RAKYAT MARHAEN |
- Ruang nilai niat MP, ideologi politik desparado
- Perkasa mahu Mais dakwa MP Serdang
- UmnoApco Spesis Chimpanzee Kepala Lumbu....!!!!
- Gambar: Macam Ni Ker Adab Wanita UMNO Masuk Masjid?
- Tidak faham agama punca polemik- Nik Aziz
- Kisah Si Alim Dengan Si Jahil
- Asing Adat & Hukum Hakam
- BUSUKNYA HATI PERKASA
- Kali ini kita bedal sama itu bangsat laknatullah!!
- Umno ludah muka sendiri
- UMNO Kantoi Lagi
- RAJA PERTA AKAN DI HARD TALK
- Ahli PKR Sabah Yang Digantung Boleh Merayu, Kata Anwar
- Pemuda Umno Tidak Terlibat Kes Cuba Bakar Bendera
- Terengganu Dijangka Terima Royalti Minyak RM1.6 Bilion Setahun
- Astaghfirullahalazim.... Kena Lapor Pada Sultan Ni...!!!!
- Isu Bukan Islam Masuk Masjid : Pendapat Ulamak & Fatwa JaKIM...
- Bengap Hang No... Nasiblah Hangpa Tak Minta Teo Bersunat Dahulu
- Satu Tindakan Mulia
- Dato' Fauzi Tegaskan PKR Pahang Kini Semakin Diterima Rakyat Dan Bersedia Pada Bila-Bila Masa Untuk Menghadapi Pilihanraya Umum
- Agama Mainan Anjing Politik..!!!!
- Nazri: Bertanggungjawab terhadap apa dikata
- Nik Aziz pertahan anggota Parlimen Teo
- Akhirnya Bukan Islam Semakin Sedar UMNO Parti Pelampau
- Umno Langgar Fatwa, Dr Asri Pertahan Teo Nie Ching
| Ruang nilai niat MP, ideologi politik desparado Posted: 28 Aug 2010 08:29 PM PDT August 29, 2010 ANALISIS, 29 Ogos — Kira-kira setahun lalu isu yang hampir sama dibangktikan. Pada Ogos 2009, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar menjadi tumpuan polemik kerana dikatakan berucap pada majlis berbuka puasa di dewan utama Masjid Taman Sri Andalas. Hari ini, isu yang sama berulang dan menjadi kontroversi.Selepas setahun, kunjungan dan ucapan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching pula menjadi hangat dalam medan perang kenyataan media. Sementara Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mahu mengeluarkan surat amaran kepada wakil rakyat dan ketika ada pihak yang terus menyerangnya menerusi kenyataan media, beberapa pemimpin termasuk Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan wakil rakyat penggal pertama itu menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda seminggu lalu. Menteri Besar Kelantan itu berkata, tindakan anggota Parlimen tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam. Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin pula menyifatkan DAP tidak sensitif manakala Teo pula terlalu naif. Di sebalik urutan kenyataan dan reaksi, penganalisis berpendapat wakil rakyat sepatutnya tahu batas-batas dalam berpolitik, bukannya mencampurkan agama dan politik sebagai satu alat untuk mendapatkan sokongan rakyat. Dalam hal ini, Prof Madya Dr Sivamurugam Pandian menarik perhatian, sepatutnya sensitiviti agama perlu dipertahankan. Jangan sesekali bertindak di luar batasan kerana ia boleh memberikan impalikasi dalam hubungan masyarakat berbilang kaum di negara ini, kata beliau. "Nilai-nilai agama ini sepatutnya dipertahankan dan dijaga supaya ia menjadi satu pegangan oleh semua kaum. "Ini kerana jika kita menghormati agama dan budaya kaum lain baru mereka juga akan menghormati agama dan budaya kita," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. Sivamurugam bagaimanapun berkata, bukan Teo sahaja yang harus dipersalahkan tetapi pihak yang membenarkan beliau memasuki ruang solat itu juga harus dipersalahkan. Pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Nidzamuddin Sulaiman pula berkata, Teo sepatutnya tidak memasuki ruang solat kerana ia boleh menimbulkan kemarahan orang Islam. "Kalau masuk ke ruang solat ia memang tidak boleh, sepatutnya jawatankuasa surau juga perlu peka akan perkara ini. "Tetapi kalau Teo berada di luar ruang solat ia tidak mengapa," katanya. Beliau berkata orang bukan Islam yang ingin memasuki kawasan surau atau masjid perlu mengikut peraturan yang ditetapkan iaitu berpakaian sopan dan menutup kepala. "Kalau masuk untuk beri ceramah politik itu tidak dibenarkan. Bagi saya jika hanya ucapan biasa selepas memberikan sumbangan itu tiada masalah," katanya. Sivamurugam, pensyarah kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan USM berkata, aspek agama dan politik sepatutnya tidak dicampuradukkan hanya kerana kepentingan politik sahaja. "Beliau (Teo) harus tahu bahawa tindakannya akan menimbulkan masalah. "Bagi saya ia adalah satu tindakan tidak wajar yang dilakukan seorang ahli Parlimen," katanya sambil menambah, agama adalah satu aspek penting dan tinggi kedudukannya. "Jadi semua pihak seharusnya peka dan jangan sesekali campur aduk soal agama dan politik demi menjaga keharmonian negara," tegasnya. Menurutnya, tindakan wakil rakyat itu seolah-olah menunjukkan DAP sudah bertindak di luar batasan. "Saya lihat kesan tindakan Teo ini amat mendalam," katanya. Teo dalam kenyataannya semalam berkata, beliau akan menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memohon ampun serta memberi penjelasan kepada baginda tentang tindakannya. Kata beliau, kehadirannya di Surau Al-Huda hanya bertujuan menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan negeri bagi memperbaiki pagar surau berkenaan dan berbuka puasa bersama anggota jawatankuasa serta jemaah surau. "Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberi sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor. "Saya kesal perkara ini telah menimbulkan perasaan resah antara umat Islam dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak tertentu atas sebab-sebab politik," kata beliau. Bagi pensyarah sains sosial dan kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Profesor Datuk Dr Zainal Kling, Islam melarang orang bukan Islam memasuki ruang solat apatah lagi memberikan ucapan. "Ini bukan fatwa tapi dalam Islam memang tertulis orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki ruang solat. "Jadi memang sudah jadi kewajaran orang Islam di negara ini bimbang dan marah dengan tindakan yang dilakukan Teo," kata beliau sambil menambah, sepatutnya Teo faham akan sensitiviti orang Islam dan jangan bertindak di luar batasan. Apakah media pro-Umno dan BN membesar-besarkan isu ini? Menjawab soalan ini, Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian berkata, tindakan seumpam itu hanya akan menimbulkan rasa kurang selesa antara orang Islam dan orang bukan Islam. "Bagi saya isu ini cuba diperbesarkan oleh akhbar arus perdana dan ia seolah-olah menjadi satu strategi untuk menjatuhkan wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR). "Walaupun orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki ruang solat, janganlah hendak memperbesarkan isu ini. Dapatkan maklumat tetap dulu baru boleh tahu keadaan sebenarnya yang berlaku," katanya. Dalam hal ini, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad membidas tindakan Umno-BN sengaja mempolitikkan isu Teo sambil menyifatkan ia seolah-olah terdesak kerana sanggup mengamalkan "politik desparado" semata-mata mahu menjatuhkan wakil rakyat PR. Dzulkefly, Ahli Parlimen Kuala Selangor menegaskan bahawa BN tiada hak untuk mengadili Teo apatah lagi mengatakan beliau bersalah kerana menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat surau tersebut. "Apa hak BN untuk menjatuhkan hukuman kepada Teo? "Adakah salah jika Teo masuk ke ruang solat surau itu untuk menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat?" soal beliau. Justifikasi beliau Teo hanya menjalankan tugas dan kewajibannya kepada rakyat sebagai seorang wakil rakyat. "Niat beliau (Teo) baik iaitu mahu memenuhi kehendak rakyat, malah saya percaya beliau berusaha untuk memberikan khidmat yang terbaik. Bagaimanapun beliau mengkaui dalam usaha tersebut iaitu menjalankan tanggungjawab mungkin ada kesilapan etika yang dilakukan. "Jadi, kita seharusnya memperbetulkan kesilapan itu. "Jangan kerana kesilapan itu, kita hendak salahkan beliau kerana bagi saya ia memang satu tindakan yang tidak wajar," katanya. Beberapa hari sebelum bermulanya Ramadan, The Malaysian Insider ada bertukar fikiran dengan ahli-ahli politik tentang sejauh mana BN dan PR akan menghadapi persekitaran politik menjelang 1 Syawal ini. Jawapan yang diberikan memang menarik khususnya dari sudut penguasaan jawatankuasa pengurusan masjid dan surau di seluruh Selangor. Pastinya, ketika cakap-cakap bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tahun depan semakin 'hangat', soal penguasaan pengurusan rumah ibadat dan politik kepartian tidak dapat dipisahkan. Sekali lagi ia menjadi ukuran sempadan antara niat pemimpin politik dan politik desparado di Selangor. Begitu juga di peringkat nasional! | |||||||
| Perkasa mahu Mais dakwa MP Serdang Posted: 28 Aug 2010 08:24 PM PDT August 29, 2010 KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyertai senarai mereka menyokong tindakan ke atas Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching dengan menggesa agar wakil rakyat penggal pertama itu turut didakwa. "Majlis Agama Islam Selangor (Mais) ada ambil tindakan terhadap bekas mufti (Perlis) Dr Asri kerana bagi ceramah dalam surau di Selangor tanpa tauliah."Oleh itu, Mais hendaklah segera mendakwa Ahli Parlimen Serdang yang mencemar Surau Al-Huda... kegagalan mendakwa bererti tidak menyahut titah Sultan Selagor yang amat murka dan dukacita," kata Ibrahim dalam kenyataannya. Kes ke atas Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dibawa oleh Jabatan Agama Islam Selangor akhir tahun lalu sedang didengar Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. Dalam kenyataannya malam tadi, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan Teo menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat surau itu yang terletak di Kajang Sental, Ahad lepas. Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Dewan Rakyat tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam. "Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam," katanya malam tadi. Tindakan Teo itu dikritik Umno dan Perkasa sebelum ini dan turut dilaporkan menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Mais menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut. Dalam kenyataannnya, Ibrahim juga membawa misalan nasib yang menimpa pendakwah Islam Amerika Syarikat Malcom X yang ditembak mati di Manhattan Audubon Ballroom pada 1965. "Pendakwah Islam yang berdakwah kepada orang-orang Kristian hingga masuk ke gereja semata-mata berdakwah kepada bukan Islam akhirnya ditembak mati. "Di Serdang (Selangor), wakil rakyat DAP, yang bukan Islam, yang sentiasa dalam 'hadas besar' telah 'ditarik' ke ruang solat, saf pertama surau, oleh PAS (yang pasti ahlinya Islam) dan PKR (ahlinya Islam dan bukan islam) semata-semata untuk memberi tazkirah Ramadan pada jemaah, yang sudah tentu dan pasti beragama Islam," katanya, Sehubungan itu, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas berkata, adakah Allah sedang memberikan satu 'iktibar' untuk berfikir bersama tentang realiti PAS, yang menurutnya menjual agama Islam demi survival politiknya ketika bulan Ramadan. "Rumah Allah dicemari, dinodai dan segala-galanya halal demi undi, ini kerja syaitan yang memasong 'orang yang dikatakan beriman tapi tidak bertaqwa," katanya lagi. Dalam kenyataannya semalam Teo berkata beliau akan menghadap Sultan Sharafuddin bagi memohon ampun serta memberi penjelasan kepada baginda tentang tindakannya. Kata beliau, kehadirannya di Surau Al-Huda hanya bertujuan menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan negeri bagi memperbaiki pagar surau berkenaan dan berbuka puasa bersama anggota jawatankuasa serta jemaah surau. "Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberi sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor. "Saya kesal perkara ini telah menimbulkan perasaan resah antara umat Islam dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak tertentu atas sebab-sebab politik," kata beliau. | |||||||
| UmnoApco Spesis Chimpanzee Kepala Lumbu....!!!! Posted: 28 Aug 2010 08:13 PM PDT Sumber ide dari tubelawak. Lu orang perhatikan bait2 ayat di akhir video, part tu gua kaitkan secara langsung dengan perangai umnoApco Penang dan 1Malaysia... sejibik perangai cimpanzee... ha..ha..ha.... spesis cimpanzee kepala lembu... ngeee.... Inilah rupa umnoApco jenis buat ramai punyeeaarrrr.... Sikit punya hal.. dia punya kecoh macam nak runtuh bangunan KLCC di buatnya.... | |||||||
| Gambar: Macam Ni Ker Adab Wanita UMNO Masuk Masjid? Posted: 28 Aug 2010 07:54 PM PDT ![]() ![]() ![]() Felda Tunggal, YB Dato Sri Dr Azalina Dato Othman Said Ahli Parlimen Pengerang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pengerang telah menghadiri majlis anjuran bersama UMNO Bahagian Pengerang, Unit Seranta Felda Negeri Johor, FELDA Wilayah Johor Bahru, JKKK FELDA Tunggal dan Badan Kebajikan Surau FELDA Tunggal di masjid Felda Tunggal. Istiqamah tidak menutup aurat. Tak berani tegur ke? ![]() Hampir 3000 orang membanjiri kawasan masjid itu. bersama para pemimpin UMNO. Kelihatan bersama di majlis itu, Ketua Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Zulhasnan Rafique, Timbalan Badan Perhubungan Senator Datuk Kamarudin Ambok, Setiausaha Senator Datuk Rizuan Abd Hamid, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Paduka Mohd Norza Zakaria, Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, Ketua Puteri Azlinda Mohd Rashad dan ketua-ketua UMNO Bahagian, Pemuda, Wanita, Puteri serta ahli-ahli jawatankuasa masing-masing. kredit gambar pada google. macam ini ker wanita umno masuk masjid? dok ludah kat muka mp serdang buat apa, baiki dulu puak wanita umno. jamil khir patut buat kursus untuk wanita dan puteri umno cara masuk dan adab masuk masjid! | |||||||
| Tidak faham agama punca polemik- Nik Aziz Posted: 28 Aug 2010 07:53 PM PDT KOTA BHARU, 29 Ogos: Isu bukan Islam memasuki masjid bukan satu kesalahan dalam Islam kerana ianya antara kaedah yang diguna Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan mesej dakwah. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkata, isu ini menjadi polemik dalam masyarakat akibat sentimen politik mengatasi kefahaman agama Islam yang murni. "Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah. "Padahal kalau kita balik dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan kencing dalam masjid", katanya. Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian sebagai mengulas tindakan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang masuk ke Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu, yang kini hangat diperkatakan. "Jadi bila ada orang bukan Islam sekarang ni masuk dalam masjid, tak ada apa pun. Nak ceramah ke, nak apa ke, tak ada masalah apa pun," katanya lagi. Menurutnya lagi, tindakan mempolemikkan isu tersebut juga bukan sahaja akan menjauhkan orang bukan Islam kepada Islam, malah bertentangan dengan sunnah Nabi. "Menjauhkan orang bukan Islam dengan masjid adalah budaya kita sahaja, bukan ajaran nabi," ujarnya. Dalam Islam menurutnya, Muaalaf ditafsir dengan tiga golongan iaitu mereka yang baru memeluk Islam, belum Islam tetapi cenderung memeluk Islam dan orang bukan Islam tetapi menghormati dan tidak menentang Islam. "Jadinya dalam tiga ini hanya satu sahaja yang kita guna. Dua lagi kita biarkan menyebabkan masyarakat kita semakin jauh dengan yang bukan Islam," ujarnya. Menyentuh mengenai tidak menutup aurat ketika memasuki masjid, Tuan Guru berkata, mungkin masalah penjaga masjid tidak memberitahu kepadanya. Tuan Guru berkata demikian sewaktu majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan media anjuran Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), di rumah anak yatim Taman Sabariah. Seramai lebih 170 orang anak yatim menerima sumbang wang hari raya dari PMBK. | |||||||
| Posted: 28 Aug 2010 07:52 PM PDT Asri: Guna agama cetus permusuhan kaum cemarkan IslamBekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengulangi pendiriannya bahawa bukan Islam boleh masuk ke dalam masjid atau surau atas tujuan yang betul dengan syarat tidak mencemarkan kemuliaan rumah ibadat. Sehubungan itu kata beliau, pendekatan sesetengah golongan politik menggunakan isu agama untuk membangkitkan permusuhan kaum sehingga boleh menimbulkan salah faham terhadap Islam, "sebenarnya tindakan itulah yang mencemarkan Islam." "Bukan Muslim boleh masuk ke dalam masjid jika dengan tujuan yang betul seperti untuk mengenali Islam, memahami atau mempelajarinya. "Juga untuk urusan dengan orang Muslim, dengan syarat tidak mencemarkan kemuliaan masjid. Ini kerana pada zaman Nabi s.a.w bukan Muslim masuk ke masjid untuk bertemu Rasulullah s.a.w," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini. Kata Asri, ada media yang melaporkan beliau mempertahankan tindakan Ahli Parlimen DAP Serdang Teo Nie Ching yang kini berhadapan dengan kontroversi berucap di Surau Al-Huda, Kajang pada Ahad lalu. Bagaimanapun kata Asri, beliau tidak campur dalam urusan politik wakil rakyat itu dan tidak mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku di surau tersebut. Ketika pelbagai pihak menyerang tindakan Teo itu, dalam kenyataannya malam tadi, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan wakil rakyat tersebut menyampaikan sumbangan dan berucap di ruang solat surau itu. Menteri Besar Kelantan itu berkata, tindakan anggota Dewan Rakyat tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam. Dalam kenyataannyaa hari ini, Asri menegaskan, orang bukan Islam boleh memasuki masjid atau surau dengan niat yang baik, bukannya untuk tujuan berpolitik. "Bukan Muslim, bahkan Muslim juga tidak boleh menggunakan masjid untuk tujuan politik puak dan peribadi," katanya. Asri juga berkata isu-isu agama Islam hendaklah dinilai dengan timbangan agama yang berteraskan dalil dan hujah. "Menggunakan neraca politik kepartian untuk menilai isu agama boleh merosakkan kesucian agama ini. "Islam dibina atas hujah dan dalil, sementara politik kepartian sering dibina atas persepsi dan prejudis," katanya. Oleh itu kata beliau, pandangan dan pendapat mengenai Islam hendaklah berteraskan hakikat Islam yang sebenar. Dalam kenyataan dua hari lalu, Asri menyifatkan perbuatan Teo memasuki bahagian dalam surau tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Selain diperkuat dengan fatwa yang dikeluarkan beliau berpendapat, amalan orang bukan Islam mendekati masjid atau surau adalah tanda positif terhadap penerimaan agama, selagi tidak bercemar kesucian agama. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Keputusan itu dicapai pada muzakarah 1 Mac 2010. Bekas mufti itu menegaskan, bukan menjadi satu kesalahan kepada orang bukan Islam untuk memasuki surau dan masjid asalkan niatnya baik dan betul. Dalam kenyataan itu, Asri berharap kepada umat Islam di negara ini tidak terikat dengan stigma tertentu hingga mendorong mereka membuat kesimpulan mudah tapi salah. Teo dilaporkan akan menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memohon ampun serta memberi penjelasan kepada baginda tentang tindakannya. Kata beliau, kehadirannya di Surau Al-Huda hanya bertujuan menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan negeri bagi memperbaiki pagar surau berkenaan dan berbuka puasa bersama anggota jawatankuasa serta jemaah surau. "Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberi sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor. "Saya kesal perkara ini telah menimbulkan perasaan resah antara umat Islam dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak tertentu atas sebab-sebab politik," kata beliau. -TMI
Ulasan GB Dengan dua tulisan di atas mengenai dua orang manusia, seorang berpendidikan agama seorang lagi tidak. Seorang berilmu (alim) seorang jahil. Dr Mohd Asri dengan Ibrahim Ali. Mengulas isu yang sama iaitu isu surau Kajang yang menjembput wakil rakyat DAP. Kata Mohd Asri: "Bukan Muslim boleh masuk ke dalam masjid jika dengan tujuan yang betul seperti untuk mengenali Islam, memahami atau mempelajarinya. "Juga untuk urusan dengan orang Muslim, dengan syarat tidak mencemarkan kemuliaan masjid. Ini kerana pada zaman Nabi s.a.w bukan Muslim masuk ke masjid untuk bertemu Rasulullah s.a.w," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.... Katanya: Sehubungan itu kata beliau, pendekatan sesetengah golongan politik menggunakan isu agama untuk membangkitkan permusuhan kaum sehingga boleh menimbulkan salah faham terhadap Islam, "sebenarnya tindakan itulah yang mencemarkan Islam." Demikian penjelasan yang cukup terang dan nyata dari seorang yang tidak menyertai mana-mana parti politik. Kemudian kita lihat tindakan UMNO yang memperalatkan isu lawatan wakil rakyat DAP di surau Al-Huda di Kajang itu menerima respons dari golongan yang jahil beragama juga. Ibrahim Ali, Presiden Perkasa, sebuah pertubuhan pelampau Melayu mendesak agak Wakil Rakyat DAP itu didakwa. Si jahil memang menyokong si jahil, si pelampau memang menyokong tindakan si pelampau yang lain. GB dah ulas sebelum ini bahawa Seperti yang GB ulaskan sebelum ini, tindakan UMNO yang cuba menunjukkan mereka lebih Islam itu menjadikan mereka sebagai golongan yang pelampau - pelampau yang bebal terhadap agama - tetapi hanya menggunakan agama sebagai alat politik untuk menyerang Pakatan Rakyat terutama PAS yang semakin dicemburuinya. Dan GB telah mendedahkan sebelum ini, 90% menteri-menteri dari kalangan UMNO ini tidak membaca Al-Quran, jauh sekali mengkaji ayat-ayatNya dan Hadith, justeru itu mereka bebal sebebalnya tentang agama. Mereka hanya bergantung kepada seorang dua "ustadz celup" dimana ustadz-ustadz ini menjadikan diri mereka lembu-lembu untuk habuan duniawi. (tambahan: sebut sahaja siapa juga menteri UMNO.. Nong Chik ker, Awang Adik ker, Nazri Aziz ker, Anifah Aman ker, Rais Yatim ker, malah Muhyiddin atau Najib sekalipun, GB curiga sangat samada mereka boleh membaca Al-Quran) Keras kritikan GB, namun demi kebenaran itulah yang sebenar-benarnya. Anda UMNO boleh memujuk semua sultan agar UMNO memegang semua kunci masjid dan surau, jangan benarkan ahli-ahli dan pemimpin Pakatan Rakyat masuk ke dalamnya. Ia akan mempercepat UMNO terlingkup. Bagi umat Islam sebenar, mereka boleh mendirikan solat di mana-mana hatta segala masjid dan surau terkunci untuk mereka. Kerana Allah memerintahkan "dirikan solat", bukan dirikan masjid. Pegang kata-kata GB ini, bahawa UMNO BN tetap lingkup setidak-tidaknya di dalam pilihanraya kali ke 14! | |||||||
| Posted: 28 Aug 2010 07:50 PM PDT Bagi beliau, kegagalan berbuat demikian hanya akan menjejaskan kemurniaan Islam di mata masyarakat bukan Islam yang seharusnya diajak mendekati agama samawi ini. (Bekas) Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor itu juga meminta umat Islam tidak terikat dengan elemen tradisi sebaliknya berpandukan sumber ketamadunan Islam sejak zaman Rasulullah. "Ini masalah di negara kita yang kadangkala tidak dapat membezakan antara kebiasaan dengan adat dan hukum agama. Adat dan agama ini pula dipengaruhi kepentingan politik. "Kita tahu selama ini Umno sentiasa menegaskan bahawa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Bagi saya, mereka mahu menjauhkan orang yang bukan melayu dan bukan islam daripada Islam," katanya. Semua ini hanya mencipta pelbagai stigma dan pantang larang yang tidak penah termaktub dalam al-Quran. Sebaliknya Umno secara halus memperalatkan agama untuk mengembalikan sokongan bukan melayu tanpa mempedulikan perkembangan dakwah agama. "Inilah sebabnya mengapa mereka sejak kebelakangan ini cuba menunjukkan betapa tidak mesranya Islam kepada orang bukan Islam sehingga mengeluarkan fatwa, kononnya tidak boleh berdoa untuk orang bukan Islam. "Sekali lagi dengan kes yang melibatkan Teo Nie Ching ini, politik Umno bertujuan hendak kekalkan politik Islam dengan politik Melayu sebagai perkara yang sama," katanya. | |||||||
| Posted: 28 Aug 2010 07:08 PM PDT Wakil PERKASA Selangor cuba memberi rasuah RM 1000.00 kepada Jawatankuasa Surau Al-Huda Kajang untuk panaskan lagi keadaan ?Wakil PERKASA Selangor cuba memberi rasuah RM 1000.00 kepada Jawatankuasa Surau Al-Huda Kajang Sentral agar mengembalikan semula bayaran yang telah mereka terima dari MP Serdang Cik Teo Nie Ching tempoh hari. Jawatankuasa enggan menerima kerana tidak mahu isu ini disensasikan sebagai modal politik pihak tertentu. Jawatankuasa bagaimana pun sentiasa berlapang dada untuk menerima sebarang bentuk bantuan memandangkan surau yang baru sahaja dibina hasil dari derma orang ramai masih lagi berterusan menerima derma dari orang ramai. "Kepada sesiapa yang ingin menghulur derma kami sentiasa alu-alukan. Namun kami tidak mahu isu ini dipolitikkan." demikian dijelaskan oleh salah seorang jawatankuasa surau tersebut. Mengenai tindakan MAIS mengambil alih surau tersebut, beliau berkata belum menerima sebarang surat hitam putih untuk diambil tindakan. Jawatankuasa tidak mempunyai masalah sekiranya pihak MAIS ingin mengambil alih surau tersebut memandangkan jawatankuasa yang dilantik bersifat sukarela disamping bersikap bertanggungjawab menerima amanah menguruskan surau tersebut. Namun pihak jawatankuasa berharap pihak MAIS tidak terburu-buru mengambil tindakan takut terpengaruh dengan asakkan sesetengah pihak yang cuba mensensasikan isu ini. Pihak MAIS juga disarankan mendengar penjelasan dari semua pihak yang terlibat ... DUN26 BANGI Note: Celaka ... itu lah ungkapan yang aku dapat keluarkan pada wakil PERKASA yang cuba meRASUAH AJK Surau Al Huda Kajang seperti yang dilapurkan. Mereka cuba memperbesarkan lagi isu ini. Apa yang PERKASA cari? Membenci bukan Melayu? Bro Berahim katak, tengok-tengok sikit anak buah kat bawah ni, jangan buat kerja kurang -ajar macam tu ... - zakriali /Bujang Susa | |||||||
| Kali ini kita bedal sama itu bangsat laknatullah!! Posted: 28 Aug 2010 07:06 PM PDT Ni gambaq Pastuh, kecoh pulak bila pemimpin PR dari bukan islam masuk surau, kasi tazkirah nasihat kat rakyat agar tak terus jadi mangsa kemungkaran parti yahudi melayu laknatullah...di sini sapa yang nampak lebih kepada islam?bukankah islam itu alat untuk mencegah kemungkaran? antara kemungkaran adalah sepert bunuh orang dengan C4...kehekehke..tak tutup aurat pun 1 kemungkaran jugak kan?..bersentuhan kulit bukan muhrim tu buleh bawakpahala ke? errr.apa kato 1001 Gelagat * puteri umno selayang cuba cari apa yang tak kena dalam gambar ni.aku bagi keyword: etika pakaian wanita islam Tengok la gambaq kat atas tuh. dan lu orang sendiri pikir Puasa tetap puasa beb.berjuang tetap berjuang...perang Badar di zaman nabi pun dalam bulan ramadhan..apa hyang aku buat ni hanya untuk peringatan untuk umat islam agar tidak terus terpedaya dengan drama Kerajaan Laki Bini yahudi APCO Laknatullah. Kalau camni la..baik je Najib undur dari PM , tarbiyah isteri sendiri..errk...diri sendiri pun terpalit dengan segala 1001 noda dosa hitam sejak zaman remaja, .zaman dok di UK...zaman jadi MB Pahang..dan lain-lain..kehkehkee "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab : Ayat 59)[4]
| |||||||
| Posted: 28 Aug 2010 07:04 PM PDT by radens albanjari "..apakah dengan islam Umno akan nampak lebih baik walaupun dalam Umno penuh dengan darah, nanar dan segala maksiat berlaku didalamnya. Umno mahu menampakkan dirinya sebagai pejuang islam walaupun siang dan malam menentang islam dari awal sampai akhir. Mana ada pemimpin dalam Umno yang tak menentang islam. Masitah bekas pendakwah bila masuk Umno dengan selamba kaldai menghina hukum hudud, Cik Det bekas PM paling banyak sekali menghina islam dari awal regim hingga ke sekarang. Oleh kerana banyak sangat menentang islam dan apabila cuba menjadi juara islam ia akan terpancar satu posisi yang menampakkan bahawa Umno memang tak suka kepada islam pun. Tiada sedikit pun mesra kepada islam. Dan percayalah Umno tak akan lunak dengan islam.." Eleh UMNO, dia ajelah yang syumul serta suci dalam dunia ini. Orang lain hanyalah pemecah belah masyarakat, komunis, pelampau agama... pendek kata KJ dan Najib itulah yang hampir sampai martabat wali-wali songo di dalam Malaysia ini. Lu bayangkan Nik Aziz itu pegang perempuan? Lu bayangkan Hadi Awang itu isterinya tidak pakai tudung serta berjambul rambutnya? Atau Wan Azizah itu peluk Lee Chong Wei bila dapat menang mana-mana kejuaraan badminton dalam negara ini? Apa akan berlaku? Apa akan berlaku? Gua memang tak paham dengan tabiat orang-orang UMNO ini. Mereka ingat kita ini dungung kah? Bangangkah sampai tak tahu yang kehidupan mereka itu kita perhatikan? UMNO itu baik sangatkah sebenarnya walaupun rumah TOYO itu jutaan ringgit harganya padahal dia itu hanya doktor gigi? Apa dia ingat kita ini bangang? Taib Mahmud? Apa nak jadi ni? MP Serdang masuk masjid dan lu orang menyalak? WTF!! Come onlah hero ketuanan melayu. Lu ingat top secret sangatkah isu solat hajat dan yassin calon India dulu? Lu tahu tak yang kita ini ada Google? ada blogspot? ada YM? ada MMS dan 3G? ada camera dSLR? dan Flickr serta Twitter itu lajunya kalah F-22 Raptor? Lu eksyen dengan kapal selam yang pakai diesel? Pundeklah! Astaghfirullah......! (sumber hantu-sabun) Setelah gagal menggunakan isu perkauman dan gagal dalam menggunakan isu isu pembangunan Umno cuba meraih kembali sokongan daripada rakyat yang disiksa dan dizalimi dengan membawa isu keugamaan pula. seperti mana yang diketahui oleh rakyat malaysia yang beragama islam bahawa Umno tak pernah serius atau suka bermain main dengan isu isu yang melibatkan agama islam, Umno cuba menghasut rakyat yang berugama islam membenci orang orang kafir pula. Hasutan Umno supaya rakyat yang beragama islam membenci rakyat malaysia yang bukan berugama islam dengan memainkan isu agama islam dan cuba menyeret istana pula kedalam isu isu agama islam. Selama 64 tahun penubuhanUumno, tak pernah sekalipun Umno yang menerajui Malaysia berkata walaupun sepatah untuk menjadikan hukum hudud sebagai hukum tertinggi di Malaysia. Yang ada banyak tok alim Umno atau ulamak yang mencari kebendaan dalam hidup dan tak memikirkan lagi soal haram dan halal dan juga soal kebangkitan dihari akhirat begitu banyak mempermainkan isu isu hukum hudud namun nak membela atau memberikan taraf sebenar hukum hudud di kalangan umat islam Umno tak pernah membuatnya atau ada niat pun nak melaksanakan hukum islam ini. Kali pertama Umno cuba menghasut rakyat di Pulau Pinang yang mana isu doa kepada LGE dijadikan berita utama. Penuh mulut orang Umno bahawa salah dan berdosa mendoakan orang kafir. Ramai mufti tok lebai dan ulamak ulamak muda memberikan penjelasan dan mentafsir ayat alquran demi kepentingan peribadi mereka. Durjana sungguh Umno ini. Sanggup dia menipu rakyat Malaysia bahawa mendoakan orang kafir agar lembut hatinya menerima islam adalah menyalahi hukum islam. Aku pun heran dengan Umno ini. Sejak bila Umno ni suka dan gembira dengan orang islam. Walaupun solat bersama dalam satu masjid tapi hatinya tetap akan melawan hukum Allah. Selesai solat aje dah lawan hukum Allah. Ngo's dan yang paling utama kedepan ialah Perkosa yang dipimpin oleh berahim ali yang sah sah menolak hukum islam. Demi pangkat, wang dan kuasa dia mempermainkan PAS dengan selambanya. Menyokong dan menjunjung dasar kafir dah menjadi darah daging berahim ali. Isu2 doa kembali sejuk kerana ada penjelasan dibuat oleh ulamak yang berterusan menentang umno. Rakyat islam dah boleh menerima penjelasan. Isu kedua berlaku di Selangor,Uumno dengan lidah blogger celaka dan juga media massa terutama utusan dan tv3 suku memainkan isu isu DAP masuk surau. Ketua Mais khusrin dengan lantang mengatakan bahawa orang bukan islam tak boleh masuk surau. Fatwa khusrin cukup senang dan oleh kerana khusrin diketahui bahawa terlebih Umno dalam menangani isu ini, mulut khusrin dengan petah mengatakan bahawa islam melarang wanita bukan islam dan dikatakan dalam keadaan berhadas besar dan dilarang masuk kedalam masjid atau surau. Isu tudung kepala dimainkan. Bodoh dan bangang khusrin ini rupanya tak kenal mana orang islam dan orang kafir. Kalau pergi ke masjid negara pun orang bukan islam wanita boleh memasuki dewan utama asalkan menutup aurat. Oleh kerana lama sangat berada dalam keumnoan, khusrin sampai dah tak kenal mana satu islam dan mana satu kafirnya. Iyelah wanita Umno kebanyakkan tak bertudung kerana bagi mereka bertudung akan menjadikan mereka sebagai muslimat PAS. Jadi untuk mengelakkan bertudung pakailah selendang untuk menutup jambul di depan. Jamil Khir bekas boss kagat dengan lantang mengatakan sebelum mengizinkan orang bukan islam masuk masjid atau surau kena bertanya kepada jakim. Bodoh dan bebal jamil khir rupanya. Setiap kali orang kafir nak masuk surau atau masjid kena tanya beliau dulu kalau kafir Mca dan Mic bolehlah kot kalau kafir DAP mesti tak boleh. Bodoh lagi bebal agama jamil khir. Oleh kerana dah lama makan makanan tidak halal jamil khir dah jadi semakin bingung dan biol sebiol khusrin. Oleh kerana jamil khir banyak membuat onar selepas dilantik menjadi menteri di jabatan perdana menteri. Ugama islam dipermainkan oleh masitah dan disambung oleh jamil khir. masitah dulu mempermainkan hukum hudud dan sekarang jamil khir meneruskan usaha umno untuk mempermainkan ugama islam. Jadi tak salah kalau Umno dikatakan tak mahu kepada islam menerusi tindakan dan perbuatan dan juga lidahnya. Dizaman kemenangan islam, orang bukan islam dah mulai nak mendekati masjid dan surau. Apakah kita tak berbangga bagaimana orang bukan islam cuba untuk mendekati agama islam. DAP masuk surau bukannya menyampaikan tazkirah sebagaimana kata orang umno tapi hanya memberikan ucapan biasa. Terlampau jauhnya umno dengan agama islam sampai tak tahu menilai yang mana ucapan biasa dan tazkirah. Bila bercakap dalam surau mesti tazkirah. Bodoh bin bangang sangat rupanya khusrin. Kebodohan khusrin diteruskan oleh ngo ngo yang kononya memperjuangkan islam lebih dari orang lain. Bertempik berdemo sampai hilang suara kerana panas membahang disiang hari berpuasa. Tak tahu apa yang diperjuang. Berdemo semoga akan mendapat habuan dari Umno. Kalau tak ada habuan yang dihajati mampus tak ada siapa yang hadir berdemo pun. Umno akan terus kecewa dengan isu ini kerana Umno gagal mencari lagi salah dan silapnya pakatan rakyat sekarang.(FTZ) | |||||||
| Posted: 28 Aug 2010 07:03 PM PDT 1.Akhir - akhir ini agak kasar dan keras bentuk "serangan politik" yang dilakukan oleh UMNO dan BN ke atas PAS dan Pakatan Rakyat . Media cetak dan elektronik pastinya menjadi "peluru tembaga" yang cuba untuk mensasarkan kekebalan "jantung" Pakatan Rakyat.2. Modus operandi mereka cukup mudah untuk dibaca kerana ia diatur dan digerakkan dalam keadaan cemas dan terdesak demi meningkatkan kembali reputasi mereka yang jatuh teruk dan meraih semula kepercayaan rakyat kepada prestasi mereka. 3. Tindakan UMNO dan BN mutaakhir ini demi memburukkan nama baik PAS semakin liar dan kelihatan tidak terkawal. Baru - baru ini ditimbulkan isu doa kepada Lim Guan Eng dalam khutbah jumaat yang kononnya salah dan bertentangan dengan Islam malah didakwa cuba 4. Sedang doa yang dibacakan oleh Al Fadhil Ustaz Zakaria Ahmad dalam khutbahnya adalah untuk memohon hidayah Allah swt kepada Lim Guan Eng agar Lim Guan Eng menerima Islam . Satu doa yang terpuji dari pandangan agama Islam agar pemimpin itu diberikan hidayah . 5. Terkini UMNO dan BN memainkan isu Yb Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang masuk surau dan ia dianggap sebagai suatu yang terlarang . Mereka menggambarkan kononnya MP Serdang itu menyampaikan "tazkirah" kepada ummat Islam di surau tersebut . Sepantas itu pihak JAIS dan MAIS bertindak disamping turut menyelar tindakan tersebut . Lebih malang mereka cuba mengheret pihak ke bawah Duli Yang Maha Mulia sultan Selangor untuk kepentingan politik mereka . 6. UMNO kantoi lagi apabila Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke 90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid dan Ruang Solat Utama di dalam Masjid. Muzakarah tersebut telah memutuskan bahawa : pelancong bukan Islam diharuskan memasuki Masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan senantiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimana pun perbuatan berdoa atau bertafakkur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang. 7. Tindakan dan sikap yang diambil oleh Pengarah JAIS Khusrin Munawi dan Pengerusi MAIS Mohamad Adzib Mohd Isa yang tidak membenarkan non muslim memasuki masjid dan surau adalah bertentangan dengan fatwa yang telah diputuskan baru - baru ini . 8. Sebelum ini Khusrin Munawi juga menolak keras cadangan saya yang mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat agar Nikah Khitbah dipopularkan sebagai salah satu kaedah atau pendekatan untuk mengatasi bencana sosial yang melanda negara . 9. Kegagalan mereka memberi gambaran dan nasihat yang betul dan tepat ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Negeri Selangor berhubung kes ini adalah sangat dikesali dan ia dianggap sebagai suatu kegagalan ketara dalam menjalankan tugas . 10. Sikap yang saya ambil bukan kerana mahu mepertahankan MP Serdang tersebut tetapi satu sikap dan tindakan yang berasaskan ilmu . Jika ianya satu tindakan yang tidak menyalahi hukum Islam kenapa saya mesti membantahnya. Sebab itu , saya nasihatkan semua pihak agar bertindak dan memberi pandangan mestilah berasaskan ilmu dan Islam adalah agama ilmu bukan agama emosi dan fantasi . [ perbahasan agama dalam perkara ini , saya akan lampirkan dalam posting saya akan datang insyaallah ...] 11. Saya melihat Khusrin dan Mohd Adzib wajar memberi perhatian bagaimana mereka boleh bertindak untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran ummat Islam yang masih ramai melanggar syariat Islam . Masih ramai isteri - isteri pemimpin negara yang beragama Islam tidak menutup aurat ketika menghadhiri majlis - majlis rasmi negara samaada di dalam masjid atau di luar masjid. Perlu diingat bahawa malaikat Allah yang mencatat rekod perilaku ummat manusia bukan hanya beroperasi di dalam masjid sahaja . 12. Sepanjang bulan Ramadhan ini saya melihat bagaimana pusat - pusat hiburan masih beroperasi sehingga ke awal pagi dan kelihatan ummat Islam yang derhaka tidak segan silu mengunjunginya. Sepatutnya dalam hal seperti ini , Khusrin dan Mohd Adzib menasihati ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan agar Baginda murka dan mengambil tindakan tegas ke atas muslim derhaka kerana ia lebih menghina Islam dan kesuciannya . 13. Saya telah meminta pihak sekteriat Dewan Pemuda PAS Pusat supaya menganjurkan Nadwah Kefahaman Islam [ NKI ] bersiri setiap bulan untuk menjelaskan apa jua isu yang timbul dalam negara kita menurut perspektif Islam dan disiplin ilmunya . Sebagai contoh isu berkait hukum hudud , nikah khitbah dan lain - lain termasuk hukum non muslim memasuki masjid semuanya boleh ditimbulkan dalam nadwah tersebut . Kita akan undang tokoh - tokoh penting yang sering salah faham terhadap Islam atau keliru mengenainya untuk menghadhiri siri nadwah yang akan kita anjurkan kelak . 14. Kini Dewan Pemuda PAS Pusat telah bersedia dengan segala keupayaan dan kemahiran untuk menangani dan mengurus isu serta konflik yang melibatkan hukum Islam secara ilmiah , bersemuka , dialog dan hujjah . 15. Apa jua keadaan yang agama benarkan maka kita benarkan walau ia melibatkan orang lain . sementara keadaan yang bertentangan dengan agama , kita tetap akan kata salah walau ia melibatkan diri kita sendiri . Ini prinsip perjuangan saya dan rakan - rakan Dewan Pemuda PAS Pusat . | |||||||
| Posted: 28 Aug 2010 07:01 PM PDT TUKANG FITNAH INI AKAN DI TEMU BUAL OLEH HARD TALK - TUNGGU DAN NANTI ![]() JANGAN TERMAKAN HASUTAN PEMBANGKANG :PM - melayau Najib Razak meminta rakyat supaya tidak termakan hasutan pembangkang yang cemburu dengan pelbagai pembaharuan dan pembangunan yang disediakan oleh kerajaan untuk mereka. Dia berkata, pembangkang sebaliknya hanya pandai menabur fitnah dan memburuk-burukkan kerajaan dengan bermotifkan politik. "Jangan termakan hasutan pembangkang kerana kita adalah sebuah kerajaan yang komited membuat pembaharuan dan pembangunan untuk rakyat dan kita sentiasa menambah baik pembaharuan supaya tidak berada di takuk lama," katanya. KAH KAH KAH woit… PEMBANGKANG NI SAPA ?.... kah kah kah.. woit… DI KELANTAN KEDAH…. PENANG DAN SELANGOR…. SIAPA PEMBANGKANG… kah kah kah.. kah kah kah… FITNAH APA… FITNAH PASAL BUNUH ALTANTUYA?.... kah kah kah.. kah kah kah… FITNAH PASAL BELI KAPAL SELAM AMBIL DUIT RASUAH… kah kah kah.. kah kah kah… FITNAH PASAL POLIS PERANCHIS NAK SIASAT KES KAPAL SELAM?.... kah kah kah.. woit…. SEMUA INI BUKAN FITNAH…. kah kah kah.. woit... JANGAN TIPU MELAYU... SEMUA BUKAN FITNAH... kah kah kah.. woit...ITU SEMUA FAKTA SAHEH... KALAU HADIS ....INI HADIS ALI.... kah kah kah kah kah kah…. KALAU ADA ORANG KATA BIK MAMA SLIM MACAM ZIANA ZAIN … BARULAH NAMA NYA FITNAH…. kah kah kah… TT. | |||||||
| Ahli PKR Sabah Yang Digantung Boleh Merayu, Kata Anwar Posted: 28 Aug 2010 12:34 PM PDT KINARUT: Dua belas anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah yang digantung daripada parti kerana dikatakan terlibat dalam rancangan menubuhkan sebuah parti baru masih boleh merayu kepada jawatankuasadisiplin PKR, kata Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata ini disebabkan 12 anggota terbabit menarik balik cadangan itu dan tidak melancarkan parti yang telah mereka tubuhkan. "Saya harap mereka akan menerimanya secara jujur dan saya juga meminta kepimpinan parti supaya tidak merumitkan perkara ini. "Kami perlu memberi mereka peluang untuk merayu. Ini hanyalah satu prosedur," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa perhubungan PKR Sabah di sini, Sabtu. Anggota terbabit dikatakan telah membuat permohonan kepada Pendaftar Pertubuhan untuk mendaftarkan Parti Cinta Sabah pada Disember lepas ekoran rasa tidak puas hati Naib Presiden PKR Datuk Dr Jeffrey Kitingan terhadap campurtangan kepimpinan pusat dalam urusan PKR di Sabah. - BERNAMA | |||||||
| Pemuda Umno Tidak Terlibat Kes Cuba Bakar Bendera Posted: 28 Aug 2010 12:22 PM PDT KUALA LUMPUR: Pergerakan muda Umno tidak pernah mengarahkan mana-mana anggota parti itu bertindak balas terhadap demonstrasi Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) yang membakar dan meludah Jalur Gemilang di Kedutaan Malaysia di Jakarta baru-baru ini, kata ketuanya Khairy Jamaludin. Beliau yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) berkata perkara itu sudah dijelaskan kepada semua anggota pergerakan, bahawa kerajaan tidak mahu perkara itu diperbesarkan hingga menjejaskan hubungan kedua-dua negara. Katanya suara dan pandangan Pemuda Umno disampaikan kepada pihak berkenaan melalui satu memorandum yang diserahkan kepada Duta Indonesia di Malaysia baru-baru ini. "Saya tidak pernah arahkan mana-mana pihak, saya minta supaya tidak ada tindak balas sepertimana yang berlaku di kedutaan Malaysia di Jakarta. "Apa yang dibuat di sana adalah tindakan kumpulan minoriti," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penyerahan kuih raya dan Jalur Gemilang kepada pengguna lebuhraya oleh Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) di Kompleks Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) Lebuhraya Damansara-Puchong di sini, yang turut dihadiri Presiden PPP Datuk Dr M. Kayveas dan Naib Presiden Datuk Maglin Dennis D'Cruz. Khairy berkata demikian semasa mengulas penahanan dua lelaki tempatan yang cuba membakar bendera Indonesia di hadapan pejabat kedutaan republik itu, awal pagi Sabtu. Katanya beliau sendiri akan mengambil tindakan sekiranya ada mana-mana anggota pergerakan Pemuda Umno atau BN yang melakukan perbuatan sedemikian. Sementara itu Khairy memuji kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dibuat semalam bahawa kerajaan tidak akan memberi sebarang ruang kepada apa sahaja kenyataan atau tindakan yang berbaur perkauman daripada terus mempengaruhi sensitiviti rakyat. Beliau berkata dalam keadaan di mana kerajaan cuba menekankan soal 1Malaysiadan perpaduan kenyataan yang dikeluarkan Perdana Menteri itu adalah tepat dan berani. Sementara itu berhubung permohonan maaf Anggota Parlimen Serdang dari DAP Teo Nie Ching kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah atas tindakannya memasuki ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Khairy berkata perbuatan itu boleh dianggap sudah terlambat kerana berlaku selepas Sultan murka. "Saya melihat dalam beliau memohon maaf kepada tuanku Sultan, ada juga usaha beliau untuk justifikasikan apa yang dibuat seolah-olah memberi alasan tentang apa yang berlaku, selain dilihat cuba untuk menyalahkan Umno dan pihak lain," katanya. Dalam kejadian pada Ahad lalu, Teo dikatakan masuk ke ruang solat surau itudengan hanya berpakaian baju kebaya tanpa menutup aurat, dan kejadian itu mencetuskan kemurkaan Sultan Selangor, menyebabkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) membuat keputusan mengambil alih pengurusan surau dan Teo diberi surat amaran. - BERNAMA | |||||||
| Terengganu Dijangka Terima Royalti Minyak RM1.6 Bilion Setahun Posted: 28 Aug 2010 12:12 PM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Terengganu dijangka memperoleh royalti minyak sekitar RM1.6 bilion setahun selepas memeterai perjanjian dengan Petronas pada satu masa yang akan diumumkan kelak. Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata bagaimanapun jumlah tersebut hanya jangkaan sahaja kerana semuanya bergantung kepada harga minyak dunia semasa. "Kerajaan negeri akan menunggu masa yang sesuai untuk membuat perjanjian dengan Petronas berkaitan pembayaran royalti tersebut dan tiada apa-apa masalah yang timbul dalam perundingan di antara kerajaan negeri dengan Petronas baru-baru ini," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi tajaan Yayasan Terengganu di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Sabtu. Dalam rundingan dengan Petronas, kerajaan negeri menuntut supaya dikembalikan royalti kepada Terengganu dan meminta agar perjanjian asal dikekalkan dan diubah sedikit dengan menggugurkan perkataan 'ex-gratia'. Ahmad berkata hasil royalti daripada Petronas itu akan digunakan untuk pembangunan di Terengganu kelak, seperti pembinaan rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah. Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri merancang untuk membina 10,000 unit rumah mampu milik kepada rakyat Terengganu yang menelan kos RM1.7 bilion. - BERNAMA | |||||||
| Astaghfirullahalazim.... Kena Lapor Pada Sultan Ni...!!!! Posted: 28 Aug 2010 12:07 PM PDT Ini bukan setakat yang berdiri tu jer... tak bleh masuk masjid sebab tak tutup aurat, yang ramai2 duduk tu pun tak boleh masuk masjid jugak.... Gua tak kira... kat masjid mana nih..., gua nak repot kat Sultan.... hahahaha.... Yang paling celakanya di sini. Memang CELAKA HARAMJADAH BESAR punya...!!!! IkutSukaAku | |||||||
| Isu Bukan Islam Masuk Masjid : Pendapat Ulamak & Fatwa JaKIM... Posted: 28 Aug 2010 12:00 PM PDT Oleh: Pria MalayaAmno desperedo!..itu rasanya ayat yang sesuai dilontarkan pada puak2 gerombolan yang jahil agama dan cuba memanipulasi kes/isu demi politik sempit mereka..demi menghalalkan matlamat perjuangan asobiyah mereka... Penulis tidak mahu mengulas panjang..korang baca dan analisa sendiri fatwa yang telah dikluarkan oleh JAKIM dan pendapat tokoh agama tentang isu non muslim memasuki rumah Allah.. Antara cerita/fitnah dlm isu ini yang berjaya dipatahkan ialah: 1. Orang Bukan islam tidak boleh masuk masjid/surau - sesetengah dr penyokong Amno telah menyalahguna maksud hadis nabi yang melarang bukan Islam memasuki rumah Allah..sedangkan hadis itu khusus kpd masjid haram sahaja...adapun bagi masjid lain menurut Islam, hukumnya adalah harus (Rujuk fatwa JAKIM).. 2. Wanita non muslim tidak boleh masuk masjid/surau dibimbangi kedatangan haid dan tidak mandi junub, dan mengotorkan kesucian masjid dll- hujah yg jahil lg dangkal..apakah lelaki non muslim yang dibolehkan memasuki masjid telah dan sah mandi junub mereka? Apakah garis panduan berkaitan 'Masjid sbg Destinasi Perlancongan' yg mereka sendiri gubal telah menyatakan kwajipan bagi pelancong utk mandi junub dahulu sebelum memasuki masjid?..3. YB tersebut telah memberi ceramah atau tazkirah agama ketika/selepas solat sunat Terawih - fitnah yang mula2 disebarkan oleh penyokong tegar, namun akhirnya berjaya dipatahkan..bukannya ceramah/tazkirah, tetapi ucapan ringkas selepas Tarawih sempena program penyampaian peruntukan kewangan ADUN tersebut kpd surau berkenaan yang tidak pernah terlintas di benak pemikiran rasis para penyokong Umno.. 4. Non muslim tidak boleh memasuki ruang UTAMA solat - ini antara hujah2 terakhir mereka selepas beberapa hujah yg awal dahulu telah berjaya dipatahkan...utk menjawab isu ini, rujuk fatwa JAKIM dibagaimana dilampirkan dibawah..hukumnya harus.. 5. Tidak boleh berpolitik di dalam masjid, sultan marah - bagi meneruskan kempen buruk mereka, maka alasan ini terpaksa ditimbulkan..sedangkan jelas ia bukanlah program atau ceramah politik, tetapi hanya program ringkas penyampaian bantuan sempena bulan Ramadhan oleh wakil rakyat kawasan berkenaan...kalau ini dikatakan poltitik, ini apa? (baca di sini) 6. Tak tutup aurat - Maka akhirnya, setelah kantoi satu-persatu, satu-satunya kesalahan yang tinggal dlm kes ini ialah YB non Muslim itu ialah kerana tidak menutup aurat @ tidak memakai tudung..habis sekalian penyokong gerombolan terloncat gembira menarik nafas lega kerana masiih mempunyai hujah/dalil mengharamkan ADUN itu memasuki rumah Allah..sekurang2nya mereka boleh membela tindakan yang diputuskan oleh JAIS dan pihak sultan... So, bagi menjawab persoalan 'tidak tutup aurat' ini, penulis cuba tampilkan beberapa gambar sebagaimana disertakan dibawah...apakah cara tutup aurat sebegini yang dimahukan oleh penyokong Umno atau bagaimana....kalian fikir2kan sendiri.. Akhir kalam, korang rujuk sendiri fatwa yang telah diputuskn oleh JAKIM dlm Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 lalu...wallahua'lam... Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid Keputusan: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang. Keterangan/Hujah: Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza. Sumber: e-fatwa JAKIM | |||||||
| Bengap Hang No... Nasiblah Hangpa Tak Minta Teo Bersunat Dahulu Posted: 28 Aug 2010 11:49 AM PDT Riuh Utusan Malaysia dan kader-kader Umno pasal Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching masuk surau. Kononnya hangpa buat berita si Amoi tu bagi tazkirah. Inilah hodoh dan busuknya perangai buruk hangpa semua. Amoi itu juga bukannya datang makan babi dalam surau.Ada yang berkata isu itu sensitif. Sensitiflah kalau dah bebal macam hangpa dan disogok dengan kitab kesayangan hangpa Utusan Malaysia. Hangpa semua menjadikan ia lebih riuh dan digeger untuk disogok pula kepada geng-genga hampa yang bengap berdengung tu. Memang itu tak bersalahan dengan agama. Ini yang disebut ramai ulama. Kalau aku sebut Tok Guru Nik Aziz kata tak salah. Nanti hangpa kata itu Nik Aziz, geng sendiri. Tapi bagaimana pula kalau Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang diura-ura menjadi ulama Umno (Umno masih kempunan) juga berkata perkara itu tak bersalahan dengan agama. Hangpa semua ni.. kalau datang ulama turun dari langit pun, kalau tak kena dengan gaya hangpa semua, aci kerat jari hangpa tetap kata tetap tak betul. Bengap hang no..... nasib baiklah hangpa tak minta Teo Nie Ching bersunat dahulu sebelum ke surau. Kalau tak lagi bebal ganda 23 jadinya hangpa semua. | |||||||
| Posted: 28 Aug 2010 11:48 AM PDT \ ![]() Bravo YB Teo Nie Ching!! Mengalah tak bererti kalah. Memohon maaf tak bererti salah. Syabas kerana tindakan memohon maaf merupakan satu tindakan bijak. Satu tindakan.... ibarat menyimbah air kepada api yang sengaja dinyalakan. Demi kebaikan.... biar kita jadi air. Bagi orang yang bermentaliti tinggi.... mereka dapat bertindak secara rasional dan tanpa ada rasa ego. Hamba Allah seperti ini akan lebih dihormati. Bukan macam mereka yang buat kecoh untuk mencari publisiti murahan. Teo meminta maaf.... bukan kerana dia bersalah. Tetapi.... sebagai seorang yang down to earth, tak salah dia minta maaf.... jika itu dapat meredakan keadaan. What's the big deal... Its just an apology. Wal hal semua orang tahu.... apa yang dia buat sebenarnya tak menyalahi hukum Islam. Baca sini dan sini Hanya yang perasaan pandai saja yang akan lihat tindakan Teo sebagai menyalahi hukum Islam. Weh... Kalau jahil, buatlah cara jahil. Jangan bertindak membabi buta dan akhirnya orang bukan-Islam pandang serong pada Islam. Tindakan bodoh sebegini, bukan nak memperkembang syiar Islam.... tetapi mewujudkan sindrom Islamphobia. Macam mana Islam nak berkembang..... kalau apa yang baik pun dikatakan mencemarkan Islam!! Dungu betul... So..... jangan pulak, just because kita ada kuasa, kita bertindak ikut suka hati kita saja. Aha... sementara di dunia berlagaklah dengan kuasa yang ada..... tetapi, mati nanti.... jawablah pada yang maha esa. | |||||||
| Posted: 28 Aug 2010 11:48 AM PDT ![]() KUANTAN, 29 Ogos - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pahang kini sudah bersiap sedia untuk berhadapan dengan Pilihanraya Umum Ke-13 pada bila-bila masa sahaja. Demikian menurut Dato' Fauzi Abdul Rahman (foto), selaku Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Pahang. Beliau berkata, PKR negeri kini semakin matang dan lebih bersedia daripada tahun-tahun sebelumnya. "Jika dulu parti terpaksa bergantung sepenuh harapan kepada PAS atau DAP untuk membantu kemenangan Pakatan Rakyat, kini tidak lagi. Kami sudah melakukan yang terbaik untuk memastikan perubahan besar berlaku di negeri Pahang dalam PRU-13 nanti". katanya. Jika dulu partinya dilihat lebih kepada "penumpang" dalam Pakatan Rakyat, kini senario itu sudah berubah. Malah PKR Pahang semakin diterima oleh sebahagian besar rakyat negeri ini. "Jika dulu, kami gagal menembusi kubu kuat BN iaitu di kawasan perkampungan orang asli dan juga penempatan Felda. Kini PKR sudah mula diterima oleh masyarakat di sana. Malah, kita juga telah menubuhkan banyak ranting (cawangan) di kawasan terbabit. Apa yang lebih menarik, para peneroka Felda dan orang asli kini mula berani dan secara terang-terangan menyokong kita. Ia jauh sekali berbeza dengan masa lalu, dimana PKR sendiri tidak mempunyai sokongan dan tiada ranting di kawasan terbabit", tambah Dato' Fauzi lagi. Atas faktor itulah, beliau tidak menolak kemungkinan hasrat untuk membuat perubahan tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri Pahang bakal tercapai jua nanti. Faktor Pemilihan Calon Akan Di Buat Lebih Teliti Menyentuh mengenai Pilihanraya Ke-13 yang dijangka tiba bila-bila masa sahaja dari sekarang, Dato' Fauzi menegaskan bahawa partinya amat berhati-hati dengan pemilihan calon yang akan bertanding kali ini. Hanya calon yang popular dan boleh diterima rakyat akan diberi keutamaan. "Tiada lagi calon bidan terjun atau pun last minute seperti yang berlaku di masa lalu. Kita akan pastikan calon yang berkualiti dan diterima oleh masyarakat setempat bertanding kali ini" katanya. Dato' Fauzi juga menegaskan beliau kini lebih menumpukan kepada pemantapan PKR peringkat negeri Pahang. Susulan daripada itu beliau terpaksa menolak banyak undangan ceramah di luar Pahang bagi memberi fokus kepada negeri ini. Ketika ditanya apakah Pakatan Rakyat berpeluang untuk menakluki Pahang dalam PRU-13 nanti. Dato' Fauzi optimis menegaskan bahawa peluang cerah tetap ada berdasarkan kepada sokongan rakyat sekarang. Laungan "rakyat didahulukan" oleh kerajaan UMNO BN dilihat bakal memerangkap diri mereka sendiri sebenarnya. Laungan itu hanyalah sekadar retorik politik semata-mata, hakikatnya semua itu dusta semata-mata. Malah, tindakan kerajaan menaikkan harga minyak dan gula disaat umat Islam bakal menyambur bulan Ramadhan dan Aidil Fitri jelas sekali satu pengkhianatan sebenarnya. "Rakyat kini marah apa yang berlaku. Mereka melihat UMNO BN hanya pandai bermain kata-kata tetapi habuk pun tak ada. Akhirnya rakyat dibebankan dengan kenaikan harga barangan lain yang cukup membebankan mereka", kata Dato' fauzi. Beliau juga amat yakin banyak kerusi Dewan Undangan Negeri Pahang bakal ditakluki oleh Pakatan Rakyat nanti. Lebih-lebih lagi bagi kerusi-kerusi yang dimenangi dengan majoriti tipis oleh BN dibawah 1,000 undi dalam PRU-12 lalu. | |||||||
| Agama Mainan Anjing Politik..!!!! Posted: 28 Aug 2010 07:31 AM PDT Khusrin Munawi dilaporkan oleh Utusan Meloya berkata: "Orang bukan Islam adalah dilarang memasuki ruang solat kerana mereka ini dalam berkeadaan hadas besar apatah lagi berada di bahagian imam dan menyampaikan ucapan kepada umat Islam di dalamnya. Kenyataan Khusrin Munawi jelas menunjukkan beliau melanggar Fatwa MAjlis Fatwa Kebangsaan yang mengizinkan orang bukan Islam masuk ke dalam Masjid. Ia membuktikan Khusrin telah melacurkan JAIS untuk kepentingan politik murahan UMNO dan beliau tidak layak lagi untuk menjadi Pengarah JAIS. Kalau rujuk kepada Sunnah Nabawiyah, pernah ada orang arab badwi yang kencing dalam masjid. Selepas Nabi SAW menegur beliau, baginda menyuruh para sahabat menjirus air ke kawasan kencing itu. [Shahih Muslim, no: 285] Rasulullah SAW juga mengingatkan peranan mereka pada akhir hadis dengan sabdanya: Sesungguhnya kalian diutuskan untuk memudahkan dan kalian tidak diutuskan untuk menyukarkan. (riwayat al Bukhari).Kedua-dua petikan di atas gua cilok dari akhbar pencacai munafikun, Lu orang nampak tak... betapa munafiknya perangai mereka2 yang terlibat dalam memperbesarkan soal remeh ini yang penuh dengan propaganda murahan. Dalam bab Pengarah JAIS tu... gua tak mau komen banyak. Sama jer taraf dia dengan Harusanasini... menjadi Anjing Politik Murahan UmnoApco, bercakap demi kepentingan politik dan bukannya atas kebenaran agama. Telah berkata Saiyidina Umar r.a, "Perkara yang aku amat khuatiri kepada kamu adalah seorang munafiq yang bijak berbicara". Si munafiq durjana yang ditakuti oleh Saiyidina Umar adalah orang yang memutar belitkan makna AlQuran dan maksud hadis Nabi s.a.w. yang boleh menimbulkan bala dan fitnah terhadap kaum muslimin. Letih nak melayan puak2 jahil nih, ada pendidikan agama tapi di salahgunakan, kononnya perjuangan umnoApco berlandaskan Al-Quran dan Sunnah, Al-Quran diorang Kitab Lord Reid dan Sunnah yang diorang ikuti Sunnah Queen Elizabeth... bangang punya UmnGok. Kepada puak2 umnoApco yang sayangkan Islam, lu orang celikkan mata dan rujuklah Al-Quran dan Hadis2 Nabi SAW berkaitan isu orang bukan Islam memasuki masjid dan buatlah perbandingan dengan apa yang di kecohkan oleh puak2 parti lu orang ini. Janganlah lu orang di perbangangkan oleh puak2 haramjadah tu... IkutSukaAku | |||||||
| Nazri: Bertanggungjawab terhadap apa dikata Posted: 28 Aug 2010 07:07 AM PDT Mana-mana pihak atau individu yang mengeluarkan kenyataan yang menyentuh isu-isu berhubung sensitiviti kaum dan agama perlu bertanggungjawab dan menanggung akibat serta kesannya apabila ia dilaporkan kepada pihak berkuasa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Beliau berkata alasan mengatakan tindakan atau kenyataan yang diucapkan telah 'disalah anggap' adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. "Ucapan yang penting ialah mengenai anggapan orang. Bila berucap, ucapan itu kena dijaga, jangan boleh disalah tafsirkan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 300 penerima dalam Parlimen Padang Rengas di Pusat Khidmat Masyarakat Barisan Nasional di Lubuk Merbau Merbau di Kuala Kangsar.Katanya bagi memastikan isu-isu yang menyentuh perhubungan kaum tidak terus dimanipulasikan mana-mana pihak, kerajaan menerusi Jawatankuasa Kabinet Berkenaan Penguatkuasaan Undang-Undang akan memantau setiap isu yang berbangkit. Menurutnya kerajaan tidak akan berkompromi dengan usaha pihak tertentu yang mahu memecah-belahkan perpaduan rakyat pelbagai kaum dalam negara. "Kerajaan tidak boleh bertolak-ansur dengan isu perkauman sama ada yang membabitkan golongan minoriti atau majoriti, saya akan pastikan jika ada laporan polis dibuat dan selepas disiasat, ia akan diserahkan kepada Peguam Negara. Saya akan pantau, kalau ada kes mesti didakwa dan pendakwaan mesti cepat," katanya. Nazri berkata jawatankuasa yang bermesyuarat sebulan sekali itu turut dianggotai Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail. "Khamis lepas kami mengadakan mesyuarat yang kedua. Dalam mesyuarat ini kami memutuskan akan memantau kes-kes yang mempunyai kesan dalam perkembangan sosial,serta yang melibatkan kepentingan umum," katanya. Beliau berkata antara isu yang dibincangkan dalam mesyuarat terbaru itu ialah kes berkaitan seorang pengetua sekolah di Johor yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dan tindakan empat remaja menyimbah cat merah dan botol arak ke sebuah surau di Negeri Sembilan. Ditanya persepsi orang ramai bahawa kerajaan hanya bertindak tegas terhadap kes yang membabitkan kaum tertentu sahaja, Nazri berkata ia tidak benar, kerana tindakan yang diambil berdasarkan kepada kesalahan yang dilakukan tanpa mengira kaum. - Bernama | |||||||
| Nik Aziz pertahan anggota Parlimen Teo Posted: 28 Aug 2010 07:06 AM PDT Nik Aziz pertahan Teo August 28, 2010 ![]() OTA BARU, 28 Ogos — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempertahankan tindakan anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lepas. Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Parlimen tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam. "Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam," kata Nik Aziz (gambar) kepada pemberita, di sini hari ini. Beliau diminta mengulas tindakan Anggota Parlimen DAP itu yang menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat utama surau terbabit. Tindakan Teo itu menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Majlis Agama Islam Selangor menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut. Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz berkata tindakan itu dilihat ganjil kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama sedangkan pada zaman Nabi Muhammad SAW baginda mengajak orang kafir Quraisy tinggal di dalam masjid termasuk dibenar tidur, makan dan minum. "Cuma apa yang dilihat (benda) itu sebagai pelik di zaman ini menunjukkan umat Islam kita terlalu jahil dengan agama," katanya. Nik Abdul Aziz sebelum itu hadir berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 174 penghuni rumah anak yatim Puteri Harapan Taman Sabariah. — Bernama | |||||||
| Akhirnya Bukan Islam Semakin Sedar UMNO Parti Pelampau Posted: 28 Aug 2010 06:58 AM PDT PAS: BN serang MP Serdang guna isu 'murahan'Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mendakwa Barisan Nasional (BN) mengamalkan dwistandard mengkritik Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching berhubung kunjungannya ke Surat Al-Huda di Kajang, Ahad lalu. "(Sebenarnya) satu kebiasaan bagi pemimpin parti-parti komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan, Sabah dan Sarawak untuk datang ke masjid dan memberikan ucapan," kata Salahuddin (picture) kepada The Malaysian Insider hari ini. Oleh itu kata beliau, apabila pemimpin BN melakukannya ia tidak dijadikan isu. "Bagaimanapun apabila Pakatan Rakyat (PR) melakukan, ia dijadikan isu. Ini publisiti murahan bagi mereka," kata beliau lagi. Ahli Parlimen Kubang Kerian ini berkata serangan BN ke atas Teo menunjukkan perikatan itu semakin menjadi sebuah parti "rasis". "Mereka (BN) lebih rasis dan ektremis (sekarang)," katanya lagi sambil menambah, "tiada masalah dengan (tindakan Teo masuk ke surau)." Dalam satu kenyataan tengah hari tadi, Teo menjelaskan bahawa kehadirannya di Surau Al-Huda hanya bertujuan menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan negeri bagi memperbaiki pagar surau berkenaan dan berbuka puasa bersama anggota jawatankuasa serta jemaah surau. "Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberi sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor. "Saya kesal perkara ini telah menimbulkan perasaan resah antara umat Islam dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak tertentu atas sebab-sebab politik," kata beliau. Teo turut menegaskan bahawa lawatannya ke surau berkenaan tidak berniat politik dan tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan. Beliau turut menyambut baik pesanan dan nasihat daripada semua pihak mengenai perkara tersebut dan akan lebih berhati-hati supaya tidak menimbulkan perasaan kurang senang dan perselisihan faham di kalangan umat Islam pada masa akan datang. -TMI
Ulasan GB Silat UMNO untuk memperalatkan agama di dalam isu surau di Kajang menunjukkan ketempangannya yang akhirnya menikam dirinya sendiri. Rakyat yang bukan-Islam melihat telatah UMNO - dan masing-masing mengangguk bahawa UMNO adalah sebuah parti pelampau - yang akan menggunakan setiap ruang untuk kepentingannya. Malah bukan Islam semakin takut untuk bersama UMNO kerana tindakan mereka akan sentiasa dicurigai dan sentiasa dieksploitasi demi mendapatkan sokongan politik kepada mereka. UMNO dilihat terlalu terdesak kini ... terdesak dan sedang nazak... | |||||||
| Umno Langgar Fatwa, Dr Asri Pertahan Teo Nie Ching Posted: 28 Aug 2010 06:56 AM PDT Selain diperkuat dengan fatwa yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Malaysia, mereka berpendapat, amalan orang bukan Islam mendekati masjid atau surau adalah tanda positif terhadap penerimaan agama, selagi tidak bercemar kesucian agama. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Keputusan itu dicapai pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010. Bekas Mufti Perlis itu tegas menyatakan, bukan menjadi satu kesalahan kepada orang bukan Islam untuk memasuki surau dan masjid asalkan niatnya baik dan betul. "Jika tujuan dia masuk itu tujuannya untuk mempelajari Islam mengetahui tentang Islam dan mengkaji tentang Islam ataupun untuk urusan kehidupan yang ada dengan kepimpinan Islam dalam masjid umpamanya seperti zaman nabi. "Nabi sebagai ketua agama dan berpusat di masjid mereka masuk untuk berjumpa dengan nabi dan meminta masuk yang mereka rasa urusan mereka dan mereka masuk tidak ada masalah," kata bekas Mufti Perlis kepada TV Selangor. Dr Asri berharap kepada umat Islam di negara ini tidak terikat dengan stigma tertentu hingga mendorong mereka membuat kesimpulan mudah tapi salah. Beliau menyarankan semua pihak menyelesaikan masalah ini berpandukan hukum hakam agama dan bukan bersandarkan kepada pemikiran politik. "Saya mengharapkan perkara seperti ini jangan dimulakan hukuman yang menjadikan orang bukan Islam takut, lebih baik media-media ini memainkan peranan menerangkan prinsip umum Islam termasuk dalam masjid, apa pandangan Islam. Islam kata tidak ada masalah, mereka boleh masuk masjid jika niat mereka betul. "Jika niat mereka salah, maka tujuan mereka salah, maka tidak boleh masuk masjid," kata beliau. Dr Asri mengingatkan semua pihak prinsip agama bukan bertiangkan politik kepartian yang membawa kepada pelbagai prejudis dan persepsi, sebaliknya mesti bersandarkan fakta dan dalil. "Isu agama mesti diulas atas prinsip agama. Prinsip agama sentiasa ditegakkan melalui fakta sedangkan politik kepartian sentiasa ia dibina di atas prejudis dan persepsi. "Jika kita mahu bercakap berkenaan agama, mesti mengikut kepada penghujahan agama. Jangan jadikan penghujahan politik untuk penghujahan agama kerana politik kepartian ada agenda di sebalik isu. "Akan tetapi, agama sentiasa konsisten dan tegap dan dibina di atas prinsip," katanya lagi. Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Parti Keadilan Rakyat, Dr Muhammad Nur Manuty menggesa umat Islam menyelak kembali lembaran sejarah ketamaduan Islam sebelum membuat kesimpulan melulu. Ini akan membolehkan umat Islam lebih memahami isu dan perkembangan dunia Islam dengan lebih luas dan tidak terperangkap dengan kepompong budaya yang belum tentu berpaksi ajaran agama. "Saya fikir masyarakat umat Islam kena mendalami lagi Islam daripada segi hukum hakam dan juga sejarah ketamadunan umat Islam yang berpangkalan di Makatul Mukarramah kemudian ke Madinah kemudian ke Baitul Maqdis. Ini, supaya memahami adanya ruang-ruang yang diadakan orang Islam untuk masuk ke dalam masjid dan juga pembinaan gereja yang dibina berhampiran masjid seperti di Baitul Maqdis. Jadi umat Islam kena pertingkatkan kefahaman tentang Islam dan sejarahnya," katanya. Beliau menganggap tindakan Teo Nie Ching itu menunjukkan seorang pemimpin bukan Islam cuba membantu dan menyelami kehidupan umat Islam. Malah, ia jauh berlawanan dengan gelagat wakil rakyat Barisan Nasional yang selama ini memandang remeh keperluan infrastruktur surau tertentu. "Hari ini kita tengok Ahli Parlimen Serdang sudah memberitahu tujuan dia bukan bertazkirah tetapi orang menyebut-nyebut dia memberi tazkirah. Mana ada dia bertazkirah, dia menyampaikan maklumat terkini polisi kerajaan Selangor. "Sebagai wakil rakyat dia perlu untuk menjalankan tugasnya di mana wakil rakyat daripada PR lebih baik daripada menjalankan tugas daripada wakil rakyat BN yang menjalankan tugas yang bukan Islam langsung tidak menghayati budaya orang Islam terutamanya dalam bulan Ramadan," katanya. |
| You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






























"Ucapan yang penting ialah mengenai anggapan orang. Bila berucap, ucapan itu kena dijaga, jangan boleh disalah tafsirkan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 300 penerima dalam Parlimen Padang Rengas di Pusat Khidmat Masyarakat Barisan Nasional di Lubuk Merbau Merbau di Kuala Kangsar.
"Khamis lepas kami mengadakan mesyuarat yang kedua. Dalam mesyuarat ini kami memutuskan akan memantau kes-kes yang mempunyai kesan dalam perkembangan sosial,

Tiada ulasan:
Catat Ulasan