Rabu, 11 Ogos 2010

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Teh Tarik Perisa BABI

Posted: 11 Aug 2010 12:30 PM PDT

Sumber: Cina Islam
Hati-hati apabila membeli teh atau kopi 3 dalam 1 kerana kandungannya mungkin mengandungi unsur yang tidak halal. Teh tarik 3 dalam 1 di atas didakwa tidak halal kerana mengandungi unsur babi.

Siapa Yang Menipu? Raja Sesumpah Ezam atau Datuk Seri Wan Azizah?

Posted: 11 Aug 2010 07:30 AM PDT

Saya petik transkrip yang disiarkan oleh AD:
Berikut ialah transkirp penuh komen Wan Azizah:
Agendadaily: Boleh Datuk Seri komen mengenai dakwaan Ezam bahawa dalam satu perbualan telefon dengannya dari Washington tidak lama dulu Datuk Seri ada bercakap dengan nada cemas mengenai perangai Datuk Seri Anwar ?

Wan Azizah: Ezam telah bagi gambaran yang lain. Saya pesan kat dia sebagai seorang adik, tengok-tengokkan abang dia. Anwar baik. Dia sebagai seorang pemimpin, bila orang datang, dia akan layan dengan elok, tapi orang kalau ambil gambar, orang itu akan buatkan sesuatu yang boleh membawa kepada fitnah. Sebab itu saya kata, hati-hatilah, sebagai adik tengok-tengokanlah. Itu saja.
Agendadaily: Ezam cakap dalam panggilan telefon itu Datuk Seri cakap dengan nada cemas bila diberitahu ada seorang lelaki dalam rumah bersama Anwar waktu itu.
Wan Azizah: Tak adalah. Saya memang suruh Ezam sebagai adik, tengok-tengok ajalah, siapa yang dekat dengan Anwar, terutama yang mempunyai niat jahat. Jaga Anwar supaya dia tidak difitnah lagi. Itu aja. Tak ada yang lainlah."
Kalau Ezam nak buat apa-apa…jangan kaitkan saya. Jangan gunakan saya untuk mengiayakan apa yang dia kata atau memberi kekuatan kepada perkataan-perkataan dia. Jangan gunakan saya. Itu saya tak rela."
Agendadaily: Ezam juga ada bercakap mengenai hal Datuk Seri ini dalam ceramah-ceramahnya.Apa komen Datuk Seri?
Wan Azizah: Kalau dia cakap sorang-sorang… orang akan cakap.. alah, macam tu. Tapi kalau dia kata, Datin Seri kata ... dia akan membuat timbul bibit-bibit..."mungkin ada".. Cara Ezam buat begitu adalah salah.Saya tak buat macam tu. Saya tak kata bahawa "jaga-jagalah suami saya" yang memberi konotasi bahawa suami saya macam tu. Tak ada, itu adalah fitnah semata-mata.Tak kanlah saya dengan anak enam…dah kahwin begitu lama cakap macam tu.
Agendadaily: Komen Datuk Seri.. Ezam kata dia berani bersumpah untuk membukti dia cakap benar?
Wan Azizah: Dia boleh sumpah apa dia nak sumpah. Saiful pun bersumpah. Najib pun bersumpah dia tak pernah jumpa Altantuya.Tak apalah. Dia nak sumpah dia punya pasal dengan Allah. Saya tak ada masuk campur. Jangan kaitkan nama saya untuk mengiyakan apa yang dia dakwa.


Berikut ialah komen Ezam ulas Wan Azizah

"Saya gembira akhirnya Wan Azizah mengaku memang pernah menghubungi saya untuk 'jaga' suaminya.
Wan Azizah minta malam itu saya jangan keluar rumah selagi budak lelaki itu ada di rumah…untuk pastikan Anwar tidak berdua. Permintaan itu sendiri menampakkan suasana panic Azizah ketika itu...kerana mana mungkin saya lakukan.Ini kerana tuan rumah adalah Anwar bukan saya. Rakyat sendiri nilailah apa sebenar maksud 'jaga'…yang Azizah cuba remehkan sekarang apabila menjawab kenyataan saya
Saya sudah buat kenyataan, Wan Azizah juga sudah buat kenyataan. Saya serah kepada orang ramai menilai apa beliau kata.
Jelas jawapan Wan Azizah mahu lari daripada isu yang saya bawa dan tunjuk sikap sambil lewa.
Saya ingatkan Wan Azizah ini bukan soal antara dia dan suaminya sahaja. Ini soal serius dan babitkan rakyat dan ummah sebab suaminya mahu jadi pemimpin negara/Perdana Menteri. Kalau suaminya tidak rakus mahu jadi pemimpin, sayapun tak mahu campur hal perangai jijik suaminya.
Justeru itu saya ajak Wan Azizah demi negara mari bersumpah secara Islam untuk buktikan siapa yang benar. Dia boleh pilih ulama dan masjid mana dan cara mana yang beliau mahu dan lebih baik pada bulan Ramadhan kita selesaikan.
Saya tahu Wan Azizah tidak boleh lari daripada tanggungjawab.Kita faham posisinya sebagai isteri dengan suami untuk beliau pertahankan tetapi sebagai dia tidak boleh biarkan suaminya fitnah orang lain seperti Datuk Seri Najib, polis, hakim, peguam dan saya kononnya konspirasi kerana dia tahu itu semua fitnah suaminya untuk tutup kelemahan. Wan Azizah tidak sepatutnya subahat dengan fitnah".- 11/8/2010


Laporan berita oleh MK:


Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini memberi amaran kepada Senator Ezam Mohd Noor bahawa beliau berdepan dengan tindakan undang-undang jika terus memfitnahkannya.

Wan Azizah merujuk kepada laporan portal berita Agenda Daily, di mana Ezam (kiri) dilaporkan mendakwa beliau diarahkan olehnya supaya menghalang lelaki daripada mendekati suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga adalah ketua pembangkang.

Ezam dilaporkan berkata waktu itu Wan Azizah bernada cemas ketika membuat pesanan supaya "sebagai seorang adik, tengok-tengokkan abang dia…"

"Wan Azizah, minta malam itu saya jangan keluar dari rumah selagi budak lelaki itu ada di rumah…untuk pastikan Anwar tidak berdua," kata bekas ketua pemuda PKR yang berpaling tadah itu.

Perbualan telefon itu berlaku ketika Wan Azizah berada di Washington manakala Anwar pula di kediaman mereka ketika itu di Bukit Damansara semasa bercuti daripada tugasan mengajarnya di Amerika.

"Saya tidak pernah menelefon beliau mengaitkan Saudara Anwar seperti tohmahan tersebut. Saya kesal kerana nafsu politik beliau tidak ada batas; sehingga sanggup memfitnah saya selaku isteri dan ibu.

"Ternyata untuk kekal relevan sebagai alat pimpinan Umno, kerja beliau hanya mencerca kami," kata Wan Azizah dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini hari ini

Menurut Presiden PKR itu, pada asalnya, beliau enggan melayan sebarang kenyataan Ezam tetapi kerana tuduhan tersebut berulang dan mengaitkan namanya secara peribadi, beliau memberi amaran kepada Ezam supaya hentikan kerja fitnah yang jelas fasiq.

"Sekira beliau mengulangi fitnah tersebut, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau dan merujuk beliau ke Mahkamah dan Mahkamah Syariah." katanya lagi....
Dalam hal ini ada dua kemungkinan sahaja: sama ada Raja Sesumpah ini yang menipu atau Datuk Seri Wan Azizah yang menipu. Siapa yang menipu? Berdasarkan rekod, anda tahu siapa yang menipu!

Pejabat MB Selangor Diintip dengan Kamera Tersembunyi: Pihak Lawan Semakin Terdeesak

Posted: 11 Aug 2010 04:27 AM PDT

Saya petik;
[MK] Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau menjumpai sebuah kamera tersembunyi di pejabatnya di tingkat 21, bangunan SUK di Shah Alam, pada jam 6 petang semalam.

Adalah dipercayai peralatan itu digunakan untuk mengintip aktiviti harian beliau.
"Saya sedang melakukan tugasan apabila terdengar bunyi dan sebaik mencari di seluruh bilik saya menemui alat perakam video itu yang disorok di belakang langsir bilik saya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco negeri.

Beliau memberitahu perkara itu kepada wartawan pada sidang media hari ini dan berkata pihaknya selepas menjalankan siasatannya sendiri. Tambahnya, beliau juga sedang mempertimbangkan bagi membuat laporan polis.

"Kita akan melihat dahulu rakaman supaya menyenangkan kerja polis. Jika kita dapati ada keperluan, barulah kita akan membuat laporan polis," katanya.

Abdul Khalid berkata kamera itu yang dijumpai berada di belakang langsir di pejabatnya dikesan selepas ia berbunyi kerana kadar baterinya semakin lemah.
Serentak dengan penemuan itu, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri juga mengarahkan supaya kawalan keselamatan di bangunan SUK itu diperketatkan.
Abdul Khalid berkata pengawal keselamatan yang dirujuk mengenai perkara itu menyatakan mereka tidak mengetahui mengenai kewujudan alat perakam video tersebut.

Beliau berkata pihaknya telah meneliti rakaman dari alat perakam video itu yang dipercayai telah berada dalam bilik berkenaan bagi satu tempoh yang agak panjang.
"Saya dah teliti tiada apa cuma rakaman menunjukkan saya bertemu dengan beberapa pihak dan urusan harian biasa," katanya.
Abdul Khalid berkata beliau masih belum membuat laporan polis berhubung kejadian itu sebaliknya akan meneliti rakaman kamera kawalan litar tertutup (CCTV) yang dipasang di bangunan dan bilik pejabatnya terlebih dahulu.

"Saya akan teliti dulu rakaman CCTV sebelum serahkan kepada pihak berkuasa, jika mereka ingin datang untuk membuat pemeriksaan juga tiada masalah," katanya.

SPRM: Jumlah Suapan Tertinggi Tahun ini RM35 Ribu. Sakit Perut Tahan Gelak!

Posted: 10 Aug 2010 11:06 PM PDT

Aduhai, sakit perut gelak apabila membaca kenyataan yang diberikan oleh orang SPRM ini! Kata pengarah SPRM, rekod tertinggi suapan tahun ini ialah RM35 ribu yang diterima oleh pengurus TNB. Walhal statistik menganggarkan negara kerugian hampir RM10 bilion setahun angkara rasuah dan salah laku yang berkaitan dengannya. Namun, setakat bulan Ogos, SPRM berjaya merekodkan suapan tertinggi sebanyak RM35 ribu. Alahai!
 
Rekod SPRM mungkin berubah menjadi RM500 juta atau RM12 bilion jika suruhanjaya itu benar-benar berusaha untuk menghapuskan rasuah secara total di negara ini. Tidak perlulah diterangkan fasal RM500 juta dan RM12 bilion itu, anda tentu arif tentang jumlah tersebut.

Baru-baru ini SPRM diberitakan akan menggunakan pendekatan Sun Tzu untuk memerangi rasuah di negara ini. Saya ada mengulasnya : SPRM Mahu Guna SunTzu. Mampukah Penyamun Harta Negara Ke Muka Pengadilan. Harap-harap jumlah RM35 ribu ini akan meningkat menjadi juta dan bilion selepas ini!

Yang lawaknya, kata pengarah tersebut: "Kami berharap trend orang awam melaporkan sebarang cubaan rasuah kepada SPRM akan berterusan bagi membendung kegiatan rasuah." Masalahnya orang sudah letih melaporkan salah laku pemimpin rasuah, namun, habuk pun tarak!

RETORIK, RETORIK, RETORIK! Patutlah CPI SPRM di tangga 56.

Saya petik:
[HM] SUBANG JAYA: Penangkapan berhubung kes rasuah di negara ini didapati meningkat dalam tujuh bulan pertama tahun ini dengan sekurang-kurangnya 520 individu termasuk penjawat awam ditahan membabitkan pelbagai kesalahan.

Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mustafar Ali, berkata peningkatan angka itu berbanding 500 individu sepanjang tahun lalu disebabkan kesedaran awam memerangi rasuah lalu melaporkan kepada SPRM mengenai sebarang cubaan rasuah.
Beliau berkata, daripada 520 yang ditahan dari awal Januari hingga Julai tahun ini, lebih 300 daripadanya adalah pemberi rasuah di kalangan orang awam dan sektor swasta.

Menurutnya, sehingga tahun ini, 117 individu sudah dituduh ke mahkamah berbanding 176 sepanjang tahun lalu membabitkan 46 penjawat awam dengan selebihnya orang awam serta sektor swasta.
"Jumlah rasuah tertinggi bagi tahun ini direkodkan ialah suapan RM35,000 oleh seorang pengurus syarikat kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk mengurangkan bayaran elektrik."
"Trend penangkapan terkini dilihat kepada pemberi rasuah berbanding penerima rasuah berikutan kesedaran awam melaporkan kes kepada SPRM."
"Kami berharap trend orang awam melaporkan sebarang cubaan rasuah kepada SPRM akan berterusan bagi membendung kegiatan rasuah," katanya selepas majlis Pelancaran Pelan Integriti Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 2010-2012, di sini, semalam.

Ibu Biar Anak Berzina, Lahirkan 4 Anak Luar Nikah

Posted: 10 Aug 2010 08:57 PM PDT

Saya petik:
[HM] PUTRAJAYA: Seorang ibu tergamak 'berkongsi dosa' dengan anak lelaki kesayangannya apabila membiarkan pemuda itu bersekedudukan dengan teman wanita di rumahnya lebih tiga tahun sehingga menghasilkan empat zuriat haram.
Perbuatan pasangan berusia awal 20-an itu terbongkar selepas penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang mendapat maklumat mengenai salah laku mereka menyerbu sebuah rumah di Serdang, dekat sini, kira-kira jam 11 pagi semalam.

Lebih mengaibkan, ketika disoal siasat, pasangan terbabit dengan selamba memberitahu penguat kuasa Jais mereka bersekedudukan sejak sekian lama kerana tidak mempunyai masa untuk berkahwin secara sah dan mendaftarkan perkahwinan.

Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shahrom Maarop, berkata pasangan terbabit dipercayai bersekedudukan sejak lebih tiga tahun lalu sehingga memperoleh empat anak hasil zina yang berusia tiga, dua, setahun serta paling bongsu tiga bulan.

"Penduduk di kawasan itu tertipu dengan perbuatan pasangan terbabit yang dipercayai menggunakan rumah ibu mereka untuk tinggal secara haram sehingga melahirkan anak luar nikah.

"Kebanyakan penduduk menyangka pasangan terbabit sudah bernikah dan mengadakan majlis perkahwinan di tempat lain," katanya.

Shahrom berkata, dia terkejut dan hairan dengan sikap ibu lelaki terbabit yang langsung tidak mempedulikan dosa dilakukan anak di rumahnya.

Menurutnya, ibu terbabit boleh dianggap bersekongkol dengan anaknya bagi mengelak kegiatan tidak bermoral terbongkar.

"Saya percaya sikap ibu yang tidak kisah dan sayangkan anaknya itu secara berlebihan mendorong dia membenarkan anaknya bersekedudukan sehingga beberapa tahun," katanya.

Beliau berkata, siasatan juga mendapati lelaki terbabit bekerja manakala 'isteri tidak halal' itu menjadi suri rumah sepenuh masa di rumah ibu mentuanya.

Menurut Shahrom, semua cahaya mata pasangan terbabit tidak memiliki sijil lahir dan beliau diberitahu, semua anak itu disambut 'bidan misteri' di kawasan berkenaan tanpa merujuk klinik atau hospital berhampiran.

"Mereka berbuat demikian untuk mengelak salah laku mereka diketahui pihak berkuasa. Perbuatan pasangan terbabit boleh menimbulkan masalah kepada anak mereka yang sudah pasti sukar untuk memasuki alam persekolahan kerana tiada sijil lahir yang sah," katanya.

Shahrom berkata, pihaknya menahan pasangan terbabit dan membawa mereka ke pejabat Jais di Shah Alam untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan dengan jaminan Jais.

Menurutnya, pasangan terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 25, Enakmen Jenayah Syariah Selangor kerana melakukan persetubuhan haram dan Seksyen 29 akta sama kerana melakukan khalwat.

"Kami juga akan memanggil ibu dan bapa pasangan wanita terbabit bagi mengenal pasti punca kegiatan itu berlaku," katanya.- Ahmad Shahrul Nizam Muhammad

Pelajar Pintar Jadi PELACUR

Posted: 10 Aug 2010 05:25 PM PDT

Laporan akhbar tentang remaja tersebut.
Entah di mana silapnya apabila bekas pelajar sekolah antarabangsa di Gombak (saya tahu sekolah ini) yang dikategorikan sebagai pelajar pintar kini berpeleseran di jalanan dan terjebak dalam aktiviti antimoral. Dia dikatakan menjadi pelacur untuk menampung kehidupannya di bandar.

Berdasarkan laporan NST, selain pintar, remaja perempuan berusia 17 tahun itu juga digambarkan sebagai seorang yang celik IT dan fasih berbahasa Inggeris.

Menurut ibunya, Mia (bukan nama sebenar) telah beberapa kali lari dari rumah dan pernah ditangkap kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Selepas kejadian itu, remaja tersebut diletakkan di bawah jagaan neneknya sebelum dia bertindak melarikan diri sekali lagi.

Walaupun nasi sudah menjadi bubur, namun diharapkan keluarga remaja ini dapat berbuat sesuatu agar  remaja pintar itu bebas daripada aktiviti yang telah dan akan memusnahkan masa depannya. Mudah-mudahan kisah ini dapat dijadikan panduan oleh ibu bapa yang lain!

Saya petik:
[NST] SHE was a high-achiever in school, and was consistently number one in class. She scored five As in the Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) examination in 2005.
Going by Mia's (not her real name) academic achievements, it is difficult to believe that the former international school student in Gombak, Selangor, now roams the streets of Kuala Lumpur and calls the rat-infested abandoned buildings in the vicinity her home.

She is computer-savvy and has a good command of English, but the 17-year-old has turned to prostitution instead to survive in the city.

Her family members, including her mother Yani (not her real name), was shocked when a New Sunday Times team visited the family recently after tracing their whereabouts to Kuantan.
Initially wary, the family slowly opened up. Yani was shocked when the reports in this newspaper were shown to her.

She expressed relief when told her daughter was safe.

"We had tried to locate her after she ran away in February, but there was little we could do," she said.

"She had run away before this. She ran away from home in January last year. Then came the shocking news in August that she was nabbed with some friends for drug abuse at a dilapidated house in the city. We picked her up from the police station and brought her back to her grandmother's house in Kuantan."

Yani, who previously ran a food outlet in Kuala Lumpur, said Mia ran away from home again on Feb 22 this year...

Polis Britain Habiskan RM1 Juta Sebulan Kerana Lelaki Ini!

Posted: 10 Aug 2010 04:40 PM PDT

Bekas pesalah jenayah seks kanak-kanak, Anthony Knowles, 49,  dipantau oleh 20 orang anggota polis dan kos untuk tujuan tersebut mencecah  £200,000 atau melebihi RM1 juta sebulan. Knowles dipantau berdasarkan rekod 34 tahun penglibatannya dalam jenayah yang melibatkan penganiayaan seks terhadap remaja dan kanak-kanak.

Lebih membimbangkan pihak berkuasa, asrama yang menjadi tempat tinggal Knowles di daerah Greater Manchester itu berdekatan dengan tiga buah sekolah dan sebuah taman rekreasi.

Mengapa lelaki ini perlu sentiasa diawasi dan dipantau dengan rapi? Menurut laporan akhbar, Knowles yang baru sahaja dibebaskan dari penjara pada 27 Jun lalu merupakan "pesalah berisiko tinggi". Dia sudah beberapa kali keluar masuk penjara kerana kesalahan yang membabitkan serangan seksual terhadap kanak-kanak. Berdasarkan rekod tersebut, polis bimbang Knowles akan melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak lain. Malah, pihak polis turut meletakkan Knowles di bawah Sex Offenders Protection Order sepanjang hayatnya.

Selain dipantau oleh polis, Knowles perlu menjalani ujian alkohol tiga kali sehari dan diletakkan di bawah perintah berkurung dari pukul 11 malam hingga 9 pagi di asrama tempat dia menginap. Keluarga terdekatnya juga meminta polis untuk mengurungnya kerana beranggapan bahawa dia seorang yang "sakit".

Seorang bekas pesalah seks perlu dipantau dengan kos melebihi RM1 juta sebulan, bayangkan jika ada beratus-ratus pesalah yang sama di negara tersebut!

Artikel ini ditulis semula berdasarkan pautan ini.

Tiada ulasan: