Sabtu, 28 Ogos 2010

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Isu Bukan Islam Masuk ke Masjid/Surau: Siapa yang Naif KJ atau Teo?

Posted: 28 Aug 2010 02:13 PM PDT


Tidak perlu komen panjang-panjang untuk menyerlahkan kenaifan Ketua Pemuda UMCO ini. Nasihat saya, cepat-cepatlah suruh bini kamu itu menutup aurat. Teo itu bukan orang Islam, bini kamu tu cucu cicit ulama, anak kepada "Imam Hadhari". Jangan jadi naif dan lebih penting jangan jadi dayus! Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyifatkan DAP tidak sensitif dalam usahanya mempertahankan tindakan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching mengunjungi Surau Al-Huda, Kajang, yang menurut Umno telah mencetuskan rasa tidak senang di kalangan orang Melayu.

"Ia menunjukkan DAP tidak sensitif kepada agama dan kaum lain manakala Teo pula terlalu naif," kata Khairy  kepada pemberita di sini hari ini.

Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) berkata penjelasan Teo hari ini sebagai "sesuatu yang difikirkan kemudian" ekoran serangan pelbagai termasuk yang dibuat oleh Umno dan Perkasa.

"Kami tidak mahu alasan atau justifikasi. Isu ini mengenai sensitiviti agama lain," katanya lagi.
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mendakwa Barisan Nasional (BN) mengamalkan dwistandard mengkritik Teo berhubung kunjungannya ke surau itu.

"(Sebenarnya) satu kebiasaan bagi pemimpin parti-parti komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan, Sabah dan Sarawak untuk datang ke masjid dan memberikan ucapan," kata Salahuddin kepada The Malaysian Insider petang tadi.

Oleh itu kata beliau, apabila pemimpin BN melakukannya ia tidak dijadikan isu....- Neville Spykerman

Menarik:
* Nik Aziz pertahan anggota parlimen Teo

[Bernama]...Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Parlimen tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

"Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam," kata Nik Aziz kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Anggota Parlimen DAP itu yang menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat utama surau terbabit.

Tindakan Teo itu menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Majlis Agama Islam Selangor menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut.

Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz berkata tindakan itu dilihat ganjil kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama sedangkan pada zaman Nabi Muhammad SAW baginda mengajak orang kafir Quraisy tinggal di dalam masjid termasuk dibenar tidur, makan dan minum.

"Cuma apa yang dilihat (benda) itu sebagai pelik di zaman ini menunjukkan umat Islam kita terlalu jahil dengan agama," katanya....

Terdahulu dalam kenyataan dikeluarkan tengah hari tadi, Teo menjelaskan bahawa kehadirannya di Surau Al-Huda hanya bertujuan menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan negeri bagi memperbaiki pagar surau berkenaan dan berbuka puasa bersama anggota jawatankuasa serta jemaah surau.

"Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberi sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.

"Saya kesal perkara ini telah menimbulkan perasaan resah antara umat Islam dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak tertentu atas sebab-sebab politik," kata beliau.

Teo turut menegaskan bahawa lawatannya ke surau berkenaan tidak berniat politik dan tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan.

Beliau turut menyambut baik pesanan dan nasihat daripada semua pihak mengenai perkara tersebut dan akan lebih berhati-hati supaya tidak menimbulkan perasaan kurang senang dan perselisihan faham di kalangan umat Islam pada masa akan datang.

Bagaimanapun Khairy menafikan bahawa Umno menjadikannya sebagai satu isu....

Isu 1900 Paderi Melayu: Penafian Pihak Terbabit

Posted: 28 Aug 2010 05:40 AM PDT

(Klik untuk besarkan imej.)

Seorang pengunjung blog ini menyertakan pautan tentang isu 1900 paderi Melayu yang dikatakan baru sampai di Malaysia dan kini aktif menjalankan kerja-kerja dakwah Kristian. Isu itu hangat diperkatakan. Untuk berlaku adil, saya sertakan risalah tersebut di atas. Risalah yang bersumberkan ruangan foto akaun pengguna laman pengguna Facebook ini menafikan laporan awal berkaitan dengan isu ini.


Lepas baca, kliklah sekali:

Abang ROGOL 5 Adik Semuda 5 Tahun Lebih 20 Kali

Posted: 27 Aug 2010 11:00 PM PDT

Saya ikuti berita tentang hal ini di TVsemalam. Memang panas telinga mendengarnya. Lahanat dan keparat itu perlu dikenakan hukuman yang seberat-beratnya.

Saya petik:
[BH] KOTA BHARU: Seorang abang 18 tahun yang kaki botol serta menagih dadah, tergamak menjadikan lima adik perempuannya termasuk yang berusia 5 tahun sebagai hamba seksnya.

Adik perempuannya yang lain berusia 9, 12,14 dan 16 tahun itu turut dirogol lebih 20 kali oleh abang sulung berkenaan.

Kejadian itu terbongkar apabila tiga daripada mereka yang berasal dari Kampung Sadur, Tawang, Bachok, melarikan diri dan meminta perlindungan seorang penghulu kerana tidak tahan dengan sikap abang mereka.

Lebih mengejutkan, ayah yang selama ini diharapkan sebagai tempat bergantung juga kaki botol dan penagih, sering memarahi serta memukul mereka yang kematian ibu selepas bersalin adik bongsu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Masyarakat (JKKM), Kampung Tok Ku, Mat Rani @ Abdul Ghani Ibrahim, 61, berkata kisah lima beradik itu terbongkar selepas tiga mangsa ditemui penduduk di Masjid Kedai Lalat.

Katanya, ketiga-tiga beradik itu dibawa pulang penduduk dan diserahkan kepada beliau jam 8.45 malam kelmarin untuk diberi perlindungan sementara. Mereka sudah dibawa ke balai polis Binjai, dekat sini, untuk perlindungan sementara.

"Saya terkejut dimaklumkan mangsa berusia 14 tahun dirogol lebih 20 kali sejak Darjah Empat lagi dan diugut akan dibunuh jika membocorkan rahsia itu. Mangsa mengadu kejadian itu kepada ibu saudaranya yang membuat laporan di Balai Polis Tawang," katanya.

Beliau berkata, mangsa bekerja di kedai makan dengan upah RM10 sehari untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Remaja itu juga terpaksa meminjam RM5 daripada kawan untuk perbelanjaan harian selain memberi wang kepada bapanya untuk membeli arak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Yahya Saleh, mengesahkan menerima laporan itu dan seorang lelaki ditahan bagi siasatan kes mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

* Gambar Sekadar Hiasan

Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Mengeluh. Mengapa?

Posted: 27 Aug 2010 09:30 PM PDT

Gambar di sebelah sudah menjawab sedikit persoalan ini.

Saya petik:
[Bernama] Ramai kontraktor Melayu di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan kontrak kerja (Susah mendapatkan kontrak atau syarikat-syarikat ini tidak layak mendapat kontrak seperti "mudahnya" mereka memperoleh kontrak pada zaman BN) menyebabkan ada antara mereka terpaksa menutup operasi dan beralih kepada perniagaan lain.

Naib Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Ahmad Fatahi Omar berkata antara punca kepada masalah itu adalah kerana ada kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang itu terlalu mengehadkan aktiviti pembangunan (Pembangunan dari segi apa? Pembangunan yang diperlukan atau pembangunan aksesori? Umum tahu, kerajaan PR terpaksa menangung hutang yang banyak tinggalan kerajaan BN. Ada yang jumlahnya mencecah nilai bilion. Jadi, pembangunan yang dimaksudkan itu perlu dilihat berdasarkan keutamaan dan keperluan.).

Katanya kerajaan negeri itu tidak mahu berbelanja untuk pembangunan (Amalan berjimat cermat bukan bermaksud menidakkan keperluan pembangunan negara. Berbelanja secara berhemat) walaupun mempunyai peruntukan untuk berbuat demikian menyebabkan kontraktor-kontraktor hanya mengharapkan projek kerajaan persekutuan.

"Jika dilihat tindakan mereka untuk hadkan pembangunan sebenarnya lama kelamaan akan memberi kesan kepada ekonomi. Ekonomi tidak akan naik. Ada maklumat yang saya dapat kerajaan Persekutuan tidak kurangkan peruntukan (Betulkah begitu? Walhal ada kerajaan negeri yang mengeluh kerana dianaktirikan oleh kerajaan Persekutuan.) tetapi kerajaan negeri yang kurangkan perbelanjaan," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa PKMM Kedah di Alor Star malam semalam.

Beliau yang juga Yang Dipertua PKMM Kedah berkata selain itu banyak juga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang tidak memberi peluang kepada kontraktor Melayu walaupun banyak syarikat bumiputera berkemampuan untuk menjalankan kerja-kerja bagi GLC.

"Kalau beri peluang, kita boleh buat. Apa yang penting mereka kena beri peluang baru mereka boleh tengok sama ada kontraktor tu boleh buat kerja atau tidak. Ada pandangan di kalangan GLC bahawa kontraktor Melayu bermasalah, (Bukan setakat mengendalikan projek-projek besar, kendalikan projek pembinaan rumah individu pun banyak masalah yang timbul terutama dari segi menepati tarikh siap dan kualiti binaan. Cuba risik-risik pengalaman orang yang membina rumah menggunakan kontraktor Melayu. Tidak semua kontraktor begitu, tetapi banyak yang bersikap demikian.)" katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Fatahi mengakui ramai juga kontraktor Melayu yang tidak bersedia untuk menjalankan projek-projek besar ( Sebelum ini banyak kontraktor Melalayu yang dapat projek menyerahkan projek tersebut kepada syarikat lain secara Ali Baba. Oleh sebab tiada pengalaman dalam mengendalikan projek besar, maka situasi ini menjadi penghalang untuk mereka mengembangkan perniagaan.) menyebabkan syarikat-syarikat besar hilang kepercayaan kepada mereka.

"Ramai kontraktor Melayu selepas mereka menyiapkan kerja mahukan pembayaran segera (Duit hendak mengendalikan projek lain tiada, cepat-cepat hendak tukar kereta yang lebih besar, dll.)sedangkan ia adalah proses yang memakan masa yang lama terutama apabila melibatkan syarikat-syarikat besar.

"Kontraktor Melayu perlu bersedia untuk menghadapi masalah-masalah seperti ini. Selain itu, ada juga yang gagal memahami Bahasa Inggeris dengan baik (Siapa yang buat dasar mementingkan bahasa Inggeris dalam hal ini?) sedangkan segala dokumen adalah dalam Bahasa Inggeris," katanya.

Katanya dalam kes kontraktor kelas A, walaupun sebelum ini ada arahan kerajaan yang mahukan mereka memiliki ISO 9001 tetapi hanya 20 peratus kontraktor Melayu yang dapat berbuat demikian (Kalau sudah mengamalkan Ali Baba, bagaimana mereka mahu memperoleh sijil ISO?).

"Apabila mereka ada ISO mereka boleh pergi ke mana-mana termasuk mendapatkan kerja di luar negeri. Ketika ini di kalangan kontraktor Melayu, hanya kira-kira 10 peratus mendapat kontrak di luar negara," katanya.

Remaja Dicekup Sedang Asyik Rakam Aksi ZINA: "Orang lain sibuk nak raya, kamu sibuk f*** anak orang!"

Posted: 27 Aug 2010 06:30 PM PDT

Apa nak jadi?!!! Berzina, cuba merasuah pegawai penguat kuasa, kemudian terang-terang mengatakan bahawa mereka tidak mahu berkahwin lagi. Saya petik:
[BH] KUALA LUMPUR: Sepasang kekasih dipercayai remaja masih bersekolah ditangkap pasukan pencegah maksiat ketika sedang asyik melakukan hubungan seks termasuk merakam aksi ghairah mereka menggunakan video telefon bimbit di Kuantan, Pahang.

Aksi panas rakaman selama 10 minit itu disebarkan secara meluas melalui internet sejak seminggu lalu dan kejadian itu dipercayai berlaku jam 3 petang, minggu lalu.

Bagaimanapun, rakaman aksi seks mereka hanya dirakam selama dua minit manakala baki lapan minit rakaman adalah perbualan serta sesi soal jawab dengan pencegah maksiat.

Remaja lelaki yang dipercayai memegang telefon bimbit dan merakam aksi mereka dikatakan tidak sempat mematikan rakaman kerana terkejut apabila disergah pihak berkuasa dipercayai pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menyebabkan telefon bimbit terjatuh tetapi masih merakam audio perbualan mereka.

Seorang lelaki dipercayai pencegah maksiat menahan mereka dan meminta kad pengenalan pasangan berkenaan tetapi dibantah, sebaliknya remaja itu meminta pencegah maksiat menunjukkan kad kuasa.

Apabila ditanya apa hubungan mereka sama ada sebagai suami isteri atau tidak, pasangan remaja itu mengaku hanya sebagai kawan tetapi remaja tetap berkeras tidak mahu menyerahkan kad pengenalan untuk diperiksa. Sebaik saja penguat kuasa bertegas termasuk mengugut untuk menggunakan kekerasan dan membawanya ke balai polis, barulah dia memberikan kerjasama.

"Saya akan bawa kad pengenalan ni ke balai polis dan hubungi ibu bapa awak. Orang lain sibuk nak sambut raya, kamu pula sibuk f**k anak orang," kata pegawai penguat kuasa tetapi remaja lelaki itu berkali-kali merayu mengatakan keluarganya orang susah dan seboleh-bolehnya tidak mahu perkara itu diketahui keluarga.

'Drama' itu berterusan apabila remaja lelaki itu meminta pegawai penguat kuasa berterus terang apa sebenarnya yang dia mahukan termasuk wang sebagai ganjaran jika melepaskan mereka.

Tawaran itu ditolak dengan tegas, sebaliknya memberi amaran supaya tidak melakukan apa-apa yang boleh menimbulkan kemarahan atau kesalahan lain.

Remaja lelaki kemudian meminta maaf dan merayu lagi supaya tidak dibawa ke balai polis atau pejabat agama yang terletak berhampiran mahkamah Kuantan.

"Awak ingat saya tak serius ke tangkap orang buat maksiat, kamu ingat saya menyamar ke? Sekarang saya nak tolong kamu, ikut saya ke pejabat agama. Kenapa nak minta maaf dengan saya, saya bukan Tuhan... kamu buat salah dengan Tuhan kenalah minta maaf dengan Tuhan," kata pegawai penguatkuasa itu.

Pasangan remaja itu juga mengaku, itulah kali pertama mereka bertemu sebelum melakukan hubungan seks tetapi terus merayu supaya tidak dibawa ke pejabat agama dengan alasan tidak mahu berkahwin kerana masih terlalu muda.

"Tolonglah encik, saya tak nak kahwin, dia (pasangan wanita) pun masih sekolah lagi. Saya pun masih bersekolah, nanti mak saya risau," kata remaja lelaki sambil disampuk teman wanitanya.

Duit Bonus Raya Kakitangan Awam Dibayar Pada 1 September

Posted: 27 Aug 2010 05:30 PM PDT

Saya petik:
[Kosmo] KUALA LUMPUR - Kerajaan akan membayar Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada lebih 1.24 juta petugas awam pada 1 September ini.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan berkata, pembayaran bagi pesara melalui sistem pembayaran melalui bank pula akan dilakukan pada 6 September manakala bagi pesara yang dibayar melalui waran akan diposkan sebelum tarikh tersebut.

Jabatan itu berkata, pegawai yang layak terdiri daripada pegawai tetap, sementara, sangkut, sambilan, kontrak, guru sandaran dan pegawai yang bercuti separuh gaji.

Rabu lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan terhadap sumbangan pegawai dalam pembangunan negara.

[Kemas Kini] Isu Bukan Islam masuk Masjid/Surau: Shahrizat, Lagi Biadap Jika Orang Islam Tidak Menutup Aurat

Posted: 27 Aug 2010 04:00 PM PDT

Saya sudah menulis hal ini semalam. Isu yang timbul berkaitan dengan hal ini ialah etika berpakaian ketika berada di dalam rumah ibadat orang Islam. Itu sahaja. Seperti yang ditegaskan, YB DAP itu tidak bercerita fasal politik pun di surau itu. Walaupun tidak menjadi suatu kesalahan untuk berbuat demikian, namun undang-undang manusia melarangnya.

Biasalah, orang politik seberang sana mengambil peluang dengan meng"smash" bola tanggung yang diberikan oleh orang sebelah sini. Macam-macam berita yang berkisar tentang YB DAP itu disiarkan dalam blog, portal berita, mahupun di media cetak atau di media elektronik.

Dalam UM hari ini, diberitakan Sultan Selangor murka kerana tindakan YB DAP itu. Benarkah begitu? Saya hanya berminat untuk mengulas kenyataan Ketua Wanita UMCO, Datuk Sharizat tentang isu ini. Saya petik:
Pergerakan Wanita UMNO menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching berucap di ruang solat di sebuah surau dekat Kajang Sentral pada majlis penyampaian bantuan kepada ahli Pas baru-baru ini sebagai manifestasi kebiadaban pemimpin pembangkang itu terhadap umat Islam.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, Nie Ching langsung tidak menghormati agama Islam dan kesucian institusi masjid dan surau.

"Nie Ching sepatutnya tahu bahawa menjadi ahli politik bukanlah lesen untuk memecah-belahkan perpaduan rakyat berbilang bangsa dan keharmonian negara," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Jalinan Ramadan Bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Shahrizat mengulas tindakan Ahli Parlimen Serdang daripada DAP itu yang memasuki ruang solat surau berkenaan dalam keadaan tidak menutup aurat.

Tindakan Nie Ching itu juga mendapat bantahan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam kerana seolah-olah tidak menghormati kemuliaan rumah ibadat...

Tindakan YB DAP itu memang bertentangan dengan hukum agama, namun menurut YB itu beliau tidak berniat berbuat demikian. Malah beliau telah "double check" tentang hal itu dengan kariah surau tersebut. Hal ini diceritakannya dalam MK semalam. Saya petik:
"...Kunjungan ke surau Al Huda, Kajang adalah satu lawatan yang mesra, (dan) ikhlas untuk berjumpa dengan penduduk di situ. Mereka menerima kehadiran saya.

"Saya tidak faham mengapa kunjungan biasa ini dipermain-mainkan," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menyifatkan tindakan Teo (kiri) menyampaikan 'tazkirah' di masjid sebagai tidak wajar.
....
Sementara itu, mengulas isu kemasukannya ke dalam ruang solat utama di surau itu, Teo berkata beliau hanya memenuhi jemputan.

"Pada hari tersebut mereka menjemput saya masuk. Saya double check sama ada boleh masuk atau pun tidak.


"Saya sudah mendapat keizinan daripada pihak surau untuk masuk ke dalam surau. Muslimin dan muslimat pun, mereka menjemput saya masuk," jelasnya lagi.

Katanya, tarikh dan masa kunjungannya selepas solat Tarawih itu, juga ditentukan oleh pihak surau berkenaan.

Ditanya kenapa beliau tidak memakai tudung ketika memasuki surau, Teo yang juga timbalan ketua publisiti DAP menjelaskan:

"Saya tidak dinasihatkan oleh (pihak) surau untuk memakai tudung. Saya (pun pada mulanya) tidak menyangka saya boleh masuk surau itu.

"Pada kebiasaannya saya hanya berada di luar surau sahaja. Ini bukan kali pertama saya ke surau itu. Sebelum ini saya berada di luar," katanya yang sudah mengunjungi beberapa surau sepanjang Ramadan yang bermula 11 Ogos lalu....
Penjelasan di atas sudah memadai untuk menutup isu ini. Isu yang lebih besar dan yang perlu kita berikan perhatian ialah keengganan orang Islam menutup aurat dengan betul seperti yang ditunjukkan oleh pemimpin dan isteri pemimpin UMCO. Mereka secara jelas "biadap" terhadap Allah dan mempersendakan agama. Tiap-tipa hari mereka memperkatakan hukum dan mempolitikan perkara yang mendatangkan keuntungan kepada mereka, namun dalam masa yang sama mereka biadap dan ingkar terhadap perintah Allah. Oleh itu, sebelum berani menyentuh hal orang, cermin diri dahulu!

Saya mengalu-alukan orang bukan Islam mendekati dan mengenali agama Islam. Bagi mereka yang mahu berbuat demikian, kenalilah Islam daripada orang yang betul, jangan sesekali mengenalinya daripada orang UMCO kerana anda bukan sahaja tidak dapat memahami Islam malah anda akan membuat kesimpulan bahawa agama Islam itu sangat-sangat menyulitkan dan tidak mesra orang bukan Islam. Contoh sudah banyak, anda tentu dapat melihat dan menilainya.

* Ironinya, pemimpin dan isteri pemimpin PAS dan PKR banyak yang menutup aurat berbanding dengan isteri dan pemimpin UMCO yang seolah-olah menjadi hero dalam isu agama, tetapi "biadap" terhadap hukum Allah!

Tiada ulasan: