BRIGED MP SEGAMBUT |
- SAH:PAS PERINTAH TERENGGANU DI PRU 13: DALAM MIMPI JE BEB
- LIM GUAN ENG SETUJU BELA MELAYU DAN MENGUNTUNGKAN MELAYU HA HA
- MEMEY 8 BULAN USUNG TILAM TURUN NAIK KETEMPAT NORMAN?KAH KAH KAH
- CHINA ISLAM TELOKBAKON.COM SILA AMBIL PERHATIAN
- KERAJAAN WAJAR TURUNKAN HARGA AYAM:
- PERISIK-RAKYAT.COM BERALIH TANGAN!!! SILA AMBIL PERHATIAN
- BOLEHKAH FELDA DIANGGAP BANKRAP? HUTANG CECAH RM3 BILLION
- PENGERUSI FELDA DAPAT 2 JUTA SETAHUN?
- BILA NAJIB SUDAH TERDESAK
| SAH:PAS PERINTAH TERENGGANU DI PRU 13: DALAM MIMPI JE BEB Posted: 15 Aug 2010 07:44 AM PDT ANDA MASIH TAK PERCAYA BAHAWA PAS TERENGGANU PUNYA MIMPI INDAH? KARENA MIMPI INDAH TERSEBUT TERLALU MENARIK MAKA PAS DAN PR TERENGGANU AKAN TERUS LENA KARENA MIMPI TERSEBUT TELAH MENUNAIKAN HARAPAN MEREKA MESTI HANYA DALAM TIDUR MEREKA SAHAJA. DALAM DUNIA NYATA JANGAN HARAP MIMPI ITU BERGUNA.. KAH KAHA KAH. PAS TIDAK AKAN MEMERINTAH TERENGGANU TAPI AKAN DIPERINTAH HA HA HA http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs312.snc4/40931_1542179564522_1535948772_1355601_7319652_n.jpg |
| LIM GUAN ENG SETUJU BELA MELAYU DAN MENGUNTUNGKAN MELAYU HA HA Posted: 15 Aug 2010 03:06 AM PDT Bela Melayu Pulau Pinang dalam kerangka kerajaan Mohd Sabri Said PULAU PINANG, 15 Ogos: Orang Melayu Pulau Pinang mesti dibela dalam kerangka kerajaan bukan kerangka pembangkang, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa. Jelasnya, menjadi lebih mudah seandainya segala masalah yang selama ini sukar diselesaikan diatasi dengan mengadakan perbincangan dalam Majlis Pakatan Rakyat atau terus ke pejabat Ketua Menteri. "Orang Melayu kena dibela di Pulau Pinang jangan biarkan mereka hilang pedoman yang akhirnya kucar kacir dan tidak menentu. PAS pula ada kemampuan sekarang memandangkan kita berada dalam kerajaan walaupun satu kerusi," tegasnya ketika merasmikan Munaqasah Ucapan Dasar Presiden PAS di Kompleks An-Nahdoh, Penanti tengah hari tadi. Menurutnya, melalui kerangka dalam kerajaan banyak isu yang membabitkan orang Melayu diselamatkan antaranya berjaya memberhentikan sementara projek untuk memberikan ruang perbincangan antara penduduk dan pemaju. "Satu lagi kejayaan ialah dapat menyatukan dua pihak yang selama ini tidak pernah duduk semeja semata-mata kerana latar belakang politik. "Ketiga ialah pertemuan dengan Ketua Menteri dan beliau sebagai ketua kerajaan setuju untuk menyelesaikan masalah yang membabitkan perkampungan Melayu atau meletakan dasar pembangunan yang menguntungkan orang Melayu sendiri," jelasnya. Katanya, antara kejayaan sepanjang berada dalam Pakatan Rakyat ialah orang Melayu memperolehi tanah perkuburan di Jelutong apabila dua seksyen dikemukakan. "Jangan melayan suara sumbang yang boleh merencatkan pergerakan kita untuk menang tetapi bersama membantu meningkatkan kefahaman bahawa sebuah kerajaan memerlukan berbagai pendekatan, bukan cara lama yang boleh merosakan parti," tambahnya dalam program anjuran Lajnah Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang. Program yang dihadiri oleh Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub itu juga menyarankan agar merapatkan hubungan antara parti gabungan dalam Pakatan Rakyat supaya lebih menyerlah pada pilihanraya umum ke 13 kelak. PAS, kata Ahli Parlimen Parit Buntar itu, mesti memainkan peranan lebih agresif kerana Umno bukan lagi dahan untuk orang Melayu bertaut. "Bagi merealisasikan keadaan itu, PAS kena ke hadapan kerana tanpa penglibatan PAS sukar untuk kita mengharapkan kemenangan," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri. |
| MEMEY 8 BULAN USUNG TILAM TURUN NAIK KETEMPAT NORMAN?KAH KAH KAH Posted: 15 Aug 2010 01:42 AM PDT HULU KLANG: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, dia melihat Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi, membawa selimut dan tilam dari ruangan pejabat atas ke tingkat bawah pejabat Norman Hakim, hampir setiap hari dalam tempoh lapan bulan sebelum pasangan itu ditangkap berkhalwat. TENANG...Norman bersama Memey hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, semalam. TENANG...Norman bersama Memey hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, semalam. Pereka bentuk, Mohd Yusri Abdul Khasan, 55, yang pejabatnya berjiran pejabat Norman mendakwa dia hampir dituduh bersubahat dengan Norman dan Memey oleh penduduk sekeliling kerana tidak membuat laporan walaupun menyaksikan kemungkaran itu. Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 33, dan Memey, 21, didakwa berkhalwat di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP 1/2 Taman Ukay Perdana di sini, pada jam 3 pagi, 30 Oktober 2008. "Pada hari kejadian, saya lihat Memey sekali lagi melakukan perbuatan itu (membawa selimut dan tilam) dan hanya Norman memakai baju-T dan seluar pendek (boxer) berada di dalam (pejabat). "Ketika penguat kuasa membuat serbuan, saya nampak Norman memanjat pintu jeriji besi di bahagian belakang untuk naik ke tingkat atas. Sebelum ini, saya tidak mahu menjadi saksi dan hanya mahu menjadi pengadu. "Tapi, hampir dua tahun berlalu dan pelbagai pembohongan dan helah dilakukan Norman, Memey dan abangnya Saufi. Oleh itu, sebagai orang Islam saya mesti menegakkan kebenaran," katanya ketika menjawab soalan Pendakwa Syarie, Muhamad Nazri Basrawi Mohd Yusri. Norman didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 manakala Memey didakwa mengikut Seksyen 29(1)(b) enakmen sama. Kedua-dua tertuduh yang hadir dengan menaiki kereta Memey diwakili peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan. NAZRI: Jadi kamu yang membuat laporan? YUSRI: Ya, saya mengaku saya membuat laporan. NAZRI: Bila kamu buat laporan ini? YUSRI: Saya tidak ingat, tetapi dua atau tiga hari sebelum pasangan itu ditangkap khalwat. NAZRI: Bagaimana kamu buat aduan itu? YUSRI: Saya pergi sendiri ke pejabat agama. NAZRI: Kenapa kamu buat aduan itu? YUSRI: Saya dituduh bersubahat oleh masyarakat Islam di persekitaran pejabat. Perbuatan mereka (Norman dan Memey) hampir lapan bulan dan berlaku setiap hari melainkan ketika cuti Aidilfitri. Jiran meminta saya buat laporan dari awal lagi, tetapi saya tidak setuju memandangkan bekas isteri Norman iaitu Abby Abadi ketika itu sarat mengandung. Dua atau tiga bulan sebelum mereka ditangkap khalwat, hampir setiap malam Abby datang menjerit di depan pintu dan kadangkala dari tempat letak kereta. Ada kalanya mengganggu jiran sekeliling. Saya memohon maaf kepada jiran yang saya tidak akan mengadu sehingga Abby bersalin. Itu jaminan saya sebab mereka tuduh saya bersubahat. Jika saya tidak tahan (halang), mereka (jiran) sudah lama buat laporan. NAZRI: Adakah kamu memantau pada malam kejadian? YUSRI: Ya, saya diminta pejabat agama untuk memantau pada malam kejadian. Saya tidak perlu risau kerana kejadian berlaku setiap malam. Saya nampak dari lubang pintu (pintu utama) Memey masuk ke pejabat 4-1A sebelum jam 11 malam, Norman sudah ada dalam pejabat. Kemudian pada jam 11 malam, saya lihat Memey naik ke tingkat atas dan kemudian saya melihat ada dua tetamu datang ke pejabat tingkat bawah (seorang lelaki dan seorang wanita) dan disambut Norman. Kira-kira jam 1 pagi, saya lihat Norman dan dua tetamunya keluar dari pintu pejabat dan turun. NAZRI: Selepas itu apa terjadi? YUSRI: Saya lihat Norman mengiringi tetamu keluar dan menutup pintu jeriji serta pintu utama, tetapi tidak dikunci. Tidak sampai satu minit selepas itu, seperti yang saya jangkakan, Memey turun. NAZRI: Kamu nampak jelas? YUSRI: Ya, dengan membawa barang sama setiap hari iaitu selimut dan tilam. NAZRI: Kemudian apa terjadi? YUSRI: Kira-kira 15 hingga 20 minit kemudian, Norman balik dan masuk ke pejabat, saya telefon pejabat agama dan memaklumkan mereka berdua ada di dalam pejabat. NAZRI: Apabila penguat kuasa sampai, berapa anggota ada? YUSRI: Saya tidak pasti, tetapi mereka memenuhi ruang legar pejabat dan mereka meminta kerjasama saya supaya menutup penghawa dingin serta lampu. Kira-kira jam 2.30 pagi, saya dengar jelas seorang demi seorang anggota penguat kuasa bergilir memanggil Norman supaya pintu dibuka. NAZRI: Kamu dengar dengan jelas? YUSRI: Ya, saya dengar mereka panggil sehingga menjerit. Mereka goyang pintu jeriji, tetapi tiada tindak balas dari dalam. NAZRI: Berapa lama penguat kuasa berada di luar pintu? YUSRI: Hampir setengah jam. Ketika itu lampu serta penghawa dingin ditutup menyebabkan saya panas. Oleh kerana keadaan itu, saya membuka tingkap belakang untuk membolehkan angin masuk. Pintu belakang pejabat Norman yang berjeriji besi bersebelahan pintu belakang pejabat saya. Kira-kira 15 minit selepas penguat kuasa mengetuk serta menggegar pintu jeriji Norman, saya mendengar dentuman kuat dari arah belakang. Saya berlari ke belakang dan melihat Norman memanjat naik ke atas pejabat. Ketika itu badan dia (Norman) sudah separuh ke atas. Jarak pintu belakang itu sangat dekat. Malah, saya boleh mencapai kaki Norman jika saya mahu. Bagaimanapun, ketika itu saya memutuskan untuk menutup pintu itu kerana perbincangan awal dengan pejabat agama saya hanya mahu jadi pengadu dan bukan saksi. Bagaimanapun, selepas hampir dua tahun kes ini berjalan dan saya mendengar pelbagai helah daripada Norman, Memey dan Saufi, saya mesti tegak kebenaran. Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie Hakim Salehan Yatim bersambung 3 September depan |
| CHINA ISLAM TELOKBAKON.COM SILA AMBIL PERHATIAN Posted: 15 Aug 2010 01:07 AM PDT Has this site acted as an intermediary resulting in further distribution of malware? Over the past 90 days, telokbakong.com appeared to function as an intermediary for the infection of 9 site(s) including manjongmari.blogspot.com/, idhamlim.blogspot.com/, budakkampungonline.blogspot.com/. Apakah situs ini bertindak sebagai perantara yang mengakibatkan distribusi lebih lanjut dari malware? Selama 90 hari terakhir, telokbakong.com tampaknya berfungsi sebagai perantara untuk infeksi 9 situs (s) termasuk manjongmari.blogspot.com /, idhamlim.blogspot.com /, budakkampungonline.blogspot.com /. blog saudara diatas yang dirasakan membuatkan mbah google telah sedikit memberi gangguan untuk melawati blog saudara..sila jernihkan keadaaan.. dengan mematuhi beberapa persaratan mbah google. |
| KERAJAAN WAJAR TURUNKAN HARGA AYAM: Posted: 15 Aug 2010 12:12 AM PDT JITRA: Kerajaan sedia mengeluarkan permit kepada pengimport ayam bagi menstabilkan harganya jika harga komoditi itu terus meningkat menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Asas Tani, Datuk Wira Mohd Johari Baharom berkata bagaimanapun bekalan ayam, telur dan daging untuk keperluan sepanjang Ramadan dan musim perayaan dijamin mencukupi. Katanya ayam yang dijual sekitar RM7 satu kilogram (kg) di kebanyakan pasar dan pasar raya di seluruh negara sejak umat Islam mula puasa dianggap munasabah kerana ditentukan oleh pasaran walaupun harga di ladang RM4.70 satu kg. "RM7 masih rendah berbanding di negara-negara jiran. Kos pengangkutan, makanan dan permintaan naik mungkin menyebabkan harganya meningkat," katanya ketika diminta mengulas isu harga ayam. Sebelum itu, beliau bersahur bersama satu keluarga miskin di Kampung Teluk Malek, dekat sini pada Ahad. Sehari sebelum puasa bermula harga ayam dilaporkan naik antara 30 sen sehingga 50 sen satu kg dan ia menimbulkan kegelisahan di kalangan orang ramai apabila ia meningkat 100 peratus hari ini. Pada tahun lepas, kementerian membuka permit import kepada syarikat-syarikat namun tiada yang memohon berikutan harga ayam di negara ini masih rendah, katanya. Beliau yang juga Anggota Parlimen Kubang Pasu berkata Persatuan Penternak Ayam di seluruh negara memberi perakuan akan membekalkan ayam secukupnya sehingga Aidilfitri. "Ladang-ladang ternakan yang terdapat di seluruh negara mampu membekalkan 1.4 juta hingga 1.5 juta ekor sehari melebihi permintaan sebanyak 1.3 hingga 1.4 juta ekor sehari pada masa ini," katanya.-BERNAMA |
| PERISIK-RAKYAT.COM BERALIH TANGAN!!! SILA AMBIL PERHATIAN Posted: 15 Aug 2010 12:00 AM PDT Link baru blog hamba - http://perisik-rakyat.blogspot.com/ Harap dapat war-warkan pertukaran link untuk kemaskini... mekasih... |
| BOLEHKAH FELDA DIANGGAP BANKRAP? HUTANG CECAH RM3 BILLION Posted: 14 Aug 2010 10:53 PM PDT Dr Tan: Felda Berhutang RM3 Bilion Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau singkatannya Felda didakwa mendapatkan pinjaman RM3 bilion ringgit dari Kerajaan Malaysia. Bukan sahaja ia berhutang kepada Kerajaan, bahkan Felda didakwa turut berhutang dan tidak mampu membayar kontraktor-kontraktor yang dilantik untuk menguruskan tanah perladangan. Bekas Timbalan Menteri Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata Felda perlu menjelaskan mengapa ia tidak melunaskan pinjaman-pinjaman itu jika benar status kewangan Felda kukuh. "Baru-baru ini mulanya 3 tahun konsep Felda Global yang Perdana Menteri Najib Abdul Razak impikan.Peruntukkan yang sudah diguna ialah sebanyak RM3 billion termasuk wang pinjaman dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Kalau Felda banyak wang kenapa perlu atau terpaksa pinjam dari KWSP?" soal Dr Tan. Kerajaan sebelum ini membidas dakwaan bahawa Felda diancam kemuflisan. Kerajaan bagaimanapun akui bahawa rizab tunai Felda susut daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada hanya RM 1.35 bilion pada 2009. "Banyak kontraktor dan subkontraktor yang buat kerja untuk Felda, dalam terdapat aduan bahawa Felda telah berhutang sebanyak RM300 juta kepada kontraktor. Sudah 8 bulan berlalu tetapi 8 sen pun tak dibayar. Kalau Felda ada banyak wang saya minta pihak felda dan pengerusi Najib sila jawab," kata Dr Tan. Sementara itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Sivarasa Rasiah mencabar Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Yusof Nor mendedahkan pendapatannya selaku pengerusi badan itu. Sivarasa berkata ada dakwaan yang mengatakan bahawa pendapatan Mohd Yusof mencecah RM2 juta setahun termasuk gaji dan elaun. "Walaupun ada kemungkinan dakwaan itu dakwaan semata-mata, namun beliau perlu jawab, khususnya kepada peneroka. Sebagai pengerusi Felda, tentu sekali pendapatannya tinggi," ujar Sivarasa. Baru-baru ini lebih 700 peneroka dari dua penempatan Felda di Negeri Sembilan menyaman Felda sebanyak RM200 juta atas dakwaan penipuan yang telah berlaku selama 15 tahun |
| PENGERUSI FELDA DAPAT 2 JUTA SETAHUN? Posted: 14 Aug 2010 09:48 PM PDT Pengerusi Felda dapat RM2 juta setahun? "Seolah-olah peneroka tidak tahu, bahawa duit itu adalah duit mereka sendiri," katanya. Pada sidang media yang sama, Sivarasa melontar persoalan kepada pengerusi Felda Tan Sri Yusof Nor (kiri, tengah) sama ada benar atau tidak jumlah gaji dan elaun yang diterimanya adalah sebanyak hampir RM2 juta setahun. " Adakah benar atau tidak bahawa jumlah gaji, elaun, dan apa-apa bayaran yang Tan Sri Yusof dapat daripada Felda dan daripada anak-anak syarikat Felda, jumlah ini adalah hampir RM2 juta setahun. Sila beritahulah (kepada rakyat), betul atau tidak," katanya. Sivarasa yang juga ahli parlimen Subang berkata rakyat dan peneroka Felda menunggu jawapan yang akan diberikan Yusof susulan soalan yang dilontarkannya. "Saya cuma nak tahu ya atau tidak, itu sahaja. Jadi saya menantikan jawapan daripada beliau. "Ini kerana sebagai Pengerusi Felda yang mengawal anak-anak syarikat sudah tentu pendapatannya tinggi. "Itu yang saya mahu tahu apakah ganjaran sebenarnya yang diperoleh beliau setiap tahun. Adakah ia ada mencecah RM2 juta," kata Sivarasa.http://www.malaysiakini.com/news/140099 |
| Posted: 14 Aug 2010 08:48 PM PDT Najib terdesak pujuk komuniti Cina Harakahdaily IPOH, 15 Ogos: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semakin terdesak apabila membuat kejutan dengan merayu komuniti Cina di negara ini agar mempercayai beliau sebagai pemimpin yang menjaga kepentingan mereka. "Saya anggap tindakan terdesak oleh seorang pemimpin yang sudah hilang punca dan arah untuk menarik sokongan bangsa Cina bagi mengekalkan kuasa BN," kata Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim. Ketika berucap pada Kongres Ekonomi Cina di Kuala Lumpur kelmarin, Najib berkata seperti ayahnya, beliau adalah juga pemimpin kepada semua rakyat Malaysia dan akan melakarkan apa yang terbaik kepada semua. Menurut Khalil, pujukan yang dibuat oleh Najib menghiasi politik tanah air yang menyaksikan kaum Cina terus menolak perjuangan sempit MCA, satu parti yang satu masa dulu dikatakan mewakili kaum itu. Katanya, penolakan kaum Cina kepada gerakan di Pulau Pinang sehingga memberi laluan kepada Pakatan Rakyat menerajui kerajaan negeri Pulau Mutiara itu membuktikan orang Cina sudah sangat bosan dan tidak percaya dengan perjuangan yang dilakukan oleh parti-parti Cina dalam komponen BN. Malah, ujarnya tsunami politik dalam PRU ke 12 juga merupakan berubahnya sokongan majoriti kaum Cina kepada calon-calon Pakatan Rakyat sehingga keputusan tersebut menghasilkan 4 negeri yang selama ini dikuasai oleh BN berubah kepada Pakatan Rakyat iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor di samping terus kekal di Kelantan. Pakatan Rakyat juga menafikan majoriti 2/3 BN di parlimen, katanya. "Sesudah itu beberapa siri piliharaya kecil (PRK) menyaksikan sokongan orang Cina kepada Pakatan Rakyat terus kekal malah bertambah. "Terakhir BN dimalukan di PRK Sibu walaupun Najib menyogok kepada sekolah Cina sebanyak RM18 juta dan menjanjikan RM5 juta lagi pada malam terakhir kempen. Calon BN tetap dimalukan untuk sekian kalinya," ujarnya. Baginya yang juga Adun Titi Serong, ucapan manis oleh Najib tidak akan melupakan tragedi pada satu masa yang tercatat dalam sejarah politik tanah air apabila Najib pernah mengucapkan sesuatu yang sangat mengguris hati orang Cina. "Apakah PRU ke 13 semakin hampir bila Najib sudah sampai ke tahap sekarang dengan cuba pujuk memujuk kaum Cina supaya yakin kepadanya?" "Seingat saya inilah sejarah dan satu-satunya pemimpin Umno yang ditolak oleh rakyat sehingga kena bertindak memujuk rakyat supaya menyokongnya," katanya lagi. Selepas menyentuh mengenai Model Baru Ekonomi, Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Program Transformasi Kerajaan dalam ucaptama pada Kongres Ekonomi Cina itu, Najib berkata beliau memerlukan 'kritikan membina' daripada semua pihak, termasuk Umno, MCA dan parti komponen BN yang lain. "Seperti leluhur saya, saya akui saya adalah pemimpin untuk semua rakyat Malaysia. Keprihatinan anda adalah keprihatinan saya - bukan sebaliknya. "Saya telah diamanahkan dengan tanggungjawab untuk melakarkan apa yang terbaik untuk masa depan bersama kita. Tetapi saya hanya boleh berjaya dengan sokongan aktif dan penyertaan anda," katanya. Katanya, masyarakat Cina perlu berperanan penting dalam membantu menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi. |
| You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan