Justice For All |
- Ibrahim Ali Perlu Ke Masjid Kariahnya Sendiri Sebelum Minta Dakwa Teo Nie Ching
- Betul Ke Osama Agen CIA??
- Bakar Bendera Indon..Mesti Orang UMNO Punya Kerja
- Isu Khutbah.. Kenapa Utusan Jadi Gila Meroyan
- Roswah Langgar Fatwa Masuk Masjid..Mungkin Dia Pelancong Asing Kot
- Satu Lagi Isu Bukan Islam Masuk Masjid...UMNO Terus Dalam Kesesatan
- 11 Maut Akibat Tanah Runtuh Di Turki
- Restoran Makan Daging Manusia Di Jerman
- JAIP Cekup Budak Sekolah Yang Asyik Rakam Projek Mereka
- BN Sabah Makin Nak Hancur
- Tok Guru Nik Aziz Bidas Tok Peti Bisu Perak & UMNgOk
- Isu Mahasiswa Berpolitik..Saifuddin Perjelaskan 30 Alasan Kepada MT UMNO Yang Kurang Berfikir
- Macam2 Zaman Najib..3 Kes Rogol sehari Di Perak
- Kenapa Utusan & UMNO Serang Ahli Parlimen Serdang Habis-Habisan
- Pengerusi JAIS Buta Agama, Langgar Fatwa
- Pak Lah..Manusia Paling Jaga Sensiviti Islam Di Negara Ini
- KJ Benar-Benar Akan Keluar UMNO?
- Jambul Togel Boleh, Bukan Islam Tak Boleh
- Boleh Kaya Melalui Youtube
- Ini Semua Salah UMNO laknatullah..5 Beradik Diperkose Abang Sendiri
- Macam2 Zaman Najib : Dapat Top up 10, Boleh Peluk
| Ibrahim Ali Perlu Ke Masjid Kariahnya Sendiri Sebelum Minta Dakwa Teo Nie Ching Posted: 28 Aug 2010 08:16 PM PDT Ini masjid hidayah yang jaraknya 300 meter dari rumah ibrahim Ali Dan ini rumah banglo mewah Ibrahim Ali di Taman Melawati, Kuala Lumpur Ibrahim Ali buatkan saya terasa nak muntah di bulan ramadhan ini. Apa taklnya, dahla buat lawak antarabangsa suruh dakwa Teo Nie Ching, pastu pandai-pandai kata bukan islam tak boleh masuk masjid. Memang Ibrahim Ali bertaraf ulama tok guru pondok dan pakar undang-undang. Nak tanya si budak tak skool ni, ada ke enakmen negeri Selangor kata boleh dakwa bukan islam masuk masjid?? Kalau takde, macamana nak dakwa?? Apa kata lepas ni kita tolak Ibrahim Ali jadi imam solat pula. Dengar khabar, si katak puru ni malas nak solat kat kariahnya. Sehingga ke hari ini, masjid yang jarak 100 meter dari rumahnya di KL, lansung tak nampak batang hidung katak ni solat terawih. Solat waktu lagilah..wooi Ibrahim Ali, baik perbetulkan diri sendiri sebelum kencing ala katak kat orang lain Perkasa mahu Mais dakwa MP Serdang Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyertai senarai mereka menyokong tindakan ke atas Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching dengan menggesa agar wakil rakyat penggal pertama itu turut didakwa. "Majlis Agama Islam Selangor (Mais) ada ambil tindakan terhadap bekas mufti (Perlis) Dr Asri kerana bagi ceramah dalam surau di Selangor tanpa tauliah. "Oleh itu, Mais hendaklah segera mendakwa Ahli Parlimen Serdang yang mencemar Surau Al-Huda... kegagalan mendakwa bererti tidak menyahut titah Sultan Selagor yang amat murka dan dukacita," kata Ibrahim dalam kenyataannya. Kes ke atas Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dibawa oleh Jabatan Agama Islam Selangor akhir tahun lalu sedang didengar Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. Dalam kenyataannya malam tadi, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan Teo menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat surau itu yang terletak di Kajang Sental, Ahad lepas. Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Dewan Rakyat tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam. "Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam," katanya malam tadi. Tindakan Teo itu dikritik Umno dan Perkasa sebelum ini dan turut dilaporkan menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Mais menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut. Dalam kenyataannnya, Ibrahim juga membawa misalan nasib yang menimpa pendakwah Islam Amerika Syarikat Malcom X yang ditembak mati di Manhattan Audubon Ballroom pada 1965. "Pendakwah Islam yang berdakwah kepada orang-orang Kristian hingga masuk ke gereja semata-mata berdakwah kepada bukan Islam akhirnya ditembak mati. "Di Serdang (Selangor), wakil rakyat DAP, yang bukan Islam, yang sentiasa dalam 'hadas besar' telah 'ditarik' ke ruang solat, saf pertama surau, oleh PAS (yang pasti ahlinya Islam) dan PKR (ahlinya Islam dan bukan islam) semata-semata untuk memberi tazkirah Ramadan pada jemaah, yang sudah tentu dan pasti beragama Islam," katanya, Sehubungan itu, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas berkata, adakah Allah sedang memberikan satu 'iktibar' untuk berfikir bersama tentang realiti PAS, yang menurutnya menjual agama Islam demi survival politiknya ketika bulan Ramadan. "Rumah Allah dicemari, dinodai dan segala-galanya halal demi undi, ini kerja syaitan yang memasong 'orang yang dikatakan beriman tapi tidak bertaqwa," katanya lagi. Dalam kenyataannya semalam Teo berkata beliau akan menghadap Sultan Sharafuddin bagi memohon ampun serta memberi penjelasan kepada baginda tentang tindakannya. Kata beliau, kehadirannya di Surau Al-Huda hanya bertujuan menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan negeri bagi memperbaiki pagar surau berkenaan dan berbuka puasa bersama anggota jawatankuasa serta jemaah surau. "Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberi sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor. "Saya kesal perkara ini telah menimbulkan perasaan resah antara umat Islam dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak tertentu atas sebab-sebab politik," kata beliau.-TMI |
| Posted: 28 Aug 2010 06:53 PM PDT HAVANA 28 Ogos – Bekas pemimpin Cuba, Fidel Castro semalam memberitahu bahawa ketua al-Qaeda, Osama bin Laden adalah ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA). Menurut Castro, Osama kerap muncul ketika bekas Presiden George W. Bush mahu menakutkan dunia dan beliau menegaskan bahawa dokumen yang disiarkan di Internet baru-baru ini adalah buktinya. "Setiap kali Bush mahu menimbulkan ketakutan dan membuat ucapan besar, Osama akan muncul untuk mengancam orang ramai dengan cerita tentang apa yang akan dilakukannya," ujarnya kepada media. Tambah beliau, dokumen yang disiarkan dalam WikiLeaks.org dengan jelas membuktikan bahawa Osama ialah ejan CIA. – AP |
| Bakar Bendera Indon..Mesti Orang UMNO Punya Kerja Posted: 28 Aug 2010 06:08 PM PDT Dua ditahan cuba bakar bendera Indonesia DUA orang suspek dibawa ke balai polis untuk disoal siasat berikutan kejadian yang didakwa terdapat rakyat Malaysia yang berniat untuk membakar bendera Indonesia di hadapan Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur, semalam. KUALA LUMPUR 28 Ogos - Dua lelaki tempatan ditahan ketika cuba membakar bendera Indonesia di hadapan pejabat Kedutaan Besar Republik Indonesia di Jalan Tun Razak, di sini awal hari ini. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abd. Rahman berkata, pihaknya mendapat maklumat daripada orang awam berhubung cubaan dua lelaki terbabit dan bergegas ke lokasi kejadian kira-kira pukul 2.15 pagi. "Sebaik sahaja kita sampai, polis terus menahan kedua-dua lelaki itu dan membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk diambil keterangan. "Mereka mendakwa cuba membakar bendera negara jiran atas semangat cintakan negara, cuma ia ditunjukkan dalam cara yang salah," katanya ketika ditemui di hadapan pejabat kedutaan itu awal pagi ini. Difahamkan, kedua-dua lelaki terbabit antara sekumpulan 15 lelaki yang berhimpun di hadapan kedutaan itu bagi menyatakan rasa tidak puas hati mereka. Mereka dikatakan cuba bertindak balas terhadap protes yang dianjurkan Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) serta beberapa kumpulan lain di beberapa tempat seperti di Jakarta, Bandung dan Bali ekoran penahanan tiga anggota penguatkuasa marin negara itu oleh Polis Malaysia 13 Ogos lalu. Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman ketika ditemui di ibu negara hari ini mengesahkan kejadian itu. Baru-baru ini, kerajaan mengeluarkan kenyataan akan menyelesaikan satu insiden yang berlaku antara Pasukan Gerakan Marin (PGM) dan Penguat Kuasa Perikanan Republik Indonesia di perairan Johor pada malam 13 Ogos lalu, secara baik. Dalam insiden itu, tujuh nelayan tempatan ditahan pasukan Penguat Kuasa Perikanan Republik Indonesia, manakala tiga pegawai penguat kuasa negara jiran terbabit ditahan PGM Wilayah Dua. Sementara itu, Setiausaha Politik Kedutaan Besar Republik Indonesia, Afini Boer berkata, sekiranya ada mana-mana rakyat tempatan yang tidak berpuas hati terhadap insiden tersebut, mereka tidak perlu bertindak sedemikian kerana ia boleh mengeruhkan lagi hubungan kedua-dua negara. "Berfikirlah secara rasional dan bukan mengikut perasaan. Kejadian seperti ini tidak wajar berlaku," katanya. "Pihak kami ingin mengucapkan terima kasih kepada polis Malaysia yang bertindak pantas mengawal keadaan," katanya. "Berdasarkan siasatan awal, kedua-dua mereka bertindak demikian kerana berang dengan tindakan yang sama dilakukan oleh segelintir penunjuk perasaan Indonesia di negara jiran sejak akhir-akhir ini. Beliau berkata, kedua-dua lelaki tersebut dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka diambil. |
| Isu Khutbah.. Kenapa Utusan Jadi Gila Meroyan Posted: 28 Aug 2010 05:29 PM PDT NAK IKUT NABI, ATAU NAK IKUT MAIS ATAU JAIS? [1] utusan meroyan kata; KUALA LUMPUR 28 Ogos - Kesucian masjid terus dinodai oleh pembangkang apabila Khamis lalu Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen pula diberi kebebasan berada di saf paling hadapan di Masjid at-Taqwa, Selayang Baru. komen: Zaman nabi SAW, orang kafir masuk ke dalam masjid nabawi, tanpa wujud larangan dari nabi SAW. dalam hadis dinyatakan bahawa Sumamah bin Usal telah diikat di tiang masjid ketika dia belum memeluk islam. [2] utusan meroyan kata; Perbuatan wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bukan sahaja memperkecilkan arahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang melarang orang bukan Islam memasuki ruang solat tetapi turut menghina kesucian agama Islam. komen: MAIS perlu ikut Nabi SAW. Jika MAIS tidak ikut Nabi, maka sebarang arahan MAIS adalah tertolak. Jika MAIS tetap pertahankan pendirian yang bercanggah dengan Nabi, maka itu adalah sesat lagi menyesatkan. Orang bukan islam masuk ke dalam ruang solat, tidak dikira sebagai menghina kesucian agama Islam, sebaliknya ia adalah kemuliaan masjid yang diajar oleh nabi SAW. Jika MAIS tetap menyatakan bahawa membenarkan orang bukan Islam adalah menghina agama islam, samalah mereka menyatakan nabi SAW menghina agama islam. ini kerana, Nabi SAW membenarkan ramai orang bukan islam masuk masjid. [3] utusan meroyan kata; Semalam, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki ruang solat utama kerana mereka tergolong dalam berkeadaan hadas besar. komen: inilah kenyataan yang paling bodoh aku pernah dengar. Zaman nabi SAW, baginda membenarkan orang bukan islam masuk ke masjid. Apakah orang kafir zaman Nabi SAW itu mandi hadas besar? hello brother, kalau kafir mandi wajib pun, mandi dia tak sah. Sumber : Al-bakistani |
| Roswah Langgar Fatwa Masuk Masjid..Mungkin Dia Pelancong Asing Kot Posted: 28 Aug 2010 04:33 PM PDT Ini fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan Keputusan: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang. Keterangan/Hujah: 1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam. 2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid. 3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid. 4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza. Kah..kah UMNO..Teo Nie Ching dan Wiliam Leong..dan lain-lain tu pelancong asing ke?? Mereka lagi dikenali, iaitu pemimpin masyarakat. Salah ke mereka masuk masjid?? Ikut fatwa tak salah selagi mereka tak bakar colok atau bertafakur cara mereka dalam masjid..UMNO memang Umngok.. dan fatwa ini turut menempelak UMNgOk yang bangkitkan isu Khalid Samad masuk gereja. Wooi umNo jahil 2k..fatwa ni kata siap boleh sembahyang lagi kat dalam gereja..yang korang pergi bising-bising apa hal. Khalid Samad hanya melawat sahaja, bukannya masuk kristian macam pemimpin UMNO pun.. Dan buat UMNo, mungkin mereka lupa, ada bini pemimpin mereka yang lebih teruk pakaiannya masuk masjid..ni tengok gambar bawah ini..berjambul dengan pakaian ketat..Mungkin roswah tergolong dalam pelancong asing kot... ![]() ![]() |
| Satu Lagi Isu Bukan Islam Masuk Masjid...UMNO Terus Dalam Kesesatan Posted: 28 Aug 2010 03:50 PM PDT kan Kah..kah..bestnya jadi blogger UMNO..boleh masuk surat khabar. Pastu isu kecil dijadikannya isu perdana Kesucian masjid terus dinodai
WILLIAM Leong Jee Keen menyampaikan sumbangan kepada wakil Masjid at-Taqwa, Selayang Baru, Selangor, Khamis lalu. - gambar blog KUALA LUMPUR 28 Ogos - Kesucian masjid terus dinodai oleh pembangkang apabila Khamis lalu Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen pula diberi kebebasan berada di saf paling hadapan di Masjid at-Taqwa, Selayang Baru. Tindakan itu terbongkar cuma selang sehari selepas umat Islam di negara ini dikejutkan dengan tindakan wakil rakyat DAP, Teo Nie Ching 'bertazkirah' di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral tanpa menutup aurat. Perbuatan wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bukan sahaja memperkecilkan arahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang melarang orang bukan Islam memasuki ruang solat tetapi turut menghina kesucian agama Islam. Lebih malang, menurut sebuah laman blog, http://www.selangordaily.com, pihak yang bersekongkol bagi membenarkan Jee Keen memasuki ruang solat masjid tersebut adalah orang Melayu yang beragama Islam. Dakwa blog itu, sama seperti kes membabitkan Nie Ching, Jee Keen juga menggunakan 'modal' yang sama iaitu bantuan kepada masjid untuk memasuki ruang solat seterusnya menyampaikan ceramah kepada umat Islam di masjid tersebut. "Mereka mengetepi semua arahan MAIS demi cita-cita politik. Kejadian serupa pernah berlaku di Klang tahun lalu tetapi mereka ini tidak mengambil pengajaran sebaliknya, seolah mencabar Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku ketua agama Islam di Selangor," kata blog tersebut. Dalam pada itu, majlis sumbangan yang disampaikan oleh Jee Keen disiarkan oleh sebuah akhbar, semalam. Akhbar tersebut melaporkan majlis berkenaan anjuran Pusat Khidmat Masyarakat, Dewan Undang Negeri (DUN), Taman Templer dengan diketuai pengerusinya, Mohd. Kassim Packiry. Semalam, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki ruang solat utama kerana mereka tergolong dalam berkeadaan hadas besar. Dan ini jawapan tegas dari Nazir Masjid Selayang...lawan, jangan tak lawan Masjid At-Taqwa tidak pernah terima arahan SELAYANG 28 Ogos - Ahli Jawatankuasa Masjid At-Taqwa mendakwa tidak menerima surat rasmi daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang menyatakan tidak boleh membawa masuk orang bukan Islam ke dalam masjid. Nazirnya, Mizan Mamat berkata, beliau tidak pernah diberitahu mengenai perkara itu sejak menjadi nazir kepada masjid tersebut. ''Saya tidak pernah diberitahu bahawa perkara ini tidak boleh dilakukan. Jadi saya rasa tiada salahnya berbuat demikian. ''Malah, ketika bermesyuarat dengan -ahli nazir masjid negeri juga tidak pernah dibangkitkan atau diingatkan mengenai perkara ini (membawa masuk orang bukan Islam ke dalam masjid),'' katanya kepada Mingguan Malaysia hari ini. Semalam, akhbar melaporkan Ahli Parlimen Selayang daripada Parti Keadilan Rakyat, William Leong Jee Keen masuk ke ruang solat Masjid At-Taqwa untuk memberi sumbangan kepada masjid tersebut. Perkara yang sama, turut berlaku pada Ahad lalu yang mana Ahli Parlimen Serdang daripada DAP, Teo Nie Ching memasuki ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral dalam satu majlis penyampaian bantuan kepada ahli-ahli Pas di situ. Sementara itu, Mizan mendakwa, banyak kes seumpama itu sebelum ini berlaku tetapi MAIS tidak pernah mengeluarkan arahan kepada masjid-masjid atau surau untuk tidak membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid. ''Sejak kejadian Exco Selangor, Dr. Xavier Jayakumar yang berucap dalam satu majlis berbuka puasa di dewan utama Masjid Taman Sri Andalas tahun lalu, saya tidak pernah diberitahu atau menerima apa-apa kenyataan rasmi yang menghalang orang bukan Islam memasuki masjid. ''Jadi, saya fikir, sepatutnya tidak timbul sebarang isu berkenaan perkara ini,'' jelasnya.
|
| 11 Maut Akibat Tanah Runtuh Di Turki Posted: 28 Aug 2010 01:03 PM PDT 11 maut tanah runtuh di Turki Bangunan rosak teruk setelah bukit di belakang runtuh di bandar Gundogdu di wilayah Rize di Turki. Seramai 11 orang terbunuh dan enam lagi hilang dalam kejadian itu selepas hujan lebat, semalam. - REUTERS GUNDOGDU, Turki 27 Ogos - Seramai 11 orang dilaporkan terbunuh manakala enam lagi masih hilang dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku akibat hujan lebat yang melanda sebelah timur laut Turki yang turut memusnahkan beberapa kediaman penduduk semalam. Kejadian tersebut berlaku sebuah pekan Gundogdu di wilayah Rize di sebelah timur Laut Hitam lewat malam semalam, pasukan penyelamat meneruskan operasi menyelamat hari ini. Menteri negeri Anatolian, Faruk Nafiz Ozak berkata, mereka yang berada di tempat kejadian melaporkan bahawa enam mangsa masih tidak ditemui. Jentera pengaut digunakan bagi menggali balik bangunan empat tingkat yang ditenggelami tanah runtuh tersebut. Perkhidmatan telefon turut terputus di kawasan pergunungan. Kejadian maut akibat tanah runtuh sering berlaku di kawasan pantai Laut Hitam, Turki bila hujan lebat akan menyebabkan kemusnahan ke atas penempatan penduduk yang dibina dengan tidak mengikut peraturan. - REUTERS |
| Restoran Makan Daging Manusia Di Jerman Posted: 28 Aug 2010 11:01 AM PDT Restoran saji daging manusia? BERLIN: Sebuah restoran baru memeranjatkan bakal pengunjung apabila melancarkan iklan meminta sumbangan anggota tubuh manusia dan membayangkan ia akan termasuk dalam menunya. "Penderma dikehendaki. Jadi ahli hari ini," menurut pengumuman dalam laman web Filme, sebuah restoran yang dijadual dibuka di Berlin, lapor akhbar Der Spiegel. Menunya menyenaraikan pelbagai masakan yang didakwa berasal daripada tabiat makan kaum Waririca, penduduk di Amazon yang terkenal kerana memakan daging manusia. Ia meminta bakal penderma mengisi borang dan menyenaraikan secara terperinci kesihatan dan tabiat senaman mereka sebelum menambah: "Selepas pemeriksaan perubatan, anda boleh memutuskan bahagian mana yang ingin anda derma!" Lokasi dan butiran terperinci Filme, yang juga mengiklankan jawatan untuk seorang 'pakar bedah yang berfikiran terbuka,' tidak didedahkan. Laman web itu menjelaskan: "Kami menganggap menjamu selera sebagai sebahagian daripada perbuatan spiritual di mana roh dan kekuatan manusia yang dimakan itu diberikan kepada tetamu." Bagaimanapun, sebahagian besar penduduk Jerman percaya ia iklan palsu atau langkah untuk menarik perhatian. "Saya yakin ia hanya jenaka," kata Naib Pengerusi Parti Kristian Demokrat Berlin, Michael Braun. "Tetapi ia amat meloyakan lebih-lebih lagi seorang penduduk Berlin pernah dibunuh dan kemudian dimakan seorang lelaki, juga penduduk bandar raya itu, tidak lama dulu," katanya. Braun dipercayai merujuk kepada Armin Meiwes yang dihukum penjara seumur hidup pada 2006 selepas memakan daging Bern Jurgen Brandes yang secara sukarela menawarkan diri untuk menjadi mangsanya. - Agensi apatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan |
| JAIP Cekup Budak Sekolah Yang Asyik Rakam Projek Mereka Posted: 28 Aug 2010 10:00 AM PDT Macam-macam maksiat zaman Najib nihh JAIP cekup remaja asyik rakam hubungan seks KUALA LUMPUR: Sepasang kekasih dipercayai remaja masih bersekolah ditangkap pasukan pencegah maksiat ketika sedang asyik melakukan hubungan seks termasuk merakam aksi ghairah mereka menggunakan video telefon bimbit di Kuantan, Pahang. Aksi panas rakaman selama 10 minit itu disebarkan secara meluas melalui internet sejak seminggu lalu dan kejadian itu dipercayai berlaku jam 3 petang, minggu lalu. Bagaimanapun, rakaman aksi seks mereka hanya dirakam selama dua minit manakala baki lapan minit rakaman adalah perbualan serta sesi soal jawab dengan pencegah maksiat. Remaja lelaki yang dipercayai memegang telefon bimbit dan merakam aksi mereka dikatakan tidak sempat mematikan rakaman kerana terkejut apabila disergah pihak berkuasa dipercayai pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menyebabkan telefon bimbit terjatuh tetapi masih merakam audio perbualan mereka. Seorang lelaki dipercayai pencegah maksiat menahan mereka dan meminta kad pengenalan pasangan berkenaan tetapi dibantah, sebaliknya remaja itu meminta pencegah maksiat menunjukkan kad kuasa. Apabila ditanya apa hubungan mereka sama ada sebagai suami isteri atau tidak, pasangan remaja itu mengaku hanya sebagai kawan tetapi remaja tetap berkeras tidak mahu menyerahkan kad pengenalan untuk diperiksa. Sebaik saja penguat kuasa bertegas termasuk mengugut untuk menggunakan kekerasan dan membawanya ke balai polis, barulah dia memberikan kerjasama. "Saya akan bawa kad pengenalan ni ke balai polis dan hubungi ibu bapa awak. Orang lain sibuk nak sambut raya, kamu pula sibuk f**k anak orang," kata pegawai penguat kuasa tetapi remaja lelaki itu berkali-kali merayu mengatakan keluarganya orang susah dan seboleh-bolehnya tidak mahu perkara itu diketahui keluarga. 'Drama' itu berterusan apabila remaja lelaki itu meminta pegawai penguat kuasa berterus terang apa sebenarnya yang dia mahukan termasuk wang sebagai ganjaran jika melepaskan mereka. Tawaran itu ditolak dengan tegas, sebaliknya memberi amaran supaya tidak melakukan apa-apa yang boleh menimbulkan kemarahan atau kesalahan lain. Remaja lelaki kemudian meminta maaf dan merayu lagi supaya tidak dibawa ke balai polis atau pejabat agama yang terletak berhampiran mahkamah Kuantan. "Awak ingat saya tak serius ke tangkap orang buat maksiat, kamu ingat saya menyamar ke? Sekarang saya nak tolong kamu, ikut saya ke pejabat agama. Kenapa nak minta maaf dengan saya, saya bukan Tuhan... kamu buat salah dengan Tuhan kenalah minta maaf dengan Tuhan," kata pegawai penguatkuasa itu. Pasangan remaja itu juga mengaku, itulah kali pertama mereka bertemu sebelum melakukan hubungan seks tetapi terus merayu supaya tidak dibawa ke pejabat agama dengan alasan tidak mahu berkahwin kerana masih terlalu muda. "Tolonglah encik, saya tak nak kahwin, dia (pasangan wanita) pun masih sekolah lagi. Saya pun masih bersekolah, nanti mak saya risau," kata remaja lelaki sambil disampuk teman wanitanya. apatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan |
| Posted: 28 Aug 2010 08:50 AM PDT Bagus juga BN guling sesama mereka. Ada harapan PR untuk tawan Sabah Umno Sabah dakwa LDP sekongkol mahu 'guling' Musa Aman KOTA KINABALU, 28 Ogos — Timbalan Pengerusi Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak mendakwa ada pemimpin Parti Liberal Demokratik (LDP) bersekongkol dengan pihak tertentu untuk menjatuhkan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. Beliau berkata pihak berkenaan juga merancang untuk meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggugurkan Musa selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu. "Kami percaya ada dalang di sebalik semua ini dan kami tahu apa yang mereka lakukan, tetapi kami BN Sabah tidak akan membiarkan mereka merealisasikan agenda mereka yang melakukan serangan peribadi ke atas Datuk Seri Musa (gambar)," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. Salleh yang juga bekas Ketua Menteri mempersoalkan rasional di sebalik kenyataan Presiden LDP Datuk Chin Su Phin pada Selasa lalu dan mendakwa ianya adalah sebahagian daripada plot untuk menjatuhkan Musa. Ketika dihubungi The Malaysian Insider kelmarin, Ketua Pemuda LDP Chin Su Ying juga menuduh Musa sebagai pembuli parti-parti kecil kerana enggan menerima luahan atau pandangan ketika mempengerusikan mesyuarat BN negeri. Ekoran rasa tidak puas hati dengan cara Musa melayan mereka, pucuk pimpinan LDP tiada pilihan lain kecuali ke Kuala Lumpur untuk menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membawa masalah dihadapi. Musa yang berkata bahawa malang bagi LDP kerana masih terbawa-bawa dengan isu patung Mazu yang kesnya sudah selesai di mahkamah. "Kami percaya majoriti pemimpin LDP adalah rasional dan cukup bijak untuk membezakan antara yang betul dan yang salah, terutamanya apabila isu yang dibangkitkan Chin melibatkan kepentingan peribadi orang lain. "Keadaannya mungkin berbeza jika isu yang dibangkit adalah berkaitan kepentingan masyarakat," kata Salleh dipetik Bernama. Beliau seterusnya menasihatkan pemimpin LDP agar tidak membiarkan diri mereka dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda sendiri. Salleh juga yakin semua parti komponen BN Sabah akan menyokong Musa yang telah membuktikan keupayaannya memimpin negeri sejak menjawat jawatan Ketua Menteri pada 2003. Dalam kenyataannya pada Selasa, Chin dilapor berkata LDP tidak lagi dapat bekerja dengan Musa tetapi akan terus menyokong dan bekerjasama dengan Umno serta menyatakan sokongan penuh kepada Perdana Menteri dan gagasan 1 Malaysianya. apatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan |
| Tok Guru Nik Aziz Bidas Tok Peti Bisu Perak & UMNgOk Posted: 28 Aug 2010 08:10 AM PDT Hari ni Nik Aziz pertahankan Teo Nie Ching, yang dikatakan oleh haram jadah sana sini sebagai perbuatan haram. Ini dia kenyataan tok guru Nik Aziz pertahan anggota Parlimen Teo KOTA BARU, 28 Ogos — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempertahankan tindakan anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lepas. Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Parlimen tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam. "Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam," kata Nik Aziz (gambar) kepada pemberita, di sini hari ini. Beliau diminta mengulas tindakan Anggota Parlimen DAP itu yang menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat utama surau terbabit. Tindakan Teo itu menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Majlis Agama Islam Selangor menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut. Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz berkata tindakan itu dilihat ganjil kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama sedangkan pada zaman Nabi Muhammad SAW baginda mengajak orang kafir Quraisy tinggal di dalam masjid termasuk dibenar tidur, makan dan minum. "Cuma apa yang dilihat (benda) itu sebagai pelik di zaman ini menunjukkan umat Islam kita terlalu jahil dengan agama," katanya. Nik Abdul Aziz sebelum itu hadir berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 174 penghuni rumah anak yatim Puteri Harapan Taman Sabariah. — Bernama Kenapa saya kata harusani haram jadah sana sini, ini pendedahannya yang dibuat oleh Ustaz Ahmad Awang..baca, jangan tak baca..ini pendedahan eklusif..
Mufti Perak terus bermain politik. Mengajak PAS bersatu dengan Umno demi meny
. Ikuti wawancara TARMIZI MOHD JAM dan INTAN ABDULLAH mengenai beberapa pengamatan dan pendedahan beliau terhadap mufti penuh kontroversi itu
Tan Sri Harussani mendakwa sekarang ini dia bertindak sebagai mediator atau orang tengah nak menyatupadukan Melayu dan Islam antara Umno-PAS. Apa reaksi Ustaz? USTAZ AHMAD AWANG: Cuma yang menghairankan saya ialah bagaimana dia nak jadi orang tengah, pada hal dia duduk di sebelah sana (Umno). Selama-lamanya dia tak pernah duduk di tengah-tengah, walaupun ada juga pandangan dia yang bercanggah dengan kerajaan Umno-BN. Dia tak setuju (ketika mewakili suara para mufti) dalam isu tertentu seperti isu Sure Heboh TV3, dan murtad. Ada keberanian dia menyatakan pandangan. Tapi kerajaan Umno-BN tidak mempedulikannya. Tetapi, kita dari PAS tetap menyokong pandangan tegas dia itu. Inilah yang saya mahu katakan, PAS tak mengetepikan kesemua pandangan mufti kerana ia merupakan salah satu saluran yang ada dan kita lihat walaupun beliau berpihak kepada kerajaan Umno-BN, tetapi dalam perkara yang ada kepentingan Islam kita sokong dia. Tidakkah sokongan itu akan mengelirukan rakyat? Pernah satu ketika, satu rombongan Dewan Ulama PAS Pusat, yang saya uruskan pertemuannya di pejabat Mufti. Dato' Harun Taib ada ikut bersama ulama PAS Perak. Masa itu Harussani tunjuk satu surat yang dikatakan melarang dia berceramah di Selangor sehingga program yang menjemput beliau di UKM dibatalkan. Dikatakan alasan pembatalan itu disebabkan Mufti Perak terlalu 'outspoken' dalam menyatakan pandangan. Pada ketika itu, Tan Sri Hamid Osman jadi Penasihat Agama kepada Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi), dia kata apa yang dikatakan Harussani tiada asas. Ini menunjukkan PAS pertahankan Harussani supaya dia tidak rasa keseorangan. Dia pun tahu tindakan penguatkuasa di Kuala Lumpur dan Selangor yang tangkap kes khalwat, tapi PAS yang dokong penguatkuasa. Umno tidak sokong diapun. Tindakan ini tak kelirukan rakyat sebab kita akan sokong atas kepentingan Islam. Tapi sekarang Harussani mahu memperlihatkan seolah-olah PAS yang tak mahu ke arah perpaduan... Dia bukan tak tahu. Pernah suatu ketika di Perak dia cakap secara terus dengan saya dalam satu majlis ceramah di Masjid Kuala Kangsar dengan mengungkit tegahan menyampaikan ceramah, kuliah di satu masjid di Ipoh kerana orang kuat Umno di situ menguasai masjid itu sehingga dia sendiri tidak dibenarkan berceramah atau kuliah. Usahkan orang lain, dia pun tak diberi. Semasa Pakatan Rakyat memerintah, sesetengah masjid boleh tukar kepimpinan kariah masjid melainkan masjid itu. Begitulah kekuatan pengaruh dan kuasa Umno. Mufti ini tahu inilah Umno yang menghalang kerja-kerja dakwah Islam. Bermakna, ini satu lagi bukti Umno tak pernah berusaha untuk menegakkan Islam tapi bila Harussani kata hendak menyatukan PAS dan Umno ini, Islam boleh hancur kalau berpecah, cukup tidak logik. Sedangkan dia duduk di sebelah Umno sahaja, bagaimana dia hendak jadi orang tengah. Tapi... barangkali Harussani ikhlas? Harussani tahu Umno ini banyak yang tak betul sehingga dia sendiri mengalami tekanannya. Dia ini umpama seorang ayah. Anak sedang berkelahi yang diminta berbaik. Tetapi salah seorang daripadanya dipukul sedangkan seorang lagi dibuat baik dan disayangi. Kemudian diminta berdamai. Mana boleh jadi begitu. Harussani langsung tidak ikut kaedah yang adil. Jadi nampaknya dia hanya nak pastikan Umno terus berkuasa. Tindakan seperti ini, bermula selepas kekalahan Umno di Perak. Bukan sebab Islam dan Melayu. Sebaliknya sebab nak pastikan Umno terus berkuasa. Ini kerana kepercayaan dia kepada Umno yang dirasakan paling layak atas nama isu Melayu, bukannya isu Islam. Dalam satu majlis bersama pelajar di Australia baru-baru ini, dia ada sebut, kalau bukan Melayu muslim, dia tak yakin mereka akan sokong Melayu. Sebab kalau ada saat genting, bukan Melayu muslim ini akan sokong bangsa mereka. Ini memang dia beritahu dalam pertemuan dengan pelajar itu. Dia tak percaya India atau Cina Muslim... Itu yang dia sebut. Taksub keMelayuannya sehingga dalam ucapannya kepada pelajar Malaysia di Adelaide itu, dia menegaskan kalau orang bukan Melayu walaupun dia muslim tidak boleh dipercayai kerana dia mesti menyebelahi bangsa mereka jika berlaku apa-apa situasi. Saya ada bukti tentang kenyataan Harussani dalam isu ini. Harussani dakwa Ustaz yang jadi punca perpecahan di Perak? Memang itulah fokus Harussani dengan mendakwa sayalah punca kepada huru-hara yang berlaku di Perak. Dia diwawancara sebuah majalah. Itu dakwaannya terhadap saya. Pada mulanya saya ada fikirkan untuk ambil tindakan undang-undang tetapi peguam kata elok saman majalah tersebut. Bagi saya, apa yang penting adalah nak jawab tuduhan itu, bukanlah saman. Majalah yang siarkan itu memberi kerjasama tetapi tidak menyiarkan keseluruhan temubual saya menjawab tuduhan Harussani itu. Mereka edit semula kenyataan saya bagi mengelakkan seolah-olah mufti itu melakukan kesilapan. Antaranya yang disebutkan ialah sewaktu dalam satu pertemuan PAS di rumah Harussani, kami kononnya minta jasa baik dia agar mohon Tuanku Sultan perkenan untuk membubarkan Dun Perak. Hakikatnya, kami pergi jumpa dia untuk menyampaikan hasrat isteri kepada Dato' Nasaruddin Hashim (Adun Bota-BN yang diculik) yang merayu hendak berjumpa dengan Raja Muda Perak untuk memberitahu suaminya itu seolah-olah seperti diculik. Isterinya dakwa ada dua kereta putih (salah satu kereta polis) kononnya dititah oleh Raja Nazrin yang mahu berjumpanya. Sedangkan apa yang terjadi sebenarnya beliau dilarikan ke Putrajaya. Dia menangis dan dia rakamkan dengan telefon bimbit. Itulah yang hendak ditunjukkan sebagai bukti bahawa suaminya dilarikan. Itu sebenarnya tujuan asal pertemuan PAS dengan Harussani ketika itu. Tetapi dia dakwa dalam temuramah dengan majalah itu, PAS minta jasa baik dia untuk bantu usaha membubarkan Dun Perak. Apa lagi yang didakyah Harussani dalam cerita itu? Kata dia dalam wawancara itu, kalau dia ketuk pintu istana dan mohon hal (bubar Dun) itu, nanti Sultan akan tanya dia pulak. "Mufti ni masuk sebelah mana (PAS ke Umno?)". Kemudian saya jawab dakwaan Harussani itu dengan menegaskan PAS tak ada tujuan itu langsung. Malah Harussani memberi alasan kononnya dia waktu itu dah tak ada ruang untuk menyampaikan perkara itu (bubar Dun) kepada Raja Nazrin, kerana dia sekarang (ketika itu) sudah ada jurang dengan Raja Nazrin. Tempat dia dalam kereta Raja Nazrin itu (Harusani satu-satunya orang yang boleh duduk sekali dengan Raja Nazrin dalam kereta) telah diambil oleh orang lain, iaitu Tan Sri Anuar Zaini. Dia anggap Anuar ini sebagai pengganggu. Sebab itu dalam majlis sambutan Jubli Sultan Perak, Harussani kata Anuar Zaini tak mahu bersalam pun dengan dia. Ini yang nak saya tegaskan dolak-dalik dia dalam isu bubar Dun dan isu datang ke rumah dia. Nampaknya dia terlalu licik, akan ada yang terpedaya dan terperangkap kalau tak kenal betul-betul? Memang pun. Sekarang ini, orang tengok Harussani sebagai mufti. Orang tak tahu apa yang sedang dibuatnya. Dia benar-benar berbuat sebagai seorang ahli politik. Bila dia rasa dia mufti, dia boleh bercakap lantang mengenai perkara-perkara tertentu. Dia mengeksploitasi kedudukannya sebagai mufti. Hari ini di Perak dia jelajah ke masjid-masjid dan bercakap politik dengan lantang. Sampai pada suatu ketika ada seorang muslimat di sebuah masjid cabar dia letak jawatan bertanding pilihan raya. Sebab cakap politik banyak. Bila mufti bercakap, saya terpaksa menjawab. Tapi dalam kes melibatkan undang-undang dibuat untuk kesalahan agama, tapi dalam perlaksanaan terhalang kerana adanya tekanan pemimpin Umno. Macam isu sebat terhadap Kartika kerana minum arak. Dia Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dan mufti tapi di mana dia? Dia tahu kenapa diam? Adakah Ustaz angggap Harussani telah diperalatkan Umno... Memanglah dia tidak layak untuk menjadi orang tengah. Sebab itu, hari ini orang hentam dia, dengan pelbagai gelaran. Saya tak pernah sokong kata-kata orang pada dia. Saya pun simpati. Tetapi kita tidak boleh kata apa-apa. Selama ini ulama PAS juga dikutuk. Kenapa Umno boleh kutuk pemimpin PAS kerana Dr Mahathir kata mereka ini bukan ulama tetapi orang politik yang peralatkan Islam. Itu alasan bagi mewajarkan Umno kutuk pemimpin PAS. Dulu orang tidak kutuk mufti tertentu, tetapi bila hari ini ada mufti mengulangkan politik mesti dielak di masjid kerana ia diibaratkan sebagai kain serban kena disangkutkan di pagar masjid. Tapi semua dah terbalik. Sekarang dia yang bawa fahaman politik ke dalam masjid dengan menghnetam PAS dalam ceramah dan kuliahnya. Jadi dia dah jadi ahli politik. Sekarang dia kutuk PAS jadi sudah tentu dia dilihat sebagai wakil Umno, proksi Umno dengan jawatan itu. Maknanya wajarlah orang mengutuk dia. Kalau orang Umno pernah mengutuk ulama PAS sebagai orang politik jadi sekarang Harussani sudah jadi ulama politik. Sebab dia bercakap terus-terang di dalam masjid sampai ke luar negeri hentam PAS. Sebelum ini Umno kata politik tak boleh masuk ke dalam masjid. Senario sekarang menunjukkan Umno jilat kembali ludah mereka? Ya, malahan Umno pun arahkan mufti itu turun untuk memperkuatkan kawasan majoriti kaum Melayu di Perak seperti Lenggong. Jadi sekarang ini latar belakang mufti telah tercemar dan tercalar. Ada banyak kenyataan Mufti Perak yang boleh disifatkan berbohong? Boleh Ustaz sahkan... Itu perkara lain, tetapi ia juga berkaitan. Soal dia dengan Dato' Hasan Ali ini saya tidak mahu campurlah. Tapi saya ingin tegaskan PAS Perak sangat mengenali kerenah Harussani sejak 8 Mac 2008 sampailah ke hari ini. Apa yang dia buat, walaupun PAS cuba mendekatinya, tapi semua tak kena. Contohnya Pemuda PAS Perak bertemunya untuk bertukar pandangan, tapi menurut Pemuda, pendirian dia lebih cenderung kepada perkauman Melayu juga. PAS bukanlah menjauhinya. Hal ini mungkin tidak diketahui pemimpin PAS yang lain secara mendalam. Mungkin orang Selangor ingat dia mufti yang sudah lama (lebih 25 tahun berkhidmat), banyak pengalaman tetapi dia (Hassan Ali) kata tidak perolehi apa-apa daripada Harussani. Jadi, dia langsung tak ada kelayakan untuk jadi orang tengah dalam isu penyatuan PAS-Umno. Apa yang nak ditegaskan kepada Harussani, kalau dia berhasrat sangat nak jadikan Kerajaan Perak dikuasai oleh Melayu, dengan membawa PAS bergabung dengan Umno, maka rampasan kuasa yang berlaku pada Februari 2009 sudah mencapai tujuannya kerana kerajaan Umno-BN yang ada sekarang ini hanya ada seorang Adun yang bukan Islam. 30 lagi Melayu, 27 Umno dan tiga yang lompat parti. Maksud Ustaz, niat Harussani ajak PAS atas nama Melayu sudah pun tercapai kerana Melayu solid dalam Kerajaan Perak sekarang? Iya. Kini ada 95 peratus kuasa Melayu. Tolak speaker dan timbalannya, masih ada lagi 30 Melayu. Maknanya 95 peratus kerajaan Melayu ini dia boleh tumpu. Wahai mufti macam mana melalui kerajaan yang masih ada tempoh satu atau dua tahun ini, diangkat Islam di negeri Perak. Pertingkatkan kerja dakwah, masjid dimakmurkan, sekolah agama diperkuatkan. Mufti patut ambil berat dalam isu tanah dan sekolah agama. Dia dakwa, dia sebagai Exco tak boleh buat apa-apa jika kerajaan bagi tanah kepada orang Cina baru-baru ini. Di situ pun kenyataannya telah mengelirukan orang ramai. Ini kerana jawatan mufti itu tak duduk dalam mesyuarat Exco tapi tarafnya saja sama dengan jawatan Exco Kerajaan Negeri. Gaji, elaun dan sebagainya sama, tapi dia tak duduk di dalam mesyuarat. Apa yang dia hendak buat sekarang kerana kerajaan Melayu 95 peratus. Melayu telah ada. Tapi mufti janganlah beriya-iya sangat dalam urusan yang tidak berkaitan dengannya, macam kata MB Kedah, Ustaz Azizan (Abdul Razak), mufti janganlah duk ambik kerja orang lain. Ada profesional dan bidang tugas masing-masing. Sebagai Mufti Perak, apa yang Ustaz mahu Harussani lakukan? Pertama sekali, mufti itu kena pastikan kerja Islam dalam negeri itu. Raja sebagai Ketua Agama Islam di sesebuah negeri. Dalam hal ini, kerja mufti bukan hanya upacara baca doa sahaja. Tugasnya ialah mengIslamkan Istana itu. Jangan Melayukan Istana sebab ada adat istiadat Istana Melayu masih bercanggah dengan akidah Islam. Tapi Melayu ini kena ikut Islam kerana Raja Ketua Agama. Harussani sudah lebih 25 tahun jadi mufti takkan tak tahu tentang adat istiadat yang boleh dan tidak boleh ubah? Maknanya mufti wajib mengadakan kuliah pengajian agama setiap minggu di Istana untuk Raja dan ahli keluarga sahaja. Secara eksklusif. Barulah mereka boleh faham. Sekarang ini siapa yang mengajar warga Istana? Ini tugas mufti daripada atas, kerana rakyat mengikut agama pemimpin atasan mereka. Tapi kenapa mufti tak buat? Dan dia kena ajak ulama-ulama PAS mengerjakan kerja-kerja Islam ini. Kalau Ustaz yang diajak, adakah Ustaz bersedia? Saya cabar Mufti Perak dalam hal ini. Saya nak tawarkan diri untuk kerja-kerja dakwah ini tanpa bayaran satu sen pun. Saya boleh sampaikan kuliah di Istana, kalau mereka (pihak istana) setuju. Harussani mungkin sampai mati jadi akan Mufti Perak, selagi Tuanku setuju. Sebab kontraknya tidak terikat dengan prosedur kerajaan selagi dia hendak jadi mufti. Tetapi ambil tugas ini. Barulah nampak peranan mufti sebagai Penasihat Agama kepada Raja selain mengeluarkan fatwa. Kalau setakat menjawab soal jawab di radio televisyen, ustaz yang bukan mufti boleh buat. Itu kalau di Istana, tapi dengan Umno macam mana pula? Pada saya, Harussani tidak berani bercakap benar bila berdepan dengan Ketua Umno sebab dia sendiri mendokong Umno. Kita mahu mufti kembali menjalankan tugasnya seperti menjalankan kerja dakwah, dan usaha-usaha lain. Jangan sebut PAS-Umno dalam masjid. Tapi apa yang benar kita cakap benar sebagai mana dalam al-Quran. Berapa kerat orang Umno yang hendak berdakwah tanpa dibayar gaji? Takkan di Perak tak ada ulama yang duduk dalam Umno? Tapi mana ada yang suka rela mengajar di masjid? Sebab orang Umno budaya mereka begitu. Kita perlu perlihatkan bahawa kuasa Umno halang ceramah di masjid. Kenyataan Ahmad Maslan yang dakwa dia akan satukan juga PAS dengan Umno berdasarkan dengan senario yang dimulakan Harussani sarat dengan motif. Ia satu usaha memecah-belahkan PAS dan Pakatan Rakyat. Bagaimana Ustaz melihat perkara ini? Memang saya lihat Umno cukup gembira dengan peranan mufti ini sebab dia tahu mufti ini amat menyerlahkan apa yang dihasratkan oleh Umno. Sebab Umno tidak akan mengajak PAS untuk sama-sama bergabung melainkan untuk menghadapi masalah dalaman Umno. Saya jangkakan pilihan raya umum akan datang, Umno kalah teruk. Sebab itu mereka bersungguh untuk satukan PAS dengan Umno. Soalnya kenapa baru sekarang nak ajak bersatu? Itu betul. Sebelum ini mana ada Umno pernah ajak PAS. Kalau dia menang besar seperti tahun 2004, mana ada Umno ajak PAS bersatu. Tapi tahun 1999, dia kalah sikit, dia mula tuduh PAS khianati Melayu. Umno hari ini seronok, media arus perdana membesar-besarkan perkara ini. Tinjauan Sinar Harian di Melaka, menampakkan perpaduan Melayu PAS-Umno. Rakyat di sana menyokong kerana kalau tidak sokong Melayu akan rugi. Dan sasaran kajian itu adalah orang Umno. Tidakkan kalau PAS tolak, PAS akan dicap sebagai degil dan anti perpaduan? Itulah akhirnya. Umno akan buat kesimpulan bahawa PAS ini merupakan parti yang paling degil dan tidak mahu berpakat untuk kebaikan Islam dan untuk Melayu. PAS akan dituduh lebih senang berkawan orang bukan Islam dengan parti KeADILan yang dipimpin penyokong Yahudi. Sekarang Umno main serampang tiga mata dalam serangannya. Kalau terhadap PAS, serangannya dalam agenda perpaduan dengan Lokman Nor Adam bercakap, tapi tak laku. Selepas Mufti Perak barulah rakyat memperkatakannya. Kemudian mereka serang Anwar Ibrahim dengan mendakwa sebagai agen Yahudi. Umno serang DAP melalui kerajaan Pulau Pinang, seolah-olah anti Melayu. Serang semua matlamatnya untuk melemahkan Pakatan Rakyat. Untuk lemahkan PAS dengan mengatakan wujudnya puak yang inginkan penyatuan Umno-PAS, dan pemimpin PAS bukan Tok Guru Nik Aziz sahaja. Seolah-olah kaitkan yang tidak mahu berpakat adalah Tok Guru Nik Aziz sahaja. Sedangkan yang lain ada yang nak pakat dengan Umno. Apa yang patut PAS lakukan? Dalam hal ini pemimpin PAS mesti tegaskan, bahawa ini adalah keputusan parti. Tidak akan mendokong bersama Umno selama Umno tidak memberi ruang kepada Islam, berdasarkan pengalaman lalu. Saya ingin bertanya kepada mufti, kenapa dia menyerang saya dengan menyatakan saya ini keras sangat dengan menyatakan PAS tak mahu berpakat dengan Umno. Walhal dalam kepimpinan PAS, saya aktif hanya dalam tempoh 15 tahun kebelakangan ini. Tetapi saya telah memahami hal dalaman Umno ini, jauh lebih lama dari itu ketika dalam kerajaan. Apa yang berlaku dalam kerajaan, berdasarkan pengamatan Ustaz melihat kecenderunagn Umno terhadap Islam? Semasa di Jabatan Perdana Menteri (JPM), saya menjadi orang pertama pegawai tinggi di Pusat Islam, yang setaraf dengan Ketua Pengarah Jakim sekarang. Saya melihat semasa menjalankan kerja-kerja dakwah, dengan memahami PAS yang ada di dalam kerajaan Perikatan kemudian BN, tiada masalah sepatutnya. Walaupun pegawai terhad kepada berbagai sasaran. Semasa penganjuran Bulan Dakwah anjuran Pusat Islam, pemimpin Umno seperti wan mokhtar, Yusof Nor, Hamid Othman tidak mahu serta, tak nak berceramah. Yang menyampaikan pengisian pada ketika itu adalah pemimpin PAS seperti arwah Ustaz Fadzil Noor. Apa yang berlaku ialah puak-puak Umno ini nampak ia seperti kempen PAS, hasilnya saya mendapat notis 24 jam dipindahkan. Ustaz dituduh PAS? Kerana ligat anjurkan dakwah? Ini cukup jelas. Ia menunjukkan Umno tidak mahu dakwah dan Islam. Bila pelajar di London menganjurkan beberapa program dakwah dan Islamik, mereka mendakwa ini dakwah songsang, budak-budak jadi ekstrem. Dr Mahathir dalam zaman PAS duduk dalam BN melalui Perikatan, pada tahun 1976 semasa komunis di Vietnam sedang mengamuk dengan Teori Domino, kononnya komunis akan masuk ke Thailand dan kemudian ke Malaysia. Semasa itu negara kita dilihat bakal menghadapi ancaman komunis semula. Pada masa itu, memang ada beberapa gerakan sehingga ada lapangan terbang dibom, dilihat juga Abim sebagai badan dakwah yang anti kerajaan. Semasa PAS masuk BN, Abim dianggap sebagai pembangkang. Sebab itu pada tahun 1974, Anwar Ibrahim ditahan. Ia menyebabkan Abim dilihat anti kepada percampuran antara PAS-Umno. Maknanya Umno ini ada sahaja sasarannya yang dilihat tak ngam dengan mereka? PM masa itu, Tun Hussein Onn pernah minta Majlis Keselamatan Negara (MKN) menjustifikasikan cadangan kerajaan untuk mengharamkan Abim, ketika itu. Haramkan Abim? Tak pernah dengar rasanya isu ini.... Ya, ada. Banyak orang tak tahu. Tapi wakil Bukit Aman menyatakan Abim tiada hubungan dengan gerakan bawah tanah dan ektremis dan Kementerian Luar pun buat laporan Abim ada keluar negara dan buat hubungan tetapi sekadar antara NGO dan gerakan Islam lain. Tiada yang menyatakan Abim ini militan. Yang buat laporan semua pegawai bukan Melayu. Tinggal kami sahaja yang Islam dalam komiti itu. Kami buat keputusan menyatakan tiada kewajaran untuk mengharamkan Abim. Sebab tiada bukti menunjukkan mereka ini mengancam keselamatan negara. Kalau ada pun, beberapa pemimpin yang anti-kerajaan. Tapi, Tun Hussein Onn tidak berpuas hati dengan keputusan itu dan minta ianya disemak semula. Sekiranya Teori Domino ini berlaku, kami bagi hujah, sekian ribu anggota Abim yang berani ini akan mempertahankan negara kerana mereka berpegang kepada agama yang sanggup mati syahid. Kalau Abim diharamkan, Umno-BN bimbang komunis akan memperalatkan mereka untuk menentang kerajaan pula dan ini akan jadi masalah besar kepada keselamatan negara. Akhirnya buat keputusan, tak wajar diharamkan. Abim mesti wujud dalam konteks menghadapi komunis. Maknanya Abim cuba nak dijadaikan galang ganti lawan komunis jika Teori Domino itu trajedi... Inilah yang dikatakan kerajaan Umno-BN. Pragmatis. Kisah haramkan Abim ini tak ramai yang tahu. Hatta PAS yang duduk dalam BN pun, tak tahu mengenainya. Saya ketika itu ahli MKN mewakili JPM. Pada Ustaz, Umno memang tidak mahukan Islam dan hanya pergunakan untuk kepentingan kuasa semata-mata! Pengalaman saya duduk dalam kerajaan telah puas melihat tindakan Umno yang anti Islam sudah cukup bagi saya. Walaupun saya tak duduk dalam parti politik waktu itu, sehinga akhirnya media Umno cabar Ahmad Awang kalau hendak berpolitik tinggalkan jawatan masuk parti politik dan bertanding. Saya dituduh menggunakan Pusat Islam untuk kepentingan politik PAS. Sedangkan saya hanya menyampaikan Islam, menyebarkan dakwah, ini kewajipan saya. Sampai saya dipindahkan ke Kementerian Pelajaran dan dibekukan sebarang tugasan sehinggalah Anwar masuk kerajaan barulah saya dibenarkan menjalankan beberapa tugas. Inilah bukti Umno tidak bersedia terima Islam dan dakwah pun ditolak. Pada masa itu, Umno ada usul agama dalam Perhimpunan Agung mereka. Tapi usul itu tidak laku. Usul agama selepas PAS ditendang keluar akhirnya menjadi usul hentam PAS. Tapi yang boleh dilakukan oleh ulama-ulama dalam Umno membetulkan keadaan ini? Kebanyakan ustaz-ustaz seperti Dasuki Ahmad, Hamid Othman, Yusof Nor, Hamid Zainal Abidin, Abdul Kadir, (semua tu kawan-kawan saya) yang duduk dalam Umno adalah untuk mencari kedudukan. Mereka diperalatkan oleh Umno untuk tujuan kepentingan mereka. Apa yang mereka boleh lakukan? Mereka tak boleh jalankan dan mereka tidak boleh buat apa-apa. Maknanya, ajakan Mufti Perak ini juga sebahagian dari propaganda Umno; berdasarkan kecenderungan mereka dalam kerajaan yang tak berminat laksanakan Islam... Begitulah... Mufti Perak kena tahu inilah kerja Umno memperalatkan orang agama jika ada lagi yang minat bercakap Islam. Sebab itu tiada lagi ulama dalam Umno laku pada rakyat. Umno pun tidak terima, mereka seronok bila mufti jadi juara dalam isu ini bagi pihak mereka. Harussani sudah mencabar profesionnya dan Sultan yang dilibatkan mufti ini kepada politik maka ini sudah timbulkan masalah kepada rakyat dan negara. Apa lagi dia bercakap di Australia, dalam usaha satukan Umno PAS-Umno, dia kata Sultan telah bersetuju. Dia telah menyeret Sultan kepada parti politik. Harussani sudah cemarkan jawatannya dan kedudukan Sultan sendiri. apatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan |
| Isu Mahasiswa Berpolitik..Saifuddin Perjelaskan 30 Alasan Kepada MT UMNO Yang Kurang Berfikir Posted: 28 Aug 2010 08:00 AM PDT ![]() Saifuddin perjelas MT Umno 30 alasan nafi hak mahasiswa berpolitik KUALA LUMPUR, 28 Ogos — Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah membentangkan 30 alasan yang sering digunakan untuk menghalang pelajar institusi pengajian tinggi dan pensyarah menyertai politik secara aktif. Dalam penjelasan panjang lebar kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno semalam, Saifuddin berkata, alasan bahawa pelajar akan mengalami gangguan tumpuan dalam pengajian mereka dengan menyertai politik luar adalah tidak benar sama sekali. "Kalau begitu, orang yang sudah bekerja pun tidak boleh berpolitik sebab takut mengganggu kerja mereka," kata beliau dalam kertas kerja yang dibentangkan pada mesyuarat MT semalam. "Punca utama pelajar terganggu akademiknya adalah faktor lain. "Ada pelajar yang tidak aktif apa-apa pun, tetapi masih terganggu juga akademiknya oleh pelbagai faktor lain seperti 'clubbing', putus cinta, murung dan sebagainya," kata beliau. Cara berfikir itu, menurut beliau, samalah dengan yang menuduh kokurikulum menyebabkan akademik terganggu dan premis ini telah ditolak oleh kajian, antara penyelidikan kendalian Universiti Harvard. Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Saifuddin memberitahu, kertas kerja 80 perenggan itu dengan terperinci menjelaskan pandangan alam, cadangan, matlamat utama, halangan, perkembangan semasa, langkah kehadapan dan faedah membenarkan pelajar IPT berpolitik. "Kertas itu juga menyenaraikan 30 alasan yang menentang cadangan saya itu dan menjawabnya dengan kemas satu persatu," kata Ahli Parlimen Temerloh ini. Saifuddin berkata, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak sekali lagi memperlihatkan sikap terbuka beliau untuk membincangkan idea membenarkan mahasiswa berpolitik. "Saya memuji kenyataan Datuk Seri Najib di mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam bahawa waaupun Kabinet telah membuat keputusan melarang pelajar IPT berpolitik, namun beliau terbuka untuk membincangkannya. "Datuk Seri Najib jelas memahami realiti politik semasa yang meraikan perbincangan idea-idea," kata beliau. Saifuddin berkata, Najib yang juga Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) juga dapat menyelami minda dan imaginasi belia terhadap politik. "Sikap beliau ini amat signifikan dalam mematangkan demokrasi negara. Inilah corak kepemimpinan politik yang dinanti-nantikan oleh belia kita," katanya lagi. Najib juga menyatakan sikap terbuka berhubung idea itu ketika pertemuan Makmal Pemuda BN di ibu negara pagi semalam. Akhir bulan lalu, Saifuddin memberitahu,idea membenarkan mahasiswa dan pensyarah politik akan dibawa ke mesyuarat MT untuk mendapatkan sokongan. Bagaimanapun Kabinet dalam mesyuaratnya tiga minggu lalu telah menolak idea berkenaan. Menjelaskan lanjut alasan-alasannya dalam kertas kerja itu, Saifuddin juga menyangkal bahawa pelajar tidak atau belum matang. Katanya, definisi matang digunakan dalam undang-undang. "Contohnya, dalam kes rogol, wanita berumur 16 tahun dikira matang untuk melakukan hubungan seks; dalam kes jenayah, orang berumur 18 tahun tidak lagi dibicarakan di mahkamah juvana; dan orang berumur 21 tahun layak mengundi. "Jika wanita berumur 16 tahun dikira matang untuk melakukan hubungan seks dan seseorang berumur 18 tahun dikira matang untuk berhadapan dengan undang-undang jenayah, dan katakanlah kedua-duanya tidak memiliki kelayakan untuk menjadi pelajar IPT, maka, adakah wajar untuk mengatakan bahawa pelajar IPT, yang lulus SPM atau STPM atau setaraf dengan cemerlang dan mendapat CGPA yang cemerlang di IPT, adalah tidak matang jika dibandingkan dengan mereka?" katanya. Dalam hal yang lain, kata beliau, sebaik sahaja seseorang itu melangkah keluar dari IPT dan menjadi guru siswazah, maka, beliau bukan sahaja dibenarkan menjadi ahli parti politik, malahan dibenarkan juga memegang jawatan dalam parti politik. "Tetapi, beberapa detik sebelum itu, orang yang sama dianggap tidak matang? "Apabila berumur 21 tahun, pelajar IPT dianggap layak mengundi dalam pilihan raya umum, tetapi, pada masa yang sama dianggap tidak layak menjadi ahli parti politik yang dipangkahnya itu?" katanya lagi. Saifuddin berkata, jika alasan bahawa biarlah mereka memilih parti politik yang mereka suka selepas tamat belajar, kerajaan perlu melewatkan umur mengundi pelajar iaitu hanya boleh membuang undi selepas keluar IPT. Malah beliau menolak tanggapan cerita-cerita tentang keburukan akibat pelajar aktif berpolitik, contohnya demonstrasi yang merosakkan harta benda. "Cerita tentang demonstrasi perlu adil. "Janganlah kalau ia melibatkan orang kita, maka demonstrasi dibolehkan, tetapi kalau melibatkan orang lain, maka demonstrasi tidak dibolehkan. "Cerita merosakkan harta benda itu perlu diteliti. Contohnya, pelajar dituduh lari ke dalam masjid dengan tidak menanggalkan kasut. Logiknya, kalau dikejar, manalah sempat hendak membuka kasut!" katanya. Jelas beliau, pelajar yang berlindung dalam masjid dituduh memecahkan tingkap kaca. "Sebenarnya, tingkap kaca pecah terkena gas pemedih mata yang ditembak dari luar masjid ke arah pelajar. Ini adalah teknik menakutkan-nakutkan untuk membina 'culture of fear' yang tidak baik untuk pembangunan negara," katanya lagi. Beliau juga menyangkal bahawa pelajar-pelajar IPT sudah diberi ruang berpolitik melalui politik kampus. "Politik kampus memang wujud. Sebenarnya, ia perlu ditingkatkan, misalnya dengan membenarkan pelajar melaksanakan sendiri pilihan raya kampus iaitu seperti yang berlaku di sesetengah IPTS kita dan di banyak universiti terbaik di luar negara," katanya. Saifuddin berkata, isu sekarang ialah mengiktiraf hak mereka sebagai warganegara yang dijamin oleh Perlembagaan. "Politik kampus adalah terhad kepada aktiviti kokorikulum. Penglibatan pelajar dalam politik yang lebih luas akan menyuburkan lagi idealisme mereka dan akan dapat membantu mereka apabila berhadapan dengan dunia pasca-IPT," katanya lagi. Berhubung alasan bahawa pelajar akan diperkuda oleh pemimpin-pemimpin politik luar jika menjadi ahli parti, Saifuddin menyoal "siapa suruh pelajar jadi kuda?" "Jadilah penunggang," katanya. Oleh sebab itu, kata beliau, negara harus memberi peluang kepada pelajar sebab mereka adalah sebahagian daripada masyarakat sivil. "Kenyataan-kenyataan sebegini merendahkan keupayaan intelek pelajar. "Sebenarnya, menyekat hak politik pelajar juga merupakan langkah memperkudakan pelajar iaitu membuat pelajar tidak boleh bersuara secara politik," katanya. Selain itu jelas beliau, tidak ada sesiapa yang mengatakan pelajar perlu mengurangkan fokus ke atas pelajaran. Malah matanya, tidak ada data empirikal menunjukkan pelajar gagal dalam pelajaran disebabkan berpolitik. "Ramai yang berpolitik di kampus yang berjaya pada hari ini. "Ada juga yang tidak berpolitik semasa di kampus yang hari ini tidaklah berjaya sangat. Matlamat ke universiti ialah untuk menjadi insan yang baik, termasuk dalam bidang politik," katanya. Alasan-alasan lain dijawab Saifuddin ialah: ALASAN: Politik kampus adalah ruang pelajar mengangkat idealisme pelajar sedangkan politik luar akan membunuh idealisme tersebut. Jawapan: Cadangan ini mahu meluaskan ruang yang sedia ada untuk meningkatkan partisipasi pelajar dalam demokrasi. Persoalannya, apakah idealisme pelajar sekarang? Apakah pula contoh idealisme Umno/BN yang membunuh idealisme pelajar? Sebenarnya, pelajar juga mampu mencorakkan politik luar. Contoh-contohnya wujud dalam sejarah gerakan pelajar di luar negara dan juga di dalam negara. ALASAN: Kalau pelajar menjadi ahli parti politik, mereka tidak lagi bebas mengkritik parti mereka. Jawapan: Itu masalah parti tersebut yang tidak boleh dikritik, bukan masalah pelajar. Atau, kalau pelajar memilih untuk tidak mengkritik, maka, itu masalah peribadinya. Pelajar boleh memilih parti mana yang sesuai dengan dirinya. Apa yang menariknya ialah orang yang menggunakan alasan ini terkenal dengan sikapnya yang tidak menggalakkan pelajar mengkritik. Merekalah yang selalu melabelkan pelajar yang mengkritik sebagai "radikal", "anti-establishment" dan "pro-pembangkang". Jadi, apabila ia menggunakan alasan ini, ia hanya menunjukkan ini adalah alasan yang sengaja diadakan-adakan sahaja. ALASAN: AUKU sebenarnya yang melindungi idealisme pelajar selama ini dan membentuk kepimpinan pelajar dengan acuan sendiri. Jawapan: Apakah contoh idealisme pelajar yang dilahirkan oleh AUKU? Acuan apakah kepimpinan pelajar hari ini? Idealisme pelajar bukannya sekadar menuntut kurangkan bayaran PTPTN, harga makanan asrama atau isu bas. Idealisme pelajar adalah berasaskan perjuangan yang berdasarkan kecintaan terhadap nilai-nilai muluk seperti kebenaran, keadilan dan perpaduan, serta kebencian terhadap ciri-ciri buruk seperti kepalsuan, kezaliman dan perpecahan. Antara lain, idealisme adalah berlandaskan ayat al-Quran tentang menyeru kepada kebaikan ('amal makruf) dan mencegah daripada keburukan (nahi mungkar). Kebanyakan kajian tentang AUKU Pindaan 1975 tidak menunjukkan yang ia melahirkan idealisme pelajar. Jika benar acuan yang dilahirkan AUKU itu positif untuk kerajaan, maka, mengapakah ia seperti tidak diterjemahkan dalam keputusan pilihan raya umum (contohnya Pilihan Raya Umum 2008) yang menyaksikan sokongan pengundi muda lebih condong kepada pembangkang? ALASAN: Apabila pensyarah berpolitik, maka ia mengganggu proses pengajian di universiti kerana mereka akan cuba pengaruhi pelajar. Pensyarah berlainan parti akan gagalkan pelajar berlainan parti. Jawapan: Universiti sudah lengkap dengan kaedah untuk mengawal mutu pengajaran dan pembelajaran. Pensyarah yang menggagalkan pelajar dengan alasan politik tidak layak menjadi pensyarah. Hukumlah beliau. Pokoknya, alasan ini menunjukkan sikap tidak percaya kepada pensyarah. Pensyarah dilihat lebih rendah daripada guru siswazah (yang pernah menjadi pelajarnya) yang kini dibenarkan aktif berpolitik. Pensyarah mempengaruhi pelajar IPT? Kalau begitu, silaplah kita membenarkan guru siswazah aktif berpolitik. Ini kerana, kalau pelajar IPT boleh dipengaruhi, ini kan pula murid sekolah. Sekali lagi, alasan ini berpunca daripada sikap tidak percaya kepada pensyarah. ALASAN: Pendekatan populis ini tidak menguntungkan masyarakat kampus, sebaliknya mengundang bahaya kepada sistem pendidikan yang akan dipolitikkan. Jawapan: Apa salahnya populis kalau ia bermatlamat untuk kebaikan rakyat dan bukannya diri sendiri? Ia lebih baik daripada tiada apa-apa pendekatan atau langsung tiada apa-apa pendirian. Kenapa perlu dipisahkan pendidikan dengan politik? Sekarangpun kita ada politik di kalangan universiti, pensyarah dan pelajar. Apa yang kita tidak mahu ialah politik ampu dan ragu, serta politik sempit dan kotor. Kalau adalah tempat terbaik untuk menjana politik ilmu dan baru, serta politik segar dan bersih, maka universitilah tempat yang terbaik. Alangkah anihnya, jika amanah besar itu ditolak oleh universiti dan sebaliknya diserahkan kepada orang lain. ALASAN: Kalau semua pelajar berpolitik akan timbul lebih banyak masalah. Jawapan: Pertama, apa masalahnya? Kedua, siapa kata semua pelajar? Ketiga, pelajar yang betul-betul aktif berpolitik bukanlah kumpulan yang besar. Keempat, apakah sekarang ini langsung tidak ada masalah? ALASAN: Bayangkan kalau semua pelajar bebas bercakap apa saja, apa akan jadi pada keamanan negara? Kita banyak isu sensitif. Jawapan: Pertama, kita mempunyai pelbagai undang-undang yang mencukupi untuk mengawal keadaan, seperti Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan sebagainya. Di IPT pula terdapat kaedah tatatertib. Kedua, kita telah lama merdeka. Kita perlu belajar berbincang isu-isu (yang dikatakan) sensitif dan bukannya menyapunya di bawah tikar. ALASAN: Majoriti pelajar "anti-establishment". Jawapan: Bukankah sejak hampir satu dekad ini, keputusan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IPTA hampir 100 peratus dimenangi oleh kumpulan (yang dikatakan) pro-Aspirasi? Jadi, tidak betullah jika dikatakan majoriti pelajar adalah "anti-establishment". Kalaupun benar pelajar "anti-establishment", maka, sepatutnya difikirkan bagaimana untuk mengelakkan daripada "establishment" dibenci oleh pelajar. Kecualilah jika "establishment" memang tidak mahu atau tidak boleh dikritik. ALASAN: Kita perlu lihat pro dan kontra perkara ini. Jawapan: Maknanya kita perlu lihat pro dan kontra jaminan hak berorganisasi dalam Perlembagaan? Usahlah terlalu mudah menggunakan strategi pro dan kontra dalam penghujahan. Kalau begitu, nikahpun ada pro dan kontranya. Cara berfikir ini sekadar untuk menimbulkan alasan tidak bersetuju sahaja atau sengaja mengada-adakan alasan atau membesar-besarkan alasan semata-mata. ALASAN: Pelajar Melayu sahaja yang minat politik. Pelajar Cina dan India lebih tumpu kepada pelajaran. Jawapan: Ini pendapat yang berunsur perkauman. Seolah-olah kaum lain tidak endahkan politik. Sebenarnya, pelajar bukan-Melayu juga berminat dan aktif dengan politik. ALASAN: Pelajar akan hilang pendekatan non-partisan. Jawapan: Persoalan menjadi ahli parti politik adalah persoalan individu. Persoalan "non-partisan" pada peringkat organisasi dan gerakan mahasiswa adalah persoalan berbeza dan boleh dikekalkan. Malahan, secara individu dalam parti politikpun masih boleh mengambil pendekatan bi-partisan, contohnya, seperti dalam Kongres dan Senat Amerika Syarikat di mana seorang Demokrat tidak semestinya menyokong bil yang dibawa oleh seorang Demokrat, hatta oleh Presiden Demokrat. ALASAN: Bukan semua pelajar hendak menjadi ahli parti politik. Jawapan: Siapa pula yang kata "semua"? Ini semata-mata untuk membenarkan siapa yang mahu sahaja, walaupun ia minoriti. Majoriti yang tidak mahu tidak patut menghalang minoriti yang mahu. Sebaliknya, dalam amalan demokrasi yang sihat, majoriti melindungi hak minoriti. ALASAN: Negara maju mempunyai latar belakang yang berbeza dengan kita. Kita tidak boleh meniru mereka. Jawapan: Janganlah menjadi bodoh lalu meniru membuta tuli. Tapislah. Pilihlah. Bukankah ada konsep best practise? Kita belajar apa yang baik. Apa yang buruk dijadikan sempadan. Baik dan buruk itu perlulah diukur dengan neraca kebenaran, dan bukannya dengan neraca denial. ALASAN: Pelajar kurang pengetahuan am. Jawapan: Sejak bila pula untuk menjadi ahli parti politik memerlukan seseorang itu lulus kertas Pengajian Am? |
| Macam2 Zaman Najib..3 Kes Rogol sehari Di Perak Posted: 28 Aug 2010 06:52 AM PDT Budak 11 tahun hamil diperkosa bapa saudara SERI ISKANDAR: Tiga kanak-kanak perempuan termasuk seorang yang baru berusia 11 tahun didakwa hamil angkara perbuatan tidak berhati perut bapa saudara sendiri yang mengambil kesempatan terhadap kesusahan keluarga mangsa manakala seorang lagi dirogol rakan sekolah sendiri selepas saling berbalas SMS lucah. Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, kes sumbang mahram membabitkan mangsa berusia 11 tahun di Tanjung Blanja, dekat sini, berlaku enam bulan lalu, tetapi hanya disedari ibu mangsa baru-baru ini apabila mendapati anaknya hamil enam bulan sebelum membuat laporan polis pada 10 Ogos lalu. "Bapa saudara mangsa berusia 59 tahun dikatakan melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa sejak enam bulan lalu, tetapi disedari ibu mangsa selepas mendapati perut anaknya makin membesar. "Kejadian berlaku ketika suspek membawa mangsa keluar bersiar-siar, tetapi mengambil kesempatan melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa. "Selepas dua bulan melakukan perbuatan itu, suspek mengajak mangsa tinggal bersamanya dengan alasan menjaga mangsa kerana ibunya orang susah," katanya ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan pengusaha stesen minyak, kedai emas, institusi kewangan dan kilang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah di sini, kelmarin. Beliau berkata, berikutan laporan itu, polis menahan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan. Menurutnya, kes kedua membabitkan pelajar perempuan sekolah menengah di Seri Iskandar berusia 15 tahun yang mendakwa dirogol rakan sekolah sendiri selepas saling berbalas SMS berunsur lucah antara satu sama lain. "Kejadian berlaku apabila mangsa keluar dari kelas dipercayai mahu memberikan wang kepada adiknya, suspek dikatakan menarik mangsa memasuki bilik utiliti lalu dirogol. "Mangsa membuat laporan polis menyebabkan suspek ditangkap pada hari sama," katanya. Katanya, kes ketiga berlaku di Kampung Gajah membabitkan mangsa berusia 12 tahun yang dikatakan dirogolg lelaki berusia 23 tahun pada 15 Ogos lalu. "Mangsa yang belajar di sekolah di Teluk Intan tetapi tinggal di Kampung Gajah dikatakan berkenalan dengan suspek sebelum saling berhubung melalui SMS. "Ketika hari kejadian, suspek dikatakan membawa mangsa ke rumah sewanya di Changkat Lada sebelum dirogol dan suspek ditahan selepas mangsa membuat laporan polis pada keesokan hari," katanya. apatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan |
| Kenapa Utusan & UMNO Serang Ahli Parlimen Serdang Habis-Habisan Posted: 28 Aug 2010 05:10 AM PDT Kenapa Utusan Malaysia tiba-tiba melancarkan serangan ke atas MP Serdang? Kenapa Utusan Malaysia dan Cybertrooper BN/UMNO tiba-tiba melancarkan serangan ke atas MP Serdang yang berasal dari DAP? Di antara sebabnya adalah, DAP melahirkan wakil rakyat yang betul-betul mendekati rakyat di peringkat akar umbi dan ini dipandang sebagai ancaman oleh pemimpin BN/UMNO yang angkuh, sombong dan hanya muncul di kalangan rakyat semasa musim pihanraya dan pilihan kecil. Maka dengan melempar fitnah yang berbentuk agama menjadi jalan mudah bagi Utusan Malaysia dan Cybertrooper BN/UMNO untuk menakutkan masyarakat kaum bumiputra yang semakin menerima perwakilan rakyat dari kaum bukan bumiputra. Setiap kali apabila timbulnya kes korupsi dan skandal di kalangan pemimpin politik BN/UMNO, mereka menunjuk jari ke hidung DAP dan masyarakat bukan bumiputra dengan dakwaan mereka mengancam status ekonomi kaum bumiputra. Tapi persoalannya, siapakah yang telah membazirkan wang rakyat jelata? Siapakah yang telah menyalurkan wang rakyat ke dalam pocket sanak-saudara dan kroni-kroni sendiri sehingga Malaysia menghadapi krisis bankrap pada tahun 2019 menurut Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Idris Jala? Adakah Ahli Pahlimen Serdang melawat surau untuk memancing undi? Ataupun beliau telah lama berkhidmat untuk rakyat dari latar belakang kaum, agama dan lapisan masyarakat yang berlainan sejak dipilih sebagai wakil rakyat pada bulan Mac 2008 yang lalu? Saudara-saudari sekalian boleh membuat penilaian sendiri dengan membaca blog beliau yang merekod jadual perkhidmatan seharian beliau sepanjang dua setengah tahun beliau menjadi ahli parlimen ini:- http://www.wretch.cc/blog/teonieching |
| Pengerusi JAIS Buta Agama, Langgar Fatwa Posted: 28 Aug 2010 04:12 AM PDT Bukan main hebat lagi Pak Khusrin, Pengarah JAIS memencak silat di gelanggang apabila diberitakan ada seorang ahli parlimen bukan Islam dari DAP masuk ke surau untuk beri ucapan dan sumbangan. Tak lama lepas tu Dato' Azib, Pengerusi MAIS pula tumpang sama dengan silat pulut 'berduet' dengan Khusrin. Amboi amboi, kalau melibatkan pimpinan PR cepat sungguh JAIS dan MAIS melatah dan menghukum. Islam mana dia orang pakai buat hukuman kita pun tak tau. Ooi betul juga, dua-dua bukan ada mengaji agama setakat tukang angguk aje bolehlah. Sementelah tu kedua-duanya karat UMNO lagi, jadi apa ruang yang ada untuk bodek Sultan, pastikan 'capitalize' betul-betul. Dia orang bukan minat dengan apa Islam cakap, yang penting boleh terus burukkan PR. Khusrin dan Azib tau tak bahawa orang-orang bukan Islam dibenarkan memasuki masjid dan surau! Syaratnya mereka dapat kebenaran AJK dan menjaga adab ketika di dalammya. Apa yang Teoh buat yang tak kena? Jikalau salah tak tutup aurat tegurlah AJK surau berkenaan kerana mereka bertanggungjawab menasihati Teoh. Ini tak terus ambik alih surau. Tengkorak punya hukuman. Buat malu kepada Islam. Sebelum ini pun dalam isu kalimah Allah pun sama, tetap berdegil mengharamkan penggunaannya di kalangan bukan Islam walaupun Islam membenarkannya. Memang sah macam cakap YB Khalid bahawa Pengarah JAIS ini perlu diganti sebab sememangnya tak layak! "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang." (sumber) apatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan |
| Pak Lah..Manusia Paling Jaga Sensiviti Islam Di Negara Ini Posted: 28 Aug 2010 02:30 AM PDT Hari ini Pak Lah kata... "Sebagai seorang wakil rakyat, kita mesti faham dulu tentang agama dan keharmonian semua kaum serta perlu tahu sensitiviti dalam hal agama supaya tindakan yang dibuat tidak menimbulkan rasa tidak senang hati yang boleh menjejaskan perkauman dan agama," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Hari Raya Kawasan Dewan Undangan Negeri Pinang Tunggal di sini hari ini. Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar mengenai Anggota Parlimen Serdang dari DAP, Teo Nie Ching memasuki ruang solat utama Surau Al-Huda, Kajang Sentral Ahad lepas untuk memberi "tazkirah", tanpa menutup kepala. "Dulu tiada orang bukan Islam bagi ucapan dalam masjid, orang masjid juga perlu faham perkara seperti itu dan jangan buat sesuka hati panggil mereka (orang bukan Islam) berucap atau bagi tazkirah di tempat ibadat kita," katanya. — Bernama (sumber) Kah..kah Pak Lah..yang hang pergi perkenalkan agama sesat baru, islam had hari..tak sentuh sensiviti umat islam ke.. pastu pergi letak kalung bunga kat tugu tu, tak jaga sensiviti umat islam ke ..pergi pegang sana sini..tak fikir sensiviti islam ke?? Pastu biarkan anak bini bermaksiat, tak kira jaga sensiviti..pak lah..pak lah..baru bangun tidur rupanya.. ![]() ![]() |
| KJ Benar-Benar Akan Keluar UMNO? Posted: 28 Aug 2010 01:34 AM PDT Setelah mengetuai Pemuda UMNO semenjak dari Mac 2009, Khairy Jamaluddin dikhabarkan mengugut untuk meninggalkan parti keramat beliau (UMNO) (sini) jika didapati majoriti ahlinya menyokong pertubuhan bukan kerajaan Melayu, Perkasa yang ditubuhkan selepas Pilihanraya Umum 2008 yang lalu. Sebab apa nak tinggalkan parti sebenarnya? adakah kerana sebagai alasan berikutan sokongan kepada UMNO kian luntur sekarang? Tidak dinafikan, orang yang paling lantang bersuara dalam UMNO ialah encik Khairy Jamaluddin (KJ) kita ini. Dari apa yang dikatakan oleh KJ itu, apa yang dapat di simpulkan adalah UMNO kini seakan-akan tenggelam dengan aktiviti PERKASA yang dipimpin Datuk Ibrahin Ali, lagipula, kedua-dua mereka ini tidak begitu "kamcing". Mungkin atas dasar tidak mahu malu nanti, kenyataan tersebut dikeluarkan KJ. "Jika wujud situasi di mana mereka (ahli Umno) memilih Perkasa berbanding saya, saya akan keluar," kata Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau. Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh KJ semasa beliau dan Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS iaitu Khalid Samad mengambil bahagian dalam Forum Ramadan 2010 anjuran majalah The Leaders di sini malam tadi. Kita pun sedia maklum yang KJ memang menentang habis-habisan isu yang dibawa oleh PERKASA sejak kebelakangan ini. Contohnya pada Jun lalu dimana Khairy terlibat dalam perang kenyataan dengan ketua Perkasa. Bangkit melawan, Ibrahim Ali pula dengan lantang mempertikaikan kepimpinan Khairy sambil menegaskan beliau sebenarnya "bangga dengan label jaguh politik kampung" yang diberikan oleh Ketua Pemuda Umno itu berhubung isu membela Ketua Pemuda MCA dalam isu biasiswa. "Saya bangga kerana dipanggil jaguh kampung… sekurang-kurangnya saya dekat dengan rakyat, bermakna (saya) barang 'asli'. "Saya adalah seorang jaguh kampung macam lembu jantan berani berjuang… apa yang datang di depan saya, saya akan lawan habis," kata Ibrahim. Ingat lagi tak yang pada masa itu Khairy menyifatkan Ibrahim sebagai "ahli politik jaguh kampung" yang tiada hak sama sekali untuk mendesaknya berhenti sebagai wakil rakyat hanya kerana membela Datuk Dr Wee Ka Siong. Takkan Melayu nak kalah macamtu aja Khairy.. Masa tengok cium keris dulu, bukan main gagah lagi.. Agak-agak, jika khairy keluar UMNO, kemana pula dia akan pergi? dan ini pula kisah undian yang dibuat oleh orang UMNgOk.. Anda bersetuju dan gembira Khairy Jamaluddin keluar UMNO? " Saya ingatkan hanya bising di kalangan penyokong UMNO disitu sahaja, tetapi ternyata hakikat ini dipegang ramai pihak. Seolah-olah Khairy Jamaluddin ini adalah liabiliti UMNO keseluruhannya.Tidak kira penyokong atau pemimpinnya.~ Masakan tidak, satu tajuk artikel berjaya lulus di Utusan Meloya, menyokong PERKASA secara terbuka dan menghentam Khairy Jamaluddin walaupun Ibrahim Ali bukan sesiapapun di dalam UMNO berbanding Khairy Jamaluddin. Tindakan UMNO mengenepikan Khairy dan mengjengkelkan Khairy di khalayak telah membuktikan bahawa UMNO itu sendiri memang sebuah parti yang mengamal politik "Tikam daripada belakang". Jika seseorang itu tidak suka dan tidak sehaluan, maka mereka akan dipijak dan dimalukan. Jadi tidaklah menjadi hairan sangat Ketua Pemuda UMNO itu tiada jawatan dalam senarai Menteri Kabinet Malaysia. Dan juga tidaklah hairan sangat sekiranya PERKASA yang diterajui Ibrahim Ali yang bukan sesiapa itu di sokong. Inilah bukti yang tersangat relevan berhubung kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, bahawa penolakan kepada Kerajaan Perpaduan UMNO adalah kerana terkenangkan nasib PAS yang pernah bergabung dengan UMNO dalam Perikatan, dan UMNO "tikam belakang" PAS suatu masa dulu.Pas diajak bergabung bila UMNO terdesak, dan PAS ditendang keluar apabila UMNO sudah kuat. Dan kini sudah terbukti segalanya. Kita dapat lihat bagaimana Khairy Jamaluddin diperlukan sedemikian hingga memberi kata dua kepada UMNO sama ada dia atau Perkasa. Dan kini, UMNO lebih suka pilih PERKASA dan malukan Khairy Jamaluddin. Hai Khairy, Nasib badann... Kamu tidak lagi disayangi oleh UMNO. Saya jamin suatu hari nanti, Khairy Jamaluddin akan menjadi pemimpin UMNO buangan sepertimana Ku Li. Oleh Jilfityan |
| Jambul Togel Boleh, Bukan Islam Tak Boleh Posted: 28 Aug 2010 12:56 AM PDT Untuk lebih jelas, sila klik gambar ini Soalan pertama..Mana lagi seksi..puteri UMNO ke Teo Nie Ching? Tentu 90 peratus akan kata puteri UMNO lagi seksi (10 peratus lagi adalah undi orang UMNO untuk kenakan DAP)..kerana orang melayu mesti suka itu sama melayu Dan soalan kedua..siapakah yang lebih menghina islam..tentu 90 peratus akan jawab, si Puteri UMNOlah hina islam. Sebab sambil mengaji, hina islam. Sedangkan Teo Nie Ching beri penerangan, tak pegang pun ayat suci Al-Quran. Tak pegang pun tasbih..dan paling penting, tak salam dengan jamaah lelaki (sebab surau PAS). Kalau Puteri?? Tentulah salam. Sebab nenek puteri, si roswah pun salam dengan lelaki, siap tampar pipi lagi... Dan ini soalan terakhir, yang komfirn seratus peratus akan jawab ya. Soalannya, dalam isu ini, adakah umno jadi dalang kepada gegak gempitanya isu ini. Sudah tentu jawapannya ya..UMNO memag UMNgOkk ![]() |
| Posted: 27 Aug 2010 11:32 PM PDT Dapat ratusan ribu kerana YouTube LONDON - Satu kaji selidik firma penyelidikan TubeMogul baru-baru ini menyiarkan senarai bintang-bintang YouTube yang menerima pendapatan ratusan ribu dolar selepas video mereka disiarkan di laman itu di Internet, lapor sebuah akhbar semalam. Nama-nama bintang YouTube itu tidak pernah dikenali dalam kalangan ramai penduduk di dunia. Namun, firma TubeMogul mendakwa sekurang-kurangnya 10 orang penghibur di YouTube termasuk penulis dan penerbit dibayar ratusan ribu ringgit pada tahun lalu menerusi pengiklanan yang dibawa masuk daripada jutaan penonton yang menonton video blog mereka. Berada di kedudukan nombor satu ialah seorang pelawak satira, Shane Dawson yang berusia 22 tahun berasal dari California, Amerika Syarikat (AS). Dawson memuat naik petikan-petikan pendek satira yang memberinya pendapatan sebanyak AS$315,000 (RM990,517) dalam tempoh 12 bulan lalu. Videonya ditonton 431,787,450 kali. Menduduki tempat kedua ialah video The Annoying Orange dengan pendapatan yang dijana mencecah AS$288,000 (RM905,615). Video itu telah ditonton sebanyak 349,753,047 kali. Berada di tempat ketiga ialah Philip DeFranco yang menyiarkan video berkisar tentang politik dan gosip. Pendapatan yang diperolehnya sebanyak AS$181,000 (RM569,342) apabila videonya ditonton sebanyak 248,735,032 kali. Video komedi Ryan Higa yang tinggal di Hawaii dan berketurunan Jepun-AS ditonton lebih 206,979,909 dan memperoleh pendapatan sebanyak AS$151,000 (RM474,970) sekali gus menduduki tempat keempat. Berada di tempat kelima ialah video Fred yang dihasilkan oleh Lukas Cruikshank dari Columbus, Nebraska. Video mengenai menguruskan kemarahan itu menjana pendapatan AS$146,000 (RM459,462) dan ditonton sebanyak 200,656,150 kali. Menduduki tempat keenam ialah video seorang bekas juruhebah radio, Shay Carl yang telah menerbitkan lebih 100 filem. Dia menjana pendapatan sebanyak AS$140,000 (RM440,579) dan videonya ditonton sebanyak 192,309,247 kali. Berada di tangga ketujuh ialah video dari kumpulan duet Mediocre Films yang mula menghasilkan komedi pendek sejak tahun 2006. Dengan tontonan sebanyak 159,030,703 kali, video itu memperoleh pendapatan sehingga AS$116,000 (RM365,053). Video Smosh yang memperoleh pendapatan sebanyak AS$113,000 (RM355,610) dan ditonton 154,936,876 kali menduduki tempat kelapan. Dalam video itu, dua lelaki, Ian Hecox dan Anthony Padilla berduet bagi menyanyikan lagu tema Pokemon. Menduduki tempat kesembilan ialah video berita The Young Turks yang menjana pendapatan sebanyak AS$112,000 RM352,463 dan ditonton sebanyak 153,807,362 kali. Tempat kesepuluh penghibur YouTube diduduki oleh Natalie Tran yang merupakan pelajar berketurunan Vietnam-Australia. Video Tran berkaitan dilema sosial dan cara untuk memiliki perut yang cantik menjana pendapatan AS$101,000 (RM318,110) dan ditonton sebanyak 138,871,829 kali. - Agensi |
| Ini Semua Salah UMNO laknatullah..5 Beradik Diperkose Abang Sendiri Posted: 27 Aug 2010 09:57 PM PDT Nak salahkan siapa???..semestinya UMNO Laknatullah..sebab pada tahun 1993, UMNO pernah batalkan hukum islam yang telah diwartakan oleh kerajaan Pas. Nah sekarang tahun 2010, memang si dajal yang rogol adik ini tak takut hukuman kafir ciptaan manusia. Kalaulah ada hukum Allah, tentu tak beraninya si dajal ni buat kerja jahat kat adik sendiri.. Tak tahan diratah abang KOTA BHARU: Akibat tidak sanggup lagi menjadi mangsa kerakusan abang kandung yang meratah tubuh mereka, tiga beradik nekad melarikan diri dari rumah di Kampung Saador, Pantai Senok, dekat sini, petang kelmarin. Ketika umat Islam sibuk bersiap menyediakan juadah berbuka puasa, tiga beradik terbabit yang berusia 5, 14 dan 16 tahun itu melarikan diri sebelum mencari perlindungan sementara di Masjid Kota Jembal, dekat sini. Seorang ahli kariah masjid itu, Abdullah Harun ternampak tiga beradik terbabit termasuk seorang daripada mereka yang berpakaian seragam sekolah dalam keadaan kepenatan ketika berjalan berhampiran kawasan masjid itu kira-kira jam 8 malam. Simpati nasib tiga beradik itu, Abdullah membawa mereka ke rumahnya untuk berbuka puasa sebelum ke rumah Penghulu Kampung Tok Ku, Mat Rani@Abdul Ghani Ibrahim, 61, dekat sini, bagi mencari jalan penyelesaian selepas mendengar kisah sedih mereka. Tiga beradik itu memberitahu mereka lari dari rumah kerana tidak sanggup dirogol berulang kali oleh abang kandung berusia 18 tahun. Mereka kematian ibu sejak lima tahun lalu dan tinggal bersama ayah yang menagih dadah dan pemabuk. Abang yang merogol mereka turut menagih dadah. Selepas lima jam mendapatkan perlindungan di rumah penghulu kampung itu, tiga beradik terbabit dibawa seorang anggota polis wanita ke balai polis untuk direkodkan kenyataan. Mangsa yang berusia 14 tahun mendakwa, abangnya merogolnya 20 kali dan kakak serta tiga adik perempuannya yang lain juga pernah menerima nasib sama. "Malah, abang juga tergamak merogol seorang adik perempuan kami yang berusia lima tahun," dakwanya ketika ditemui di rumah Mat Rani, malam kelmarin. Menurut remaja itu, dia nekad meninggalkan rumah kira-kira jam 2.10 petang kelmarin bersama kakaknya yang berusia 16 tahun dan adik, lima tahun. "Itu saja peluang yang ada. Ketika itu, kami terserempak ayah yang mabuk sambil memegang sebatang kayu. Tanpa berlengah dan kerana bimbangkan keselamatan diri, kami segera meninggalkan rumah. "Kami tak tahu apa nasib dua adik perempuan lain berusia 12 dan 9 tahun kerana mereka berdua bersekolah ketika kejadian dan berharap kedua-duanya selamat," katanya sambil memeluk adik bongsunya. Menurutnya, mereka tiga beradik berjalan menuju rumah ibu saudara di Tumpat untuk mendapatkan perlindungan meskipun menyedari jaraknya terlalu jauh. "Saya tiada pilihan kecuali menyelamatkan diri dari rumah itu. Dapat membawa keluar kakak dan adik sudah cukup. Dalam keadaan berpuasa, kami gagahkan diri untuk cuba sampai ke rumah ibu saudara. "Kami tak sangka ketika dalam perjalanan ke Tumpat, seorang pak cik memanggil kami untuk berbuka puasa kerana melihat keadaan kami yang terlalu lesu," katanya. Dia yang juga anak ketiga daripada enam beradik bersyukur kerana dihantar ke rumah penghulu kampung berkenaan sementara menunggu polis membawa mereka ke rumah kebajikan. Remaja terbabit juga berkata, dia terpaksa mencari rezeki dengan mengambil upah membasuh pinggan di kedai makan untuk menanggung perbelanjaan keluarga. "Ibu sudah lima tahun meninggal dunia dan ayah tidak menjalankan tanggungjawabnya selain menagih pil kuda serta kerap mengambil minuman keras manakala abang sulung pula terbabit penyalahgunaan dadah. "Walaupun masih bersekolah, beban menyara adik-beradik terpaksa saya pikul dengan mencari kerja di kedai makan sebagai pencuci pinggan mangkuk dengan upah RM10," katanya yang kadangkala terpaksa menyerahkan sebahagian upahnya itu kepada bapa untuk digunakan membeli minuman keras. Katanya, meskipun ketika ini abangnya sudah lebih seminggu berada di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok selepas ditahan bersabit penyalahgunaan dadah, dia tetap diselubungi kebimbangan apabila melihat tindakan agresif bapanya ketika mabuk, kelmarin. "Sebelum ini ada laporan polis dibuat saya bersama ayah di balai polis mengenai abang kandung kerana terbabit dadah, tapi saya takut melaporkan kejadian rogol berikutan diugut abang. "Bagaimanapun, saya terkejut apabila ayah tiba-tiba mahu memukul saya dengan menggunakan kayu kerana tidak puas hati dengan laporan itu, sedangkan kami sama-sama ke balai berkenaan," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Yahya Salleh mengesahkan menerima laporan kes itu dan siasatan dijalankan. "Seorang suspek berusia 18 tahun yang sudah ditahan sebelum ini, kini disoal siasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya. |
| Macam2 Zaman Najib : Dapat Top up 10, Boleh Peluk Posted: 27 Aug 2010 09:18 PM PDT
Biarpun pelbagai usaha dilakukan pihak sekolah untuk membanteras gejala ponteng, namun ia dilihat tidak memberi kesan kepada segelintir pelajar yang masih melakukan perbuatan tersebut. Ia bukan sahaja melibatkan pelajar lelaki, malah pelajar perempuan turut melakukan perbuatan sama. Remaja perempuan ini bukan setakat ponteng sekolah, namun bertindak lebih berani dengan mengikut teman lelaki sambil membonceng motosikal tanpa hala tuju. "Kadang-kadang remaja perempuan yang ponteng sekolah ini membonceng motosikal tanpa memakai topi keledar dan menunggang motosikal dengan laju ala 'minah rempit'. Ketika membonceng motosikal, gadis remaja yang disyaki ponteng sekolah ini tidak segan memeluk teman lelaki mereka biarpun masih berpakaian seragam sekolah". Sementara itu, seorang remaja perempuan yang pernah ponteng sekolah dan mengikut teman lelakinya ketika berkongsi pengalamannya berkata, perbuatan tersebut dilakukan kerana mereka berasa bosan dengan persekitaran sekolah. "Kami bukan buat apa-apa, cuma naik motor sahaja. Setiap kali jumpa teman lelaki, dapat 'top up' RM10 pun jadilah". Sebelum ini pasangan remaja perempuan yang masih berpakaian sekolah pernah dicekup Penguat kuasa Jabatan Agama ketika berada bersama teman lelaki di sebuah hotel dekat pekan lama Kuala Dungun. |
| You are subscribed to email updates from Justice For All To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |















































Tiada ulasan:
Catat Ulasan