Selasa, 3 Ogos 2010

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Kerana Dubur Dimasuki Belut, Penjual Ikan Nyaris Maut!

Posted: 03 Aug 2010 08:13 AM PDT

Seorang penjual ikan di Guanzhou, selatan China hampir maut selepas seekor belut memasuki duburnya. Menurut Li Chang, dia duduk di hujung tangki besar yang memuatkan ratusan ekor belut hidup sebelum terjatuh ke dalam tangki tersebut. Belut yang terkejut dengan kocakan air yang kuat tiba-tiba menjadi panik lalu memasuki seluar Chang, sebelum salah seekornya menusuk masuk ke dalam duburnya.

Kerana malu, Chang yang berjaya dikeluarkan dari tangki itu hanya mendiamkan diri walaupun ketika itu dia terpaksa menahan kesakitan.

Selepas mengeringkan badannya, Chang memulakan kerjanya di situ. Namun, kesakitan yang berpunca daripada belut itu terlalu berat untuk ditanggungnya.Dia kemudiannya terjatuh ke lantai sambil mengerang kesakitan sebelum dikejarkan ke hospital oleh rakan-rakannya yang berada di situ.

Pasukan perubatan mengambil masa selama 5 jam untuk mengeluarkan belut yang menyamai saiz dua jari manusia dan 2 kaki dan merawat luka dalaman Chang. Menurut doktor,  nyawa Chang mungkin terancam jika dia lewat mendapatkan rawatan kerana luka dalaman yang disebabkan oleh belut itu agak serius.

Cerita lanjut boleh anda baca di sini.

John Mallot Memberikan Kuliah Bahasa Inggeris kepada Ibrahim Ali

Posted: 03 Aug 2010 04:59 AM PDT

Pelajaran pertama, kata nama dan kata adjektif. Malu beb! Saya petik:

[MK] KOMENTAR Apabila saya bangkit pada pagi Isnin lalu, saya melayari laman sesawang Malaysiakini dan mendapati saya menjadi sasaran demonstrasi di Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur.

Saya tidak pasti sama ada saya terkejut ataupun ia satu penghormatan. Ketika saya menjadi duta, seringkali terjadi demonstrasi terhadap Amerika Syarikat - semuanya membabitkan isu serius.

Tetapi demonstrasi yang dilakukan adalah terhadap diri saya? Ini hanya semata-mata saya berkata benar dan menamakan PERKASA sebagai kumpulan militan? Semuanya berlaku kerana ketua PERKASA, Datuk Ibrahim Ali tidak boleh membezakan antara adjektif (kata sifat) dengan 'kata benda'.

Isu ini bermula kerana bahasa Inggeris bukan bahasa ibubunda Ibrahim. Saya tidak menyalahkannya kerana dia tidak faham perbezaan itu dalam bahasa Inggeris. Ia bukan bahasa ibundanya. Saya berharap saya mengetahui lebih banyak bahasa Melayu.

Bagaimanapun sebelum seseorang berhujah dengan berkobar-kobar selama dua minggu dengan menuduh saya sebagai "tolol" dan "bodoh" (stupid) serta mengetuai bantahan ke atas kedutaan Amerika, sekurang-kurangnya perbetulkan dahulu fakta anda.

Namun nampaknya, Ibrahim tidak ambil peduli. Beliau gembira dengan publisiti yang diterimanya di media massa.

Saya labelkan PERKASA sebagai kumpulan militan Melayu, yang mana ia memang bersifat demikian. Apabila saya menggunakan perkataan 'militan' ia digunakan sebagai adjektif. Ia membawa maksud 'perwatakan yang agresif' atau 'semangat baja dalam perjuangan', sebagai contoh 'aktivis hak asasi manusia yang militan'.

Ibrahim sepatutnya menerimanya sebagai satu pujian.

Apabila perkataan 'militan' digunakan sebagai adjektif, perkataan itu tidak membawa maksud seseorang itu menggunakan keganasan.

Jadi apabila saya menyentuh mengenai PERKASA - hanya enam perkataan dalam rencana pengarang saya yang berjumlah lebih kurang 800 perkataan berhubung "kumpulan baru militan yang bernama PERKASA - saya tidak menggunakannya sebagai 'kata benda'. Saya gunakannya sebagai 'kata sifat' - menunjukkan agesif atau bersungguh-sungguh.

Itu adalah perkataan yang tepat bagi menghuraikan Ibrahim. Saksikan sahaja videonya dan anda akan faham apa yang saya maksudkan. Beliau seseorang yang sedia bergaduh memperjuangkan apa yang dipegangnya. Beliau seorang yang agresif.

Tetapi saya tidak pernah melabelkan PERKASA sebagai kumpulan yang terbabit dengan keganasan atau terorisme.

Bagi rakan-rakan saya di Washington, isu berkenaan boleh diselesaikan dengan mudah jika Ibrahim hanya merujuk kamus Oxford English.

Petikan artikel yang membuatkan Ibrahim Ali berang:
...Worried about losing political support, the ruling party has responded by appealing to the baser instincts of the country's Malay Muslim majority. For example, it told Malaysia's Christians that they may no longer use the word "Allah" for God, even though the word existed in Arabic long before Islam arose. A new militant group called Perkasa, which claims that Malay rights are under threat from the Chinese and Indian minorities, has won backing from former Prime Minister Mahathir Mohamad and other members of the ruling party....

Petikan makna dan penggunaan perkataan itu berdasarkan kamus:

mil·i·tant  (ml-tnt)
adj.
1. Fighting or warring.
2. Having a combative character; aggressive, especially in the service of a cause: a militant political activist.
n.
A fighting, warring, or aggressive person or party.

[Middle English, from Old French, from Latin mlitns, mlitant-, present participle of mlitre, to serve as a soldier; see militate.]

mili·tance, mili·tan·cy n.
mili·tant·ly adv.
militant [ˈmɪlɪtənt]
adj
1. aggressive or vigorous, esp in the support of a cause a militant protest
2. warring; engaged in warfare
n
a militant person
[from Latin mīlitāre to be a soldier, from mīles soldier]
militancy  less commonly, militantness n
militantly  adv

Militant [ˈmɪlɪtənt]
n
1. (Government, Politics & Diplomacy) short for Militant Tendency
2. (Government, Politics & Diplomacy) a member of Militant Tendency

Wanita DIBELASAH, DIPERKOSA, & Ditinggalkan Separuh Bogel Oleh Rakan Karib Suami

Posted: 02 Aug 2010 11:00 PM PDT

Berdasarkan laporan akhbar, si suami menghadapi masalah yang tidak dapat dielakkan. Kerana percayakan rakan karib, si suami telah meminta rakan karib LAHANATnya itu mengambil isterinya di tempat kerjanya. Si Lahanat tadi menggunakan helah untuk mengambil barang yang tertinggal di rumahnya (taktik yang lazim digunakan). Sampai di rumah lahanat tadi, bermulalah episod malang yang menimpa si isteri tadi. Dia dibelasah, diperkosa, dan ditinggalkan dalam keadaan separuh bogel (tanpa seluar).

Saya yakin, suami wanita malang ini akan menyesal sampai ke akhir hayat. Namun, menangis keluar air mata berdarah pun tidak berguna kerana perkara sudah berlaku.Si isteri pula sudah tertentu akan menyalahkan si suami kerana menyuruh si lahanat tadi mengambilnya di tempat kerja. 

Semoga paparan berita ini dapat dijadikan pengajaran.

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Harapkan pagar, pagar makan padi. Itulah perumpamaan tepat menggambarkan perbuatan keji seorang sahabat apabila sanggup merogol isteri rakan karibnya itu di rumahnya di Kampung Chubadak, Sentul, di sini, kelmarin.
Tidak cukup dengan itu, wanita berusia 29 tahun itu mendakwa turut dibelasah suspek kerana keengganannya melayani nafsu rakan baik suaminya itu.
Bagaimanapun, wanita terbabit terpaksa mengalah apabila suspek mengeluarkan sebilah pisau sebelum mengugut untuk membunuhnya sekiranya kemahuannya tidak dipenuhi.

Penderitaan wanita terbabit tidak berakhir di rumah itu malah dia ditinggalkan suspek dalam keadaan separuh bogel di sebuah masjid selain telefon bimbitnya turut dirampas. Semuanya bermula kira-kira jam 8 malam, apabila lelaki terbabit yang berusia awal 30-an diminta suami mangsa menjemput isterinya itu pulang bekerja disebabkan ada masalah yang tidak dapat dielakkan.

Menurut sumber, wanita terbabit bekerja di sebuah kilang di Damansara, di sini, dijemput lelaki terbabit dengan sebuah kereta.

"Dalam perjalanan pulang, suspek mendakwa perlu singgah di rumahnya akibat tertinggal barang.

Sumber berkata, bagaimanapun sebaik tiba di rumah mangsa terkejut apabila mendapati ibu dan bapa suspek tiada di rumah itu.

"Suspek memaksa mangsa melayaninya menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka.

"Selepas hampir 10 minit bertengkar, suspek bertindak agresif dengan cuba menanggalkan pakaian mangsa.

"Tindakannya itu menyebabkan mangsa memukulnya dan berlaku pergelutan antara mereka," katanya.

Sumber berkata, suspek kemudian mengeluarkan sebilah pisau dan meletakkannya di leher mangsa sambil mengugut akan membunuhnya.

"Mangsa yang ketakutan kemudian dirogol suspek. Selepas selesai melempiaskan nafsunya suspek mengarahkan mangsa memakai semula baju untuk dihantar pulang," katanya.

Difahamkan, suspek tidak membenarkan mangsa memakai seluar menyebabkannya berada dalam keadaan separuh bogel.

Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Rasukan JIN URDU, Sekolah Terpaksa Ditutup

Posted: 02 Aug 2010 07:19 PM PDT

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Sebuah sekolah menengah di Desa Petaling di sini, terpaksa ditutup sementara selepas lebih 10 pelajar perempuan, seorang pelajar lelaki dan seorang guru wanita tiba-tiba diserang histeria, semalam.
CEMAS...Fairuz (kiri) membantu menenangkan Atikah.
CEMAS...Fairuz (kiri) membantu menenangkan Atikah. 
Serangan histeria itu bermula kira-kira jam 7.45 pagi apabila seorang pelajar perempuan tingkatan tiga, Atikah Abdullah, yang menghadiri perhimpunan pagi tiba-tiba mengamuk dipercayai dirasuk.
Keadaan dialami mangsa berjangkit kepada sembilan pelajar lain termasuk seorang pelajar lelaki dan seorang guru wanita ketika semua mereka yang juga rakan sekelas mangsa cuba menenangkannya.

Ini menyebabkan suasana di sekolah itu kelam-kabut seketika apabila semua mangsa menjerit kuat.

Sejurus selepas itu, Atikah cuba melarikan diri sebelum ditahan beberapa rakan dan gurunya.

Rakan mangsa, Mohd Fairuz Faizin Amran, 16, berkata sejurus kejadian itu, perhimpunan disuraikan dan mangsa dibawa ke bilik berdekatan.

Katanya, rakan serta guru membacakan surah Yasin menyebabkan Atikah tenang seketika sebelum kembali meronta, malah rontaan mangsa diikuti beberapa pelajar perempuan lain yang turut diserang histeria. Menurutnya, pihak sekolah membenarkan semua pelajar sesi pagi pulang pada jam 9.30 pagi dan sekolah dijangka dibuka semula hari ini.

"Mangsa dipapah pulang keluarganya selepas dimaklumkan kejadian itu. Pelajar lain yang diserang histeria juga dibawa pulang keluarga masing-masing.

"Sebaik tiba di rumah, Atikah masih meronta dan cuba keluar rumah untuk ke sebatang pokok berhampiran," katanya ketika ditemui di sini.

Katanya, mangsa merangkak dan menggelupur sebelum menjerit dalam bahasa Urdu supaya disediakan buah limau, epal hijau dan colok.

Dalam keadaan mata terbeliak ketika dipapah beberapa lelaki, mangsa memandang tepat ibunya, Suraya Abdullah, 33, sambil menjerit seolah-olah mahukan makanan.

Suraya mendakwa, makhluk halus yang mengganggu anaknya dipercayai tinggal di sebatang pokok berhampiran rumah, tetapi pokok itu baru ditebang bulan lalu menyebabkan makhluk yang menghuni pokok itu mengganggu Atikah.

Katanya, anak sulungnya itu sering meracau dan diserang histeria tidak kira masa, malah lebih teruk apabila terdengar laungan azan.

"Saya amat terkejut dengan kejadian yang menimpanya, kadangkala dia menyanyi lagu Tamil dan ketika diserang histeria terdengar seolah-olah dia membaca mantera dalam bahasa Urdu.

"Dia sering diserang penyakit ini, kelmarin (Sabtu) sudah tiga kali dan semalam (kelmarin) empat kali dia diserang histeria, malah saya terpaksa mengambil cuti," katanya.

Menurutnya, sebelum ini, sudah lapan penduduk di kawasan tempat tinggalnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Petaling diserang kejadian pelik itu.

Suraya berkata, daripada gambaran diberikan anaknya, makhluk yang mengganggu itu banyak dan yang merasuk anaknya paling kuat di kalangan mereka dipercayai jin kafir dan tidak mengendahkan bacaan al-Quran.

Menurutnya, selepas ditenteramkan serta menjamah makanan, anaknya tiba-tiba diam dan mula sedar.

Atikah yang lemah sejurus itu berkata, dia tidak sedar apabila dirasuk, malah berasa ada sesuatu yang mengawal tindakannya serta berasa mual ketika dirasuk. -Shamsul Munir Safini dan Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

VOA Dibatalkan Selepas Puluhan (Ratusan) Ribu Warga Asing Menyelinap Masuk ke dalam Masyarakat

Posted: 02 Aug 2010 06:01 PM PDT

...datang secara haram, ditangkap kerana melacur, tunjuk punggung kepada orang ramai...
Saya yakin kerajaan 1Malaysia sedar akan implikasi apabila membenarkan kemudahan visa sewaktu ketibaan (VOA) terutamanya untuk warganegara China, India, Sri Lanka, dan sebagainya. Mereka sedar bahawa segelintir warganegara asing itu akan menyelinap masuk ke  dalam masyarakat dan tinggal secara haram di sini. Mereka juga sedar bahawa jika berlaku keadaan itu, maka usaha untuk mengesan warga asing ini amat sukar dilakukan kerana majoritinya memiliki kulit dan "iras" warganegara tempatan.

Entah di mana letaknya nikmat polisi VOA, maka pemimpin negara dengan bangganya mengumumkan  kemudahan visa tersebut. Harapan mereka, warga asing sasaran seperti warga India dan China akan menyerbu masuk ke negara ini dan berbelanja sakan sambil menikmati keindahan kota batu, bukit-bukau, dan panorama alam di negara ini. 

Lain yang diimpikan, lain pula yang terjadi apabila sesetengah mereka mengambil kesempatan untuk melacurkan diri, bekerja di kedai makan, bekerja di rumah tumpangan dan di rumah urut, dan jangan terkejut ada yang berkahwin dengan warganegara tempatan.  Cukup sembilan bulan, maka timbullah pula masalah baru apabila ada yang mendakwa anak tidak mempunyai sijil kelahiran, ada yang mendakwa tidak tahu cara untuk mendaftarkan kelahiran. Ironinya, ada yang membuat dakwaan itu LANGSUNG tidak boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan! Alahai!

Kemasukan warga asing ini bukan sahaja heboh di Semenanjung, malah penduduk asal Sabah mendakwa warganegara asing kini mendominasi negeri itu, malah ada yang mendakwa, mereka kini minoriti di negeri tersebut. Malah hal ini telah heboh di DUN dan di Parlimen. Kerajaan 1Malaysia berjanji untuk menangani masalah ini. Yang menggelikan hati apabila mereka memudahkan kemasukan warga asing dengan VOA. Sudah-sudahnya, secara haram pun masuk, secara sah pun masuk. Yang keluar boleh dibilang dengan jari yang hilang susah pula dikesan!  

Cukuplah, selebihnya, anda boleh baca di sini. Saya pernah menulis secara ringkas fasal hal ini ketika PM 1Malaysia begitu teruja dengan nikmat VOA.

Saya petik:

[UM] PUTRAJAYA 2 Ogos – Kerajaan memutuskan untuk membatalkan kemudahan visa sewaktu ketibaan (VOA) yang sebelum ini diberikan kepada pelancong asing daripada beberapa buah negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu bagi mengelakkan penyalahgunaan visa tersebut di kalangan segelintir pihak yang memasuki negara ini.

''Kita kekalkan keputusan kita iaitu tidak lagi menggunakan VOA kerana pada masa-masa lepas kita ada memberi kelonggaran kepada beberapa buah negara iaitu apabila pelawat yang datang dari negara itu mereka tidak ada visa, ia boleh dikeluarkan ketika mereka masuk di pintu masuk ke Malaysia.

''Ini kita lihat berlaku kes penyalahgunaan dan sebagainya, kita setuju VOA dibatalkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (JKKPA-PATI) di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Sumber Manusia, Datuk S. Subramaniam.

VOA diperkenalkan pada 2006 sempena Tahun Melawat Malaysia 2007 sebagai satu mekanisme menggalakkan kedatangan pelancong asing ke Malaysia.

Negara yang diberikan kemudahan tersebut antaranya China, India, Bhutan, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Taiwan dan Kepulauan Comoros.

Kerajaan kemudiannya mengambil keputusan menggantung kemudahan VOA kepada pelancong dari India, Pakistan dan Bangladesh ekoran berlaku banyak penyalahgunaan sehingga timbul masalah pendatang asing tanpa izin.

Statistik menunjukkan sehingga 2009, jumlah warga asing yang tinggal lebih masa dengan menggunakan VOA adalah seramai 75,462 orang atau 28 peratus daripada 271,391 pemegang visa tersebut yang kebanyakannya dari India, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka dan China...- Helmi Mohd Foad

BUAYA GERGASI

Posted: 02 Aug 2010 05:18 PM PDT


DUA pengunjung pantai Ixora Permai di Pasir Panjang mengambil ukur lilit bangkai buaya tembaga sepanjang 5.48 meter yang ditemui mati dipercayai ditembak dan terdampar di pantai tersebut, dekat Port Dickson, Negeri Sembilan, 2 Ogos. - UM

Tiada ulasan: