Kerabu Bersuara ® |
- Khairy Berani, Najib Penakut
- MB jumpa alat perakam dalam bilik pejabatnya
- Bekas MB Johor Didakwa Dalang Pasang Kain Rentang Provokatif
- Gara-gara pekerja asing, RON 95 masih bolos
- LGE Jawab Isu Fitnah Aniaya Peniaga Melayu KOMTAR
- Gambar Close Up Kematian Bekas Adun Beserta Pembantu
- Ramadhan: Alasan Dan Ambil Kesempatan
- TG Hj Hadi: Hukuman rotan syariah tidak melukakan
- Senarai Ahli Parlimen BN Untuk Digugurkan. Mampukah Najib Lakukan?
- Festival Islamic Fashion. Anda Tengok La Muka Penganjurnya
| Posted: 11 Aug 2010 07:45 AM PDT KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin secara terbuka menyifatkan keputusan Kabinet untuk tidak membenarkan pelajar universiti menyertai parti politik sebagai satu pemikiran ketinggalan zaman. Pendirian yang sama dilahirkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin. Terdahulu Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin berkata Kabinet memutuskan untuk menggugurkan peruntukan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang melarang pelajar universiti tempatan daripada menyertai politik secara aktif. Bulan lalu, Timbalannya Datuk Saifuddin Abdullah berkata beliau akan membawa perkara itu mesyuarat Majlis Tertinggi Umno akan datang. Tetapi ia ditolak sebelum ia dibawa ke mesyuarat tertinggi Umno. Saifuddin berkata sudah tiba masanya Akta Universiti dan Kolej Universiti dikaji semula bagi membolehkan mahasiswa terlibat dalam politik. Walaupun akta itu dipinda pada tahun 2008 di mana penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam dibenar menyertai pertubuhan politik setelah mendapat kebenaran Naib Canselor, beliau berkata akta itu perlu dikaji semula. |
| MB jumpa alat perakam dalam bilik pejabatnya Posted: 11 Aug 2010 05:25 AM PDT SHAH ALAM, 11 Ogos – Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menemui sebuah alat rakaman video yang disembunyikan dalam bilik pejabatnya dipercayai untuk mengintip aktiviti harian beliau. Beliau berkata perkara itu hanya disedari kira-kira jam 6 petang semalam apabila alat berkenaan berbunyi sebagai isyarat bateri berkeadaan lemah. "Saya sedang melakukan tugasan apabila terdengar bunyi dan sebaik mencari di seluruh bilik saya menemui alat perakam video itu yang disorok di belakang langsir bilik saya," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Negeri di sini hari ini. Abdul Khalid berkata pengawal keselamatan yang dirujuk mengenai perkara itu menyatakan mereka tidak mengetahui mengenai kewujudan alat perakam video tersebut. Beliau berkata pihaknya telah meneliti rakaman dari alat perakam video itu yang dipercayai telah berada dalam bilik berkenaan bagi satu tempoh yang agak panjang. "Saya dah teliti tiada apa cuma rakaman menunjukkan saya bertemu dengan beberapa pihak dan urusan harian biasa," katanya. Abdul Khalid berkata beliau masih belum membuat laporan polis berhubung kejadian itu sebaliknya akan meneliti rakaman kamera kawalan litar tertutup (CCTV) yang dipasang di bangunan dan bilik pejabatnya terlebih dahulu. "Saya akan teliti dulu rakaman CCTV sebelum serahkan kepada pihak berkuasa, jika mereka ingin datang untuk membuat pemeriksaan juga tiada masalah," katanya. - BERNAMA |
| Bekas MB Johor Didakwa Dalang Pasang Kain Rentang Provokatif Posted: 11 Aug 2010 03:00 AM PDT Oleh Sidiqin Omar SHAH ALAM 11 Ogos - Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng berkata mendakwa perbuatan memasang kain rentang provokatif yang membangkitkan kemurkaan Sultan Johor didalangi oleh seorang bekas Menteri Besar negeri itu daripada Umno-Barisan Nasional. Jui Meng juga mendakwa kain rentang provokatif itu dicetak di sebuah premis di bandaraya Johor Bahru. "Nama bekas Menteri Besar itu ada disebut di dalam maklumat yang saya terima. Nampaknya dia cuba untuk menjadi jaguh dan cuba untuk memulihkan imejnya yang satu ketika dulu tercemar kerana terlibat dalam krisis dengan Raja-raja Melayu sehingga imuniti Raja-raja Melayu dihapuskan. "Suatu ketika dulu, dia pernah tidak dialu-alukan untuk hadir ke Istana sewaktu Almarhum Sultan Iskandar masih hidup. Chua Jui Meng masih tidak lupa, dan masih mempunyai memori yang kuat. Jadi, tak masuk akal kalau dia meminta saya untuk meminta maaf kepada Tuanku Sultan. Beliaulah orang yang paling lantang mengkritik Sultan," kata bekas Menteri Kesihatan itu kepada Suara Keadilan ketika dihubungi. Beliau menegaskan tindakan pihak tertentu memasang kain rentang provokasi disepanjang laluan perjalanan Sultan Johor dalam program siri jelajah 'Kembara Mahkota Johor 2010' bertujuan untuk menimbulkan kemarahan rakyat dan percubaan untuk dan melaga-lagakan KEADILAN dengan pihak istana. Beliau berharap pihak polis segera menjalankan siasatan yang mendalam dan mendakwa dalang dibelakang perbuatan tersebut. Sehubungan itu KEADILAN Johor bersetuju dan menyokong pandangan Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang mengingatkan rakyat di negeri itu supaya tidak terpengaruh dengan tindakan yang disifatkan sebagai boleh memecah-belahkan kerukunan hidup bermasyarakat. "Pakatan Rakyat menolak sebarang usaha untuk mencemar sistem Raja Berperlembagaan yang wujud dalam negara kita. Kita akan mempertahankan Institusi DiRaja daripada mana-mana pihak termasuk parti politik dalam agenda untuk mengheret Istana ke dalam persaingan politik kepartian," tegas beliau. Jui Meng membidas pihak terbabit yang dianggap mempunyai niat jahat dan ingin membelakangkan Undang-undang Tubuh Negeri Johor yang hanya membenarkan orang Melayu dan beragama Islam sahaja menjadi Menteri Besar. Beliau menganggap tindakan melaga-lagakan KEADILAN dengan Sultan Johor sebagai fitnah yang gagal. Beliau berpendapat tindakan bodoh itu adalah usaha untuk menjadikan orang Melayu pekak, buta dan menjadi hamba kepada Umno selama-lamanya. Tambah Jui Meng Umno-BN Johor kini terdesak disebabkan oleh gelombang perubahan yang dituntut oleh rakyat Malaysia umumnya, khususnya rakyat Johor. "Angin perubahan ini tetap akan sampai dalam pilihan raya umum kelak. Yang jelas, Umno dan Barisan Nasional sekarang ini sedang menggigil ketakutan," kata beliau. |
| Gara-gara pekerja asing, RON 95 masih bolos Posted: 11 Aug 2010 01:51 AM PDT SAYA sebagai seorang warga Malaysia yang berpendapatan sederhana ingin berkongsi mengenai perkembangan arahan kerajaan mengharamkan warga asing membeli minyak RON95. Rakyat di negara ini, yang banyak diberikan subsidi oleh kerajaan, amat mengalu-alukan langkah pengharaman itu kerana kebanyakan warga asing yang memandu kenderaan sendiri di Malaysia dilihat dari kumpulan berpendapatan tinggi. Bagaimanapun saya kesal melihat langkah pemantauan dan penguatkuasaan yang dijalankan oleh pihak berwajib. Di mana 'mata' yang sepatutnya memantau perkembangan jualan minyak kepada warga asing? Ini kerana kebanyakan stesen minyak menggunakan warga asing sebagai atendan pam. Hasil pemerhatian sendiri di stesen-stesen minyak kebelakangan ini menunjukkan atendan warga asing hanya menutup mata dan telinga apabila melihat golongan mereka membeli minyak RON95 sehinggakan pengurus stesen sendiri terpaksa keluar menegur. Warga asing juga tidak kurang bijaknya apabila dengan nyata membeli RON95 di siang hari menggunakan pelbagai helah. Apa yang diperhatikan mereka menggunakan pelbagai tong sebagai bekas minyak untuk membeli RON95 sehingga ada yang menggunakan botol sabun basuh bagi mengisi minyak. Bagaimana mereka mengelak daripada ditegur atau dihalang oleh pemilik stesen? Mereka akan beramai-ramai menaiki kereta dengan nombor pendaftaran tempatan sama ada disewa atau dipinjam. Jumlah minyak yang dibeli pula tidak kurang daripada satu tangki penuh kereta kecil dan tidak lebih satu tangki penuh kereta besar bagi mengelakkan dikesan pihak pengurusan stesen. Di sini saya ingin mencadangkan supaya atendan pam semuanya perlu terdiri daripada warga Malaysia (tanpa mengira bangsa) dan mereka perlu diajar supaya berani menegur sesiapa sahaja yang mencurigakan ketika membeli minyak. Ini terutama sekali bagi individu yang nyatanya adalah warga asing dan mengisi ke dalam bekas selain daripada tangki minyak. Kuat kuasakan juga arahan supaya hanya botol atau bekas khusus sahaja yang boleh digunakan untuk membeli minyak RON95 dan diharamkan sama sekali penggunaan mana-mana botol lain. Melihatkan jumlah minyak yang berjaya 'bolos', saya menjangkakan kerajaan kehilangan banyak minyak bersubsidi kepada warga asing yang amat 'kurang ajar' ini. Jangan pula ingat ini hanya berlaku berhampiran sempadan. Apa yang saya lihat semuanya berlaku di Kuala Lumpur dan Selangor. Ini mungkin kerjasama warga tempatan yang diupah menggunakan kereta mereka dan membawa warga asing ke stesen minyak. Diharapkan pihak berwajib dapat menyiasat dan memastikan perkara sebegini tidak berlaku dan tidak berterusan. Pemantau bebas Gombak |
| LGE Jawab Isu Fitnah Aniaya Peniaga Melayu KOMTAR Posted: 11 Aug 2010 12:00 AM PDT |
| Gambar Close Up Kematian Bekas Adun Beserta Pembantu Posted: 10 Aug 2010 09:30 PM PDT |
| Ramadhan: Alasan Dan Ambil Kesempatan Posted: 10 Aug 2010 09:00 PM PDT SATU - Satu masa dulu, mesyuarat Dewan Undangan Negeri Perlis diadakan pada bulan puasa. Salah seorang ahli dewan yang sedang berucap telah mengungkapkan suatu ungkapan yang salah. Speaker pantas menegur ucapan ahli itu dan membetulkannya. Ahli itu menjawab kembali, "Maaf Tuan Speaker, puasa…" Seorang ahli dewan yang lain bangun dan berkata, "Tuan Speaker, saya pohon ucapan itu ditarik balik. Ahli daripada … … … telah menyalahkan puasa dengan kesilapan yang dilakukannya. Ini boleh menimbulkan tanggapan yang tidak baik terhadap ibadah puasa lebih-lebih lagi di hadapan rakan-rakan non-Muslim." Lebih kurang begitulah apa yang berlaku pada masa itu. Apa moral cerita itu? Ahli itu tidak berniat menimbulkan tanggapan tidak baik terhadap puasa. Mungkin itu gurauannya. Namun, gurauan sebegitu ada implikasinya tersendiri iaitu persepsi terhadap ibadah puasa. Orang puasa sering lupa, melakukan kesilapan, lemah dan kurang daya ingatan, itu persepsinya. Tanggapan itu adalah salah tetapi itulah nilai tanggapan yang terkeluar daripada keterikatan dengan salah atau benar. Puasa tidak boleh dijadikan pengalas terhadap kesilapan yang dilakukan. Kesilapan berlaku juga walau pun seseorang itu tidak berpuasa. Cuma mungkin disebabkan seluruh tumpuan seseorang Muslim pada bulan Ramadhan adalah puasa, maka dalam keadaan terdesak seperti dalam mesyuarat penting seperti di atas, itulah alasan spontan yang terbit. DUA – Saya mendapat sekeping kertas yang menawarkan hadiah bacaan al-Quran kepada orang mati dengan bayaran tertentu. Kita bayar harga tertentu, pengajur program itu dengan rakan-rakannya membaca al-Quran dan pahalanya dihadiahkan kepada orang mati yang kita maksudkan. Program sebegitu mendapat sambutan hangat. Jika dianjurkan untuk mencari dana untuk program membantu pelajar miskan, berbuka puasa dan sahur pelajar sekolah-sekolah agama rakyat, menyumbang untuk membeli keperluan pelajaran pelajar miskin, tentu itu tidak akan dipersoalkan sangat. Namun, ada yang menganjurkan program sebegitu untuk kepentingan peribadi misalnya bertahlil di Mekah. Setelah terkumpul sekian banyak sumbangan, orang itu berangkat ke Mekah pada bulan Ramadhan dengan hasil kutipan itu. Saya tidak melihat kedua-dua perkara yang dipaparkan di sini dari sudut hukum tetapi dari sudut kewajaran. Wajarkah kesilapan kita dikaitkan dengan ibadah puasa? Wajarkah Ramadhan dijadikan sebagai batu loncatan untuk kepentingan peribadi? Saya juga melihat kedua-dua perkara ini dari sudut rasional. Dimana rasionalnya, kita yang silap puasa yang disalahkan? Dimanakah rasionalnya, sentimen orang ramai yang suka beramal sepanjang Ramadhan dijadikan umpan untuk kepentingan sendiri? ------------------------------------ Kampong Kubang Paya, Arau [Sumber] |
| TG Hj Hadi: Hukuman rotan syariah tidak melukakan Posted: 10 Aug 2010 08:28 PM PDT Abdul Hadi Awang Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing. Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (pindaan 1987) sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar. Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW. Apabila asasnya adalah nas, maka ia adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya – kerana ia berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat. Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya. Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat. Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak. Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja. Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi. Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ia memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan. Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam. Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang. Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam. Haramnya arak adalah tidak mengira tempat – sama ada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri. Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya – adalah seumpama menghadapi nyamuk Aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi! Artikel ini diterbitkan sepenuhnya daripada kenyataan media Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. |
| Senarai Ahli Parlimen BN Untuk Digugurkan. Mampukah Najib Lakukan? Posted: 10 Aug 2010 07:00 PM PDT Sebuah akhbar pada hari Isnin menyiarkan sebuah artikel mengenai Ahli Parlimen Barisan Nasional yang mengambil sikap membisu dalam setiap sesi Parlimen - samada jarang menanyakan soalan dan malas menyertai debat. Kesemua mereka ini pernah memegang jawatan-jawatan besar di dalam Kabinet. Mereka ini terdiri dari 23 Ahli Parlimen kesemuanya. Mereka ialah: 1) Abdullah Ahmad Badawi (Kepala Batas), bekas Perdana Menteri Malaysia. 2) Abdullah Mohd Zin (Besut), bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri. 3) Abu Bakar Taib (Langkawi), bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian. 4) Azalina Othman Said (Pengerang), bekas Menteri Pelancongan. 5) Azmi Khalid (Padang Besar), bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. 6) Fong Chan Ong (Alor Gajah), bekas Menteri Sumber Manusia. 7) Idris Haron (Tangga Batu), bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. 8) Jamaluddin Jarjis (Rompin), bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. 9) Pairin Kitingan (Keningau), bekas Ketua Menteri Sabah. 10) Radzi Sheikh Ahmad (Kangar), bekas Menteri Dalam Negeri. 11) Mohamad Zin Mohamad (Sepang), bekas Menteri Kerja Raya. 12) Leo Michael Toyad Abdullah (Mukah), bekas Menteri Pelancongan. 13) Noraini Ahmad (Parit Sulong), bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia dan bekas Ketua Puteri Umno. 14) Ong Ka Ting (Kulai), bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. 15) Rafidah Aziz (Kuala Kangsar), bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa. 16) Sulaiman Abdul Rahman Taib (Kota Samarahan), anak Taib Mahmud dan bekas Timbalan Menteri Pelancongan. 17) Syed Hamid Albar (Kota Tinggi), bekas Menteri Luar dan Dalam Negeri. 18) Tengku Adnan Mansor (Putrajaya), bekas Menteri Pelancongan. 19) Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (Jerantut), bekas Timbalan Menteri Timbalan Menteri Pengangkutan. 20) Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang), bekas Menteri Kewangan. 21) Zulhasnan Rafique (Setiawangsa), bekas Menteri Wilayah Persekutuan. 22) Shahrir Samad (Johor Bahru), bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. 23) Ong Tee Keat (Pandan), bekas Menteri Pengangkutan. Sebenarnya inilah senarai Ahli Parlimen yang perlu digugurkan oleh Najib Razak di dalam PRU-13 nanti. Persoalannya, adakah Najib mempunyai kemampuan politik untuk menggugurkan nama-nama hebat ini? Dalam sejarah politik, Najib lebih kepada mengamalkan politik selamat. Kalau mereka-mereka ini masih kekal sebagai ahli Parlimen selepas PRU-13 nanti, kita tahu sebabnya. |
| Festival Islamic Fashion. Anda Tengok La Muka Penganjurnya Posted: 10 Aug 2010 05:55 PM PDT ![]() macam ni ker islamic fashion yang di ajar oleh nabi kita? macam ni ker fasyen islam yang betul? mereka ni ker yang nak ajar masyarakat cara berpakaian mengikut islam? [Sumber] |
| You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





Tiada ulasan:
Catat Ulasan