Rabu, 11 Ogos 2010

Biaqpila

Biaqpila


Senarai hitam saman ekor, trafik ditarik balik

Posted: 11 Aug 2010 03:00 PM PDT

11/08/10


Kabinet hari ini memutuskan untuk menarik balik tindakan menyenarai hitam kesalahan di jalan raya, buat sementara waktu, bagi membolehkan orang ramai memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan, bermula hari ini hingga 28 Feb tahun depan.

NONEMenteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha (kanan) berkata keputusan itu diambil setelah mendengar alasan, aduan dan rayuan orang ramai dan ahli jemaah menteri.

Tempoh itu diambil kira berikutan musim perayaan bermula dari sambutan Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Hari Krismas dan Tahun Baru Cina, katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet di kementeriannya di Putrajaya.

"Namun tidak ada diskaun akan diberi kepada notis-notis sedia ada yang masih belum diselesaikan dan notis itu juga tidak akan dihapus kira," katanya.

"Pada masa yang sama kepada mereka yang disenarai hitamkan atau yang mempunyai notis-notis yang perlu dijelaskan, mereka tetap perlu menjelaskannya."

Katanya selepas 28 Feb 2011, tindakan senarai hitam itu akan dilaksanakan semula.

police parliament blockade traffic jams in city area 140708 05"Saya nasihatkan bahawa mereka yang mempunyai notis-notis itu perlu menjelaskan sekaligus atau secara ansuran."

"Untuk mereka yang membayar dan menyelesaikan notis-notis itu dalam tempoh masa kelonggaran ini, mereka tidak akan dikenakan markah demerit.

"Sistem yang lebih terperinci supaya mereka yang mempunyai notis yang belum selesai, berapa lama mereka boleh memperbaharui lesen memandu dan untuk memperbaharui cukai jalan akan ditentukan dalam satu dua hari ini," katanya.

- Bernama

MK

Kamera, monitor ditemui dalam bilik Tan Sri Khalid

Posted: 11 Aug 2010 09:34 AM PDT


SHAH ALAM, 11 Ogos: Pejabat Menteri Besar akan menjalankan siasatan dalaman berhubung penemuan kamera dan beberapa peralatan lain termasuk monitor yang disembunyikan dalam bilik Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di tingkat 21, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS).

Kamera mikro yang disembunyikan di belakang langsir tempat duduk Menteri Besar itu dijumpai Khalid sendiri pada jam 6 petang semalam.

Khalid berkata, beliau secara tidak sengaja terjumpa kamera mikro dan peralatan lain yang disembunyikan itu apabila ia berbunyi kerana kehabisan bateri.

"Setelah disiasat, saya menemui kamera dan monitor yang disembunyikan di belakang langsir.

"Kita akan meneliti semula rakaman dan juga melihat video rakaman kamera litar tertutup (CCTV)," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), hari ini.

Susulan kejadian itu, Abdul Khalid akan meminta Jabatan Keselamatan meningkatkan sistem kawalan kerana Bangunan SSAS menempatkan ibu pejabat jabatan kerajaan negeri dan pejabat-pejabat Exco serta ketua jabatan.

"Kita akan melihat dahulu rakaman supaya menyenangkan kerja polis. Jika kita dapati ada keperluan, barulah kita akan membuat laporan polis," katanya.

HD

Bekas MB Johor Didakwa Dalang Pasang Kain Rentang Provokatif

Posted: 11 Aug 2010 07:00 AM PDT

Oleh Sidiqin Omar


SHAH ALAM 11 Ogos - Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng berkata mendakwa perbuatan memasang kain rentang provokatif yang membangkitkan kemurkaan Sultan Johor didalangi oleh seorang bekas Menteri Besar negeri itu daripada Umno-Barisan Nasional.
Jui Meng juga mendakwa kain rentang provokatif itu dicetak di sebuah premis di bandaraya Johor Bahru.
"Nama bekas Menteri Besar itu ada disebut di dalam maklumat yang saya terima. Nampaknya dia cuba untuk menjadi jaguh dan cuba untuk memulihkan imejnya yang satu ketika dulu tercemar kerana terlibat dalam krisis dengan Raja-raja Melayu sehingga imuniti Raja-raja Melayu dihapuskan.
"Suatu ketika dulu, dia pernah tidak dialu-alukan untuk hadir ke Istana sewaktu Almarhum Sultan Iskandar masih hidup. Chua Jui Meng masih tidak lupa, dan masih mempunyai memori yang kuat. Jadi, tak masuk akal kalau dia meminta saya untuk meminta maaf kepada Tuanku Sultan. Beliaulah orang yang paling lantang mengkritik Sultan," kata bekas Menteri Kesihatan itu kepada Suara Keadilan ketika dihubungi.
Beliau menegaskan tindakan pihak tertentu memasang kain rentang provokasi disepanjang laluan perjalanan Sultan Johor dalam program siri jelajah 'Kembara Mahkota Johor 2010' bertujuan untuk menimbulkan kemarahan rakyat dan percubaan untuk dan melaga-lagakan KEADILAN dengan pihak istana.
Beliau berharap pihak polis segera menjalankan siasatan yang mendalam dan mendakwa dalang dibelakang perbuatan tersebut.
Sehubungan itu KEADILAN Johor bersetuju dan menyokong pandangan Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang mengingatkan rakyat di negeri itu supaya tidak terpengaruh dengan tindakan yang disifatkan sebagai boleh memecah-belahkan kerukunan hidup bermasyarakat.
"Pakatan Rakyat menolak sebarang usaha untuk mencemar sistem Raja Berperlembagaan yang wujud dalam negara kita. Kita akan mempertahankan Institusi DiRaja daripada mana-mana pihak termasuk parti politik dalam agenda untuk mengheret Istana ke dalam persaingan politik kepartian," tegas beliau.
Jui Meng membidas pihak terbabit yang dianggap mempunyai niat jahat dan ingin membelakangkan Undang-undang Tubuh Negeri Johor yang hanya membenarkan orang Melayu dan beragama Islam sahaja menjadi Menteri Besar.
Beliau menganggap tindakan melaga-lagakan KEADILAN dengan Sultan Johor sebagai fitnah yang gagal.
Beliau berpendapat tindakan bodoh itu adalah usaha untuk menjadikan orang Melayu pekak, buta dan menjadi hamba kepada Umno selama-lamanya.
Tambah Jui Meng Umno-BN Johor kini terdesak disebabkan oleh gelombang perubahan yang dituntut oleh rakyat Malaysia umumnya, khususnya rakyat Johor.
"Angin perubahan ini tetap akan sampai dalam pilihan raya umum kelak. Yang jelas, Umno dan Barisan Nasional sekarang ini sedang menggigil ketakutan," kata beliau.

SK

Presiden MCA:Minta maaf atau berdepan dengan anak muda

Posted: 11 Aug 2010 05:00 AM PDT

NOTIS AMARAN MOHON MAAF TARIK KENYATAAN HINA ISLAM ATAU BERDEPAN AKSI ANAK MUDA


Merujuk kepada ucapan Chua Soi Lek selaku Presiden Malaysian Chinese Association (MCA) ketika perasmian Konvensyen MCA ke 33 di Kedah Baru - baru ini yang jelas menghina Islam dan sejarah ketamadunannya.

Solidariti Anak Muda Malaysia sebuah organisasi (non structural) yang menggabungkan anak muda seluruh negara yang berkongsi aspirasi ke arah membentuk kesedaran menjadi pendesak proses reformasi negara dengan ini memandang serius kenyataan menghina Islam yang datang dari parti komponen regim penguasa.


Chua Soi Lek selaku Presiden MCA yang berpendidikan tinggi seharusnya menyedari penghinaan terhadap Islam itu tidak berasas dan tidak betul. Beliau seharusnya tahu selaku doktor perubatan bahawa ilmu perubatan moden juga terasas dalam ketamadunan pemerintahan Islam.

Namun dilihat kenyataan ini sengaja dikeluarkan semata untuk meraih sokongan orang Cina khususnya bukan Islam yang menjadi kekuatan MCA sebelum ini sebaliknya mutakhir ini semakin menjauhi MCA. Kenyataan ini juga ada kaitannya dengan pelan besar regim iaitu untuk mewujudkan ketegangan kaum, memainkan skrip lama untuk kekal berkuasa. Setiap kali gabungan pewaris pemerintahan penjajah hampir hilang populariti maka mereka akan memainkan sentimen kaum untuk kembali meraih simpati rakyat yang dipecah perintah berdasarkan kaum mengikut pemikiran penjajah dahulu.

Rakyat masih tidak lupa bagaimana pada tahun 1986/1987 ketika UMNO dan Parti Gabungan BN sedang menghadapi konflik dalaman dan makin menghilang populariti maka 1987, Lee Kim Sai, pemuda MCA dan Najib Razak, Pemuda UMNO telah melancarkan perang kaum. Setelah suhu permusuhan kaum naik regim mengambil kesempatan menahan pimpinan rakyat yang progresif di bawah ISA dengan tema Operasi Lalang. Dua watak penting pembakar sentimen kaum terlepas malah seorang darinya sudah menjadi Perdana Menteri dan berselindung di balik slogan 1 Malaysia.

Sama juga kali ini selepas PRU 2008 BN makin hilang populariti seperti sudah dijangka ketika mereka hampir hilang kuasa maka isu kaum dimainkan semula. Ketika UMNO memainkan sentimen perpaduan ketuanan Melayu, MCA kawan UMNO dibiarkan menghina Islam.

SAMM yang terdiri dari anak muda Malaysia dari pelbagai latar kaum dengan ini menyatakan amaran kepada Chua (gambar) untuk menarik semula kenyataannya yang menghina Islam dan memohon maaf dalam tempoh 14 hari atau akan berdepan dengan aksi anak muda di seluruh Negara. SAMM akan menyusun aksi dan gerak kerja bukan sahaja di Kuala Lumpur tetapi di seluruh Negara.

Seluruh pimpinan MCA harus melihat perkara ini dengan serius dan menasihatkan presidennya untuk respon terhadap notis ini. Segera dan secara serius. Ingat MCA telah ditolak oleh majoriti masyarakat Cina jangan nanti MCA juga akan ditolak oleh seluruh rakyat kerana keceluparan pimpinannya yang tidak menghormati sensitiviti rakyat Malaysia.

SAMM menegaskan dalam Negara ini kehidupan rakyat akan lebih aman dan Negara akan lebih berdaya saing jika politik perkauman diketepikan. Perlawanan seharusnya diasaskan kepada kebangkitan melawan penindasan dan bantuan berasaskan keperluan. Tiada siapa punya hak menghina mana-mana agama dan kaum.

*Notis amaran yang diserahkan oleh SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia) kepada Presiden MCA, Chua Soi Lek pada hari ini.

DD


Gobind: AG bazirkan masa semua pihak

Posted: 11 Aug 2010 03:00 AM PDT

Dokumen dalam bentuk 'nota terakhir' yang bakal dikemukakan pada inkues Teoh Beng Hock kemungkinan besar menyaksikan keperluan perbicaraan semula, kata peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo.

NONENamun, ia tidak pratikal untuk dilakukan kerana inkues tersebung telah berlangsung hampir setahun dan kini pada peringkat akhir, bidas Gobind.

"Kenapa tidak sahaja mulakan semula inkues berkenaan. Kenapa kita berbuat demikian?” soal Gobind yang berang apabila ditanya oleh wartawan sama ada pengemukaan dokumen itu akan menyaksikan beberapa saksi sebelum ini dipanggil semula.

"Jangan tanya bagaimana perasaan seseorang peguam. Tanya wartawan yang membuat liputan (inkues) untuk setahun. Tanya keluarga berkenaan bagaimana perasaan mereka,” katanya.

Kebimbangan utama Gobind sekarang ini adalah keluarga Teoh dan bukti baru yang dikemukakan itu mungkin melenggahkan lagi inkues berkenaan dan menambahkan lagi perit penderitaan mereka.

NONEKeterangan beberapa saksi sebelum ini, katanya akan berbeza berdasarkan cara soalan diajukan dengan penemuan dokumen baru berkenaan.

Menurut Gobind, pejabat peguam negara sepatutnya dipertanggung-jawabkan berhubung kekalutan itu.

"Susahkah bagi AG berkata: 'Oh... maaf. IO (pegawai penyiasat) saya tidak melakukan tugasnya dengan betul, tetapi tidak mengapa. Biar kita melaluinya segalanya sekali lagi.

"Adakah kita harus hanya berpeluk tubuh? Seseorang mesti mengambil tanggungjawab itu,” katanya.

Menurut Gobind, tujuan inkues adalah supaya koroner mengkaji dokumen dan bukti sebelum membuat keputusannya dan tugas AG adalah untuk membantunya.

NONE"Dalam kes ini, AG sepatutnya menceritakan perkara sebenar dan bukannya memihak. Dalam keadaan seperti ini (kehadiran dokumen secara tiba-tiba) ia sepatutnya dibawa ke mahkamah majistret pada tahap awal.

"Saya percaya setiap orang dalam perbicaraan ini akan mengambil tindakan yang berlainan dalam pendekatan mereka jika mereka mengetahui mengenai bahawa nota itu wujud,” katanya.

Gobind berkata adalah lebih tidak boleh dimaafkan untuk melenggah-lenggahkan pengemukakan dokumen itu setelah bAG mengaku nota itu dimiliki pihaknya sejak Oktober tahun lalu.

MK


Buruh, remaja didakwa culik dan cabul pelajar tingkatan tiga

Posted: 11 Aug 2010 01:00 AM PDT

2010/08/10

SETIU: Seorang buruh dan seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan iaitu menculik dan mencabul seorang pelajar perempuan tingkatan tiga, 28 Julai lalu.

Saipullah Che Ismail, 23, dari Kampung Beris Cawat dan rakannya yang berusia 15 tahun dan berasal dari Kampung Tok Saboh, Kuala Besut itu, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Ahmad Adha Amir Yasser Amri.

Mereka didakwa melakukan kesalahan pertama, iaitu menculik mangsa, di hadapan Sekolah Kebangsaan Nur Zahirah di Limbungan, Kampung Raja, Besut pada kira-kira jam 4 petang, mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.


Kedua-dua tertuduh juga didakwa mencabul kehormatan mangsa di dalam sebuah kereta pada hari sama, kira-kira 4.20 petang, mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda, atau sebat, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.


Mahkamah membenarkan mereka diikat jamin sebanyak RM7,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Sept untuk perbicaraan kes.


Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Norazlinawati Mohd Arshad manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.-Bernama


Saman ekor: Protes rakyat beri kesan pada kerajaan

Posted: 10 Aug 2010 11:00 PM PDT



Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 10 Ogos: Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Muhammad Sha'ani Abdullah mengaku bahawa protes rakyat terhadap syor saman ekor memberi kesan pada kerajaan.

"Hari ini, kementerian sendiri ataupun menteri sendiri mengatakan bahawa nilai saman akan dikaji semula.

"Itu adalah kesan daripada suara-suara yang membangkang atau boleh dikatakan menegur cara tindakan kerajaan selama ini," respons beliau pada inkues yang dibuat oleh badan bertindak Kempen Anti Saman Ekor (Kase) di kamar inkuiri awam Suhakam, di sini, hari ini.

Beliau turut mengakui pandangan Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar bahawa syor pihak berwajib menyenaraihitamkan serta menghalang pembaharuan cukai jalan serta lesen memandu sebagai mencabul hak asasi manusia untuk kenderaan berdasarkan Perkara 13 (Hak Terhadap Harta), Perlembagaan Persekutuan.

"Bukan kita mencabar atau menentang, tetapi memberikan hujah-hujah dan asas-asas mempertikai pelaksanaan (saman ekor) ini," ujarnya sambil mengulas beberapa inti relevan dari memorandum Kase.

Sehubungan itu, beliau secara peribadi mahu mengambil tanggungjawab supaya isu saman ekor yang didakwa merampas hak asasi rakyat mendapat perhatian Suhakam sebelum diketegahkan pada kementerian berwajib.

"Secepat mungkin setelah kami memperhalusi peraturan dan undang-undang, kami akan mengusul pada kementerian-kementerian berkenaan," ujar beliau.

Sebelum itu, Mahfuz yang juga Lajnah Pengguna PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Pokok Sena mendesak Suhakam mencadangkan 6 tuntutan pokok Kase pada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri) dan Datuk Kong Cho Ha (Menteri Pengangkutan).

Pertama, katanya JPJ dan Polis Trafik menghentikan kaedah menyenaraihitamkan dan menyekat pembaharuan lesen memandu serta cukai jalan supaya kembali selaran dengan peruntukan Seksyen 15, Akta Pengangkutan Jalan 1997.

Kedua, katanya, Polis Trafik Pasukan Bukit Aman digesa membatalkan semua notis saman ekoran yang gagal diserahkan pada mereka yang terbabit secara serahan tangan atau dibuktikan bersalah di mahkamah.

Ketiga, katanya lagi, Polis dinasihatkan mengikut prosedur biasa seperti peruntukan Seksyen 53, Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu hanya mempunyai kuasa memohon pada mahkamah memanggil mereka yang terbabit ke Mahkamah Seksyen untuk dibicarakan, bukan terus menghukum serta memeras kompaun.

Keempat, beliau berkata, JPJ wajar diarahkan supaya menghentikan sekatan mereka yang terbabit untuk memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu kenderaan masing-masing walaupun dianggap sebagai pesalah laku trafik melalui perlaksanaan saman ekor.

Kelima, beliau berkata, pihak berwajib seharusnya menarik balik syor menyenaraihitamkan mereka yang terbabit dengan saman ekor sehinggalah dibuktikan bersalah oleh pihak berwajib sendiri di mahkamah.

Keenam dan terakhir, tegasnya, pihak berwajib digesa kembali menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Sarawak dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang vs Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawaka & Anor (2009) yang nyata menunjukkan kaedah saman ekor adalah bertentang dengan prinsip undang-undang sejagat serta Perlembagaan Persekutuan.

"Kalau pentadbiran Perdana Menteri 1Malaysia ini tetap mahu melaksanakan saman ekor ini, mereka bukan saja mencabul hak asasi kita, tetapi menghina hak dan keputusan mahkamah," ujar Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS.

Tuntas dari itu, beliau mempelawa seluruh akar umbi Umno BN supaya melancarkan 'protes senyap' dengan menolak kerajaan pusat yang sedia ada sekarang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Dalam perkembangan berkaitan, Dr. Siri Mariah Mahmud (Ahli Parlimen Kota Raja/PAS), Mohd Taufek Abdul Ghani (Adun Paroi), Hu Pang Chaw (Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS) serta Zulhazmi Shariff (peguam Kase) antara yang menyertai inkues bersama-sama Suhakam.

HD

Bapa saudara bernafsu haiwan

Posted: 10 Aug 2010 09:00 PM PDT


TRAUMA...mangsa dedahkan perbuatan bapa saudara.

Oleh Arifin Salleh
2010/08/10

MASJID TANAH: Penderitaan seorang pelajar perempuan tingkatan dua sebuah sekolah menengah di sini akibat menghidap sakit tulang belakang sejak dilahirkan tidak berkesudahan malah semakin bertambah apabila dia dirogol bapa saudaranya berulang kali sejak dua tahun lalu.

Perlakuan keji bapa saudara mangsa berusia 50-an itu terbongkar minggu lalu selepas keluarga mangsa mengesan perubahan sikap gadis sunti itu lalu mendesaknya menceritakan masalah dialami.

Mangsa berusia 14 tahun memberitahu dia dirogol berulang kali oleh bapa saudaranya sejak dua tahun lalu dan kejadian berlaku sama ada di rumahnya sendiri atau rumah lelaki itu yang bekerja sebagai nelayan di Kampung Tanjung Dahan, di sini.

Ketika ditemui Harian Metro, mangsa memberitahu detik hitam dalam hidupnya bermula apabila bapa saudaranya itu datang ke rumah pada 2008 untuk meminjam tukul besi.

"Ketika itu ibu dan bapa tiada di rumah. Dua adik saya berada di rumah tapi bapa saudara memberi duit dan menyuruh mereka ke kedai membelikannya rokok.

"Dia kemudian menarik saya ke dalam bilik dan memaksa saya menanggalkan pakaian lalu merogol saya sambil mengugut akan membunuh saya jika saya laporkan kepada polis," katanya.

Mangsa mendakwa selepas kejadian itu, setiap minggu tiga atau empat kali bapa saudaranya menyuruh dia ke rumahnya dan di sana dia dirogol sebelum diberi RM30 hingga RM50 untuk menutup mulut.

Kata mangsa, setiap kali balik dari sekolah, bapa saudaranya sering menunggunya di bangsal hadapan rumah dan dia pernah diugut bunuh beberapa kali jika menolak permintaan lelaki itu.
"Saya diperlakukan seperti binatang tanpa perikemanusiaan. Kalau saya tak layan, dia ugut akan bunuh saya. Itu yang sering dikatakannya setiap kali saya enggan melayannya menyebabkan saya takut," katanya yang masih trauma selepas kejadian itu.

Berikutan pendedahan mangsa, ibu bapanya membuat laporan di Balai Polis Kuala Sungai Baru, kira-kira jam 7 petang, Sabtu lalu.

Bertindak atas maklumat, kira-kira jam 10 malam hari sama, sepasukan polis diketuai Inspektor Norafnna Ibrahim, menahan suspek di rumahnya.

Menurut sumber polis, suspek kini direman tujuh hari bermula semalam hingga 14 Ogos ini untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

HM


Ahmad Maslan Ajak Dialog Tapi Kecut Bila Tiba Masa

Posted: 10 Aug 2010 07:00 PM PDT

Oleh Faizal Ezzany


SEREMBAN 10 Ogos - Kegagalan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan memberi jawapan berhubung jemputan berdialog mengenai isu Felda oleh Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman yang sepatutnya berlangsung semalam di Ibu Pejabat Felda, Jalan Semarak membuktikan sikap pengecut pemimpin Umno-Barisan Nasional.
Mazlan menyifatkan sikap membisu Ahmad itu seolah-olah cuba menyembunyikan rahsia mengenai Felda agar tidak diketahui rakyat.
"Sehingga sekarang saya tidak menerima apa-apa jawapan dari timbalan menteri terbabit, mengikut surat yang saya berikan kepadanya 9 Ogos merupakan sesi dialog antara saya dengan beliau berkaitan isu yang telah ditimbulkan terhadap Felda.
"Bagi saya Ahmad adalah seorang timbalan menteri yang pengecut serta takut untuk berhadapan dengan rakyat bagi memjelaskan serta menafikan segala persoalan yang timbul. Beliau sepatutnya tampil menyatakan yang benar terhadap isu Felda jika selama ini beliau mengatakan Felda ini tidak akan bankrap.
"Selain itu saya lihat ada sesuatu yang cuba beliau sembunyikan daripada pengetahuan umum, mungkin penyelewengan itu betul jadi kita perlukan kepastian darinya. Kenapa perlu kita berdiam dalam keadaan ini, rakyat menunggu jawapan dari beliau.
"Sebelum ini beliau menolak pelawaan saya untuk berdebat ketika saya bertemunya di parlimen, setelah perbincangan dibuat beliau mencadangkan agar dialog diadakan. Setelah meneliti dan mengambil pendapat daripada jawatankuasa Anak saya menerima untuk berdialog tetapi secara terbuka, dan surat telah saya berikan kepadanya melalui faks, pos juga serahan tangan di pejabatnya tetapi sehingga sekarang tiada sebarang jawap diterima," kata Mazlan semasa bersama peneroka Felda Serting di Mahkamah Tinggi Seremban 2 semalam.
Tambah beliau lagi tindakan yang diambil oleh Ahmad itu menimbulkan seribu pertanyaan dari rakyat.
"Rakyat sekarang membuat andaian bahawa apa yang berlaku di dalam Felda itu mungkin tepat, kalau ia tidak benar kenapa timbalan menteri tidak mahu mengadakan dialog secara terbuka bagi memberi penjelasan setiap soalan yang akan dikemukakan.
"Kenyataan Ahmad yang memberitahu Felda membayar cukai itu adalah tidak tepat, sepatutnya pengumuman itu dilakukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Kalau pengumuman dilakukan oleh LHDN baru jelas pembayaran tersebut tetapi kenyataan Ahmad kita belum pasti sama ada benar atau tidak," tegas beliau.
Dalam penjelasan dalam Dewan Rakyat, Ahmad memberitahu kemerosotan tunai Felda kononnya diguna untuk kebajikan peneroka.
Menurutnya, RM2 bilion digunakan untuk pembangunan tanam semula, termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil, RM603 juta pinjaman pembesaran rumah peneroka dan RM662 juta untuk bangunan baru Menara Felda.

SK

Inkues Teoh: Kecuaian, keraguan burukkan lagi persepsi rakyat

Posted: 10 Aug 2010 05:00 PM PDT

10/08/2010


KUALA LUMPUR, 10 Ogos — Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail digesa memikul tanggungjawab atas kontroversi pendedahan bukti baru berhubung kematian bekas setiausaha politik Teoh Beng Hock kerana didakwa memperlihatkan kecuaian dalam mengendalikan pendakwaan tanpa menimbulkan keraguan.

Perkembangan terbaru ini juga dilihat sebagai satu lagi tamparan kepada usaha pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu memulihkan persepsi rakyat sejak pilihan raya umum ke-12, malah terhadap sistem keadilan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Penganalisis politik dan pakar perundangan Prof Abdul Aziz Bari berkata, walaupun pasukan pendakwa mempunyai segala hak untuk membawa sesuatu bukti yang baru tetapi dalam kes terbaru ini menunjukkan wujud unsur kecuaian.

"Oleh itu, saya merasakan Peguam Negara dan pasukan siasatan (polis) perlu memikul tanggungjawab kerana didapati memandang remeh proses siasatan dan pendakwaan... ini sekali gus menimbulkan keraguan di kalangan rakyat, menyebabkan persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan makin meningkat," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Situasi kecuaian yang membawa kepada persepsi negatif di kalangan rakyat berhubung sistem pendakwaan, keadilan dan proses siasatan bukan sesuatu yang baru.

"Kita sudah banyak kali berhadapan dengan kes macam ini, misalnya kes Kugan (suspek mati dalam tahanan polis), enjin jet TUDM hilang, remaja Aminulrasyid Amzah (yang mati ditembak polis Mei lalu)... semuanya berkaitan dengan keraguan dan persepsi rakyat," kata Aziz lagi.

"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku ketika SPRM, kerajaan sedang berusaha untuk memperbaiki persepsi rakyat terhadap kerajaan," katanya lagi.

Ketika ditanya sama ada pihak pendakwa mempunyai hak untuk mengetengahkan bukti baru di mana-mana peringkat perbicaraan, Aziz berkata, "boleh, tetapi benda (cara ini) tidak betul."

"Ini kerana tindakan macam ini menimbulkan syak-wasangka," kata beliau lagi.

Dalam pada itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin juga mempertikaikan tindakan mengemukakan bukti baru pada peringkat ini, tindakan yang menimbulkan kesangsian di kalangan rakyat.

"Ini satu kejutan, sepatutnya Peguam Negara tidak menunggu sehingga sekarang untuk mengemukakan bukti baru, seolah-olah menunjukkan ada unsur jahat, dan menimbulkan keraguan," kata beliau yang juga seorang peguam.

"Bila timbul kesangsian, ia akan mengakibatkan persepsi dan ketidakyakinan rakyat terhadap inkues," kata beliau yang turut mengakui pasukan pendakwa boleh membawa bukti baru.

"Tetapi masa bukti baru ini dibawa menimbulkan keraguan, yang mana mereka sepatutnya telah dibawa lebih awal, di peringkat awal inkues.... tapi menunggu sehingga sekarang," katanya lagi.

Kata beliau, kesangsian itu menjadi perhatian selepas saksi forensik dari Thailand sebelum ini pernah mengatakan bahawa ada kemungkinan 80 peratus kematian Teoh disebabkan oleh elemen "dibunuh".

"Di antara persoalan Teoh kemungkinan membunuh diri dan tanggapan dia dibunuh, bukti baru seperti ini boleh menimbulkan keraguan dan kesangsian," katanya lagi.

Kenyataan pejabat Peguam Negara itu, dikeluarkan lewat petang semalam menjelaskan, pejabat Peguam Negara dimaklumkan mengenai penemuan nota itu oleh pegawai penyiasat ASP Nazri Zainal pada 7 Oktober lalu iaitu lebih dua bulan selepas kematian Teoh.

Kehadiran bukti baru di saat akhir inkues kematian Teoh menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peguam yang mewakili keluarga bekas setiausaha politik itu dan kerajaan Selangor.

Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Teoh memberitahu pemberita keadaan yang berlaku menunjukkan seolah-olah sesuatu yang dirancang dan beliau amat kecewa atas apa yang berlaku kerana bukti itu sepatutnya dikemukakan sebelum bermulanya prosiding.

Gobind berkata berikutan keadaan ini, beliau memohon supaya inkues dibicarakan menerusi Suruhanjaya Diraja dan berharap Peguam Negara dapat memberi penjelasan berhubung bukti baru ini.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai tahun lalu di tingkat lima, Plaza Masalam di sini selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

TMI

Tiada ulasan: