Anak Sungai Derhaka |
- Siapa Kata Hanya Penjaja Melayu di Usir di Pulau Pinang?
- Pengecut mana yang hantar Peluru M16 kepada Tony Pua?
- Tandatangan dan Tulisan bukan milik Beng Hock!
| Siapa Kata Hanya Penjaja Melayu di Usir di Pulau Pinang? Posted: 12 Aug 2010 12:02 AM PDT Selama ini kita sering melihat UMNO cuba untuk menjadi juara dalam mengutarakan sebarang isu berkaitan Melayu yang boleh memperlihatkan UMNO sebagai prihatin tentang nasib Melayu.UMNO menyalahkan pihak Kerajaan PR Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP dengan mengatakan hanya gerai peniaga Melayu yang dirobohkan tetapi gerai peniaga Cina dibiarkan.. Hanya UMNO yang berpendapat begitu.. sebenarnya undang-undang yang dikuatkuasakan oleh MPSP atau MPPP tidak mengenal warna kulit.. Penjaja yang menjalankan perniagaan di Pusat Penjaja Taman Seri Rambai di Jalan Binjai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang telah diberikan notis Pindah atau Keluar dari kawasan perniagaan mereka oleh MPSP kerana didakwa telah menjalankan Perniagaan tanpa lesen yang sah. Notis yang memberikan tempoh dua hari untuk mengosongkan premis itu telah diserahkan oleh pihak MPSP pada 06 Ogos 2010 jam 5.35 Petang. Peniaga-peniaga disitu mendakwa tiada sesiapapun dari Kerajaan Negeri yang datang membantu mereka dan mereka akan menemui Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk meminta bantuan. Kesemua peniaga-peniaga yang terlibat adalah dari kaum Tiong Hua, mereka diarah berpindah dalam masa DUA HARI kerana berniaga tanpa lesen.. MCA telah dilihat cuba untuk menjuarai isu ini dengan mengapi-apikan lagi peniaga yang sedia panas, sama seperti UMNO yang cuba menjuarai isu gerai-gerai peniaga kecil Melayu yang berniaga tanpa lesen ataupun mendirikan gerai mereka diatas tanah kerajaan. Jadi… Siapa kata hanya Peniaga Melayu dan Gerai milik peniaga Melayu di robohkan oleh MPSP atau MPPP di Pulau Pinang? Sumber gambar : Facebook MCA Bukit Mertajam |
| Pengecut mana yang hantar Peluru M16 kepada Tony Pua? Posted: 11 Aug 2010 09:13 PM PDT Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menerima surat ugutan untuk mengancamnya petang semalam. Turut dimuatkan dalam sampul surat berkenaan adalah sebutir peluru yang masih belum digunakan. Bungkusan itu dialamatkan ke pejabatnya di Damansara dari Tangkak. Ia dibuka oleh pembantu khas di pejabatnya pada jam 4.30 petang.Surat berkenaan berbunyi: "Lu banyak berani? "Sekarang lu mau apa? "Jalan sekarang mau tengok depan, belakang, kiri, kanan bawah dan atas. "Apa pasal? "Lu punya keluarga, rumah, pejabat, kereta - WHT ....004, wa sudah mau. "Sendiri mau ingat. Lu fikirlah sendiri," Pembantunya itu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara kira-kira dua jam selepas itu. Beliau yang tidak mahu dikenali itu diiringi oleh Pua dan peguam DAP, Lim Lip Eng yang juga ahli parlimen Segambut. Dalam aduan berkenaan, pembantunya itu berkata, peluru logam dan "surat berbau ugutan" itu didakwa ditujukan kepada Tony dan keluarganya. Cap pada kiriman yang dialamatkan ke pejabatnya di Damansara Utama itu menunjukkan ia telah dihantar daripada Tangkak, Johor, kata Pua. Polis telah mengesahkan peluru itu adalah buatan tempatan dan ia untuk kegunaan senapang M16.Bercakap dalam satu sidang media di pejabat itu hari ini, Pua menegaskan bahawa insiden tersebut dengan jelas merupakan usaha untuk mengancam nyawa beliau dan keluarganya. Pua yang menyifatkan insiden itu sebagai "tindakan pengecut" juga berkata, perbuatan itu mungkin berpunca daripada pandangan yang diutarakannya dalam satu majlis dialog pada 26 Julai lalu. Jelasnya, dalam dialog Bajet 2011 kerajaan Selangor itu, beliau telah mencadangkan supaya kerajaan memansuhkan diskaun Bumiputera untuk memberi hartanah mewah. "Isu ini kemudiannya dimainkan oleh Utusan Malaysia dan Umno," katanya lagi dalam sidang media yang turut dihadiri Dr Dzulkefly Ahmad dan Nurul Izzah Anwar."Apa-apa yang saya cadangkan itu sepatutnya boleh didebatkan dalam suasana terbuka. "Tidak ada cara yang boleh menjustifikasi tindakan seperti ini," katanya lagi. Sebelum ini, Pemuda Umno Selangor pada 4 Ogos lalu, juga membuat laporan polis terhadap ahli parlimen Petaling Jaya Utara itu kerana menganggap cadangan berkenaan berbahaya dan berbaur hasutan serta mencabuli perlembagaan persekutuan serta kontrak sosial. Pada Mei 2008, Pengerusi DAP, Karpal Singh yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor juga menerima surat ancaman bunuh dan sebutir peluru. Malaysiakini |
| Tandatangan dan Tulisan bukan milik Beng Hock! Posted: 11 Aug 2010 07:42 PM PDT Keluarga Teoh Beng Hock telah menafikan nota yang ditulis tangan yang didakwa oleh Gani Patail sebagai nota 'bunuh diri' yang telah ditinggalkan didalam bag sandangnya, menurut mereka tandatangan dan tulisan pada nota tersebut jelas bukan milik Beng Hock. Nota tersebut telah ditemui oleh pasukan penyiasat setelah dua bulan Beng Hock terbunuh. Kalau dah keluarga Beng Hock sendiri pun tak kenal tandatangan tu bagaimana pula Gani Patail boleh kata surat itu ditulis oleh Beng Hock sebelum bunuh diri? Kalau begitu.. dari mana sebenarnya Gani Patail keluarkan surat ini? Signature, handwriting on 'note' not Beng Hock's, says his family In a dramatic turn of events, the family of Teoh Beng Hock has disputed the handwriting on the note that Attorney-General Gani Patail claims was a "suicide" note, saying it was obvious the signature and the writing was not Beng Hock's. "The family pointed out to me multiple discrepancies in the handwriting in the note, which mainly includes Chinese characters and some words in English, which are in stark contrast to the handwriting of Teoh Beng Hock, both in Chinese and English, in documents written by him before his untimely and tragic death," their lawyer Karpal Singh said in a statement. "Even his purported signature is far from his signature on documents he executed before his death." Karpal had shown a copy of the note to the family on Tuesday to get their approval for appointing a handwriting expert to give evidence at the inquest. "The fact that the Attorney-General himself had doubts about the note initially brings into sharp focus the necessity of ensuring the note is authentic," Karpal said. Grave national suspicion Indeed, Gani had created a furore on Monday when he suddenly tried to introduce the note as evidence in the inquest. A press statement relating how his chambers came across the note and why they withheld it despite having allegedly discovered it in Beng Hock's sling bag last October created even more public confusion and anger. "I cannot understand why a suicide note was found in TBH's bag, purportedly apologizing to his boss for disclosing important information," Gerakan leader Hsu Dar Ren wrote in his blog. "I thought all belongings of his were kept by the department the moment he was called in. His hand-phone was with the department and was not returned to him, so did the department keep his bag too? In that case, how could he write something and put it inside the bag if the bag was already in the custody of the department?" Victim of an Umno plot The 30-year Beng Hock was a political officer to Selangor state executive councilor Ean Yong Hian Wah. Ean was among a group of top Selangor Pakatan Rakyat leaders being investigated by the Malaysian Anti-Corruption Commission for alleged corruption and Beng Hock had been called in for questioning as a witness on July 15, 2009. Yet, the interrogation was intensive, extending into the wee hours of the next morning. Another witness who was there at the same time as Beng Hock has complained he was tortured during interrogation. It is widely believed that Beng Hock also suffered the same sort of dubious interrogation techniques. His body was found outside the MACC building around 2pm on July 16, which was also the very day he was due to register his marriage with his fiancé. They were expecting their first child. "This is a life of somebody, somebody's life - a young man, smart, due to get married very soon, hauled up by MACC and decided, 'no I'm going to kill myself' - there must be a reason," said Opposition Leader Anwar Ibrahim. Read more here |
| You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









Tiada ulasan:
Catat Ulasan