Kami Sokong Tokguru |
- Sejarah Hidup Mencari Tuhan(Bekas Penganut Hindu)
- Bila Kerajaan Lupakan Akhirat,Mufti Pula Main Politik,Maka Rakyat Jadi Sesat
- Sehari Dalam Kehidupan Tok Guru
- Bila Mufti Berpolitik
- Kongsi Dosa Di Face book(Versi 2)
- Lawak Pokok Mangga
- Bini Ustaz Akhil Kini Berpurdah
| Sejarah Hidup Mencari Tuhan(Bekas Penganut Hindu) Posted: 21 Aug 2010 11:05 PM PDT |
| Bila Kerajaan Lupakan Akhirat,Mufti Pula Main Politik,Maka Rakyat Jadi Sesat Posted: 21 Aug 2010 09:01 PM PDT Sambutan Malam Tahun Baru . Laporan Harian Metro [ 2 January 2009 ]
Laporan Berita Harian [1 January 2009]
Laporan Sinar Harian [ 2 January 2008 ]
Laporan Harian Metro [ 1 January 2009 ]
Laporan Kosmo [ 2 January 2009 ]
Laporan Harakah [ 2 January 2004 ] b] Sambutan Hari Kekasih
Utusan Malaysia [ 10 februari 2007 ]
Utusan Malaysia [ 10 Februari 2007 ]
Artikel Asal: http://episodeperjuangan.blogspot.com/ |
| Sehari Dalam Kehidupan Tok Guru Posted: 21 Aug 2010 05:16 PM PDT -Biodata ulama- |
| Posted: 21 Aug 2010 09:10 AM PDT SAYA tercari-cari kalau-kalau Mufti Perak, Dato' Harussani Zakaria sewaktu memegang jawatan dalam kerajaan, atas sifatnya sebagai ulamak, pernah mengkritik kerajaan BN atau mana-mana tokoh politik dari parti komponen BN atas apa-apa isu yang bersangkut paut dengan Islam. Sewaktu BN dengan rakus melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap umat Islam Memali pada tahun 1985 kita tidak mendengar barang sepatahpun kata-kata kecaman dari Harussani terhadap tindakan zalim golongan yang berhati binatang itu. Apabila kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu meluluskan kanun jenayah syariah yang di dalamnya terkandung hukum hudud, PAS telah diserang di segenap penjuru oleh pemimpin-pemimpin BN, termasuk pemimpin Umno. Bukan setakat PAS dibelasah, tetapi Islam diperlekehkan. Apa yang Dr. Mahathir tidak kata mengenai hukum hudud di perhimpunan agung Umno. Perwakilan Umno bertepuk mengejek setiap kali hudud dipersenda. Apa yang Harussani buat masa itu? Bekas Mufti Selangor, Dato' Ishak Baharom antara ulamak yang berani bersama dengan kebenaran, menyatakan bantahan terhadap golongan penentang hukum Allah sehingga dia dipecat. Mengapa Mufti Perak tidak bersama Mufti Selangor masa itu? Sewaktu Anwar Ibrahim dipecat dan dihadapkan dengan konspirasi tuduhan liwat dan zina sehingga menimbulkan kegawatan politik dan 'perpecahan besar' (mengikut persepsi Umno yang Harussani mungkin berkongsi tafsiran mengenainya) Harussani hanya membisu. Mengapa dia tidak lantang menyatakan tentangan terhadap perbuatan khazaf yang dilakukan oleh penguasa? Anwar dibelasah dalam penjara hingga hampir maut, mengapa Harussani tidak mengeluarkan ayat-ayat Quran mahupun Hadis kepada pemerintah bahawa haram melakukan kezaliman? Apabila kerajaan BN menarik balik bantuan kepada sekolah agama rakyat di seluruh negara sambil menuduh institusi pengajian tersebut hanya melahirkan golongan pelampau yang menyelewengkan ajaran Islam, mengapa Harussani tidak berkata apa-apa? Baca lagi disini |
| Kongsi Dosa Di Face book(Versi 2) Posted: 21 Aug 2010 07:38 AM PDT |
| Posted: 21 Aug 2010 03:05 AM PDT -Santai- Pada suatu hari Si Amin disuruh oleh emaknya mengambil mangga di kebun. Sedang Amin memanjat pokok mangga, tiba-tiba dia terlihat ke bawah ada sepasang remaja sedang 'bercekerama'. Maka berdirilah bulu roma Si Amin. Dia pun bertahan di atas pohon sambil menahan lututnya yang semakin mulai gemetar. Tak lama kemudian didengarnya suara isak tangisan remaja perempuan itu, sambil tersendat-sendat dia bicara. "Abang macamana kalau saya hamil nanti? Abang kena bertanggung jawab." "Sudahlah, dik, kita serahkan semua ini pada YANG DI ATAS, " jawab si lelaki.. Si Amin terperanjat lalu dia berteriak, "Wah! wah! kamu berdua yang sedap-sedap di bawah, senang-senang nak serahkan semuanya pada aku! Aku kan cuma tengok saja, usik pun tidak!!" Idea asal : http://jomss.blogspot.com-Widget Islamik,senang pasang tanpa popup - |
| Bini Ustaz Akhil Kini Berpurdah Posted: 21 Aug 2010 12:00 AM PDT -Santai- PENAMPILAN istimewa pasangan Akhil Hayy dan Waheeda menjadi tumpuan ramai yang hadir pada majlis berbuka puasa dan pelancaran program Hari Raya anjuran Astro di Bora Asmara, Kampung Sungai Penchala, Khamis. Waheeda yang jarang ditemui setelah bersara daripada dunia nyanyian memakai purdah. Jelasnya, selepas setahun berpurdah, hatinya semakin tenang dan bahagia. Alhamdulillah, dia berjaya menunaikan hajat untuk berpurdah yang tertanam sebelum berkahwin lagi. Walaupun berpurdah, ia tidak menghalang Waheeda untuk mengenakan pakaian mengikut fesyen semasa kerana dirinya dan fesyen tidak dapat lari sejak dahulu lagi. "Saya suka berfesyen dan sekarang telah mempunyai lebih 10 koleksi abaya yang dibeli secara dalam talian. Ikutkan dari dulu lagi saya suka mengumpul koleksi jeans. Sekarang saya kumpul abaya pula," katanya sambil tertawa. Baru-baru ini, dia dikhabarkan tidak berapa sihat. Ditanya tentang kesihatannya sekarang, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Wassini itu mengakui keadaan dirinya baik sambil berkata dia selalu menghidap penyakit gastrik yang datang tidak menentu. -chananglani- -ijoks2009- Tahniah,harap berkekalan. -Widget percuma,senang pasang tanpa popup - |
| You are subscribed to email updates from Kami Sokong Tokguru To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan