Sabtu, 21 Ogos 2010

Justice For All

Justice For All


Anjing Lebih Baik Dari Muda-Mudi Zaman Najib

Posted: 21 Aug 2010 08:14 PM PDT

Akhlak muda-mudi kita lebih teruk dari anjing.

Beberapa hari memasuki bulan Ramadhan yang mulia kita masih lagi dikejutkan dengan kes pembuangan bayi oleh para muda mudi kita yang berlaku diseluruh genap negara kita. Pendek kata setiap hari kita bakal terbaca dengan kisah dan kes pembuangan bayi samaada di semak, longgokan sampah, depan surau, depan rumah dan pagar rumah dan sebagainya lagi.

Seperti musim durian dan cendawan selepas hujan gamaknya. selaps satu maka satu kes lain akan berlaku. Seolah-olah ia menjadi trend dan tiada titik noktahnya buat masa ini. Ityulah jeleknya muda-mudi kita jika bercinta kerana bukan kerana ingin mahu mendirikan rumah tangga kerana di setiap dan diantara seorang lelaki dan perempuan yang bukan muhrim itu ada seekor syaitan. Seekor syaitan yang biasanya akan meniupkan rasa syahwat nafsu yang membuak-buak, rasa indah yang haram, tarikan positif dan negatif yang terlalu dalam maknanhya dan syaitan-syaitan berpesta. Syaitan berpesta jika seorang anak adam dan hawa itu sanggup melampiaskan nafsu samaada ringan atau berat kerana ia sudah cukup maknanyake arah penzinaan yang tidak dihalalkan.

Muda-mudi kita seringkali menjadi topik hangat setiap kali PRU begitulah juga ketika gejala sosial mengalami kebejatan yang terlalu. Kerosakan ini disumbang oleh pengisian kerohanian dan bentuk galakan pengisian itu sendiri kurang dan tidak menampakkan dengan jelas seperti pengisian hiburan di tv, tempat rekreasi, Spa, Taman tema dan sebagainya lagi. Konsert dan persembahan yang memakan masa hingga ke waktu tengah malam dibenarkan walaupun sekarang ini agak kurang kedengaran konsert akan dijalankan. Ceramah agama pula tidak boleh sebegitu rupa malah dihadkan dan mempunyai keterbatasan yang agak jelas.

Gejala dan sinonimnya para remaja wanita mengandung anak luar nikah dan melahirkannya kemudian membuangnya di merata-rata telah menunjukkan penolakan ketara terhadap institusi kekeluargaan yang baik. Kaum lelaki merupakan kaum yang biasanya menjadi pendesak untuk melakukan pengguguran janin dan membuang bayi yang tidak berdosa di tempat yang tidak sepatutnya. Oleh itu hukuman untuk liabiliti segala kemungkaran pastinya perlu diapliksikan Quran dan syariah. Ini kerana di Arab Saudi atau Iran rakyatnya jarang melakukan dosa besar berzina. Tetapi di malaysia rakyatnya walau tidak dibenarkan boleh melakukannya dan hukumannya tidak berat mana pun. Hanya bayar dan sudah selesai.

Pengaplikasian perundangan syariah dan Islam mengikut Al-Kitab merupakan satu kaedah yang paling responsif dan syumul. Ini kerana Quran menggariskan hukuman yang sepatutnya bagi penzina yang belum berkahwin adalah dengan disebat sebanyak 100 kali sebatan. Bukan sebatan seperti yang dilakukan sebagaimana di penjara-penjara di Malaysia atau perundangan sekular yang diguna pakai sekarang ini. Bagi yang sudah berkahwin perlulah direjam atau pendek kata dibunuh kerana merosakkan keturunan nasab manusia dan merosakkan maruah wanita. betapa tinggi darjat wanita diangkat oleh Islam. Namun wanita hari ini tidak menjaga diri dan maruahnya sendiri walau koc tren LRT menyediakan koc berasingan dari lelaki. Ia sama sahaja jika wanita berpakaian seperti orang yang bertelanjang bogel.

Isu dan kes pembuangan bayi ini bukan hanya boleh diwujudkan tabung atau bank DNA seperti saranan Datuk Ketua Polis Negeri Selangor iaitu antara negeri yang merekodkan bilangan angka pembuangan bayi yang agak tinggi. Ia idea yang bagus juga tetapi hukuman bagi perlakuan zina yang sudah jelas iaitu hasil pembuangan zuriat atau bayi yang tidak dikehendaki perlu dipertegaskan dan dikukuhkan. Jika tidak seperti menyiram air di daun keladi. Hukum syariah atau hudud addalah satu-satu cara yang mampan dan efektif dalam menangani kes pembuangan bayi ini. Adakah kita takut Orang Cina akan turut direjam?? mengapa kita yang takut?? Bukankah kita boleh jelaskan kepada mereka hudu hanya untuk mendisiplinkan orang Islam sahaja. Bagi kafir yang berzina dengan wanita Islam sudah tentu hukumannya perlu adil dan memperingati manusia-manusia lain agar tidak melakukan seks tanpa nikah.

Di bulan yang mulia ini, saya memngingatkan diri saya dan semua sahabat juga pembaca blog kereta buruk ini agar muhasabah dan memperbaiki kekurangan diri agar kita lebih baik dari hari semalam. Ini kerana hari semalam adalah cerminan kita agar menjadi lebih baik lagi. jangan ikutkan nafsu kerana nanti lesu maka ikutkanlah akal fikiran dan iman kita agar kita sentiasa ingat Allah dan tuhan kita.

Akhlak muda-mudi kita lebih teruk dari anjing?? ya, sebab anjing tidak buang anaknya setelah dilahirkan malah dijaga dengan penuh ksih sayang dan belas kasihan. Tapi manusia iaitu muda-mudi kita tidak lebih baik dari anjing yang dihina dan bernajis besar atau berat dalam hukum Islam. Ingatlah anjing yang menjadi penjaga si ashabul kahfi. Allah memuliakannya.

- ketaburuk.blogspot

Syabas Bersekongkol Dengan UMNO Nak Naikan Harga Air

Posted: 21 Aug 2010 07:44 PM PDT

Ek ele Syabas nih..laju je bila harga air nak naik..memang dasar UMNgOk

SYABAS sokong syor kenaikan tarif diselaras

SHAH ALAM: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) pada dasarnya bersetuju dengan cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya supaya kenaikan tarif air bersama cukai tanah di semua negeri pada masa depan diseragamkan tanpa mengira parti politik mana menguasai negeri terbabit.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah Cabutan Bertuah Pemanggil Prihatin SYABAS, di sini semalam, Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awamnya, Abdul Halim Mat Som, berkata syarikat itu bagaimanapun perlu mengadakan perbincangan lanjut sebelum membuat keputusan muktamad mengenainya.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Kerajaan Pusat pada prinsipnya bersetuju supaya cadangan kenaikan tarif air dan cukai tanah di semua negeri pada masa depan diseragamkan, tanpa mengira fahaman politik.

Kalau diseragamkan, kesannya akan kena pada rakyat. Kenapa nak halang sangat negeri PR nak buat kebajikan. Satu lagi yang paling penting, jika harga air dan tanah diseragamkan, ia secara tak langsung cabar kedaulatan negeri. Undang-undang negeri secara implisitnya tak relevan. Dan amalan federalisme boleh dikira telah berkubur. Ini natijahnya.

Buat rakyat, sedarlah yang UMNO bukannya nak membantu rakyat, tapi siang malam asyik berfikir untuk mentekedarah harta rakyat..Senang cerita, tumbangkan BN dalam pru akan datang untuk elakkan bala yang lebih besar buat rakyat.

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Haruuusani Penakut, Lebih Sudu Dari Kuah

Posted: 21 Aug 2010 07:04 PM PDT

Bukannya hukum harus ke berdoa untuk bukan islam. Satu lagi, adakah berdoa untuk bukan islam membatalkan rukun khutbah..Harusani memang hairan.,

Kenapalah haruasani tak buka mulut pasal hukum islam. Kan itu lebih baik daripada merapu benda yang bersifat harus

Doakan kesejahteraan bukan Islam haram: Mufti

KUALA LUMPUR: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan hukum orang Islam mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan untuk orang bukan Islam adalah haram apatah lagi apabila ia dibaca di dalam khutbah Jumaat.

Katanya, perbuatan mendoakan supaya orang kafir memeluk Islam amat digalakkan agama Islam namun menggunakan pentas khutbah Jumaat untuk berdoa seperti itu dilarang agama.

"Mendoakan supaya orang kafir mendapat kesejahteraan dan kebahagiaan adalah haram di sisi Islam. Berdoa mengharapkan orang kafir menerima dan memeluk Islam tidak salah tetapi tidak kena pada tempatnya jika dibaca dalam khutbah Jumaat," katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, Moin Ismail, 70, antara ratusan jemaah yang menunaikan solat Jumaat di Masjid Menora, Tasik Gelugor, Pulau Pinang pada 25 Jun lalu mendakwa khatib mendoakan kesejahteraan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng serta rakannya dalam kerajaan negeri dalam doa khutbah kedua solat Jumaa

Macam2 UMNO Nih..Peralatan E Book Budak Sekolah Pun Diroswah Juga

Posted: 21 Aug 2010 05:39 PM PDT

KUALA TERENGGANU - Seorang bekas pekerja syarikat pengeluaran E-Book, Top IT Sdn Bhd, mendakwa terdapat penyelewengan dalam program E-Book atau Buku Elektronik yang dilancarkan kerajaan Terengganu sejak tahun 2009

Beliau yang menghubungi Buletinonline memberitahu, jumlah e-book yang diedarkan kepada pelajar bukanlah 25,000 unit sebagaimana yang diumumkan kerajaan.

(Gambar - Kilang Top IT Sdn Bhd di Gong Badak .... turut didakwa tidak memiliki sijil layak menduduki - CF).

Katanya, pada tahun 2009, syarikatnya hanyalah menghantar sejumlah 23,600 unit e-book sahaja kepada pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Terengganu

"Top IT hanya menghantar sebanyak 23,600 unit sahaja dimana baki selebihnya tidak dihantar kepada UPEN walaupun nyata (ia) menjadi hak milik kerajaan negeri Terengganu,"jelasnya melalui satu nota yang dikirm melalui e-mel.

Lebih mengejutkan, beliau yang tidak mahu didedahkan identitinya berkata, unit lebihan E-Book tersebut secara rahsia telah dijual dipasaran disamping sebahagiannya dileraikan untuk dijadikan alat ganti.

Selain itu, beliau mendakwa, rakyat Terengganu yang mendapat E-Book tersebut, 'teraniaya' kerana terpaksa membayar kos baikpulih sekiranya berlaku kerosakkan.

"Rakyat Terengganu berpendapat rendah teraniaya akibat pembayaran baikpulih E-Book, setiap alat ganti dan baik pulih E-Book dicaj (dikenakan bayaran) walaupun ada 'warranty'(jaminan),"ujarnya.

Beliau turut mendakwa, terdapat kepincangan dalam pengurusan anak syarikat kerajaan Top IT dalam menyelenggarakan pengeluaran E-Book.

Akibatnya, kata beliau, kerajaan negeri telah rugi sebanyak RM1.5juta pada tahun 2009 yang mungkin berulang pada tahun 2010 ini.

"Kepincangan dalam menerajui anak syarikat kerajaan negeri Terengganu (Top IT) menyebabkan kerajaan negeri Terengganu rugi sebanyak RM1.5juta atas pembelian E-Book ini,

"Tidak mustahil perkara ini berulang pada tahun 2010,"katanya lanjut.

Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said ketika menggulung usul pembentangan bajet tambahan dalam sidang DUN baru-baru ini telah membidas wakil-wakil rakyat PAS yang menurutnya tidak pernah bersetuju dengan apa yang dibuat kerajaan negeri walaupun ia jelas menampakkan kejayaan.

Beliau berkata kerajaan negeri berani berbelanja untuk sesuatu yang bermanfaat kepada rakyat Terengganu seperti perlaksanaan program e-book atau buku elektronik kepada pelajar sekolah dan juga guru walaupun ia dikatakan sebagai membazir oleh wakil-wakil PAS.

Ahmad Said turut menuduh wakil-wakil PAS bersikap konservatif dan enggan bergerak ke hadapan dan mengharapkan kerajaan negeri mengambil pendekatan sama.

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

UMNO Jahil Bab Rukun Khutbah

Posted: 21 Aug 2010 04:23 PM PDT

Hukumnya harus untuk seseorang itu berdoa supaya orang bukan Islam itu beroleh hidayah dan petunjuk dari Allah SWT. Ini berdasarkan hadith:

"Thufail bin 'Amr datang kepada Rasulullah s.a.w lantas berkata:"Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kabilah Daus telah menderhaka dan enggan (menerima Islam), mohonlah (berdoalah) kepada Allah agar ditimpakan keburukan ke atas mereka." Orang-orang menyangka bahawa Baginda akan berdoa memohon sesuatu keburukan ke atas mereka (kabilah Daus). Maka Baginda bersabda: "Ya Allah! Berikanlah hidayat kepada kabilah Daus dan datangkanlah mereka sebagai orang-orang Islam." (Hr Bukhari)

Dan ini pula kandungan doa yang menjadi kontroversi pada hari ini..

"Ya Allah Ya Tuhanku, Kau selamatkanlah pemimpin kami Lim Guan Eng dan rakan-rakan kepimpinan kerajaan negeri,"

Biarlah..nak doakan agar Lim Guag Eng atau Karpal Singh selamat ke..ikut suka hatilah. Hukumnya harus. Apa? Tak sah ke hukum khutbah doa bukan islam dan tertinggal nama Sultan yang langsung tiada peranan. Apa? Ingat baca khutbah sebut nama Sultan setaraf dengan rukun sah baca selawat ke atas nabi ke?? Buat ahli Umngok dan mak cik Felda, ini dia rukun-rukun sah khutbah jumaat

Rukun khutbah Jumaat

1. Khutbah dimulai dengan memberi pujian pada Allah SWT seperti ucapan: "Allahamdulillah".

2. Diikuti dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW: "Allahuma salli ala Saidina Muhammad waala ali Saidina Muhammad."

3. Khutbah hendaklah mengandungi pesanan kepada para jamaah agar bertaqwa kepada Allah SWT seperti: "bertaqwalah kamu kepada Allah."

4. Membaca satu ayat Quran yang sempurna pada khutbah yang pertama atau kedua, tapi paling elok pada khutbah yang pertama.

5. Mendoakan setiap Muslim pada khutbah yang kedua sekurang-kurangnya: "Rahima-kumullah."

Nah UMNO..tak sah ke kalau sebut nama Cina..yang UMNO pergi sebut Kamanalathan tu takpalah pulak. Ini jelas menunjukkan bahawa UMNO memang jahil, macam Karpal Singh. Tapi Karpal Singh memang sejak rahim ibu dia lagi dan kapiaq..UMNO lain, asyik-asyik guna nama Sultan. Nama Allah tak nak guna. Kenapa tak bangkit bila Karpal Singh hina islam?? Kenapa tak bela tok guru pertahankan hukum Allah

Satu lagi yang timbulkan persoalan ialah isu ini berlaku pada bulan Jun. Ia tiba-tiba meledak pada bulan ramadhan. Dah 2 bulan lebih. Ini mesti ada agenda saraf. Sebab ia ditimbulkan oleh Zahid Hamidi, individu sama yang disaman Dr Hassan Ali sebanyak 20 juta kerana menfitnah pasal isu khutbah (sini). Siasatlah dulu ucapkan mamat UMNgOk nih..entah betul ke tidak saksi-saksi itu. Bukankah Allah pernah sebut bahawa jika datang berita dari orang fasik, kena siasat dulu..(ciri orang fasik ini adalah suka berbohong..hatta tak pakai kopiah atau serban pun dikelaskan sebagai fasik)

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al Hujurat ayat 6)

Dan khatib Zakaria Ahmad tu entah-entah balaci UMNO yang diupah untuk kenakan Lim Guang Eng. Jadi individu yang patut dipersalahkan bukanlah Lim Guang Eng, tapi si khatib Zakaria Ahmad tulah. Sebab dia pandai-pandai sebut nama Lim Guang Eng. Sedangkan takde pun hitam putih suruh sebut nama KM Pulau Pinang itu.

Jadi buat UMNO, hentikanlah politik murahan anda itu. Janganlah jadi macam khinzir, sodok sana sini tanpa ada tujuan. Udahlah bising perkara remeh temeh ini. Baik pergi bising nak hukum islam dan lawan bukan islam yang tentang hukum untuk umat islam ini. Sekurang-kurangnya dapat beratkan neraca timbangan amal kebajikan kat dunia ni..

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Apalah Mak Bapak michael Jackson Nih..Dah Kahwin 60 Tahun Pun Boleh Bercerai

Posted: 21 Aug 2010 11:01 AM PDT

Ibu Bapa Michael Jackson Bercerai Selepas 60 Tahun Kahwin

Katherine Jackson (berpakaian warna kuning) melihat pada satu tugu peringatan anaknya di depan rumah keluarga itu pada 25 Jun 2010. - Foto AP

IBU bapa Raja Pop Michael Jackson, Katherine Jackson dan Joseph Jackson mengambil keputusan untuk bercerai selepas berkahwin selama 60 tahun.

Katherine, 80, telah memfailkan tuntutan cerai selepas dipersalahkan oleh suaminya bahawa dia bertanggungjawab ke atas kematian anak mereka.

Tuduhan itu dibuat dalam sebuah wawancara. Berbicara tentang kematian anaknya Michael, Joseph berkata, dia merayu isterinya untuk tinggal bersama dengan anaknya.

Menurut Joseph, Katherine bagaimanapun tidak berbuat demikian kerana berpendapat anak bongsunya itu memerlukan privasi.

Katherine, satu-satunya ahli keluarga Jackson yang mempunyai hak asuhan anak-anak Michael berkata, dia patah hati dengan tuduhan tersebut.

Seorang kawan rapat Katherine memberitahu media bahawa Katherine benar-benar marah dan tidak tahan lagi dengan penghinaan suaminya sejak 60 tahun mereka berkahwin.

Sementara itu, Prince Michael, 13; Paris, 12 dan Blanket, 8 dilaporkan masih sedih di atas kematian bapa mereka.

Sambutan Aidilfitri pada 9/11 membimbangkan

Posted: 21 Aug 2010 10:00 AM PDT

WASHINGTON: Masyarakat Islam di Amerika Syarikat bimbang pertindihan antara tarikh berakhirnya Ramadan dan ulang tahun tragedi 11 September menyebabkan umat Islam dikritik kerana menyambut serangan pengganas yang berlaku pada 2001.

Tahun ini, sambutan Aidilfitri, yang menandakan berakhirnya bulan puasa, jatuh pada 11 September (9/11) di Amerika.

Sesetengah kumpulan bimbang kebetulan itu akan menambah kecurigaan dan permusuhan terhadap umat Islam ketika sentimen negatif mereka sudah memuncak.

Sebelum ini, Presiden Barack Obama dikritik hebat kerana menyokong rancangan pembinaan sebuah pusat komuniti Islam berhampiran tempat kejadian serangan Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 September, 2001 atau Ground Zero.

Masyarakat Islam Amerika Utara (ICNA) mengambil keputusan menangguhkan hari keluarga yang pada awalnya dijadualkan diadakan pada 11 September kerana menghormati mangsa dan saudara-mara mereka.

Pengasasnya, Encik Tariq Amanullah, bekerja di WTC dan meninggal dunia akibat serangan itu. Majlis Hal Ehwal Umum Islam, kumpulan penyokong berpusat di Los Angeles, dilaporkan menghubungi polis memaklumkan mengenai tarikh pertindihan itu dan menggesa masjid memperbaiki pengawasan dan keselamatan di premis mereka.

Encik Ibrahim Hooper, daripada Majlis Hubungan Islam-Amerika, berkata setiap individu dan masyarakat bebas untuk menyambut Aidilfitri.

Namun, mereka mungkin mengubah cara sambutan Aidilfitri kerana tarikhnya begitu dekat dengan tarikh 9/11.

'Saya tidak fikir mereka akan mengubah cara sambutan. Aidilfitri adalah acara bersolat dan meraikan kemenangan berpuasa. Kami sentiasa memberitahu masjid supaya memeriksa keselamatan apabila perasaan fobia Islam memuncak.

'Mereka sengaja mencari dan mencipta pelbagai alasan untuk menyelar Islam dan ini adalah satu daripadanya,' katanya.

Encik Haroon Moghul, pengarah sebuah badan Islam, berkata:

'Jika Aidilfitri jatuh pada ulang tahun hari berkenaan, ia akan menjadi satu tugas sukar kepada umat Islam di New York.

'Ramai jemaah akan tersentuh pada hari itu, mungkin secara peribadi berikutan kehilangan orang tersayang dalam kejadian terbabit.' - Agensi.

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Ariel Paterporn..Dalam Penjara Masih Tak Insaf, Tak Berpuasa

Posted: 21 Aug 2010 08:43 AM PDT

Ariel culas puasa

JAKARTA: Selepas dikaitkan dengan hubungan seks luar nikah, vokalis Peterpan yang kini masih ditahan di lokap polis Jakarta dikatakan tidak menghormati Ramadan kerana jarang berpuasa.

Ketua Perhubungan Awam Polis Indonesia, Marwoto, berkata tidak banyak yang dapat dilakukan pihak berkuasa terhadap tahanan di bawah seliaan mereka ketika ini.

Katanya, jika hari biasa tahanan diberi makan tiga kali sehari, tetapi sempena Ramadan, hanya dua kali dibekalkan.

"Ariel jarang berpuasa," katanya sambil ketawa.

Menurut Marwoto, apabila memantau sel Ariel, dia selalu melihat penyanyi itu merokok atau makan.

"Sedangkan, ketika bulan puasa ini semua tahanan dibekalkan hidangan untuk bersahur dan berbuka," katanya.

Dikaitkan dengan hubungan seks luar nikah, Ariel kini masih menunggu masa untuk didakwa di mahkamah mengikut undang-undang antipornografi Indonesia.

Dia dikatakan meniduri kekasihnya, Luna Maya, serta seorang lagi personaliti televisyen terkenal, Cut Tari.

Berbanding Cut Tari yang mengaku imej dalam rakaman video itu dirinya, Ariel dan Luna Maya masih belum membuat pengakuan.

Kata Marwoto, polis melaksanakan tanggungjawabnya menyediakan makanan bagi memudahkan tahanan Islam berpuasa.

"Jika tahanan enggan berpuasa, itu pilihan mereka," katanya.

Sementara itu, polis mengesahkan pihak berkuasa melanjutkan tempoh tahanan Ariel selama 30 hari lagi. Justeru, nampaknya penyanyi itu akan meraikan Aidilfitri di dalam sel. - Agensi

Kesian..58 Ikan Paus Mati Mengejut

Posted: 21 Aug 2010 08:00 AM PDT

58 ikan paus mati di pantai New Zealand

WELLINGTON: Sukarelawan penyelamat ikan paus New Zealand semalam bertungkus lumus untuk menyelamatkan 15 mamalia berkenaan yang terdampar di pantai utara terpencil.

Pasukan penyelamat sebelum itu berkata, 58 ikan berkenaan mati.

Ketua Eksekutif Projek Jonah, kumpulan bantuan ikan paus, Kimberly Muncaster berkata, 15 ikan paus yang masih hidup itu berada dalam keadaan tenat.

"Haiwan itu mungkin terdampar malam kelmarin. Itu yang menyebabkan kebanyakannya mati sebelum ditemui," kata Carolyn Smith, Pengurus Program Perhubungan Masyarakat bagi Jabatan Pemuliharaan.

Sekurang-kurangnya lima orang bekerjasama untuk membantu menyelamatkan setiap mamalia yang seberat sehingga 1,500 kilogram itu. - Reuters

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Najib Gila Meroyan

Posted: 21 Aug 2010 07:02 AM PDT

Ek ele suami no. dua roswah ni, bagilah ruang untuk PR memerintah dulu. Tengoklah mereka boleh buat ke tak pendapatan per kapita RM 4 ribu ini..(sini)

Janganlah nak bergalak seperti tuhan pula wahai Najib..

Janji tak masuk akal bukti pembangkang gila kuasa - PM

PEKAN 21 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan para pemimpin pembangkang yang mula menaburkan janji-janji yang tidak masuk akal di laman-laman web dan blog membuktikan mereka terlalu gilakan kuasa.

Sehubungan itu, Perdana Menteri mengingatkan rakyat supaya tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai janji bersifat habuan wang ringgit yang ditaburkan parti pembangkang terbabit yang dianggap tidak berpijak di bumi nyata. -

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Ketua Polis Selangor Buat Cadangan Giler

Posted: 21 Aug 2010 05:37 AM PDT

Jangan layan cadangan si stupid ini..nanti saya komen kebodohan cadangan ini..

Tabung DNA perlu diwujudkan bagi selesaikan kes buang bayi

21/08/2010 5:52pm

KUALA LUMPUR 21 Ogos – Satu tabung asid deoksiribonukleik (DNA) perlu diwujudkan bagi setiap bayi yang baru lahir untuk membantu menyelesaikan kes buang bayi di masa hadapan, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata, kewujudan tabung berkenaan akan memudahkan polis mengenal pasti ibu bapa yang bertanggungjawab ke atas pembuangan bayi di masa akan datang.

"Walaupun memakan masa yang lama dan kos yang tinggi, namun itu sahaja langkah terbaik untuk menangani kes pembuangan bayi di negara ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Balik Kampung, Rumah Selamat di IOI Mall Puchong dekat sini hari ini.

Khalid berkata, penubuhan tabung itu perlu memandangkan kes pembuangan bayi sejak kebelakangan ini semakin meningkat dan tidak menampakkan jalan penyelesaian.

Sepanjang tahun ini, 75 bayi yang terdiri daripada 26 lelaki dan 25 perempuan serta 24 janin yang tidak diketahui jantinanya, dilaporkan telah dibuang.

Tahun lepas, 79 kes pembuangan bayi dicatatkan iaitu 25 bayi lelaki, 29 perempuan dan 25 janin yang tidak dikenal pasti jantinanya. – Bernama

Wooi..polis ni puasa tak. Cakap macam karpal singh..takde akidah. Kenapa nak cari jalan pemulihan sedangkan pencegahan dah ada. Bukankah mencegah itu lebih baik daripada mengubati..apa salahnya guna hukum islam, bukannya buat cadangan mengarut macam ni. Polis pun senang tak payah fikir benda kes macam ini.

Satu lagi, kalau tabung DNA ini ada, macam-macam boleh berlaku. Kerana polis kita spesis polis Israel..buatnya disapu DNA kita atau tokoh-tokoh PR, pastu dituduh kita yang buang bayi. Tengok kes Anwar je lah, nasib baik tak dapat DNA Anwar iaitu air mani. Kalau dapat, sudah tentu Anwar kena penjara dan Sayfoooool menang kes..

Ini semua kerja gila..segila Karpal yang tentang islam. Kepada umat islam, kembalilah pada islam, bukannya dunia yang sementara ini..

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Jijik..Sungai Terkotor Di Dunia

Posted: 21 Aug 2010 04:18 AM PDT

Inilah akibatnya menteri malas buat kerja, roswah berleluasa. Malaysia satu hari nanti ada harapan nak ikut jejak Sungai Citarum, Indonesia ini

* Dah senyap ke kempen cintailah sungai kita

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

 

Macam2 Zaman Najib...17 Ditahan Kerana Tak Puasa

Posted: 21 Aug 2010 03:35 AM PDT

17 makan di tempat terbuka ditahan

SHAH ALAM 20 Ogos - Sebanyak 17 orang termasuk seorang wanita ditahan oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atas kesalahan makan, minum atau merokok di tempat awam sepanjang lapan hari Ramadan atau sehingga Rabu lalu.

Daripada jumlah tangkapan itu, 10 orang ditahan di Hulu Selangor, empat di Kuala Langat dan masing-masing satu di Sabak Bernam, Shah Alam dan Klang.

Pegawai Perhubungan Awam JAIS, Nurhamizah Othman berkata, kesemua 17 orang itu ditahan kerana melanggar Seksyen 19 Enakmen Jenayah Syariah 1995 iaitu makan, minum atau menghisap rokok secara terbuka atau di tempat awam atau lain-lain kesalahan yang berkaitan.

Beliau berkata, kebanyakan kesalahan yang dilakukan ialah makan di restoran-restoran Cina dan kantin-kantin kilang semasa waktu puasa.

"Dari sembilan daerah di Selangor, hanya satu sahaja tangkapan dibuat ke atas wanita iaitu di Sabak Bernam.

"JAIS turut memberikan arahan beredar ke atas 41 orang di beberapa restoran makanan antaranya kerana membungkus makanan secara terang-terangan.

"Mereka diberikan nasihat serta merta agar merebut peluang berpuasa di bulan Ramadan," kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Kalau Saya Nak Bog*lkan Ezam, Boleh Je Saya Buat- Che'gu Bard

Posted: 21 Aug 2010 02:54 AM PDT

Pakatan Rakyat dinasihatkan popularkan budaya politik yang lebih sihat dengan mengetepikan provokasi Senator Ezam Mohd Noor yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim berzina dan liwat.

Demikian nasihat Badrul Hisham Shaharin, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) supaya rakyat tidak muak dengan budaya politik Pakatan Rakyat kelak sebagaimana mereka muak dengan 'politikng' Ezam di sesawang sosial Twitter belakangan ini.

"Ezam membawa politik kebencian, provokasi dan sumpah sana dan di sini yang sebenarnya tiada kena mengena pun dengan rakyat.

"Apa untungnya ini semua pada rakyat sedangkan mahasiswa terbeban dengan hutang PTPTN, buruh hidup melarat dengan gaji yang kecil, rasuah dan jenayah sana sini, apa untungnya rakyat.

"Sekarang ini rakyat dah muak dengan politik yang 'politiking' seperti ini, rakyat susah dan sepatutnya kita (Pakatan Rakyat) perlu mencari jalan menyelesaikan masalah rakyat dengan budaya politik yang lebih sihat," ujarnya ketika dihubung Harakahdaily.

 

Beliau yang pernah menyertai Ezam menubuhkan Gerakan Anti Rasuah dan Korupsi (GERAK) berkata, beliau sebenarnya mampu bertindak 'politiking' sebagaimana Ezam sanggup bersumpah palsu dengan mengfitnah Anwar, Ketua Pembangkang untuk menghadapi aduan qazafnya semalam.

Namun, katanya lagi, dengan memanipulasi sejarah silam Ezam langsung tidak menguntungkan rakyat.

"Kalau kita nak main-main sumpah seperti Ezam, kita boleh membangkitkan sejarah Zaid Mat Arif menuduh Ghani Harun mempunyai hubungan sulit dengan isteri Ezam waktu dia dalam penjara.

"Sampai sekarang, ketiga-tiga mereka dalam Umno dan kalau dimain politik sumpah dengan minta ketiga-tiga mereka ini saling bersumpah sekarang pun tak selesai masalah pokok yang dihadapi rakyat," ujarnya sambil menegaskan 'politiking' saling bersumpah tidak menguntungkan rakyat.

Beliau yang lebih dikenali sebagai CheguBard berkata, aksi terbaru Ezam itu semata-mata untuk menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di samping menyambung rezeki keluarganya.

"Dia sebenarnya nak cari makan untuk keluarganya selepas gagal berebut kasih pemimpin tertinggi keadilan (PKR)," beliau menambah.

"Kalau dia gagal tarik perhatian (Datuk Seri) Najib Tun Razak (Perdana Menteri), akar umbi Umno khususnya di Selangor kian pertikai anugerah Senatornya dan percaturan Najib ke atasnya untuk menghadapi pengaruh Anwar (Ketua Pembangkang)."

Dakwanya lagi, Najib yang juga Presiden Umno merangkap Pengerusi BN terpaksa mengambik keputusan tidak popular itu disebabkan beliau tidak mampu menghadapi Anwar.

"Bukan ada pun jasa Ezam pada negara, tetapi dia (Najib) terpaksa lantik Ezam sebab dia tiada pilihan untuk menghadapi Anwar," ujarnya.

Bagaimana pun, sekiranya Ezam dilihat gagal menjadi 'baju pelindung' bagi Najib khususnya di negeri-negeri yang pernah menjadi kubu kuat Umno, seperti Selangor, katanya Najib akan menyingkirkan Ezam.

"Kalau Si Ezam ini nampak tidak berguna lagi, dia akan disingkirkan kelak, zaman rejim Mahathir Mohammad mungkin relevan.

"Tetapi, saya yakin dia akan disingkirkan kerana gaya provokasinya tidak sesuai untuk menghadapi politik rakyat yang jauh lebih sihat," beliau menambah.

Pun begitu, beliau berkata, inisiatif Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin membuat aduan qazaf di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) serta mencabar Ezam bersumpa petang semalam wajar dilihat sebagai suatu usaha menyuburkan politik sihat di samping menggunakan ruang perundangan syariah yang sedia ada.

Difahamkan inisiatif Shamsul itu merujuk pada Syeksen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 yang berbunyi, "mana-mana orang menuduh orang lain berzina (atau liwat) tanpa mengemukakan (saksi atau bukti), mengikut hukum syarak, empat orang saksi atau ikrar bahawa orang yang dituduh itu melakukan kesalahan."

Selain menuduh Anwar tanpa bukti dan saksi, Ezam didakwa qazaf ekoran tuduhan beliau kononnya Datik Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, isteri Anwar yang juga Presiden PKR bersubahat melindungi perbuatan zina dan liwat itu.

"Saya juga telah lihat betapa jijiknya kerana kuasa politik seseorang isteri sanggup biarkan suami fitnah orang untuk tutup perangai kejinya yang meliwat.

"Azizah lindungi anwar sebagai isteri ok, tp (tapi) (tidak) x boleh biar anwar fitnah yg (yang) lain utk (untuk) tutup kejinya yang meliwat," tuduh Ezam seperti yang didapati pada Twitternya sejak 24 April lalu.

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Malaysia Perlu Ikut Langkah Korea Utara

Posted: 21 Aug 2010 02:00 AM PDT

Malaysia tak nak ikut ke??

Pyongyang tuntut Jepun minta maaf

SEOUL: Korea Utara mendesak Jepun meminta maaf dan menyediakan pampasan atas tindakan mereka menjajah negara itu.

Gesaan itu dibuat sehari selepas Tokyo mengemukakan permohonan maaf kepada Korea Selatan selepas menduduki semenanjung berkenaan dari 1910 hingga 1945.

Kenyataan Tokyo itu tidak menyebut Korea Utara.

Korea Utara menyimpan dendam sekian lama kerana Jepun menggunakan warga Korea sebagai buruh paksa dan hamba seks sepanjang tempoh penjajahan itu.

Korea Utara - kini tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Jepun - mengadakan mesyuarat di Istana Kebudayaan Rakyat di Pyongyang, kelmarin, dalam usaha mendesak negara itu membayar pampasan kepada mereka. - AP

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Bayi-Bayi Yang Dibuang Mungkin Bayi Pesta Tahun Baru

Posted: 21 Aug 2010 01:10 AM PDT

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Betullah seperti kajian yang dibuat, bahawa kadar kelahiran bayi luar nikah biasanya meningkat dalam bulan 9 atau hari-hari sekitarnya, setiap tahun. Bayi ini dihasilkan dari seks bebas yang dilakukan oleh remaja yang terencat akhlaknya pada malam tahun baru.

Dalam kalendar tahunan aktiviti hedonisme di Malaysia, kegiatan berseronok suka yang paling hangat berlaku mengikut ranking berikut:

1. Malam tahun baru

2. Hari Valentine

3. Malam Merdeka (31 Ogos)

Sekarang hampir setiap hari terdapat laporan bayi dibuang di mana-mana. Kemuncaknya akan berlaku dalam bulan 9 dan 10. Apa yang dilaporkan dalam media hanyalah 'tips of the iceberg'. Pelbagai ulasan yang dibuat oleh pelbagai pihak bagaimana menangani isu buang bayi ini, tapi hampir kesemuanya jugak adalah strategi jangka panjang.

Daripada semua ulasan yang dibuat itu, hanya satu sahaja pandangan yang boleh diterima pakai iaitu: 'Kita kembali menjadikan Islam sebagai cara hidup dan laksanakan hukum Allah kerana hikmah pelaksanaannya ialah terdapat nakalamminallah (pencegahan dari Allah.'

Betul dan tepat sekali! Cuma soalnya perkara tersebut tidak boleh dilaksanakan besok, minggu depan, bulan depan, tahun depan… abad depan pun belum tentu. Sementara kita menunggu hukum hudud dilaksanakan atau Islam diamalkan oleh majoriti rakyat negara ini, bayi-bayi yang sudah sempurna sifat yang berada dalam perut perempuan tanpa suami akan terbit bila-bila masa sahaja. Bayi-bayi itu akan dibuang bila-bila masa sahaja. Tidakkah kita semua cemas?

Tamsilannya mudah saja. Sebuah asrama pelajar sedang mula terbakar. Maka para penghuninya mesti dikerahkan keluar selamatkan nyawa terlebih dahulu. Panggil bomba datang memadam. Bukan masanya lagi warden asrama bermesyuarat bagaimana memberi latihan kecemasan menghadapi kebakaran atau mengelak kebakaran dari berlaku. Memang perkara itu adalah asas dan sangat penting, tapi menyelamatkan dari dan harta benda sewaktu rumah sedang terbakar menjadi lebih penting ketika itu. Memadamkan kebakaran lagi penting.

Besok, lusa, tulat, tungging akan ada bayi dibuang dalam tong sampah, dimamah anjing. Dihurung semut. Come on brader, tak kan nak tengok saja dengan mata putih.

Maka di sini saya ada cadangan mengatasi jangka singkat:

1. Buat spot check terhadap semua pelajar sekolah, periksa perut pelajar perempuan. Panjangkan juga ke asrama kilang, IPT dll. Adakan ujian mengandung dan sebagainya.

2. Adakan kempen 'Jangan Buang Bayi' lebih serius dengan menyedarkan seluruh rakyat jelata bahawa banyak bayi luar nikah dalam perut tunggu masa saja untuk dibuang.

Pelan mengatasi jangka sederhana:

1. Gerakan besar-besaran banteras bahan lucah dalam apa bentuk jua

2. Lancarkan kempen 'Sama-sama Menyahkan Video Lucah' atau singkatannya SAMY VELU

3. Kerap adakan operasi cegah maksiat

4. Dan lain-lain.

Pelan lebih panjang sikit:

1. Pesatkan kerja dakwah untuk mentarbiah masyarakat supaya mengamalkan cara hidup Islam (PAS jangan dok kira ceramah politik isu semasa saja, giatkan kerja dakwah)

2. Giatkan kempen banteras budaya hedonisme

Pelan lebih panjang lagi:

1. Laksanakan hukum Allah SWT dalam pemerintahan (kena bagi dekat yang mau buat laa)

Ini bukanlah dokumen berasaskan penyelidikan tetapi menulis sekadar apa yang terlintas di fikiran. Mungkin ada cadangan lebih baik. Yang paling penting saya nak habag ialah kita kena sedag situasi yang ada ketika ini. Sedang dan bertindak, jangan tunggu lagi.

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Macam2 Zaman Najib...Kakak Sendiri Pun Nak Dirogol

Posted: 21 Aug 2010 12:32 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki bagai dirasuk syaitan apabila cuba membakar ibu, ayah dan kakaknya dengan menyimbah petrol kepada mereka bertiga selepas permintaannya untuk mendapat wang RM100 tidak dipenuhi.

Tidak cukup dengan itu, anak durjana berusia lewat 20-an terbabit turut mengugut akan merogol kakaknya yang berusia 30 tahun di hadapan ibu bapanya jika mereka masih enggan memenuhi permintaannya.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi kelmarin di sebuah rumah di Segambut di sini, sejurus lelaki itu pulang ke rumah dan mengamuk secara tiba-tiba.

"Dia (suspek) mula memecahkan barangan di dalam rumah menyebabkan ibu dan bapanya memarahinya. Namun, lelaki itu ketawa apabila dimarahi sebelum meminta RM100 daripada ibunya.

"Apabila ibunya memberitahu tiada wang sebanyak itu untuk diberikan kepadanya, dia menjadi semakin ganas. Seperti orang hilang akal dia mengugut untuk membunuh ahli keluarganya iaitu ibu dan ayahnya, serta kakaknya berusia 30 tahun," katanya.

Menurutnya, lelaki dipercayai penagih dadah itu keluar rumah seketika sebelum kembali dengan membawa petrol yang disimbah ke tubuh ibu, ayah dan kakaknya sebelum mengugut membakar mereka hidup-hidup.

Katanya, kakak suspek cuba untuk menenangkannya, namun dia turut menjadi mangsa apabila lelaki itu mengugut untuk merogol kakaknya di hadapan kedua-dua orang tuanya.

Sumber itu berkata, suspek bertambah berang apabila bapanya berusia lewat 50-an tetap berkeras untuk tidak memberikan wang kepadanya. Dia bertindak lebih agresif dengan mencekik bapanya sambil menjerit untuk membunuhnya.

"Bimbangkan keselamatan suaminya, si ibu yang berusia awal 50-an menyerahkan sejumlah wang kepada anak lelakinya itu, tapi ia belum dapat menenangkan kemarahan suspek kerana jumlahnya tidak seperti dia inginkan.

"Bagaimanapun, selepas dirayu ibunya berulang kali, kemarahannya mula reda. Namun, dia tetap mengasari ibunya dengan menolak wanita itu sehingga terjatuh sebelum melarikan barang kemas dipakainya yang dianggarkan bernilai lebih RM1,000 lalu melarikan diri," katanya.

Sehubungan itu, ibu suspek membuat laporan di Balai Polis Sentul, di sini dan siasatan awal polis mendapati suspek memiliki rekod jenayah bersabit beberapa kes samun dan dia juga masih berada dalam jaminan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan memberitahu usaha memburu suspek dilakukan.

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Isu Khutbah : Pemuda UMNgOk Buat Laporan Polis

Posted: 20 Aug 2010 11:57 PM PDT

Buat laporan polis..dakwalah di Mahkamah..biar kita tahu siapa yang bersalah

Doa khutbah kedua: Pemuda UMNO Bagan buat laporan polis

BUTTERWORTH 21 Ogos - Pemuda UMNO Bahagian Bagan hari ini membuat laporan polis di Balai Polis Butterworth ekoran doa yang dibacakan khatib, Zakaria Ahmad pada solat Jumaat di Masjid Jamek Kubang Buaya di sini semalam.

Dalam doa khutbah keduanya, Zakaria membacakan doa yang berbunyi "Ya Allah Ya Tuhanku, Kau selamatkanlah pemimpin kami Lim Guan Eng dan rakan-rakan kepimpinan kerajaan negeri".

Zakaria juga didakwa tidak mendoakan kesejahteraan untuk Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abas.

Laporan itu dibuat Ketua UMNO bahagian itu, Sheikh Hussein Mydin yang turut dihadiri beberapa Ketua Pemuda UMNO bahagian negeri Pulau Pinang. - Utusan

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

UMNO Memang UMNgOK..Langsung Tak Pandai Bahasa Arab

Posted: 20 Aug 2010 11:41 PM PDT

UMNgok..UMNgok..rupanya tak reti arab..cuma tahu makan roti arab je. Si Zahid Hamidi nasib baik tak jadi menteri agama, sebab dia ni buta arab.

Imam Masjid Jamek Padang Menora, Ibrahim Ishak mengakui khatib ada menyebut nama Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat baru-baru ini.

Bagaimanapun katanya, ia bermaksud semoga Allah membukakan hati Guan Eng untuk menerima Islam.

Beliau menjelaskan, khatib berkenaan bukannya mendoakan kesejahteraan Guan Eng dunia dan akhirat kerana perkara itu adalah salah.

Ibrahim juga mengakui nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak disebut dan beliau telah menegur khatib terbabit dan mengakui kesilapan yang dilakukannya.

''Isu penggunaan nama Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat berpunca daripada salah faham di kalangan jemaah sendiri.

''Ramai di kalangan mereka tidak faham mengenai doa yang dibacakan oleh khatib jemputan pada hari berkenaan.

"Ada jemaah yang tak faham bahasa Arab, salah faham tentang maksud doa yang dibacakan itu,' katanya ketika ditemui di masjid tersebut di sini hari ini.

Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang semalam membantah penggunaan nama Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong di beberapa masjid, baru-baru ini.

Menurut Ibrahim, pada setiap bulan pihak masjid akan menjemput khatib luar untuk membacakan khutbah di situ.

Katanya, adalah perlu bagi khatib dan jemaah mendoakan pemimpin negara dalam setiap doa yang dibaca mereka.

"Saya amat kesal dengan apa yang berlaku dan kami akan buat siasatan siapa yang menyebarkan berita tak betul ini," ujarnya.

UMNO bukan setakat tak faham bahasa Arab, bahkan tak pandai mengeja pun..ini banner ejaan salah UMNgOk

Kisah 1

dengan bangganya YAB Datuk Seri Musa Haji Aman, Pengerusi UMNO Negeri Sabah mengucapkan 'Selamat Menunaikan Ibadah Puasa dan Selamat Menyambut Aidil Fitri Al- Mubarak..

Aidil Fitri Al- Mubarak? Kah.. kah.. kah.. awat jadi lagu ni?? Semakin jahil puak-puak UMNO ni!

Kisah Lucu 2

~ Sambutan dieja Sabutan

~ Ramadhan dieja Ramadzan

~ Al Mubarak dieja Al Murabak (nasib baik tak dieja Murtabak)

sumber : anaksungai derhaka

Kisah Lucu 3

nak tunjuk alim pandai cakap arab

minta lah bantuan - bukan ahlan wah sah lam

ahlan wa sah lan - bangang

bukan bukan rama dahan - tapi bulan ramadan

nak senang lagi guna bahasa melayu

sumber : blog tt

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Gambar Orang Tak Berpuasa..Mesti Geng Karpal Singh Ni

Posted: 20 Aug 2010 09:34 PM PDT

Berbuka puasa seawal 11 pagi (gambar)

KUALA LUMPUR: Bagai tidak tahu malu dan makna dosa apabila puluhan lelaki beragama Islam dikesan berpusu-pusu berbaris dan mengerumuni beberapa kedai dan gerai di sekitar ibu kota semata-mata untuk membeli nasi bungkus seawal jam 11 pagi.

TAK MALU...kaki ponteng puasa membeli nasi bungkus di sebuah restoran di Jalan Tuanku Abdul Rahman (gambar atas). BERATUR...pelanggan beragama Islam beratur mengambil makanan. Kebanyakan mereka terdiri daripaa pekerja swasta, penghantar surat serta pelajar sekolah berbaris panjang di kawasan terbuka bagi membeli juadah hidangan tengah hari yang sengaja dijual kepada orang ramai oleh peniaga beragama Islam.

Perbuatan mengaibkan di bulan Ramadan itu dapat dibuktikan selepas wartawan Harian Metro menyamar pelanggan di beberapa lokasi tumpuan kaki ponteng puasa terutama di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Dang Wangi, Kampung Pandan dan Keramat di sini, semalam.

Berdasarkan pemerhatian bermula jam 10 pagi, kebanyakan pelanggan yang menunggang motosikal membeli nasi bungkus terutama pada jam 11.30 pagi hingga jam 1 tengah hari.

Dalam tinjauan pertama ke sebuah restoran di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, seramai lebih 20 pelanggan berbaris panjang untuk membeli nasi kandar berlauk tanpa menghiraukan kenderaan yang lalu lalang.

Kedudukan restoran terbabit yang dilindungi hentian bas menyebabkan aktiviti membeli nasi oleh kaki ponteng puasa itu dilakukan dengan berani tanpa rasa malu.

Malah, pelanggan terbabit berbaris panjang menunggu pemilik kedai mengambil pesanan dan membungkus nasi selain minuman.

Kebanyakan mereka yang membeli nasi bungkus itu enggan membuka topi keledar bagi mengelakkan identiti mereka dikesan sebelum memecut sejurus membuat bayaran.

Lebih mengecewakan apabila pemilik dan pekerja kedai makan terbabit seolah-olah tidak hairan kehadiran pelanggan beragama Islam walaupun menyedari perniagaan makanan itu disajikan pada waktu yang boleh menimbulkan curiga.

Situasi sama turut dilihat di restoran berhampiran apabila rata-rata pelanggan di kalangan lelaki beragama Islam didapati berbaris untuk membeli nasi bungkus persis konsep 'pandu lalu'.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Tuan Asmawi Tuan Umar yang dihubungi berkata, pihak penguat kuasa Jawi sudah memulakan operasi membanteras kaki ponteng puasa sejak awal Ramadan lalu di beberapa lokasi yang dianggap popular.

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Tiada ulasan: