Ahad, 15 Ogos 2010

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Apa daa.... Makan gaji buta.. Rugi juta-juta

Posted: 15 Aug 2010 08:35 AM PDT


Control macho.... Cakap besor, kata banyak duit, tetapi pinjam duit rakyat yang tersimpan dalam KWSP. Bukan sikit duit pulak tu..... main mata billion. Weh..... RM3 billion!!

Rizab tunai Felda susut sampai tinggal hanya RM1.35 billion, tapi pengerusinya gasak pendapatan sampai RM2 juta setahun. Apa yang dia buat?? Makan gaji buta... Felda semakin bangsat, hutang keliling pinggang..... dia pulak senang lenang hidup dengan duit rakyat Felda. Lepas tu besekongkol pulak denga lanun untuk menipu mereka.

Apabila kena 'telanjang'..... mula gelabah. Pengerusinya gabra.....timbalan menterinya pun macam orang kena sawan kinzir. Meracau tak tentu hala. Nak saman ler.... Suara Keadilan buat fitnah ler dan lepas tu guna kuasa politik melalui KDN untuk bisukan Suara Keadilan. Bacul betul kerana guna kuasa untuk cabul hak demokrasi akhbar yang mendedahkan pemyelewengan mereka!!

Mereka dok berulang-ulang kali dakwa yang kewangan Felda kukuh. Nothing to worry about tetapi.... apa ke jadahnya pinjam RM3 billion duit KWSP. Kalau dah banyak duit sangat apa payah berhutang?? Apa ke benggongnya....

Kalau ler Pengerusi Felda tu ada maruah... dia letak jer jawatan. Tak guna makan duit tak berkat. Makan duit berjuta, hasil titik peluh warga Felda, tetapi tak menyumbang sesuatu yang sifnifikan kepada Felda. Yang dia buat selain mentekedarah duit mereka. Haprak punya pengerusi!!

Oleh itu.... sila jawab dakwaan Dr Tan Kwee Kwong dengan fakta dan bukti yang sahih bukan dengan air liur. Jawab jangan tak jawab...... Ada berani ka?

Rakyat dah semakin bijak...

Posted: 15 Aug 2010 01:11 AM PDT


Kajian Merdeka Centre..... mendapati: Rujuk sini.
  • 6 daripada 10 rakyat Malaysia tidak percaya media arus perdana.
  • 57 peratus orang Melayu tidak percaya pada laporan media arus perdana
  • 58 peratus responden Cina tidak percaya pada media arus perdana,
Kesimpulannya...

Rakyat dah semakin bijak buat penilaian. Minda mereka yang selama ini kena bongsai, sudah mula bercambah!!

Dan... kalau maklumat dirakyatkan terutama melalui capain di hujung jari, pasti percambahan minda mereka akan bertambah cepat dan segar.

Lantas.... janji Pakatan Rakyat untuk merakyatkan 'WIFI' amat dialu-alukan. Ini juga merupakan satu langkah ke arah merakyatkan maklumat. Kemudahan untuk mengakses maklumat dari pelbagai sumber dapat membentuk minda yang matang dalam kalangan rakyat. Minda matang... penilaian matang dan tindakan juga diharapkan akan matang. Semua ini akan melahirkan rakyat yang 'matang'.... yang berkualiti mindanya, isyaAllah.

Dan.... ini juga merupakan satu investment bagi melahirkan modal insan yang berkualiti jika dilaksanakn secara berhemah. Tak rugi apa-apa.... wa cakap lu!! Rakyat akan menjadi semakin pandai dan bijak dan tidak mudah lagi diperbodoh.

Syabas kepada Pakatan Rakyat!! Walk what you talk.... and you can count on us, for our support. InsyaAllah.... PRU13, kita punya dan bendera PR akan berkibaran di Putrajaya!!

No Problemo. Nak ke mana??

Posted: 14 Aug 2010 10:18 PM PDT

No problemo... No problemo....
Buncit perut... tak boleh dibuang sekolah, kan??
Boleh terus bersekolah, kan?
Ponteng 60 hari, baru boleh kena buang sekolah, kan?
Kalau kita bersalin... dapat MC 2 bulan, kan?
Itu pun tak kira ponteng, kan??
Kita deliver dan kita habiskan 'pantang'...
And then... kita boleh bersekolah semula, kan??

Kah.... Kah.... Kah... Kah.... Kah...

Isy...... kalau macam tu kita ada pilihan ler, kan??
Nak bersekolah di sekolah biasa, atau....
Nak masuk.... SMK Perut Buncit Ali Rustam??

Kah.... Kah.... Kah... Kah....

Malaysia Boleh!! Malaysia Boleh!!

Malaysia bisa bikin kita fenin, kan??

Sumber ihlam dari sini.

Sumpah Bawah Ketiak

Posted: 14 Aug 2010 06:12 PM PDT


Betul..... Kak Wan ada tepon.
Suruh jaga Bang Nuar dia...
Sumpah... tarak tipu punya!!
Tak caya tanya sama gua punya amak..
Mak.... Betoikan? Betoikan mak....??

Kah.... Kah... Kah... Kah....Kah...

Cerita lawak senatak sesumpah ada di sini.

Awas sebelum tolong!!

Posted: 14 Aug 2010 10:50 AM PDT


Tolong....!! Tolong...!! Tolong.....!!
Aku tak boleh bernafas...
Aku kelemasan....! Aku dah nak lemas dah!!
Sebelum aku tenggelam... Tolonglah....
Kalau aku tenggelam, habislah masa depan aku...

Ceritanya di sini.

P/S: Awas!! Pikir sebelum tolong!!

Samanlah kamu sebelum kamu disamankan!!

Posted: 14 Aug 2010 09:30 AM PDT


Kah... Kah... Kah... Kah... Kah...!!

Patutler saman yang dicanang tak kunjung tiba. Hanya setakat 'bila-bila masa saja lagi' jer. Sampai ke mahkamah tidak juga. Bila akan sampai agaknya... ya??

Ha... Ha.. Rupanya mungkin FELDA tak boleh nak saman Suara Keadilan. Dia yang beriya-iya riuh nak saman.... alih-alih dia pulak yang kena saman. Itu sebab ada slogan kata.... Samanlah kamu sebelum kamu disamankan. Aaarr.... sekarang, apa macam?? Sebaliknya... saman terhadap FELDA pulak dikatakan akan mari bertubi-tubi. Nantikanlah....

Ini semua mengakibatkan Pengerusinya menjadi macam gila babi. Tak keruan... Macam mana tak keruan kalau tembelang dia pun dah terpecah terbarai. Tabungan FELDA dah semakin kurus dan hampir nak bangkrap..... dia pulak dok 'rembat' pendapatan peribadi hampir RM2 juta setahun. Rakyat FELDA dibagi ler duit kocek raya sebanyak RM350 dan RM150. Malaun lanun betoi!!

Ater, apabila udah gabra.... cuba pulak racuni fikiran rakyat FELDA. Kononnya... peguam ambil upah guaman yang tak berpatutan..... RM500 seorang. Itu rupanya, fitnah semata-mata. Weh.... mana ada RM500!! Rm50 jer seorang. Cabai mulut kang baru tau!!

Sudah bersoreh pasal FELDA ni.... teringat pulak rakyat FELDA Sungai Buaya. Hoi.... apa khabar ngkorang??? Nak tanya sikit.... Duit pampasan yang Najib janji nak bagi tempoh hari, masa PRK Hulu Selangor tu.... udah dapat ke belum??

Kalau dah dapat.... weh.... OKB ler komer!! Kalau tak dapat, ha... ha... ha...tunggu ler. Jangan tunggu sampai kubor panggil mari udah!! Tercelik mata kerana kempunan....

Baca sini, sini dan sini.

Tiada ulasan: