:: @ AL-BAKISTANI @ :: |
| UMAR SIASAT HARTA ABU HURAIRAH Posted: 03 Aug 2010 09:59 AM PDT Pada zaman umar menjadi khalifah, Abu Hurairah dilantik menjadi amir di daerah Bahrain. Dalam pemerintahan Umar, beliau menetapkan satu ketetapan bahawa setiap orang yang menjawat jawatan dalam kerajaan, yang jika ketika dia menjawat itu, dia mempunyai sehelai pakaian, maka setelah meninggalkan jawatannya itu, hendaklah dia dalam keadaan dengan sehelai pakaian juga. Sekiranya didapati ada lebihan, walau menerusi usaha yang halal sekalipun, maka segala lebihan itu diletakkan dalam baitul mal [perbendaharaan negara]. Makanya, ketika abu hurairah dilantik menjadi amir bahrain yang merupakan jawatan kerajaan, beliau telah bekerja disamping menjawat jawatan tersebut sehingga beliau menjadi orang yang berharta. penambahan harta abu hurairah itu sampai kepada pengetahuan Umar, menyebabkan Umar telah memanggil Abu Hurairah supaya datang mengadap. Ketika berhadapan dengan Abu Hurairah, Umar berkata, "wahai musuh Allah dan musuh kitabullah. apakah kamu telah mencuri harta Allah?" ucapan keras Umar itu menyebabkan Abu Hurairah tersentak, lalu berkata, "aku bukan musuh Allah, dan bukan musuh kitabullah, malahan aku akan menjadi musuh kepada orang yang memusuhi kedua-duanya. Dan aku juga bukan orang yang mencuri harta Allah" "Justeru, dari mana kamu perolehi sepuluh ribu itu?" soal umar kekerasan. "kuda kepunyaanku telah beranak pinak, dan lagi, aku mendapat pemberian dari orang yang mengunjungiku" jawab abu hurairah. "jika begitu, serahkan semua hartamu itu kepada baitul mal [perbendaharaan negara]", arah umar. Mendengar arahan umar, abu hurairah terus menyerahkan semua hartanya kepada, kemudian ia mengangkat tangannya ke langit sambil berdoa, "Ya Allah, ampunilah Amirul mukminin...." Tidak lama kemudian, sekali lagi Umar memanggil Abu Hurairah kembali dan menawarkan jabatan kepadanya di wilayah baru, namun ia ditolak oleh Abu Hurairah dengan katanya, "aku tidak mahu menerima jawatan ini agar kehormatanku tidak sampai tercela, hartaku tidak dirampas dan punggungku tidak dipukul.." [dari kitab ar rijal haul Rasulillah (pahlawan2 di keliling Rasulullah SAW) : m.s 498 - 499] |
| KHILAF UMNO PAS SEPERTI KHILAF MAZHAB? Posted: 03 Aug 2010 03:45 AM PDT Nak tergelak bila ada yang menyamakan perbedaan antara PAS dengan UMNO perlu ditoleransikan sepertimana perbedaan antara mazhab-mazhab Islam. Imam-imam mazhab berselisih dalam memahami sesuatu nas, berselisih cara dalam mentatbiqkan sesuatu nas di sesuatu tempat dan sebagainya. Mereka tidak mengeluarkan pendapat dengan hawa nafsu, tidak memikirkan projek, tidak perkauman, tidak menyelewengkan harta rakyat, tidak tipu rakyat, tidak halalkan ISA dan sebagainya. Justeru menyamakan khilaf antara PAS - UMNO seperti khilaf mazhab, sepertima orang yang menyamakan zina dengan kahwin. Wallahu 'Alam Sekian Al-Bakistani ustaz_bakistani@yahoo.com - sri Indah [b] Sg Buloh 3 Ogos 2010 * 6:46 petang |
| You are subscribed to email updates from :: @ AL-BAKISTANI @ :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan