Rabu, 18 Ogos 2010

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Alhamdulillah.... Dapat juga.

Posted: 18 Aug 2010 07:02 AM PDT


Pejam celik.... pejam celik..... dah hampir seminggu kita berpuasa. Pasar-pasar Ramadhan menjadi tumpuan. Tak kira Melayu, Cina mau pun India. Berasak-asak mereka ke sana untuk membeli juadah yang berkenan di hati. Macam-macam ada...!!

Namun.... rungutan yang sering didengari ialah harga juadah yang dijual. Fuuhhh... mahal gilerr!! Sudah mahal berbanding tahun lepas. Well.... nak kata apa. Terpaksa ler naikan harga, memandangkan harga barangan lain pun sudah 'selaras'.... kesan daripada tindakan kerajaan menarik balik sabsidi kepada rakyat.

Dalam pada bersungut-sungut harga makanan mahal.... persiapan untuk menyambut hari raya diteruskan juga. Yang berada.... money no problem punyer. Bershopping sakanlah mereka. Tetapi.... bagi mereka yang kurang berada, ala kadar sudah ler. Jangan over-over sangat. Ukur baju di badan sendiri. Berbelanja secara berhemah. Jangan banyak sangat kerenah.

Walau bagaimana pun.... seronok giler apabila mendengar berita gembira yang kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang akan memberi bonus hari raya kepada kaki tangannya. Walau pun cuma RM400.... tapi, mereka patut bersyukur kerana ada juga yang prihatin akan keperluan mereka.

Syabas Guan Eng dan kerajaan Negeri Pulau Pinang!! Baca sini.

Hello.. Hello.... Putrajaya!! Takkan tak ada berita gumbira buat kaki tangan awam kerajaan yang lain. Guan Eng sudah umum..... you all bila lagi?? Cikai sangat ler kalau kerajaan pusat tak bagi bonus tahun ini. Ada yang mengeluh.... tak boleh nak berharap sangat, sebab.... la ni kerajaan pusat tengah pokai habis. Fulus yeilek!!

Berhenti berharap!! Kalau ada, alhamdulillah... Kalau tak da, pandai-pandai ngkorang le. Tak da kalau.... buat cara tak da. Berbelanjalah dengan apa yang ada.

Apa-apa pun...berbelanja secara berhemah. Jangan nanti, lepas habis berhari raya..... ngkorang menganga!! Termenung sana termenung sini....... macam ayam berak kapur.

Lawak Berulang

Posted: 18 Aug 2010 04:09 AM PDT


Dulu....
Anwar tumbuk dirinya sendiri....

Kini.....
Beng Hock cekik dirinya sendiri...

Kah.... Kah.... Kah.... Kah... Kah!

Baca sini.

Tukang Jolok dan Tukang Sambut

Posted: 18 Aug 2010 12:59 AM PDT


Ong gedek gedek....!! Ong gedek... gedek...!!

Tu dia..... katak dah berbunyi dah. Patutlah dua tiga hari ni, aysik hujan jer. Kah... kah... kah... Rupanya langit pun tergelak sakan sampai terkencing, mendengarkan suara sang katak gedebab.

Ha... ha... ha.... Dia berbicara pasal perlembagaan baru rupanya. Sang mufta tukang jolok dan dia pulak jadi tukang sambut. Hati-hati apabila sambut.... nanti terkena batang hidung!!

Dia, sambut bola yang jatuh dan kini lempar dan hentam bola tersebut pada PKR. Fuulaamakk... Satu tag-team yang sangat sesuai dan berpadanan. Mantap sekali!! Mantap.... tapi berjaya belum tahu lagi!!

Adegan jolok dan sambut ini..... rupanya nak mengenakan PKR dengan fitnah yang mereka reka cipta. Fitnah perlembagaan baru!! Kononnya..... Parti Keadilan mahu membuat reformasikan Perkara 153 iaitu berkaitan ketuanan Melayu dan hak istimewa mereka serta Perkara 11 yang ada kaiatan dengan kebebasan beragama di Malaysia.

Aha.... cer komer tengok macam mana mereka memainkan gendang yang boleh menimbulkan effect negatif pada sensitiviti kaum di Malaysia. Persepsi umum.... semuanya ini adalah untuk menjustifikasikan tindakan drastik yang mungkin akan diambil oleh sang desperado.

Iya.... wa cakap you. I tell you.... mereka sedang desperate ya amat. Terlalu banyak isu tentang kepincangan mereka yang bakal menyebabkan mereka kehilangan sokongan rakyat. Dan.... dengan PRU13 semakin hampir, they are left with not much choice.

Lantas..... gendang perang dipalu dengan memainkan irama lagu perkauman. Apabila semua dah dah terikut-ikut.... they'll strike!! Dan... yang akan jadi mangsa ialah para pemimpin pembangkang. Tangkap borong mereka guna akta bawah ISA dan sumbat mereka ke Kamunting Inn.

Semua ini.... untuk mengurang dan meredakan ancaman kepada UMNO/BN. Dan... jelas sekarang, UMNO/BN berasa terancam oleh kemaraan Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya. They have to be stopped at all cost. Kalau tidak..... mereka terpaksa say bye-bye pada kuasa.

Sebenarnya, antara DAP dan PAS..... Parti Keadilan lebih merupakan ancaman kepada UMNO/BN. Sebabnya.... ia merupakan parti 3 in 1. All the three races are in the one party. Inilah yang dikatakan corak politik baru yang sedang mendapat tempat di hati rakyat. Bagi rakyat yang menolak politik perkauman.... Parti Keadilan menjadi pilihan mereka.

Namun.... sebagai parti politik yang baru, PKR tidak boleh terlepas daripada masalah. Bukan mudah nak berhadapan dengan kerenah ahli dan para pemimpinnya terutama mereka yang telah dibudayakan dengan budaya UMNO. Bak kata orang putih.... old habits die hard!! Inilah kerenah yang terpaksa dihadapi oleh Parti Keadilan.

Satu living example untuk merujuk kepada perangai buruk kesan pembudayaan dan tarbiah daripada UMNO ialah Zahrain Katak. Politik dijadikan landasan untuk mencari kekayaan. Perjuangan bukan berlandaskan prinsip tetapi lebih kepada perjuangan kepentingan peribadi. Sebab itu.... kebanyakan ahli Parti Keadilan yang jadi katak, semuanya ada kaitan dengan FULUS. Itulah hakikatnya. Alasan-alasan standard yang selalu mereka berikan.... semuanya BULLSHIT!!

Oleh itu... isu 'Perlembagaan baru" yang dijolok oleh sang mufta dan disambut pula oleh sang katak sebenarnya ada udang di sebalik batu. Apa yang dok ada di sebalik batu tu....???

Ha.... ha.... ha.... Semua kita tahu!!!

You tahu... I tahu... We all tahu!!

Sumber dari sini.

Memerangkap dan Terperangkap??

Posted: 17 Aug 2010 06:39 PM PDT


Perang Mulut antara MCA dengan Hishamuddin Hussein, Timbalan Perdana Menteri dan PERKASA telah meletus.

Semua ini berlaku..... gara-gara 13 resolusi yang telah diluluskan semasa Chinese Economic Congress yang telah diadakan di Kuala Lumpur. Tuduh-menuduh serta selar-menyelar secara sinis telah berlaku antara taiko besar MCA iaitu Chua Soi Lek dengan 'gundu-gundu' daripada UMNO iaitu Hishamuddin Hussein dan Muhyiddin Yassin.

'Isi' perang mulut mereka berkisar kepada pendirian mereka untuk mempertahankan kepentingan kaum masing-masing, terutama yang ada kaitan dengan ekonomi. MCA bertegas dengan keputusan yang telah disepakati dan diterima semasa kongress, manakala... UMNO pulak berasa bimbang bangsa Melayu akan terus terpinggir dalam arus ekonomi negara.

Pada mereka MCA sudah terlalu demanding hingga boleh menggugat kestabilan politik tanah air. Peristiwa 13 Mei diungkit-ungkit. Apa tujuannya?? Bukankah untuk menakut-nakutkan rakyat. Inilah modal para pemimpin parti berasaskan kaum. Isu perkauman sengaja dimainkan apabila mereka rasa tercabar. MCA tunjuk keras kepala..... UMNO pulak ketegaq dan besaq kepala!!

PERKASA pulak biasa ler. Bukan ke Tok Ketua dia nak jadi juara bangsa Melayu. Apabila dirasainya Melayu terusik jer..... sang Raja Katak ini pasti akan 'melompat' panas hati!! Selain itu, dia juga jadi batu api dan tukang provoke. Eleh.... hang jangan nak ek ler Soi Lek. Orang Cina yang masih sokong hang pun cuma 9% jer!! And then.... kisah XXX Chua Soi Lek pun dikenennya sama. Celupar betoi mulut mamat ni!!

Fuuhhh.... hebat perang mulut MCA-UMNO ni!! Yang lagi syiuk nyer pulak..... tak cukup dengan perang mulut tokoh-tokoh politik tersebut..... perang escalate pulak pada barua UMNO, khususnya di Johor.

Adaler sorang Pengetua sekolah ni.... berjantina pompuan, terbawak-bawak dengan semangat Melayu yang diperapikan oleh Muhyiddin sampai ke sekolah. Aha.... inilah bahananya membenarkan guru berpolitik. Mereka akan berpolitik tak kira tempat. Punyaler UMNOnya pompuan sorang ni.... hinggakan anak-anak didiknya yang bukan-Melayu dijadikan mangsa rasisnya. Sental mulut dengan lada api baru tau!!

Padan muka... sikap rasis dan ceritanya telah tersebar senatero 1Malaysia. Dan.... DAP telah mendesak agar dia diambil tindakan. Ya tak ya jugak.... sebagai Pengetua, ngko sepatutnya tunjuk contoh teladan yang baik bagi memupuk perpaduan kaum dalam kalangan warga sekolah. Baruler ada semangat 1Malaysia. Ini tidak..... api perkauman pulak yang tersembur keluar daripada mulutnya!! Apa punyer bangang ler Pengetua ni!!

Sebelum itu.... Tan Sri Mufta kita pun dah bersuara dengan nada yang sumbing .... mendakwa kononnya, ada pihak nak buat perlembagaan baru yang bakal mengundang Perang Besar di Malaysia. Gileerrr!! Weh... kamu bior bebenor sikit. Cakap kalor... bior berlapik dengan bukti. Jangan ikut sedap mulut jer.

Itu cerita perang mulut mereka.... UMNO-MCA. Perang sedara dalam BN... yang berbau perkauman. Biarkan mereka berperang sesama sendiri. PAS, DAP, PKR jangan terbawak-bawak ikut rentak tari mereka. Jangan terheret sama dalam kancah perang mulut mereka. Bahaya.... Takut nanti, lembu yang punya sop, sapi yang kena cekop.

Walau pun nampak macam mereka nak cuba raih sokongan kaum masing-masing, tetapi perlukah mereka memainkan sentimen perkauman?? Apa-apa pun, fikirkan tentang apa yang Pak Bakaq Penarik Beca katakan. Apakah Operasi Lalang akan berulang??

So.... jangan sesekali biarkan diri terperangkap. Itu mungkin wayang drama mereka, yang dipersembahkan semata-mata untuk dijadikan perangkap bagi mengheret para pemimpin Pakatan Rakyat ke Kamunting untuk diISAkan.


AWAAASSS!!! JANGAN TERPERANGKAP!!

Sumber dari sini, sini, sini, sini
dan sini.


Tiada ulasan: