Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي) |
30% ekuiti bumiputera: Lakonan UMNO & MCA ? Posted: 17 Aug 2010 07:49 AM PDT Mutaakhir ini kelihatan nya parti komponen dalam BN iaitu UMNO dan MCA saling serang menyerang antara satu sama lain dalam mempertahan kan kaum masing masing. Ia nya bermula apabila Kongres Ekonomi Cina Malaysia menuntut ekuiti bumiputera sebanyak 30 % dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat (malaysiakini.com). Kemudian nya berbalas balas kenyataan untuk bagi panas sehingga TS Muhyiddin mengungkit peristiwa 13 mei 1969. DS Chua Soi Lek kemudian nya mengingatkan TPM, TS Muhyiddin Yassin bahawa keadaan sosio-ekonomi Malaysia telah berubah dan sehubungan itu, tidak perlu mengungkit lagi pertumpahan berdarah 13 Mei 1969 (malaysiakini.com). Untuk pengetahuan, sebelum ini syarikat-syarikat yang mahu disenaraikan di Bursa Malaysia perlu memenuhi syarat pegangan saham awam sebanyak 25 peratus, mengikut Peraturan Penyenaraian Bursa Malaysia dan syarat 30 % ekuiti bumiputera di bawah garis panduan FIC (baca sini). Ekuiti 30% bumiputra tersebut telah pun dimansuhkan. Siapa yang mansuhkan?. Tak lain tak bukan oleh PM DS Najib. Beliau mengumumkan pemansuhan garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) yang diwujudkan sejak 36 tahun lalu dengan mewajibkan pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti bumiputera bagi Tawaran Awal Permulaan (IPO). Ada tak yang bising ?. PERKASA yang konon nya juara melayu langsung tak bersuara. Haloo PERKASA !, yang mansuhkan bukan orang cina tapi orang melayu sendiri, mengapa tak buat apa apa. Sebenar nya aku rasa dan ramai diluar sana juga tahu bahawa isu ini hanyalah lakonan semata mata untuk meraih kembali sokongan kaum masing masing. Setelah berbagai cara digunakan, sama ada cuba menghuruharakan Pakatan Rakyat terutama di 4 negeri yang diperintah, isu UMNO bergabung dengan PAS, namun masih gagal. Ke dua dua orang pemimpin BN ini sengaja memainkan isu perkauman untuk dapat sokongan kaum masing masing semula. DS Chua nak ambik hati orang cina kembali kepada MCA dan Tan Sri Muhyiddin pula mahu kan orang melayu kembali menyokong UMNO. Dulu dulu zaman Tun M perintah, bila ada masaalah sokongan orang melayu terhadap UMNO, beliau akan pura pura bergaduh dengan Singapura iaitu Lee Kuan Yew. Kemudian Tun M dan menteri menteri dari UMNO akan meminta orang melayu agar bersatu dan menyokong penuh kerajaan yang dipimpin oleh Tun M. Diharap rakyat jangan terperangkap dengan lakonan puak-puak ini dulu kini dan selama nya. Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com |
You are subscribed to email updates from Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan