berkata, beliau tidak mahu isu terbaru ini dipermainkan oleh pihak tidak bertanggungjawab seperti Utusan Malaysia, Umno dan Perkasa sebagai "satu isu politik dan perkauman untuk merosakkan keharmonian masyarakat kita." Semalam, Mais berkata pihaknya akan menghantar surat amaran kepada Teo yang dilaporkan menyampaikan ucapan di ruang solat Surau Al-Huda Ahad lalu. Pengerusi Mais Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata tindakan Teo itu menyebabkan Sultan Sharafuddin murka dan berdukacita. Beliau berkata baginda telah mengarahkan Mais supaya mengambil tindakan segera dan tegas terhadap pengurusan surau terbabit. Katanya, Mais sudah memanggil pengurusan surau berkenaan kelmarin untuk menjelaskan isu itu. |
| Kes 12 pemimpin Sabah digantung Posted: 28 Aug 2010 01:00 AM PDT Oleh Staf FMT PETALING JAYA: Beberapa pemimpin PKR, dari Semenanjung dan Sabah, menyelar Ketua Umum Anwar Ibrahim berhubung peranannya mencadangkan penggantungan 12 pemimpin di negeri di Bawah Bayu itu, yang taat kepada Naib Presiden Jeffrey Kitingan. Bagi memburukkan keadaan, mereka berkata, Anwar terus membisu dan membiarkan orang-orangnya memanipulasi keadaan ini dengan tidak mendedahkan apa yang sebenar berlaku. "Banyak perbincangan dan insiden yang berlaku sejak setahun lalu melibatkan 12 pemimpin ini dan situasi di Sabah kini diputar belit oleh orang-orang Anwar. Ini tidak baik untuk parti," kata pemimpin-pemimpin itu. Beberapa pemimpin senior parti turut kecewa dengan sikap Anwar yang "berpura-pura" beliau tidak tahu mengenai perjanjian damai yang dicapai pada 13 Disember lalu, termasuk tidak mencari kesalahan terhadap orang-orang Jeffrey. Bagaimanapun, di sebalik tabir, kami tahu bahawa Anwar tahu dengan jelas mengenai apa yang telah dibuat untuk menyekat 12 pemimpin ini, termasuk menyekat pengaruh Jeffrey. "Kami hanya boleh membuat kesimpulan bahawa Anwar berbohong. Beliau pernah melakukannya sebelum ini. Pertama mengenai pengambil-alihan 16 September dan kemudian dakwaan tawaran RM2 juta untuk wakil-wakil PKR yang berpaling tadah dan sekarang kes 12 pemimpin ini. Ia seolah-olah kelihatan beliau membuat pembohongan secara bersiri," seorang pemimpin senior memberitahu FMT. Para pemimpin parti memilih untuk tidak dikenali kerana bimbang akan akibatnya dari parti, terutama memandangkan pilihan raya akan di adakan bulan November depan. Permainan tidak adil Pemimpin-pemimpin parti melahirkan rasa kecewa dengan pertukaran tarikh mesyuarat biro politik yang berpengaruh dalam parti pada saat-saat akhir dari 8.00 pagi kepada 2.30 petang Rabu lalu, hari yang sama ketika Jawatankuasa Disiplin mendengar kes 12 pemimpin di Penampang, Sabah. Pada mesyuarat biro politik yang di adakan di ibu pejabat parti di sini, keputusan telah dicapai bahawa keputusan muktamad mengenai nasib 12 pemimpin itu akan dibuat oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada hari Ahad. Keputusan ini telah dibuat sebelum jawatankuasa disiplin selesai mendengar kes ini lagi (yang tamat pada 4.00 petang hari Rabu). Perubahan masa ini menghalang Jeffrey dari memberi keterangan berhubung kes untuk membela 12 pemimpin ini kerana tiket penerbangan beliau telah ditempah untuk mesyuarat jam 8.00 malam. "Ini pertanda jelas orang-orang Anwar memastikan insiden ini mengikut perlembagaan parti tetapi pada hakikatnya, keputusan telah dibuat untuk menggantung 12 pemimpin ini," kata pemimpin-pemimpin parti. Kebimbangan di kalangan pemimpin-pemimpin ini sekarang ini ialah MPP, yang dikuasai oleh Anwar, akan membiarkan Anwar membuat keputusan muktamah mengenai penggantungan tersebut. "Akhirnya, Anwar mungkin sekali lagi mahu berunding dengan Jeffrey mengenai masa depan 12 pemimpin itu tapi kami yakin rundingan seperti ini hanya akan menguntungkan Naib Presiden Azmin Ali dan para penyokongnya di Sabah, bukan kumpulan Jeffrey," kata mereka. Anwar tahu semua FMT mendapat tahu pada mesyuarat biro politik, pemimpin seperti Tian Chua, Chua Jui Meng dan Fuziah Salleh mendesak Anwar supaya berpegang kepada perjanjian damai dan tidak mengambil tindakan terhadap 12 pemimpin itu. Bagaimanapun, hujahan mereka ditangkis oleh Azmin dan Anwar sendiri, dengan menyatakan parti telah bersetuju dengan perjanjian damai Disember lalu tanpa mengetahui bahawa 12 pemimpin itu telah membuat permohonan untuk menubuhkan parti baru. Anwar dan Azmin berhujah bahawa jika mereka tahu 12 pemimpin itu telah membuat permohonan untuk menubuhkan parti baru, mereka tidak bersetuju dengan perdamaian. "Ini adalah bohong semata-mata. Anwar tahu aspek perjanjian damai secara terperinci, termasuk bahawa 12 pemimpin itu akan menarik balik permohonan mereka untuk menubuhkan parti baru di bawah perjanjian damai itu. "Chua (Jui Meng) adalah di antara mereka yang hadir ketika perjanjian damai dimeterai di Eastin Hotel, Petaling Jaya. Beliau tahu kebenarannya dan begitu juga beberapa pemimpin senior yang lain. Mereka tahu Anwar berbohong," kata seorang pemimpin parti. Pemimpin-pemimpin ini berselisih faham tentang alasan yang diberi oleh Azmin untuk mengenakan tindakan terhadap 12 pemimpin ini apabila beliau melabel mereka para pemberontak Sabah ini sebagai tidak mempunyai "prinsip dan integriti" pada mesyuarat biro politik itu. "Ini memang pelik. Beliau melabel mereka tidak mempunyai prinsip dan integriti. Beliau sepatutnya mengajukan soalan itu kepada dirinya sendiri dan Anwar terlebih dahulu," tambah pemimpin parti itu. Pelan induk Dua belas pemimpin itu dihadapkan ke prosiding tata tertib berhubung peranan mereka untuk menubuhkan Parti Cinta Sabah tahun lalu. Idea untuk menubuhkan parti baru dicadangkan oleh beberapa pemimpin PKR Sabah berikutan pertikaian sengit di antara Jeffrey dan Azmin, hingga menyebabkan Jeffrey yang menjawat Ketua PKR Negeri diganti. Bagaimanapun, di bawah perjanjian damai yang dimeterai pada 13 Disember di sini, Jeffrey diamanahkan untuk memantau negeri Sabah dan Sarawak dan orang lain dilantik untuk menyelia hal ehwal Sabah. Azmin dikeluarkan sama sekali dari senarai pemimpin negeri itu. Perjanjian damai itu juga untuk memastikan tidak terdapat lagi langkah mencari kesalahan terhadap mereka yang dituduh untuk menentang parti pada masa itu dengan menyokong Jeffrey. Pemecatan atau walau penggantungan sekali pun, ke atas 12 pemimpin ini menyebabkan mereka tidak boleh memainkan peranan lagi pada pilihan raya parti nanti. Para penyokong melihat peristiwa ini sebagai perancangan Azmin dan para penyokongnya untuk menyekat kemaraan lawan mereka dalam parti. Semalam, Jeffrey mengingatkan Anwar kesan buruk akan berlaku jika perjanjian damai dikoyak rabak. |
| Posted: 28 Aug 2010 12:30 AM PDT Oleh Abdul Aziz Mustafa KUALA LUMPUR: Tindakan Umno mengapi-apikan isu bukan Islam memasuki Masjid dilihat menentang keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. Beliau mengulas laporan muka depan Utusan, mempolitikkan kunjungan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching ke Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu. Muzakarah Kali Ke-90 jawatankuasa tersebut yang bersidang pada 1 Mac 2010 lalu telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, mengikut keputusan itu, perbuatan berdoa ataubertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang. "Nyatalah histeria Umno dan konco-konconya itu memalukan umat Islam dengan tindakan mereka yang bukan-bukan sehingga perkara yang diputuskan halal pun diharamkan oleh mereka," kata Mahfuz. Keharusan tersebut juga sebagai cara menunjukkan keindahan Islam kepada bukan Islam. Keindahan Islam Umat Islam juga dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. "Umat Islam janganlah mengizinkan diri mereka diperbodohkan oleh politik perkauman Umno," jelasnya. Dalam pada itu Teo Nie Ching menjelaskan beliau hanya mahu menyampaikan sumbangannya bagi memperbaiki pagar seperti yang diminta oleh pihak pengurusan surau tersebut. Mengenai tindakan memasuki ruang solat utama di surau itu, Teo berkata, beliau hanya memenuhi jemputan. "Pada hari tersebut mereka menjemput saya masuk. "Saya tidak dinasihatkan oleh (pengurusan) surau untuk memakai tudung. Saya (pun pada mulanya) tidak menyangka saya boleh masuk surau itu," jelasnya. |
| Kakitangan awam Kedah juga dapat RM500 Posted: 28 Aug 2010 12:04 AM PDT Kerajaan negeri Kedah hari ini turut mengumumkan pemberian bayaran khas RM500 kepada kakitangan awam negeri itu sebagai persiapan menjelang Aidilfitri. penang kedah timber logging azizan abdul razak 310708 01Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, bayaran RM500 setiap orang itu diberikan kepada semua kakitangan sehingga kumpulan Gred 54 dan membabitkan dana sebanyak RM3 juta. Beliau yang dpetik HarakahDaily berkata semua kakitangan kerajaan negeri akan menerima bayaran tersebut dalam tempoh seminggu sebelum hari raya. "Dengan sumbangan ini, ia dapat menampung keperluan keluarga dan menceriakan lagi sambutan Aidilfitri tahun ini. "Walaupun sumber kewangan kerajaan negeri adalah terhad, berkat daripada tindakan kerajaan negeri melaksanakan penjimatan dalam pentadbiran, maka hasil tersebut dapat dikongsi bersama sebagai satu penghargaan kepada semua kakitangan," katanya. Beliau yang juga pesuruhjaya PAS Kedah berkata, apa yang diberikan oleh kerajaan negeri kali ini adalah kadar yang termampu. Sebelum ini, kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengumumkan pemberian wang khas sebanyak RM400 sempena Aidilfitri kepada 3,577 kakitangan awamnya. Ini disusuli oleh kerajaan pusat yang mengumumkan pemberian RM500 manakala Selangor, Pahang, Terengganu dan Melaka juga tidak ketinggalan dalam pemberian wang itu menjelang Aidilfitri. |
| Ke mana perginya berbilion-bilion ringgit peruntukan DEB? Posted: 27 Aug 2010 07:30 PM PDT Kita imbas kembali sejarah. Mengikut catatan sejarah sejak kurun ke-18 lagi, rata-rata orang Melayu hidup dalam keadaan daif dan naif. Dalam rekodnya, Hikayat Abdullah (1840), Abdullah Munsyi (1796-1854) telah membuat pemerhatian bahawa antara penyebab kemunduran bangsa Melayu ialah pemikiran masyarakat Melayu itu sendiri. Majoriti orang Melayu berpegangan kolot terhadap beberapa adat, kepercayaan dan budaya kerja. Di antara ciri yang ada pada orang Melayu ketika itu adalah kepercayaan kepada hal-hal khurafat dan tahyul, sikap memandang ringan terhadap usaha membaiki mutu hidup dan sifat hasad dengki sesama bangsa. Namun Abdullah Munsyi tidak merakamkan kehidupan elit Melayu ketika itu yang pastinya lebih baik daripada majoriti orang Melayu. Pada awal abad ke-20, lahir pula gerakan kesedaran membela nasib bangsa Melayu yang dipimpin oleh beberapa tokoh reformasi seperti Syed Syeikh Tahir Jalaludin Al-Azhari, Syeikh Ahmad'Al-Hadi, Abbas Mohd Taha dan Syeikh Mohd Kalim al-Kalali. Golongan yang dikenali sebagai 'Kaum Muda' ini lebih peka terhadap perubahan yang berlaku ketika itu. Mereka menyedari kemunduran umat Melayu bukan sahaja dalam soal sosioekonomi tetapi juga dalam kebekuan ilmu termasuk ilmu agama yang banyak diresapi dengan ajaran-ajaran khufarat yang merugikan mereka. Ajaran agama yang diterima ketika itu tidak membuka minda ke arah inovasi, imajinasi dan kreativiti, laksana jumud. Sama halnya juga perbezaan atau mutu kehidupan elit Melayu tidak diperihalkan, namun dipercayai adalah lebih baik daripada rakyat terbanyak. Seorang lagi pemerhati tajam dan kritis, Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Pendeta Zaaba (1895-1973), seorang tokoh bahasa, budayawan dan cendekiawan Melayu juga telah melakarkan fenomena kemunduran orang Melayu. Dalam bukunya, Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri (DBP, 1982). Zaaba telah melontarkan pesan, antara lain sikap orang Melayu yang tidak percaya kepada kebolehan diri, lemah cita-cita dan terlalu bergantung kepada orang lain serta berkiblatkan taklid buta tanpa memahami tuntutan Islam yang sebenarnya. Pemerhatian oleh cendekiawan-cendekiawan pra-Merdeka yang orang Melayu hidup pada awal abad ke-20 adalah sangat mundur malah dalam semua bidang. Ketika itu orang Melayu masih dalam zaman penjajahan kolonial Inggeris. Pastinya juga kedudukan elit Melayu yang bekerjasama dengan pihak kolonial Inggeris adalah lebih baik dari majoriti rakyat jelata. Hakikat ini tidak juga diperihalkan dengan nyata. Maka salah satu sentimen yang digunakan oleh elit Melayu yang insaf adalah isu kemiskinan, bangsa dan agama Melayu bagi membangkitkan kesedaran agar perhatian kepada mana-mana pentadbiran untuk memperbaiki kedudukan orang Melayu dapat direalisasikan. Sentimen itu dalam frasa 'Ketuanan Melayu' pada mulanya memang kelihatan murni dan menarik. Sentimen itu menghibau pentingnya kesatuan orang Melayu yang menjadi warga majoriti negara sering diguna bagi memperkukuhkan atau memantapkan lagi pemintaan atau tuntutan memperbaiki kedudukan orang Melayu meskipun data dan maklumat statistik tidak menunjukkan sepenuhnya yang majoriti orang Melayu memanfaatkan daripada program yang sepatutnya membantu mereka. 10 pelan Rancangan M'sia Keadaan sosioekonomi orang Melayu yang lemah itu dapat perhatian formal selepas Merdeka dan apabila Dasar Ekonomi Melayu (DEB) diperkenalkan pada tahun 1970 susulan selepas terjadi peristiwa hitam pada tahun 1969. Dasar itu yang bergantung pada prestasi ekonomi yang membanggakan selama 20 tahun. Berbilion-bilion ringgit telah diperuntukkan bagi menaikkan taraf sosioekonomi orang Melayu di seluruh negara dalam semua bidang. DEB diteruskan dalam bentuk baru, Dasar Pembangunan Negara. Kesemuanya sehingga kini hampir 10 Pelan Rancangan Malaysia (PRM) telah dilaksanakan dengan niat baik bahawa kedudukan sosioekonomi negara dapat ditingkatkan, tapi benarkah begitu? Pertama kita tidak boleh menafikan yang secara relatifnya jika dibandingkan kedudukan orang Melayu rata-rata sudah banyak berubah berbanding dengan zaman sebelum Merdeka, meskipun ramai lagi yang hidup daif di kawasan perdesaan Kelantan, Perlis, Kedah, Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Simbol kemewahan kita pun tidak kurang ketara seperti adanya Menara Kembar, Putrajaya, KLIA, Formula One, lebuhraya, kapal selam, beratus-ratus masjid, beribu sekolah dan adanya Multi Media Super Corridor. Tidak boleh dinafikan bahawa hampir 95% penjawat di sektor kerajaan (perkhidmatan awam dan ketenteraan) adalah dari suku kaum Melayu. Bagaimanapun kewujudan simbol-simbol ini tidak boleh menutup hakikat bahawa ramai orang Melayu masih dalam kelompok berpendapatan rendah. Ramai yang masih menginap di rumah pangsa murah atau rumah buruk/usang yang mutunya amat menyedihkan. Sementara kita membuat pemerhatian ini kita lihat kedudukan elit Melayu, yang paling nyata adalah dari kalangan pemimpin parti pemerintah, iatu Umno. Lihatlah misalnya rumah banglo setiap ketua bahagiannya, contoh klasik adalah istana milik Khir Toyo atau arwah Zakaria Derus di Kelang yang menelan belanja berjuta-juta ringgit. Kita tidak tahu pula simpanan akaun bank semua pemimpin elit Melayu ini, tetapi boleh dispekulasikan sebagai mempunyai simpanan yang lebat dan lebih beratus-ratus kali ganda daripada rata-rata rakyat majoriti orang Melayu. Kedua kita lihat kedudukan kek ekonomi orang Melayu. Pada tahun 1970 apabila DEB dilancarkan milik orang Melayu terhadap kek ekonomi negara adalah sebanyak 1.5%. Pada tahun 1985, 15 tahun berjalannya DEB, angka kek ekonomi naik kepada 3%. Kerajaan telah mensasarkan ekuiti orang Melayu akan mencecah 30% pada tahun 1990. Hari ini angka kek ekonomi itu adalah 19%, tetapi 3% masih dimiliki oleh orang Melayu majoriti dan yang 16% lagi adalah dalam tangan GLC (syarikat milik kerajaan/ agensi amanah). Ke mana perginya berbilion-bilion peruntukan yang telah dibuat dalam kesemua PRM itu? Mazhab 'Ketuanan Melayu' Mazhab 'Ketuanan Melayu' akan menggegarkan orang Melayu yang orang Melayu masih ketinggalan jauh dari segi pegangan ekuiti dan tidak akan menyiasat siapa yang betul-betul memanfaatkan daripada kesemua PRM. Apakah elit orang Melayu yang menikmatinya atau rakyat majoriti Melayu? Mazhab 'Ketuanan Melayu' akan mengaitkatan kegagalan orang majoriti Melayu memiliki ekuiti yang setaraf bangsa lain adalah disebabkan oleh orang Cina, dan membakar isu ini bahawa peniaga Cinalah yang mengaut kek ekonomi negara selama ini. Semburan fitnah ini boleh mengkaburkan mata kebanyakan orang Melayu akan hakikat sebenarnya. Kebanyakan orang Melayu masih tidak upaya berfikir reflektif atau kritikal dan berdasarkan kepada fakta dan statistik. Apa yang pasti adalah peniaga-peniaga orang Cina yang berkerjasama dengan elit Melayu boleh menyalurkan peruntukan dari kesemua pelan Rancangan Malaysia itu ke poket mereka melalui pelbagai cara. Dengan memainkan isu ini, iaitu orang Cina sedang menguasai ekonomi negara, masyarakat majoriti orang Melayu akan terpengaruh pada permukaan yang itu adalah benar belaka. Mereka yang masih naif dan daif atau tidak upaya membuat analisis akan terpedaya lalu memberi sokongan kepada elit yang masih menerajui pentadbiran negara dan melaksanakan program yang akhirnya akan menguntungkan mereka semula. Sesiapa yang tidak setuju dengan fahaman 'Ketuanan Melayu' akan disifatkan sebagai pengkhinat kepada perjuangan orang Melayu. Mereka dikira sudah seperti 'kacang lupakan kulit' mereka adalah golongan Melayu yang lupa daratan, mudah terpengaruh dengan idealisme Barat yang tidak realistik dan mempunyai kepentingan politik sempit. Majoriti orang Melayu hidup seadanya Mazhab 'Ketuanan Melayu' akan guna Artikel 153 perlembagaan negara bagi menjustifikasikan kebenaran perjuangan mereka. "Keistimewaan untuk pribumi Melayu dan di Sabah dan Sarawak' di samakan dengan 'hak istimewa orang Melayu'. Artikel 153 tidak menyatakan bahawa orang Melayu berhak kepada 30% ataupun 50% biasiswa yang diberikan oleh kerajaan setiap tahun. Apa yang wujud hanyalah 'kedudukan' istimewa orang-orang Melayu dan juga kaum pribumi Sabah dan Sarawak. Secara amnya kedudukan istimewa itu tidak memberi apa-apa hak yang diiktiraf undang-undang kepada orang Melayu. Tetapi kini sudah ada golongan yang sedar akan perkara ini. Badan-badan NGO, parti pembangkang dari DAP, PAS dan PKR sedang melancarkan program kempen dan pendidikannya yang segelintir elit Melayu yang sebenarnya meraih keuntungan besar daripada program yang kononnya hendak menaikkan taraf hidup orang Melayu. Pada kertas dan semboyan 'Ketuanan Melayu' nampak baik, tetapi hakikatnya selama 40 tahun melalui program pembangunan negara, kekayaan negara tidak ke mana perginya melainkan kepada elit orang Melayu dan juga para rakannya dari pelbagai bangsa lain. Majoriti orang Melayu semakin sedar meskipun masih belum meluas lagi yang golongan yang meraih kenikmatan kekayaan negara adalah segelintir elit Melayu, bukannya orang Melayu majoriti. Gambaran itu bak mirip zaman penjajahan tetapi ada sedikit perbezaan. Dulu tiada Internet, Twitter, e-mel atau Facebook. Yang nyata sekali ada segelintir Melayu bilioner/jutawan sementara majoriti orang Melayu hidup seada saja, boleh makan tiga kali sehari, ada tempat berteduh, boleh ke sekolah atau masjid melalui jalan berturap, mempunyai kereta dari jenama Proton atau Perodua, masih banyak berhutang, mendapat subsidi, dapat khidmat perubatan tapi tak sama seperti yang diperolehi oleh segelintir elit Melayu yang hidup serba kaya raya yang melimpah-ruah. Elit Melayu yang kaya raya itu mengguna 'Ketuanan Melayu' untuk meneruskan agenda mereka dan majoriti orang Melayu masih tidak ke mana, buktinya ekuiti (hartanah, saham, pelaburan, simpanan dan sebagainya) yang dimiliki majoriti orang Melayu masih 3% sejak 53 tahun Merdeka. [Sumber] |
| Terpesona Dengan Umno Sampai Kebas Otak Posted: 27 Aug 2010 07:00 PM PDT ![]() ![]() Ketua Ulama Muda Umno meminta persoalan berikut dirungkai secara akademik dan hukum mengenainya dikeluarkan. * Hukum hakam khutbah secara umum * Hukum tidak mentaati pemerintah * Hukum mendoakan pemerintah Muslim * Hukum menyebut nama pemerintah * Hukum mendoakan non-Muslim * Hukum tazkirah sebelum khutbah * Hukum khatib mengangkat kedua tangan ketika berdoa * Hukum binaan mimbar yang mahal * Hukum tongkat khatib yang mahal-mahal. Bila agaknya Ketua Ulama Muda Umno akan membincangkan perkara berikut secara akademik dan mengeluarkan hukum mengenainya? * Hukum mengenai hukuman sebelum dibuktikan bersalah dalam kes saman ekor? * Hukum mengenai pemerintah yang menggunakan kuasa untuk memeras rakyat dengan pelbagai kenaan bayaran? * Hukum mengenai pemerintah yang pilih kasih dengan negeri-negeri yang berada di bawah kerajaan persekutuan? * Hukum mengenai perampasan royalti petrol dan pelanggaran perjanjian? * Hukum mengenai penolakan terhadap pengenalan penggunaan dinar dan dirham? * Hukum mengenai Felda yang tipu peneroka? [Sumber] |
| Kenapa takutkan dinar emas dan dirham? Posted: 27 Aug 2010 06:32 PM PDT Oleh: Rossem Hari kedua selepas diluncurkan, sebuah suratkhabar memberitakan; seorang dosen Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Mimi Aminah Wan Nordin individu terawal menggunakan wang dinar dan dirham (D&D) saat membelibelah di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu. Lalu orangramai pun bertanya; kenapa sang pensyarah itu menggunakan wang dinar dan tidak Ringgit Malaysia? Pertanyaan sama ditujukan juga kepada sang penjual; kenapa menerima mata wang syariah yang baru semalam diperkenalkan kerajaan Kelantan, sedangkan penggunaannya menimbulkan kontroversi dan polimik umum. Seorang Timbalan Menteri yang mengurus soal kewangan, Datuk Awang Adek Hussin juga kehairanan tentang urusniaga menggunakan D&D: Bagaimana pekedai di Negeri Kelantan boleh mengurus perniagaan jual beli dengan wang dinar dan dirham, sedangkan wang tersebut tidak diterima bank konvensional tempatan. Kata sang menteri. Maksud beliau, D&D tidak laku di bank. Bawalah seguni pun bank tak terima. Kenapa peniaga-peniaga di Pasar Siti Khadijah mahu menerimanya, bahkan berebut-rebut mahu berurusniaga dengan D&D? Jawapannya kerana mereka cerdik.Otak mereka cerdas. Mereka tahu wang syariah yang diterima dari Mimi Aminah dan pelangan lain itu adalah emas dan perak tulin. Mereka sedikit pun tidak terpengaruh dengan momokan orang yang mahu memburuk-burukkan sistem dinar. Kerana mereka tahu dinar itu diperbuat daripada emas, sedang emas punya pasaran tinggi. Di mana-mana pun di belahan dunia ini emas tetap laku. Tiada siapa meraguinya. Justeru momokan mereka yang anti syariah dipandang sebagai jenaka orang bodoh! Empat tahun dulu (2006), saat pertama kali Kerajaan Kelantan memperkenalkan dinar emas, saya membeli satu dinar yang berukuran 23 mm dengan berat 4.25 gm bernilai RM332.25. Sekarang harga jualannya sudah meningkat RM580.00. Hanya dalam tempoh empat tahun sudah mencapai keuntungan RM248.00. Kalau membelinya 100 dinar, pasti keuntungannya sehingga ribuan ringgit. Memang emas tidak diterima oleh bank sebagai wang ringgit, tapi kalau mahu menyimpanya, jualkan saja. Simpan kertas (nilai) Ringgit Malaysia. Dinar dan dirham adalah mata wang Islam. Perkataan dinar itu sendiri memang terdapat dalam al-Quran. "Di antara Ahli Kitab ada orang yang jika kamu mempercayakan kepadanya harta yang banyak, dikembalikannya kepadamu; dan di antara mereka ada orang yang jika kamu mempercayakan kepadanya satu Dinar, tidak dikembalikannya padamu, kecuali jika kamu selalu menagihnya. Yang demikian itu lantaran mereka mengatakan: ""Tidak ada dosa bagi kami terhadap orang-orang bodoh itu. Mereka berkata dusta terhadap Allah, padahal mereka mengetahui."(al-Quran. S. Ali Imran:75). Ditetapkan ukuran khusus untuk dijadikan taksiran. Ijma' ulama sejak bermulanya Islam, zaman sahabat serta pengikutnya bahawa, satu dinar bersamaan dengan satu mithqal. Satu mithqal mengikut timbangan gram ialah 4.25gram. Timbangan yang digunakan untuk emas dinar dan perak dirham Kelantan adalah mengikut piawaian Saiyyidina Umar Al-Khattab r.a. Penggunan D&D Kelantan yang bermula tanggal 12 Ogos 2010 kelmarin merupakan suatu upaya yang besar sekali implikasinya kepada umat Islam, bukan saja di negeri Kelantan, bahkan seluruh umat Islam di abad ini. Dengan menggunakan dinar dan dirham, sekurang-kurannya hukum hakam yang terkait dengannya tertegak kembali, sepertimana yang dikatakan oleh Ibnu Khaldun; zakat; nikah dan sebagainya perlu dan lebih afdal menggunakan matawang syariah. Kelantan, sebuah negeri yang bercita-cita mahu mengembalikan semula kegemilangan Islam. Juga bertujuan menjaga sistem kewangan agar tidak berterusan dimonopoli Barat. Sepatutnya usaha itu mendapat dukungan kerajaan pusat, namun berlaku sebaliknya. Dinar dan dirham menjadi sasaran momokan mereka yang anti Islam. Bahkan dijadikan sebagai bahan lucuan oleh sebahagian orang " Bagaimana mahu ke Kelantan, sedang aku tidak punya dinar dan dirham. Bagimana mahu makan dan sewa penginapan di sana nanti?". Tinggalkan orang bodoh itu, sebaliknya amati ungkapan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat "Negara Islam perlu membuktikan kepada Barat bahawa Islam mempunyai mata wangnya sendiri". [Sumber] |
| You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan