Ahad, 22 Ogos 2010

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Pakatan Rakyat Mendahului BN 47.02 Peratus Dalam E-PRU13

Posted: 22 Aug 2010 04:49 PM PDT


Pilihan Raya Umum ke-13 masih diawang-awangan dan menjadi teka-teki penganalis politik negara tetapi di dalam dunia maya pertembungan antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional untuk mendapatkan sokongan rakyat Malaysia sudah pun bermula dengan rancaknya.

Hasilnya Pakatan Rakyat mendahului BN dengan peratusan undi sebanyak 47.02 peratus.

Inisiatif peminat laman web sosial Facebook telah mewujudkan akaun E-Pilihan Raya Umum 13 Facebook Malaysia di mana rakyat Malaysia boleh mengundi secara maya bagi memilih parti politik yang bakal menubuhkan kerajaan pusat.

Undian terkini yang diperolehi menunjukkan Pakatan Rakyat mendahului BN dengan memperolehi 47.02 peratus atau 5,274 undi manakala BN hanya memperolehi 22.98 peratus atau 2,578 undi.

Parti Bebas yang turut bertanding berjaya mengaut 4.37 peratus atau 490 undi sahaja.

Jumlah pengundi yang didaftarkan dia dalam akaun tersebut adalah seramai 11,217 orang.

Walaupun ini hanya bersifat undian maya yang dibuat di laman sosial itu, kesimpulan keputusan setakat ini mendapati sokongan rakyat Malaysia terhadap BN sudah merosot.

Timbalan Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Fariz Musa berkata walaupun undian itu secara maya, ia menggambarkan satu senario baru politik di negara ini yang mana rakyat mahukan perubahan tampuk pemerintahan daripada BN kepada Pakatan Rakyat.

"Keputusan ini walaupun tidak rasmi tetapi menggambarkan keadaan sebenar politik negara yang mana rakyat mahukan perubahan pemerintah. Dasar yang di bawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tentang 1 Malaysia jauh terpesong daripada apa yang beliau katakan 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'. Kita lihat rakyat sekarang berada dalam keadaan tertekan dengan faktor ekonomi apatah lagi dengan kenaikan harga baru-baru ini.

"Najib dan BN sebenarnya tidak mempunyai tanggungjawab dalam memastikan hak rakyat terus terbela, malah beliau hanya tahu menekan rakyat bila berhadapan dengan masalah kewangan negara. Yang terbaru tentang saman ekor sehinggakan disenarai hitam dan rakyat dipaksa untuk membuat bayaran penuh baru boleh diperbaharui lesen mahupun cukai jalan kenderaan mereka.

"Rakyat sudah mula menunjukkan hukum mereka terhadap BN, isyarat jelas rakyat berikan kepada BN bahawa Najib gagal dalam pentadbirannya. Dalam masa ekonomi semakin teruk rakyat terbeban dengan kenaikan harga Najib masih lagi boleh bersenang lenang bercuti di luar negara,"
jelas Fariz kepada Suara Keadilan.

Tambah Fariz, keputusan maya itu menunjukkan rakyat sudah mula menunjukkan sokongan mereka terhadap Pakatan Rakyat.

"Kita melihat rakyat sudah boleh menerima kehadiran Pakatan Rakyat di dalam politik negara ini, sokongan itu menunjukkan usaha Pakatan Rakyat dalam membangunkan kebajikan rakyat sudah meresapi jiwa dan semangat mereka.

"Dari sudut negatif pula kita jangan terlalu leka dengan keputusan tersebut kerana kita tidak tahu siapa sebenarnya yang mengundi, mungkin Umno-BN sengaja melakukan perkara tersebut agar Pakatan Rakyat tidak perlu bekerja keras untuk menguatkan parti. Apa yang saya harapkan usaha yang lebih keras perlu dilakukan oleh anggota KEADILAN dari peringkat akar umbi hingga ke peringkat atas,"
kata beliau lagi.

Keputusan maya itu juga menunjukkan rakyat sudah mula telah menghantar isyarat awal yang jelas kepada BN sebelum PRU-13 bahawa mereka sudah serik dengan pentadbiran yang penuh dengan skandal rasuah dan salahguna kuasa.

Pengundi menganggap pentadbiran BN di bawah Najib tidak mampu memberi keselesaan hidup kepada rakyat berbanding sebelum ini.

Selain itu juga kegagalan BN meningkatkan taraf ekonomi negara ini juga menjadi faktor utama rakyat merasa tertekan yang dikaitkan dengan isu kenaikan harga barang dan ppenarikan subsidi.

Kekangan kebebasan bersuara dan tekanan ke atas media juga menjadi antara faktor utama kemerosotan sokongan rakyat kepada BN.

Sokongan padu kepada Pakatan Rakyat pula memberi petunjuk jelas bahawa rakyat yakin gagasan itu bersedia untuk menggalas tugas menubuhkan kerajaan pusat yang baru selepas PRU-13 nanti.

Keyakinan rakyat berasaskan penerimaan rakyat terhadap dasar ketelusan, keadilan dan keterbukaan yang menjadi tunjang perjuangan Pakatan Rakyat.

Perubahan ke arah ini dapat di lihat daripada dasar serta program yang dilaksanakan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan di mana pimpinan Pakatan Rakyat tidak meletakkan agenda memperkayakan peribadi, keluarga atau kroni semasa memegang tampuk kuasa.

Selain itu pengundi dalam Facebook juga melihat faktor membela rakyat yang menjadi teras Pakatan Rakyat mendapat perhatian berbanding BN.

Kuala Pilah YKSNS Jangan Buang Bayi Anda, Berikan Kepada Kami

Posted: 22 Aug 2010 08:55 AM PDT


Isu pembuangan bayi banyak berpunca dari zina, sumbang mahram atau rogol. Melaka telah bertindak dengan tubuh sekolah untuk asingkan pelajar terhamil, kahwinkan remaja yang tak boleh kawal nafsu dan beri insentif perkahwinan. Kelantan menegaskan perlu dilaksanakan hukum hudud. Negeri lain macamana ? Kita perlukan tindakan, bukan setakat mengkritik apa yang negeri lain buat.

Negeri Sembilan pun dah mula bertindak, tapi bukan kerajaan. Hanya sebuah pertubuhan bukan kerajaan atau NGO yang terhad sumber kewangan dan tenaga manusia dan diterajui oleh seorang saudara baru atau mualaf.

Pertubuhan tersebut ialah Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan (YKSNS) yang beribu pejabat di Kuala Pilah. Kepada mereka yang hendak buang bayi sila hubungi YKSNS dengan Motto mereka JANGAN BUANG BAYI ANDA, BERIKAN KEPADA KAMI


Untuk maklumat lanjut hubungi talian YKSNS di 06-4810092 Email:

maayks@gmail.com

Atau pada pautan berikut

http://yksn9.blogspot.com/2010/08/jangan-buang-bayi-anda-berikan-kepada.html


Friday, August 20, 2010
Jangan buang bayi anda, berikan kepada kami !

YKSNS memahami tekanan perasaan yang dialami oleh gadis-gadis remaja belasan tahun yang keterlanjuran disebabkan pergaulan bebas pada usia remaja lalu disebabkan kebuntuan dan untuk menutup malu mereka bertindak di luar batas kemanusiaan dengan cuba melakukan tindakan membuang anak ataupun bayi yang baru dilahirkan.

YKSNS boleh merasakan penderitaan dan tekanan yang dialami oleh remaja sehingga bertindak begitu. Kami boleh merasakan bagi tersiksa mereka menanggung malu sehingga sanggup dan tergamak melakukan perbuatan kejam membuang anak yang menurut pemikiran orang biasa sesuatu yang luar biasa dan tidak berperikemanusiaan. Tetapi pada masa yang sama tiada pula membuka dan menyediakan ruang taubat dan kembali ke pangkal jalan.

YKSNS ingin menyeru kepada remaja yang terperangkap dalam situasi seumpama ini agar kembali tenangkan diri dan yakin pada Allah swt adalah Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Bagi Allah swt walau sebanyak lautan buih dosa kita pun, bagi Tuhan Yang Pemurah dan Lagi Penyayng tiada keberatan walau sebiji sawi untuk menerima taubat dan membersihkan dosa noda kita.

Remaja yang kebuntuan,

Kembali tenang, kuatkan semangat, rasakan cinta dan sayang Allah swt kepada makhluk manusia sebagai sebaik-baik ciptaan-Nya hubungilah kami. Kami mempunyai kemudahan penginapan dan pengalaman menguruskan isu seperti ini daripada penjagaan sewaktu mengandung sehinggalah bersalin dan kami juga bersedia untuk memikul amanah untuk membesarkan anak-anak yang tidak bersalah dan tidak berdosa itu jika tidak diperlukan. Ingat anak tersebut tidak minta dilahirkan begitu dan dibiarkan mati dalam tong sampah - pilu rasa hati apa bila melihat martabat manusia dipersiakan sehingga ke tong sampah.

Hubungi kami...
Kami bersedia membantu...
Kembalilah ke pangkal jalan...
Jangan terus bergelumang dengan dosa dan noda
Ingatlah pada Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha P
enyayang

Tiada ulasan: