Kerabu Bersuara ® |
- Wang besar dan calon Timbalan Presiden
- Empayar hartanah keluarga Taib di Kanada?
- Demokrasi dalam politik
- Hantu perosak dunia pendidikan bermaharajalela
- Timbalan Presiden: Azmin masih bincang, Jeffery nafi mahu tanding
- India beri BlackBerry masa hingga 31 Ogos
- Raja Sumpah Suruh Ds Wan Azizah Pula Bersumpah
- Surat sokongan: Exco Ronnie Liu selamat, hanya diberi amaran
- Umno-BN Punyai Sejarah Panjang Hina, Aib Raja-Raja Melayu
- Batal Senarai Hitam Kejayaan Besar Pakatan Rakyat Bela Rakyat
- 11 Empangan Baru Di Sarawak Dikuasai Keluarga Taib Mahmud
- ANTARA INTIP DS NIZAR & TS KHALID
- Mahasiswa berpolitik: Saifuddin sedia temui sesiapa termasuk Pemuda PAS
- MP DAP Tony Pua terima peluru M-16, nota ugutan
- Raja Sumpah
- Amaran Kepada Ezam Untuk Hentikan Fitnah Jahat
- Bukan mati dalam iman kalau bunuh diri
- Kenapa perlu membazir wang berbuka puasa di hotel?
- Surat Biru Kepada Dr Wan Azizah
| Wang besar dan calon Timbalan Presiden Posted: 12 Aug 2010 03:00 PM PDT Zaid Ibrahim melalui blog Zaid untuk Rakyat membuat kenyataan terbuka "tidak akan menjadi calon untuk apa-apa jawatan di pemilihan parti Keadilan". Di dalam artikel bertajuk Demokrasi Dalam Parti Politik itu, Zaid mengkritik kod etika pemilihan parti Keadilan. Zaid tidak setuju dengan kod etika sekarang. Mungkin Zaid percaya dia boleh mengendalikan pemilihan parti ini dengan lebih baik. Mungkin Zaid calon yang paling sesuai untuk menjadi Setiausaha Agung parti setelah tidak menjadi calon untuk apa-apa jawatan di pemilihan parti Keadilan. Lantikan bisa saja pak! Nah! Nampaknya seorang yang diura-ura akan menjadi calon Timbalan Presiden telah memberi jaminan tidak akan menjadi calon. (Tetapi jangan lupa, dahulu ada seorang pemimpin UMNO yang membuat kenyataan berulang kali tidak akan mencabar jawatan Timbalan Presiden kemudiannya menjadi Timbalan Presiden). Jika Zaid tidak bertanding, mungkin jalan untuk Azmin Ali lebih mudah. Benarkan begitu? Ada ura-ura Syed Husin Ali masih bernafsu mempertahankan jawatan untuk kesekian kalinya. Tan Sri Khalid Ibrahim pula mungkin mengambil peluang pertandingan Timbalan Presiden untuk 'mengajar' Azmin yang dianggapnya masih perlu belajar banyak perkara. Atau apakah mungkin elemen-elemen yang tidak bersetuju dengan Azmin akan bersatu di belakang satu calon lain bagi memastikan nafsu Azmin untuk jawatan Timbalan Presiden terhalang? Mustafa Kamil Ayub, Naib Presiden Keadilan dikatakan berminat untuk merebut jawatan Timbalan Presiden. Saya fikir jalan Azmin tidak akan menjadi muda secara tiba-tiba, hanya kerana Zaid tidak mahu bertanding. Selamat bertanding kepada semua. Bersama kita semarakkan demokrasi di dalam parti. p/s: Dato' Zaid, takde rancangan untuk buka firma Campaign Manager atau lobbying ke? Boleh yang muda-muda ikut sama. Wang besar! Wang besar! [Sumber] |
| Empayar hartanah keluarga Taib di Kanada? Posted: 12 Aug 2010 10:00 AM PDT |
| Posted: 12 Aug 2010 09:00 AM PDT Oleh Zaid Ibrahim Saya tidak faham mengapa parti-parti politik takut sangat dengan kaedah kempen yang dilaksanakan oleh calon-calon semasa pemilihan parti. Umno, sebagai contoh, mempunyai kod etika yang perlu dipatuhi semasa berkempen. Antaranya adalah larangan penganjuran jamuan makan, larangan pengamalan politik wang, malah aktiviti-aktiviti melobi dan berkempen juga dilarang. Umno berasa bangga kononnya mereka mengamalkan demokrasi, dan kononnnya sesiapa sahaja boleh berkempen. Tapi apakah erti pertandingan dan bertanding kalau dilarang berkempen sama sekali? Bekas Naib Presiden Umno Tan Sri Isa Samad dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin didapati melanggar kod-kod etika ini dan pernah dikenakan tindakan disiplin atau diberi amaran, sedangkan setiap pemimpin Umno yang ada sekarang pun melakukan kesalahan yang sama. Malah saya tahu ramai pemimpin tertinggi Umno sekarang yang lebih bersalah dari Khairy dan Isa. Tetapi bezanya, pemimpin-pemimpin ini dianggap sebagai kebal. Sebab itu saya tidak mahu Parti Keadilan Rakyat menjadi parti hipokrit seperti Umno. Telah keluar kenyataan bahawa kod etika PKR sekarang melarang calon mengkritik pemimpin lain dan melarang penggunaan wang ala politik wang. Malah, penganjuran rumah terbuka Hari Raya juga akan diteliti — ini antara kod etika yang paling mirip dengan Umno. Agaknya, adalah diandaikan bahawa penganjuran "open house" yang terlalu mewah boleh mempengaruhi pemilihan pemimpin parti nanti. Alangkah malunya kalaulah ahli-ahli PKR, sebuah parti yang berteraskan perjuangan, boleh di pengaruhi oleh makan dan minum! Kod etika boleh digunakan, tapi biarlah munasabah dan dilaksanakan tanpa pilih kasih. Politik wang itu rasuah, dan rasuah sudah pun satu kesalahan dibawah undang-undang negara. Apa rasionalnya menjadikannya kesalahan kod etika? Jika seorang pemimpin membuat tuduhan melulu yang tidak berasas, tindakan mahkamah boleh diambil. Dan kalaulah pemimpin tertentu tidak boleh dikritik, bagaimanakah caranya untuk parti diperbaiki dan terus ditingkatkan kepada tahap yang lebih baik? Bagaimana parti boleh diperbaiki dan dipertingkatkan lagi tahap mutunya jika pemimpin tertentu tidak boleh dikritik? Kalau pengalaman parti lain boleh dijadikan bukti, masalah kod etika parti lazimnya berada di dalam tafsiran dan aplikasinya yang ditentukan oleh mereka yang rapat dengan pucuk pimpinan dan belum tentu telus dan adil kapada semua. Saya tidak akan menjadi calon untuk apa-apa jawatan di pemilihan parti Keadilan. Jadi saya bolehlah menyediakan rumah terbuka yang besar ataupun kecil, ikut sesuka hati saya. Saya boleh mengkritik pemimpin parti yang lemah dan berkempen menolong calon-calon yang boleh menyumbang kepada parti. Saya sebagai orang tua ingin melihat orang-orang muda yang berkebolehan dan jujur memainkan peranan besar dalam parti. Saya akan berkempen bagi pihak mereka. Saya harap tak ada kod etika untuk peranan sebagai "campaign manager" ini. Saya masih tidak lupa bagaimana Umno menggantung keahlian saya dan menggugurkan saya sebagai calon kerana tuduhan politik wang, walaupun saya menang jawatan Ketua Bahagian pada tahun 2003; dan menang dalam pilihanraya 2004. Itu semua politik kotor yang direka oleh mereka yang inginkan jawatan saya. Dan walaupun saya meminta SPRM menyiasat kes terhadap saya pada tahun 2008, mereka enggan kerana kalau saya didapati tidak bersalah, itu bererti Umno bersalah… dan Umno mana boleh buat salah…? Saya harap parti Keadilan tidak akan seperti Umno dengan menggunakan kod etika dan sebagainya untuk menghindar tanjakan seseorang pemimpin. Biarlah kami praktikkan cara demokratik dan menghormati kehendak ahli. Biarlah ahli-ahli memilih dengan bebas tanpa kawalan terlalu ketat, dan tidak perlulah kami sediakan "lineup" atau orang-orang tertentu yang diminati untuk diberi keutamaan. Kami perlulah percaya bahawa ahli-ahli yang berada di peringkat awal keahlian juga boleh memberi sumbangan dalam membincangkan apa yang diperlukan oleh parti. — www.zaiduntukrakyat.com |
| Hantu perosak dunia pendidikan bermaharajalela Posted: 12 Aug 2010 08:30 AM PDT Oleh Lanh DUNIA pendidikan (sekolah) semakin kelam-kabut, kata seorang guru kepada penulis. Lepas satu isu ke satu isu ditimbulkan pemimpin politik sedangkan yang lama belum diselesaikan. Pihak menanggung beban adalah guru yang bukan saja terbeban dengan gelagat orang politik yang menjadi hantu dunia pendidikan ini tetapi juga anak-anak murid yang semakin sukar diajar; ringkasnya kurang ajar. Terbaru guru siswazah dibenarkan menyertai politik. Bunyinya macam pihak atasan begitu prihatin dan bersikap terbuka, namun jika difikirkan ia mendatangkan implikasi amat buruk Tentunya pada ketika Umno-BN memerintah, politik yang dibenarkan adalah politik Umno-BN, jadi dengan perubahan ini, guru-guru yang menyokong pembangkang usahlah berangan untuk melebarkan sayap; silap-silap haribulan dipulau dan dikirimkan ke pedalaman. Jadi tentulah cikgu berfikir, lebih baik diamkan diri, nanti dah pencen aktiflah seperti mana dilakukan ramai pesara guru. Dulu pada ketika guru ini tidak dibenarkan aktif berpolitik, politik Umno termasuk Puterinya selalu masuk sekolah dan institusi pengajian tinggi untuk mempengaruhi pelajar, kelonggaran terbaru itu dibimbangi akan menyebabkan sekolah-sekolah akan menjadi sarang/markas Umno-BN. Guru-guru pendukung Umno-BN akan berdendang di sekolah, dewan malah bilik darjah dan makmal akan bebas digunakan mereka menjalankan projek masing-masing. Bukankah ini menjadi cukup bahaya. Jika dulu dewan menjadi tempat mesyuarat agung Umno, nanti bilik guru pun jadi markas mereka. Umno apa peduli, masjid dan surau pun mereka salahgunakan untuk kepentingan politik sedangkan pemimpin mereka sendiri mencanangkan jangan gunakan masjid untuk tujuan politik. Kenapalah agaknya dunia dan institusi pendidikan seperti sekolah dijadikan pemimpin Umno-BN untuk menunjukkan jaguh? Mengapa mereka kerap bertindak untuk mengubah keadaan kononnya? Misalnya, mengapa mereka pandai-pandai melontarkan pandangan untuk menghapuskan peperiksaan awam UPSR dan PMR? Seorang pemimpin kesatuan guru berkata, dalam percubaan mereka untuk melakukan perubahan, mereka tidak pula menyatakan jawapan atau alternatif kepada cadangan itu sebaliknya menyuruh pihak bawahan membahaskannya. Katanya, sepatutnya pihak berkenaan sudah menyiapkan syor, kajian, pilihan, dan jawapan berhubung cadangan itu tetapi nampaknya peserta diskusi membincangkan perkara yang belum ada. Misalnya, kalau dihapuskan UPSR dan PMR ini, apa pilihan yang ada. Ini masyarakat tidak tahu apa yang mahu ditawarkan, jadi teraba-rabalah mereka dalam perbahasan. Ini samalah seperti idea seorang bekas PM dulu yang memaksakan penggunaan bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik sedangkan kajian, pelan percubaan dan rancangan masa depan tidak ada lagi. Akhirnya, semuanya tidak menjadi, sekolah kembali ke pangkal jalan, budak-budak kembali menggunakan bahasa Melayu di sekolah kebangsaan dan bahasa ibunda di sekolah jenis kebangsaan. Demikianlah mengapa dunia pendidikan gemar dikacau-kacau oleh hantu ini? Hantu-hantu ini mengharu-birukan dunia pendidikan, mereka ingat anak-anak murid dan guru-guru di sekolah itu 'guinea pig' untuk mereka melakukan ujian bagi membuktikan kehebatan mereka? Oleh itu, wahai hantu jangan mengacau lagi, nanti lebih banyak guru dan murid diserang histeria, rosak negara kita. Hari ini dunia pendidikan anak bangsa kita amat huru-hara. Banyak hantu hidup dalam bidang ini, mereka menjadikan dunia pendidikan tempat untuk meraih populariti, lantas menjadi juara rakyat kononnya. Apabila tukar perdana menteri dan menteri, banyak perkara berubah, guru jadi pening kepala. Dulu, ketika era PM Abdullah Ahmad Badawi, warga sekolah terutama cikgu diminta memahami dan kemudian menyerapkan fahaman Islam Hadhari di sekolah, kini mereka disibukkan pula dengan 1Malaysia. Islam Hadhari sudah tercampak ke mana, guru pun tidak ingat lagi 10 Prinsip Asasnya. Kini guru diminta pula menghadam 1Malaysia. Mereka pun tidak faham apa itu 1Malaysia, tetapi kenalah buat-buat faham untuk disampaikan kepada anak murid. Selain hantu dalam dunia pendidikan, warga pendidik juga terkesan dengan hantu-hantu yang berkeliaran di luar sekolah. Ini kerana hantu-hantu ini ada pengaruh besar ke atas anak-anak murid-murid mereka. Antara hantu itu adalah hantu fitnah. Hantu ini adalah media massa. Surat khabar, TV dan radio adalah gengnya. Susah dipisahkan satu sama lain. Seolah-olah ada kerjasama yang amat erat sesama mereka. Hantu jenis ini percaya dia saja betul, lepas itu hasut orang percayakan dia. Dia buat 'story' memburukkan pihak lawan, kemudian siar gambar tak senonoh dan lucah. Budak-budak sekolah cukup senang ditemberang oleh hantu media massa ini. Malah kadang-kadang mereka bersekongkol pula. Budak-budak sekolah pun sama jadi hantu, mereka lebih 'advance' pula, misalnya membuat penggambaran lucah dan menyebar-luaskannya dengan menggunakan telefon mudah alih dan komputer riba. Demikian betapa banyak hantu mahu merosakkan kita, berdoalah agar hantu-hantu ini dimusnahkan pada pilihan raya akan datang. Biarlah mereka dipasung bagai syaitan dipasung pada bulan Ramadan. Jadi tidaklah lagi mereka berkeliaran di sekolah dan institusi pengajian tinggi! |
| Timbalan Presiden: Azmin masih bincang, Jeffery nafi mahu tanding Posted: 12 Aug 2010 08:00 AM PDT Oleh G Manimaran KUALA LUMPUR, 12 Ogos — Azmin Ali yang terus menjadi sebutan akan bertanding jawatan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) belum mencapi kata putus kerana beliau masih mengadakan perbincangan mengenai soal itu. "Perbincangan masih diadakan," kata beliau ringkas menerusi SMS kepada The Malaysian Insider ketika ditanya status pendirian dalam soal merebut kerusi nombor dua parti itu. Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan tahap perbincangan dan dengan siapa perbincangan itu diadakan. Ketika ditemui The Malaysian Insider akhir Mei lalu, Naib Presiden PKR itu memberitahu, beliau akan berbincang dengan pucuk kepimpinan parti jika menerima pencalonan dan sokongan agar melangkah ke kerusi tersebut. "Kita akan bincangkan dalam parti (jika ada pencalonan)," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak. The Malaysian Insider juga difahamkan kemungkinan akan ada usaha untuk berkompromi dan mengelakkan pertandingan. Selain Azmin antara yang turut disebut-sebut akan merebut kerusi nombor dua PKR ialah Mustaffa Kamil Ayub dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. The Malaysian Insider difahamkan ada seorang dua menunjukkan minat, tetapi belum membuat keputusan muktamad. Semalam anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Datuk Zaid Ibrahim menafikan laporan bahawa akan bertanding jawatan timbalan presiden, malah beliau menegaskan, tiada hasrat merebut sebarang jawatan. Dalam satu pertemuan dengan The Malaysian Insider awal tahun ini, Timbalan Presiden Senator Dr Syed Husin Ali berkata beliau bersedia untuk melepaskan kedudukannya jika parti menerima hasrat beliau. The Malaysian Insider difahamkan keputusan itu jika diterima pucuk kepimpinan parti itu dijangka membuka laluan kepada persaingan sengit apabila PKR mengadakan pemilihannya pertengahan tahun ini. Pada Mei 2007, Syed Husin mempertahankan jawatannya tanpa cabaran selepas Azmin yang disebut-sebut akan mencabarnya menarik diri walaupun menerima pencalonan. Tiga tahun sebelum itu Syed Husin memenangi jawatan timbalan presiden dengan majoriti 533 undi. Dalam pada itu, salah seorang Naib Presiden Datuk Dr. Jeffrey Kitingan menafikan beliau akan bertanding jawatan timbalan presiden. "Saya tidak ada apa-apa hasrat, siapa kata begitu? Itu mungkin mereka berkata begitu, saya tidak bertanding," katanya. Bagaimanapun beliau mengakui hanya akan mempertahankan jawatan yang disandangnya sekarang. "Saya akan mempertahankan jawatan naib presiden... saya akan mengumumkan bila sampai masa yang sesuai," katanya. |
| India beri BlackBerry masa hingga 31 Ogos Posted: 12 Aug 2010 07:40 AM PDT NEW DELHI, 11 Ogos — Research In Motion diberi tempoh sehingga 31 Ogos ini untuk mengatasi isu keselamatan atau berhadapan dengan tindakan pengharaman perkhidmatan emel dan mesej segera peranti tersebut. Keputusan itu diumumkan oleh kerajaan India hari ini. Kerajaan India juga berkata pengendali telefon mudah alih juga perlu menutup perkhidmatan itu jika Research In Motion gagal memenuhi permintaan mereka. Ia perkembangan terbaru selepas Arab Saudi dilaporkan telah memutuskan untuk menggugurkan rancangan melarang komponen mesej segera telefon BlackBerry ekoran persetujuan dicapai oleh kerajaan itu dan pengeluarnya Research In Motion akhir minggu lalu. Persetujuan itu melibatkan langkah menempatkan server BlackBerry di Arab Saudi - membolehkan kerajaan memantau mesej para pengguna, sekali gus menghilangkan kebimbangan pihak berkuasa bahawa perkhidmatan itu akan digunakan untuk tujuan-tujuan 'jenayah'. Beberapa negara lain juga mempertimbangkan kemungkinan itu. Kerajaan UAE dan Arab Saudi sebelum ini telah mengumumkan pendirian mereka mahu mengharamkan fungsi 'Messenger', e-mel dan web atas sebab keselamatan yang berpunca dari kebimbangan ia mungkin digunakan untuk aktiviti haram. Research in Motion menekankan bahawa perkhidmatan BlackBerry Messenger tidak akan menjejaskan keselamatan. Dalam kenyataannya, Research in Motion mengakui ia membincangkan isu keselamatan dengan kerajaan tertentu, namun syarat perundangan kerajaan serta keperluan keselamatan dan privasi syarikat dan pengguna turut dipatuhi. |
| Raja Sumpah Suruh Ds Wan Azizah Pula Bersumpah Posted: 12 Aug 2010 06:00 AM PDT Ezam: Saya tak fitnah Wan Azizah, sedia jumpa di mahkamah Oleh G. Manimaran KUALA LUMPUR, 12 Ogos — Senator Ezam Mohd Nor hari ini mempertahankan pendiriannya bahawa beliau pernah diminta Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail agar membantu "menghalang seorang lelaki daripada mendekati" suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim, dipercayai sekitar 2006. Sehubungan itu bekas ketua Angkatan Muda Keadilan tersebut juga berkata, beliau bersedia untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang daripada Dr Wan Azizah, Presiden PKR, jika merasakan telah difitnah dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian. "Saya tidak fitnah, saya tidak fitnah... apa lagi ini bulan puasa, saya tidak memfitnah," kata Ezam ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini. "Datuk Seri Wan Azizah ada hak untuk mengambil tindakan undang-undang, itu hak beliau... jika ada tindakan undang-undang, saya sedia menghadapi tindakan itu, sebab saya tidak buat fitnah," katanya lagi. Ezam mengulas kenyataan Dr Wan Azizah semalam yang memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya jika terus memfitnah kononnya beliau pernah meminta bantuan agar "menghalang seorang lelaki daripada mendekati" Anwar, yang kini berhadapan dengan kes liwat kedua dalam tempoh sedekad ini. Dr Wan Azizah berkata, Ezam terus menabur fitnah berhubung perkara itu terhadap beliau selaku isteri kepada Anwar sejak menyertai Umno tahun lalu. Ezam dilaporkan menyentuh isu berkenaan ketika ceramah jelajah Umno Selangor baru-baru ini. Selain itu beberapa blog pernah melaporkan Ezam berkata demikian, bantuan yang didakwa diminta oleh Dr Wan Azizah sekitar 2006, dua tahun selepas Anwar dibebaskan dari penjara. Dr Wan Azizah berkata beliau sebenarnya enggan melayan sebarang kenyataan Ezam yang dibuat "hasil menerima upah pimpinan Umno." "Walau bagaimanapun kerana tuduhan tersebut berulang dan mengaitkan nama saya secara peribadi, saya mengingatkan beliau supaya hentikan kerja fitnah yang jelas fasiq. "Sekiranya beliau mengulangi fitnah tersebut, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau dan merujuk beliau ke mahkamah dan Mahkamah Syariah," kata Dr Wan Azizah. Ezam berkata beliau berharap sempena bulan puasa Dr Wan Azizah akan bercakap benar dan memikirkan tanggungjawab kepada rakyat khususnya umat Islam tentang siapa sebenarnya Anwar. "Saya minta beliau bercakap benar, saya sedia bersumpah kalau beliau menafikan, tetapi saya juga mahu beliau turut bersumpah. "Pagi ini emak saya sendiri, yang Datuk Seri Wan Azizah selalu panggil sebagai bonda, ketika Anwar masih di penjara, menelefon saya menasihatkan Wan Azizah agar melakukan tanggungjawab, bercakap benar," katanya lagi. |
| Surat sokongan: Exco Ronnie Liu selamat, hanya diberi amaran Posted: 12 Aug 2010 05:25 AM PDT Oleh Clara Chooi PETALING JAYA, 12 Ogos – Jawatankuasa disiplin DAP melepaskan Exco Kerajaan Negeri Selangor Ronnie Liu daripada tindakan tegas, sebaliknya hanya memberi amaran keras berhubung peranan beliau dalam isu surat sokongan politik. Pengerusi jawatankuasa disiplin Tan Kok Wai berkata, Liu atas kapasitinya sebagai anggota pentadbiran kerajaan negeri seharusnya memikul tanggungjawab seimbang berhubung kontroversi itu, membabitkan bekas pembantunya Tee Boon Hock yang turut telah dipecat sebagai ahli majlis pihak berkuasa tempatan dan juga dari parti. "Kami tidak menemui sebarang bukti untuk menyokong dakwaan Tee terhadap Liu tetapi jawatankuasa masih mempertanggungjawabkan Liu atas apa yang berlaku," kata Tan. Oleh itu kata beliau, jawatankuasa memberi beberapa amaran keras ke atas Liu kerana didapati telah gagal menguruskan pejabatnya mengikut standard harapan orang ramai, kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa disiplin di sini petang ini. Selain Liu, jawatankuasa itu juga mendengar keterangan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Teng Chang Khim. Tan menambah, jawatankuasa disiplin tidak akan mengesyorkan agar Liu dipecat ataupun digantung berhubung peranannya dalam kontroversi surat sokongan politik. |
| Umno-BN Punyai Sejarah Panjang Hina, Aib Raja-Raja Melayu Posted: 12 Aug 2010 03:30 AM PDT Oleh Fazli Othman SHAH ALAM 12 Ogos - Pemimpin Umno mempunyai sejarah panjang berhubung isu menghina dan mengaibkan Raja-raja Melayu sedangkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah gagasan baru dalam lanskap politik negara berpegang kepada prinsip mempertahankan Perlembagaan termasuk melindungi hak serta menghormati martabat raja-raja Melayu di negara ini. Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata, kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta KEADILAN memohon maaf kepada Sultan Johir berkaitan isu kain rentang provokatif, jelas menunjukkan Umno penuh dengan kepura-puraan dan kini cuba memperalatkan institusi Raja Melayu ketika parti itu semakin ditolak rakyat. "Umno yang semakin tersepit dalam usaha meraih sokongan rakyat cuba mempengaruhi Raja-raja Melayu selepas tidak berjaya menjadikan PAS sebagai kuda tunggangannya. Sebelum ini Umno juga cuba menggunakan beberapa individu yang didakwa sebagai ulama muda dan segelintir Mufti supaya mengikuti kehendak mereka. "Bagi saya, kenyataan Muhyiddin dari awal lagi telah menghina Raja dan kita boleh senaraikan tindakan pemimpin Umno yang terdahulu yang telah menghina dan mengaibkan raja-raja Melayu," jelas Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. Malahan kata Nizar lagi pemimpin Umno-BN harus dipersalahkan kerana disebabkan mereka, kuasa raja-raja Melayu hilang dan dirampas oleh Umno-BN dengan meminda Perlembagaan mengikut selera politik mereka. Dalam nada yang sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata apa yang berlaku di Johor merupakan perancangan Umno untuk memburuk-burukkan pemimpin Pakatan Rakyat. "Kalau kita lihat dari segi sejarah, yang menghina dan mengaibkan institusi raja pemimpin Umno sendiri. Merekalah yang sebenarnya sebelum ini menyerang institusi raja habis-habisan sejak daripada zaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan kedurjanaan mereka berterusan sehingga kini. "Umno merupakan parti yang apabila mahu menggunakan institusi raja, mereka akan mengeksploitasinya semaksimum mungkin dan apabila hendak dihina, pemimpin Umno yang akan terdepan sekali menghina raja-raja Melayu seteruk-teruknya serta mendedahkan segala keaiban mereka di mata rakyat," tegas Syed Azman. Sebelum ini, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng mendakwa perbuatan memasang kain rentang provokatif yang membangkitkan kemurkaan Sultan Johor didalangi oleh seorang bekas Menteri Besar negeri itu daripada Umno-BN. Jui Meng membidas pihak terbabit yang dianggap mempunyai niat jahat dan ingin membelakangkan Undang-undang Tubuh Negeri Johor yang hanya membenarkan orang Melayu dan beragama Islam sahaja menjadi Menteri Besar. Dalam pada itu, beliau menganggap tindakan melaga-lagakan KEADILAN dengan Sultan Johor sebagai fitnah yang gagal. [Sumber] |
| Batal Senarai Hitam Kejayaan Besar Pakatan Rakyat Bela Rakyat Posted: 12 Aug 2010 03:00 AM PDT Oleh Fazli Othman SHAH ALAM 12 Ogos - Keputusan kerajaan menarik balik tindakan menyenarai hitamkan pemilik kenderaan yang menerima saman ekor merupakan satu kejayaan besar Pakatan Rakyat membela nasib rakyat yang tertindas disebabkan tindakan sembrono Umno-Barisan Nasional yang membelakangkan peraturan dan undang-undang. Pengumuman yang dibuat selepas mesyuarat mingguan Kabinet berkuatkuasa semalam sehingga 28 Februari tahun depan bagi memberi peluang rakyat memperbaharui cukai jalan sempena musim perayaan bermula dengan Hari Raya Aidil Fitri. Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi Suara Keadilan berkata Pakatan Rakyat berterima kasih atas keprihatinan kerajaan tetapi pada masa yang sama mahu tindakan menyenarai hitamkan dimansuhkan segera. "Kita tidak mahu keputusan yang diputuskan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha hanya untuk memberi kelonggaran semasa musim perayaan akan datang. "Langkah ini adalah kemenangan besar bagi perjuangan menentang saman ekor yang dibuat oleh rakyat negara ini khasnya daripada PAS sendiri." ujar Naib Presiden PAS itu. Menurut beliau, Kase yang ditubuhkan hasil maklum balas rakyat telah bergerak ke seluruh negara bagi menbantah tindakan saman ekor oleh pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan. "Ini menunjukkan sikap kerajaan yang tidak baik, mereka malu untuk mengaku bahawa tindakan mereka salah kerana ianya hasil daripada desakan rakyat. "Kita juga meminta supaya kerajaan supaya jangan berdegil untuk mengkaji semula tindakan yang tidak menguntungkan mana-mana pihak, waima daripada pihak kerajaan atau rakyat," ujar Mahfuz lagi. Pada 5 Ogos lepas, Mahfuz telah menyerahkan memorandum bantahan kepada pejabat Menteri Pengangkutan dan juga mengatur pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagi membincangkan perkara sama. Isnin lalu, Kase telah membuat aduan kepada Suhakam bagi meminta badan hak asasi manusia itu membantu rakyat memperjuangkan hak mereka. "Kita meminta pihak Kementerian Pengangkutan membuat keputusan bijak dengan mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan membatalkan 'black list' tersebut dan mengizinkan orang ramai untuk perbaharui cukai jalan," kata Mahfuz dalam perjumpaan itu. |
| 11 Empangan Baru Di Sarawak Dikuasai Keluarga Taib Mahmud Posted: 12 Aug 2010 02:30 AM PDT DAP Sarawak mahu pembinaan 11 empangan di negeri itu dihentikan segera kerana hanya syarikat-syarikat milik Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud sahaja yang akan menerima faedahnya. "Kedua-dua Cahaya Mata Sarawak (CMS) dan Naim Cendera adalah dua syarikat milik ahli keluarga beliau. "CMS ialah pembekal tunggal simen di Sarawak manakala Naim Cendera ialah sebuah syarikat pembinaan; hanya dua syarikat ini yang akan mendapat keuntungan," kata Setiausaha DAP negeri, Chong Chieng Jen. Beliau yang juga ahli parlimen Bandar Kuching berkata, rakyat Sarawak dan para pembayar cukai, bukan sahaja akan rugi tapi akan menjadi tebusan. Di samping itu, empangan Bakun dan Murum, yang kini sedang dalam pembinaan, kerajaan juga membina 11 empangan lagi termasuk empangan Baram dan Bengoh "Empangan-empangan ini tidak praktikal dan tidak berdaya maju dari segi ekonomi. Pokok-pokok akan musnah, sistem-eko akan rosak dan kehidupan penduduk pribumi akan bercempera," kata Chong. "Masa depan anak-anak kita menjadi gelap kerana dana kerajaan negeri menjadi kering untuk membiayai projek pembinaan empangan-empangan ini." Penawaran yang berlebihan Beliau berkata, "tidak ada gunanya lebih banyak empangan dibina kerana keperluan tenaga di negeri ini hanya sebanyak 900MW, iaitu lebih dari mencukupi." "Dengan mengambil kira penawaran tenaga elektrik dari empangan Bakun dan Murum maka kapasiti tenaga di negeri ini akan meningkat kepada 2,400MW. "Ini melebihi keperluan kami. Memandangkan kami tidak memerlukan tenaga yang banyak maka kesemua ini akan membawa kepada pembaziran. "Kita juga tidak dapat mengeksport tenaga ke Semenanjung kerajaan kos memasang kabel di bawah laut terlalu mahal," katanya, menambah Semenanjung juga mempunyai lebihan sebanyak 40 peratus tenaga dan tidak memerlukan tenaga elektrik dari Sarawak. Chong mendesak supaya kerajaan negeri mengurangkan tarif elektrik kepada sektor komersial dan industri di negeri itu, kerana elektrik yang dijanakan oleh empangan Bakun adalah lebih murah. |
| ANTARA INTIP DS NIZAR & TS KHALID Posted: 12 Aug 2010 02:00 AM PDT Semalam Menteri Besar Selangor mendedahkan telah menemui sebuah alat perakam video yang disorok di dalam pejabatnya dipercayai untuk mengintip aktiviti hariannya. Katanya lagi perkara ini telah disedarinya kira – kira jam 6 petang semalam daripada beberapa lamanya kepimpinannya sebagai Menteri Besar di Selangor. Berdasarkan pemeriksaan alat perakam video itu dipercayai telah berada didalam bilik berkenaan dalam tempoh yang panjang dan lama lagi. Lebih menghairankan lagi pengawal keselamatan yang dirujuk mengenai perkara ini menyatakan mereka tidak tahu menahu keujudan hamba Allah ini. Ini juga merupakan diantara perkara ganjil daripada yang ganjil dizaman yang serba canggih ini. Apa jenis keselamatan ini teman pun tak tahu. MB Selangor tu juga memaklumkan bahawa beliau belum membuat repot Polis. Teman hairan juga tak kan pengawal keselamatan yang bertugas kat pejabat MB tu pun tak perasan langsung. Itu yang teman musykil tu. Kalaulah hero spy ` James Bond ` Sean Connery, Roger Moore ada tentu mereka dapat membantu memberkas penjenayah yang di upah oleh pihak tertentu itu. Harapkan keselamatan yang dok ada ni…entah le. Di Malaysia cuma ada spy jebon. Mujurlah tiada adengan seperti video ` correct – correct ` tu ataupun aksi biru dan panas Chua Soi Lek. Baru ya….satu masjid dan surau di 1 Malaysia sembang di bulan Ramadan ini. Apa gaduhkan Tan Sri Khalid. Semasa Dato Seri Nizar menerajui Negeri Perak itupun memang ada video intip dipejabatnya….tinggal lagi tak ke jumpa kerana dalam dok ` cheroye – cheroye ` atau intai intai kat bilik tu…tiba - tiba Zambry terus masuk di bilik tu tanpa izin rakyatnya….gamaknya dah di ` tangei ` atau di buka video tu oleh bahagian keselamatan le tu. Teman yakin jika DS Nizar memasuki semula pejabatnya kembali selepas pilihanraya umum ke 13 ini, maka mungkin ada tangan – tangan ghaib yang memasangnya kembali. Teman hairan juga negara teman ini….dah lah dulunya senjata di kem tentera boleh dilarikan orang dalam peristiwa ` Al - Maunah ` lepas itu beberapa tahun hilang pulak injin jet milik tentera dan bermacam – macam hilang. Di Malaysia ini bukan sahaja harta negara boleh hilang , malah hilang pegangan akidah Islam pun siapa tak kan marah punya kerana yang penting bagi mereka perpaduan Melayu perlu diperkasakan. Rakyat yakin ini semua orang dalam punya kerja. Tak kan benda ni boleh di pasang gitu – gitu tanpa ada rekod di bahagian pengurusan atau khidmat pejabat MB tu. Sabar sahaja….wahai Tan Sri Khalid…ini semua cobaan semata – mata. Kalau nak dibandingkan dengan ujian yang Tan Sri terima ini, lebih teruk yang di terima oleh Dato `Seri Nizar ketika memerintah dulu kerana ketua yang jaga Bangunan SUK itu adalah penyangak yang besar dan ` mastermind ` perjatuhkan kerajaan rakyat kepimpinannya. Inilah ujian orang yang berjuang. [Sumber] |
| Mahasiswa berpolitik: Saifuddin sedia temui sesiapa termasuk Pemuda PAS Posted: 11 Aug 2010 11:00 PM PDT KUALA LUMPUR, 12 Ogos — Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah hari ini melahirkan kesediaan untuk menemui sesiapa sahaja termasuk Pemuda PAS bagi membincangkan idea membenarkan penglibatan mahasiswa dalam politik. "Saya bersedia untuk berbincang dengan sesiapa sahaja, saya akan menerima jemputan sesiapa sahaja sama ada Pemuda PAS atau daripada mana-mana pihak," kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider hari ini. "Saya akan menemui mereka atas kapasiti sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno," kata beliau lagi. Ahli Parlimen Temerloh ini juga berkata, beliau juga ada menerima permintaan daripada beberapa pihak lain berhubung isu semasa ini. Bagaimanapun Saifuddin enggan berkongsi identiti pihak-pihak terbabit yang turut mempelawa beliau. Ketika ditanya sama ada akan menemui mereka serentak dalam satu pertemuan, Saifuddin menjelaskan, ia bergantung kepada mereka. "Kalau hendak diadakan sekali pun pun OK, tiada masalah," katanya lagi sambil menekankan, sekarang adalah masa yang sesuai untuk kerajaan melihat kemungkinan membebarkan mahasiswa menyertai politik. Berita The Malaysian Insider awal pagi ini menyebut, Dewan Pemuda PAS Pusat mempelawa Saifuddin untuk mengadakan perbincangan bersama bagi mengkaji penglibatan mahasiswa dalam politik negara. Ketua Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan Al-Tantawi berkata, pihaknya membuat pelawaan itu ekoran rentetan daripada sikap keterbukaan ditonjolkan oleh Saifuddin bagi memberi lebih ruang demokrasi kepada golongan mahasiswa di Malaysia. "Dewan Pemuda PAS melihat isu kebenaran mahasiswa untuk berpolitik adalah satu polisi yang matang dan ia menyuburkan lagi semangat demokrasi di Malaysia," kata beliau. Nasrudin menambah, perbincangan bersama dengan golongan pemuda terutamanya daripada Pakatan Rakyat juga perlu disebabkan perkara tersebut mempunyai kaitan dengan ruang lingkup sistem parti politik yang dihadapi pada hari ini. Dalam reaksi pagi ini, Saifuddin juga mengesahkan beliau akan membawa idea berkenaan ke perhatian Majlis Tertinggi Umno hujung bulan ini. "Ya, saya akan mengetengahkan pandangan membenarkan mahasiswa menyertai politik," katanya. Majlis Tertinggi Umno dijadual mengadakan mesyuarat bulanannya 27 Ogos ini. Dalam mesej menerusi Twitter lewat malam tadi, Saifuddin berkata, beliau "menantikan mesyuarat MT 27 Ogos (ini) untuk membawa isu-isu politik dan pelajar." Reaksi itu dikeluarkan selepas laporan awal menyebut Kabinet telah menolak idea membenarkan mahasiswa menyertai politik secara aktif. Laporan awal Bernama petang semalam menyebut Kabinet bersetuju melarang penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terlibat dalam parti politik. Laporan itu yang memetik Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin ditarik balik beberapa jam kemudian. Ekoran laporan awal media termasuk berita SMS keluaran beberapa akhbar, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin secara terbuka menyifatkan keputusan Kabinet untuk tidak membenarkan pelajar universiti menyertai parti politik sebagai satu pemikiran ketinggalan zaman. Pendirian yang sama dilahirkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam kenyataan awal 27 Julai lalu, Saifuddin berkata beliau akan membawa cadangan itu mesyuarat MT Umno akan datang. Saifuddin berkata sudah tiba masanya Akta Universiti dan Kolej Universiti dikaji semula bagi membolehkan mahasiswa terlibat dalam politik. Walaupun akta itu dipinda pada tahun 2008 di mana penuntut IPTA dibenar menyertai pertubuhan politik setelah mendapat kebenaran Naib Canselor, beliau berkata akta itu perlu dikaji semula. |
| MP DAP Tony Pua terima peluru M-16, nota ugutan Posted: 11 Aug 2010 10:22 PM PDT ![]() Peluru yang dihantar ke pusat khidmat Pua digambarkan dengan sekeping duit syilling. — Gambar ehsan Lim Lip Eng PETALING JAYA, 12 Ogos — Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menerima peluru M-16 dengan nota ugutan mati, yang dihantar dari Tangkak, Johor semalam. Peluru itu dan sekeping nota diposkan ke pusat khidmat Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu di Damansara Utama. "Tony Pua Kiam Wee. Anda sangat berani sekarang? Lebih baik anda berhati-hati," kata nota itu. "Kami tahu tentang keluarga kamu, rumah kamu, pejabat kamu, kereta kamu," tambah nota itu. Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat di balai polis Damansara semalam oleh salah seorang pembantu Pua. "Kenyataan kedua-dua kami telah diambil (oleh polis)," kata Pua lagi, Sampul surat yang mempunyai peluru dan nota itu dibuka oleh pembantunya kira-kira 4.30 petang. Pua tidak menolak kemungkinan ugutan itu berkaitan dengan cadangannya kepada kerajaan negeri Selangor agar mengkaji semula diskaun Bumiputera untuk memiliki rumah-rumah mewah dan hartanah komersial di negeri itu, meningkatkan daya saing dan mengembalikan keyakinan pelabur. "Ia kemungkinan berkaitan dengan isu yang saya bangkitkan itu," jelas beliau. Cadangan itu telah mengundang 22 laporan polis, antaranya oleh Pemuda Umno Selangor. Pada 2008, dua pemimpin DAP Karpal Singh dan Teresa Kok juga menerima nota ugutan seumpama itu. Karpal, yang juga Pengerusi DAP Kebangsaan menerima peluru hidup 9mm manakala Kok, Exco Kerajaan Negeri Selangor dibaling dengan bom petrol ke atas rumahnya. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamad mengesahkan telah menerima laporan polis berkenaan kejadian itu dan pihaknya sedang menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan. [Sumber] |
| Posted: 11 Aug 2010 08:20 PM PDT Dari Sharpshooter Sumpah..sumpah..sumpah…adakah semua masalah boleh selesai dengan hanya bersumpah? Mengapa bila dibawa kes ke Mahkamah Syariah, Menteri UMNO sendiri yang menolaknya. Mengapa takut dengan Mahkamah Syariah? Bukankah anda mengaku sebagai pejuang Islam. Sungguh besar risiko dan ancaman bagi orang yang berdusta dan berbohong dalam sumpahnya, sebab itu Islam mengingatkan umatnya agar hati-hati dalam bersumpah dan jangan biasakan diri bersumpah. Jangan bersumpah tentang ini dan itu tanpa keperluan. Kebiasaan bersumpah akan menyebabkan orang merasa tidak bersalah ketika berdusta dalam sumpahnya sehingga akhirnya terjebak dalam ancaman hadis di atas. Bahkan Allah SWT berfirman: "Dan janganlah kamu mengikuti orang yang selalu bersumpah, lagi hina." (QS. Al-Qalam:10) Rahsia kerajaan yang kuat atau masyarakat yang maju adalah terletak pada tertegaknya hukum yang adil. Sudah menjadi bukti sejarah, bahawa kehancuran umat-umat terdahulu, adalah kerana tidak berlaku tertegaknya hukum yang adil. Jika pemimpin buat salah, orang "kuat" atau berduit, walaupun kejahatan yang besar, bahkan merugikan masyarakat terbanyak, hukum tidak ditegakkan. Namun jika yang buat salah itu rakyat marhaen, walaupun kecil kesalahannya, segera hukuman ditegakkan dengan seberat-beratnya. Rasulullah Saw. bersabda: "Wahai manusia!, ketahuilah bahwa kehancuran umat terdahulu adalah karena mereka tidak menegakkan hukum dengan adil. Jika yang mencuri –berperkara- dari golongan terpandang, mereka biarkan. Namun jika yang mencuri itu orang yang tidak punya, mereka secara tegas menegakkan hukum. Demi Allah, jika Fatimah putri Muhammad –anak beliau sendiri- mencuri, pasti saya potong tangannya." (HR. Bukhari) "Demi Allah" sebagai sebuah ucapan yang mengawali sumpah sering kita dengar untuk membuktikan bahwa sesuatu itu benar atau tidak benar. Sesungguhnya, Allah Ta'ala melarang sumpah dijadikan sebagai alat menipu, "Dan janganlah kamu jadikan sumpah-sumpahmu sebagai alat penipu diantaramu yang menyebabkan tergelincir kaki(mu) sesudah kokoh tegaknya dan kamu rasakan kemelaratan (didunia) karena kamu menghalangi (manusia) dari jalan Allah dan bagimu azab yang besar." (QS. An-Nahl :94). Dari Abu bakar r.a, Rasulullah Saw bersabda: "Maukah kalian semua jika kuberitau tentang dosa paling besar diantar dosa-dosa paling besar ?" kami menjawab " sudah tentu wahai Rasulullah." lalu, sambil berbaring beliau Saw bersabda: "Pertama, syirik kepada Allah, lalu durhaka kepada orang tua…" lalu tiba-tiba Rasulullah duduk tegak dan bersabda: "yang ketiga sumpah palsu dan saksi palsu. "Rasulullah terus mengulang-ulang yang ketiga ini sampai para sahabat gemetar dan berkata: "seandainya Rasulullah diam" karena takutnya para sahabat mendengarkan kata sumpah dan saksi palsu yang diulang terus menerus oleh Rasulullah." (Hr. Bukhari Muslim). Betapa beratnya dosa dengan sumpah palsu apalagi untuk mengaibkan orang lain demi untuk kepentingan peribadi. Jauhilah sumpah palsu dan raja sesumpah. [Sumber] |
| Amaran Kepada Ezam Untuk Hentikan Fitnah Jahat Posted: 11 Aug 2010 06:30 PM PDT Kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail Pada pagi 10 Ogos 2010, di perkarangan mahkamah, pemberita Berita Harian menyatakan beliau di arahkan menanyakan soalan mengenai tuduhan Ezam Mohd Nor mendakwa kononnya saya telah menelefon beliau mengarahkan supaya menghalang lelaki mendekati Saudara Anwar. Saya dengan tegas menafikan tohmahan jahat beliau. Ezam sengaja mereka cerita setelah beliau bersama UMNO dan tidak sebelumnya. Saya tidak pernah menelefon beliau mengaitkan Saudara Anwar seperti tohmahan tersebut. Saya kesal kerana nafsu politik beliau tidak ada batas; sehingga sanggup memfitnah saya selaku isteri dan ibu. Ternyata untuk kekal relevan sebagai alat pimpinan UMNO, kerja beliau hanya mencerca kami. Saya telah enggan melayan sebarang kenyataan beliau yang di buat hasil menerima upah pimpinan UMNO, walaubagaimanapun kerana tuduhan tersebut berulang dan mengaitkan nama saya secara peribadi, saya mengingatkan beliau supaya hentikan kerja fitnah yang jelas fasiq. Sekira beliau mengulangi fitnah tersebut, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau dan merujuk beliau ke Mahkamah dan Mahkamah Syariah. Sekian, terima kasih. — Dr Wan Azizah Wan Ismail Presiden Parti Keadilan Rakyat |
| Bukan mati dalam iman kalau bunuh diri Posted: 11 Aug 2010 05:31 PM PDT Ayat Al-Qur'an tentang larangan bunuh diri. "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu." (An-Nisa' : 29) "Maka (apakah) barangkali kamu akan membunuh dirimu karena bersedih hati sesudah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (Al Qur'an)." (QS. Al-Kahfi ; 6) Hadits-Hadits tentang larangan bunuh diri Hadits 86. (Shahih Muslim) Dari Abu Hurairah ra, katanya Rasulullah saw., bersabda : "Siapa yang bunuh diri dengan senjata tajam, maka senjata itu akan ditusuk-tusukannya sendiri dengan tangannya ke perutnya di neraka untuk selama-lamanya; dan siapa yang bunuh diri dengan racun, maka dia akan meminumnya pula sedikit demi sedikit nanti di neraka, untuk selama-lamanya; dan siapa yang bunuh diri dengan menjatuhkan diri dari gunung, maka dia akan menjatuhkan dirinya pula nanti (berulang-ulang) ke neraka, untuk selama-lamanya." Hadits 87. (Shahih Muslim) Dari Tsabit bin Dhahhak ra, dari Nabi saw., sabdanya : "Tidak wajib bagi seseorang melaksanakan nazar apabila dia tidak sanggup melaksanakannya." "Mengutuk orang Mu'min sama halnya dengan membunuhnya." "Mengadakan tuduhan bohong atau sumpah palsu untuk menambah kekayaannya dengan menguasai harta orang lain, maka Allah tidak akan menambah baginya, bahkan akan mengurangi hartanya." Hadits 88. (Shahih Muslim) Dari Tsabit bin Dhahhak ra, katanya Nabi saw., sabdanya : "Siapa yang bersumpah menurut cara suatu agama selain Islam, baik sumpahnya itu dusta maupun sengaja, maka orang itu akan mengalami sumpahnya sendiri. "Siapa yang bunuh diri dengan suatu cara, Allah akan menyiksanya di neraka jahanam dengan cara itu pula." Hadits 89. (Shahih Muslim) Dari Abu Hurairah ra, katanya : "Kami ikut perang bersama-sama Rasulullah saw., dalam perang Hunain. Rasulullah saw., berkata kepada seorang laki-laki yang mengaku Islam, "Orang ini penghuni neraka." Ketika kami berperang, orang itu pun ikut berperang dengan gagah berani, sehingga dia terluka. Maka dilaporkan orang hal itu kepada Rasulullah saw., katanya "Orang yang tadi anda katakan penghuni neraka, ternyata dia berperang dengan gagah berani dan sekarang dia tewas." Jawab Nabi saw., "Dia ke neraka." Hampir saja sebahagian kaum muslimin menjadi ragu-ragu. Ketika mereka sedang dalam keadaan demikian, tiba-tiba diterima berita bahwa dia belum mati, tetapi luka parah. Apabila malam telah tiba, orang itu tidak sabar menahan sakit karena lukanya itu. Lalu dia bunuh diri. Peristiwa itu dilaporkan orang pula kepada Nabi saw. Nabi saw., bersabda, : "Kemudian beliau memerintahkan Bilal supaya menyiarkan kepada orang banyak, bahwa tidak akan dapat masuk surga melainkan orang muslim (orang yang tunduk patuh). Hadits 90. (Shahih Muslim) Dari Syaiban ra., katanya dia mendengar Hasan ra, bercerita : "Masa dulu, ada seorang laki-laki keluar bisul. Ketika ia tidak dapat lagi menahan sakit, ditusuknya bisulnya itu dengan anak panah, menyebabkan darah banyak keluar sehingga ia meninggal. Lalu Tuhanmu berfirman : Aku haramkan baginya surga." (Karena dia sengaja bunuh diri.) Kemudian Hasan menunjuk ke masjid sambil berkata, "Demi Allah! Jundab menyampaikan hadits itu kepadaku dari Rasulullah saw., di dalam masjid ini." Audi Yudhasmara |
| Kenapa perlu membazir wang berbuka puasa di hotel? Posted: 11 Aug 2010 05:10 PM PDT BULAN Ramadan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam datang kembali. Turut menanti kedatangan Ramadan ialah pihak hotel yang berlumba-lumba menawarkan pakej berbuka puasa walaupun ada yang masih dibayangi isu sijil halal. Apa yang ingin saya perkatakan ialah tentang kewajaran kita untuk berbuka puasa di hotel. Isunya bukan melihat kepada tempat tersebut tetapi lebih kepada perbelanjaan yang bakal dibelanjakan ketika berbuka yang mana umum mengetahui bayarannya memang mahal. Secara puratanya bolehlah dianggarkan bayaran untuk seorang dewasa berbuka puasa di hotel ialah RM50, malah ada yang lebih mahal bergantung kepada standard hotel tersebut. Persoalannya bukanlah atas dasar kemampuan kerana sememangnya ramai orang Islam di Malaysia ini kaya raya tetapi atas dasar kesedaran tentang apakah nasib umat Islam lain. Adakah semua umat Islam mempunyai juadah asas untuk berbuka puasa? Bagi yang tidak berkemampuan, ada nasi dan sejenis lauk boleh dianggap rahmat yang besar ketika berbuka tetapi tidak semua orang berpeluang begitu. Pastinya ada juga keluarga yang anak-anaknya menangis kerana tidak cukup makan sedangkan pada masa yang sama kita sedang menikmati berpuluh jenis juadah di hotel. Berapa banyakkah juadah yang kita mampu makan dalam suatu masa? Ingatkah kita tentang saudara seIslam yang lain yang belum tentu ada juadah untuk berbuka? Kita dianjurkan untuk memberi makan kepada orang yang berpuasa. Dengan jumlah RM50 yang kita bayar untuk makan seorang sebenarnya boleh menampung 10 orang lain untuk berbuka. Ketepikan segala keegoan kita di bulan Ramadan kali ini. Perbanyakkan bersedekah dan marilah kita bersama-sama merasai betapa peritnya kehidupan saudara kita yang lain untuk mencari sesuap nasi dengan cara kita makan secara ala kadar ketika berbuka. Bukannya dengan bermewah-mewah. AZLANBZ Bandar Baru Bangi, Selangor. |
| Surat Biru Kepada Dr Wan Azizah Posted: 11 Aug 2010 03:52 PM PDT ASSAMUALAIKUM ... Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, (Kak Wan), didoakan Kak Wan sekelurga diberikan keredhaan Allah s.w.t. di dunia dan akhirat. Saya dan keluarga terlebih dahulu mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan 1431. Semoga puasa kita tahun ini diterima Allah sebagai amal ibadat yang membahagiakan. Saya baru saja membaca berita berkaitan Kak Wan dalam sebuah portal yang memetik laporan dalam portal lain. Laporan itu kononnya Senator Boy, Ezam Mohamad Noor mengakui telah dihubungi Kak Wan semasa Kak Wan di Washington, US yang memesan kepadanya (Ezam) kono supaya menjaga Datuk Seri Anwar Ibrahim,( Pak Sheikh). Ketika itu Ezam berada di rumah lama Kak Wan di Bukit Damansara. Begitulah dakwa Ezam seperti mana dilaporkan oleh portal berkenaan. Cerita ini sudah lama dibawa dan disebarkan Ezam sejak beliau berputas harap dengan PKR. Sejak beliau menyertai Umno. Menurut perbualan saya dengan Nurul Izzah di Lapangan Terbang Ismail Petra Kota Bharu, Mei lalu sebab kenapa Ezam meninggalkan PKR ialah kerana dia gagal untuk memujuk papanya (Anwar) menyertai Umno. "Dia gagal pujuk papa menyertai Umno, itulah sebabnya dia meninggalkan PKR," begitulah kata Izzah yang turut meluruhkan rasa kecewa atas tindakan Ezam yang membelasah dan menyerang bapanya. Kak Wan ada mengatakan tidak mahu melayani Ezam. Tetapi terlayan juga sebab kerap sangat Ezam menimbulkan perkara itu, itu alasan Kak Wan. Kak Wan patut bijak melayan 'adik' Kak Wan ini. Dia sengaja mahu memerangkap Kak Wan ke dalam kancah dihadapi Pak Sheikh kini. Kenapa dia berbuat begitu kerana dia sudah dapat cium bahawa penjelasan dan pendedahan yang dibuatnya kini untuk memburukkan Pak Sheikh tidak dimakan dan diterima rakyat. Jadi dia kena membantainya dari sisi Kak Wan. Malahan makin didedah dan makin di tayang "kisah benar" yang tidak benar, rakyat makin kemas menyokong Pak Sheikh. Malahan setitik kebenaran pun diucapkan Ezam semuanya sirna dek kerakusan itu. Kak Wan, usah bimbang... walaupun Ezam dan sesiapa saja nak bilang apa dengan Anwar rakyat tidak akan percaya. Rakyat punya mata hati dan mata batin menilai setiap apa yang dikatakan itu. Rakyat kita bukan Jakun zaman dulu. Kemenangan Pak Sheikh meraih majoriti lebih besar dari Kak Wan pada pilihan raya kecil Permatang Pauh menceritakan segala-galanya. Pada saya mudah saja. Dalam konteks perjuangan antara Ezam dengan Pak Sheikh boleh diukur dengan apa yang berlaku kini. Sesiapa juga begitu saya rasakan. Siapa yang meninggal rakyat dan mengkhianati perjuangan rakyat? Tahun 1998 dulu yang mengajak rayat berdemonstrasi ialah Ezam. Kini yang meninggalkan rakyat ialah beliau juga. Apakah erti dan makna semua ini? Dulu kita mengeji dan menyula Zahid Hamidi, kerana murtad dari perjuangan akhirnya apa yang dilakukan Zahid terikut oleh Ezam. Takdir yang telah memenjarakannya tidak mampu untuk beliau membayar dosa beliau kepada rakyat. Beliau sering mendabit dada, dia sanggup mempertahankan Anwar sehingga masuk ke penjara. Beliau bangga dengan pengorbanan yang sebesar tahi cicak itu. Tetapi dia lupa pengorbanan Anwar untuk membela rakyat sebesar gunung dan pengorbananya untuk membela Anwar hanya sebesar busut anai-anai. Oi... Ezam... sdr hanya mempertahankan Anwar yang berbelit harapan kebendaan beberapa tahun saja. Tetapi masih ada refomis mempertahankan Anwar sampai kini. Masih ada yang luka didahinya masih belum pulih dan pedih masih terasa dan hati diladuni darah merah. Mereka ternyata lebih hebat dari kamu yang bercakap hanya dengan pembesar suara. Kandatipun mereka tidak pernah dibayar dengan jawatan senator oleh Anwar mereka masih utuh sebab perjuangan mereka adalah hakiki bukan kerana huminsime dan materialis. Dalam menjejaki liku-liku hipokrasi Ezam, Kak Wan kena bijak dan cekap membaca kilau dalam kilat. Ezam hari ini telah terperangkap dalam jerat yang beliau sendiri pasang. Beliau kini kehilangan populariti yang beliau raih semasa era refomis dan dalam PKR dulu. Jadi beliau akan melakukan apa saja untuk mendapat populariti itu. Dan percaya populariti itu hanya dengan menghentam dan mefitnahkan Pak Sheikh sedang kepercayaan itu ternyata meleset. Percayalah, seseorang itu akan disokong rakyat dan menjadi poluar kalau ia menghentam orang jahat. Dulu Ezam menghetam Mahathir Mohamed, sebab itu beliau popular. Hari ini bila beliau mengambil alih tempat Mahathir menghentam Anwar bila Mahathir tiba-tiba rehat. Kegagalan Ezam meraih populariti itu bermakna dia menentang orang yang baik! Orang macam Ezam akan melakukan apa saja. Dia akan mengheret Kak Wan macam mengheret bangkai ke rumahnya. Demi masa depan politiknya dan mencari populariti. Kak Wan jangan merasakan hairan dengan sikap orang macam Ezam. Jangan mudah menyangka orang yang makan semeja, ulang alik ke rumah, boleh masuk ikut pintu dapur atau panjat pagar waktu malam itu, adalah orang baik. Dia masuk (menceroboh) ada maksudnya yang amat sulit difahmi oleh bahasa Kak Wan senbagai seorang kakak kepadanya. Dia bukan pejuang dan penyokong Pak Sheikh sejati. Tetapi saya faham dan maklum cerita itu. Hari ini Ezam sedang mengelisik bulu untuk jadi MB Selangor. Bulu romanya sudah mengiring bila disebut demikian. Niat itu terpendam jauh dalam lubuk hatinya. Para nujum juga tidak mengetahui, tetapi yang makrifat boleh membaca keazaman Ezam yang satu ini. Kenapa beliau diberi jawatan senator boy? Sekali lagi sebagai orang yang ingin merebut tempat Khalid Ibrahim selaku MB Selangor dia akan melakukan apa saja. Ezam terperasan. Percayalah Ezam tidak akan masuk Umno tanpa bayaran kebendaan. Akaun boleh disembunyikan dan boleh dinamakan dengan nama orang lain. Lokman Adam pernah mendedahkan sikap dan sifat Ezam sebenarnya. Hamdan Taha pernah bercerita segala-laganya. 10 budak hitam yang berlari ke Putrajaya kerana merebut kacang butir berhara RM20 ribu satu supik ada buku karangan mengarang tentang Ezam. Kisah itu termasuk juga jambangan bunga dan perfume. Kebencian Ezam kepada Pak Sheikh bukan kerana perjuangan Pak Sheikh sudah melencong. Bukan kerana Melayu atau apa-apa. Bukan juga kerana Pak Sheikh peliwat atau diliwati, bukan dan bukan! Saya yakin kalau Pak Sheikh sudah jadi perdana menteri, semua isu dan fitnah itu akan hilang. Malahan Ezam akan berdiri macam Hang Kebun untuk mempertahankan Anwar. Bukankan sebelum ini Anwar sudah dituduh liwat tetapi kenapa Ezam masih bersamanya? Kerana Ezam merasa masih ada harapan. Begitukan...? Munafik besarlah kalau seorang kawan, adik yang akhirnya menikam kawan dan kakak dari belakang kerana kepentingan diri. Paling celaka lagi apabila Ezam tidak membataskan dan menghormati hubungan suami isteri Kah Wan dengan Pak Sheikh. Jadi ringkasnya, Kak Wan usahlah berwalang dan bersedih dengan gelagat Ezam. Jangan sampai membawanya ke muka pengadilan. Biarkan dia lakukan apa saja. Anggaplah dia seorang budak gila. Orang gila mahkamah tidak menerima keterangan dan mahkamah juga sesekali tidak akan membicarakan orang gila. Bahkan orang gila dikecualikan dari berpuasa. Usaha Kak Wan untuk membawanya ke mahkamah sia-sia saja. Dan Ezam mengharapkan itu kerana sudah tidak ada siapa hendak dijadikan punch bag bagi menunjukkan kejantanan kecuali Kak Wan. Orang lain sudah pun tidak melayan Ezam. Kak Wan, selamat berbuka puasa dan mengerjakan solat terawih. [Sumber] |
| You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan