Ahad, 15 Ogos 2010

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Amaran PERKASA kepada Najib, Bagai Anjing menyalak Bukit.

Posted: 15 Aug 2010 08:56 AM PDT

Hebat sangatkah PERKASA ni.. hingga boleh mementukan arah tuju pengundi Melayu?

Dulu Perkasa yang kononnya pertubuhan bukan kerajaan terbesar Melayu pimpinan Datuk Ibrahim Ali berkata mereka telah mengenal pasti hampir 15 orang tokoh politik yang dianggap memusuhi dasar perjuangannya dan akan 'dipulau' dalam pilihan raya umum ke-13.

Dari jumlah itu majority merupakan wakil-wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) lain-lainnya ialah dari Barisan Nasional.

Kemudiannya bila berlaku krisis antara Ibrahim Ali dan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong, PERKASA berkata mereka akan memastikan orang Melayu tidak mengundi Wee pada pilihan raya umum akan datang.

Bila Khairy Jamaluddin menyokong Wee Ka Siong, Ibrahim Ali mendesak pula Khairy agar meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Rembau kerana bertolak ansur dalam kepentingan Melayu dalam soal biasiswa dengan mempertahankan Wee Ka Siong.

Hari ini pula Ibrahim Ali yang dirinya sendiri belum pasti kemana arahnya selepas PRU13 memberi kata dua kepada Najib dan UMNO pula agar tidak melayan tuntutan-tuntutan 'melampau' Kongres Ekonomi Cina Malaysia semalam, jika tidak ia akan kehilangan sokongan orang Melayu dalam pilihan raya umum ke-13.

Kelihatan semua desakan dan amaran yang dikeluarkan oleh Ibrahim Ali itu, tidak lebih dari anjing yang menyalak bukit saja… bukit tidak runtuh, Anjing yang terjelir lidah kepenatan.. kah.. kah.. kah..

Fikir nasib diri sendiri dulu lah Ibrahim Ali..

*************************************************

PERKASA beri kata dua kepada PM

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan apa sahaja yang boleh untuk menangani masalah orang Melayu, atau berdepan dengan risiko kehilangan sokongan mereka dalam pilihan raya umum akan datang.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata jika ia tidak dilakukan, orang Melayu akan bertindak balas.

Katanya, mereka mungkin akan diam sekarang, tetapi mereka akan menunjukkan ketidaksenangan mereka itu dalam pilihan raya umum akan datang.

"Orang Melayu akan menolak Umno," kata Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir MAS dalam satu sidang akhbar di ibunegara.

Beliau memberi amaran Umno dan perdana menteri akan kehilangan undi orang Melayu sekiranya kerajaan terus tunduk kepada bukan Melayu dan membiarkan terhakisnya hak istimewa orang Melayu - yang menurutnya dilindungi dalam perlembagaan persekutuan.

Orang Melayu, kata Ibrahim, bimbang dengan pendekatan kerajaan untuk memacu ekonomi.

Dan menurutnya, menteri yang bertanggungjawab pula nampaknya
berminat untuk mengenepikan saki baki kekayaan orang Melayu dan bumiputera.

Ibrahim mengulas 12 resolusi kongres ekonomi MCA semalam, yang salah satu daripadanya menuntut pengurangan 30 peratus ekuiti bumiputera. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan, PERKASA meminta kerajaan mengkaji semula cadangan menggunakan kaedah tender terbuka bagi penjualan tanah strategik dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Ibrahim berkata, sekiranya kaedah itu diteruskan, ia boleh mengakibatkan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera seperti yang terkandung dalam agenda Model Baru Ekonomi (MEB) tidak akan tercapai.

Ibrahim menggesa Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Uda Holding Sdn Bhd mengambil kira kepentingan orang Melayu dan Bumiputera dalam memajukan tanah strategik terutama di sekitar Kuala Lumpur seperti kawasan "segitiga emas", sekitar KLCC, Langgak Golf, Stadium Negara, Stadium Merdeka serta tapak Penjara Pudu.

Kerajaan juga digesa memastikan orang Melayu mendapat manfaat daripada pembangunan di kawasan Sungai Buloh, Sungai Besi dan 118 projek lain.

Beliau juga berkata Sekretariat Majlis Perunding Melayu perlu mengadakan persidangan meja bulat tergempar pada 29 Ogos ini bagi membincangkan agenda ekonomi Bumiputera serta kepentingan negara berkaitan tuntutan 12 perkara oleh Kongres Ekonomi Cina Malaysia semalam.

Ibrahim berkata Perkasa mengecam tuntutan berkenaan yang disifatkan sebagai tidak berterima kasih kepada kaum Melayu dan Bumiputera yang selama ini bertolak ansur terhadap tuntutan Perlembagaan Negara.

"Ia amat melampau dan dilihat sebagai begitu tamak kerana sasaran 30 peratus yang diminta oleh kaum Bumiputera mewakili 67 peratus majoriti rakyat di negara ini, itu yang mereka tolak, selain meminta supaya dilantik wakil-wakil bukan Melayu dalam GLC.

"Mereka menuntut perkara-perkara yang saya anggap sensitif kepada orang Melayu," katanya.

Semalam, Kongres Ekonomi Cina menuntut ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat, selain meminta kerajaan mengamalkan sistem tender terbuka dalam penawaran kontrak kerajaan agar persaingan adil dan tidak berat sebelah dalam bidang perniagaan tempatan, dapat dicapai.

Dalam perkembangan lain, Ibrahim berkata PERKASA akan melancarkan kempen boikot makan ayam selama seminggu mulai Rabu ini berikutan kenaikan harga ayam menjelang musim perayaan.

"Masa tahun 1980-an, kita pernah boikot mandarin oren. Jadi, dalam kes harga ayam ini, kalau pengguna dapat bersabar tidak makan ayam selama seminggu, kita boleh tengok apa akan jadi kepada penternak dan pembekal ayam," katanya.


Malaysiakini

Felda pinjam dari KWSP RM3 Billion.

Posted: 15 Aug 2010 08:20 AM PDT

Oleh Sidiqin Omar

PETALING JAYA 15 Ogos - Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Dr Tan Kwee Kwong mendakwa kekuatan dan kedudukan kewangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tidak sebagaimana digambarkan Umno-Barisan Nasional apabila agensi itu terpaksa meminjam RM3 bilion daripada kerajaan.

Malah Felda juga didakwa tidak lagi mampu membuat pembayaran kepada kontrak yang dilantik untuk mengurus tanah perladangannya sekali gus terjerumus dalam bebanan hutang kepada mereka.

Dr Tan berkata sekiranya benar Felda tidak mengalami masalah hutang yang banyak dan kesempitan kewangan mengapa ia tidak melunaskan pinjaman yang dibuat daripada kerajaan.

Menurut beliau, banyak aduan diterima mengenai kegagalan Felda untuk membuat bayaran kepada kontraktor yang menjalankan projek di tanah rancangan.

"Ada kes di mana sebuah syarikat kontraktor telah lama berurusan dan menjalankan projek bagi pihak Felda di seluruh Semenanjung. Yang peliknya, angka hutang Felda kepada syarikat tersebut telah mencecah RM3 juta, dan sudah 8 bulan syarikat itu tidak menerima bayaran. Kalau Felda ada banyak wang, apa sebabnya tidak bayar kepada kontaktor itu?

"Ramai kontraktor dan subkontraktor yang buat kerja untuk Felda, terdapat aduan Felda berhutang sebanyak RM300 juta kepada kontraktor. Sudah 8 bulan berlalu tetapi 8 sen pun tak dibayar. Jika Felda ada banyak wang saya minta pihak Felda dan Najib sila jawab," kata Dr Tan pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana semalam.

Beliau menegaskan dakwaan ini bukan hanya cakap kosong dan bersandarkan kepada langkah Perdana Menteri melancarkan program yang dinamakan 'Felda Global Venture' untuk memacu agensi itu menjadi pemain dalam industri perladangan dunia.

"Peruntukan sebanyak RM3 bilion telah digunakan, termasuk wang yang dipinjam daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan jaminan kerajaan. Sekiranya kewangan Felda kukuh dan ada banyak simpanan, mengapa mereka menggunaan wang KWSP ini?" soal beliau lagi.

Sebelum ini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan membuat pengakuan di dalam Dewan Rakyat bahawa rizab tunai Felda menjunam daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada hanya RM 1.35 bilion pada 2009.


Suara Keadilan

Videoclip : Kejadian Ribut di Jasin pada 3 Ramadhan lalu..

Posted: 15 Aug 2010 03:11 AM PDT



Dalam kejadian di Jasin, Melaka pada 13 Ogos yang lalu iaitu pada hari ketiga Ramadhan tahun ini dua orang peniaga dan seorang pengunjung terbunuh menakala 18 yang lain cedera dihempap khemah yang diterbangkan ribut dalam kejadian yang melanda kawasan Bazar Ramadan di pekarangan Stadium Jasin.

Ketua Polis Daerah Jasin DSP Che Suza Che Hitam berkata dua peniaga yang terbunuh dalam kejadian pukul 5 petang itu ialah Mahadi Mohamad, 40, berasal dari Kampung Gong Merang, Terengganu; Abdul Omar, 73, dari Kampung Air Merbau di sini dan pengunjung Muhammad bin Wahab, 49, dari Kampung Rim.

"Ketiga-tiga mangsa cedera parah di kepala terkena khemah (panjang) 20 kaki kali 20 kaki (lebar) yang diterbang ribut," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Che Suza berkata Abdul meninggal dunia ditempat kejadian, Mahadi di. Hospital Jasin manakala Muhammad di Hospital Melaka.






Perkasa lashes out at Najib, Nazir for raising NEM again

Posted: 15 Aug 2010 02:28 AM PDT

Malaysia Chronicle

As expected, Perkasa has lashed out at Prime Minister Najib Razak and his brother Nazir for raising the issue of the New Economic Model which Najib had previously promised was just a trial balloon and would not threaten the New Economic Policy favoured by Perkasa patron Mahathir Mohamad.

However, Pakatan Rakyat leaders were unimpressed and cautioned against another 'sandiwara' or play-acting to manipulate the feelings of the various ethnic groups in the country.

"Perkasa is speaking right on cue but basically the noise is just a waste of everyone's time. The whole show including the so-called progressive speeches made by Najib and the rush by the MCA leaders to please him is the usual sandiwara," Batu MP Tian Chua told Malaysia Chronicle.

"If Najib is serious, he would detail the NEM first. At the moment he is asking the Chinese to support an empty plan that has not been fleshed out at all. And the wonder of it, MCA has not thought to ask the PM when the NEM will be delivered. You can see now that Ibrahim has spoken out, Najib may put the NEM on back-burner again and the MCA will look like fools."

Malay support will be lost if NEP dismantled

Tian was referring to the MCA-organized Chinese Economic Congress, where top political and economic leaders had gathered. Some of them like Nazir, the CIMB chief, ACCIM secretary-general David Chua and SP Setia president Liew Kee Sin gave speeches that pulled few punches.

Nazir said the NEP had been "bastardized" by corruption into a version far different from what the originator had envisioned. The NEP was launched in 1971 by his father, second premier Abdul Razak Hussein.

The original aim of the NEP was to eradicate poverty and distribute wealth fairly but due to decades of Umno political dominance, the plan has been abused to promote special rights for the Malays so that the party could maintain its political dominance.

The endemic corruption spawned by the abuse of the NEP has led many foreign investors to call for its repeal. When Najib came to power in April last year, he proposed the more inclusive NEM, which is due to dismantle many of the protective barriers in the NEP that investors have long complained about.

However, that did not stop Ibrahim Ali from ticking off Nazir. The Pasir Mas MP also warned Najib that if he did not maintain the NEP, then Umno would lose the support of the Malays at the next general election.

"Nazir is talking nonsense," Perkasa chief Ibrahim Ali told a press conference on Sunday.

If nothing is done, Malays will react. They might be silent now, but they will show their displeasure at the next general election. The Malays will reject Umno outright.

Bela Melayu Pulau Pinang dalam kerangka kerajaan

Posted: 15 Aug 2010 02:14 AM PDT

Mohd Sabri Said

PULAU PINANG, 15 Ogos: Orang Melayu Pulau Pinang mesti dibela dalam kerangka kerajaan bukan kerangka pembangkang, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa.

Jelasnya, menjadi lebih mudah seandainya segala masalah yang selama ini sukar diselesaikan diatasi dengan mengadakan perbincangan dalam Majlis Pakatan Rakyat atau terus ke pejabat Ketua Menteri.



"Orang Melayu kena dibela di Pulau Pinang jangan biarkan mereka hilang pedoman yang akhirnya kucar kacir dan tidak menentu. PAS pula ada kemampuan sekarang memandangkan kita berada dalam kerajaan walaupun satu kerusi," tegasnya ketika merasmikan Munaqasah Ucapan Dasar Presiden PAS di Kompleks An-Nahdoh, Penanti tengah hari tadi.

Menurutnya, melalui kerangka dalam kerajaan banyak isu yang membabitkan orang Melayu diselamatkan antaranya berjaya memberhentikan sementara projek untuk memberikan ruang perbincangan antara penduduk dan pemaju.

"Satu lagi kejayaan ialah dapat menyatukan dua pihak yang selama ini tidak pernah duduk semeja semata-mata kerana latar belakang politik.

"Ketiga ialah pertemuan dengan Ketua Menteri dan beliau sebagai ketua kerajaan setuju untuk menyelesaikan masalah yang membabitkan perkampungan Melayu atau meletakan dasar pembangunan yang menguntungkan orang Melayu sendiri," jelasnya.

Katanya, antara kejayaan sepanjang berada dalam Pakatan Rakyat ialah orang Melayu memperolehi tanah perkuburan di Jelutong apabila dua seksyen dikemukakan.

"Jangan melayan suara sumbang yang boleh merencatkan pergerakan kita untuk menang tetapi bersama membantu meningkatkan kefahaman bahawa sebuah kerajaan memerlukan berbagai pendekatan, bukan cara lama yang boleh merosakan parti," tambahnya dalam program anjuran Lajnah Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang.

Program yang dihadiri oleh Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub itu juga menyarankan agar merapatkan hubungan antara parti gabungan dalam Pakatan Rakyat supaya lebih menyerlah pada pilihanraya umum ke 13 kelak.

PAS, kata Ahli Parlimen Parit Buntar itu, mesti memainkan peranan lebih agresif kerana Umno bukan lagi dahan untuk orang Melayu bertaut.

"Bagi merealisasikan keadaan itu, PAS kena ke hadapan kerana tanpa penglibatan PAS sukar untuk kita mengharapkan kemenangan," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri.


Harakah Daily

PERKASA bantah tender terbuka

Posted: 15 Aug 2010 01:49 AM PDT

"Ini kerana ia seolah-olah mahu menghakis sedikit kekayaan ekonomi yang masih dimiliki orang Melayu dan Bumiputera di negara ini," kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali.

Nampaknya Ibrahim Ali ini lebih selesa jika kerajaan UMNO/BN menganugerahkan terus tanah-tanah tersebut kepada kroni mereka, biarpun selama ini kita telah melihat betapa besarnya kerugian yang dialami oleh kerajaan UMNO/BN.


Perkasa bantah tender terbuka jual tanah strategik kerajaan
Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 15 Ogos — Perkasa menentang cadangan kerajaan untuk menggunakan mekanismes tender terbuka bagi penjualan tanah-tanah strategik dan juga syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

"Perkasa dengan keras menentang habis-habisan cadangan kerajaan untuk melakukan tender terbuka bagi tanah-tanah strategik kerajaan termasuk GLC.

"Ini kerana ia seolah-olah mahu menghakis sedikit kekayaan ekonomi yang masih dimiliki orang Melayu dan Bumiputera di negara ini," kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali ketika sidang media hari ini.

Beliau berkata kerajaan perlu mengkaji semula cadangan tersebut supaya ada mekanisme baru walaupun tender terbuka tetapi mesti mengandungi kepentingan orang Melayu dan Bumiputera.

"Seperti yang tercatit dalam muka surat 94 laporan RMK-10, kalau tender terbuka dibuat tanpa mengambil kira kepentingan orang Melayu dan Bumiputera apa akan jadi milik dan aset ekuiti mereka dalam negara ini?

"Ia termasuk tanah-tanah tanah-tanah strategik di kawasan "Segitiga Emas" sekitar KLCC, Langgak Golf dan di mana sahaja tanah strategik serta GLC seperti Percetakan Nasional Berhad, CTRM dan Nine Bio.

"Justeru, saya percaya kalau diteruskan dengan apa yang dicadangkan dalam Model Ekonomi Baru (MEB) dan RMK10 pada muka surat 94 secara tender terbuka saya percaya kepentingan Bumiputera yang dikatakan dalam agenda MEB tidak akan kesampaian dan akan jadi retorik semata-mata," katanya.

Sehubungan itu, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas turut mencadangkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Uda Holding Sdn Bhd turut mengambil kira kepentingan orang Melayu dan Bumiputera dalam memajukan tanah-tanah strategik.

"PNB akan memajukan hartanah di kawasan Stadium Negara dan Stadium Merdeka, jika PNB memajukan tanah ini dengan harga jualan yang terlalu mahal maka orang Melayu pasti tidak akan mampu membelinya maka harta Melayu akan jatuh kepada bukan Melayu.

"Maka PNB diseru ambil kira pertimbangan ini iaitu dalam melaksanakan projek di kawasan stretagik itu harus ambil kira pertimbangan orang Melayu dan akan jejaskan hak 30 peratus ekuiti seperti yang disasarkan," katanya.

"Selain itu, Uda Holding telah diamanahkan untuk memajukan tapak Penjara Pudu dan kita harap sebahagian besar pemilikan tanah di kawasan itu juga dapat dimiliki oleh orang Melayu," katanya.

Beliau juga mahu pembangunan di Sungai Buloh, Sungai Besi dan 118 projek lain perlu melibatkan orang Melayu.

"Kita mahu orang Melayu mendapat sebahagian daripada daging bukannya tulang atau kuah yang tiada isi," katanya.


The Malaysian Insider

UMNO rampas tanah rakyat lagi!

Posted: 14 Aug 2010 07:20 PM PDT

Aug 14, 2010,Ahli Dewan Undangan Negeri Teja, Chang Lih Kang sekali lagi membuat laporan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap seorang pemimpin UMNO peringkat bahagian. Chang Lih Kang mendedahkan bahawa sebidang tanah yang sedang diusahakan oleh para penternak ikan hiasan dan petani telah diluluskan kepada sebuah syarikat milik seorang pemimpin UMNO peringkat bahagian.

Menurut Chang Lih Kang, jawapan bertulis Dewan Undangan Negeri telah mengatakan bahawa sebidang tanah seluas 50 ekar yang terletak di Kampung Sungai Itek, Gopeng, telah diberikan kepada sebuah syarikat yang bernama Safura House of Diamond Sdn Bhd.

Tujuan kelulusan tanah tersebut adalah untuk Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT).

Setelah meneliti laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), kami dapati satu fakta yang amat mengejutkan, iaitu salah seorang pemegang saham merupakan Timbalan Ketua Bahagian Gopeng UMNO, Mejar (B) Roslan bin Zakaria!

Pengusaha-pengusaha di tanah tersebut telah membuat banyak kali cubaan untuk memohon tanah, namun semua permohonan mereka ditolak tanpa diberi sebab. Kerajaan negeri di bawah Zambry Abd Kadir tidak memberikan tanah kepada para petani tetapi memberi kepada pemaju adalah suatu tindakan yang tidak berperikemanusiaan. Apatah lagi, kerajaan negeri memberikan tanah tersebut kepada kroninya. Ini adalah satu kes rasuah (salahguna kuasa) yang jelas!

Parti Keadilan Rakyat mengecam sekeras-kerasnya kerakusan kerajaan Barisan Nasional ini. Sekiranya perbuatan ini tidak dihentikan, ramai lagi rakyat akan menderita kerana mereka akan diusir keluar dari tanah yang sedang mereka usahakan sekarang.

Chang Lih Kang menyeru SPRM agar mengambil tindakan yang tegas terhadap orang yang bertanggungjawab atas kes ini. Ini adalah kes salah kuasa yang kedua selepas berlakunya skandal penyelewengan tanah di Kampung Sungai Itek juga, di mana Ketua Bahagian UMNO Gopeng, Hamzah Mohd Kassim telah diberikan kuota 10 lot tanah kampung tersusun.

Ini menunjukkan bahawa UMNO Barisan Nasional telah mereput hingga ke terasnya, sehingga pimpinan-pimpinan peringkat bahagian pun dah rakus dan rasuah.

Untuk mencegah kejadian ini daripada berlaku lagi, saya menggesa agar:

1. Zambry dibekukan jawatannya selaku Pengerusi Jawatankuasa Tanah sepanjang siasatan kes ini dijalankan.

2. Batalkan kelulusan Safura House dan memberikan tanah kepada para petani.

3. Membenarkan wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Tanah supaya satu sistem check and balance akan wujud.

4 Mah Hang Soon yang merupakan satu-satunya exco bukan UMNO, perlu jelaskan kenapa beliau tidak menghalang kes ini daripada berlaku?


Merdeka Review

Najib terdesak pujuk komuniti Cina

Posted: 14 Aug 2010 07:05 PM PDT

IPOH, 15 Ogos: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semakin terdesak apabila membuat kejutan dengan merayu komuniti Cina di negara ini agar mempercayai beliau sebagai pemimpin yang menjaga kepentingan mereka.

"Saya anggap tindakan terdesak oleh seorang pemimpin yang sudah hilang punca dan arah untuk menarik sokongan bangsa Cina bagi mengekalkan kuasa BN," kata Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim.

Ketika berucap pada Kongres Ekonomi Cina di Kuala Lumpur kelmarin, Najib berkata seperti ayahnya, beliau adalah juga pemimpin kepada semua rakyat Malaysia dan akan melakarkan apa yang terbaik kepada semua.

Menurut Khalil, pujukan yang dibuat oleh Najib menghiasi politik tanah air yang menyaksikan kaum Cina terus menolak perjuangan sempit MCA, satu parti yang satu masa dulu dikatakan mewakili kaum itu.

Katanya, penolakan kaum Cina kepada gerakan di Pulau Pinang sehingga memberi laluan kepada Pakatan Rakyat menerajui kerajaan negeri Pulau Mutiara itu membuktikan orang Cina sudah sangat bosan dan tidak percaya dengan perjuangan yang dilakukan oleh parti-parti Cina dalam komponen BN.

Malah, ujarnya tsunami politik dalam PRU ke 12 juga merupakan berubahnya sokongan majoriti kaum Cina kepada calon-calon Pakatan Rakyat sehingga keputusan tersebut menghasilkan 4 negeri yang selama ini dikuasai oleh BN berubah kepada Pakatan Rakyat iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor di samping terus kekal di Kelantan.

Pakatan Rakyat juga menafikan majoriti 2/3 BN di parlimen, katanya.

"Sesudah itu beberapa siri piliharaya kecil (PRK) menyaksikan sokongan orang Cina kepada Pakatan Rakyat terus kekal malah bertambah.

"Terakhir BN dimalukan di PRK Sibu walaupun Najib menyogok kepada sekolah Cina sebanyak RM18 juta dan menjanjikan RM5 juta lagi pada malam terakhir kempen. Calon BN tetap dimalukan untuk sekian kalinya," ujarnya.

Baginya yang juga Adun Titi Serong, ucapan manis oleh Najib tidak akan melupakan tragedi pada satu masa yang tercatat dalam sejarah politik tanah air apabila Najib pernah mengucapkan sesuatu yang sangat mengguris hati orang Cina.

"Apakah PRU ke 13 semakin hampir bila Najib sudah sampai ke tahap sekarang dengan cuba pujuk memujuk kaum Cina supaya yakin kepadanya?"

"Seingat saya inilah sejarah dan satu-satunya pemimpin Umno yang ditolak oleh rakyat sehingga kena bertindak memujuk rakyat supaya menyokongnya," katanya lagi.

Selepas menyentuh mengenai Model Baru Ekonomi, Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Program Transformasi Kerajaan dalam ucaptama pada Kongres Ekonomi Cina itu, Najib berkata beliau memerlukan 'kritikan membina' daripada semua pihak, termasuk Umno, MCA dan parti komponen BN yang lain.

"Seperti leluhur saya, saya akui saya adalah pemimpin untuk semua rakyat Malaysia. Keprihatinan anda adalah keprihatinan saya - bukan sebaliknya.

"Saya telah diamanahkan dengan tanggungjawab untuk melakarkan apa yang terbaik untuk masa depan bersama kita. Tetapi saya hanya boleh berjaya dengan sokongan aktif dan penyertaan anda," katanya.

Katanya, masyarakat Cina perlu berperanan penting dalam membantu menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.


Harakahdaily

UMNO Semakin Bimbang Hilang Kuasa

Posted: 14 Aug 2010 11:07 AM PDT

Oleh Zainal Abidin Nor

KUALA LUMPUR: Kebimbangan Umno dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong parti itu bahawa orang-orang Melayu akan hilang kuasa politik mereka pada masa depan jika terus berpecah belah, tidak berasas.

Ahli Parlimen PAS-Jerai Firdaus Jaafar berkata, isu perpaduan Melayu yang beragama Islam sering diulang-ulang dan ini mendedahkan bahawa mereka (Umno) yang sebenarnya bimbang hilang kuasa.

"Umno sebenarnya bimbang mereka akan kehilangan kuasa politik pada pilihan raya umum nanti," kata beliau ketika di wawancara Free Malaysia Today hari ini.

Menurutnya, Umno nampak pengaruh PAS semakin meluas sekarang ini, bukan sahaja di kalangan orang-orang Melayu beragama Islam tetapi juga di kalangan orang-orang bukan Islam dari berbilang kaum di negara ini.

Firdaus berkata, "isu ini juga dimainkan supaya mereka dapat memecahkan perpaduan dan kerjasama erat di antara DAP, PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat yang semakin mencabar kuasa politik mereka.

"PAS boleh menggantikan Umno dalam memperjuang dan melindungi hak-hak orang Melayu jika Umno terkubur nanti sepertimana kita buktikan di Kedah dan Kelantan," ujar beliau.

Sebaliknya beliau membidas langkah Umno menyerahkan pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang kepada bukan Melayu ketika mereka memenangi 12 kerusi negeri Dewan Undangan Negeri negeri itu.

"Walaupun Umno memenangi lebih kerusi (12 kerusi), jumlah kerusi terbanyak berbanding Gerakan dan MCA, pada pilihan raya umum 2004, tetapi yang memerintah negeri itu ialah Gerakan bukan Umno," jelasnya.

Umno main sentimen takutkan orang Melayu

"Jadi memainkan sentimen bahawa orang-orang Melayu akan kehilangan kuasa adalah semata-mata untuk menakut-nakutkan orang- orang Melayu.

Firdaus, memberitahu berbanding keputusan pilihan raya umum 2004 dan 2008, sebenarnya kerusi Parlimen orang Melayu telah meningkat dari 124 kepada 130 orang.

"Ini menunjukkan wakil rakyat Melayu di Parlimen bertambah apabila Umno banyak kehilangan kerusi Parlimen dan dakwaan kuasa orang-orang Melayu semakin terhakis atau akan hilang kuasa adalah karut semata-mata," ujar beliau.

Mengenai negeri Kedah, beliau berkata negeri itu sungguh bertuah kerana mempunyai kepimpinan yang baik dan bersih dengan mendapat sokongan dari parti DAP dan PKR.

"(Menteri Besar) Ustaz Azizan (Abdul Razak) mendapat kerjasama yang baik dari berbagai pihak hingga dapat menjimatkan perbelanjaan negeri dan menghindar dari gejala rasuah.

"Inilah yang dibimbangi oleh Umno di sana kerana rakyat menyokong penuh usaha-usaha kerajaan negeri dan pucuk pimpinan negeri banyak melakukan ibadah, seperti solat dan berdoa meminta perlindungan daripada Allah SWT," tambah beliau.


Free Malaysia Today

Tiada ulasan: