kalam Perantau |
- Sudah sampai masa PAS ganti Umno
- PAS Desak Mufti Dedahkan Perlembagaan Baru
- Ketuai kaukus: Bagaimana Datuk Saifuddin?
| Sudah sampai masa PAS ganti Umno Posted: 22 Aug 2010 09:00 PM PDT Oleh Idris Ahmad
Kegagalan untuk mencapai kouta 30% melambangkan kegagalan Umno dalam menguruskan amanah rakyat, khususnya Bumiputera di negara ini. Tiba-tiba Umno menjerit kegagalan ini kerana orang bukan Melayu yang membolot kekayaan di negara ini. Ini satu telahan yang tidak tepat. PAS dan Pakatan Rakyat komited untuk mempertahankan apa telah termaktub di dalam perlembagaan negara mengenai Islam, Melayu, Raja-Raja Melayu dan bahasa Melayu. Inilah pesepakatan di Konvensyen Pakatan Rakyat yang di tandatangani oleh pemimpin PAS, PKR dan DAP pada 19 Disember 2009. Umno sepatutnya malu, setelah mengepalai negara hampir 53 tahun selepas merdeka, ekonomi bumiputera semakin jauh ke belakang. Kalau dinilai dalam peperiksaan, Umno mendapat nombor corot, kerana 53 tahun di dalam kelas masih buta huruf. Kenapa Umno perlu melalak hendak menyalahkan orang lain kerana gagal mencapai tahap ekonomi Bumiputera. PAS mencadangkan kepada Umno kena banyak muhasabah diri, kenapa terjadi demikian. Pemimpin Umno kena fikir, mereka ada kuasa membuat dasar, melaksana, semuanya berada di dalam gengaman Umno. Pemimpin Umno yang memerintah di negara ini, bukan Umno menjadi pembangkang. Banyak perkara mereka boleh lakukan, kalau pemimpinnya jujur untuk rakyat dan negara. PAS berpandangan pencapaian ini tidak tercapai kerana Umno melaksanakan dasar Umnoputera. Agih projek bukan kepada mereka yang sepatut dapat, merekalah yang menjadi jutawan 10% dengan mengalibabakan projek yang dapat melalui "hak istimewa orang Umno". Siapakah yang menjual ekuiti 30% yang diperuntukkan kepada Bumiputera setiap kali syarikat yang hendak di senaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur? Ke mana pergi dana RM54 bilion untuk ekuiti Bumiputera, sekarang hanya tingga RM2 bilion, bermakna RM52 lesap? Sekiranya pemimpin Umno amanah dan jujur dengan dana sebanyak RM54 bilion, sudah tentu pencapaian ekuiti Bumiputera sudah melebihi 30%. PAS pernah terlibat di dalam Majlis Perundingan Ekonomi (MAPEN) tahun 1990 dengan cadangan yang bernas untuk peningkatan ekonomi Bumiputera dan pembelaan kepada kaum lain. Cadangan PAS disambut baik termasuk di kalangan ahli MAPEN yang terdiri dari kalangan orang bukan Melayu di dalam majlis tersebut. PAS kemukakan cadangan berdasarkan kepada prinsip keadilan dalam Islam yang sejagat. Malangnya cadangan tersebut dibangkul sampah oleh Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri waktu itu. Pengalaman PAS di Kelantan selama 20 tahun berjaya mengangkat taraf hidup orang Melayu dan membantu bukan Melayu yang dhaif. Kesejahteraan dan keharmonian dapat dilihat dengan mata kasar. Begitu juga kejayaan Terengganu sewaktu pemerintahan PAS pada tahun 1999 hingga 2004 telah berjaya menaikkan taraf hidup rakyat Terengganu daripada miskin nombor dua kepada miskin nombor empat. Kerajaan PAS Trrengganu juga telah memberi tanah khususnya tapak rumah kepada orang Cina dan kaum lain yang tidak bertanah, kerana mereka adalah golongan yang perlu dibantu. Kerajaan Kedah baru sahaja diambil alih oleh PAS dan Pakatan Rakyat, telah berjaya menunjukkan prestasi yang baik sehingga menjadi kehairanan bekas pimpinan Umno Kedah, macam mana Datuk Seri Azizan Razak berjaya memerintah Kedah walaupun dengan kekangan kewangan yang parah. Sampailah masanya PAS menggantikan Umno berdasarkan rekod dan prestasi negeri yang PAS pimpin untuk kesejahteraan rakyat berbagai kaum di negara ini. |
| PAS Desak Mufti Dedahkan Perlembagaan Baru Posted: 22 Aug 2010 05:00 PM PDT Oleh Ustaz Idris Ahmad
Tidak ada agenda yang tersembunyi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat, jauh sekali menyediakan perlembagaan baru bagi merungkai perkara yang sudah menjadi kontrak sosial dan telah diterima pakai sejak sekian lama. Idris Ahmad adalah Ketua Penerangan PAS |
| Ketuai kaukus: Bagaimana Datuk Saifuddin? Posted: 22 Aug 2010 03:00 AM PDT Oleh : Regina Lee Bukan setiap hari pembangkang mempelawa anggota kerajaan memimpin sebuah kaukus bersama parlimen. Yang terbaru, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dipelawa mengetuai Kaukus Parlimen mengenai penyertaan mahasiswa dalam politik.
Saifuddin kemudiannya mencadangkan supaya ianya juga diperluaskan meliputi pelajar universiti. Bagaimanapun, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mohd Khaled Nordin dilaporkan berkata kabinet telah menolak cadangan tersebut Ketika diminta mengulas pelawaan tersebut, Saifuddin berkata ia bukanlah persoalan mengenai kaukus atau siapa yang akan memimpinnya. Sebaliknya, tegas beliau, konsensus umum adalah supaya perbincangan sama ada mahasiwa perlu menyertai politik, harus diteruskan. Saifuddin yang juga ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno berkata, apa yang beliau kehendaki ialah supaya perbincangan mengenainya, diteruskan. Beliau bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada perbincangan mengenainya telah diadakan. Bagaimanapun, beberapa sumber berkata, kedua belah pihak sudahpun berbincang mengenai perkara itu. Pada masa yang sama, ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan telah memanjang jemputan kepada Saifuddin untuk “berbincang” mengenai penyertaan mahasiwa dalam politik. |
| You are subscribed to email updates from kalam Perantau To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
PAS berpandangan Umno yang bertanggungjawab menggagalkan pencapaian kouta 30% ekonomi Bumiputera. Malahan isu ini akan dijadikan modal selagi Umno hidup atas muka bumi ini.
Parti Islam Semalaysia Pas terkejut dengan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ada ‘perlembagaan baru’ dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang. Pas mendesak supaya beliau mendedahkan kandungan Perlembagaan baru dan melaporkan kepada pihak polis untuk disiasat.
Ketika membuat pelawaan tersebut, ahli parlimen PKR Lembak Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, Pakatan Rakyat sedia bekerjasama dengan beliau bagi mencapai matlamat bersama.Isu tersebut menjadi perbualan hangat ekoran keputusan kerajaan membenarkan guru berijazah menyertai politik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan