Selasa, 3 Ogos 2010

Justice For All

Justice For All


PAS Sokong Noh Dalam Isu Pusat Hiburan, Minta Negeri UMNO Berbuat Perkara Sama

Posted: 03 Aug 2010 08:40 PM PDT

Pas sambut baik cadangan Noh

SHAH ALAM - Pas menyambut baik saranan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar menutup pusat hiburan di negeri berkenaan kerana ia sememangnya bertentangan dengan ajaran Islam.

Bagaimanapun Pas menegaskan tindakan yang sama sewajarnya dilakukan di semua negeri, termasuk yang diperintah Barisan Nasional, yang diketuai Menteri Besar beragama Islam.

Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sepatutnya kenyataan yang dikeluarkan beliau bersifat menyeluruh, bukan hanya kerana bulan Ramadan sahaja.

"Perkara ini kelihatan sememangnya bercanggah dengan Islam. Jadi, ia perlu dilakukan.

"Jika tidak, ia dilihat sebagai satu cabaran yang tidak jujur dan ada agenda tertentu, termasuk bermotifkan politik," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, yang meminta Pas Selangor mendesak Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) memastikan pusat hiburan dan rumah urut di negeri ini ditutup sepanjang Ramadan jika ia benar-benar memperjuangkan Islam.

:Tindakan itu. katanya, perlu dilaksanakan kepimpinan Pas yang diterajui Pesuruhjaya Pas Negeri, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, sekiranya parti itu betul-betul ikhlas dalam perjuangannya.

:Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, sebagai sebuah parti Islam, Pas Selangor komited dalam kerja-kerja "amar makruf nahi mungkar" (ajak kepada kebaikan, menolak kejahatan) yang melibatkan umat Islam di negeri ini.

"Di Selangor di bawah peraturan yang sedia ada pusat-pusat hiburan memang melarang umat Islam dari tercebur dalam aktiviti mungkar termasuklah meminum arak di premis yang seumpama ini," katanya.

Ada 4 Akta Kawal Internet, Termasuk ISA

Posted: 03 Aug 2010 08:08 PM PDT

Ada 4 Akta zalim kawal internet..termasuk ISA

Empat akta kawal maklumat laman web

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Semua jenis kandungan berangkai termasuk laman web di Internet tertakluk kepada empat akta yang telah digubal di negara ini.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, akta itu adalah Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

''AKM 1998 mengandungi beberapa peruntukan mengenai kandungan terlarang termasuklah Seksyen 211 dan 233.

''Ia melarang pemberian kandungan lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat mengacau, mendera, menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain," katanya ketika menjawab soalan Senator Dr. M. Malasingam pada sidang Dewan Negara hari ini.

Malasingam mahu mendapatkan penjelasan tentang mekanisme yang disediakan bagi menangani trend dan paradigma kehidupan terutama keruntuhan moral di bandar mahupun luar bandar akibat ledakan jalur lebar.

Tambah Rais, sebarang tindakan yang diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) adalah berdasarkan kandungan yang mempunyai unsur-unsur maksiat atau berita yang tidak menyenangkan.

''Bukan jalur lebar yang perlu dipersalahkan atau dianggap sebagai penyalur maksiat dan berita-berita yang tidak menyenangkan tetapi kandungan sesuatu jaringan," katanya.

Menurutnya, setakat ini sebanyak 405 aduan diterima melibatkan kandungan yang mengandungi unsur lucah iaitu sebanyak 207, mengancam atau bersifat jelik (196) dan dua kes mengenai sumber-sumber palsu dan sumbang.

''Ia jelas membuktikan bahawa SKMM sememangnya bertindak tegas terhadap kesalahan-kesalahan seperti ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau menjelaskan, kewujudan kafe siber adalah di bawah tugas dan tanggungjawab pihak berkuasa tempatan.

''Sekiranya terdapat aduan mengenai kandungan di dalam komputer di pusat berkenaan yang menyalahi undang-undang, SKMM berhak mengambil tindakan terhadap perkara berkenaan," jelasnya.

Selepas Sekolah Mengandung, Ali Rustam Mahu Mudahkan Kanak-Kanak Berkahwin Pula

Posted: 03 Aug 2010 07:21 PM PDT

Ini satu cadangan bagus. Cuma ia tak sebagus dan seafdal laksanakan hukum Allah bagi mengatasi masalah buang bayi ini..

MAIM benar pelajar berkahwin

MELAKA 3 Ogos - Selepas mencadangkan penubuhan sekolah khas bagi pelajar mengandung, kerajaan negeri 'menggalakkan' pula ibu bapa memberi kebenaran kepada anak- anak mereka berkahwin walaupun masih bersekolah bagi mengekang gejala hamil luar nikah.

Bagi tujuan tersebut, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bersetuju memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, prosedur permohonan bernikah bagi pelajar terbabit masih dikekalkan iaitu perlu dibuat melalui Mahkamah Syariah tetapi kelonggaran diberi untuk memudahkan mereka bernikah jika mendapat persetujuan ibu bapa masing-masing.

Menurutnya, keputusan itu diambil dan telah dipersetujui oleh semua pihak pada persidangan menangani gejala sosial yang diadakan baru-baru ini.

"Bagi kerajaan negeri, ini adalah langkah terbaik menangani gejala buang bayi dan kes hamil serta melahirkan anak luar nikah. Adalah lebih baik ibu bapa memberi kebenaran kepada anak mereka yang hendak sangat berkahwin daripada mereka melakukan zina.

"Bagi saya mengubat adalah lebih susah berbanding mencegah. Cara ini saya anggap lebih praktikal, jika tidak gejala buang bayi dan mengandung anak luar nikah tidak akan dapat dibendung," ujarnya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Seminar Penghayatan Ramadan serta majlis pentauliahan amil zakat fitrah dan pelancaran Buku Masjid Negeri Melaka di Auditorium Masjid Al-Azim di sini hari ini.

Bagi pelajar yang hamil pula, Mohd. Ali berkata, kebenaran bernikah akan diberi namun denda perlu diselesaikan menerusi Mahkamah Syariah.

Mengulas lanjut, Mohd. Ali yang juga Pengerusi MAIM berkata, keputusan itu diambil dengan mengambil kira 391 kes hamil dan melahirkan anak luar nikah di negeri ini tahun lepas.

Menurutnya, sepanjang tempoh enam bulan tahun ini pula, 174 kes berkenaan telah dilaporkan.

"Kes tersebut kebanyakannya melibatkan pelajar sekolah di bawah umur 20 tahun dan jika tidak ditangani akan berterusan," ujarnya.

Beliau menegaskan, perkahwinan pada usia muda bukan sesuatu yang pelik kerana pada zaman dahulu, ibu bapa berkahwin pada umur 13 hingga 18 tahun.

"Kalau ada pelajar tidak boleh tahan (untuk bernikah), tolong jangan berzina, minta kebenaran jumpa mufti, kita akan benarkan," ujarnya.

Menurutnya, kerajaan negeri menyediakan bantuan kewangan RM500 kepada ibu bapa daripada keluarga miskin bagi urusan pernikahan anak mereka.

Katanya, jika pelajar terbabit bersalin dan tidak mempunyai orang untuk menjaga bayinya kerana bersekolah, kerajaan negeri akan memikirkan cara untuk membantu mereka.

Tapi ada juga yang bantah..

Puteri UMNO bantah pelajar kahwin awal

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Langkah kerajaan negeri Melaka menggalakkan ibu bapa membenarkan anak yang masih bersekolah untuk berkahwin bagi membendung gejala hamil luar nikah dilihat sebagai satu bentuk jalan penyelesaian singkat terhadap masalah berkenaan.

Malah, ahli politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan golongan kaunselor berpendapat perkahwinan pada usia muda bakal menambahkan lagi masalah kepada pelajar, keluarga mereka dan masyarakat.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin berkata, beliau tidak bersetuju dengan langkah kerajaan negeri Melaka itu meskipun bermatlamat mencegah gejala hamil luar nikah.

Ini kerana, katanya, kebanyakan kes hamil luar nikah bukan melibatkan pasangan yang serius hendak berkahwin tetapi hanya untuk berseronok sehingga terlanjur.

"Puteri UMNO yakin gejala tidak bermoral itu hanya boleh diselesaikan menerusi 'akarnya' iaitu setiap ibu bapa menjalankan tanggungjawab mendidik anak-anak tentang dosa dan pahala," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang menggalakkan ibu bapa memberi kebenaran kepada anak-anak mereka berkahwin walaupun masih bersekolah bagi mengekang gejala hamil luar nikah.

Bagi tujuan tersebut, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bersetuju memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan.

Rosnah berkata, keputusan membenarkan mereka berkahwin pada usia muda bakal menimbulkan masalah lain termasuk meningkatkan jumlah penceraian.

Naib Presiden Hal Ehwal Wanita (HEWI) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Nor Akmariah Abdullah berkata, perkahwinan sebagai jalan penyelesaian kepada gejala pelajar terlanjur boleh memberi kesan negatif kepada golongan muda.

"Asal terlanjur sahaja, ibu bapa bertindak menikahkan anak, tetapi masalah ini sebenarnya cuma dapat diselesaikan buat seketika sahaja," katanya.

Nor Akmariah berkata, sepatutnya ibu bapa mendidik anak-anak supaya mengelakkan diri daripada menjalin hubungan yang boleh mengundang kepada keterlanjuran.

Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Ivy Josiah pula berkata, walaupun undang-undang Islam Melaka membenarkan perkahwinan kepada golongan pelajar tetapi mengikut undang-undang sivil mereka masih dikategorikan sebagai kanak-kanak.

Katanya, pemikiran mereka masih keanak-anakan dan jika sudah terlanjur dan dipaksa berkahwin, maka ia menyebabkan mereka terpaksa membina rumahtangga pada usia yang tidak matang.

"Ibu bapa perlu mendidik anak-anak supaya tidak terlanjur yang merupakan langkah pencegahan terbaik terhadap masalah itu," katanya.

Bagi pensyarah kaunseling Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr. Sapora Sipon, perkahwinan pada usia muda penuh dengan cabaran.

"Perkahwinan tidak boleh dipandang remeh khususnya apabila berkahwin disebabkan terlanjur," katanya.

Banyak Betul Syarat Untuk Guru Berpolitik

Posted: 03 Aug 2010 06:46 PM PDT

Banyak betul syarat untuk guru berpolitik..

JPA keluar syarat guru-guru berijazah aktif politik

PUTRAJAYA 3 Ogos - Guru-guru siswazah Gred DG41 hingga DG48 yang dibenarkan berpolitik, ditegah melakukan kegiatan itu sewaktu bertugas serta tidak mengganggu tugas rasmi.

Mereka juga tidak boleh menggunakan pengaruh politik bagi menyelesaikan masalah perkhidmatan demi kepentingan diri atau bagi pihak sesuatu kumpulan, pertubuhan dan persatuan.

Syarat-syarat itu dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini menerusi surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2010.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah berkata, pekeliling itu menggariskan syarat kepada guru siswazah yang ingin bertanding, memegang jawatan atau dilantik untuk apa-apa jawatan dalam suatu parti politik.

Menurut beliau, bagi tujuan cuti untuk aktiviti politik, guru berkenaan perlu memohon cuti tanpa rekod jika kegiatan itu melibatkan waktu bertugas.

"Ia terhad kepada menghadiri mesyuarat parti di peringkat kebangsaan sebagai perwakilan dan menghadiri seminar atau bengkel anjuran parti yang membincangkan isu-isu nasional dan pembangunan negara.

"Tetapi kedua-duanya itu tertakluk kepada persetujuan dan budi bicara ketua jabatan masing-masing mengikut peraturan yang ditetapkan," kata beliau dalam kenyataan yang dipetik Utusan Malaysia daripada laman web rasmi JPA.

Abu Bakar berkata, pembatalan dan penarikan balik kelulusan untuk berpolitik pula berlaku jika guru berkenaan ditempatkan sama ada secara lateral atau dinaikkan pangkat ke jawatan pentadbiran di kementerian atau jabatan pelajaran negeri atau daerah atau institusi pendidikan guru atau Kolej Matrikulasi atau mana-mana agensi kerajaan.

"Ia juga terbatal jika guru berkenaan bersetuju menerima tawaran pemangkuan atau kenaikan pangkat ke gred DG52 dan ke atas.

"Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran boleh menarik balik kelulusan jika guru terbabit gagal mematuhi mana-mana syarat yang ditetapkan dan boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993," katanya.

Menurut beliau, kalangan guru gred itu yang memegang jawatan Pengetua atau Guru Besar atau memegang apa-apa jawatan pentadbiran di mana-mana institusi pendidikan dan agensi kerajaan tidak dibenarkan melibatkan diri dalam aktiviti politik.

Sehubungan itu, kata Abu Bakar, semua permohonan untuk guru siswazah berpolitik perlu dikemukakan dengan menggunakan borang (JPA(T) 1/10) kepada Ketua Setiausaha kementerian melalui ketua jabatan masing-masing.

Hubungan Sulit Sayfooool - Farah Mungkin Akan Dibicarakan Di Mahkamah Syariah

Posted: 03 Aug 2010 06:12 PM PDT

Anwar Buat Laporan Polis, Teliti Undang-Undang Syariah

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat laporan polis bagi menggesa polis menjalankan siasatan sama ada seorang daripada pasukan pendakwaan, Farah Azlina Latif menyalah guna kuasa yang menjejaskan perbicaraan kes.

Beliau bimbang, besar kemungkinan Saiful Bukhari Azlan menerima akses kepada maklumat sulit berkaitan perbicaraan kes konspirasi terhadapnya, meliputi keterangan saksi lain mahupun keterangan beliau sendiri.

Anwar membuat laporan polis terhadap Farah Azlina dan Mohd Saiful di bit polis Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur sebaik sahaja perbicaraan ditangguh kira-kira jam 11 pagi.

Dalam laporan itu, Anwar menggesa polis menyegerakan siasatan terhadap Farah Azlina dan Mohd Saiful yang didakwa menyalahi Akta Rahsia Rasmi 1972.

"Saya buat laporan polis menegaskan isu yang sama dokumen keterangan saksi dan semua keterangan rahsia saya percaya telah disampaikan kepada Saiful. Ini mencemarkan kedudukan pendakwaan.

Sebab itu peguam kemuka permohonan untuk menggugurkan pertuduhan yang dianggap tidak ikut takrif kebebasan dan pendakwaan yang telus. Saya telah bagi keterangan pada polis supaya segerakan siasatan," katanya.

Anwar, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga sedang meneliti kemungkinan untuk mengheret Saiful mengikut akta undang- undang syariah lantaran hubungan sulit mereka.

"Peguam syariah, Kamar Ainiah sedang teliti," kata beliau.

Gempar !! Spekulasi & Gambar Kematian Bekas Adun UMNO & P.A Wanitanya

Posted: 03 Aug 2010 04:27 PM PDT

Banyak spekulasi yang timbul. Ada yang kata kes rompakan, dan juga kes aniaya. Kes cemburu turut timbul dan mungkin ada pergaduhan sebelum tembakan dilepaskan...

Bahkan ada spekulasi yang wujud penumpang ke-3 yang menembak kedua-dua mereka ini. Sebab tiada cermin yang pecah.

Jelas ini kes berprofail tinggi. Semoga polis dapat menyiasat kes dengan baik. Memang haru biru betul Najib jadi pm. Tembak orang macam tembak gagak. Macam negara koboi lah pulak. Mungkin terpengaruh dengan kes Althantuya.

Apun takziah kepada kedua-dua keluarga arwah semoga pembunuh mereka dapat ditangkap dan jika mereka ni bunuh diri..nauzubillah, semoga jadi pengajaran buat kita bersama.

Gambar-gambar kejadian gempar semalam..

 

 

Nuffnang Ads

Tertukar Bayi Selama 25 Tahun

Posted: 03 Aug 2010 03:34 PM PDT

Dimas Jose Aliprandi, left, and Elton Plaster

Tertukar bayi hampir 25 tahun lalu

BRASILIA – Sepasang bayi yang tertukar secara tidak sengaja sejurus selepas lahir di hospital 25 tahun lalu, kini membawa kepada penyatuan dua keluarga dengan latar berbeza.

Sejak tahun lalu, Dimas Aliprandi, 25, dan Elton Plaster, 25, tinggal serta bekerja bersama kedua-dua keluarga di sebuah ladang kecil di tenggara Brazil.

Aliprandi berkata, sejak kecil, dia selalu tertanya-tanya mengapa dirinya menyerupai orang Jerman dan tidak serupa dengan adik-beradiknya yang berdarah Itali.

Semasa dia berumur 14 tahun, syak wasangkanya bertambah selepas menonton berita di televisyen mengenai kes bayi baru lahir tertukar disebabkan kecuaian pihak hospital.

Aliprandi memberitahu ayahnya mengenai keraguannya dan ingin melakukan ujian asid deoxyribonucleic (DNA), tetapi kos terlalu tinggi menghalang niatnya.:

Selepas 10 tahun, Aliprandi menjalani ujian DNA yang membuktikan dia bukan anak kandung.:

Akhirnya, Aliprandi dan Plaster mendapat tahu apa yang berlaku sejurus selepas mereka lahir di hospital yang sama.

"Penemuan kisah silam tidak mengganggu kami; sebaliknya membawa keinginan untuk menyatupadukan kedua–dua keluarga.

"Saya dan Plaster ingin kekal bersama keluarga yang membe-sarkan kami serta keluarga kandung kami," katanya.

Keluarga Alipradi menerima tawaran daripada keluarga Plaster untuk berpindah ke ladang sayur-sayuran dan kopi untuk tinggal bersama sebagai satu keluarga besar, tahun lalu.

UMNO & NGO UMNgOk Tak Nak Bantah Ke Cadangan BN Sarawak Ni???

Posted: 03 Aug 2010 05:05 AM PDT

UMNO..Perkose..GPMS..Kelab UMNO luar Negara..nak bantah tak cadangan BN Sarawak ini. Dulu bukan main korang bantah gila-gila ladang sama kat Selangor

Ladang babi konsep rumah tertutup mesra alam di Sarawak dibuka menjelang 2011

SIMUNJAN - Kawasan penternakan babi termoden berkonsep rumah tertutup di tapak seluas 804 hektar di Pasir Puteh dekat sini, akan mula dibuka kepada penternak babi sekitar Kuching dan Samarahan menjelang tahun 2011, kata Menteri Muda Alam Sekitar, Datuk Peter Nansian Ngusie.

Beliau berkata, kawasan terbabit yang hampir 75 peratus siap lengkap dengan prasarana asas bernilai RM90 juta yang ditanggung serta dibangunkan oleh kerajaan negeri dan pusat mampu menempatkan kira-kira 250,000 ekor babi pada satu-satu masa.

"Kawasan yang lengkap dengan prasarana moden bernilai hampir RM90 juta melalui konsep rumah tertutup mampu mengatasi masalah pencemaran khasnya bau dan air sisa kumbahan dari kandang babi," katanya kepada pemberita pada sesi taklimat sempena lawatan media ke kawasan itu hari ini.

Beliau berkata, setakat ini kira-kira 72 daripada 103 penternak yang berlesen bersedia untuk menternak babi di kawasan yang turut dilengkapi pusat pemotongan dan bilik beku menggunakan teknologi Jerman bernilai hampir RM19 juta.

Nansian berkata, kerajaan yakin ladang terbabit yang dibangunkan bersama oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) dan Jabatan Pertanian Sarawak dapat mengatasi dan mengawal masalah serangan penyakit selain mengawal pencemaran alam sekitar serta menjamin mutu dan standard pengeluaran hasil daging babi.

"Dengan adanya ladang babi yang lebih sistematik dan canggih ini kita yakin mampu mengeluar lebih banyak babi bukan sahaja untuk permintaan tempatan malah juga untuk pasaran eksport," katanya.

Beliau berkata, kawasan penternakan yang sedia di bahagian Kuching dan Samarahan bagaimanapun masih dikekalkan berdasarkan syarat dan peraturan yang telah ditetapkan NREB, khasnya daripada segi kawalan mutu kesan alam sekitar.

"Beroperasi di sini (Pasir Puteh) bukan satu mandatori... namun kemudahan di Pasir Puteh ini adalah yang terbaik dan kita yakin penternak akan berpindah secara berperingkat," katanya sambil menjelaskan kerajaan juga dalam perancangan untuk membangunkan konsep ladang babi yang sama di Sibu dan Miri.

Ketika ini, Sarawak menternak kira-kira 280,000 ekor babi dan daripada jumlah tersebut 75 peratus ataupun 210,000 diternak di bahagian Kuching dan Samarahan manakala selebihnya di bahagian lain di negeri ini.

Berahim Perkose Tak Pandai Speaking London

Posted: 03 Aug 2010 04:18 AM PDT

Tulah Berahim..belajarlah tinggi-tinggi dulu..kan dah kena tempelak, tak pandai bezakan perkataan adjektif (kata sifat) dan kata benda. Kah..kah Berahim, malu kaum betul tak pandai speaking london..

Pelajaran bahasa Inggeris untuk Ibrahim Ali

KOMENTAR Apabila saya bangkit pada pagi Isnin lalu, saya melayari laman sesawang Malaysiakini dan mendapati saya menjadi sasaran demonstrasi di Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur.

Saya tidak pasti sama ada saya terkejut ataupun ia satu penghormatan. Ketika saya menjadi duta, seringkali terjadi demonstrasi terhadap Amerika Syarikat - semuanya membabitkan isu serius.

Tetapi demonstrasi yang dilakukan adalah terhadap diri saya? Ini hanya semata-mata saya berkata benar dan menamakan PERKASA sebagai kumpulan militan? Semuanya berlaku kerana ketua PERKASA, Datuk Ibrahim Ali tidak boleh membezakan antara adjektif (kata sifat) dengan 'kata benda'.

Isu ini bermula kerana bahasa Inggeris bukan bahasa ibubunda Ibrahim. Saya tidak menyalahkannya kerana dia tidak faham perbezaan itu dalam bahasa Inggeris. Ia bukan bahasa ibundanya. Saya berharap saya mengetahui lebih banyak bahasa Melayu.

Bagaimanapun sebelum seseorang berhujah dengan berkobar-kobar selama dua minggu dengan menuduh saya sebagai "tolol" dan "bodoh" (stupid) serta mengetuai bantahan ke atas kedutaan Amerika, sekurang-kurangnya perbetulkan dahulu fakta anda.

Namun nampaknya, Ibrahim tidak ambil peduli. Beliau gembira dengan publisiti yang diterimanya di media massa.

Saya labelkan PERKASA sebagai kumpulan militan Melayu, yang mana ia memang bersifat demikian. Apabila saya menggunakan perkataan 'militan' ia digunakan sebagai adjektif. Ia membawa maksud 'perwatakan yang agresif' atau 'semangat baja dalam perjuangan', sebagai contoh 'aktivis hak asasi manusia yang militan'.

Ibrahim sepatutnya menerimanya sebagai satu pujian.

Apabila perkataan 'militan' digunakan sebagai adjektif, perkataan itu tidak membawa maksud seseorang itu menggunakan keganasan.

Jadi apabila saya menyentuh mengenai PERKASA - hanya enam perkataan dalam rencana pengarang saya yang berjumlah lebih kurang 800 perkataan berhubung "kumpulan baru militan yang bernama PERKASA - saya tidak menggunakannya sebagai 'kata benda'. Saya gunakannya sebagai 'kata sifat' - menunjukkan agesif atau bersungguh-sungguh.

Itu adalah perkataan yang tepat bagi menghuraikan Ibrahim. Saksikan sahaja videonya dan anda akan faham apa yang saya maksudkan. Beliau seseorang yang sedia bergaduh memperjuangkan apa yang dipegangnya. Beliau seorang yang agresif.

Tetapi saya tidak pernah melabelkan PERKASA sebagai kumpulan yang terbabit dengan keganasan atau terorisme.

Bagi rakan-rakan saya di Washington, isu berkenaan boleh diselesaikan dengan mudah jika Ibrahim hanya merujuk kamus Oxford English.

Kes PKFZ : Mahader Akan Disapina

Posted: 03 Aug 2010 03:42 AM PDT

Perbicaraan Ling: Dr M sedia beri keterangan

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata beliau sanggup memberi keterangan pada perbicaraan bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik yang didakwa memperdayakan jemaah menteri, jika dipanggil berbuat demikian.

"Jika seseorang diperlukan beri keterangan di mahkamah, dia mesti berbuat demikian...tak boleh kata tak nak," kata Mahathir selepas pelancaran Yayasan Universiti Petronas, hari ini.

Bagaimanpun Mahanthir tidak pasti apabila diajukan soalan sama ada beliau rasa yang dirinya diperdayakan oleh Ling.

"Saya tidak tahu sama ada dia memperdayakan kabinet atau tidak. Dia hanya telah didakwa, sama ada bersalah atau tidak, tidak tahu," katanya.

Mahathir juga agak keberatan bila ditanya sama ada langkah-langkah tertentu perlu diambil bagi memastikan jemaah menteri tidak begitu mudah diperdayakan.

"Banyak perkara yang berlaku tanpa pengetahuan kabinet," katanya sambil melemparkan senyuman sinis.

Menurut beliau, Perdana Menteri lazimnya terpaksa menanggung segala keputusan yang dibuat oleh jemaah menteri.

"Tetapi ada had terhadap tanggungjawab ini kerana ada banyak perkara yang perdana menteri tidak tahu," katanya.

Jika berbuat demikian, ini bukan kali pertama Mahathir akan memberi keterangan di mahkamah.

Kali terakhir, beliau tampil ialah pada tahun 2008 ketika inkuiri suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat pita video VK Lingam. Namun bekas perdana menteri itu banyak mengelakkan diri daripada menjawap.

Alasan beliau ialah tidak ingat atau tidak mempunyai maklumat yang mencukupi untuk menjawap soalan berkenaan.

Bekas Adun UMNO Permatang, Mati Ditembak Bersama Pembantu Peribadi

Posted: 03 Aug 2010 02:48 AM PDT

Malaysiakini : Bekas ADUN S'gor ditembak mati

Bekas ADUN Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, 64, dan seorang pembantunya mati ditembak ketika sedang memandu.

Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar (kiri), siasatan awal polis terhadap mayat didapati ada kesan tembakan di kepala kedua-dua mangsa.

"Siasatan juga mendapati tembakan dilepaskan dari bahagian dalam kenderaan yang dinaiki mangsa.

"Mangsa wanita adalah PA (pembantu peribadi) kepada Datuk Aziz. Siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

Sepucuk pistol turut ditemui di tempat kejadian.

Aziz berkhidmat sebagai ADUN Permatang selama sepenggal sehingga 2008 apabila beliau menewaskan calon PKR Samry Masri dengan majoriti 4,285 undi.

Bagaimanapun, dalam pilihan raya umum lalu, beliau memberikan laluan kepada Sulaiman Abd Razak bertanding mewakili Umno.

Mengemaskini status kes tersebut dalam laman sosial Facebook beliau, Khalid berkata kes tersebut disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum itu, polis menyangka kematian Aziz disebabkan kemalangan jalan raya berhampiran Sungai Buluh sebentar tadi.

Gambar-gambar di tempat kejadian oleh Jurukamera NST

Takziah buat keluarga Allahyarham…Dan buat kita semua, hentikan spekulasi dan biarlah polis menyiasat dan hanya Allah jualah yang tahu kebenarannya..mengapa mereka berdua duduk dalam kereta..dan ditembak..apa motifnya..wallahua'lam

No Plet Aneh Kat Malaysia

Posted: 03 Aug 2010 01:10 AM PDT

Sumber : blogwalking

Agak2 berapa puluh/ratus ribu harga no plet ni:

kumpulan KISS punya kot?

kumpulan KISS punya kot?

Nama awek die kot..

Nama awek die kot..

Addios Amigos

Addios Amigos

Ni org jahat punye kereta..

Ni org jahat punye kereta..

Semua jadi

Semua jadi

Ini kereta Datuk K..terbaikkk...

Ini kereta Datuk K..terbaikkk...

NASA kah? Nasaruddin kah?

NASA kah? Nasaruddin kah?

Terbaikkk...

Terbaikkk...

kereta Awal Ashaari

kereta Awal Ashaari

sah mata duitan ni..

sah mata duitan ni..

Errmmm..duhhh!

Errmmm..duhhh!

yelaa...korang la...

yelaa...korang la...

Kesakitan yg melampau

Kesakitan yg melampau

plat-dahi

Pakcik ni nk bagitau dahi beliau luas

Kalau nampak kereta ni cepat2 pakai seatbelt

Kalau nampak kereta ni cepat2 pakai seatbelt

Jangan sentuh kereta ni...nanti kena samak..

Jangan sentuh kereta ni...nanti kena samak..

Euuuwwww...

Euuuwwww...

Kes Sayfoooooooool..Memang kita Tak Percaya

Posted: 03 Aug 2010 12:36 AM PDT

Sumber : Manjongmari

Lagi-Lagi Kes Buang Anak..Memang Parah Zaman Najib

Posted: 02 Aug 2010 11:53 PM PDT

INILAH bayi perempuan yang ditemui selepas dibuang di kaki lima sebuah rumah kedai di Taman Cegar, Simpang Ampat, Nibong Tebal semalam.

NIBONG TEBAL - Seorang bayi perempuan berbalut surat khabar dan plastik ditemui ditinggalkan di kaki lima sebuah rumah kedai di Taman Cegar, Simpang Ampat, dekat sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.56 itu, bayi perempuan yang masih bertali pusat itu dipercayai baru dilahirkan dan ditemui oleh seorang lelaki yang tinggal di rumah kedai itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Supritendan Shafien Mamat berkata, bayi berkenaan kemudian dihantar ke Hospital Sungai Bakap (HSB) di sini untuk pemeriksaan lanjut.

"Polis menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan dia menemui bayi perempuan yang masih bernyawa di kaki lima bangunan rumah kedai yang dijadikan tempat tinggalnya.

"Dia kemudian bertindak membawa bayi berkenaan ke hospital dan hasil pemeriksaan mendapati bayi seberat kira-kira 2.58 kilogram itu sihat serta tidak mengalami sebarang kecederaan pada badan," katanya.

Katanya, hasil pemeriksaan di lokasi mendapati tiada sebarang nota ditinggalkan bersama-sama bayi yang ditemui itu.

 

Info : Kosmo! Online - Negara

Geli..Askar Malaysia Makan Monyet

Posted: 02 Aug 2010 11:10 PM PDT

 

macam best plak

Sumber : gempak. forum

Apa Salah PR Kedah Guna Camry..Mat Said UMNO Terengganu Lagi Dahsyat Guna Mercedes E Class

Posted: 02 Aug 2010 10:15 PM PDT

Pembangkang dengki Ust Azizan beli 5 biji CAMRY ganti kereta exco yg rosak...

Pembangkang di Kedah elok naik 'anog' ganti kereta

Pihak pembangkang di Kedah mencetak beribu-ribu risalah mengkritik kerajaan Negeri dan diedarkan di masjid-masjid secara terbuka. Risalah bertajuk 'Mai Kedah' itu dikatakan diterbitkan oleh Umno Kedah kerana sebelum diedarkan, ia didapati bertimbun-timbun di pejabat perhubungan parti itu.

Selang beberapa hari selepas itu muncul pula risalah 'Kedah La' yang bingkas menjawab segala tohmahan di samping menyerang balas BN Kedah dengan pembongkaran penyelewengan mereka sewaktu berkuasa dahulu. BN lantas terkedu seketika. Tiada seorang pun pemimpin BN yang berani menyanggah.

Politik di Kedah memang begitu. Setiap serangan dibalas segera. Ia tidak dibiarkan berlompong-lompong macam kawah pasir di Selangor yang sehingga kini pun rakyat masih kabur, apa yang sebenarnya berlaku?

Dalam terkial-kial mencari isu mereka terjumpa maklumat bahawa kerajaan Negeri telah membeli 17 buah kereta baru berjenama Camry. Sebenarnya cuma lima buah sahaja yang dibeli. Tapi biasalah pembangkang di Kedah, pakar menokok tambah. Isu tersebut terlalu rendah nilainya, namun alang-alang ketandusan isu 'tiada rotan, akar pun berguna'. BN menjaja di sana sini kononnya Exco kerajaan Negeri asyik melaram dengan kereta mewah Camry.

Hampir kesemua kereta Exco yang ditinggalkan BN dahulu adalah kereta lama, sebahagiannya sudah uzur benar. Maklumlah kereta Perdana dan ada yang melebihi 10 tahun. Sebahagian besar Exco pernah mengalami kerosakan kereta. Terbaru, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Ustazah Aishah Ghazali terpaksa menumpang kereta kakitangan Ahli Parlimen Pendang untuk ke program Mesra Rakyat yang diadakan Daerah Bandar Baharu akibat kereta rasminya rosak sewaktu mahu memulakan perjalanan.

Kelewatan beberapa Exco untuk sampat tepat pada waktunya untuk program rasmi akibat kerosakan kereta adalah perkara biasa sebelum ini. Kos penyelenggaraan jika dihimpunkan, lebih merugikan berbanding membeli kereta baru. Apabila kerajaan membeli lima buah Camry untuk menggantikan lima buah kereta Exco yang benar-benar uzur maka ia adalah langkah bijak.

Dalam Islam ada konsep zuhud. Tapi zuhud bukan bermakna membiarkan semua kerja terbengkalai akibat perkara keperluan diabaikan. Sebelum pembangkang membicarakan isu Camry, baiklah terlebih dahulu mereka bertanya projek Chalet Pulau Payar, Jambatan Pulau Bunting, Chalet Muzium Padi, Kompleks Ikan Bakar, Pedu Lake Resort, paparan gergasi LCD di MBAS – yang kesemuanya sama ada menjadi projek gajah putih atau terbengkalai di separuh jalan itu; adakah bukan pembaziran namanya.

Membazir ialah apabila sesuatu yang dibelanjakan itu tidak digunakan atau bermewah melebihi keperluan. Kalau tukang kebun pakai Mercedes, ia jelas membazir sekalipun dia mampu membeli. Tapi kalau Exco pakai Camry, ia memang sepadan dengan kerjayanya.

Sewaktu menjadi Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menaiki Mercedes ke Istana Anak Bukit untuk menziarahi Almarhum Tuanku Sultanah Kedah yang mangkat. Dia disindir oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Wira Ali Rustam. "Hai, orang PAS pun pakai Mercedes," katanya. Datuk Seri Abdul Hadi dengan selamba menjawab, "Memang orang PAS dah pakai Mercedes, orang Melaka aje yang masih pakai kereta lembu."

Kalau pembangkang di Kedah masih mahu terus memainkan isu Camry, maka eloklah mulai sekarang menukar kereta masing-masing dengan 'anog', ia lebih murah dan tak guna minyak. Orang Kedah semua tau apa itu anog. Orang Umno pun semua tahu kecuali ketuanya Datuk Shafie Afdhal. Ia adalah kenderaan untuk mengangkut padi di zaman dahulu yang diheret oleh kerbau. Tok Pie boleh pi kat Muzium Padi kalau nak tengok…

Dan buat UMNO kedah..ini kedudukan Toyota Camry dalam dunia, nombor 8....Proton Perdana duduk tangga berapa ya???

Syaa'ban...Bulan Yang Teristimewa

Posted: 02 Aug 2010 09:29 PM PDT

Syaaban dan kelebihannya

Sabda Nabi s.a.w.: Apabila masuk bulan syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.

Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya'aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.

Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya'aban dan akhir khamis daripada syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).

Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan syaaban.

Sabda Nabi s.a.w.: Sya'aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).

Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya'aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya, antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.

Sabda Rasulullah s.a.w.: Dinamakan syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan syaaban. Pengertian Sya'aban: Kemuliaan, Ketinggian,

Kebajikan, Jinak, Cahaya.

Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur'an atas segala kalam. Kelebihan syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia' (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.

Bulan Sya'aban, keagungan malamnya dengan Nisfu syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya'aban telah d atan g Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu k atan ya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah beri padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyengutukan (syirik) denganNya dengan sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum

arak, derhaka terhadap ibubapa.

 

Cari Keampunan Di Malam Nisfu Syaaban

Nisfu syaaban (pertengahan bulan syaaban)...

 

Apa pentingnya Nisfu syaaban?

Kerana ada hadis yang menyebut bahawa Allah S.W.T. berkenan mengampunkan sesiapa saja di kalangan hamba-hambaNya yang memohon keampunan pada malam Nisfu syaaban (malam sebelumnya). Lantaran itu malam berkenaan digelar Lailatul Bara'ah iaitu Malam Keampunan.

 

Berikut adalah kelebihan malam Nisfu syaaban menurut hadis :

Sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al-Quran dan sebagainya, maka Allah S.W.T. akan membukankan untuknya 300

pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.

Sesiapa yang memohon keampunan dari Allah S.W.T. akan diampuniNya, kecuali mereka yang menyengutukan Allah S.W.T. dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina,

pemakan riba', penderhaka ibubapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan silaturrahim.

Sesiapa yang memohon rezeki dari Allah S.W.T. akan dikurniakan rezeki.

Sesiapa yang ditimpa bala, maka Allah S.W.T. akan melepaskannya.

Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : "Pada malam itu dijelaskan segala urusan dengan penuh hikmah." (Ad-Dukhan : 4)

 

Selain kelebihan Nisfu syaaban , bulan syaaban itu sendiri dinyatakan dalam hadis sebagai bulan yang di dalamnya terdapat banyak kebajikan. Antaranya disebut dalam kitab-kitab :

Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah S.W.T. dengan 700 kali ganda.

Allah S.W.T. akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambaNya.

Sesiapa yang berpuasa tiga hari di awal, pertengahan dan akhir bulan syaaban akan dituliskan baginya pahala 70 orang nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika meninggal dunia pada tahun itu, maka ia akan mendapat pahala mati syahid.

Keagungan malamnya dengan malam Nisfu-Syaaban sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk-Mikrajnya dan keagungan Ramadhan dengan malam lailatulqadarnya.Maka pada malam Nisfu-Syaaban telah d atan g Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu k atan ya:-Angkat kepala mu ke langit,itulah malam yang dibukakan pintu langit.

Sabda Nabi s.a.w:-

Allah menilik kepada hambaNya pada malam Nisfu Syaaban maka diampunkandosa segala maklukNya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya (Al-Hadis)

Sabdanya lagi:-

Apabila pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, dan puasa kamu pada siangnya.Allah berfirman:"Adakah orang yang meminta ampun Aku ampunkannya,adakah orang yang ditimpa bala Aku afiatkannya.Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya" demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. (Al-Hadis)

 

Tersebut dalam kitab A-Barokah:-

Bahawa jin, burung, bin atan g-bin atan g buas, ikan di laut berpuasa mereka pada hari Nisfu Syaaban.

 

Tersebut dalam kitab Iq'na:-

Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Syaaban menunaikan segala hajat.Maka d atan glah Jibril kepada Rasullullah s.a.w kali keduanya,k atan ya:-

Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah Taala telah mengampunkan segala umat mu orang yang tiada mengsekutukanNya sesuatu,angkatkan kepalamu,lalu Rasullullah pun mengangkatkan kepalanya tiba-tiba terbuka

segala pintu Syurga.

 

Dalam riwayat yang lain pula dinyatakan terbuka segala pintu langit.

Pada pintu langit pertama Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada malam ini.

Pada pintu langit yang kedua Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini.

Pada pintu langit yang ketiga Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini.

Pada pintu langit yang keempat Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini.

Pada pintu langit yang kelima Malaikat meyeru kemenangan bagi orang yang menangis keran takutkan Allah pada malam ini.

Pada pintu langit yang keenam Malaikat meyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini.

Pada pintu langit yang ketujuh Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu.

Pada langit yang kelapan Malaikat menyeru :-

Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya? Aku bertanya pada Jibril, sampai bila kah terbukanya semua pintu ini (diterima doanya) - Jawab Jibril:- Sehingga naik fajar subuh.

Dan k atan ya lagi :-

Pada malam ini dimerdekakan hambaNya yang Mukmin lelaki dan perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing Bani Kilab.(Bani Kilab di antara orang-orang Arab yang banyak memelihara kambing).

 

IMPORTANT NOTE:

 

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup cat atan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk cat atan yang baru.

Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku cat atan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku cat atan yang baru.

Cat atan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb Sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

 

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, malam ni)

Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat

Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x

Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, Rabu malam Khamis)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik.

- Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x

- Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (Khamis)

 

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama-nama malam Nisfu Syaaban sebanyak 22. Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa

2. Malam Pembahagian Takdir

3. Malam Rahmat

4. Malam Berkat

5. Malam Pengampunan (Taubat)

6. Malam Penebusan

7. Malam Syafaat

8. Malam Penulisan

9. Malam Keagungan dan Kemuliaan

10. Malam Rezeki

11. Malam Hari Raya Para Malaikat

12. Malam Penghidupan

Segala amal ibadah yang kita lakukan itu semuanya adalah baik di sisi islam. Yang penting haruslah di ikuti dengan niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah swt. Cuma satu sahaja yang ingin saya tekankan di sini ialah janganlah kita hanya amalkan membaca yasin di waktu tibanya bulan Syaaban atau pada malam jumaat sahaja. Sebaik2 nya kita haruslah tanamkan sifat minat membaca Al-Quran pada setiap hari atau setiap malam, kalau tak mampu 2 hari sekali atau 3 hari sekali atau seminggu sekali. Sebab kalau kita tinggalkan membaca Al-quran 1 hari, Al-Quran akan meninggalkan kita selama 7 hari!! bayangkan kalau kita tak baca selama sebulan?? setahun?? masyaallah!! Walaubagaimana pun yang terbaik apabila kita dapat membaca al-Quran & baca tafsirnya sekali kerana dalam Al-Quran terdapat banyak sekali pengajaran untuk bimbingan hidup kita di dunia & akhirat.

Sabda Nabi s.a.w: "Orang-orang yang mahir membaca Al-Quran adalah orang yang sentiasa ditemani oleh Malaikat yang Mulia lagi berbakti." (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Sabda Nabi s.a.w: "Barangsiapa membaca 1 huruf daripada Al-Quran maka dia mendapat 1 kebaikan. Dan kebaikan itu pula diganda menjadi 10." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Sabda Nabi s.a.w: "Bacalah olehmu semua akan Al-Quran itu, sebab Al-Quran itu akan d atan g pada hari kiamat sebagai suatu yang dapat memberikan syafaat, yakni pertolongan kepada orang yang mempunyainya." (Hadis Riwayat Muslim)

 

**Yang penting segala amal maaruf yang hendak kita lakukan haruslah istiqamah. Semoga kita sentiasa mendapat rahmat dari Allah swt.... amin amin ya rabbal alamin.

Wallahu'alam bissawab...

Wassalam.

Tiada ulasan: