WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- SERAGAM HARGA AIR DAN CUKAI TANAH - TOLAK CADANGAN MEREKA
- Yassin Dan Solat Hajat Untuk Bukan Islam Boleh ? Ini Buktinya
- SYABAS ATAS KEBERANIAN TAN SRI KHALID
- Masa Ezam Disiasat SB Dulu Kenapa Hal Liwat Tidak Disebutkan?
| SERAGAM HARGA AIR DAN CUKAI TANAH - TOLAK CADANGAN MEREKA Posted: 21 Aug 2010 11:00 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NSAPABILA Kerajaan Pusat bercadang untuk menyeragamkan kenaikan air dan cukai tanah pada semua negeri, seharusnya negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat membuat kajian yang mendalam sebeum menerima pakai cadangan tersebut. Ini bukan soal politik tetapi ini soal dasar sesebuah negeri yang dipilih oleh rakyat. Apatah lagi negeri-negeri di bawah PR yang manifestonya sewaktu Pilihanraya Umum yang lalu ingin mewujudkan Negara/Negeri berkebajikan. Pengajaran yang berlaku di Selangor seharusnya dijadikan panduan sebelum Negeri di bawah PR membuat keputusan. Kerajaan Negeri Selangor yang ingin merakyatkan Selangor dengan menunaikan janji air percuma, awal-awal lagi diganggu dengan berbagai cara untuk menggagalkan usaha tersebut. Begitu juga dengan cukai-cukai tanah yang nampaknya Kerajaan Negeri di bawah PR lebih telus dan baik menguruskan hal tersebut daripada negeri-negeri lain. Ini yang menimbulkan rasa resah gelisah mereka kerana mereka bimbang rakyat lebih yakin dengan pentadbiran di bawah PR. Secara peribadinya, saya tidak bersetuju jika negeri-negeri di bawah PR terpengaruh dengan cadangan Kerajaan Pusat itu. Implikasinya amat besar kerana rakyat kini yakin bahawa hanya PR sahaja yang boleh mengurus dan mentadbir semua itu dengan baik tanpa membebankan rakyat. Justeru itu, jangan mudah terpedaya dengan strategi mereka untuk merosakkan kepercayaan rakyat terhadap PR. Apabila kesemuanya itu dikawal oleh Kerajaan Pusat, maka Kerajaan Negeri tiada hak lagi dan jika berlaku sesuatu yang membebankan rakyat, maka nama baik Kerajaan Negeri akan terjejas. Sudah terlalu banyak dasar Kerajaan Pusat yang menyusahkan Kerajaan Negeri untuk merealisasikan kebajikan kepada rakyat. /wfauzdin.blogspot.com | ||||
| Yassin Dan Solat Hajat Untuk Bukan Islam Boleh ? Ini Buktinya Posted: 21 Aug 2010 06:00 PM PDT Yassin Dan Solat Hajat Untuk Bukan Islam Boleh Masih kita ingat tatkala musim kempen pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini. UMNO dengan bangganya menggantung kain rentang di seluruh Hulu Selangor bagi memaklumkan kepada rakyat bagi mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat untuk calon BN iaitu P.Kamalanathan (foto). Bukankah calon BN itu bukan beragama Islam dan terang-terangan dari parti MIC?. Kenapa Zahid Hamidi tidak bising dan menghalalkan pula ianya terjadi di depan mata?. Kenapa tidak mengeluarkan kenyataan media bahawa tindakan melakukan bacaan yassin dan solat hajat terhadap orang kafir adalah salah dan menjatuhkan maruah serta kesucian agama Islam itu sendiri. Kenapa dalam kes Lim Guan Eng yang tidak dapat dibuktikan itu, beliau cuba untuk menjadi pembela agama?. Bukankah ini jelas menunjukkan UMNO menghalalkan apa yang tidak boleh dalam Islam sebaliknya jika dilakukan oleh Parti Pembangkang maka mereka mengharamkannya pula. Apa nak jadi dengan UMNO agaknya? Inilah dia bukti, betapa kucar-kacirnya Islam Hadhari ciptaaan UMNO BN sejak dulu kini dan selamanya. Maka itu, kini sedarlah kita sikap sebenar pemimpin UMNO itu sendiri. Mereka hanya Islam ketika waktu-waktu tertentu sahaja, sebaliknya menjadi munafik di waktu lain pula. Apakah pemimpin sebegini boleh diterima oleh umat Islam di negara kita agaknya?. Marilah sama-sama kita buat perubahan dalam Pilihanraya Umum akan datang, agar mereka tahu bahawa politik tidak seharusnya dipolitikkan setiap masa. Biar mereka tahu kuasa rakyat itu penentunya. [Oleh itu, rakyat perlu bijak melihat segala yang disajikan depan mata kita sekarang ini. Usahlah terpedaya dengan hasutan "Utusan Malaysia Penyebar Fikiran Rakyat" itu. Malah Umat Islam itu sendiri perlu lebih tenang dalam menilai setiap provokasi agama yang dilakukan oleh pemimpin UMNO sekarang ini. Mereka sebenarnya sudah mula terdesak untuk menarik balik sokongan rakyat terutamanya orang Melayu terhadap parti itu. Lantaran itulah, apa saja kaedah terpaksa digunakan bagi tujuan tersebut. Malahan, mereka sanggup memalukan diri sendiri dek kerana mahu membuktikan merekalah pejuang Islam sebenarnya. Walhal kakikatnya Islam UMNO hanya ada pada nama sahaja, pengisiannya jauh panggang dari api. Umat Islam terutamanya generasi muda terus dirosakkan akhlak dan akidah mereka. Itu semua bagi memudahkan agenda supaya mereka melihat Islam itu zalim dan sebagainya. Akhirnya golongan muda inilah yang akan dijadikan aset untuk mempercayai bahawa UMNO itu membela Islam dan Melayu itu sendiri. Inilah agenda sulit mereka sejak dulu, kini dan selamanya]. Sumber: Pahang Daily | ||||
| SYABAS ATAS KEBERANIAN TAN SRI KHALID Posted: 21 Aug 2010 12:30 PM PDT
Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersetuju untuk menubuhkan pasukan petugas khas bagi membanteras rasuah melibatkan perlombongan pasir di Selangor.
Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim (kiri) berkata, persetujuan itu dicapai pada pertemuannya dengan SPRM di pejabatnya di Shah Alam, semalam. Katanya, pertemuan itu diadakan susulan pelawaan kerajaan Selangor kepada SPRM untuk menempatkan kakitangan dan pegawai di KSSB bagi tujuan itu. "Pasukan petugas khas ini dicadang dianggotai pegawai KSSB dan SPRM," kata Khalid yang juga ADUN Ijok. Menurutnya, dalam pertemuan tersebut, pihaknya turut disertai oleh Ketua Pengarah Eksekutif KSSB Wan Ab Halim Wan Ismail. Manakala SPRM, antaranya disertai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Datuk Sutinah Sultan, dan Pengarah SPRM Selangor Datuk Jaafar Maahad. Dalam satu kenyataan hari ini, Khalid berkata KSSB akan mengadakan taklimat mengenai operasi KSSB kepada SPRM termasuk prosedur dan kaedah-kaedah yang dipratikkan dalam perlombongan pasir. "Selain itu, SPRM juga akan didedahkan dengan sistem-sistem yang diguna pakai oleh KSSB dan diajar untuk memahami urus niaga pasir yang dipratikkan oleh anak syarikat kerajaan Selangor ini," katanya. Beliau yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak berkata, apabila pasukan itu ditubuhkan, SPRM lebih bebas untuk memantau perjalanan operasi KSSB dan mengesan sekiranya ada prosedur yang boleh membuka ruang kepada rasuah. Menteri besar berharap, SPRM boleh mencadangkan prosedur yang boleh mengurangkan berlakunya rasuah menerusi pemantauan dan pemerhatian yang dilakukan terhadap KSSB. Pada awal pertemuan, menteri besar memberitahu, pihaknya menerangkan bahawa kecurian pasir gagal diatasi oleh kerajaan terdahulu kerana hanya menumpukan kepada tindakan penguatkuasaan tanpa melihat masalah tersebut dari aspek bekalan pasir kepada industri pembinaan. KSSB akan memastikan perlombongan pasir mengikuti semua peraturan alam sekitar dan geologi yang ditetapkan, tambah Khalid./Malaysiakini | ||||
| Masa Ezam Disiasat SB Dulu Kenapa Hal Liwat Tidak Disebutkan? Posted: 21 Aug 2010 11:23 AM PDT Jika Ezam Bercakap Benar, Dialah Yang Pertama Diliwat Mungkin inilah saat paling klimaks dalam rencah reformasi Ezam. Pada saat Ezam berada di penjara tentu sekali segala maklumat sulit tentang Anwar dan segala perjuangannya akan cuba dikorek digali oleh SB pada masa itu. Tentu sahaja dia tidak ditahan semata mata tanpa ada soal balas di dalam penjara. Kini satu dekad telah berlaku, apa yang meniti di bibir Ezam adalah Anwar seorang yang suka sesuatu yang diluar tabii. Kemana sahaja dia dijemput, semua ucapannya terarah kepada 'anwarlah orang yang paling jijik di dunia'. Terbaru ezam mendedahkan tentang perbualan telefon saat Wan Azizah berada di Amerika sementara Anwar dan Ezam pula berada di malaysia. Ceritanya digambarkan pada saat itu Azizah merasa resah kerana ada lelaki lain di rumah bersama sama dengan Anwar. Cerita ini seolah olah menggambarkan bahawa Azizah, Anwar dan Ezam sendiri telah sekian lama mengetahui tentang perangai Anwar. Malangnya di dalam facebook atau twitter Ezam, ada seseorang bertanya sejak bila, saat mana, bila tarikhnya, Ezam menyedari Anwar suka sesuatu yang di luar tabii? Sampai ke hari ini Ezam tidak dapat menjawab. Namun tiap masa yang terluang bagi Ezam sekarang digarap ayat sebaik mungkin digambarkan bahawa Anwar memang sah berperangai suka kepada sesuatu yang di luar tabii. Bila Wan azizah membuat kenyataan supaya Ezam menghentikan fitnah tersebut, Ezam mencabar pula wan azizah bersumpah. Serta dengan beraninya berkata sanggup berjumpa di mahkamah. Kita tentu sedia maklum bahawa Ezam bukan seorang yang bodoh dan tentu Ezam sendiri menyedari bila menyatakan sesuatu isu yang agak panas, maka beban untuk membuktikannya bukan terletak kepada orang yang dimainkan isu. Tetapi bebannya adalah terletak di bahu Ezam. Ezam mendakwa maka dialah patut membuktikannya. Umum juga sedia maklum bahawa semenjak orang kenal Anwar dan reformasi, sejak itulah orang kenal Ezam. Itulah gambaran betapa rapatnya Ezam dan Anwar. Ezam juga tampan bergaya. Cun melecun. Dia orang kepercayaan. Dia ayam tambatan. Dia juga ayam laga. Dia juga perisai. Jika sebatang panah dilepaskan ke dada Anwar ibrahim maka jantung Ezam yang akan tembus. Itulah ikatan Anwar dan Ezam. Hinggakan gaya dan lenggok ucapan Anwarpun Ezam telan segalanya. Jadi adalah agak meragukan jika benar Anwar suka kepada sesuatu yang di luar tabii, Ezam boleh terselamat. Ezam menepati ciri ciri yang diminati oleh orang orang yang suka kepada luar tabii. Wajahnya, percakapannya dan tubuh badannya menawan. Alangkah hairannya ia dapat menyelamatkan dirinya sedangkan dialah orang yang paling hampir. Jika betul Ezam bercakap benar tentang Anwar, Ezamlah orang yang pertama layak menjadi mangsa. Melainkan Ezam hanya menabur fitnah. Dan ingatlah Ezam, menuduh orang berzina jika tidak di bawa empat orang saksi maka hukuman layak ke atasmu sama juga dengan penzina. Ingatlah cerita seorang sahabat yang mengadu kepada saidina Omar bahawa dia melihat ada orang berzina, dengan segera saidina Omar meletakkan pedang di lehernya lantas berkata, lebih baik kamu diam jika tidak ingin tengkukmu dipancung, melainkan kamu dapat mendatangkan empat orang saksi. Sumber: Ar Risalah |
| You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan