Sabtu, 28 Ogos 2010

Biaqpila

Biaqpila


2 mati selepas tegur rakan tidur

Posted: 28 Aug 2010 03:00 PM PDT


RAJESWARI tidak dapat menahan kesedihan melihat mayat anaknya, Gunasilan di tempat letak kereta Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang semalam.

KLANG – Niat murni dua pengawal keselamatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini semalam menegur seorang rakan sekerja yang didakwa tidur ketika bertugas berakhir dengan mereka ditembak mati di tempat letak kereta HTAR.

Dalam tragedi pada pukul 5.30 pagi itu, kedua-dua mangsa iaitu P. Mailvaganam, 46, dan S. Gunasilan, 22, masing-masing terkena satu das tembakan di dada. Mereka mati di tempat kejadian.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Omar Mammah berkata, ketika kejadian dua mangsa yang terkorban dan suspek yang berusia 37 tahun itu bertugas pada syif malam bermula pukul 7 petang kelmarin hingga pukul 7 pagi semalam.

"Kita percaya pembunuhan itu berpunca apabila suspek yang berasal dari Sabah itu tidak berpuas hati dengan tindakan kedua-dua mangsa menegurnya yang tidur ketika bertugas.

"Ekoran teguran itu, mereka bertiga bertengkar sebelum berlaku cabar-mencabar," kata Omar ketika ditemui di tempat kejadian.

Suspek yang hilang kawalan bertindak melepaskan dua das tembakan daripada pump gun yang dibekalkan kepadanya sebelum terkena dada kedua-dua mangsa.

Menurut beliau, selepas melihat dua rakannya rebah dan berlumuran darah suspek yang dipercayai panik tampil menyerah diri kepada Ketua Pengawal Keselamatan HTAR, Abd. Ghani Abd. Rahman di pondok keselamatan yang terletak kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.

KOSMO

Keputusan Liga Perdana Inggeris 28/08/10

Posted: 28 Aug 2010 09:23 AM PDT





Blackpool 2 – 2 Fulham Bloomfield Road
Chelsea 2 – 0 Stoke Stamford Bridge
Tottenham 0 – 1 Wigan White Hart Lane
Wolves 1 – 1 Newcastle Molineux Stadium
Blackburn 1 – 2 Arsenal Ewood Park
Blackpool 2 -2 Fulham Bloomfield Road
Manchester United 3 - 0 West Ham Old Trafford


Kenapa Utusan & UMNO Serang Ahli Parlimen Serdang Habis-Habisan

Posted: 28 Aug 2010 07:00 AM PDT

Kenapa Utusan Malaysia tiba-tiba melancarkan serangan ke atas MP Serdang?

Kenapa Utusan Malaysia dan Cybertrooper BN/UMNO tiba-tiba melancarkan serangan ke atas MP Serdang yang berasal dari DAP?

Di antara sebabnya adalah, DAP melahirkan wakil rakyat yang betul-betul mendekati rakyat di peringkat akar umbi dan ini dipandang sebagai ancaman oleh pemimpin BN/UMNO yang angkuh, sombong dan hanya muncul di kalangan rakyat semasa musim pihanraya dan pilihan kecil.

Maka dengan melempar fitnah yang berbentuk agama menjadi jalan mudah bagi Utusan Malaysia dan Cybertrooper BN/UMNO untuk menakutkan masyarakat kaum bumiputra yang semakin menerima perwakilan rakyat dari kaum bukan bumiputra.

Setiap kali apabila timbulnya kes korupsi dan skandal di kalangan pemimpin politik BN/UMNO, mereka menunjuk jari ke hidung DAP dan masyarakat bukan bumiputra dengan dakwaan mereka mengancam status ekonomi kaum bumiputra.

Tapi persoalannya, siapakah yang telah membazirkan wang rakyat jelata? Siapakah yang telah menyalurkan wang rakyat ke dalam pocket sanak-saudara dan kroni-kroni sendiri sehingga Malaysia menghadapi krisis bankrap pada tahun 2019 menurut Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Idris Jala?

Adakah Ahli Pahlimen Serdang melawat surau untuk memancing undi? Ataupun beliau telah lama berkhidmat untuk rakyat dari latar belakang kaum, agama dan lapisan masyarakat yang berlainan sejak dipilih sebagai wakil rakyat pada bulan Mac 2008 yang lalu?

Saudara-saudari sekalian boleh membuat penilaian sendiri dengan membaca blog beliau yang merekod jadual perkhidmatan seharian beliau sepanjang dua setengah tahun beliau menjadi ahli parlimen ini:-

http://www.wretch.cc/blog/teonieching


tunhisyamuddin


Tahniah Teo.. Anda Berjaya Buatkan Umno Kelihatan Bodoh

Posted: 28 Aug 2010 05:32 AM PDT

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mendakwa Barisan Nasional (BN) mengamalkan dwistandard mengkritik Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching berhubung kunjungannya ke Surat Al-Huda di Kajang, Ahad lalu.

"(Sebenarnya) satu kebiasaan bagi pemimpin parti-parti komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan, Sabah dan Sarawak untuk datang ke masjid dan memberikan ucapan," kata Salahuddin (gambar) kepada The Malaysian Insider hari ini.

Oleh itu kata beliau, apabila pemimpin BN melakukannya ia tidak dijadikan isu.

"Bagaimanapun apabila Pakatan Rakyat (PR) melakukan, ia dijadikan isu. Ini publisiti murahan bagi mereka," kata beliau lagi.

Ahli Parlimen Kubang Kerian ini berkata serangan BN ke atas Teo menunjukkan perikatan itu semakin menjadi sebuah parti "rasis".

"Mereka (BN) lebih rasis dan ektremis (sekarang)," katanya lagi sambil menambah, "tiada masalah dengan (tindakan Teo masuk ke surau)."



Dalam satu kenyataan tengah hari tadi, Teo menjelaskan bahawa kehadirannya di Surau Al-Huda hanya bertujuan menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan negeri bagi memperbaiki pagar surau berkenaan dan berbuka puasa bersama anggota jawatankuasa serta jemaah surau.

"Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberi sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.

"Saya kesal perkara ini telah menimbulkan perasaan resah antara umat Islam dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak tertentu atas sebab-sebab politik," kata beliau.

Teo turut menegaskan bahawa lawatannya ke surau berkenaan tidak berniat politik dan tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan.

Beliau turut menyambut baik pesanan dan nasihat daripada semua pihak mengenai perkara tersebut dan akan lebih berhati-hati supaya tidak menimbulkan perasaan kurang senang dan perselisihan faham di kalangan umat Islam pada masa akan datang.

bloglistpolitik

Bantuan Atap Biru Hanya Untuk 'Orang Biru'

Posted: 28 Aug 2010 01:00 AM PDT



KEMAMAN - Dua tahun lalu, ketika mula menerajui kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12, Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said berikrar akan menyelesaikan masalah bantuan atap rumah di negeri ini.

Ungkapan serta janji-janji 'manis' tersebut dibuat pada Majlis Perjumpaan Menteri Besar dengan Kakitangan Awam Negeri Terengganu di Dewan Besar Wisma Darul Iman, 17 April 2008.

Beliau sebagai berkata kerajaan negeri akan segera mengeluarkan peruntukan RM200 ribu bagi setiap Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi menggantikan atap-atap rumah yang bocor.

"Saya (Menteri Besar) merasa dukacita, melihat keadaan bila pendapatan kita (kerajaan) lebih sedikit, banyak projek-projek besar yang menjadi kebanggaan kita, tapi rakyat masih lagi duduk di rumah yang beratap bocor.

"Saya mahu lihat suatu ketika nanti, tiada lagi zink yang merah warnanya bukan merah sebab cat, tapi kerana berkarat dan saya telah arahkan wakil rakyat untuk pastikan rumah yang beratap bocor diganti.

"Tahun depan (2009) saya akan sediakan peruntukan lebih besar kerana saya mahulihat dalam tempoh saya diberi amanah sebagai Menteri Besar, tidak ada lagi rumah yang bocor di negeri Terengganu," ujarnya.

Namun begitu, hakikatnya tidak berlaku penambah-baikan dari 'wawasan' tersebut meski pun peruntukan kini mencecah RM500 ribu setahun dan rakyat masih dibelenggu dengan masalah atap bocor.

Tinjauan mendapati masih ramai di kalangan rakyat di negeri ini tersisih serta dinafikan hak mendapat bantuan atap 'biru' yang disediakan oleh kerajaan.

Seorang penduduk Kampung Habib Mohsin Kuala Kemaman dekat sini, Saudara Ahmad Ariffin Mohamad, 39, saban hari mengeluh masalah atap rumahnya yang berlubang hampir 70 peratus.


(Gambar ; Ariffin menunjukkan atap rumahnya yang bocor, gambar atas, sebuah rumah 'orang biru' di Pasir Gajah menerima bantuan atap biru)

Katanya, keadaan menjadi kelam kabut apabila tiba waktu hujan yang menyebabkan tidak ada lagi tempat kering dan selamat.

"Ini rumah peninggalan nenek yang menjadi tempat berteduh sejak lebih 30 tahun lalu dan hampir 70 peratus atap rumah bocor ditembusi cahaya matahari.

"Saya rasa pelik kenapa rumah orang lain boleh bantuan tetapi hak saya dinafikan untuk mendapat bantuan dan subsidi," ujarnya

Beliau yang bekerja sebagai buruh kasar dengan pendapatan tidak tetap tidak mampu untuk membaiki rumah yang dihuni bersama isteri serta empat anaknya.

Menurutnya, permohonan mendapatkan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) juga tidak dilayan pihak berkenaan.

Ini kerana, kata beliau rumah papan yang didiami kini sekeluarga terlalu uzur serta menumpang di atas tanah orang.

Rakannya, Alwi Jusoh, 48, mendakwa pengagihan bantuan atap rumah tersebut hanya diutamakan kepada kroni terdekat dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sahaja.

Menurutnya, terdapat pihak-pihak tertentu yang pernah menerima bantuan atap biru tersebut melebih sekali.

"Saya ada bukti dan boleh tunjuk di mana rumah (pemilik) yang dapat bantuan atap biru kerajaan lebih dari sekali.

"Mereka (JKKK) hanya beri kepada kroni dan keluarga terdekat sahaja dan orang lain dinafikan hak meski pun layak," ujarnya.

Katanya, terdapat penerima bantuan atap biru membuat pagar rumah pun dengan lebihan dari pemberian atap tersebut.

BO

YB DAP sedang memberi tazkirah kepada bubur lambuk

Posted: 27 Aug 2010 07:00 PM PDT


Dalam utusan meloya online depa tulis "TEO NIE CHING menyampaikan 'tazkirah' di Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Kajang, Ahad lalu sambil diperhatikan oleh salah seorang ahli jawatankuasa surau tersebut."

Rata-rata media pengampu memainkan perkataan 'tazkirah'.Dasyat la media pengampu ni menokok tambah cerita.Tak kira bulan Ramadhan,kerja memutar belit fakta tetap diteruskan oleh media kurap ni.Cerita sebenar YB tu pi sana nak sampaikan sumbangannya bagi memperbaiki pagar surau berkenaan, seperti yang diminta oleh pihak pengurusan surau tersebut.


Semalam pula YB TEO NIE CHING pi kacau bubur kat Taman Impian Putra, Bangi. Tapi tak dak pula masuk utusan meloya kata YB ni sedang buat tazkirah...kah!kah!kah!


Kenapa saya tidak akan menyokong BN?

Sebab ahli-ahli politik dan mesin-mesin propaganda BN/UMNO
sanggup melempar segala bentuk fitnah di luar jangkaan akal
biasa manusia semata-mata untuk memecahbelah perpaduan dan
permuafakatan di kalangan masyarakat yang berbilang kaum dan
berbilang agama demi terus mengait undi kaum bumiputera dan
berkuasa di negara ini.

Apa bezanya UMNO/BN daripada penjajah British yang mempraktikkan
taktik pecah dan perintah sepanjang zaman penjajahan British di
Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu? -Komen dari blog YB TEO NIE CHING



“Kerajaan baru turunkan cukai tanah, takkan naikkan pula…”

Posted: 27 Aug 2010 05:00 PM PDT

oleh AMELIA HASHIM


ALOR SETAR, 25 Ogos: Kerajaan Negeri Kedah telah menurunkan cukai tanah antara 30 hingga 70 peratus pada tahun 2008 selepas mengambil alih pemerintahan, dan tidak munasabah untuk menaikkan pula dalam jangka masa terdekat, kata Menteri Besar Kedah YAB Ustaz Azizan Abdul Razak.

Walau bagaimanapun, beliau menyambut baik cadangan Perdana Menteri YAB Dato' Seri Najib Razak untuk selaraskan tarif air dan kenaikan cukai tanah seluruh Malaysia.

Di Kedah ada beberapa pengecualian kerana Kedah baru sahaja menurunkan cukai tanah dua tahun lalu dan tidak wajar diubah dalam dalam masa terdekat," katanya.

Beliau mengulas isu ini apabila ditanya oleh wartawan dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini, hari ini.

Ujarnya lagi, pihaknya tidak mahu memberi kata putus buat masa sekarang kerana mesyuarat penyelarasan itu melibatkan semua Kerajaan Negeri dengan Perdana Menteri yang dijangka akan diadakan selepas hari raya nanti.

Menurutnya, isu tanah akan diberi pertimbangan mendalam kerana dalam hal lain tiada masalah. Kedah adalah satu-satunya negeri yang telah menurunkan cukai tanah, jadi tidak wajarlah selepas dua tahun hendak dinaikkan pula.

Pihaknya akan beri sokongan terhadap cadangan Perdana Menteri itu dan besedia mengadakan rundingan bagi mencapai kata sepakat, namun bagi Negeri Kedah beberapa perkara perlu diberi perhatian.

"Eloklah runding dulu sebelum memberi kata pendirian. Lagipun saya belum lagi terima surat menghadiri mesyuarat itu," katanya.

Cadangan selaraskan tarif kenaikan dan cukai pintu oleh Perdana Menteri itu berikutan kebanyakan Kerajaan Negeri menghadapi tekanan pendapatan selain sumber yang terhad manakala kos untuk penyediaan bekalan air kian meningkat.

Beliau telah memberi tempoh dalam bulan Ramadhan ini kepada semua Kerajaan Negeri memaklumkan kepadanya sama ada mereka besetuju supaya beliau menjadi hos kepada satu perbicangan selepas hari raya nanti bagi mencari kata sepakat.

UO

Tiada ulasan: