Khamis, 19 Ogos 2010

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Tubuh Suruhanjaya Diraja Siasat Kes Beng Hock - Majlis Peguam

Posted: 19 Aug 2010 12:20 AM PDT

Majlis Peguam Malaysia tuntut Suruhanjaya Siasatan Diraja

Majlis Peguam Malaysia menuntut penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kes kematian Teoh Beng Hock ekoran kegagalan Peguam Negara mendedahkan wujudnya bukti baru berbentuk nota yang boleh mengganggu keputusan inkues.

Presidennya, Regunath Kesavan berkata, tindakan Peguam Negara yang menyekat bukti khususnya dalam kes-kes berprofil tinggi seperti ini adalah sesuatu yang membimbangkan.

Menurutnya, melalui suruhanjaya itu kesemua kekurangan dalam sistem kehakiman jenayah negara ini dapat disiasat.

"Suruhanjaya itu juga dapat memperkenalkan protokol-protokol yang dapat menjamin sistem kehakiman jenayah negara ini dipatuhi," katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian, baru-baru ini.

Regunath mendakwa kegagalan Peguam Negara mendedahkan penemuan nota yang ditulis Teoh sebelum dia ditemui mati pada 16 Julai tahun lalu menunjukkan kelemahan serius dalam penghakiman dan memperlekehkan prosiding inkues.

Menurutnya, menjadi tugas mahkamah untuk menentukan kesahihan atau keterkaitan setiap bukti malah Peguam Negara mempunyai hak untuk mendedahkan semua maklumat bagi membantu mahkamah mengetahui bagaimana Teoh mati.

"Peguam Negara gagal untuk mengemukakan nota tersebut dalam waktu yang terdekat, sebaliknya hanya berbuat demikian selepas 10 bulan sehingga boleh mengganggu hasil inkues.

"Ini akan menimbulkan keraguan tentang kredibiliti dan keadilan pendakwaan dan kelemahan penghakiman ekoran kurangnya ketelusan," katanya.

Beliau menekankan bahawa tindakan institusi kerajaan merahsiakan dokumen itu membuktikan bahawa kredibiliti sistem kehakiman jenayah Malaysia masih boleh diragui selepas inkues mengambil masa lebih setahun. -SH

Ulasan GB

Apakah Perdana Menteri bernama Najib akan mendengar desakan ini?

Najib kini memekakkan telinganya terhadap apa jua isu yang melanda negara. Beliau cuba "play safe" untuk mengelak dari mengeluarkan kenyataan yang boleh menikam dirinya semula.

Najib tidk hairan dengan nasib masyarakat marhain. Beliau tidak pernah mengenal erti susah. Beliau tidak tahu erti sengsara. Beliau bukan PM untuk rakyat, tetapi PM untuk UMNOputra.

Beliau adalah pemimpin yang lemah - boleh dipermainkan oleh Peguam Negara dan Ketua Polis Negara.

Jika Peguam Negara kata inkues, maka inkueslah kata Najib, sebab Najib bebal undang-undang, terpaksa bergantung kepada Peguam Negara.

Dan di situlah bermulanya perkosaan terhadap institusi kehakiman negara oleh Peguam Negara bernama Gani Patail.

Apa Perlu PAS Menyibuk Dalam "Perang" UMNO-MCA?

Posted: 18 Aug 2010 08:05 PM PDT

Hak Melayu: PAS beri amaran pada MCA

PAS hari ini memberi amaran kepada MCA supaya tidak bermain dengan politik perkauman yang sempit untuk meraih semula sokongan Cina yang semakin luntur kepada BN.

Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa berkata kenyataan presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan resolusi Kongres Ekonomi Cina, Sabtu lalu yang menggesa kerajaan mengurangkan ekuiti bumiputera dalam sektor ekonomi baru-baru ini dilihat tidak matang dan tidak wajar.

"Apa yang diperjuangkan oleh MCA jelas menunjukkan bahawa parti-parti komponen Barisan Nasional gagal mendapat konsensus yang mantap untuk memerintah negara setelah berlaku penafian dua pertiga kuasa majoriti di Dewan Rakyat pada 8 Mac yang lalu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Malah, menurut Nasharudin tindakan MCA yang menyokong dan memastikan resolusi itu diteruskan membuktikan mereka memperjuangkan politik perkauman yang sempit.

Pakatan Rakyat pula, ujarnya telah sama-sama bersetuju untuk berpegang teguh dengan Dasar Pakatan Rakyat yang telah ditandatangani oleh PAS, PKR dan DAP pada bulan Disember 2009 yang lalu.

"Berdasarkan dasar tersebut, Pakatan Rakyat akan melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain sepertimana yang termaktub dalam Perkara 153.

"Ini membuktikan bahawa PAS, PKR dan DAP tetap akan mempertahankan perkara ini bila menerajui kerajaan nanti," katanya lagi.

Sebaliknya, dalam konteks hari ini, Nasharudin yang juga ahli parlimen Bachok mengingatkan parti Cina itu supaya tidak menimbulkan kegelisahan di kalangan rakyat Malaysia, khususnya kaum Melayu.


PAS Selangor sokong dan mempertahankan kuota Bumiputera

PAS Selangor kesal yang isu kuota 30% pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor ekonomi terus dipertikaikan. Terbaru ianya dibawa melalui resolusi Kongres Ekonomi Cina anjuran parti MCA Sabtu lepas. MCA yang merupakan komponen Barisan Nasional kelihatan begitu bersungguh mendesak mahu menghapuskan kuota ini.

Sesungguhnya golongan Bumiputera masih jauh ketinggalan dalam sektor ekonomi dan tindakan menghapuskan kuota ini sudah pastilah akan jauh menyisihkan lagi mereka dalam saingan ekonomi terbuka. Banyak usaha perlu dilakukan untuk melatih dan membantu golongan ini dan menghapuskan kuota hanya akan menambah rumitkan keadaan.

PAS Selangor juga akur selain mempertahankan kuota ini usaha untuk membantu golongan lain khasnya kelompok tercicir dalam sektor ekonomi termasuklah dari masyarakat Cina, India dan lain-lain perlu juga diberi perhatian.

Setelah hampir lebih 52 tahun Merdeka PAS Selangor merasakan isu-isu yang telah lama disepakati bersama termasuklah kuota pemilikan ekuiti Bumiputera ini sepatutnya tidak lagi dipertikai atau dipolitikkan oleh mana-mana pihak. Yang penting adalah usaha dan inisiatif semua pihak bagi memastikan yang semua kaum dalam negara terbela dan terjamin nasib dan kebajikan mereka dan tidak ada lagi mana-mana golongan yang tercicir khususnya dalam sektor sosial dan ekonomi.

PAS Selangor akan terus menyokong dan mempertahankan kuota ini selain apa sahaja usaha untuk memartabatkan taraf ekonomi golongan lain yang perlukan bantuan dari pihak berwajib.

*Kenyataan media oleh Roslan Shahir bin Mohd Shahir selaku Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor. -MR


Ulasan GB

Saya hairan, apa perlunya PAS turut campur dalam perang UMNO-MCA mengenai isu hak istimewa orang Melayu?

Apa perlunya mengeluarkan kenyataan yang umum sudah tahu pendiirian PAS?

Apa perlunya tonjol diri konon akulah pejuang Melayu tulen, lebih hebat dari PERKASA?

UMNO yang selama ini mengharapkan sangat PAS bersama mereka, bertepuk tangan dengan kenyataan kedua-dua pemimpin PAS di atas, sepertimana mereka telah pun bertepuk tangan dengan kenyataan Presiden sebelum ini mengenai perkara yang sama.

UMNO amat ingin PAS bersama mereka tatkala mereka tersepit dan PAS menghulurkan tangannya.....

Apakah kamu pejuang agama atau pejuang bangsa? Kalau kamu ingin memperjuangkan bangsa, keluar dari saf dan masuk ke dalam UMNO. Ahli PAS yang setia akan tetap mampu mendokong Perlembagaan PAS yang meletakkan Al-Quran dan Sunnah sebagai dasar perjuangan sekalipun mungkin terpaksa berpresidenkan seorang hamba Habsyi yang hitam (pengajaran dari mafhum hadith). Tak hak istimewa ulamak dalam saf, tak ada hak istimewa Melayu ditemui di dalam Al-Quran.

Kalau bab hak istimewa itu yang lebih dipertahankan, sewajarnya ketiga-tiga pemimpin itu tinggalkan PAS dan sertai UMNO. Patutlah wujud idea dan kelompok UG dalam PAS. Masih ada orang ynag berjiwa UMNO di dalam PAS.

Sepatutnya sebagai pemimpin parti Islam kamu bekerja untuk memantapkan parti. GB telah ulas sebelum ini dan kini pemimpin-pemimpin PAS ini mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bersekongkol dengan UMNO dan meletakkan PAS dicurigai oleh bangsa asing serta rakan di dalam Pakatan Rakyat. Mohd s.a.w. tidak diturunkan untuk memperjuangkan hak istimewa bangsa Arab!



Bagi GB, PAS masih leka dengan kemenangan silam dan parti masih diterajui oleh pemimpin-pemimpin pemalas dan pengamal budaya kepimpinan Pak Lah.

Pemimpin PAS yang ada bukan saja tidak pro-aktif, malah tidak innovatif, tidak kreatif malah lansung tidak ambil pusing bab-bab menjadi teladan di dalam kepimpinan, lantas parti menjadi lemah dan tidak bergerak ke hadapan.

Tanya kini, apa yang dah mereka lakukan untuk parti selama ini? Berapa minit yang diperuntukkan untuk berfikir dalam sehari untuk parti berbanding untuk hal-hal kepentingan diri dan famili? Apa landmark yang mejadi bukti sumbangannya selama ini untuk parti? Ada tak berfikir contohnya bagaimana nak wujudkan lebih ramai teknokrat Islam, usahawan Islam, mengumpulkan pakar-pakar IT dan telekomunikasi bagi membantu parti, menjadikan negara sebagai hub untuk pusat Ilmu mengenai pemerintahan Islam? Illekkk... Petikan tulisan GB sebelum ini.


Itu kes Teoh Beng Hock yang telah dizalimi, mengapa kamu-kamu pemimpin tertinggi PAS tidak mengikutinya di mahkamah semalam? Parti Islam sepatutnya membela pihak yang dizalimi hatta mereka itu bukan Islam sekalipun.

Kenapa nak sangat dicalonkan jadi pemimpin parti dulu jika tahu diri tak der kemampuan untuk membuat kerja untuk parti?

UMNO Semakin Nazak

Posted: 18 Aug 2010 03:31 PM PDT

Umno Parti Tenat Terdesak Guna Isu Perkauman

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dakwaan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bahawa terdapat pihak tertentu cuba mewujudkan perlembagaan baru hanyalah percubaan terakhir Umno yang kini sudah tenat untuk meraih sokongan rakyat terutamanya orang Melayu.

Anwar mengulas perkara tersebut ketika ditanya wartawan mengenai satu artikel di dalam Utusan Malaysia hari ini memetik kenyataan Harussani dan menimbulkan kemungkinan 'perang besar' sekiranya kerajaan gagal menangani konflik kaum.

"Kita berhadapan dengan satu parti yang sudah tenat dan tahu kehilangan dukungan dan pengaruh orang Melayu dan rakyat.

"Umno yang sekarang ini kehilangan pengaruh untuk memerintah negara, mereka mula dilihat memainkan sentimen tersebut.

"Kalau benar ada orang yang mahu buat perlembagaan baru, kita minta perkara itu disiasat kerana ia bertentangan dengan pendirian rakyat negara ini.

"Ini cara ugut, menakutkan orang supaya kes kezaliman, rasuah itu ditutup. Saya tidak percaya ketegangan ini parah melainkan ia sengaja dimainkan oleh orang-orang berkepentingan," tegas beliau pada sidang akhbar di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana tengahari tadi.

Semasa menjadi panel Wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Taman Budaya di Ipoh Isnin lalu, Harussani mendakwa pihak tertentu mahu menggantikan Perlembagaan Persekutuan dengan perlembagaan baru yang menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.

Tambah Anwar, seperti juga dalam isu berhubung isu kain rentang provokatif yang menghina Sultan Johor dan cuba dikaitkan dengan KEADILAN, beliau meminta pihak polis melakukan siasatan telus dan professional.

Katanya, sekiranya ada pihak tertentu cuba menghilangkan semua peruntukan orang Melayu-Islam atau hak Raja-Raja Melayu, beliau menggesa supaya pihak polis supaya menyiasat dakwaan tersebut.

"Kalau Pakatan Rakyat, kita ketiga-tiga parti sudah pun tandatangan. Saya, Tuan Guru Datuk Seri Hadi Awang dan Lim Kit Siang mengesahkan peruntukan yang ada dalam Perlembagaan dengan pendekatan baru untuk rakyat Malaysia lebih yakin,' jelas beliau. -SK

Tindakan Abdul Razak Cuba Tegakkan Benang Basah Gagal

Posted: 18 Aug 2010 07:25 AM PDT

Tertekan dengan keterangan Dr Pornthip yang begitu tegas menyatakan bahawa Teoh tidak membunuh diri, agensi berita kerajaan, BERNAMA cuba untuk memburukkan perjalanan inkues dengan mendakwa beberapa individu yang hadir pada kes inkues hari ini menjadikan mahkamah seolah-olah tempat mendengar ucapan ahli politik dengan bertindak menepuk tangan dan membuat bising.

Menurut agensi berita itu, keadaan itu berlaku dari awal prosiding sehinggalah ketika Ketua pendakwa SPRM, Abdul Razak Musa (gambar) menyoal Pornthip.

Mereka didakwa melontarkan kata-kata kesat apabila Abdul Razak bertanyakan soalan kepada Pornthip dan apabila Pornthip memberi kenyataan yang tidak memihak kepadanya (Abdul Razak), mereka bertepuk tangan.

Situasi itu didakwa bukan sahaja mengganggu prosiding tetapi juga kononnya menyebabkan pihak media gagal mendengar dengan jelas.

Ada individu berkenaan diminta keluar daripada mahkamah setelah melontar kata-kata kesat kepada Abdul Razak.

Apa yang sebenarnya berlaku ialah Abdul Razak sendiri yang telah membuatkan mahkamah menjadi hingar bingar dengan pegakuan masuk bakulnya konon telah berkhidmat sebagai seorang peguam selama 24 tahun.

Di dalam satu sidang akhbar Gobind Singh Deo selepas inkues hari ini, peguam yang mewakili keluarga Teoh, berkata tindakan ketua pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mempersoalkan taraf pendidikan pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand menunjukkan ketidakmatangan Abdul Razak sendiri.

Katanya Abdul Razak tidak memfokus kepada isu utama dalam prosiding.

Malik Imtiaz Sarwar, peguam yang mewakili kerajaan Selangor, pula menyatakan tindakan mempersoalkan taraf pendidikan saksi itu, adalah memalukan.

Ketika prosiding, Abdul Razak telah mengemukakan soalan mengenai taraf pendidikan untuk mencabar kewibaaan Pornthip. Abdul Razak berkata berdasarkan kelayakan Pornthip, ahli patologi Thailand itu kononnya tidak layak bergelar pakar di Malaysia kerana universiti di mana beliau belajar tidak diiktiraf di negara ini. Pornthip menjawab bahawa universiti tempat beliau belajar adalah satu daripada lima yang terbaik di Asia - mereka yang berada di mahkamah memberikan tepukan.

GB melakukan penelitian dan mendapati Asian Correspondent di dalam lamanwebnya yang menyeranaikan 10 universiti Asia terbaik meletakkan Universiti Mahidol di tempat yang ke 6. Tiada satu pun universiti daripada Malaysia tersenarai. Berikut ialah kedudukan 10 universiti terbaik Asia.

1) Yeungnam University, South Korea
2) National Chengchi University, Taiwan
3) National University of Singapore
4) Nanyang Technological University, Singapore
5) University of the Philippines
6) Mahidol University, Thailand
7) National Taiwan University, Taiwan
8) Yonsei University, South Korea
9) University of Hong Kong
10) Seoul National University, South Korea

Justeru itu Abdul Razak cuba untuk mengelirukan dengan merendah-rendahkan taraf pendidikan Pornthip yang ternyata beliau gagal melakukannya. Malah kelayakan Razaklah yang sepatutnya dipersoalkan.

Malah di dalam satu ketika Abdul Razak cuba untuk meletakkan dirinya sebagai koroner apabila beliau menyatakan hanya Pornthip yang memberikan keterangan berbeza selain dari keterangan 4 orang doktor yan sebelum ini menyatakan Teoh mati kerana terjun dari bangunan tinggi. Katanya pihaknya berkerja berdasarkan majoriti. Siapa yang mengikut majoriti? Koroner? Atau SPRM? Atau hanya cubaan Abdul Razak untuk mendesak Koroner supaya mengikut majoriti, bukan bukti?


Razak: Satu lawan empat...

Pornthip: Awak perlu hormat hakim (koroner) yang akan membuat keputusan.

Razak: Kita bekerja berdasarkan majoriti.



Kemudian Abdul Razak menuduh Pornthip menyandarkan siasatannya hanya kepada andaian dan berdasarkan kepada imaginasi sendiri. Sedangkan Abdul Razaklah yang sebenarnya berimiginasi.

Kita lihat:


Razak kemudiannya menyatakan kepada Pornthip bahawa Teoh mencekik dirinya sendirinya. Katanya, ini kerana empat daripada doktor telah mendapati bahawa tiada bukti menunjukkan Teoh dicekik.

Gobind bangkit dan mengarahkan Razak menunjukkan bagaimana seseorang mencekik diri sendiri. Razak menyahut cabaran itu dan cuba mencekik diri sendiri sambil digelakkan daripada mereka di mahkamah itu.


Bukankah perlakuan Abdul Razak di atas jelas menunjukkan beliau yang lebih menyadarkan kepada imiginasi?

Dan perilaku Abdul RAzaklah yang telah menyebabkan mahkamah menjadi hingar bingar dengan perlakuan anihnya untuk menegakkan benang yang basah?

Dan laporan Bernama menuduh orangramai menjadikan mahkamah seolah-olah tempat mendengar ucapan ahli politik dengan bertindak menepuk tangan dan membuat bising tidak relevan dan tidak betul. Sebetulnya peguam SPRM itulah dengan telatah bodohnya menyebabkan mahkamah menjadi demikian!

Nota Terakhir Hanya Direka Untuk Menuduh Teoh Bunuh Diri

Posted: 18 Aug 2010 03:58 AM PDT

Inkues Teoh: Peguam persoal integriti 'nota bunuh diri'

Peguam-peguam keluarga Teoh Beng Hock hari ini mempersoalkan kerelevanan bukti baru yang hendak dibawa oleh Jabatan Peguam Negara dalam inkues bekas setiausaha politik itu selepas pakar forensik Dr Pornthip Rojanasunand menegaskan, protokol ketat diperlukan dalam menangani bukti-bukti sedemikian.

Terdahulu pakar dari Thailand itu memberitahu mahkamah bahawa institutnya mewajibkan amalan protokol ketat dalam menangani bukti seperti dokumen seperti ujian DNA sebaik sahaja sesuatu bukti baru diperoleh.

"Kami mempersoalkan nilai bukti sedemikian," kata peguam Malik Imtiaz Sarwar kepada pemberitan selepas prosiding hari ini.

"Ujian DNA dan ujian pengesanan cap jari seharusnya dilakukan. Tetapi dalam kes (Teoh), ia tidak dilakukan," kata beliau yang mewakili kerajaan negeri dalam inkues ini.

Keluarga Teoh melahirkan rasa kecewa dan marah dengan langkah Jabatan Peguam Negara mahu membawa bukti ke mahkamah koroner sambil berkata ia diambil dari beg Teoh.

Minggu lalu, Malik membidas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail kerana mendedahkan butiran terperinci bukti terbaru — sekeping nota, yang dikatakan ada kaitan dengan inkues kematian Teoh.

Malik menegaskan, bukti terbaru itu belum lagi dikemukakan di mahkamah tetapi sudah pun diperincikan kepada umum oleh Peguam Negara.

Ekoran makluman di mahkamah kelmarin tentang nota spekulasi tersebar luas dengan ada yang mendakwa bahawa bukti baru itu merujuk kepada nota bunuh diri.

Kewujudan nota bunuh diri itu juga muncul di blog-blog pro-Umno.

Dalam kenyataannya minggu lalu, Pejabat Peguam Negara menafikan dakwaan mereka menyembunyikan bukti dalam inkues kematian Teoh selepas mengemukakan sekeping nota yang ditemui tahun lepas dalam beg sandang bekas setiausaha politik itu.

Penemuan bukti baru itu yang dimaklumkan awal minggu lalu menyebabkan prosiding inkues ditangguh sehingga ke hari ini.

Sejurus selepas penangguhan inkues, Pejabat Peguam Negara berkata ia dimaklumkan mengenai penemuan nota itu oleh pegawai penyiasat ASP Nazri Zainal pada 7 Oktober lalu iaitu lebih dua bulan selepas kematian Teoh.

Kehadiran bukti baru di saat akhir inkues kematian Teoh menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peguam yang mewakili keluarga bekas setiausaha politik itu dan kerajaan Selangor.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai tahun lalu di tingkat lima, Plaza Masalam di sini selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu. -FMT

Ulasan GB

bukti terbaru itu belum lagi dikemukakan di mahkamah tetapi sudah pun diperincikan kepada umum oleh Peguam Negara

Ia jelas satu konspirasi yang diketuai oleh Peguam Negara.

Nota terakhir itu saja di ada-adakan. Tiada rakyat yang siuman boleh mempercayainya. Selain dari ianya rekaan, ia juga memnyusahkan banyak pihak terutama bagi membuktikan yang nota itu sahih.

Pembunuh Teoh yang sebenar MESTI dicari. Beliau masih bebas. Rakyat percaya ia masih berada di dalam SPRM sendiri.


Tiada ulasan: