Rabu, 11 Ogos 2010

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

:: @ AL-BAKISTANI @ ::


PAS WAJAR TUKAR PARADIGMA - MAHFUZ OMAR

Posted: 11 Aug 2010 04:55 AM PDT

PETALING JAYA, 11 Ogos: PAS wajar mempopularkan pemikiran-pemikiran yang lebih baru sekiranya parti itu mahu merealisasikan satu komuniti Islam yang kuat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak, kata Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau ketika menyampaikan perutusan sempena menyambut bulan Ramadhan berkata, Rasulullah s.a.w sendiri sebenarnya melakukan 'rancangan jangkauan panjang' atau long range planning kalau dilihat pada ekspedisi Hijrah ar-Rasul ke Yathrib (Madinah).

"Inilah ilmu pemikiran strategik yang Rasulullah s.a.w. tinggal pada kita di mana ekspedisi hijrah ke Madinah itu adalah long range planning, satu persiapan untuk melengkapkan persiapan yang lain, iaitu pembukaan Kota Makkah," ujarnya semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, kerangka dinamik itu sudah tentu menuntut PAS mempunyai 'pendekatan bertahap' (step by step approach) yang tersendiri.

"Persiapan masyarakat sivil Madinah sendiri menunjukkan Rasulullah s.a.w. mengiktiraf kerakyatan orang-orang Aus dan Khazraj sebelum wujud masyarakat Ansar di samping Muhajirin yang datang dari Makkah.

"PAS perlu berani dekati masyarakat bukan Islam serta perkasakan sokongan yang sedia ada di kalangan orang-orang bukan Melayu sejak tsunami politik dua tahun lalu," ujarnya sambil menganggap dokongan orang-orang Islam dan Melayu tetap penting untuk perjuangan PAS.

Baginya, PAS sepatutnya tidak perlu takut dengan tohmahan Umno yang kononnya PAS bakal menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR sekiranya terus bersama Pakatan Rakyat pada PRU13 kelak.

"Buat apa kita takut dengan tohmahan pemimpin tertentu dalam Umno, mereka tidak sedar bahawa Rasulullah s.a.w. sendiri bersedia memeterai perjanjian politik dengan tiga kaum Yahudi serta Majusi untuk menghadapi kezaliman pemimpin-pemimpin Arab di Makkah yang akhirnya membawa pada penubuhan negara Madinah yang cukup moden dan kuat," beliau menambah.

Tidak cukup dengan itu, beliau berkata, PAS wajar meluaskan hubungan tidak langsung dengan kaum profesional supaya cara berfikir kepemimpinan PAS senantiasa ajaib dan di luar kotak.

"Untuk memenangi Peperangan Khandaq, cadangan golongan profesional seperti Salman al-Farisi gali parit sebagai benteng pertahanan yang cukup ajaib sendiri akhirnya diterima Rasulullah s.a.w.

"Untuk pilihan raya umum depan, PAS tidak boleh lagi menggunakan strategi-strategi lalu, kena ada sesuatu yang saya anggap thinking outside the box," ujarnya.

Dengan konsep berfikir di luar kotak, tambahnya, mampu membuntukan serta melemahkan serangan Umno ke atas PAS dan Pakatan Rakyat di samping memecahkan muafakat politik dalaman BN pada pilihan raya umum depan.

Dari segi yang lain, PAS mesti dilihat menguasai ilmu pemikiran literal supaya rakyat lebih yakin dengan kepemimpinan PAS berbanding Umno.

"Kalau dahulu, Khalifah Umar al-Khattab mengambil langkah inovatif berijtihad solat tarawih dari 8 rakaat pada 20 rakaat berjamaah, masyarakat kita sekarang popularkan pula budaya tazkirah, takkan PAS mahu dilihat tidak mahu dilihat berfikir lebih literal dalam urusan agama, dalam pentadbiran negara lebih dari itu.

"Apa yang penting yang nak saya ketengahkan bukannya jumlah rakaat solat tarawih tetapi ialah lateral thinking yang dibawa oleh seorang khalifah," ujarnya sambil mengajak seluruh pemimpin dan ahli PAS mengambil kesempatan mendekati rakyat sempena 'bulan tarbiah' Ramadhan.

DEMOKRASI - ALAT LAWAN MUSUH ISLAM

Posted: 11 Aug 2010 04:28 AM PDT

Demokrasi bukan dari sistem islam, malahan ia adalah sistem barat. Justeru, ia wajib ditolak.

jawapan;

jawapan kepada soalan ini, dijawab dengan dua jawapan. Iaitu;

Pertama;

Islam amat mengharamkan pembunuhan. pengharaman pembunuhan itu, sama ada terhadap orang mukmin, mahupun terhadap orang kafir.

firman Allah;

وَمَن يَقْتُلْ مُؤْمِنًا مُّتَعَمِّدًا فَجَزَاؤُهُ جَهَنَّمُ خَالِدًا فِيهَا وَغَضِبَ اللهُ عَلَيْهِ وَلَعَنَهُ وَأَعَدَّ لَهُ عَذَابًا عَظِيمًا

maksudnya;
"Barangsiapa membunuh orang mukmin dengan sengaja, maka balasannya adalah neraka dan kekal ia di dalamnya. Allah telah murka terhadapnya [pembunuh], dan Allah melaknatinya. Disediakan baginya azab yang hebat"

(An-Nisa' : 93)

Ayat ini, Allah SWT menyatakan pengharaman membunuh orang mukmin. Adapun terhadap orang kafir, ia juga diharamkan oleh Allah.

sabda Nabi SAW;

مَنْ قَتَلَ مُعَاهَدًا لَمْ يَرِحْ رَائِحَةَ الْجَنَّةِ وَإِنَّ رِيحَهَا تُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ أَرْبَعِينَ عَامًا

maksudnya;
"barangsiapa yang membunuh orang kafir yang ada perjanjian [dengan kerajaan islam], maka ia tidak akan mendapat bauan syurga, waima baunya boleh didapati dengan perjalanan 40 tahun sekalipun" [Al-Bukhari : 2930]

Namun begitu, apabila musuh islam mendatangkan serangan dalam bentuk pembunuhan, iaitu peperangan, maka hendaklah dibalas balik dengan pembunuhan juga.

Firman Allah;

فَمَنِ اعْتَدَى عَلَيْكُمْ فَاعْتَدُوا عَلَيْهِ بِمِثْلِ مَا اعْتَدَى عَلَيْكُمْ

Maksudnya;
"seranglah mereka, sepertimana mereka menyerang kamu"

[Al-baqarah : 194]

Maka begitujuga, serangan melalui demokrasi. Disebabkan musuh-musuh Islam menggunakan demokrasi untuk menyerang Islam, maka secara fitrahnya, tidak boleh dibalas dengan peperangan [pembunuhan]. Tindakan sebegini boleh disifatkan sebagai melampaui batas, sedangkan perbuatan itu dilarang oleh Allah.

Firman Allah;

وَلَا تَعْتَدُوا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

Maksudnya;
"Jangan kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas"

Dengan perkataan lain, walau perang termaktub dalam quran, maka tidak boleh serangan perang dilakukan terhadap musuh yang menyerang menggunakan demokrasi, tetapi hendaklah menyerang musuh sepertimana mereka menyerang islam.

Kedua;

Tidak semua kaedah kafir itu ditolak secara mutlak. Bahkan, selama mana tidak wujud perkara yang menyalahi nas yang qatii, sahih lagi sareh, maka menggunakan kaedah kafir itu dibenarkan.

Nabi SAW sendiri pernah menerima teori majusi dalam peperangan, iaitu dengan gali parit [khandaq] ketika tercetus peperangan ahzab. Juga Nabi SAW pernah menerima cadangan Abu Bakar untuk menjadikan tawanan perang badar yang tidak beragama Islam bahawa mengajar membaca dan menulis kepada orang Islam.

Tindakan Nabi SAW itu, membuktikan bahawa tidak haram kita mengambil manfaat dari ilmu dan teori orang bukan Islam, selagimana tidak menyalahi nas secara qatii, saheh dan sareh.

Sekian

Wallahu 'Alam.

Al-Bakistani

- Jejantas Sg Buloh
11 Ogos 2010 * 2:51 petang

Tiada ulasan: