DIALOG RAKYAT |
- Cabaran Noh Omar...............
- "Umno kawal minda orang Melayu"
- Exco Halimah ambilalih pengurusan dana sekolah Tamil
- Perbicaraan Penuh Kes Saman Musa Terhadap Anwar 13 Oktober Depan
- Umno-BN Takut Kuasa Rakyat Bersenjatakan Sebatang Lilin
- CIJ, PSM Selar Polis Tahan Aktivis ISA
- Berikan Kembali Hak Mahasiswa Berpolitik, Mansuh Auku
- Ceramah 'cap ayam' Mat Ezam
- Tahanan lari: KP imigresen akur jika ditukar
- TPM akui rakyat tak faham 1Malaysia
- Suhakam, NGO kesal protes anti-ISA dihalang
- PBT S'gor haramkan pusat hiburan ambil pekerja Islam
- Pelajaran bahasa Inggeris untuk Ibrahim Ali
- Surat cinta buat Perdana Menteri
- ISA: Tangkapan dedah sikap munafik kerajaan
- 'Utusan Keadilan' pula di pasaran
- FDI merudum: Mahfuz mahu bertemu Mustapa
- Nik Aziz ikon Bapa Perpaduan - DHPP
- Daftar pemilih: BN tidak konsisten, SPR diperlekeh
- Umno BN bunuh demokrasi - Nizar
- Umno bertahan dengan tentera upahan
- Pakatan pusat tidak halang jika kerajaan negeri panggil PRU berasingan
- Anwar buat aduan polis terhadap Saiful, Farah langgar OSA TERKINI
- Mahathir terkilan ramai masih tidak faham 1 Malaysia
- DUN Perak gantung Nizar satu hari
| Cabaran Noh Omar............... Posted: 03 Aug 2010 05:59 AM PDT Oleh Roslan SMS Corner Dalam akhbar Sinar Harian hari ini Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar mencabar PAS Selangor agar mendesak Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) memastikan pusat hiburan dan rumah urut di negeri ini ditutup sepanjang Ramadan PAS benar-benar memperjuangkan Islam.Cabaran itu terpampang di muka hadapan akhbar berkenaan. Bagi saya cabaran itu sendiri terlalu cetek dan lompong. Ketam yang sepanjang hayat tak berjalan lurus mahu mengajar orang lain berjalan lurus, bukankah aneh bunyinya Sebelum saya mengulas panjang masih terpaku dalam ingatan saya insiden yang berlaku pada 29 Disember 2005 iaitu hampir 5 tahun lalu. Saya dan beberapa rakan blogger lain mendedahkan dan mengulas panjang insiden berkenaan ketika itu. Barangkali Noh dan rakan-rakan sudah lupa. Ianya insiden yang berlaku di sebuah pusat urut tersohor di Subang Jaya. Blogger Jeff Ooi yang kini seorang ahli parlimen mengulas: Was the DATUK politician Putera Umno chief Abdul Aziz Abdul Rahim or deputy Internal Security Minister Noh Omar, or none of the above? (Adakah ahli politik bergelar DATUK yang dimaksudkan itu Ketua Putera Umno Abdul Azeez Abd Rahim atau Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Noh Omar, atau bukan kedua-duanya?) Saya menulis dalam posting saya bertarikh 2 Januari 2006 http://n32.blogspot.com/2006/01/kes-datuk-di-pusat-maksiat-menjadi.html berbunyi: Isu ini menjadi semakin rumit dan penuh tanda-tanya apabila UTUSAN hari ini menerbitkan penjelasan dari Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Muhammad Fuad Talib bahawa Noh Omar tidak berada di tempat kejadian semasa serbuan di buat oleh pihak polis ke tempat maksiat di Subang Jaya itu dimana sejumlah pelacur warga asing telah ditahan. Akhbar-akhbar tempatan semasa hari kejadian melaporkan seorang ahli politik bergelar DATUK turut ditahan. Noh Omar tidak ada di tempat kejadian, jadi Noh bukanlah DATUK yang dimaksdukan, walaubagaimanapun menurut KPD Subang Jaya itu lagi: Bagaimanapun Setiausaha Sulit Timbalan Menteri berkenaan secara kebetulan berada berhampiran lokasi. Menurut Muhammad Fuad, beliau difahamkan, Setiausaha Sulit Timbalan Menteri berkenaan berada di sana untuk memantau kejadian sejurus mendapat tahu pihak polis membuat serbuan malam Khamis lalu. Pelik sungguh bukan. Semalam Ketua Putera Umno, Azeez juga mengatakan bukan beliau yang ditahan tetapi beliau hanya berada di tempat kejadian kerana: Hanya untuk membantu kawannya ( bukan beragama Islam ) yang telah di tahan selama 4 jam. Apa dah jadi ni? Itu cerita lama. Sehingga hari ini kes itu dibiarkan begitu sahaja, tidak ada siapa yang didakwa! Balik kepada cerita ketam tadi. Sesunggunya tanggungjawab amar makruf nahi mungkar adalah tanggungjawab seluruh umat Islam. PAS insyallah memikul amanah ini di Selangor memandangkan ia kini sebahagian dari kerajaan. Sebahagian besar rumah urut dan pusat hiburan yang ada di Selangor diwarisi dari zaman BN dan Umno memerintah dahulu termasuklah pusat di Subang Jaya di atas. Noh mencabar PAS menutup semua premis ini sepanjang Ramadhan, saya percaya jika PAS berkuasa mutlak sebagaimana Umno pra 2008 dahulu, PAS mungkin ada keupayaan politik berbuat demikian. Malangnya Umno semasa begitu tidak pula ingat mahu menutupnya. Walaubagimanapun PAS komited untuk memastikan pusat-pusat ini jika tidak pun ditutup, dicegah dari menerima pelanggan dari kalangan umat Islam. VIP Muslim yang lolos pada tahun 2005 itu barangkali lupa bahawa sebagai orang Islam beliau tidak wajar berada dan mengunjungi pusat maksiat. Sebenarnya di Selangor peraturan yang sedia ada memang melarang umat Islam dari berada di pusat maksiat seumpama itu. Keupayaan PAS kini adalah mempertingkatkan penguatkuasaan melalui JAIS dan PBT. Umno yang diwakili Noh jika ikhlas sebuah parti umat Islam dan prihatin sangat tentang pusat-pusat maksiat ini sepatutnya mengharamkannya langsung dahulu. Dan sebagai menteri kabinet haramkan terus sekarang di seluruh Persekutuan dan negeri-negeri yang BN perintah! Bagi PAS di Selangor, wakil-wakilnya yang duduk di PBT-PBT telah dan sedang berusaha memperkemaskan lagi peraturan yang sedia ada melibatkan premis seumpama ini. Contohnya di Subang Jaya (MPSJ) berkuatkuasa 1 Januari lalu semua premis seumpama ini bukan hanya dilarang menerima pengunjung Islam malah dilarang mengambil pekerja-pekerja Islam bekerja. PAS mungkin tidak mengharamkan pusat-pusat ini secara terus tetapi dalam keupayaan yang ada PAS telah dan sedang berusaha membendung umat Islam dari menghampirinya. Umno telah buat apa dalam tempoh 50 tahun? Noh lupa Mufti yang terlibat dalam menguatkuasakan larangan umat Islam mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik dipremis seumpama ini satu ketika dahulu di Selangor pernah dipecat oleh kerajaan negeri Umno dari jawatannya, mana Noh ketika itu?! Sesungguhnya apa yang penting adalah seluruh umat Islam di negeri ini dididik dan faham bahawa sebagai seorang Muslim mereka wajib menjauhkan diri dari sebarang aktiviti dan kerja-kerja mungkar. PAS melalui kerajaan negeri akan memastikan yang aktiviti penguatkuasaan terus dilaksanakan sehingga maksiat dapat dibendung di negeri ini. http://n32.blogspot.com/ | ||||||||
| "Umno kawal minda orang Melayu" Posted: 03 Aug 2010 05:54 AM PDT KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden MCA Datuk Chua Jui Meng mendakwa , Umno telah memainkan sentimen kedudukan orang Melayu yang 'terancam' oleh bukan Melayu sejak 50 tahun lalu. Beliau yang juga bekas menteri kesihatan berkata, propaganda itu sentiasa dimainkan oleh Umno agar dapat meracuni pemikiran orang Melayu sehingga 'tiada anjakan paradigma' walaupun negara merdeka lebih separuh abad.
"Selama beberapa tahun ini, Umno telah menggunakan propoganda bahawa Melayu terancam. Umno cuba untuk mengawal pemikiran dan hati orang Melayu, dengan memberitahu mereka bahawa kemajuan kaum lain akan membuatkan mereka miskin. "Propaganda ini cuba meracuni pemikiran orang Melayu dan mereka tidak melihat perkara sebenar. Masalah sebenar bukan kaum lain tetapi Umno. "Mesej ini penting buat Melayu di seluruh negara. Kita perlu bebaskan pemikiran mereka agar lebih terbuka," katanya dalam temuramah bersama FMT baru-baru ini. Chua yang menjadi naib presiden MCA selama hampir 15 tahun dari 1990 menyertai PKR pada Julai tahun lalu. Beliau dua kali bertanding jawatan presiden MCA – pada 2004 mencabar Tan Sri Ong Ka Ting dan 2008 menentang Datuk Seri Ong Tee Keat – kedua-duanya kalah. Bekas orang kuat MCA itu berkata, akses maklumat daripada media baru memberi anjakan paradigma kepada Melayu terutama di kawasan bandar. Sedangkan Melayu di luar bandar, katanya, terhad dengan akses seperti itu menyebabkan mereka lebih mudah dipengaruhi oleh propoganda yang dimainkan oleh Umno. Namun merujuk Melayu di Johor, Chua berpendapat masih sukar Melayu di luar bandar untuk lebih bersikap terbuka. Ekoran anjakan paradigma inilah yang membawa tsunami politik pada Mac 2008 kerana Pakatan Rakyat berjaya memecahkan 'racun propaganda' itu keluar dari pemikiran Melayu. "Mereka ini mangsa propoganda. Maka kita perlu bebaskan mereka dan agar lebih memahami dan bersikap terbuka. Contohnya seperti Melayu di bandar, kerana mereka akses dengan media alternatif itu yang membezakan pemikiran mereka. "Ekoran anjakan paradigma inilah yang membawa tsunami Mac 2008 kerana Pakatan berjaya memecahkan 'racun propaganda' itu keluar dari benak pemikiran mereka," katanya. "Kita perlu pecahkan pemikiran seperti ini, lihat Melayu bandar sekarang mereka lebih terbuka. "Namun di Johor mereka masih ada pemikiran ortodoks bahawa Melayu itu Umno, Umno itu Melayu, propoganda seperti ini yang sentiasa meracuni pemikiran Melayu sehingga kini," katanya lagi. | ||||||||
| Exco Halimah ambilalih pengurusan dana sekolah Tamil Posted: 03 Aug 2010 05:44 AM PDT SHAH ALAM: Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor Dr Halimah Ali berkata peruntukan kerajaan negeri untuk membantu pembangunan pendidikan sekolah Tamil kini tidak lagi diuruskan oleh Ecxo Kesihatan, Pekerja Ladang dan Kemiskinan, Dr Xavier Jeyakumar. Beliau memutuskan bahawa hal itu akan diuruskan olehnya sendiri selepas perjumpaan dengan persatuan ibu bapa sekolah Tamil berhubung peruntukan kewangan yang diberikan melalui badan bukan kerajaan (NGO).
Sabtu lalu, sekumpulan ibu bapa melahirkan rasa tidak puas hati terhadap NGO dan Dr Xavier. Turut hadir dalam majlis pertemuan itu Ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam dan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne. Halimah berkata, Dr Xavier selama ini diberi mandat kerana beliau secara suka rela tampil ke depan dan meminta untuk menguruskan peruntukan yang diberikan oleh kerajaan negeri. Baliau juga berkata setiap kali isu peruntukan dibangkitkan dalam mesyuarat exco, Dr Xavier menjawab hanya ada satu NGO sahaja yang dikenal pasti bermasalah. "Saya sebelum ini tidak pernah berjumpa dengan ibu bapa pelajar sekolah Tamil. Ini kali pertama dan saya rasa sudah tiba masanya saya ambil alih isu ini," katanya. Beliau turut memberi jaminan untuk membangkitkan mengenai masalah ini dalam mesyuarat Exco dan akan membuat perjumpaan lagi dengan Pengerusi Persatuan Ibu dan Guru (PIBG). Halimah yang juga Adun Selat Kelang berkata, mana-mana sekolah Tamil yang masih belum menerima peruntukan daripada kerajaan negeri boleh memohonnya melalui laman web kerajaan negeri. Halimah turut berkata kerajaan negeri belum memutuskan untuk menghentikan aliran peruntukan kerajaan negeri melalui NGO. "Kita akan berbincang semasa mesyuarat Exco akan datang," katanya. Sabtu lalu perbincangan mengenai peruntukan itu bertukar menjadi kecoh apabila kedua-dua belah pihak mula bertegang urat. Pertengkaran itu bermula apabila Gwo Burne bertanya kepada tiga NGO terbabit mengenai dasar pimpinan Pakatan Rakyat terhadap program itu. Namun apabila persoalan itu dijawab oleh Penasihat Khas EWRF S Pasupathi, Gwo Burne cuba untuk masuk campur dan keadaan kemudiannya menjadi tegang apabila kedua-dua mahu bersuara. Situasi bertambah tegang apabila koordinator majlis itu K Arumugam menjerit kepada Gwo Burne "Awak tutup mulut dan duduk". Dr Xavier kemudiannya cuba untuk mengawal keadaan namun ada segelintir ibu bapa menerpa ke arah pentas dan memanggil Dr Xavier sebagai penipu dan tidak ada kuasa daripada Menteri Besar Selangor untuk mengetuai mesyuarat itu. Pengerusi Sekolah Tamil Midland S Kumaravel yang cuba mahu membantu Xavier kemudiannya menolak Gwo Burne yang pada ketika itu berdiri berdekatan pentas. Presiden PIBG Sekolah Tamil Selangor (TSPAS) S Murali yang berang melihat keadaan itu kemudiannya menyerang Kumaravel. Apabila serangan Murali itu dibalas Kumaravel, sekumpulan ahli PKR datang bersama Murali menyerang Kumaravel. Pergaduhan itu akhirnya berjaya dikawal oleh ibu bapa yang lain, Gwo Burne, Manikavasagam, dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang turut berada semasa kejadian berlaku bertindak keluar meninggalkan dewan. Bagi mengawal keadaan itu, Halimah yang sepatutnya mengetuai mesyuarat meminta Xavier untuk meninggalkan dewan sambil diikuti oleh tiga ahli NGO lain dan penyokongnya. Berikutan kejadian tersebut, dewan yang dipenuhi ibu bapa itu menggesa Halimah membekukan peruntukan itu kepada NGO. Kerajaan negeri memperuntukkan RM4 juta kepada sekolah Tamil setiap tahun, dimana RM2.4 juta diberi secara terus manakala RM1.6 juta lagi diagihkan kepada TSP dan tiga NGO lain. Ketiga-tiga NGO itu ialah Yayasan Tamil (TF), Yayasan Penyelidikan dan Kebajikan Pendidikan (EWWRF) serta Pusat Pembangunan Pembelajaran Informasi Kanak-kanak (CHILD). Peruntukan melalui NGO itu dipersoalkan oleh Murali sambil menyifatkan peruntukan TSP disalah urus | ||||||||
| Perbicaraan Penuh Kes Saman Musa Terhadap Anwar 13 Oktober Depan Posted: 03 Aug 2010 05:41 AM PDT SHAH ALAM - Perbicaraan kes saman Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung insiden mata lebam pada 1998 akan bersambung melalui perbicaraan penuh pada 13 Oktober depan. Pesuruhjaya Kehakiman Dr Prasad Sandosham Abraham memerintahkan Anwar meminda pernyataan pembelaannya terhadap saman yang dikemukakan oleh Musa itu. Peguambela, Sankara Nair yang dihubungi Suara Keadilan Online berkata keputusan pesuruhjaya hakim itu adalah bersifat teknikal dan pihak pembelaan akan membuat pindaan dalam pernyataan pembelaannya. "Hakim memutuskan alasan perlindungan mutlak yang dinyatakan dalam pembelaan Anwar, hanya boleh diterima oleh mahkamah jika beliau berjaya membuktikan beliau mempunyai keperluan mendesak untuk mendedahkan laporan polis berhubung insiden mata lebam pada 1998. "Isu tersebut akan dihujahkan di mahkamah semasa perbicaraan penuh pada 13 Oktober nanti," katanya lagi. Menurut beliau, hakim juga meminta supaya kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan membuat pindaan masing-masing dan pengurusan kes dan perbicaraan tersebut akan dibuat pada tarikh itu nanti. Anwar membuat laporan di ibu pejabat polis kontinjen Selangor pada 1 Julai, 2008, mendakwa Musa dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah mereka-reka keterangan dan menyembunyikan beberapa fakta dalam penyiasatan serangan fizikal terhadapnya oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor pada 1998. Musa, dalam pernyataan tuntutannya yang difailkan pada 21 Julai, 2008, berkata dakwaan itu tidak berasas dan tidak benar dan telah mencemarkan maruah peribadi, imej, kehormatan dan nama baiknya dan juga kapasiti profesionalnya. Beliau menafikan mengambil bahagian dalam konspirasi untuk mereka-reka keterangan dan menyembunyikan fakta berkaitan serangan itu. Beliau dalam pada itu mendakwa kononnya tidak pernah menyalahgunakan kuasanya dalam apa cara sekalipun dalam penyiasatan kes rasuah dan fitnah terhadap Anwar. | ||||||||
| Umno-BN Takut Kuasa Rakyat Bersenjatakan Sebatang Lilin Posted: 03 Aug 2010 05:39 AM PDT SUARA KEADILAN SHAH ALAM - Persatuan Pegawai-pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Negeri Selangor mengecam keras tindakan pihak polis yang bertindak secara kekerasan menyurai serta menghalang orangramai daripada mengadakan upacara memasang lilin di di seluruh negara bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang kini berusia 50 tahun. Presiden Selproa, Abdul Razak Ismail berkata persatuan itu mengecam tindakan pihak polis yang berterusan mencabuli kebebasan bersuara, hak asasi yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Deklarasi Hak Manusia Sejagat Bangsa-bangsa Bersatu. Menurutnya, walaupun selepas 53 tahun negara ini merdeka, kita beranggapan bahawa demokrasi di Malaysia sudah dikira matang tetapi sebaliknya tindakan menangkap secara beramai-ramai pada malam Ahad lalu menunjukkan bahawa kerajaan tidak bertolerasi terhadap hak perhimpunan aman yang telah diiktiraf oleh dunia sejagat Tambah beliau, Malaysia seolah-olah telah memasuki era 'Negara Polis' dan slogan 'Rakyat didahulukan' yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah retorik dan omongan politik kosong semata-mata. Pada malam Ahad lalu, seramai 36 aktivis termasuk lapan wanita ditahan polis kerana menyertai perhimpunan upacara nyalaan lilin sebagi simbolik membantah ISA anjuran Gerakan Mansuhkan ISA di 8 lokasi utama di seluruh negara. | ||||||||
| CIJ, PSM Selar Polis Tahan Aktivis ISA Posted: 03 Aug 2010 05:37 AM PDT Oleh Rusnizam Mahat SHAH ALAM - Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) mengutuk tindakan polis menahan 38 aktivis yang menyertai perhimpunan aman membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bersempena 50 tahun akta zalim itu dikuatkuasakan di negara ini. Pegawai Publisiti CIJ, Chuah Siew Eng berkata, penahanan dan tindakan polis tersebut telah menyebabkan imej Malaysia bertambah buruk, apatah lagi negara ini merupakan anggota Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC). "Penangkapan warganegara yang berhimpun secara aman membantah satu undang-undang yang melanggar hak asasi iaitu penahanan tanpa bicara (ISA) telah menjejaskan imej Malaysia sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. "Respons sedemikian juga mendatangkan nama buruk kepada Perdana Menteri Najib Razak, yang mencanangkan konsep 1Malaysia yang menggesa antara lain, menghormati kepelbagaian pendapat," ujar beliau. Dalam kejadian 1 Ogos lalu, polis bertindak ganas di lapan tempat perhimpunan iaitu di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan dengan menahan kira-kira 36 peserta perhimpunan tersebut. Antara yang ditahan termasuk wanita dan dua wartawan dari Harakah yang sedang menjalankan tugas. Menurut Siew Eng, tindakan biadap polis menyuraikan perhimpunan anjuran Gabungan Mansuhkan ISA dan Suara Rakyat Malaysia itu adalah tidak wajar memandangkan pihak penganjur telah mengambil pendekatan dan langkah berjaga-jaga berhubung soal keselamatan peserta dan orang ramai. Menurutnya lagi, adalah tidak munasabah perhimpunan program nyalaan lilin itu diperlihatkan sebagai satu bentuk ancaman kepada ketenteraman dan keselamatan negara. "Di Selangor dan Pulau Pinang, polis rusuhan menganggu perhimpunan sebelum acara dimulakan. Tempat kejadian menjadi kelam kabut apabila polis rusuhan mengejar peserta sehingga ke pusat membeli belah, memukul beberapa peserta sepertimana yang dilihat saksi kejadian. Kejadian ini bukan sahaja menyebabkan peserta cedera tetapi yang melihat acara itu turut cedera," kata beliau. Tegasnya, CIJ mengulangi bahawa kebebasan bersuara dan berhimpun seperti mangadakan acara memasang lilin secara aman adalah merupakan hak asasi yang diakui Perlembagaan Persekutuan untuk semua rakyat di negara ini. Dalam perkembangan berkaitan, Parti Sosialis Malaysia mengulangi pendirian nya mendesak kerajaan memansuhkan ISA dan semua undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa bicara. Setiusaha Agung PSM, S. Arutchelvan berkata, ISA telah digunakan terhadap pelbagai pihak termasuk ahli politik, ahli akademik, pelajar, aktivis Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan ramai lagi. Beliau juga menyifatkan ISA sebagai akta paling drakonian di negara ini yang telah digunakan bagi menyeksa, memalukan dan menafikan hak ribuan individu yang ditahan tanpa bicara. "Kesemua bekas Perdana Menteri telah menggunakan ISA untuk kekal berkuasa, sebagai satu senjata untuk mencantas apa-apa ancaman dan boleh digunakan ke atas sesiapapun pada bila-bila masa. "ISA merupakan satu ancaman terhadap demokrasi dan hak asasi dan selagi adanya ISA, saya anggap negara ini masih di dalam perintah berkurung," tegas Arutchelvan. Katanya ISA dikuatkuasakan kerajaan pada 1 Ogos 1960, iaitu sehari selepas perintah darurat berakhir yang meletakkan negara kini dalam satu keadaan yang menyerupai zaman ketika itu. "Keadaan cemas sejak 50 tahun lalu ini perlu dihentikan sekarang juga dan tidak patut diteruskan melalui penggunaan kaedah lain," kata beliau lagi. | ||||||||
| Berikan Kembali Hak Mahasiswa Berpolitik, Mansuh Auku Posted: 03 Aug 2010 05:29 AM PDT Oleh Sidiqin Omar KUALA LUMPUR - Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 yang dianggap mengekang kebebasan dan zalim terhadap mahasiswa terus dihentam apabila Senator Dr Syed Husin Ali mengatakan adalah menjadi hak setiap pelajar institusi pengajian tinggi untuk melibatkan diri dalam urusan negara, termasuk perjalanan dan proses politik demokrasi, sama ada di dalam atau pun di luar kampus. Tambah Dr Syed Husin sebagai kelompok muda yang terpelajar, mahasiswa mempunyai peranan besar untuk menentukan masa depan negara ini. Malangnya akibat kekangan Auku, ia menyebabkan wujudnya budaya dalam kampus yang gagal untuk membentuk manusia yang mempunyai idealisme dan matang dalam membuat keputusan. "Apa yang penting sekarang adalah wujud perbincangan tentang kebebasan yang hendak diberikan termasuk kepada guru siswazah. Malah ada juga Menteri yang mengatakan pensyarah dan pelajar juga boleh berpolitik. Peliknya, masih lagi wujud tindakan keras yang diambil ke atas mereka," kata beliau pada sidang media di lobi parlimen selepas sesi soalan lisan dalam perbahasan Rang Undang-undang Rancangan Malaysia Ke-10 pagi tadi. Beliau yang juga Timbalan Presiden KEADILAN menjelaskan demikian kepada sidang media di lobi Parlimen, , hari ini. Berhubung kes 'UKM 4' yang melibatkan empat mahasiswa jurusan Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia yang didakwa dibawah Auku atas dakwaan terlibat dalam kempen politik semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu, Dr Syed Husin berkata sekiranya seseorang warganegara telah mencapai umur 21 tahun maka dibenarkan untuk mengundi. Ini bermakna larangan ke atas mahasiswa yang melepasi had umur kelayakan tersebut untuk menyokong, menghadiri program politik, berkempen mahu pun bertanding disifatkan tidak masuk akal dan tidak terpakai. "Apa yang menghairankan kehadiran mereka ke sana bukannya untuk menyertai pilihan raya kecil tersebut tetapi untuk menjalankan kajian berkaitan proses dan perjalanan pilhan raya di negara ini. "Sebagai pelajar jurusan Sains Politik, salah satu keperluan tugasan mereka adalah untuk hadir dan membuat kajian dalam pilihan raya," tambah beliau.Dr Syed Husin menegaskan kerajaan perlu sedar bahawa masa depan negara ini terletak di tangan golongan pelajar. Kongkongan terhadap hak dan kebebasan mereka akan mengganggu perkembangan sahsiah dan minda mereka. Oleh itu kata beliau amat wajar sekali jika Auku terus dimansuhkan. | ||||||||
| Posted: 03 Aug 2010 05:15 AM PDT
Tapi apa yang hendak saya kisahkan di sini bukan hal United Malays National Organisation tapi hal Ezam. Secara jujur saya katakan di sini, saya tidak pernah ambil tahu siapa setiausaha politik, setiausaha akhbar atau siapa setiausaha sulit Anwar Ibrahim. Untuk saya semua mereka ini hanyalah apparatchik kalau pun bukan tukang bodek. Pandangan saya ini berasakan budaya politik yang wujud hari ini. P
Gerakan Reformasi muncul sesudah penangkapan Anwar. Gerakan ini menobatkan jalan raya sebagai wadah politik. Kami tidak ambil peduli tentang juak-juak Anwar yang lari dan yang tidak lari. Malah juak-juak Anwar ini tidak pernah masuk dalam perhitungan politik jalan raya kami. Kami juga langsung tidak ambil peduli terhadap 'polong-polong' peliharaan Anwar yang saku mereka telah penuh dengan 'darah saham' dan 'pink form'. Gerakan politik jalan raya hanya bercita-cita untuk menghumbankan United Malays National Organisation ke dalam tong sampah sejarah. Untuk saya jenayah besar United Malays National Organisation hanya satu: membodohkan orang Melayu selama 50 tahun. Saya pun kurang ingat bila Ezam muncul kembali - mungkin sesudah tertubuhnya Parti Keadilan Nasional. Fakta sejarah ini tidak penting. Apa yang penting ialah Ezam terpaksa menerima wadah jalan raya yang telah kami teroka. Kami sedar ada beberapa benggolan juak Anwar yang tidak berapa setuju dengan wadah politik jalan raya.Tetapi kerana ombak jalan raya begitu besar maka mereka terpaksa membuat 'teater' berlakon bersama kami. Reformasi tak peduli Anwar jadi PM Juak-juak Anwar ini sedar dan faham bahawa politik jalan raya inilah sahaja jalannya untuk menumpaskan United Malays National Organistion. Tetapi perjuangan juak-juak ini bukan hendak menumpaskan United Malays National Organistion. Justeru mereka selalu 'memberatkan' gerakan Reformasi. Sebenarnya mereka berjuang agar Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai perdana menteri (PM) Malaysia. Dalam congak politik mereka, apabila Anwar menjadi PM maka mereka akan sekali lagi berkenduri-kendara dan mengumpul 'pink form' dan memungut harta kekayaan.
Akhirnya setelah sepuluh tahun - sebahagian panennya Reformasi telah kita tuai pada 8 Mac 2008 dahulu. Inilah contoh yang dinamakan perjuangan jangka panjang. Menabur benih kesedaran selama sepuluh tahun. Ini kerja politik yang sulit dan bertahan lama. Turun ke jalan raya itu ialah untuk membajak dan menyemai benih kebencian terhadap kuasa politik United Malays National Organisation. Pada ketika ini Ezam telah mudik kembali ke sarang lamanya. Saya sifatkan Ezam ini terkena penyakit KKS - kurang kasih sayang. KKS ini adalah satu penyakit tidak berkuman yang selalu menyerang orang yang rapat dengan Anwar Ibrahim. Hasil dari serangan KKS ini Ezam telah mundar-mandir ke hulu ke hilir berceramah membantai dan menelan kembali semua air liur basinya yang diludahkannya dahulu. Nasib saya agak baik, beberapa hari yang lalu ada kawan menghantar klip video salah satu dari ceramah Ezam. Menurut kawan saya ini klip ini daripada siri ceramah perdana 'Selamatkan Selangor Dari Khir Toyo'. Saya kurang faham apakah Khir Toyo sudah bertukar menjadi Jepun dan menyerang Selangor. Lalu saya menelefon dan bertanya apakah Khir Toyo telah ada bala tentera? Kawan saya ini ketawa berdekah-dekah dan meminta saya kembali ke sekolah untuk belajar ilmu politik. Cis... bongek punya kawan. Maka tidak dapat tidak saya pun terpaksalah melihat klip ceramah Ezam. Tiru Anwar Ezam telah meniru gaya berceramah Anwar Ibrahim. Saya tahu tentang hal ini kerana saya pernah satu masa yang lama dahulu berkongsi pentas dengan Ezam. Ezam telah cuba meniru lenggok dan dengung idgham ma'al 'unnah termasuk tajwid dan sengau si Anwar Ibrahim. Untuk saya gaya ini agak 'geli' tetapi menarik perhatian setengah orang yang mendengar ketika Anwar dalam penjara. Tetapi sekarang ini apabila yang asli telah ada maka Mak Cik Felda tidak akan terpaut untuk datang ke ceramah cap ayam Mat Ezam.
Seperti di zaman Reformasi, Ezam akan ke hulu ke hilir melaung sambil mencabar dari atas pentas ceramah. Ezam mencabar sesiapa sahaja yang berani mempertikai apa yang dicakapkannya. Hebat. Gugat. Tetapi sayang sekali, semuanya telah menyakitkan hati Ezam. Bukan kerana yang mendengar tak ramai - ini pun satu hal - tapi tidak ada sesiapa pun yang ambil peduli dan menyambut cabarannya itu. Semua orang buat tidak peduli sahaja. Malah Lokman Adam, seorang pemikir dalam gerakan Pemuda gerombolan yang lebih kurang sama hebatnya dengan Mat Ezam pun terus memperlekehkan Ezam yang tidak sudah-sudah mencabar. Sesiapa yang ada pergi mendengar ceramah akan tahu bagaimana di pembukaannya, si penceramah akan melafaz berdoa berjela-jela dan selawat dimasukkan ke sana sini untuk menunjukkan betapa alim dan waraknya si penceramah. Pada anggapan si penceramah lagi panjang selawatnya maka lagi sucilah apa yang diperkatakan. Mat Ezam juga tergulung dalam kumpulan ini. Tetapi ada sesuatu yang paling menakjubkan dalam ceramah Ezam yang saya tonton. Saya tidak berbohong. Saya takjub apabila saya terdengar apa yang dikatakan oleh Ezam ini. Mat Ezam berkata yang dia bersyukur kerana dengan pertolongan Allah dia telah mendapat tahu bahawa Anwar ini bermaruah rendah. Bagaimana Allah memberi ilham kepada Ezam tidak pula jelas. Tidak ada pula Ezam menyebut beliau bersuluk atau dia pergi bertapa. 'Ilham' dari Muhyiddin Mengikut ceramah Ezam semenjak mendapat ilham dari Allah, maka dia telah mengambil keputusan untuk meninggalkan bos lamanya Anwar Ibrahim. Kini Anwar yang menjadi idolanya dahulu bukan sahaja seorang yang bermoral rendah malah seorang pengkhianat bangsa. Betul. Anwar dikatakan oleh Ezam sebagai pengkhianat bangsa Melayu.
Sebenarnya, mengaitkan Tuhan dalam politik ini bukan sesuatu yang baru. Kalau kita rajin membaca sejarah kuno Eropah, maka kita akan bertemu dengan para paderi yang mengakui diri mereka mewakili Tuhan di bumi ini. Bayangkan betapa kecutnya petani apabila si paderi datang melawat kampung mereka. Bukan sahaja panen petani ini akan diambil sang paderi malah silap-silap hari bulan anak dan isteri juga akan dibungkus sama. Ini semua dilakukan kononnya atas permintaan Tuhan. Apabila Ezam cuba mengaitkan Allah maka saya angkat tangan menyerah. Saya mengaku kalah. Saya angkat tangan dan angkat topi. Bandingkan, maklumat yang saya terima hanya melalui laporan hospital Pusrawi dan maklumat daripada laporan tuan doktor dari Hospital Kuala Lumpur. Kemudian saya mengikuti laporan akhbar tentang perbicaraan ini. Inilah sumber maklumat saya. Dari maklumat ini saya membuat rumusan berhubung kes liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Tetapi saya ada sedikit kekalutan dan merasa resah. Sebenarnya saya ingin bertanya dengan Ezam apakah beliau tidak diilhamkan tentang siapa sebenarnya membunuh Altantuya. Atau tentang adik Sharlinie Mohd Nasyar yang selama ini masih hilang. Semua ini pelik. Untuk saat ini saya hanya berani berkata seperti dalam kitab Sulalatus Salatin - wallahhu 'alam bissawab - hanya Allah yang Maha Mengetahui. | ||||||||
| Tahanan lari: KP imigresen akur jika ditukar Posted: 03 Aug 2010 05:02 AM PDT
Beliau berkata teguran yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berhubung perkara itu adalah berasas kerana insiden itu membabitkan maruah negara. "Nasib saya... kalau sebagaimana kata Menteri (Dalam Negeri). Kalau sesuatu tidak dilakukan maka ketua pengarah perlu ditukarkan. Saya terima hakikat itu. "Maknanya, saya tidak berperanan atau saya tidak dapat menjalankan tugas dengan baik yang diharapkan oleh menteri dan kerajaan," katanya. Beliau ditemui pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin, yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya hari ini. Dalam kejadian kira-kira 3 pagi semalam, semua tahanan berusia 25 hingga 40 tahun itu, disyaki memotong jeriji dua pintu halangan sebelum menyusup keluar. Sebelum ini, pada 27 April lepas, 12 warga Afghanistan dan empat warga Myanmar berusia 22 hingga 48 tahun menyusup keluar melalui ruang jeriji yang dipotong sebelum melarikan diri dengan memanjat pagar pusat tahanan sama. Hishammuddin, hari ini memberi kata dua kepada Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Mahmood Adam dan Abdul Rahman berhubung insiden berkenaan. Beliau mahu Mahmood dan Abdul Rahman mengambil tindakan terhadap pegawai yang bertugas ketika kejadian itu selain memastikan sistem pemantauan dan penguatkuasaan dilaksanakan dengan berkesan di depot berkenaan. Abdul Rahman berkata pada masa ini, 20 pegawai dan anggota jabatan berkenaan yang bertugas di depoh tersebut ketika kejadian itu berlaku, telah digantung tugas. Pada masa sama, beliau meminta sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan bagi menyiasat kejadian itu supaya mengambil kira semua faktor termasuk kedudukan depoh berkenaan serta mereka yang ditahan di situ. Beliau berkata warga Afghanistan terbabit telah ditahan pada Disember tahun lepas di Kuala Selangor sebelum diserahkan ke depoh berkenaan pada 18 Februari lepas. | ||||||||
| TPM akui rakyat tak faham 1Malaysia Posted: 03 Aug 2010 05:00 AM PDT
Beliau yang bersetuju dengan pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata kerajaan tidak menjangkakan rakyat akan dapat memahami konsep itu selepas setahun ia diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pentadbirannya. Bagaimanapun, katanya, terdapat rakyat yang sudah mula dapat memahaminya. "Kerajaan memberi penjelasan, mengadakan pelbagai program untuk rakyat agar lebih memahami tentang apa yang dimaksudkan tentang gagasan 1Malaysia. | ||||||||
| Suhakam, NGO kesal protes anti-ISA dihalang Posted: 03 Aug 2010 04:56 AM PDT
"Amaran yang sebaiknya dan masa yagn cukup tidak diberikan oleh pihak berkuasa, yang menyebabkan 22 lelaki dan lapan wanita ditahan kerana disyaki menjadi peserta acara nyalan lilin." Sempena 50 tahun ISA diperkenalkan, aktivis NGO dan pembangkang berkumpul di pelbagai tempat bagi menyalakan lilin tanda bantahan terhadap akta kontroversiti itu. Tindakan itu menyebabkan polis menahan 30 orang di Petaling Jaya, empat di Pulau Pinang dan dua di Kelantan atas alasan terlibat dalam perhimpunan tanpa permit.
"Suhakam mencadangkan dalam suatu keadaan apabila polis perlu mengawal atau menyuraikan orang ramai, waktu yang cukup dan cara yang tidak ganas hendaklah digunapakai," katanya sambil mendakwa Suhakam memerhatikan secara langsung demonstrasi di Petaling Jaya pada malam minggu sebelum ini. NGO: Bongkar muka munafik Beliau menegaskan sekali lagi bahawa hak orang ramai untuk berhimpun secara aman dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa.
Tiga badan itu - Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur, Pakatan Penulis untuk Kebebasan Media (Wami) dan NGO pendidikan Pusat Pembangunan LLG - mendakwa Hishammuddin 'melanggar' janjinya pada Jun lalu bahawa pindaan ISA akan menjamin hak berhimpun. "Tetetapi kami berpendapat, tangkapan besar-besaran (pada) 1 Ogos telah bercanggah dengan janji kerajaan dalam pemindahan (pindaan) ISA, membongkarkan muka munafik kerajaan yang mengabaikan hak-hak sivil rakyat," kata mereka dalam satu kenyataan bersama. "Pihak polis barangkali buat-buat lupa terhadap pengisytiharan kerajaan negeri Pulau Pinang yang sebelum ini telah menyediakan Speakers Corner khas untuk rakyat menyatakan sebarang ekspresi diri terhadap apa jua isu semasa yang berlaku," kata setiausahanya Syed mikael Rizal Aidid. | ||||||||
| PBT S'gor haramkan pusat hiburan ambil pekerja Islam Posted: 03 Aug 2010 04:55 AM PDT
Ketua penerangannya Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, tindakan itu ekoran cadangan penambahbaikan yang diperkenalkan oleh wakil PAS dalam PBT.
Tambahnya, PAS Selangor peka dan sentiasa memantau serta memberi perhatian agar penguatkuasaan agensi negeri, termasuk Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ditingkatkan sebagai usaha "amar makruf nahi mungkar" (menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran). Beliau menjawab cabaran timbalan pengerusi Umno negeri Datuk Seri Noh Omar hari ini supaya PAS Selangor mendesak kerajaan Pakatan memastikan pusat hiburan dan rumah urut di negeri itu ditutup sepanjang Ramadan.
Katanya, tindakan itu juka dapat membuktikan PAS tidak berada bawah telunjuk parti komponen lain, khususnya DAP. Dalam satu kenyataan hari ini, Roslan berkata kerja-kerja "amar makruf nahi mungkar" yang diusahakan oleh PAS melalui Pakatan terbukti lebih membawa makna berbanding dengan pentadbiran yang terdahulu. Justeru, Roslan berkata Noh tidak perlu membuang masa melontarkan cabaran agar ditutup pusat hiburan dan rumah urut di Selangor sepanjang Ramadhan "kerana pusat maksiat ini sememangnya tidak wajar dikunjungi oleh umat Islam sepanjang masa." "Yang anehnya tiada pula usaha yang sama dibuat semasa BN diterajui Umno memerintah negeri Selangor sebelum ini," bidasnya. "Sesungguhnya apa yang penting adalah seluruh umat Islam di negeri ini dididik dan faham bahawa sebagai seorang Muslim mereka wajib menjauhkan diri dari sebarang aktiviti dan kerja-kerja mungkar. "PAS melalui kerajaan negeri akan memastikan yang aktiviti penguatkuasaan terus dilaksanakan sehingga maksiat dapat dibendung di negeri ini," katanya. | ||||||||
| Pelajaran bahasa Inggeris untuk Ibrahim Ali Posted: 03 Aug 2010 04:27 AM PDT
Saya tidak pasti sama ada saya terkejut ataupun ia satu penghormatan. Ketika saya menjadi duta, seringkali terjadi demonstrasi terhadap Amerika Syarikat - semuanya membabitkan isu serius.
Isu ini bermula kerana bahasa Inggeris bukan bahasa ibubunda Ibrahim. Saya tidak menyalahkannya kerana dia tidak faham perbezaan itu dalam bahasa Inggeris. Ia bukan bahasa ibundanya. Saya berharap saya mengetahui lebih banyak bahasa Melayu. Bagaimanapun sebelum seseorang berhujah dengan berkobar-kobar selama dua minggu dengan menuduh saya sebagai "tolol" dan "bodoh" (stupid) serta mengetuai bantahan ke atas kedutaan Amerika, sekurang-kurangnya perbetulkan dahulu fakta anda. Namun nampaknya, Ibrahim tidak ambil peduli. Beliau gembira dengan publisiti yang diterimanya di media massa.
Ibrahim sepatutnya menerimanya sebagai satu pujian. Apabila perkataan 'militan' digunakan sebagai adjektif, perkataan itu tidak membawa maksud seseorang itu menggunakan keganasan. Jadi apabila saya menyentuh mengenai PERKASA - hanya enam perkataan dalam rencana pengarang saya yang berjumlah lebih kurang 800 perkataan berhubung "kumpulan baru militan yang bernama PERKASA - saya tidak menggunakannya sebagai 'kata benda'. Saya gunakannya sebagai 'kata sifat' - menunjukkan agesif atau bersungguh-sungguh.
Tetapi saya tidak pernah melabelkan PERKASA sebagai kumpulan yang terbabit dengan keganasan atau terorisme. Bagi rakan-rakan saya di Washington, isu berkenaan boleh diselesaikan dengan mudah jika Ibrahim hanya merujuk kamus Oxford English. | ||||||||
| Surat cinta buat Perdana Menteri Posted: 03 Aug 2010 04:26 AM PDT
| ||||||||
| ISA: Tangkapan dedah sikap munafik kerajaan Posted: 03 Aug 2010 04:23 AM PDT
| ||||||||
| 'Utusan Keadilan' pula di pasaran Posted: 03 Aug 2010 04:22 AM PDT
| ||||||||
| FDI merudum: Mahfuz mahu bertemu Mustapa Posted: 03 Aug 2010 04:21 AM PDT
| ||||||||
| Nik Aziz ikon Bapa Perpaduan - DHPP Posted: 03 Aug 2010 04:19 AM PDT
| ||||||||
| Daftar pemilih: BN tidak konsisten, SPR diperlekeh Posted: 03 Aug 2010 04:18 AM PDT
| ||||||||
| Umno BN bunuh demokrasi - Nizar Posted: 03 Aug 2010 04:15 AM PDT
| ||||||||
| Umno bertahan dengan tentera upahan Posted: 03 Aug 2010 04:12 AM PDT
| ||||||||
| Pakatan pusat tidak halang jika kerajaan negeri panggil PRU berasingan Posted: 03 Aug 2010 04:05 AM PDT KUALA LUMPUR— Ketiga-tiga komponen Pakatan Rakyat (PR) tiada halangan jika kerajaan-kerajaan negeri pimpinannya termasuk di Selangor mahu menggunakan mandat lima tahun dengan sepenuhnya sebelum membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN), yang akan membuka laluan kepada pilihan raya umum negeri. Kelmarin, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengesahkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) tidak akan mengadakan pilihan raya negeri lebih awal jikapun Barisan Nasional (BN) mahu membubarkan Parlimen untuk pilihan raya umum tergempar. Khalid menjelaskan, pentadbirannya berminat untuk memutuskan soal tarikh pilihan raya umum negeri apabila melangkah ke tahun kelima mandat. Ketiga-tiga ketua pilihan raya PKR, DAP dan PAS memberitahu The Malaysian Insider bahawa pihaknya tiada halangan jika PR negeri mahu menggunakan pendekatan sendiri bagi memanggil pilihan raya negeri, sekali gus tidak memenuhi langkah BN. Pengerusi jawatankuasa pilihan raya DAP kebangsaan Tan Kok Wai berkata, pihaknya tiada halangan dan tidak menjadi satu masalah jika kerajaan negeri Selangor mahu memutuskan demikian. "Jika mereka memutuskan, sudah tentu kami tidak akan membantah... itu adalah hak mereka, saya tiada halangan," kata beliau ketika ditemui di pejabatnya di sini. Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh yang memberikan pandangan yang sealiran dengan Tan berkata, kerajaan negeri perlu diberi peluang untuk berfungsi mengikut mandat yang diberikan untuk melaksanakan program dan janji pilihan raya. "Kita juga perlu memberikan peluang kepada setiap rakyat untuk menikmati dan merasai tempoh mandat sepenuhnya supaya memahami apa yang kerajaan negeri boleh melakukan untuk pengundi mereka. "Lagi pun kerajaan negeri semasa (Pakatan) baru dua tahun, dan tidak mungkin dapat melaksanakan kesemua yang dijanjikan dan dihasratkan dalam tiga tahun (jika Parlimen dibubarkan oleh BN)," kata beliau ketika dihubungi hari ini. Malah menurut beliau, BN terus-menerus mendakwa bahawa kerajaan negeri Selangor tidak menunaikan apa yang telah dijanjikan dua tahun lalu. "Jadi mustahil baru tiga tahun dapat melaksanakan semua, jadi kita wajar memberi peluang kepada Pakatan menghabiskan mandat sepenuhnya supaya ada lapangan saingan yang adil dan seimbang (dalam pilihan raya)," kata Ahli Parlimen Kuantan ini. Ketika ditanya sama ada idea membolehkan kerajaan-kerajaan negeri pimpinan PR mengadakan pilihan raya umum negeri secara berasingan sudah dibincangkan, Fuziah berkata, perkara itu pernah dibincangkan tetapi belum ada kata putus yang muktamad. "Apa yang penting kemungkinan mengadakan pilihan raya berasingan boleh dan dibenarkan di bawah undang-undang," katanya. Kira-kira dua minggu lalu beliau berkata PR tidak akan bertanding jika pilihan raya diadakan dalam masa terdekat. Ketua Lajnah Jabatan Pilihan Raya PAS pusat Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata walaupun langkah mengadakan pilihan raya umum negeri secara berasingan ada kebaikan dan keburukan, terserah kepada kerajaan-kerajaan negeri PR untuk mengambil keputusan masing-masing. "Terserah kepada kerajaan negeri masing-masing kalau hendak bubarkan DUN atau tidak seiring dengan BN (jika bubar Parlimen), dan kami bersedia untuk menghadapi apa jua kemungkinan," kata beliau. Kata beliau, oleh kerana perkara ini sudah timbul maka PR pusat akan membincangkan dalam mesyuarat akan datang. "Oleh kerana perkara ini sudah timbul, kami di pusat akan membincangkan nanti," katanya. Dalam pertemuan khas dengan The Malaysian Insider dua minggu lalu, sambil tidak menolak kemungkinan pilihan umum pusat dan negeri ke-13 boleh diadakan berasingan ekoran kepimpinan parti yang berbeza, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih yakin kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat akan melangsungkannya serentak. SPR meletakkan harapan agar trend mengadakan pilihan raya umum serentak di kedua-dua peringkat negeri dan pusat yang diamalkan sekarang, kecuali di Sarawak, akan berterusan walaupun negara berhadapan dengan tsunami politik Mac 2008. Berdasarkan peruntukan undang-undang, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tidak menolak kemungkinan pilihan raya umum membabitkan beberapa negeri akan diadakan berasingan berbanding apa yang disaksikan di Semenanjung sejak negara merdeka. | ||||||||
| Anwar buat aduan polis terhadap Saiful, Farah langgar OSA TERKINI Posted: 03 Aug 2010 04:01 AM PDT ![]() Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang sambung dengar kesnya hari ini. - Gambar Reuters Dalam laporan yang dibuat di balai polis Mahkamah Tinggi Jalan Duta di sini pukul 11 pagi tadi, Anwar mendakwa Saiful dan Farah Azlina telah melanggari Seksyen 8(1) dan Seksyen 8(2) akta itu. "Saya telah membuat laporan polis pagi ini terhadap Saiful dan Farah... saya juga telah meminta polis menyegerakan siasatan mereka. "Pada hari Isnin, kami akan mengemukakan hujah berhubung permohonan untuk mengetepikan tuduhan (liwat)," kata Anwar kepada pemberita selepas membuat laporan polis. Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu mahu tuduhan terhadapnya digugurkan ekoran pendedahan Raja Petra Kamaruddin dalam Malaysia Today dua minggu lalu bahawa Saiful dan Farah Azlina menjalin hubungan romantis. Terdahulu pagi tadi, Anwar memohon kepada mahkamah agar mengetepikan tuduhan liwat dikenakan ke atasnya ekoran pendedahan bahawa Saiful dan Farah Azlina menjalin hubungan romantis. Peguam utama Anwar, Karpal Singh memaklumkan Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah bahawa satu permohonan telah dibuat pagi ini sambil mendakwa pasukan pendakwa diketuai Penguam Cara Kanan II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden telah berkompromi dalam soal integriti ekoran dakwaan hubungan Saiful dengan Farah Azlina. Karpal berkata pihaknya mendapati ada kesalahan dilakukan di bawah Akta Rahsia Rasmi. "Ekoran hubungan (romantis) itu, integriti pendakwa telah dikompromi," kata Karpal di mahkamah pagi ini. Perbicaraan kes liwat disambung semula buat kali pertama hari ini sejak hubungan kedua-dua mereka terdedah dua minggu lalu. Kes itu ditangguh sebelum ini kerana Karpal kurang sihat. Pada 27 Julai lalu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengesahkan Farah Azlina telah digugurkan daripada pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwat Ketua Pembangkang itu. Beliau berkata langkah itu adalah susulan terhadap dakwaan bahawa Farah Azlina mempunyai "hubungan romantis" dengan Saiful yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar pada Jun 2008. Farah Azlina turut digugurkan daripada Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara atas faktor yang sama. | ||||||||
| Mahathir terkilan ramai masih tidak faham 1 Malaysia Posted: 03 Aug 2010 03:54 AM PDT ![]() Mahathir: Masing-masing ada pendapat berbeza dan tidak boleh disatukan, saya berpendapat satu penjelasan perlu dibuat GEORGE TOWNata, penjelasan terperinci dan menyeluruh berhubung slogan 1 Malaysia, yang diperkenalkan pentadbiran Najib lebih setahun lalu, wajar diberi bagi mengelak pandangan berbeza di kalangan masyarakat pelbagai kaum. "Saya bercakap dengan orang Cina, orang Melayu, masing-masing ada pendapat berbeza dan tidak boleh disatukan, saya berpendapat satu penjelasan perlu dibuat," kata bekas perdana menteri kepada pemberita di sini hari ini. Dr Mahathir, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) berkata demikian pada sesi soal jawab sempena Multaqa Yang Dipertua Perkim bersama Guru-guru Pendidikan Islam dan warga Perkim peringkat zon utara di sini hari ini. "Mereka (rakyat) tidak tahu yang mana satu, yang mana untuk orang Cina dan yang mana untuk orang Melayu. Kalau suruh saya buat penjelasan, mana saya tahu bukan saya yang buat slogan itu," kata bekas presiden Umno ini dipetik Bernama. Pada 9 Julai lalu, hasil kajian dikeluarkan firma kajian pendapat umum, Merdeka Center juga menunjukkan konsep 1 Malaysia tidak popular di kalangan bukan Bumiputera. Menurut penemuan itu, kalangan bukan Bumiputera menganggap ia hanya satu usaha Barisan Nasional (BN) mahu memikat sokongan bukan Melayu dan Bumiputera. Hasil kajian itu berkata hanya 39 peratus masyarakat bukan Bumiputera menerima konsep 1 Malaysia walaupun sudah lebih setahun diperkenalkan. "Sementara 46 peratus mendapati ia (konsep 1 Malaysia) hanya satu taktik untuk memenangi sokongan politik bukan Melayu manakala 16 peratus mengatakan mereka tidak mengetahuinya atau enggan menjawab soalan ini," kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian menjelaskan penemuan kajian itu. Konsep 1 Malaysia diperkenalkan oleh Najib sebagai gagasan pentadbirannya 15 bulan yang lalu. Najib mengangkat sumpah sebagai perdana menteri keenam awal April 2009. Pada Mac lalu, kajian Jabatan Penerangan mendapati rakyat keseluruhan tahu kewujudan konsep 1 Malaysia tetapi masih belum mencapai kefahaman penuh tentang konsepnya. Kajian yang dibuat jabatan itu mendapati 80 peratus daripada rakyat negara ini mengetahui berkenaan 1 Malaysia, namun penjelasan mereka tidak menggambarkan pemahaman penuh berkenaan intipati gagasan itu. Ketika diminta mengulas mengenai kes bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik yang dituduh di mahkamah berhubung kes projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Dr Mahathir berkata tidak ada sesiapa boleh terlepas daripada proses undang-undang sama ada golongan kenamaan ataupun bukan. "Itu baru dakwaan, sama ada benar atau tidak, terpulang kepada pihak yang bertanggungjawab menjelaskan. Jika dia tidak salah, harap peguamnya dalam membuktikannya," katanya. Dr Ling, 67, didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya pada Jumaat lepas terhadap tuduhan menipu kerajaan Malaysia untuk memberi persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah di Pelabuhan Klang bagi pembinaan projek "Mega Distribution Hub" yang kini dikenali Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) pada 2002. Beliau didakwa memperdaya Jemaah Menteri supaya bersetuju dengan terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) yang dengan curang menyembunyikan fakta berhubung penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan bagi tanah terbabit. Dr Ling merupakan Menteri Pengangkutan ketika era kepimpinan Dr Mahathir. | ||||||||
| DUN Perak gantung Nizar satu hari Posted: 03 Aug 2010 03:50 AM PDT ![]() Nizar (depan) bersama rakan-rakannya dari Pakatan Rakyat meninggalkan Dewan Undangan Negeri sebagai protes beliau digantung sehari pagi tadi. Kekecohan timbul apabila Nizar (PAS-Pasir Panjang) enggan duduk selepas tempoh 15 minit untuk beliau berbahas berakhir. Datuk Ramly Zahari (BN-Manong) bangun meminta Nizar dikeluarkan dari DUN sambil mendakwa bekas menteri besar itu mahu mencetuskan kekecohan di DUN. Speaker Datuk R. Ganesan yang Nizar enggan merujuknya sebagai Speaker DUN membenarkan Ramly membawa usul di bawah Peraturan Mesyuarat lalu mengarahkan Nizar keluar dewan. "YB Datuk Seri Nizar, sila tinggalkan dewan," kata beliau berulang kali hampir setengah jam. Nizar yang bertegas enggan keluar DUN, ditemani rakan-rakannya dalam PR yang turut bangun dan berhujah secara serentak. "YB Nizar, anda digantung dari Dewan selama sehari, sehinggan sidang berakhir hari ini," kata Ganesan. Ganesan kemudian mengarahkan bentara DUN membawa Nizar keluar tetapi Nizar enggan mematuhi perintah itu. Selepas kekecohan yang berterusan beberapa minit, kesemua 27 wakil rakyat PR memulaukan sidang dan meninggalkan DUN serentak bersama Nizar. |
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |














Mahfuz berkata, perbincangan itu difikirkan perlu bagi membolehkan beliau berkongsi pandangan dan memberikan beberapa formula bagi menarik kembali pelaburan asing.
Di samping itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan memainkan peranan yang penting dalam usaha menyatukan kepelbagaian kaum dalam Pakatan Rakyat, kata Timbalan Pengerusi DHPP Pusat, N Balasubramaniam (gambar).
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) kesal dengan sikap tidak konsisten pemimpin Umno Barisan Nasional (BN) dalam menyelesaikan isu pendaftaran pemilih.
IPOH: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) hari ini menyifatkan kerajaan negeri yang diterajui Umno BN telah membunuh demokrasi apabila pelbagai tindakan bertentangan dengan peraturan persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) dilakukan mereka.
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan keberadaan Umno sehingga kini adalah kerana 'tentera upahan' yang dibayar untuk mempertahankan parti itu agar kekal berkuasa.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan