RAKYAT MARHAEN |
- Tee menipu kami, dakwa DAP S'gor
- Kematian bekas ADUN, naib ketua Wanita masih misteri
- PR Perak sedia berdebat dengan Zambry
- Kian reda isu perpaduan Umno-PAS
- Khalid harap kutipan zakat RM300 juta
- DR. DZUL........ AYUH HUNUSKAN SENJATA BARU KITA!!!
- Three different political mindsets
- BN Setuju Pengerusi PAC Selangor....
- Sometimes we need reminding
- PRU13 - PAS bakal hilang banyak kerusi Parlimen?
- 52 tahun berkuasa: Umno peralat "Melayu" untuk ratah Melayu!
- Tidak faham Inggeris, Ibrahim Ali serang Malott putar belit
- Siapa tembak siapa ..??
- Langkah ke Putrajaya (3)
- Hebatkah Gani Patail?
- Kalau BN kalah PRU13, puncanya Polis!
- DIRASUK JIN URDU BERKALI KALI!!!
- Misteri kematian bekas ADUN, janda..!!
- Kematian bekas ADUN Selangor dengan kesan tembakan masih misteri..!!!
- Umno eksyen ke tidak?
- 'Allah' row: Ibrahim calls MCA 'biadap'
- Felda: Pakatan didakwa sengaja cipta isu mahu runtuh kubu BN..tau tak pe..sebab BN nak runtuh dah..!!
- State PAC post: Khir and boys may fire blanks after all
- ESQ: Majlis Ulama Indonesia pertikai fatwa Mufti Wilayah
- Kepala Surat: Ronnie Liu Gesa SPRM Segera Siasat ..apa tunggu lagi...!!!
| Tee menipu kami, dakwa DAP S'gor Posted: 03 Aug 2010 08:04 PM PDT Pemimpin DAP Selangor menjelaskan bahawa penarikan semula sokongan ke atas ahli majlis perbandaran Klang, Tee Boon Hock dilakukan kerana beliau didapati menipu mereka.
Sidang media Tee bagi menjelaskan dan menafikan dakwaan itu dihadiri oleh pengerusi DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah, timbalannya, Tony Pua, exco kanan Selangor, Teresa Kok dan juga Liu. Bagaimanapun keesokan harinya, jawatankuasa disiplin DAP mengumumkan bahawa mereka akan menyiasat dakwaan berkenaan dan diikuti oleh kenyataan Liu bahawa laporan polis akan dibuat ke atas Tee. Pada hari berikutnya, negara dikejutkan apabila jawatankuasa disiplin parti itu terus memecat Tee atas dakawaan ahli majlis itu mengeluarkan surat sokongan kepada sebuah syarikat di mana anak lelakinya adalah seorang pengarah bagi mendapatkan kontrak. Perkemb
Bagaimanapun dakwaan itu dinafikan oleh pemimpin DAP.Jangan mengarut "Jangan mengarut jika anda (MCA) tidak tahu apa-apa," kata Pua ketika dihubungi semalam. Beliau menjelaskan pada mulanya Tee menafikan semua dakwaan berkenaan kepada jawatankuasa disiplin parti dan atas dasar percaya kepadanya, pemimpin DAP negeri mengambil keputusan menyokongnya pada sidang media 28 Julai lalu itu. "N
Menurut Pua, tiga hari kemudian, jawatankuasa negeri menerima tiga salinan surat sokongan yang ditandatangani Tee yang digunakan bagi mendapatkan kontrak untuk syarikat anaknya. "Kami mengambil keputusan untuk menyerahkan surat itu kepada jawatankuasa disiplin dan mereka mengambil keputusan memecat Tee pada sebelah petang setelah menyiasatnya."
Beliau menjelaskan parti itu bukannya mengubah keputusan mereka tetapi bertindak serta merta berdasarkan perkembangan terbaru. Berhubunh dakwaan Tee menyalah-gunakan kepala surat dan cop rasmi Liu, Kok berkata perkara itu masih disiasat kerana kedua-dua mereka memberi kenyataan yang bercanggah. Namun penjelasan kedua-dua Pua dan Kok tidak menghuraikan mengapa Liu tiba-tiba mengubah pendiriannya. Liu pada sidang media bersama Tee tidak membantah kenyataan ahli majlis itu, malah dalam kenyataan bertulis yang dibacakannya mengatakan "saya tiada masalah dengan surat sokongan itu". | ||||
| Kematian bekas ADUN, naib ketua Wanita masih misteri Posted: 03 Aug 2010 08:00 PM PDT ![]() Naib Ketua Pergerakkan Wanita Bahagian Tanjung Karang, Allahyarhamah Siti Rohana Ismat. - Bernama Teori-teori yang dibangkitkan dalam pelbagai portal dan blog mendakwa kemungkinan ada pihak ketiga dalam kejadian itu. Ia mempertikaikan 'kemahiran' melepaskan tembakan ngeri dari jarak dekat. Bagaimanapun Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar telah menolak andaian sedemikian dengan meminta orang ramai tidak membuat spekulasi tidak berasas. Katanya, polis tidak menolak kemungkinan kematian Abdul Aziz, bekas setiausaha politik Tan Sri Abu Hassan Omar bersama Siti Rohana adalah akibat tembakan daripada salah seorang mangsa itu sendiri. Kata Khalid, berdasarkan siasatan awal, tembakan dilepaskan dari dalam kereta dan tidak melibatkan orang lain. Polis menemui pistol jenis revolver .38 dalam kereta tersebut yang mengandungi dua peluru hidup dipercayai kepunyaan Abdul Aziz, yang juga ahli jawatankuasa Umno Tanjong Karang. Hasil bedah siasat menunjukkan terdapat dua kesan tembakan pada kepala Siti Rohana dan satu tembakan di kepala Abdul Aziz. Bekas ADUN itu ditemui mati bersama Siti Rohana, 43, kedua-duanya dengan kesan tembakan, dalam kereta yang terbabas di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Sungai Buloh dekat sini kira-kira 11 pagi. Siti Rohana aktif dalam politik dan pernah menjadi pegawai peribadi kepada Abdul Aziz, dan mempunyai sebuah butik pengantin di Tanjong Karang. Dalam pada itu, Allahyarham Abdul Aziz dilaporkan sepatutnya berkumpul bersama ahli keluarga termasuk adik-beradiknya malam tadi bagi meraikan kedatangan Ramadan. Majlis berkumpul beramai-ramai yang diadakan seminggu sebelum Ramadan ini merupakan acara tahunan diraikan Abdul Aziz itu bersama keluarga terdekatnya. Ramadan bermula minggu depan. Namun, majlis makan malam bertujuan merapatkan hubungan keluarga itu bertukar menjadi kenduri arwah berikutan kematian mengejut Abdul Aziz, kata portal Malaysia-instinct. Anak bongsu Allahyarham, Mohd. Anis Hisham, 33, yang kali terakhir beliau bertemu bapanya pukul 9 pagi semalam di rumah mereka di Shah Alam memberitahu: "Kematian ayah mengejutkan saya dan semua ahli keluarga yang lain kerana ia berlaku menjelang Ramadan yang mana kami sudah merancang berkumpul untuk makan di rumah salah seorang saudara di Shah Alam malam ini (tadi)." Mohd. Anis Hisham yang juga Exco Pemuda Umno berkata, sebagai anak bongsu dan lelaki tunggal daripada tiga beradik, beliau memang rapat dengan bapanya memandangkan kedua-dua mereka terlibat dalam politik. Malah, katanya, beliau langsung tidak menyangka bahawa hubungan mereka bertambah rapat sejak akhir-akhir ini merupakan petanda Allahyarham akan meninggalkan keluarga buat selama-lamanya. Sementara itu, adik Allahyarham, Rasiah Mohd. Noh, 63, berkata, beliau bersama keluarganya yang tinggal di Pulau Pinang datang ke Shah Alam Sabtu lalu semata-mata untuk bertemu dan berkumpul bersama keluarga Abdul Aziz dan dua lagi adik-beradik yang lain sebelum Ramadan. "Acara berkumpul beramai-ramai seminggu sebelum Ramadan menjadi tradisi keluarga kami sejak turun-temurun. "Dalam tempoh tersebut, kami akan bergotong-royong membersihkan kubur emak dan ayah dan mengadakan jamuan makan malam," katanya sambil menyatakan perasaan amat terkilan tidak sempat menemui Abdul Aziz sejak tiba di Shah Alam kerana bercadang menemuinya malam tadi. Sementara itu bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Ch'ng Toh Eng ketika ditemui malam tadi menyifatkan Abdul Aziz sebagai rakan seperjuangan yang mudah mesra dan rapat dengan orang bawahannya. "Saya kenal beliau sejak 1980-an. Beliau rapat dengan para nelayan di Kuala Selangor dan amat bertimbang rasa dan selalu membantu golongan miskin," ujar Ch'ng. Sementara itu Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menganggap Abdul Aziz sebagai mentor beliau dan kehilangan pemimpin itu sukar diganti. "Allahyarham adalah seorang yang mempunyai 'very cool minded' dan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan sendiri," katanya. Perkara yang sama ditekankan oleh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang sedih dengan kehilangan beliau. | ||||
| PR Perak sedia berdebat dengan Zambry Posted: 03 Aug 2010 07:48 PM PDT IPOH, 4 Ogos: Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak bersedia mengadakan debat secara terbuka dengan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagaimana yang diucapkan pada persidangan Dun, semalam. "Saya kira ucapan tersebut didengari oleh semua yang berada di dalam dewan dan tercatat dalam hansard sidang yang dipengerusikan oleh seorang yang mengaku sebagai speaker iaitu Ganesen. "Sebagai Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak dan Ketua Penerangan PAS Perak, saya dengan ini menegaskan kesedian untuk menyahut cabaran Zambry untuk berdebat dengan mana-mana pimpinan Pakatan Rakyat," ujar Drs Khalil Idham Lim dalam satu kenyataan. Beliau yang juga Adun Titi Serong boleh mengatur satu debat yang dimaksudkan sebagai medan untuk memberi peluang kepada Zambry menjawab kononnya fitnah dan pembohongan yang dilakukan oleh pimpinan Pakatan Rakyat di dalam ceramah mereka. "Yakinnya Zambry dengan tohmahan itu dengan katanya kami kena bertanggung jawab di hadapan Tuhan. Sekiranya itulah dakwaan Zambry, saya mengulangi cabaran Datuk Seri Nizar di dalam dewan semalam, sekiranya dia (Zambry) 'anak jantan' sila sahut cabaran ini dan nyatakan di manakah pembohongan Pakatan Rakyat dalam debat itu," ujarnya. Katanya, pihak Zambry juga boleh mengatur di mana dan tempat pilihannya sendiri dan pemimpin Pakatan akan datang untuk berdebat. Baginya, Stadium Perak cukup luas untuk menampung kehadiran semua rakyat Perak dalam debat tersebut, dan bolehlah disiarkan secara langsung dalam media massa BN. Namun begitu, beliau ingin tegaskan sikap bacul dan penakut BN sebenarnya terserlah dan perlu diketahui oleh rakyat Perak, bermula dengan merampas kuasa dan menafikan demokrasi sehinggalah pada sidang semalam di mana walaupun Zambry berkata suka berdebat namun dia telah menghadkan dewan bersidang sehari sahaja. Tambahnya, tindakan menghadkan ketua pembangkang untuk bercakap dalam tempoh yang panjang sebagai mana amalan biasa dalam sidang Dun sebelum ini, atau di mana-mana sidang Parlimen dan Dun negeri di Malaysia, adalah menifestasi dari ketakutan BN untuk mendengar segala hujah dan fakta daripada Adun Pakatan Rakyat. Sebaliknya, kata ia menggambarkan juga Adun BN tidak mempunyai modal untuk berbahas melainkan memuji dan memuja langkah menambah bajet sebanyak RM80 juta. "Semuanya Adun BN yang berbahas kelmarin nampaknya dalam nada yang sama dan tidak punya modal," ujarnya lagi. Bliau menambah, dakwaan Zambry dan Adun BN bahawa Nizar berceramah dalam dewan adalah disangkal. Andaian tersebut, baginya hanya keluar dari mulut orang yang terdesak dan takut untuk mendengarnya. Sehubungan itu, beliau menunggu jawapan Zambry dan bersedia untuk berbincang lebih lanjut mengenainya dengan sesiapa sahaja yang mewakilinya bagi menjayakan debat yang dinamakan 'Debat Rakyat, Siapa Pembohong?'. | ||||
| Kian reda isu perpaduan Umno-PAS Posted: 03 Aug 2010 07:46 PM PDT Kini redalah kedengaran, buat sementara, suara desakan, pujukan, seruan malah lambaian supaya PAS menyambut usaha menemukannya dengan Umno atas nama pelbagai jenama – kerjasama, pertemuan, muzakarah dan pelbagai nama lagi. Semuanya untuk maksud apa yang dipanggil 'perpaduan Melayu'. Kalau Melayu tidak bersatu, kata golongan yang mendesak ini, konon terancamlah 'kuasa orang Melayu' terutama dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang. Namun pemimpin dan penceramah evergreen PAS, Haji Mohamad Sabu mempunyai istilah sendiri untuk menjawab perepsi ini dengan berkata: "andaian Umno kalah, Melayu kalah, adalah tahyul gila Umno." Pandangan serupa itu, katanya ketika berucap di Permatang Pauh, adalah tafsiran mengarut. Bagaimanapun kini golongan yang mendesak sudah kelihatan lesu nampaknya, oleh itu kuranglah suara-suara yang menyeru supaya PAS bertemu dengan Umno. Ini adalah kesan dari sikap tegas pemimpin PAS – dari Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, membawalah kepada presiden dan pemimpin peringkat AJK Pusat, negeri, malah pimpinan kawasan dan cawangan juga. Tetapi seruan dan desakan seumpama ini jangan disangka akan berhenti terus, kerana mungkin tidak lama lagi, atau suatu masa tertentu, terutama menjelang PRU ke-13 nanti, seruan dan desakan supaya Umno-PAS bersatu akan muncul semula. Mungkin diteriakkan oleh golongan yang sama, tetapi dengan cara dan pendekatan berbeza. Mungkin lebih keras, atau dengan pujuk rayu dari lidah tidak bertulang. Oleh itu, pendukung PAS semua peringkat, malah kalangan ahli parti dalam Pakatan Rakyat sendiri, hendaklah waspada, memperkukuh pertahanan jiwa, keinginan, mengatur strategi dan bersedia menghadapi cabaran musuh politiknya. Sepanjang menghadapi desakan, seruan dan pujuk rayu yang dihadapkan kepada PAS di masa lalu telah dapat ditolak dengan sebulat kata oleh pemimpin PAS. Ertinya PAS tetap memelihara semangat setia kawan dalam Pakatan Rakyat dan tidak mudah dilemahkan oleh desakan dan pujuk rayu. Di masa akan datang musuh politik Pakatan Rakyat sudah pasti akan mengatur strategi baru, ataupun mengubah strategi lamanya untuk melemahkan Pakatan Rakyat. Selama ini serangan demi serangan, dengan pelbagai cara, dihadapkan bukan saja terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, malah Pulau Pinang dan Kedah. Sementara di Kelantan, kata seorang tokoh PAS di sana, "Umno mati akal di Kelantan. Mereka serba tak kena." "Kita bukan takbur, tetapi kita bersyukur ke hadzrat Allah kerana memberikan PAS pengalaman getir yang membuatkan PAS mampu dan sentiasa memperkukuh ketahanan diri dan mampu bertahan," kata tokoh PAS negeri itu ketika ditemui di Muktamar Tahunan PAS di Putik, Kota Bharu, Jun lalu. Minggu lalu, saya berada di Alor Star selama dua hari menghadiri 'Seminar Buya Hamka' di Kolej Universiti Insaniah di sana dan meninjau sebentar suasana politik di sana. Seorang rakyat biasa yang saya temui di Pekan Rabu ketika bersama sarapan di sana menyatakan dengan sangat menarik: "Alhamdulillah, Kedah dapat seorang ulama bernama Ustaz Azizan Abdul Razak. Dia orang bijaksana, warak dan mampu mentadbir. Kalau dibandingkan dengan kerajaan BN yang lalu dengan kerajaan yang ada sekarang di Kedah, macam bumi dengan langit." Katanya, MB Kedah dari PAS itu banyak memberikan kuliah agama di sana sini, macam Tuan Guru Nik Abd Aziz juga. Dia bukan saja selalu pulang ke kampungnya di Sungai Limau, tetapi melawat merata tempat walaupun kita tahu kesihatannya selalu terganggu. Saya bertemu dengan Exco Kedah, Haji Taulan Rasul di seminar tersebut di mana beliau memberitahu saya, "Alhamdulillah, dengan izin Allah, Kedah boleh bertahan, walaupun menghadapi satu demi satu serangan hebat dari musuh politik PAS. Doakanah …." Kedah mempunyai pasukan Exconya yang padu dan profesional – Ir. Haji Fakhrurazi Zawawi, Ir. Amirudin Hamzah, Haji Taulan Rasul dan tokoh lain. Keseluruhannya, Kedah nampaknya mampu bertahan dalam PRU akan datang. Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang tidak kurang menghadapi serangan hampir setiap hari – ada-ada saja isu – nampaknya masih utuh kerana perpaduan tiga parti Pakatan Rakyat itu, di bawah kempimpinan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng. Beliau dan barisan kepimpinannya mampu menangkis pelbagai serangan yang berbau perkauman dari Umno/BN. Negeri Kerajaan Pakatan Rakyat sentiasa menghadapi cabaran. Ada-ada saja isu yang ditimbulkan oleh media Umno/BN. Ini tentunya menuntut kesepaduan sikap, gerak kerja, matlamat dan kewibawaan pemimpin Pakatan di negeri yang diperintahnya. Namun cabaran dan serangan jauh lebih hebat dihadapkan keadaan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berbanding dengan negeri lain. Ini sudah tentu kerana Selangor adalah negeri terkaya dan paling sofistikated di Malaysia. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seorang ahli korporat ternama, nampaknya mampu mengendalikan bahtera Selangor ini di tengah lautan dengan gelombang buasnya. Justeru sangat diperlukan kesepaduan di kalangan semua Exxo Selangor, kerjasama PAS-PKR-DAP dengan bersedia mengkesampingkan isu-isu kecil bersifat peribadi dan menghindarkan sebarang pemikiran dan elemen perkauman. Jika masalah ini dapat diselesaikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, kita yakin dengan izin Allah, Kerajaan PR di negeri itu akan dapat bertahan dalam pilihan raya akan datang. | ||||
| Khalid harap kutipan zakat RM300 juta Posted: 03 Aug 2010 07:41 PM PDT SHAH ALAM, 4 Ogos: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berharap kutipan zakat bagi tahun 1431H meningkat sehingga RM300 juta ekoran keyakinan tinggi umat Islam terhadap institusi agama di Negeri Selangor khususnya.Menurut beliau, kutipan zakat di negeri ini tahun lalu mencapai RM270 juta yang merupakan satu peningkatan besar dari segi angka berbanding dengan 20 tahun dahulu yang sangat sukar untuk dicapai meskipun hanya RM20 juta. Abdul Khalid berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Pengurusan Masjid dan Penyampaian Moreh Kepada Masjid dan Surau Seluruh Selangor di Masjid Negeri, di sini, semalam. Turut serta adalah Exco Hal Ehwal Islam dan Adat Melayu Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Khusrin Munawi, Orang-orang Besar Daerah, nazir dan pegawai masjid dan surau. Khalid berkata, meskipun sistem pengurusan masjid dan surau di negeri ini mendapat perhatian dari pihak berkaitan di negeri-negeri lain di seluruh negara namun masih banyak lagi yang perlu diperbaiki. "Kualiti pengurusan tempat-tempat ibadat di negeri ini memang meningkat dan diperhatikan oleh negeri-negeri lain tetapi Dr Hasan berkata, kita mesti tingkatkan lagi dan beliau inginkan satu perubahan ke arah lebih baik. "Beliau memang mempunyai daya istiqamah yang tinggi kerana itu beliau belum lagi berpuas hati dengan pencapaian pengurusan masjid dan surau meskipun sudah dilihat terbaik setakat ini oleh negeri lain. "Kita mesti menggunakan kaedah terus memperbaiki atau continuous improvement bagi membolehkan kita mencapai tahap pengurusan yang berpiawaian tinggi setanding dengan standard tertentu di peringkat antarabangsa," tegasnya. Dalam pada itu, Menteri Besar juga mengumumkan setiap masjid mendapat sumbangan sebanyak RM1,000 dan surau pula RM400 yang hanya sedikit jika dibandingkan dengan kadar inflasi sekarang ini. Meskipun jumlahnya sedikit, ujarnya, eloklah ia dijadikan sebagai perangsang kepada pegawai masjid untuk mengadakan program sepanjang bulan mulia nanti. Beliau turut mengulas ucapan Khusrin sebelum itu yang menyatakan, hanya masjid dan surau yang mempunyai akaun bank sahaja yang diberikan sumbangan moreh kerana berlaku masalah wang tidak sampai ke tempat sewajarnya. Menurut Abdul Khalid, adalah wajar selepas ini Datuk Dr Hasan menganjurkan program pengurusan kewangan yang boleh dibantu oleh Bank Islam di mana terus boleh membuka akaun untuk masjid dan surau yang belum berbuat demikian. | ||||
| DR. DZUL........ AYUH HUNUSKAN SENJATA BARU KITA!!! Posted: 03 Aug 2010 07:38 PM PDT Aris Awang, Entah apa, tiba-tiba teringat aku kepada Dr Dzulkefly Ahmad Pengerusi Lajnah Seni dan Budaya, Lajnah yang di ketuainya ini adalah Lajnah yang baru di tubuhkan oleh PAS. Pelancarannya telah dilakukan semasa Muktamar yang lalu. Lihat muka beliau bukanlah muka orang seni, tetapi muka seorang pemikir dan penyelidik. Racun pun dia selidik, inikan pulak manusia.Tetapi, bila bersama PAS letaklah dimana, insyaAllah menjadi, walaupun ada sinis dari sahabat-sahabat ketika beliau dijemput memberi ucap utama dalam program Mobilisasi Demokrasi baru-baru ini.Ketika beliau memberikan fakta-fakta berkaitan pola pilihanraya di Malaysia yang telah dikajinya dan mengulas mengenai erti demokrasi menurut kacamata Al-Quran.Ada suara gurauan yang mengusik, "Letak orang tak kena tempat tu.. sepatutnya bukan pegang Lajnah Seni Sheikh.....". Beliau hanya tersenyum dan meneruskan kupasannya dengan serius, yang kadang-kadang diselang seli cuitan kepada hadirin.Harapan ku, sebagai penyelidik beliau akan dapat mengkaji kemahuan generasi baru mengenai hiburan dan menampilkan satu hiburan alternatif yang sekarang kebanyakkan kuning lagi barat kepada satu hiburan kontemporari dengan acuan Islam. Lebih-lebih lagi dalam suasana bahang Pilihanraya Umum mula terasa kepanasannya, mencungkil bakat baru dan lama sekurang-kurangnya menghasil sebuah album yang mampu memberi motivasi kepada petugas PAS khususnya dan Pakatan Rakyat Amnya untuk menentang UMNO dan Barisan Nasional serta mengajak seluruh rakyat bangun menumbang rejim BN.Jika di Lubnan, Parti Hezbollah, walaupun dalam keadaan bertempur bertarung nyawa dengan Israel, masih mampu mengadun nasyid-nasyid yang mampu menyemarak perjuangan tentera mereka menentang penindasan.Tonton dan dengarlah salah satu nasyid Hezbollah yang mencerita kehebatan Saidina Ali, yang di gelar oleh Rasulullah s.a.w sebagai Haidar (Singa) yang mempunyai pedang bernama Zulfikar, antara yang menjadi pendorong mereka menentang kekejaman Israel dengan mengingatkan ketangkasan Saidina Ali di medan tempur.Alangkah sedapnya jika kita ada nasyid mengenai pilihanraya, kewajipan mengundi, hak rakyat, BN rasuah dan sebagainya. Semoga nasyid versi PAS akan menjadi top dan meletup-letup ke seluruh pelusuk negara dari Perlis hingga ke Sabah yang akan menjadi alunan zikir setiap penentang kebobrokan UMNO/BN sehingga ia tersungkur dengan senjata baru PAS ini.Dan senjata itu, sekarang berada ditangan Dr Dzulkefly Ahmad Pengerusi Lajnah Seni dan Budaya, PAS Pusat.Semoga berjaya dihunus oleh Dr. DZul, dalam masa terdekat. InsyaAllah. | ||||
| Three different political mindsets Posted: 03 Aug 2010 07:27 PM PDT Three distinguished figures in the Malaysian politics: Khairy Jamaluddin, Ibrahim Ali and Khalid Abdul Samad, disclosed their respective political stands in a forum not long ago.The title was: Should ideological politics supersede ethnic politics? For Perkasa's Ibrahim Ali, these two concepts are hardly distinguishable from each other. His political belief is synonymous with ethnic politics, if he still could claim to have any belief at all. He feels that under the "special Malaysian context," ethnic politics is indispensable to ensure national security. And his conclusion is that the Malaysian politics will very much develop along the lines of ethnic politics in the years to come. His argument triggered ridicules and protests from some of the participants that he had to keep grabbing the microphone to defend his viewpoint. Khalid Abdul Samad, the liberalist in PAS, holds a completely opposite stand. He believes that Malaysian politics must be established upon the foundation of racial equality where ethnically oriented interventions are unacceptable. He rejects Ketuanan Melayu, believing that all national issues must be viewed from macroscopic perspectives. To Khalid, ethnic politics is a thing of the past that will not have a future at all. His viewpoint drew him the applause from mentally progressive students. As for Khairy Jamaluddin, he is finding his place between reality and ideals. While he believes ideological politics should take the place of ethnic politics, he also agrees that majority of Malays are still unable to forego their ethnic mindset nor the privileges endowed upon them. To him, protective measures are still necessary, but there is a need for the Malays to keep improving themselves and not to chronically depend on the government for assistance. Khairy's more moderate stand won him some valuable recognition from the audience. These three different political expressions reflect the three different political mindsets currently in existence in the Malay society. Ibrahim Ali personifies feudal conservatism; Khalid Samad represents the romantic idealism while Khairy Jamaluddin an advocate of compromised pragmatism. If we were to gauge these people on a simple political spectrum, then Ibrahim Ali is unmistakably a rightist, Khalid Samad a leftist and Khairy Jamaluddin a centrist. They are no political heavyweights, but the three different mindsets they have expressed have found their own grounds for survival and are mutually competing in the Malay society. And these three different mindsets have transcended partisan boundaries and can be traced overlapping in Umno, PAS and PKR. For instance, there are many in Umno who sympathise with Ibrahim Ali, while some agree to Khairy's viewpoints and others support Najib's reform agenda. Even as idealism has found a place in PAS, conservative voices are still heard right in the core of the party leadership as well as the grassroots. PKR, meanwhile, is still wandering between political reality and ideals in search of an ideological ground that will mete out its continued survival. Whichever school of thought with the largest following will triumph in the rivalry, and through the power of political parties eventually become the dominant force in Malay politics. - MySinChew.com | ||||
| BN Setuju Pengerusi PAC Selangor.... Posted: 03 Aug 2010 07:24 PM PDT SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Selangor berubah fikiran, kini bersetuju dengan tawaran Pakatan Rakyat (PR) untuk jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) negeri itu. Walaupun sebelum ini mereka menolak jawatan itu, bekas menteri besar Dr Mohd Khir Toyo dalam wawancara terkini dengan FMT berkata, "BN melihat perkara ini dengan fikiran terbuka tetapi dengan beberapa syarat." Sidang Dewan Undangan Negeri, melantik Mohd Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) pada hari terakhir untuk menerajui PAC tetapi beliau dan rakan-rakan dalam BN menolak pelantikan itu. Menyifatkan langkah ini sebagai dorongan politik, Shamsuddin berkata, beliau menolak pelantikan itu kerana beliau ingin mempertahankan integriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN. Tetapi sekarang, Khir sebagai ketua pembangkang BN dalam dewan dilihat telah berubah nadanya walaupun mengambil sikap berhati-hati. "Kami mempunyai dua pilihan. Pertama, apa yang kami boleh lakukan ialah Shamsudin boleh menolak jawatan itu. Kedua, beliau boleh mencuba. "Jika beliau tidak mendapat kerjasama yang baik daripada ahli-ahli PAC yang lain dari kerajaan negeri maka beliau harus melepaskan jawatan itu," katanya. BN berada dalam keadaan serba salah sejak pelantikan itu dibuat kerana mereka dianggap menghina dewan jika menolak pelantikan itu. "Jika kami menolak pelantikan itu, dewan boleh mengambil tindakan terhadap Shamsudin dan beliau boleh digantung, saya kira, tidak kurang dari enam bulan. "Tapi memaksa seseorang untuk menerima jawatan adalah sesuatu yang lucu," beliau menambah, bagaimanapun BN belum lagi membuat keputusan tentang hal itu. 'Teng tidak beritahu komponen Jawatankuasa' Khir, yang pada mulanya menyokong pelantikan itu ketika bermesyuarat dengan Speaker Teng Khim Sing telah menukar fikiran apabila beliau diberitahu "sebab yang sebenar" dibelakang pelantikan itu. Menurut beliau, Teng tidak menjelaskan secara terperinci tentang pelantikan itu termasuk komponen Jawatankuasa, hingga menyebabkan beliau meluluskannya. Beliau hanya diberitahu oleh rakannya mengenai keputusan dewan melantik hanya dua Adun BN berbanding tujuh Adun dari kerajaan negeri. "Saya tahu Teng menyatakan saya menyokong langkah ini apabila saya diberi tahu tentang pelantikan ini. Tapi beliau tidak menyebut apa-apa tentang komponen ahli-ahli pada ketika itu. "Jadi apabila saya berbincang dengan rakan-rakan BN, mereka kesemuanya menentang cadangan itu dan menganggapnya sebagai "politik berisiko tinggi," kata Khir, menambah beliau telah memaklumkan perkara ini kepada Teng. "Tapi beliau (Teng) berkata, ini merupakan amalan Komanwel. Selepas saya periksa hanya England mempratikkannya dan malahan mereka mempunyai tujuh pembangkang dan sembilan dari kerajaan dalam Jawatankuasa itu dan pembangkang sebagai ketua," katanya. Senapang tidak ada peluru Khir juga mengambil kesempatan untuk mengutuk kerajaan negeri kerana "berlakon secara pelik" dalam proses pelantikan. "Ini sesuatu yang melucukan, seolah-olah mereka mempermainkan kami. Kami (dalam BN) tidak boleh membuat kata putus (kerana kami tidak mempunyai majoriti) dan tidak boleh memeriksa secara adil. "Jika mereka betul-betul hendak memberi kuasa kepada pengerusi, maka mereka harus memberi kami majoriti," katanya. Beliau mengibaratkan langkah ini sebagai "kami diberi senapang tapi tidak ada peluru" atau "kami diberi meriam tanpa bahan peletupnya." "Mereka memberi kami kuasa tapi tidak memberi kekuatan. Tidak ada bezanya sekiranya hanya ada dua wakil BN." tambahnya. | ||||
| Posted: 03 Aug 2010 07:19 PM PDT Melayu mudah lupa, says Tun Dr Mahathir Mohamad. Indeed, not only Melayu but all Malaysians mudah lupa (forget easily). Remember what happened to the Prosecution's 'star witness' in the Sodomy 1 trial, Azizan Abu Bakar, a man who claimed he is a good Muslim (and that was why he was testifying against Anwar Ibrahim)? Well, the Prosecution's 'star witness' in the Sodomy 2 trial, Saiful Bukhari Azlan, also claims to be a good Muslim (he walks around with a Quran in his hand). Raja Petra Kamarudin A key witness in the trial of Malaysia's sacked finance minister, Anwar Ibrahim, said Tuesday that the former Cabinet minister wasn't involved in the death of the witness' wife earlier this year. Anwar's former driver, Azizan Abu Bakar, told the capital's High Court that his pregnant wife actually died in a car accident in January. Defense lawyer Gurbachan Singh said that a book had insinuated Anwar was involved in the murder of Azizan's wife and that it was part of a plot to topple the former deputy prime minister, who was ousted in September. (Chicago Tribune, 8 December 1998) ************************************************* Asked on the recent arrest of Awwar's former family driver Azizan Abu Bakar for khalwat (close proximity), Dr Mahathir said he believed somebody was watching Azizan closely. ''I think all will be done to discredit this witness,'' he said of Azizan, a prosecution witness in the corruption trial of Anwar. (Utusan Malaysia, 20 September 1999)************************************************* The man who accuses Malaysian ex-deputy premier Anwar Ibrahim of sodomising him was Tuesday jailed by an Islamic court for trying to have sex with a woman, the state news agency Bernama reported. The Islamic court in southern Malacca state jailed Azizan Abu Bakar, 39, for three months and fined him 7,000 ringgit after he pleaded guilty to being in close proximity with Norhayati Saad.Azizan, the key witness in Anwar's ongoing sodomy trial, also admitted attempting to have illicit sex with Norhayati, it added. Norhayati, a 22 year-old college student whom he married a few days after they were caught, was jailed for three months and fined a total of 6,300 ringgit, the report said. The pair were caught together in a rented house in Malacca this month during a raid by Islamic religious officials and police officers. Islam bans sexual relations outside marriage. Azizan, a former driver for Anwar's wife, was a key witness in Anwar's corruption trial. The former deputy leader was jailed for six years in April. Azizan is also the key witness in Anwar's second trial, which started in June. Anwar and his Indonesian adopted brother are jointly accused of sodomising Azizan in early 1993. (AFP, 28 September 1999) ************************************************* Malaysia's highest court overturned the sodomy conviction of former deputy prime minister Anwar Ibrahim on Thursday and freed him from prison—exactly six years after his removal from office triggered the country's worst political crisis. A panel of the Federal Court ruled 2-1 to reverse the conviction against Anwar. (Associated Press, 2 September 2004)************************************************* EXTRACTS OF THE GROUNDS OF JUDGMENTIn considering whether the defence was correctly called, this court, being an appellate court, not only will consider whether all the ingredients of the offences have been proved beyond reasonable doubt, but will also consider whether there have been misdirections or non-directions amounting to misdirections that have caused a substantive miscarriage of justice. It must be borne in mind that the duty on the part of the prosecution at the close of the case for the prosecution is to prove beyond reasonable doubt, not only that the offence was committed one night at Tivoli Villa, but also that that "one night" was in the month of January until and including the month of March 1993. Even if it is proved that the incident did happen but if it is not proved "when", in law, that is not sufficient. This is because the period during which the offence is alleged to have been committed is an essential part of the charge. It becomes even more important when the defence, as in this case, is that of alibi. The appellants must know when (usually it means the day or date, but in this case the period from and including the month of January until and including the month of March 1993) they are alleged to have committed the offence to enable them to put up the defence of alibi. In this respect we propose to take the bull by the horns. We shall consider, first, whether the prosecution had proved beyond reasonable doubt not only that the offence was committed, but whether it was committed one night during the three months' period. That would call for the evaluation of Azizan's evidence, and determining whether the second appellant's confession is admissible. There will be sub-issues that will have to be determined e.g. the impeachment proceeding against Azizan, whether Azizan is an accomplice and the issue of voluntariness of the second appellant's confession. After deciding on those issues, we shall consider whether, in view of our findings on them, the decision of the learned trial judge to call for defence can stand. If it cannot stand, the matter ends there. If it can still stand, then only we shall consider the other issues raised at the close of the case for the prosecution. Only if after considering all the issues raised in respect of the case for the prosecution we are satisfied that the learned trial judge had correctly called for the defence that we shall consider the defence. Otherwise we do not have to, as the appellants would also be entitled to an acquittal at the close of the case for the prosecution. The only person who was present during the alleged incident, other than the appellants, was Azizan. The person who was alleged to have been sodomised was Azizan. So, he should be the only person, other than the appellants, who should know when he was sodomised. In the circumstances, even though, for the reasons that we have given, we do not interfere with the finding of the trial judge in the impeachment proceeding, when we consider Azizan's evidence as a whole, we are unable to agree with the "firm finding" of the learned trial judge and the Court of Appeal that Azizan "is a wholly reliable, credible and truthful witness". Evidence does not support such a finding. He was most uncertain, in particular about the "date" of the offence, not just the day or the week or even the months but the year. We do not say he is an "outright liar" as Mr. Christopher Fernando was trying to convince us. But, considering the whole of his evidence, he is certainly not the kind of witness described by the learned trial judge. Having made our findings on Azizan's evidence, in particular regarding the "date" of the offence and on the issue whether he is an accomplice and the second appellant's confession, we think we are now in a position to consider the prosecution's case, whether, in view of the said findings, the prosecution had proved the case beyond reasonable doubt that justifies the calling for the defence and a conviction, if he chooses to remain silent. The burden of proof is the same as at the end of the case for the defence. If at the end of the case for the prosecution, the court has a reasonable doubt that any of the ingredients of the charge had been proved, the accused is entitled to an acquittal without his defence being called. This is again trite law. So, we have to rely on Azizan's evidence alone to prove the "date" of the offence. The learned trial judge found Azizan a truthful, credible and reliable witness. He was even prepared to convict the appellants on Azizan's evidence alone. But, we find that Azizan's evidence, especially on the "date" of the commission of the offence doubtful. He had given three different periods, the first two covering one month each and the last covering three months, in three different years (1992, 1993 and 1994), including one ("May 1992") when the construction of Tivoli Villa was not even ready. Besides, he also contradicted himself on the issue whether he informed the police that he was sodomised in 1994. His demeanor even prompted the learned trial judge to record that he was "very evasive and appears to me not to answer simple question put to him" when he was cross-examined as to the manner the police finally obtained from him the "date" specified in the charges. On such evidence, can the court accept that the "date" of the offence has been proved beyond reasonable doubt? In considering his evidence whether it proves the offence or not, any benefit of the doubt should be given to the appellants who are the accused. In the circumstances, is it safe to convict the appellant on Azizan's evidence alone? No doubt Azizan has been consistent in admitting the incident at Tivoli Villa despite the shame that would have been caused to him by such admission though made years later, but we are doubtful as to when it happened and his purported role as the innocent victim therein. As such we are really in no position to say that his story is unusually convincing nor can we find any reason to give it special weight that warrants a conviction to be recorded on his evidence alone. We do not think it is safe to convict on his evidence alone. For all the above reasons, we are not prepared to uphold the conviction. Since the applicable law in this case requires that the prosecution must prove its case beyond reasonable doubt before the defence may be called, the burden being the same as is required to convict the appellants at the end of the case for the defence, we are of the view that the High Court has misdirected itself in calling for the appellants to enter their defence. They should have been acquitted at the end of the case for the prosecution. We therefore allow the appeals of both appellants and set aside the convictions and sentences. (2 September 2004) | ||||
| PRU13 - PAS bakal hilang banyak kerusi Parlimen? Posted: 03 Aug 2010 07:10 PM PDT Merujuk kepada 2 cerita terbitan di HarakahDaily. Bacaan itu dirujuk dengan penuh minat dan penuh insaf. Berita pertama berbunyi, Sasaran 60 Kerusi Parlimen Cerah dan berita keduanya bertajuk, Retreat Sahkan Sokongan Melayu Kekal Kepada PAS. Kenyataan Ahli Parlimen PAS Jerai, Mohd Firdaus Jaafar ialah berhubung sasaran PAS untuk merampas 37 kerusi Parlimen daripada UMNO pada Pilihanraya Umum ke 13, selain mempertahankan 23 kerusi yang sedia ada. Ini sangat menarik. Malah beliau turut menambah, "Sasaran kita yang sebenar adalah 60 Parlimen ke Putrajaya, janganlah main isu lain," kata Mohd Firdaus yang juga Pangarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Pusat. Selain itu memetik kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena dalam rumusannya menegaskan undi teras Melayu terhadap PAS tidak merosot seperti di dakwa oleh sesetengah pihak.
Di dalam laporan HarakahDaily turut tertulis berikut, 'Mengulas lanjut Mahfuz berkata, PAS memperoleh 45 peratus sokongan Melayu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gantang sewaktu Datuk Seri Mohammad Nizar menjadi calon.Apakah PAS sedang berada dalam satu keadaan yang tertekan? Kenyataan Firdaus dan Mahfuz dilihat bertentangan diantara satu sama lain. Firdaus menyatakan PAS mensasarkan 60 kerusi Parlimen, supaya ia akan muncul sebagai Parti yang dominan di dalam Pakatan Rakyat. Lebih dari itu, PAS akan muncul sebagai Parti Politik teras orang-orang Melayu. Di sini penulis tidak mahu mempertikaikan sama ada PAS mampu atau tidak menang 60 kerusi Parlimen. Itu adalah persoalan lain. Tetapi penulis melihat bagaimana kedudukan PAS dalam PRU-13 berdasarkan kepada hujah-hujah dari mereka berdua itu. Pada Jun 2009, penulis telah diarahkan untuk menyiapkan satu analisa bagi kerusi-kerusi Parlimen yang PAS tewas di dalam PRU 2008 lalu. Analisa itu dibuat bersempena Muktamar PAS pada tahun tersebut. Kenyataan Mohd Firdaus tidak bercanggah dengan analisa yang penulis buat ketika itu. Tetapi berdasarkan analisa itu, kesimpulannya ialah jika PAS mahu memenangi kerusi-kerusi Parlimen yang PAS tewas di dalam 2008, PAS perlu.. 1.Mempertahankan sokongan pengundi Melayu yang diterima di dalam PRU12. 2.PAS harus mengaut sokongan daripada pengundi-pengundi Cina. 3.Memperlengkapkan jentera di kawasan-kawasan Parlimen tersebut. Bagaimanapun, ianya datang dengan risiko yang besar. Ini kerana di dalam menambah sokongan pengundi Cina, PAS perlu memberi lebih banyak konsesi kepada mereka. Jika ini berlaku, PAS berkemungkinan besar akan kehilangan pula pengundi teras mereka yang menyokong PAS kerana PAS memperjuangkan Islam. Ini akan menjadikan PAS hanya sebagai replika kepada Parti Keadilan Rakyat yang berjuang untuk menentang apa yang dilihat mereka sebagai ketidak adilan. Kenyataan Mahfuz pula walaupun bertujuan untuk menyatakan bahawa undi Melayu terhadap PAS tidak merosot, tetapi sebenarnya,
Perlu diingat sewaktu berdepan dengan PRU12 lalu, PAS dan DAP tidak diikat oleh mana-mana gandingan politik melainkan memperjuangkan isu-isu bersama. Selepas PRU12, barulah PAS memeterai satu pakatan politik bersama DAP.Apakah ini yang mengakibatkan kemerosotan dari segi peratusan undi Melayu yang PAS terima? Pengikut PAS harus sedar, jika benar PAS memperolehi hanya 45 peratus undi Melayu seperti yang dinyatakan oleh Mahfuz, tidak mustahil tragedi PRU 2004 akan berulang. Jika hanya 45% pengundi Melayu memilih PAS pada hari ini, PAS akan berdepan dengan masalah bagi konstituensi-konstituensi dimana komposisi pengundi Melayunya melebihi 88 peratus. PAS juga akan bermasalah di konstituensi-konstituensi dimana pengundi Cinanya kurang daripada 18 peratus. Ini bererti, PAS boleh kehilangan minimum 10 kerusi Parlimennya sekarang. Ini bagaimanapun tidak termasuk kerusi tradisi mereka di Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian serta Marang. Bagaimanapun harus diingat, PAS pernah terlucut kerusi Marang dalam PRU 2004 yang lalu. Kerusi-kerusi yang mungkin PAS akan hilang ialah: 1. P007 Padang Terap. 2. P011 Pendang. 3. P012 Jerai. 4. P013 Sik. 5. P016 Baling. Kesemua kerusi di atas adalah di Kedah dan pada 2004, kerusi-kerusi tersebut dimenangi oleh BN-UMNO melainkan Pendang dimana PAS pertahankannya dengan hanya 50 undi. Pada 1999 PAS menang Pendang dengan majoriti 2,939 undi atau 6.91 peratus. Pada Pilihanraya Kecil 2002, BN-UMNO merampas Pendang dengan majoriti, 283 undi atau 0.62 peratus. PAS juga akan kehilangan kerusi-kerusi berikut: 6. P019 Tumpat. 7.P023 Rantau Panjang. 8. P025 Bachok 9. P028 Pasir Puteh 10. P031 Kuala Krai. Pada tahun 2004, PAS kehilangan Kuala Krai dengan majoriti 2,416 undi, Pasir Puteh dengan 3,810 undi dan Bachok dengan 6,272 undi. Bagaimanapun Rantau Panjang di menangi PAS dengan majoriti 723 undi dan Tumpat dengan majoriti 1,820 undi. Jika benar PAS menikmati 45 peratus undi Melayu dan kekal menikmati lebih 80 peratus undi pemilih Cina, PAS seharusnya tidak bermasalah untuk mempertahankan kerusi-kerusi berikut: 1. P008 Pokok Sena. 2. P021 Kota Bharu. 3. P036 Kuala Terengganu. 4. P057 Parit Buntar. 5. P059 Bukit Gantang. 6. P096 Kuala Selangor. 7. P101 Hulu Langat. 8. P108 Shah Alam. 9. P111 Kota Raja. 10. P119 Titiwangsa. Daripada jumlah 43 buah kerusi Parlimen yang PAS tewas dalam PRU12, saya mendapati PAS hanya mempunyai peluang untuk menawan 9 buah kerusi Parlimen sahaja. Konstituensi tersebut ialah: 1. P081 Jerantut. 2. P067 Kuala Kangsar. 3. P042 Tasek Gelugor. 4. P090 Bera. 5. P095 Tanjung Karang. 6. P093 Sungai Besar. 7. P001 Padang Besar. 8. P079 Lipis. 9. P059 Lenggong. Peluang PAS ini bagaimanapun banyak bergantung kepada calon yang akan diletakan oleh BN-UMNO serta keupayaannya mendapatkan sekurang-kurangnya 45 peratus undi pemilih Melayu. Bagi konstituensi seperti Arau, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Jerlun, walaupun PAS menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam PRU12-2008, tetapi PAS akan menemui laluan sukar kerana mereka perlu memenangi lebih dari 50 peratus undi Melayu untuk menang di sini. Walaupun PAS mensasarkan untuk bertapak di beberapa kawasan Parlimen di Negeri Sembilan dan Johor di mana pengundi Melayu kurang daripada 80% dan jumlah pemilih Cina adalah tinggi, namun pengikut PAS harus sedar, secara realitinya ia adalah amat sukar. Ini kerana PAS tidak mempunyai jentera yang besar di negeri-negeri tersebut bagi menawan kerusi-kerusi Parlimen. Di dalam pilihanraya kecil di mana jentera PAS dari Kelantan dan Terengganu menumpu sepenuh perhatian pun, PAS masih menghadapi kesukaran apa lagi di dalam Pilihanraya Umum. Sebenar-benarnya, PAS telah mengganjakkan pintu gol mereka untuk memudahkan DAP menjaringkan gol. Tetapi di dalam berbuat begitu, PAS telah menimbulkan kekeliruan kepada barisan pertahanan mereka. Impak dari tindakkannya itu juga, PAS berpotensi untuk kehilangan kerusi-kerusi tradisinya kesan dari kemuncupan sokongan pengundi Melayu akibat keghairahan segelintir dari pimpinan PAS menari mengikut gendang perang oleh masyarakat Cina. Tiada siapa dapat menafikan bahawa, berkemungkinan PRU13 akan menjadi medan untuk UMNO membakar api perkauman di kawasan Melayu bagi menentukan hidup mati Ketuanan Melayu di bumi yang satu ketika dahulu di panggil Tanah Melayu.Jika ini benar berlaku, ia akan menyaksikan pengundian berdasarkan garisan perkauman dan PAS berkemungkinan akan tersepit di dalam pertembungan itu. (sumber asal artikel dipetik dari blog Hambali1) | ||||
| 52 tahun berkuasa: Umno peralat "Melayu" untuk ratah Melayu! Posted: 03 Aug 2010 07:08 PM PDT Oleh : Ustaz Idris HJ Ahmad Tidak dinafik an Melayu adalah kaum pribumi di negara ini. Semua pihak mengakui hal ini. Atas kesedaran itu semasa kemerdekaan negara semua kaum telah menerima hakikat tersebut. Beberapa perkara yang dianggap satu kontrak sosial telah diterima pakai.Oleh itu pemimpin Pakatan Rakyat mengetahui betapa pentingnya perkara ini, maka ia telah diterima pakai dan menjadi satu ketetapan di Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama pada 19 Disember 2009 di Shah Alam iaitu: a. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai. b. Melindungi kedudukan Istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum lain sejajar dengan perkara 153. c. Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja Berperlembagaan. d. Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum. Bergerak atas asas inilah maka Pakatan Rakyat menerima ketetapan bersama, kerana ia merupakan perkara asas dalam pembentukan sebuah negara yang akan diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat. Mereka sedar Melayu adalah tonggak kekuatan politik di negara ini. Maka mereka memainkan gendang yang sama untuk meletakkan Melayu dalam keadaaan bahaya sejak pilihan raya 2008 dengan merujuk apa yang terjadi di Kampung Asam Jawa Pulau Pinang yang dihalau oleh pemaju perumahan. Media Umno menggambarkan, ini adalah contoh Melayu dizalimi oleh kerajaan yang menindas Melayu. Sedangkan projek itu ialah projek yang terpaksa Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang menanggung biawak hidup yang ditinggal oleh kerajaan BN yang lalu. Sepatutnya, Umno merasa malu untuk bercakap soal Melayu. Mereka kena ambil cermin menyuluh kembali muka, siapa yang menjadikan Melayu di negara ini merempat. Dunia maklum memang pemimpin Umno suka orang Melayu memgemis dan jahil, kerana akan menjadi ulam untuk Umno. Pemimpin Umno sedar pada hari ini yang menyokong mereka ialah Melayu subsidi dan Melayu yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Melayu bandar dan mempunyai kedudukan ekonomi yang kuat sudah tidak menyokong Umno. Satu lagi Melayu yang menjadi "simpanan tetap Umno" dan stok penimbal ialah peneroka Felda. Sebab itu apabila isu FELDA dibongkar dalam media mengenai susut aliran tunai dalam masa 5 tahun sejak Najib Tun Razak mengetuai agensi itu, telah menimbulkan kemurkaan pemimpin Umno. Mereka marah kerana bangkai gajah sudah tidak dapat lagi disembunyikan. Dengan kewangan yang ada pada Felda pada tahun 2004, RM4.08 bilion telah susut kepada RM1.35 bilion (merosot sebanyak RM2.73 bilion). Wang Felda dibelanja kepada projek yang tidak dilihat sebagai menguntungkan orang Melayu Felda antaranya dana khas basmi kemiskinan di Sabah sebanyak RM253 juta. Apa kena mengena basmi kemiskinan di Sabah? Kenapa perlu ambil wang Felda, tidak cukupkah hasil minyak di Sabah, balak yang melimpah ruah. Pada hal Felda banyak di Pahang dan Johor. Ke mana pula hasil minyak Sabah sampai terpaksa mengemis dengan Felda, hak orang Melayu. Mereka sedar ini adalah benteng terakhir Umno, jika "simpanan tetap" ini dapat dicairkan Umno akan ditalqinkan insyaAllah di Pahang khususnya. Dua kerusi dewan undangan negeri yang PAS menang di Pahang (Semantan dan Basrah), kedua-dua ini tidak ada kawasan Felda. Demi ekonomi Melayu yang masih ketinggalan maka orang Melayu, kena menyokong Umno. Parti lain daripada umno tidak boleh membela ekonomi Melayu. Pemimpin Umno patut malu dengan kenyataan tersebut. Apa sudah jadi dengan DEB ketika tamat pada tahun 1990 ekuiti Bumiputera ada 18% tetapi telah merosot kepada 15% sahaja pada tahun 2000. Ke mana ekuiti ini hilang kalau tidak pengkhianatan yang dilakukan oleh Melayu Umno. PAS terbukti berjaya mengangkat martabat Melayu di Terengganu 1999-2004 daripada negeri kedua miskin menjadi nombor empat termiskin di Malaysia walaupun royalti minyak dirompak. Baru empat tahun memerintah kita mampu menunjukkan prestasi yang baik. Cuba bayangkan kalau diberi peluang memerintah Malaysia sudah tentu lebih gemilang dan cemerlang kerana kita tahu untuk menguruskan negara dan khazanah negara Atas nama Melayu peruntukan saham bumiputera sebanyak RM54 bilion hanya tinggal RM 2 bilion sahaja. Ke mana pergi RM52 bilion? Sekiranya dana ini diuruskan dengan baik, kita yakin pemilikan ekuiti bumiputera akan mencapai melebih daripada 30%. Tetapi akibat pengkhianatan amanah dan kejahilan pemimpin Umno-BN maka ekuiti bumiputera hanya mendapat 19.4% sahaja. Mereka juga menjadikan modal supaya rakyat yang miskin menjadi abdi moden dan takut untuk menyokong PAS dan Pakatan Rakyat. Umno akan mencanang bahawa Melayu mundur kerana ia adalah akibat ancaman daripada orang bukan Melayu. Mereka mendakwa kalau orang Melayu mahu selamat maka teruslah bersama dengan Umno kerana Umno sahaja parti yang menjaga ketuanan Melayu di negara ini. Sebenarnya atas nama ketuanan Melayu menjadi tiket kepada mereka untuk menggadai hak orang Melayu di negara ini. Keranamu Melayu, maka Melayu dihalau dari kampung mereka sendiri. Inilah yang berlaku di Kampung Plentong Tengah, Johor Baharu hampir 290 buah rumah yang ditolak dan dihalau, walaupun mereka sudah tinggal di situ hampir 30 tahun. Mereka dihalau, diburu macam penduduk Gaza Pelestin oleh Israel. Kawasan yang diwakili oleh Dato' Seri Khalid Nordin yang merupakan Ahli Parlimen Pasir Gudang tidak memperdulikannya. Sedangkan mereka ini adalah pengundi tegar dan 100% penyokong totok Umno. Inilah balasan Umno. Kampong Plentong sudah menjadi Kg Umno Kelentong. Sewaktu Kampung ini diranapkan tidak ada siapa pemimpin Umno yang datang untuk menolong. Yang menjadi pendinding dan perunding ialah pemimpin daripada PAS, PKR dan DAP. Seramai 28 orang ditangkap kerana mempertahankan rumah mereka daripada diroboh pada 16 Oktober 2009. Pemimpin Umno hanya datang lima tahun sekali untuk menagih undi. KeranaMu Melayu, tanah rezab Melayu telah hilang dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang Melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja. Kerana Mu Melayu, maka apabila orang Melayu susah, senang mereka menuding jari kepada penentang Umno dengan alasan, semua terjadi kerana Pakatan Rakyat. Mereka buta fakta, bagaimana Melayu boleh menjadi susah dalam masa tidak sampai tiga tahun. Mereka cuba menutup kelemahan mereka yang selama ini mengkhianat kepada orang Melayu selama 57 tahun merdeka. Keadaan mereka samalah dengan pepatah Arab, "dia pukul aku, dia menangis dan dia maki aku, maka dia mengadu, orang maki dia". Pepatah ini sesuai untuk Umno. Sepatutnya Umno patut malu kepada Allah dan rakyat, apa yang mereka buat selama 57 tahun? Kenapa Melayu tertinggal, malah tahap pencapaian ekonomi orang India lebih baik daripada orang Melayu hasil perjuangan pemimpin politik bangsa mereka. Sepatutnya orang Melayu tidak boleh ketinggalan, kalau kita mendapat pemimpin yang baik dan amanah. Hujahnya ¾ anggota kabinet orang Melayu, exco kerajaan negeri orang Melayu, dan pegawai tadbir orang Melayu. Persoalaanya kenapa jadi demikian? Kena tukar kerajaan dalam PRU 13, maka kita akan dapat jawapannya. Insyaallah. | ||||
| Tidak faham Inggeris, Ibrahim Ali serang Malott putar belit Posted: 03 Aug 2010 07:07 PM PDT ![]() Ibrahim dikatakan tidak memahami makna "militan" di dalam bahasa Inggeris. — gambar fail "Sekarang rakyat Amerika dan dunia sedang ketawakan dia... sekarang Malott terpaksa putar belit degan sekadar kononnya saya tak faham bahasa Inggeris, kesian bekas duta Amerika yang rupanya bodoh dan tolol," kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini. Dalam reaksi terbaru ini, Ibrahim juga menggesa Malott agar tidak mencampuri urusan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan politik di Malaysia. "Malaysia sudah merdeka sejak 1957. Anak-anak Malaysia sudah tahu mengemudikan negara ini. Masalah d Amerika begitu banyak... komen dan selesai masalah di negara sendiri. "Campur urusan negara orang adalah biadap dan kurang ajar Malott," kata Ibrahim dalam reaksinya berhubung kenyataan Malott semalam bahawa adakah NGO itu mengadakan demonstrasi membantah hanya semata-mata kerana berkata benar dan menamakan Perkasa sebagai kumpulan militan. Malott dalam kenyataannya yang dikeluarkan semalam iaitu sehari selepas Ibrahim menyerahkan memorandum bantahan kepada Keduataan AS di sini kelmarin berkata semuanya berlaku kerana Presiden Perkasa itu tidak boleh membezakan antara adjektif dengan kata nama. "Isu ini bermula kerana bahasa Inggeris bukan bahasa ibunda Ibrahim. Saya tidak menyalahkannya kerana dia tidak faham perbezaan itu dalam bahasa Inggeris. Ia bukan bahasa ibundanya. Saya berharap saya mengetahui lebih banyak bahasa Melayu. "Bagaimanapun sebelum seseorang berhujah dengan berkobar-kobar selama dua minggu dengan menuduh saya sebagai tolol dan bodoh, serta mengetuai bantahan ke atas Kedutaan Amerika, sekurang-kurangnya perbetulkan dahulu fakta anda. "Namun nampaknya, Ibrahim tidak ambil peduli. Beliau gembira dengan publisiti yang diterimanya di media massa," kata Malott dalam reaksinya semalam. Malott berkata, beliau melabelkan Perkasa sebagai kumpulan militan Melayu, yang mana ia memang bersifat demikian. "Apabila saya menggunakan perkataan 'militan' ia digunakan sebagai adjektif. Ia membawa maksud 'perwatakan yang agresif' atau 'semangat baja dalam perjuangan', sebagai contoh 'aktivis hak asasi manusia yang militan'," kata Malott sambil menambah, Ibrahim sepatutnya menerima label itu sebagai "satu pujian." "Apabila perkataan militan digunakan sebagai adjektif, perkataan itu tidak membawa maksud seseorang itu menggunakan keganasan. "Jadi apabila saya menyentuh mengenai Perkasa, hanya enam perkataan dalam rencana pengarang saya yang berjumlah lebih kurang 800 perkataan berhubung kumpulan baru militan yang bernama Perkasa, saya tidak menggunakannya sebagai kata benda. Saya gunakannya sebagai kata sifat — menunjukkan agresif atau bersungguh-sungguh," katanya. Malott juga menambah, beliau tidak pernah melabelkan Perkasa "sebagai kumpulan yang terbabit dengan keganasan atau terorisme." | ||||
| Posted: 03 Aug 2010 07:04 PM PDT ![]() Siti Rohana, yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Tanjung Karang, bersama Abdul Aziz, ditemui dengan kesan tembakan di badan dan kepala. Dalam kejadian jam 11 pagi itu, kereta putih jenis Toyota Caldina yang dipandu Abdul Aziz, dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pengadang besi jalan raya selepas tembakan dilepaskan. Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, siasatan awal polis mendapati tembakan dilepaskan dari bahagian dalam kenderaan yang dinaiki mereka dan siasatan lanjut masih dijalankan. Menurutnya, polis menjumpai sepucuk pistol jenis Revolver milik Abdul Aziz bersama lesen pemilikan senjata api disahkan polis. "Mangsa memandu di laluan paling kiri (dan) secara tiba-tiba hilang kawalan (dan masuk) ke laluan paling kanan. "Kedua-dua mangsa dipercayai mati di tempat kejadian akibat kecederaan. Hasil laporan bedah siasat mendapati dua kesan tembakan ditemui pada Siti Rohana dan satu das pada Abdul Aziz," katanya. Khalid berkata, polis menemui dua kelongsong peluru yang digunakan dan tiga butir peluru lagi masih dalam senjatapi itu. "Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. "Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat," katanya. Sementara itu, anak Abdul Aziz, Mohd Anis Hisham, yang kelihatan tenang ketika ditemui berkata, beliau terkejut mendapat berita itu. Menurutnya, bapanya seorang penyayang dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pelik sebelum pemergiannya. Kali terakhir beliau bertemu bapanya adalah kira-kira jam 9 pagi semalam ketika bapanya keluar dari rumah di Seksyen 9, Shah Alam, untuk ke Tanjung Karang bagi menghadiri satu majlis. Katanya, bapanya memang mempunyai lesen memiliki pistol untuk tujuan keselamatan sejak menjadi wakil rakyat pada tahun 2004 hingga 2008. Mohd Anis Hisham, yang juga terlibat dalam politik, menyifatkan bapanya sebagai mentor. Sementara itu, jenazah Abdul Aziz dituntut oleh ahli keluarga pada jam 5.25 petang manakala Siti Rohana pada jam 6.45 petang semalam. Abdul Aziz meninggalkan seorang isteri Datin Siti Fatimah Mohd Noor, 62, bersama dua anak perempuan Nor Azila, 40, Nor Azian, 37, di samping Mohd Anis Hisham. SH. | ||||
| Posted: 03 Aug 2010 06:42 PM PDT Oleh MSK Aku bukan ahli strategi. Sebab aku tak pernah belajar macam mana nak eksploit peluang. Aku tak belajar tentang management atau taktik peperangan. Tapi kalau pasai makanan..yang tu aku boleh auta sikit-sikit. Jadi biarlah perancangan strategi politik macam mana nak menang tu di lepaskan kat orang strategi politik.Cuma kadang-kadang aku tak berapa setuju …bila terlalu banyak sangat strategi Umno yang diambil pakai oleh orang Pakatan. Bila bukan musim pilihanraya, aku nak tengok pemimpin politik cukup susah nak turun padang. Telefon tak angkat, email tak jawab, janji nak datang tapi last minit depa kencing. Tapi bila dekat nak pilihanraya, kita nak kencing pun tak senang. Masa tu, depa la yang kedepan. Masa di Hulu Selangor, aku tanya kat sorang lelaki kat Bukit Beruntung masa makan ayam goreng kat gerai disitu. "Adakah Encik akan sokong PKR kali ni?" Dengan selamba dia jawab.."Bagi saya satu alasan yang baik mengapa saya perlu mengundi PKR sekali lagi?" Aku tak tau nak jawab apa…sebab cara dia bertanya balik tu, nampak sangat dia bukan calang-calang orang. Aku tak tau macam mana nak atur strategi ke Putrajaya, sebab aku tak tau Pakatan Rakyat Pusat buat apa? Aku pernah tanya kat Anwar masa kat Lake Club dulu, "who's in-charge of Pakatan Rakyat." Pakatan Rakyat tak ada Pengerusi Pakatan Rakyat. Yang ada hanya Majlis Presiden. Anwar tak boleh buat sesuka hati dia…dan dia tak boleh nak mengeluarkan arahan kepada Pas atau DAP. Dia hanya jadi jurucakap Pakatan. Setiap keputusan mesti dipersetujui bersama…jadi, tu pasai bila ada sesuatu isu, kena tunggu Majlis Presiden bersidang baru buat keputusan. Diperingkat negeri-negeri jugak macam tu. Di Perak, Pakatan Rakyat ni makin lama makin sejuk. Pas buat cara dia. PKR buat cara dia. DAP buat cara dia. Kalau tanya kat aku apa Pakatan Rakyat Perak buat, aku tak tau. Yang aku tau, depa selalu mesyuarat. Dan yang aku tau, Mustafa Kamil Ayub sebagai Pengerusi PKR Perak selalu ponteng mesyuarat. Dan bila diberitahu Mus selalu ponteng, persepsi aku ialah, Mus tidak melihat Pakatan Rakyat Perak itu sesuatu yang penting. Disini aku melihat, Pakatan Rakyat memerlukan kepimpinan. Dan pemimpin itu tidak semsetinya datang dari status quo. Tidak semestinya Pengerusi Pakatan Rakyat datang dari Pengerusi PKR, Pas atau DAP. Pemimpin Pakatan Rakyat Perak mestilah dipilih bukan saja oleh orang parti, tetapi perlu juga dipilih oleh orang yang tidak berparti. Itu pun kalau mahu Pakatan Rakyat ini dikatakan milik rakyat. Kalau nak jadikan Pakatan Rakyat itu milik Pas, PKR dan DAP saja…hangpa buat la kerja sendiri. Dalam PRU yang lalu, 'Pakatan Rakyat' menang di Perak. Tetapi kemenangan itu atas usaha siapa? Nak kata atas usaha calon?…Sori la. Calon pun kita jumpa last minute. Sebelum pilihanraya, tak nampak muka pun. Nak kata usaha parti…banyak mana usaha parti? Banyak kawasan yang ditandingi PKR…Polling Agent pun tak ada. Tapi bila menang…semua kata itu kemenangan depa. Pas kata rakyat sudah menerima perjuangan Pas. DAP kata rakyat sudah menerima DAP. PKR pun mendabik dada…kalau tak ada Anwar, Pakatan tak wujud. Pirrrrahhh!! Di Perak, 70% daripada mereka yang mengundi untuk Pas, PKR dan DAP adalah mereka yang tidak berparti. Dan mereka mengundi PR kerana sudah terlalu meluat dengan Umno. Tetapi apabila memerintah, siapa yang berebut jawatan Menteri Besar? siapa yang berebut jawatan EXCO? Siapa yang berebut jawatan ahli Majlis dan Ketua Kampong? Sampai Jawatankuasa Kemajuan Kampung pun depa dok berebut!! Dan yang berebut harta peninggalan perang ini ialah orang-orang parti. Orang-orang yang sering melaungkan kata-kata "Kita perlu ikhlas dalam perjuangan…Kita perlu berkorban demi perjuangan." Tapi bila tak dapat balak, lompat. Bila tak dapat projek, melompat. Manakala 70% yang mengundi Pakatan Rakyat hanya menjadi penonton. Malah ramai juga yang berkorban 'demi perjuangan', hanya layak menjadi penonton. Akhirnya, bila Nizar disingkir…rakyat hanya menonton. Bila Sivakumar diseret, rakyat hanya menonton. Bila Umno merampas Perak…rakyat hanya menonton. Perak sepatutnya menjadi gelanggang revolusi. Dan sekarang aku pulak nak tanya kepada Pakatan Rakyat Perak. "Mengapa aku perlu berkorban untuk Pakatan Rakyat sekali lagi?" Tak mengapa…aku boleh jawab sendiri. Dan ini bukan jawapan personal dari aku, sebab jawapan ini adalah jawapan-jawapan yang aku terima dari orang-orang yang aku pernah jumpa. Aku mahu mengubah sistem…bukan mengubah parti. Aku bukan nak mengubah Umno yang korup dan digantikan dengan Pakatan yang korup. Tetapi aku nak mengubah sistem yang korup kepada sistem yang bersih dan telus. Mengapa aku sokong Pakatan Rakyat? Sebab aku sudah putus asa dengan Umno. Umno tidak akan mengubah sistem yang korup kerana pemimpin-pemimpin mereka korup. Lantas, aku menaruh harapan kepada pemimpin Pakatan Rakyat. Tetapi kalau pemimpin Pakatan Rakyat juga korup, maka bersedialah menerima nasib macam Umno. Aku masih menaruh harapan bahawa ramai lagi pemimpin yang bersih dan telus didalam Pakatan. Dan aku percaya, ramai lagi diluar sana yang berfikiran macam aku. Dan kali ini, harapan (expectation) mereka diluar parti lebih tinggi. Hangpa jangan nak kelentong kami lagi. Aku tau, ramai ahli politik sudah menjangkakan pilihanraya sudah hampir. Sebabnya, ada ADUN yang dulunya selalu sibuk, sekarang sudah rajin turun padang. Ada ahli politik yang dulunya cukup susah nak jumpa, sekarang asyik nak jumpa kita. Aku tau, dalam PKR sudah ada lebih seratus orang yang telah menghantar nama untuk menjadi calon PRU 13. Aku tau, ada orang Pas yang sudah turun kekawasan untuk berunding kerusi. Ada orang PKR yang sudah berangan-angan nak jadi Menteri Besar. Mampuih pi la kat hangpa. Aku tau, Pas, PKR dan DAP tidak akan mampu memenangi Perak tanpa sokongan rakyat. Tapi Pakatan nak harapkan apa dari rakyat? Setakat memangkah dikertas undi dan memberikan kemenangan kepada Pas, PKR dan DAP? Kemudian selepas menang…rakyat hanya menjadi penonton? No way!! Pakatan Rakyat perlu dikembalikan kepada rakyat. Ia bukan hanya milik mereka yang berparti, tetapi ia juga milik mereka yang tidak berparti tetapi menyokong Pakatan Rakyat. Hak rakyat bukan setakat memangkah dikertas undi, tetapi hak rakyat termasuk memilih siapa yang patut diangkat menjadi wakil rakyat…hak rakyat termasuk membuat keputusan dalam dasar-dasar kerajaan. Rakyat adalah sebahagian daripada pemerintahan, bukan setakat pemberi undi. Politik perlu dirakyatkan….bukan hak milik eksklusif orang-orang parti. Itu sebabnya aku membuat poll dimuka depan blog ini. Aku nak minta tolong blogger-blogger lain tolong bantu aku membuat poll ini. Copy code yang terdapat disebelah dan tampalkan diblog masing-masing. Ini adalah percubaan pertama, bagaimana hendak merakyatkan politik. Rakyat perlu membuat keputusan…bukan dengan hanya membiarkan keputusan itu dibuat oleh segelintir ahli politik yang mementingkan peribadi. Kita mahu pemimpin Pakatan Rakyat Negeri Perak dipilih oleh rakyat Perak. Bukan oleh Hadi, Kit Siang atau Anwar. Bukan juga dipilih melalui kuota siapa yang menang banyak kerusi atau yang kurang kerusi. Kita mahu pemimpin yang boleh memimpin rakyat…bukan setakat memimpin parti atau mengampu Presiden parti. Dan kepada pembaca-pembaca, jangan lupa membuang undi untuk memilih siapa yang paling layak menjadi pemimpin Pakatan Rakyat Perak. Ini adalah langkah pertama merakyatkan Pakatan Rakyat. Undi anda adalah suara anda. Kalau pemimpin Pakatan Rakyat tak pedulikan suara kita, mampuih pi la kat depa. Kita perlu menunjukkan bahawa rakyat Perak berani membuat perubahan dan menjadi contoh bagaimana hendak menghumban BN menjadi pembangkang. Kita mahu bahawa kemenangan Pakatan Rakyat di Perak bukan hanya kemenangan Pas, PKR dan DAP…tetapi ia adalah kemenangan rakyat. | ||||
| Posted: 03 Aug 2010 06:40 PM PDT Peguam Negara Buat Aduan, Shamsul Berdepan Risiko Hilang Status PeguamKetua Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini menerima surat tunjuk sebab daripada Lembaga Tatatertib Peguam-peguam berhubung ceramah beliau yang menyentuh mengenai rayuan kes kedudukan Datuk Sri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah semasa kempen pilihan raya kecil Penanti pada 30 Mei 2009. Ketika dihubungi Suara Keadilan, Shamsul berkata lembaga tersebut mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada beliau atas arahan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail. Shamsul menerangkan surat bertarikh 30 Julai yang hantar melalui pos berdaftar kepada firma guamannya di Melaka menjelaskan ulasan beliau mengenai kes rayuan itu boleh ditafsirkan sebagai mempersoalkan kredibiliti hakim-hakim Mahkamah Rayuan. "Surat Lembaga Tattertib saya perlu menjawab surat tunjuk sebab ini dalam tempoh 14 hari dan sekiranya gagal tindakan boleh diambil terhadap saya termasuk menggugurkan status saya sebagai seorang pengamal undang-undang," jelas Shamsul. Dalam surat aduan daripada Pejabat Peguam Negara bertarikh 12 April 2010 yang ditandatangani oleh Mohamad Hanafiah Zakaria, Timbalan Ketua Bahagian Pendakwa (Operasi), Shamsul didakwa menyampaikan satu ceramah semasa kempen PRK Dewan Undangan Negeri Penanti di No 2072-2076, MK 9, Jalan Tanah Liat (JDM Tanah Liat), Seberang Perai, Pulau Pinang pada 30 Mei 2009. "Di dalam cramah tersebut beliau telah mempersoalkan kredibiliti hakim-hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya semasa satu kes rayuan di Mahkamah tersebut. Walaupun Encik Shamsul Iskandar tidak menyebut dengan jelas butir-butir lengkap kes rayuan yang berkenaan, namun setelah disemak, kes rayuan yang dimaksudkan di dalam ucapan beliau adalah kes Mahkamah Rayuan Sivil No W-01-112-2009 di mana pihak yang terlibat adalah Dato' Dr Zambry bin Abd Kadir sebagai Perayu melawan Dato' Seri Ir haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin sebagai Responden dan Peguam Negara sebagai Pencelah," kata surat tersebut. Surat itu juga melampirkan sesalinan rakaman cakera video padat mengandungi ucapan Shamsul. "Saudara, perkara kedua saya minta pada malam ini yang berkaitan dengan kes Perak tadi, saya sebut tadi bagaimana keadaan Malaysia sekarang dalam keadaan yang cukup huru hara, yang berlaku di Perak dia tak hirau proses demokrasi, dia tak hirau, dia langgar semua, guna mahkamah, saya peguam, dua tahun dah saya jadi peguam, tapimsaya tak pernah tengok ada hakim tiga orang ini, ini hakim tiga orang di Mahkamah rayuan ni yang buat keputusan, tarik balik keputusan hakim Mahkamah Tinggi, bagitau pulak Zambry yang haram ini Menteri besar, sebab itu saya sebut ini hakim, hakim tiga Abdul punya hakim, tadi tuan-tuan dengar lagu tadi, Abdul Wahub, Abdul wahid, Abdul Wahab, ini tiga hakim tidak boleh pakai, hakim ini dia kata apa, dia bukan buat keputusan," kata surat itu merujuk kepada sedutan ucapan Shamsul. Surat daripada Pejabat Peguam Negara itu seterusnya menyatakan Shamsul telah mengkritik proses perundangan dan kehakiman negara ini yang boleh menjurus kepada menghina mahkamah ketika kes rayuan tersebut masih lagi berjalan. "Sebagai peguambela dan peguamcara, Encik Shamsul patut lebih arif dengan proses perundangan dalam negara ini dan tidak sepatutnya memberi lkenyataan yang berhaluan kepentingan politik. "Aduan ini dibuat untuk tindakan disiplin diambil terhadap peguam Encik Shamsul Iskandar bin Mohd Akin selaras dengan peruntukan Seksyen 99(2) Akta Profesyen Undang-undang 1976 (Akta 66)," jelas surat itu lagi. Ditanya mengenai kandungan surat tersebut, Shamsul berkata beliau tidak gentar terhadap tindakan ini kerana menganggapnya sebagai satu lagi bentuk tekanan politik terhadap Pakatan Rakyat. "Saya sedikitpun tidak gentar dan saya lawan habis-habisan. Ini hanya membuktikan Umno-Barisan telah menyalahgunakan apparatus kerajaan sehingga ketahap pejabat Peguam Negara untuk menekan dan menindas pihak pembangkang. "Saya yakin inilah kes yang pertama saya pernah dengar di mana seorang peguam diminta memberi penjelasan berhubung ucapan politik yang diberikan," ujar beliau. Presiden Badan Peguam Malaysia, R Ragunath berkata beliau tidak tahu menahu mengenai surat tunjuk sebab kepada Shamsul. "Saya tidak tahu sebab Lembaga Displin walaupun di bawah Badan Peguam namun ia adalah satu badan bebas. Terpulang kepada Lembaga untuk menentukan perkara yang dibangkitkan mempunyai merit atau remeh," kata Ragunath ringkas. Ketika dihubungi Lembaga Tatatertib mengesahkan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Shamsul tetapi tidak mahu mengulas lanjut. -SK Ulasan GB Siapa paling berkuasa di Malaysia? Najib? Muhiddin? KPN? Bukan! Tetapi jawapannya ialah Tan Sri Abdul Gani Patail. Si Peguam Negara Peguam Negara ini boleh menetukan siapa yang bakal didakwa dan tidak didakwa di mahkamah. Beliau menentukan hakim mana yang akan mendengar kes dan buat keputusan. Dia juga menentukan hukuman apa yang perlu dijatuhkan oleh sang hakim terhadap sesuatu kes. Hakim yang tak mengikut cakapnya akan ditukarkan mengikut sesuka hatinya. Dan kini beliau menentukan pula peguam mana yang perlu dibunuh kerjayanya. Hebatnya juga manusia yang bernama Abdul Gani Patail di negara kita ini. Konspirasi liwat 2 adalah aturannya. Runtuhnya kerajaan PR di Perak hasil dari percaturannya di dalam menetapkan hakim-hakim mahkamah. Dan Najib akan terus dibebalkan lantarannya, malah kedudukan Najib dan Muhyiddin sendiri boleh digugat jika Peguam Negara ini mengkehendakinya. Kerana dia berkuasa menentukan fail kes apa yang hendak dibuka dan kes apa yang perlu ditutup. Ketua Polis Negara diperbodohkannya supaya ikut apa saja katanya. Berdoa agar Gani Patail mati cepat. Tetapi dia sudah melatih bakal penggantinya. Yusof Zainal Abiden namanya. Pendakwa kes konpirasi liwat 2. Jadi bagaimana mengatasi semua ini? Tukar kerajaan segera! Nanti - kita harap mereka semua itu disumbatkan ke dalam penjara. Kerana rakyat lebih hebat daripadanya. Dan tentulah Allah s.w.t terhebat daripada sekaliannya! | ||||
| Kalau BN kalah PRU13, puncanya Polis! Posted: 03 Aug 2010 06:28 PM PDT | ||||
| DIRASUK JIN URDU BERKALI KALI!!! Posted: 03 Aug 2010 06:13 PM PDT KUALA LUMPUR: Sebuah sekolah menengah di Desa Petaling di sini, terpaksa ditutup sementara selepas lebih 10 pelajar perempuan, seorang pelajar lelaki dan seorang guru wanita tiba-tiba diserang histeria, semalam. CEMAS...Fairuz (kiri) membantu menenangkan Atikah. LAPAR...Atikah gelojoh jamah makanan apabila dirasuk. Keadaan dialami mangsa berjangkit kepada sembilan pelajar lain termasuk seorang pelajar lelaki dan seorang guru wanita ketika semua mereka yang juga rakan sekelas mangsa cuba menenangkannya. Ini menyebabkan suasana di sekolah itu kelam-kabut seketika apabila semua mangsa menjerit kuat. Sejurus selepas itu, Atikah cuba melarikan diri sebelum ditahan beberapa rakan dan gurunya. Rakan mangsa, Mohd Fairuz Faizin Amran, 16, berkata sejurus kejadian itu, perhimpunan disuraikan dan mangsa dibawa ke bilik berdekatan. Katanya, rakan serta guru membacakan surah Yasin menyebabkan Atikah tenang seketika sebelum kembali meronta, malah rontaan mangsa diikuti beberapa pelajar perempuan lain yang turut diserang histeria. Menurutnya, pihak sekolah membenarkan semua pelajar sesi pagi pulang pada jam 9.30 pagi dan sekolah dijangka dibuka semula hari ini. "Mangsa dipapah pulang keluarganya selepas dimaklumkan kejadian itu. Pelajar lain yang diserang histeria juga dibawa pulang keluarga masing-masing. "Sebaik tiba di rumah, Atikah masih meronta dan cuba keluar rumah untuk ke sebatang pokok berhampiran," katanya ketika ditemui di sini. Katanya, mangsa merangkak dan menggelupur sebelum menjerit dalam bahasa Urdu supaya disediakan buah limau, epal hijau dan colok. Dalam keadaan mata terbeliak ketika dipapah beberapa lelaki, mangsa memandang tepat ibunya, Suraya Abdullah, 33, sambil menjerit seolah-olah mahukan makanan. Suraya mendakwa, makhluk halus yang mengganggu anaknya dipercayai tinggal di sebatang pokok berhampiran rumah, tetapi pokok itu baru ditebang bulan lalu menyebabkan makhluk yang menghuni pokok itu mengganggu Atikah. Katanya, anak sulungnya itu sering meracau dan diserang histeria tidak kira masa, malah lebih teruk apabila terdengar laungan azan. "Saya amat terkejut dengan kejadian yang menimpanya, kadangkala dia menyanyi lagu Tamil dan ketika diserang histeria terdengar seolah-olah dia membaca mantera dalam bahasa Urdu. "Dia sering diserang penyakit ini, kelmarin (Sabtu) sudah tiga kali dan semalam (kelmarin) empat kali dia diserang histeria, malah saya terpaksa mengambil cuti," katanya. Menurutnya, sebelum ini, sudah lapan penduduk di kawasan tempat tinggalnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Petaling diserang kejadian pelik itu. Suraya berkata, daripada gambaran diberikan anaknya, makhluk yang mengganggu itu banyak dan yang merasuk anaknya paling kuat di kalangan mereka dipercayai jin kafir dan tidak mengendahkan bacaan al-Quran. Menurutnya, selepas ditenteramkan serta menjamah makanan, anaknya tiba-tiba diam dan mula sedar. Atikah yang lemah sejurus itu berkata, dia tidak sedar apabila dirasuk, malah berasa ada sesuatu yang mengawal tindakannya serta berasa mual ketika dirasuk. | ||||
| Misteri kematian bekas ADUN, janda..!! Posted: 03 Aug 2010 06:09 PM PDT ![]() ANGGOTA polis mengangkat salah seorang mangsa yang ditemui mati dalam kereta di Sungai Buloh semalam. SUNGAI BULOH - Sepasukan polis trafik semalam menyangka kemalangan maut melibatkan sebuah kereta Toyota Caldina berwarna putih dinaiki dua individu yang berlaku di Kilometer 455.7, Lebuh Raya Utara-Selatan selepas susur Sungai Buloh sebagai kemalangan biasa. Bagaimanapun, sangkaan mereka meleset apabila mendapati bukan sahaja mangsa yang maut dalam kemalangan pukul 11 pagi itu sebagai orang penting, malah dipercayai terdapat unsur jenayah apabila melibatkan senjata api. Sehubungan itu, ia ibarat misteri yang menyelubungi kematian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Selangor, Datuk Abdul Aziz Mohd. Noh, 64, bersama pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat, 43, apabila terdapat kesan tembakan di kepala masing-masing. Abdul Aziz pernah berkhidmat sebagai ADUN Permatang bagi tempoh 2004 hingga 2008 dan kini memegang jawatan sebagai bendahari Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Selangor. Siti Rohana yang merupakan janda anak empat menetap di Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjung Karang pula merupakan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjung Karang. Dia juga dikatakan seorang ahli perniagaan di kawasan tersebut. | ||||
| Kematian bekas ADUN Selangor dengan kesan tembakan masih misteri..!!! Posted: 03 Aug 2010 06:03 PM PDT | ||||
| Posted: 03 Aug 2010 05:53 PM PDT 4 OGOS — Alif Ba Ta atau ABC perjuangan Umno ialah Agama, Bangsa dan Tanah Air. Saya rasa tidak ada parti politik yang merumuskan cita cita dan kehendak orang Melayu lebih baik daripada yang telah di lakukan oleh Umno. Kerana itulah, sokongan orang Melayu kepada Umno semenjak 1946 sentiasa lebih kurang kekal. Pada saya ini bermakna Umno tidak akan fana dan hilang daripada fikiran orang Melayu. Hanya, sejak kebelakangan ini, sokongan tersebut tidak lagi mutlak dan di beri tanpa persoalan. Umno sepatutnya di sedarkan mengenai perkara ini terutama setelah mala petaka politik PRU 2008. Masaalah nya, Umno tidak banyak sedar. Pimpinan dan ahli nya berterusan memikirkan bahawa sokongan Melayu kepada Umno adalah mutlak dan di beri tanpa syarat. Ini lah kesilapan asas Umno yang menyebabkan parti Umno eksyen. Pemimpin atasan eksyen, ketua bahagian eksyen, AJK bahagian angkuh, ketua cawangan sombong, ahli bongkak. Hanya kerana kita Umno, kita nak buli orang lain. Lama sangat kena buli dan kena tekan, orang sudah ajar kita dalam PRU 2008. Nasib baik tidak kalah semua. Kalah teruk pun, seperti sudah kalah semua. Masaalah kedua, ialah orang Umno masih tidak sedar. Umno semacam ada fikiran bahawa — tak mengapa, Melayu ni akan kembali kepada kita semua. Tengok lah. Dua masaalah inilah yang menyebabkan Umno eksyen. Eksyen sebab mereka berfikiran tidak perlu buat apa apa selain mengistiharkan mereka Umno dan memikirkan sokongan Melayu datang secara otomotik. Maaf, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin, jika dua kesilapan ini masih ada, Umno itu di pandang orang ramai sebagai eksyen. Muhyidin macam pekak dari mendengar bahawa, sekarang ialah musim orang tidak sukakan Umno lagi. Cakap pemimpin Umno tidak di percayai, parti Umno di perlekehkan, ahli Umno di lihat tidak lebih daripada mamat penagih kontrak dan penerima imbuhan dan habuan. Kamu ingat kamu Umno, maka kita ini semua berhutangkan kehidupan ini dengan kamu? Tapi inilah sikap yang di pamirkan oleh Umno keseluruhan nya yang menyebabkan orang kata parti Umno eksyen. Mereka ingat kita ini berhutangkan hidup ini kepada mereka. Pada PRU 2008, majoriti orang Melayu telah berkata — pegi dah! Maka saya berharap apabila TPM Muhyidin berkata parti Umno kita tidak esyen lagi, ianya bererti bahawa pimpinan dan ahli Umno jangan take for granted yang orang Melayu akan sokong mereka secara otomatik. Ianya tidak lagi otomotik. Sokongan tidak lagi datang bergolek dan secara mutlak dan tanpa syarat lagi. Tidak esyen, saya harap bererti pimpinan Umno dan ahli Umno sedar bahawa lebih banyak mesti di buat daripada hanya melaungkan Agama, Bangsa dan Tanah Air, atau Melayu itu dan Melayu ini. Bagaimana kita mengurus dan menterjemahkan ABC perjuangan Umno itulah sekarang ini yang menjadi pertimbangan dan di adili oleh orang Melayu. Umno eksyen jika ingat orang Melayu ini bapak mereka punya dan orang Melayu akan mesti dan wajib sokong Umno kerana jenama Umno itu sendiri. Realitinya, hari ini, orang akan sokong Umno bila mereka mengadili perbuatan dan kemampuan Umno berbakti kepada masyarakat. Dulu, keadaan nya lain. Prinsip perjuangan Alif Ba Ta mampu meyakinkan bahawa Umno adalah wadah yang terbaik untuk mencapai matlamat matlamat tersebut. Semenjak Umno di tubuhkan pada tahun 1946, saya tidak fikir ABC ini bertukar. Jadi saya tidak fikir pula, sokongan orang Melayu yang berkurangan kepada Umno disebabkan orang Melayu sudah kurang atau tidak percaya kepada prinsip perjuangan asal Umno. Prinsip-prinsip terebut bersifat kekal. Bahkan boleh pula kita katakan ABC tersebut ada bersifat sejagat yang di fikirkan oleh setiap orang Melayu dalam negara ini. Jika ia bersifat universal atau sejagat, ini bermakna, tidak ada mana mana parti politik pun yang bolehmendapat hak milik kekal keatas nya. Apa yang mereka ada, pada mana mana ketika dan masa, ialah hak milik sementara keatas prinsip tersebut. Tempoh pemilikan keatas nya bergantung keatas kecekapan dan kehandalan mana mana parti mengurus prinsip prinsip tersebut. Kesilapan terbesar Umno ialah berfikiran bahawa meraka ada hak milik kekal keatas prinsip perjuangan ini. Jadi, di mana kita cari punca atau sumber penyebab penurunan sokongan Melayu kepada Umno? Saya harap tidak ada orang Umno bodoh sombong menidakkan atau enggan mengaku bahawa Umno tidak lagi menjadi pilihan pertama orang Melayu sebagai wadah perjungan. Cuba kaji angka-angka undian Melayu kepada Umno dalam PRU ke 12 tahun 2008. Setelah PRU 2008, Umno nak kata mereka mewakili orang Melayu pun susah. Izinkan saya beri sedikit fakta. Calun-calun Umno dalam PRU 08 telah mendapat 2.38 juta undi dari pengundi. Calun Umno semesti nya semua Melayu. Namun undi kepada mereka bukan semua datang dari pengundi Melayu. Dari jumlah tersebut, kita tolak lebih kurang 380 ribu penggundi bukan Melayu sebab. Ini bermakna, calun-calun Umno yang semesti nya Melayu itu hanya mendapat 2 juta undi pengundi Melayu. Ahli kita sahaja sudah lebih dari 3 juta. Bererti calun Umno pun di tolak oleh ahli Umno dengan cara sama ada mereka tidak mengundi atau tidak keluar mengundi. Jumlah keseluruhan pengundi Melayu dalam PRU 2008 pula ialah 5.7 juta. Ini bererti 3.7 juta orang Melayu menolak calun Umno dan menolak Umno. Bagaimana Umno tanpa malu muka nak mengaku, mereka pejuang orang Melayu nombor satu? Umno tidak berjaya meyakinkan ahli mereka pun. Punca yang kita kena cari ialah bukan label orang itu liberal atau tidak liberal, tapi cari kenapa keyakinan orang Melayu termasuk ahli Umno merosot? — sakmongkol.blogspot.com | ||||
| 'Allah' row: Ibrahim calls MCA 'biadap' Posted: 03 Aug 2010 05:47 PM PDT By Syed Jaymal Zahiid KUALA LUMPUR: Firebrand Perkasa chief Ibrahim Ali blasted MCA leaders as 'biadap' (rude) for calling the home ministry to rescind its ban on the usage of 'Allah' by Christians, saying the demand could jeopardise national security. "I would consider the demand a rude one as it is disrespectful towards the country's Malay Muslims. It is kurang ajar (extremely rude)," he told FMT in an immediate reaction to the revived spat over the rights to 'Allah'. On Monday, Loh Seng Kok, the deputy chairman of MCA publicity bureau, called on Home Minister Hishammuddin Hussein to repeal the ban since he is aware that it has turned into a divisive national issue, which can become BN's 'Archilles heel'. "By doing so, he will be respected as a BN leader who looks after rights and interests of all Malaysians, including protecting the constitutional rights of minorities. Moreover, by withdrawing the prohibition, he will be able to defuse the controversy which has already been politicised unnecessarily," Loh said. Hishammuddin told reporters on Sunday that the 'Allah' ban may be his ministry's darkest episode and that it may 'haunt' it for a 'very long time'. Yesterday, Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin warned MCA leaders against calling for the repeal of the ban, reminding the second biggest BN component party that it must accept the decision of the government and should not start another debate on the word 'Allah'. Muhyiddin then scrutinised MCA's stance on the matter, questioning why it was agreeing with the views shared by their rivals, the DAP. Don't play with fire, warns Ibrahim Ibrahim backed Muhyiddin and accused MCA of political prostitution. He said MCA leaders were quick to exploit the issue for political mileage and warned them against raising the issue. "MCA just wants political mileage. They shouldn't play with fire because this issue is very sensitive to Muslims. Although Christians in other Islamic nations like Indonesia use Allah, the situation is different here," he said. Ibrahim's sentiment is shared by other conservtive Islamic scholars who argued that using the word 'Allah' outside the Islamic context would create confusion and anger among the nation's majority Malay who are by default, Muslims. Loh, however, said no religion can claim exclusivity over the term, as the word 'Allah' has been traditionally used by other religions. On Dec 31, 2009, the Catholic Church won a landmark court ruling, upholding its constitutional right to print the word 'Allah' in its newspaper, but a government application to stay the ruling has prolonged the case. MCA president: Just raising a concern On a related development, MCA president Dr Chua Soi Lek clarified that his party does not share the same stand with DAP on the call to lift the ban on the use of "Allah" by non-Muslims. He said that MCA held a dialogue with the Christian Federation of Malaysia last week and that the NGO felt that there was a need for the issue to be resolved as soon as possible. He explained that MCA was only voicing out the wish of the NGO since the issue has not been resolved when it was brought up last year. "We are not making the same stand with DAP. We only want to the BN government to resolve the issue as soon as possible so that it will not be further exploited by the opposition," he added in a statement. | ||||
| Posted: 03 Aug 2010 05:45 PM PDT ![]() Loji Twin Rivers di Amerika Syarikat yang dimiliki oleh Felda, dilihat dalam gambar fail sewaktu lawatan perdana menteri pada 2007. "Mungkin mereka fikir dengan berbuat demikian mereka fikir ia cara terbaik untuk mendapatkan undi daripada peneroka," kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika ditemui selepas Forum Inovasi Felda di bangunan Felda di sini malam tadi. Panel forum itu terdiri daripada Prof Barry Marshall, Prof Carmen Lawrence dan Prof Kadambot Siddiqe iaitu pensyarah dari Universiti Western Australia. Mohd Yusof juga mendakwa tuduhan dibawa pembangkang telah membangkitkan kemarahan warga Felda sendiri. "Mereka (warga Felda) kesal dengan tuduhan-tuduhan dibuat pembangkang, yang dilihat secara jelas ingin menjejaskan imej Felda. "Saya tidak tahu mengapa pembangkang mahu buat demikian. Adakah kerana mereka mahu meruntuhkan kubu kuat Barisan ini supaya boleh menang pilihan raya akan datang? "Ingin saya tegaskan bahawa hanya warga Felda tahu sama ada kita sukses ataupun tidak kerana reaksi yang diberikan mereka boleh dianggap sebagai kayu pengukur yang adil untuk membuktikan Felda muflis atau tidak," tegasnya. Sebelum ini beberapa pemimpin Pakatan Rakyat mendakwa Felda berada di ambang muflis. Namun pentadbiran Najib menafikan bahawa Felda menghadapi krisis kewangan kerana aktiviti kewangan Felda telah meningkat sebanyak RM6.2 bilion daripada RM9.17 bilion pada 2004 kepada RM15.37 bilion pada 2009. Beliau juga mengatakan bahawa pada Felda ini mempunyai aset bersih bernilai RM12.2 bilion dan pelaburan di seluruh dunia termasuk di negara-negara seperti Indonesia, Afrika Selatan, China, Turki, Amerika Syarikat, Kanada, Pakistan, Australia, Thailand, Perancis, India dan Arab Saudi. Sehubungan itu Mohd Yusof, Felda sama sekali tidak terjejas dengan dakwaan-dakwaan kononnya lembaga tersebut mengalami kerugian yang besar. "Pihak tersebut adalah mewakili kumpulan-kumpulan politik yang boleh runtuh bila-bila masa. "Lagipun mereka tiada reputasi pernah terlibat dalam Felda, jadi bagaimana mereka hendak keluarkan kenyataan yang membina. "Oleh kerana tidak tahu apa-apa, mereka hanya mencari kelemahan Felda sahaja sedangkan yang baik semua diketepikan," katanya. Tambah beliau, dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali kerana graf perkembangan menunjukkan operasi Felda meningkat. "Perkembangan ini menunjukkan peningkatan kekuatan Felda bukan hanya dari segi operasi Felda yang semakin meluas di negara lain tetapi dari segi kekuatan kewangan juga meningkat. "Jadi mereka yang tidak faham hanya melihat tentang tunai yang ada pada Felda sahaja, padahal tunai ini kita boleh dapat pada bila-bila masa sahaja. "Selain itu, kalau kita nak tambah (tunai) pun boleh," katanya. Justeru Mohd Yusof berkata, jumlah tunai tersebut turut digunakan untuk membuat pelaburan yang memberikan pulangan kepada Felda. "Pelaburan yang kita buat ini ada yang memberikan pulangan dalam masa cepat dan ada untuk jangka masa panjang. "Jadi apabila saya sendiri melihat kepada peningkatan pulangan tahun ini ia semakin meningkat berbanding tahun lalu," katanya. Felda diasaskan pada 1956 untuk membantu orang miskin kepada sebuah kawasan membangun. Ia telah berkembang dan menjadi pembekal perladangan terbesar di dunia, dengan 811.140 hektar ladang kelapa sawit, terutama di Malaysia, dengan beberapa operasi di Indonesia. | ||||
| State PAC post: Khir and boys may fire blanks after all Posted: 03 Aug 2010 04:14 PM PDT By Rahmah Ghazali and Syed Jaymal Zahiid SHAH ALAM: Selangor Barisan Nasional is now having a change of heart, saying it may take up the offer from the Pakatan Rakyat state government to head the Public Accounts Committee (PAC). Despite having a differing stand previously, former menteri besar Dr Mohd Khir Toyo told FMT in a recent interview that BN is open to the idea, but likened it to having been given a gun without bullets. The state assembly, during its last sitting, appointed Mohd Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) to head PAC, but the latter and his BN colleagues had disapproved. Describing it as "politically motivated", Shamsudin said he rejected the appointment as he wanted to defend the integrity of BN assemblymen. But now, Khir, who is the state opposition leader, is singing a different tune. "We have two choices. One, Shamsudin can resign or he can try (out the post). But if he does not enjoy a good working relationship with other PAC members from the state government, then he should relinquish his post," he said. 'BN man can be suspended' BN is trapped between a rock and a hard place, since rejecting the appointment could be tatamount to contempt of the House. "If we reject, the state assembly can take action against Shamsudin and he can be suspended for at least six months," said Khir. "But forcing someone to take up the post is a funny thing." Khir, who was initially supportive of the appointment during a meeting with state speaker Teng Chang Khim, said he changed his mind when he was informed about the "real truth" behind it. According to him, Teng did not disclose the full details, including the composition of the committee. He was only made aware of the state assembly's decision to appoint only two BN assemblymen as opposed to seven from the state government by a party colleague. "I know that Teng said that I was supportive of it when he told me about the appointment. But he did not mention anything about the composition. "So when I discussed the matter with my BN colleagues, they were totally against it, describing it as 'high-risk' politics," he said, adding that he later brought this to Teng's attention. "But he (Teng) said this is a Commonwealth practice. After I did my homework, I found out that only England practises this and even they have seven opposition reps and nine from the government in the committee and have an opposition rep as the chief," he said. 'Power with no strength' Meanwhile, Khir also criticised the state government for "acting funny" with regards to this matter. "It is as if they are making fun of us. We (in BN) cannot even have the final say (as we don't have the majority), and there is no check and balance. "If they really want to give power to the chief, then they should give us the majority," he said, likening the situation to "being given a gun without bullets". "They gave us power but not strength," he added. | ||||
| ESQ: Majlis Ulama Indonesia pertikai fatwa Mufti Wilayah Posted: 03 Aug 2010 04:07 PM PDT Din berkata kaedah latihan yang dijalankan ESQ Leadership Center Sdn Bhd sebagai program yang tidak menyimpang daripada ajaran Islam. "Saya menilai kenyataan yang dikeluarkan beliau (Wan Zahidi) itu terlalu umum dan tidak mendasari hujah yang luas. "Ini kerana dalam Islam kita diminta berhati-hati untuk menilai orang Islam sebagai sesat atau keluar akidah. "Tidak semudah itu untuk menuduh seseorang sebagai sesat," katanya ketika sidang media di sebuah hotel di sini. Wan Zahidi telah mengeluarkan fatwa bahawa ajaran, pegangan serta fahaman yang dibawa ESQ di mana pengasasnya adalah warga Indonesia Dr Ary Ginanjar Agustian, dan apa-apa ajaran seumpama dengannya, adalah menyeleweng daripada ajaran Islam kerana mengandungi perkara yang boleh merosakkan akidah dan syariat Islam, selain meminta orang ramai menjauhinya. Din yang juga Ketua Umum Muhammadiyah iaitu pertubuhan Islam kedua terbesar di Indonesia secara peribadi mengusulkan kaedah dialog atau musyawarah digunakan bagi meningkatkan pemahaman masyarakat mengenai program latihan motivasi ESQ. "Kami (wakil MUI) yang memayungi organisasi Islam di Indonesia ingin menjelaskan bahawa buku dan modul latihan ESQ langsung tidak bertentangan dengan ajaran Islam apatah lagi sesat. "Oleh itu, kami berbesar hati sekiranya dapat mengadakan dialog dengan Mufti Wilayah Persekutuan dan ulama Malaysia untuk memberi penjelasan mengenai ESQ supaya tidak timbul kontroversi," katanya. Turut hadir, Naib Ketua Umum MUI Dr Amidan Shaberah. Menurut Din, program latihan ESQ mendapat penerimaan positif di Indonesia dan sudah mencapai satu juta alumni di Indonesia, termasuk golongan pemimpin dan artis. "Saya sendiri sudah mengikuti ESQ dan memberi sokongan kepada program ini kerana mampu meningkatkan kualiti sumber daya manusia yang menjadi kelemahan masyarakat kini. "Apatah lagi ESQ dapat menjangkau golongan atas seperti pembuat polisi dan 'trend setter' yang membolehkan kegiatan dakwah Islamiah dapat diperluaskan kepada seluruh umat Islam," katanya. Syarikat berkenaan mengendalikan latihan modal insan, dengan menggunakan kaedah yang melibatkan intelektual, emosional dan spiritual. Program itu disediakan dengan aktif di beberapa negara di Asia dan Eropah, termasuk di Malaysia sejak 2006. | ||||
| Kepala Surat: Ronnie Liu Gesa SPRM Segera Siasat ..apa tunggu lagi...!!! Posted: 03 Aug 2010 04:06 PM PDT PETALING JAYA: Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu, Selasa, menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menyiasat dakwaan penyalahgunaan kepala surat dan cop rasmi miliknya oleh ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK), Tee Boon Hock. Menurut Liu, beliau sedia disiasat oleh suruhanjaya berkenaan bagi membersihkan kewibawaannya berikutan tuduhan pelbagai pihak yang mengaitkan namanya disebalik tindakan Tee. "Saya tahu ramai yang tuduh saya terlibat atau berada di belakang Tee walaupun semua itu tidak benar, sebab itu saya rela disiasat oleh mana-mana pihak termasuk SPRM. "Mana-mana pihak yang nak siasat, saya akan beri kerjasama tak kiralah sama ada polis, Selcat (Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor) ataupun SPRM... saya alu-alukan," katanya kepada mStar Online di sini pada Selasa. Semalam (Isnin), Liu tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam terhadap penyalahgunaan kepala surat dan cop rasminya. DAP Selangor mengambil keputusan memecat Tee pada hari Sabtu selepas dia didapati menyalahgunakan kepala surat milik Liu bagi mendapatkan kontrak bernilai RM1 juta untuk kroni dan seorang ahli keluarganya. Tee, yang masih berkhidmat sebagai ahli MPK bagi penggal kedua, bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut. Dia yang pernah menjadi pembantu khas kepada Liu menafikan berbuat demikian sepanjang mewakili Liu di kawasannya. Tee menjadi pembantu khas kepada Liu yang merupakan Exco Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Kajian Negeri Selangor dari Mac 2008 hingga 18 November 2009. Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan Khairy Jamaluddin yang melabel beliau sebagai 'Giant Napoleon', Liu berkata Pengerusi Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) itu tidak memahami struktur pentadbiran kerajaan negeri. Jelasnya, dakwaan yang mengatakan beliau lebih berkuasa berbanding Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah tidak berasas. "Dia tak pernah jadi exco dan tak pernah jadi Menteri Besar, sebab itu dia tak faham macam mana kami berfungsi. "Mana ada exco yang lebih berkuasa daripada Menteri Besar, kami ahli exco hanya boleh beri cadangan dan pandangan... keputusan akhir terletak di tangan Menteri Besar sendiri," katanya. |
| You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







SHAH ALAM, 4 Ogos: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berharap kutipan zakat bagi tahun 1431H meningkat sehingga RM300 juta ekoran keyakinan tinggi umat Islam terhadap institusi agama di Negeri Selangor khususnya.















Tiada ulasan:
Catat Ulasan