WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- RAJA SESUMPAH BAWA BUKTI DAN SAKSI DULU, JANGAN SIBUK MAHU BERSUMPAH SAJA
- NEGERI SEKOLAH MENGANDUNG PECAH REKOD KHATAM AL-QURAN ?
- SIAPA RAJA KATAK MAHU HALAU ORANG ?
- DOA UNTUK KM P.PINANG - LEBIH DUA TAHUN BARU UMNO SEDAR ?
- MELAYU P.PINANG SERAHKAN SAJA PADA PAS, HABIS CERITA
- MESYUARAT TERGEMPAR PR P.PINANG
| RAJA SESUMPAH BAWA BUKTI DAN SAKSI DULU, JANGAN SIBUK MAHU BERSUMPAH SAJA Posted: 22 Aug 2010 11:00 PM PDT ![]() SAYA merasa gembira apabila raja sesumpah Ezam bersedia untuk hadir ke Mahkamah Syariah bagi menghadapi kes Qazaf yang difailkan oleh AMK. Kes Qazaf tersebut adalah berkaitan dengan tuduhan raja sesumpah terhadap DS Anwar yang mana melibatkan juga DS Wan Azizah. Cuma, usah raja sesumpah sibuk untuk menunjukkan kemahirannya untuk bersumpah di dalam Mahkamah Syariah nanti. Raja sesumpah perlu membawa hujah, fakta, bukti dan saksi untuk menguatkan tuduhannya, bukan hanya bergantung kepada sumpah-sumpah yang lazim beliau lakukan dari dulu, kini dan selamanya. Andainya beratus kali beliau bersumpah sekali pun, kita sudah kenal siapa mamat Ezam ini. Beliau sanggup berbuat apa sahaja asalkan DS Anwar diaibkan dan Najib diangkat. Mengapa tiada cabaran dari raja sesumpah untuk Saiful agar Saiful juga bersumpah menafikan hubungan intimnya dengan wanita itu? Mengapa raja sesumpah juga tidak mencabar rakannya Zahid Md Arip yang mengaitkan Ghani Harun tentang hubungan bersama isteri raja sesumpah sewaktu raja sesumpah di dalam penjara. Anda boleh baca kisah ini di dalam blog Chegubard. /wfauzdin.blogspot.com | |||
| NEGERI SEKOLAH MENGANDUNG PECAH REKOD KHATAM AL-QURAN ? Posted: 22 Aug 2010 09:00 PM PDT
"Maka tersohorlah Melaka di Malaysia dan di seluruh dunia Islam kerana 15,033 murid sekolah berusia 10 dan 11 tahun dari seluruh Melaka pada khatam Al-Quran beramai-ramai . Layaklah tersenarai dalam Malaysia Book of Records. Ali Rustam berkata ia ingin mengalahkan Terengganu pada tahun lepas yang murid-murid khatam Al-Quran dengan penyertaan 13,877 orang. Ali berkata, ia adalah usaha yang baik untuk kita menanam cinta al-Quran dari muda agar mereka menjadi pelajar dan anak-anak yang soleh dan solehah. Mereka dapat mengelakkan diri daripada keruntuhan akhlak seterusnya mengurangkan masalah sosial. Baguslah kalau dah berlumba-lumba khatam Al Quran kerana ingin dimasukkan ke dalam rekod. Bagaimana istilah khatam Al quran yang diguna-pakai kini? Adakah dengan cara mengikut bacaan guru secara berterusan sehingga habis, ikut sahaja, ia dikira khatam Al Quran. Selepas itu apabila diminta untuk membacanya semula, mereka ternganga-nganga. Apakah ini kriteria khatam Al Quran? Ada sesiapa yang mengetahui, ceritalahh sedikit. Seingat kita dulu-dulu, nak khatam Quran ini susah, silap-silap makan rotan juga. Kalau dah khatam siap dibuat pulut kuning lagi untuk dihadiahkan kepada guru. Kita pergi mengaji, sebelum membaca tempat yang sepatutnya kita baca, kita kena 'perderas' dahulu. Pederas ini kita akan membaca sebahagian ayat-ayat yang terdahulu secara bersambungan dari hari ke sehari. Selepas itu kita membaca ditempat sepatutnya, kalau guru berkata kita boleh dialih ke aya-ayat seterusnya, barulah kita boleh alih. Dengan cara ini apabila disuruh kita membaca ayat-ayat sebelumnya, kita boleh membacanya. Inilah yang dibuat sehingga kita mendapat anugerah Khatam Al Quran. Apa-apa pun, carilah nama, ciptalah rekod, bersainglah. Boleh baca ke, tak boleh baca ke, itu belakang kira. Yang pentingnya nama negeri mencipta rekod. Tak ada ke negeri yang nak mencipta rekod menyusun Al Quran terpanjang ke, tertinggi ke. Ini juga boleh menyemarakkan cinta Al Quran ni. www.ek-ele.co.cc | |||
| SIAPA RAJA KATAK MAHU HALAU ORANG ? Posted: 22 Aug 2010 06:00 PM PDT "Keluar Malaysia, Balik Ke Negara Asal...." Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyertai senarai pihak yang menggesa agar mereka yang menyentuh soal kepentingan Bumiputera dan kontrak sosial supaya balik ke negara asal mereka. Dalam kenyataan dikeluarkan pagi ini, Ibrahim berkata "siapa yang tidak menghormati kontrak sosial iaitu Perkara 153 boleh keluar Malaysia, balik negara asal nenek moyang." "Jangan hipokrit," kata Ibrahim yang lazimnnya lantang dalam kenyataan dikirim menerusi khidmat pesanan ringkas. Pendirian yang sama ditulis oleh kolumnis Mingguan Malaysia Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah Ahad lalu. Ia disusuli dengan pendedahan kenyataan seorang pengetua sekolah menengah di Kulai Jaya, Johor dan baru-baru ini didakwa dikeluarkan oleh pengetua sekolah rendah di Kedah. Pendirian Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas dikeluarkan ekoran kenyataan Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon semalam. Koh berkata, rakyat perlu berhenti daripada terlalu memikirkan isu perkauman termasuk mengenai kuota serta ekuiti Bumiputera dan berhenti daripada bergaduh berhubung perkara itu. Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata pertengkaran secara terbuka tidak membawa apa-apa kebaikan dan beliau sebaliknya meminta setiap individu untuk memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi negara. "Saya merayu kepada semua agar jangan memperbesarkan isu perkauman dan kritikan. "Jangan terlalu memikirkan tentang sudut perkauman. Jika perkara ini berterusan, kita akan semakin kurang berkongsi dan lebih banyak bertengkar," katanya. Koh berkata beliau menasihatkan Ibrahim agar lebih member tumpuan tentang bagaimana memperkasakan pengetahuan, pengalaman dan daya saing di kalangan Bumiputera daripada melukakan perasaan kaum lain dengan "berkata itu dan ini." "Komen saya terhadap Koh Tsu Koon yang tegur saya, suruh ambil tindakan positif memperbaiki nasib Bumiputera bukan dengan hanya bercakap dan melukai hati kaum lain. "Tapi kaum lain tak luka hati kaum Bumiputera ke? Isunya, sebagai Menteri Perpaduan, kenapa dia tak tegur Cina, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan dia dan ICU kena bertanggungjawab membuat Melayu Pulau Pinang merempat," katanya. Ibrahim berkata Koh perlu menyatakan pendiriannya dalam soal ekuiti 30 peratus sedangkan Bumiputera 67 peratus. "Nyatakan pendirian. Koh juga adalah dalam satu kumpulan anti-Melayu secara halus," katanya lagi. /(Malaysia insider) | |||
| DOA UNTUK KM P.PINANG - LEBIH DUA TAHUN BARU UMNO SEDAR ? Posted: 22 Aug 2010 11:08 AM PDT Maka semalam, hebohlah di kaca TV perihal ada pula saksi yang mengaku mendengar khatib membaca doa khutbah Jumaat terhadap Lim Guan Eng dan bukan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Bukan main sedap saksi itu "menjual minyak" kononnya dia dengar dengan telinga dia sendiri khatib menyebut nama Ketua Menteri Pulau Pinang itu. Malah dengan nada banggaya dia mengatakan barang sesiapa yang tidak mendengar semua itu ternyata mereka "memang pekak". Maksudnya hanya dia seorang jer yang mendengarnya. Bukankah melucukan bunyinya. Jemaah yang begitu ramai itu, hanya dia sahaja yang mendengarnya. Apakah benar dia mendengarnya atau dia tertidur dan bermimpi semasa khatib membaca khutbah. Anehnya pula dalam laporan itu beliau mengatakan perkara itu sudah berlaku sejak tiga bulan yang lalu. Sementara itu Badan Perhubungan UMNO negeri pula mendakwa, nama Agong atau Yang Dipertua Negeri mulai tidak disebut dalam doa khutbah Jumaat sejak pakatan pembangkang menguasai negeri ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu. Punya dasyat kejadian itu, kenapa selepas lebih dua tahun baru "ulamak UMNO" menyedari kes tersebut?. Sedangkan kita tahu, UMNO memang kerjanya mencari jalan untuk menghuru-harakan Kerajaan Negeri Pakat Rakyat. Makanya jika ada isu-isu panas pasti akan dibongkarkan segera. Soalnya kenapa isu ini perlu mengambil masa begitu lama untuk didedahkan. Jika benar, sudah pastilah mereka sudah mempunyai bukti skrip bacaaan doa khutbah terbabit atau membuat rakamkan khutbah berkenaan untuk digunakan dalam kes ini. Jika sekadar menuduh rambang dan menggunakan beberapa orang bekas Imam UMNO, JKKK UMNO dan pemimpin PAS yang murtad itu masih belum kuat untuk menyokong hujjah mereka sebenarnya. Bukankah Kerajaan Negeri Pulau Pinang sudah mendedahkan bahawa tiada kejadian seperti itu berlaku. Namun, kenapakah isu ini terus dipanaskan oleh media. Malah, media arus perdana begitu taksub menemuramah beberapa individu yang dikatakan "saksi utama" isu tersebut. [Terkadang lucu juga melihat adengan yang berlaku ini. Tidak masuk dek akal khatib akan berbuat apa yang diperkatakan sebenarnya. Apakah puak-puak UMNO fikir, khatib terbabit begitu bodoh dan bangang macam mereka?. Maka itu biarlah mereka terus memainkan isu ini. Tambah menarik ada pula dua tiga laporan polis di buat dan PM sendiri mengarahkan pihak polis membuat siasatan segera kes ini. Seolah-olah UMNO amat prihatin dan menjaga kesucian agama Islam. Walhal,, jika ada pun bacaan doa untuk Lim Guan Eng... apa masalahnya?. Manalah tau esok lusa Ketua Menteri Pulau Pinang itu terbuka hati untuk masuk Islam. Siapa tahukan, maka terbeliak biji mata puak-puak UMNO itu agaknya. Justeru itu, rakyat seluruh negara digesa agar tidak panik dengan apa yang berlaku ini. Apapun, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat dalam usaha membawa perubahan ini]. Sumber: PahangDaiy | |||
| MELAYU P.PINANG SERAHKAN SAJA PADA PAS, HABIS CERITA Posted: 22 Aug 2010 04:00 AM PDT
Ogos 22, 10 PAS Pulau Pinang menyatakan sokongan penuh kepada DAP dalam menyangkal dakwaan bahawa nama Ketua Menteri Lim Guan Eng digunakan untuk menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat.
Timbalan pesuruhjaya PAS negeri, Mujahid Yusof Rawa (kanan), menuduh Umno melakukan "fitnah dan kebohongan" apabila mendakwa bahawa beberapa kathib atau imam di Pulau Pinang telah menggunakan nama Lim untuk menggantikan nama Seri Paduka, sedangkan dakwaan itu belum terbukti. "Ini adalah satu dusta, dan amat dikesali kerana (dakwaan itu) dibuat dalam bulan Ramadan," kata Mujahid yang juga ahli parlimen PAS Parit Buntar. "Jika kita ingin bermain politik, kita tidak boleh melebihi batasannya, terutama pada bulan ini," kata beliau yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS. Mujahid yang pengerusi PAS Bayan Baru berkata, PAS menolak kenyataan-kenyataan yang berunsur 'fitnah' yang bertujuan untuk memecahbelahkan rakyat berbilang kaum di negara ini. Sehubungan itu, beliau mengingatkan Umno supaya menyerahkan kepada PAS tugas membela hak orang Melayu di Pulau Pinang," katanya./Malaysiakini | |||
| MESYUARAT TERGEMPAR PR P.PINANG Posted: 22 Aug 2010 02:00 AM PDT
KENYATAAN BERSAMA PAKATAN RAKYAT PULAU PINANG DALAM MESYUARAT TERGEMPAR PADA 22.8.2010 DI KOMTAR, GEORGE TOWN.
Mesyuarat tergempar PR dipanggil hari ini berikutan permainan isu "Guan Eng gantikan Agong" yang digembar-gemburkan oleh UMNO dan media massa. Permainan politik oleh UMNO ini adalah begitu karut kerana hanya orang tak siuman dan berniat jahat baru berani menggantikan nama DYMM YDP Agong dengan nama lain. Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau PinangDalam mesyuarat tersebut Ahli EXCO Negeri Pulau Pinang portfolio agama Islam YB Abdul Malik Kassim telah menjelaskan teks khutbah yang disediakan oleh MAINPP dan JAIPP. 10 usul telah diluluskan dalam mesyuarat tergempar PR Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang dan Pengerusi Pakatan Rakyat Lim Guan Eng:- 1. Melafazkan ikrar taat setia kepada DYMM Yang di Pertuan Agung sebagai pemimpin terunggul negara atau Kepala Utama bagi Persekutuan menurut Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dan juga sebagai Ketua agama Islam bagi Negeri Pulau Pinang menurut Perkara 5(2) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang. 2. Melafazkan ikrar taat setia kepada Yang di Pertua Negeri Pulau Pinang mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang. 3. Menegakkan Islam sebagai agama rasmi negeri; tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan harmoni menurut Perkara 5(1) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang. 4. Mengulangi sokongan ke atas dasar kerajaan negeri Pulau Pinang yang diumumkan oleh Ketua Menteri mengharamkan judi bola yang pada awalnya diluluskan oleh UMNO. 5. Menyokong pemberian kewangan khas Hari Raya Aidilfitri yang diumumkan oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang sebanyak RM 400 kepada semua ahli pentadbiran kerajaan negeri, MPPP, MPSP dan agensi kerajaan negeri yang dibuat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia. 6. Mengutuk amalan politik kotor dan jahat UMNO dan media massa yang dikuasai ini yang memainkan isu "Guan Eng gantikan Agong" dalam doa khutbah kedua solat Jumaat yang merupakan satu fitnah jahat yang dilakukan terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang dalam bulan Ramadan yang mulia ini. 7. Menafikan dengan keras dakwaan UMNO kerana teks khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) tidak pernah menggunakan nama Ketua Menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong serta Kerajaan negeri, JHEAIPP atau YAB Ketua Menteri sendiri juga tidak pernah menerima atau mengeluarkan arahan secara lisan mahupun bertulis kepada mana-mana pihak untuk menggunakan nama Ketua Menteri. 8. Mendesak UMNO mengambil tindakan terhadap mana-mana khatib/imam mesjid yang dapat dibuktikan telah terpesong atau lari daripada teks khutbah yang disediakan dengan menggantikan nama DYMM YDP Agung dengan nama YAB Ketua Menteri Pulau Pinang. 9. Mendesak BN dan UMNO hentikan permainan politik kebencian di kalangan orang ramai yang menimbulkan ketegangan kaum dengan cuba mengaitkan imam/khatib yang tidak mengikut teks khutbah yang disediakan, kalau ada, dengan fitnah penggunaan nama YAB Lim Guan Eng diarahkan oleh kerajaan negeri. 10. Menyeru rakyat and penyokong PR bersikap tenang dan tidak masuk perangkap UMNO untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada program baik kerajaan negeri meluluskan program pemberian kewangan khas Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM 400 kepada semua ahli pentadbiran dan agensi kerajaan negeri, pemberian tahunan RM 100 wang penghargaan warga emas, menambahkan peruntukan hal ehwal Islam sebanyak 100% kepada RM 24.3 juta pada 2010 berbanding dengan RM12.5 juta pada 2008 dengan sumbangan Ihya Ramadan dan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), serta mengharamkan perjudian bola selaras dengan prinsip amar maaruf nahi mungkar. YB Dato Mansor Othman Pengerusi PKR Pulau Pinang YB Chow Kon Yeow Pengerusi DAP Pulau Pinang Ustaz Rosidi Hussain Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang |
| You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan