Khamis, 19 Ogos 2010

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Mengapa Bodoh Sangat Timbalan Presiden Nie?

Posted: 18 Aug 2010 10:55 PM PDT

**Dia ni tak reti ke atau buat-buat tak reti yang semua ini hanyalah permainan wayang 'low class' Umno/BN.. Apa bodoh sangat seorang Timbalan Presiden gagal membaca rentak dan langkah sumbang Umno/BN yang semakin tengelam tu.. Tetiba pulak dihulurkan talian hayat.. Adoiya... Pening..

PAS hari ini memberi amaran kepada MCA supaya tidak bermain dengan politik perkauman yang sempit untuk meraih semula sokongan Cina yang semakin luntur kepada BN.

Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa berkata kenyataan presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan resolusi Kongres Ekonomi Cina, Sabtu lalu yang menggesa kerajaan mengurangkan ekuiti bumiputera dalam sektor ekonomi baru-baru ini dilihat tidak matang dan tidak wajar.

"Apa yang diperjuangkan oleh MCA jelas menunjukkan bahawa parti-parti komponen Barisan Nasional gagal mendapat konsensus yang mantap untuk memerintah negara setelah berlaku penafian dua pertiga kuasa majoriti di Dewan Rakyat pada 8 Mac yang lalu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Malah, menurut Nasharudin tindakan MCA yang menyokong dan memastikan resolusi itu diteruskan membuktikan mereka memperjuangkan politik perkauman yang sempit.

Pakatan Rakyat pula, ujarnya telah sama-sama bersetuju untuk berpegang teguh dengan Dasar Pakatan Rakyat yang telah ditandatangani oleh PAS, PKR dan DAP pada bulan Disember 2009 yang lalu.

"Berdasarkan dasar tersebut, Pakatan Rakyat akan melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain sepertimana yang termaktub dalam Perkara 153.


"Ini membuktikan bahawa PAS, PKR dan DAP tetap akan mempertahankan perkara ini bila menerajui kerajaan nanti," katanya lagi.

Sebaliknya, dalam konteks hari ini, Nasharudin yang juga ahli parlimen Bachok mengingatkan parti Cina itu supaya tidak menimbulkan kegelisahan di kalangan rakyat Malaysia, khususnya kaum Melayu.

**Sorang lagi dari puak UG yang sengaja buat-buat bengap

PAS Selangor sokong dan mempertahankan kuota Bumiputera

PAS Selangor kesal yang isu kuota 30% pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor ekonomi terus dipertikaikan. Terbaru ianya dibawa melalui resolusi Kongres Ekonomi Cina anjuran parti MCA Sabtu lepas. MCA yang merupakan komponen Barisan Nasional kelihatan begitu bersungguh mendesak mahu menghapuskan kuota ini.

Sesungguhnya golongan Bumiputera masih jauh ketinggalan dalam sektor ekonomi dan tindakan menghapuskan kuota ini sudah pastilah akan jauh menyisihkan lagi mereka dalam saingan ekonomi terbuka. Banyak usaha perlu dilakukan untuk melatih dan membantu golongan ini dan menghapuskan kuota hanya akan menambah rumitkan keadaan.

PAS Selangor juga akur selain mempertahankan kuota ini usaha untuk membantu golongan lain khasnya kelompok tercicir dalam sektor ekonomi termasuklah dari masyarakat Cina, India dan lain-lain perlu juga diberi perhatian.

Setelah hampir lebih 52 tahun Merdeka PAS Selangor merasakan isu-isu yang telah lama disepakati bersama termasuklah kuota pemilikan ekuiti Bumiputera ini sepatutnya tidak lagi dipertikai atau dipolitikkan oleh mana-mana pihak. Yang penting adalah usaha dan inisiatif semua pihak bagi memastikan yang semua kaum dalam negara terbela dan terjamin nasib dan kebajikan mereka dan tidak ada lagi mana-mana golongan yang tercicir khususnya dalam sektor sosial dan ekonomi.

PAS Selangor akan terus menyokong dan mempertahankan kuota ini selain apa sahaja usaha untuk memartabatkan taraf ekonomi golongan lain yang perlukan bantuan dari pihak berwajib.

*Kenyataan media oleh Roslan Shahir bin Mohd Shahir selaku Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor. -MR


Ezam Sesumpah Diheret Ke Jawi

Posted: 18 Aug 2010 10:41 PM PDT


Gara-gara tulisannya di laman Twitter, Ezam Mohd Nor kini diheret ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atas tuduhan membuat tuduhan qazaf terhadap bekas bosnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Aduan tersebut akan dikemukakan oleh Ketua Pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin - regu lama Ezam dalam sayap parti itu - kepada bahagian penguatkuasaan JAWI petang ini.

"Kita percaya, ini adalah laporan pertama melibatkan Twitter dikemukakan kepada JAWI," kata Shamsul (kanan).


Beliau yang juga pengerusi PKR Melaka berkata, aduan tersebut dibuat berdasarkan empat tulisan ringkas Ezam di laman blog mikro itu, antaranya:

"Saya juga telah lihat betapa jijiknya kerana kuasa politik seorang isteri sanggup biarkan suaminya fitnah orang untuk tutup perangai kejinya yang meliwat."

Menurut seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, "mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina (atau liwat) tanpa mengemukakan, mengikut hukum syarak, empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan."

Jika disabitkan dengan kesalahan qazaf, seseorang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Shamsul memberitahu, beliau akan hadir ke pejabat JAWI pada jam 2.00 petang ini dengan diiringi beberapa pemimpin sayap itu dan aktivis PKR.

Radio Rakyat Online Ke Udara 24 Jam

Posted: 18 Aug 2010 10:16 AM PDT


Satu saluran radio Internet - Radio Rakyat Online sudah ke udara di siaran Internet 24 Jam.

Boleh dengar di www.dinarkelantan.com.my atau di www.radiorakyat.blogspot.com

Kepada sesiapa yang nak iklan produk / pemimpin PR atau BN nak beri ucapan melalui Radio Rakyat amatlah dipersilakan - Rekod suara anda ke MP3 Format dan email kepada admin Radio Rakyat di warta365@yahoo.com

www.radiorakyat.blogspot.com

Kain rentang: Anwar minta polis siasat segera, teliti

Posted: 18 Aug 2010 07:10 AM PDT

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan isu kain rentang provokatif yang didakwa menggunakan foto Sultan Johor yang ditimbulkan pemimpin Umno adalah bertujuan menimbulkan kemarahan rakyat Johor, terutamanya di kawasan majoriti Melayu di luar bandar.

Beliau pada sidang media selepas kenyataannya dirakam tiga anggota polis pagi tadi berkata, tindakan itu juga seolah-olah mahu mengheret Sultan Johor ke kancah politik.

"Sudah tentu perkara ini tidak menguntungkan PKR ataupun Pakatan Rakyat. Ia sengaja dihantar ke kawasan majoriti orang Melayu, seolah-olah kita memperkenalkan Datuk Chua Jui Meng sebagai Menteri Besar Johor.

"Ini tidak benar. Apa yang diputuskan oleh parti adalah beliau dilantik untuk membina kekuatan bagi PKR dan Pakatan Rakyat di negeri Johor.

"Tidak pernah menjadi amalan kita. Apatah lagi apabila ia melibatkan nama baik Tuanku Sultan Johor. Jadi kita minta pihak polis siasat dengan segera dan teliti," katanya.


Chua yang merupakan Pengerusi PKR Johor pula berkata tindakan pihak yang cuba mengaitkan PKR adalah satu tindakan yang berniat jahat untuk menyebabkan Sultan Johor murka kepada parti.

"Kita tidak sebegitu bodoh untuk katakan, yang saya dicalonkan sebagai Menteri Besar Johor. Ini adalah satu muslihat yang gagal.

"Sebagai seorang peguam yang terlatih dalam bidang undang-undang, saya tahu bahawa orang Cina seperti saya tidak boleh menjadi Menteri Besar. Ini tak masuk akal dan tak logik langsung.

"Matlamat mereka gagal, kerana tidak ramai orang yang percaya dengan apa yang ditulis di atas kain rentang itu. Tiada siapa yang untung daripada perbuatan mereka ini. Jadi kami minta pegawai polis siasat dengan segera kejadian ini, dan tangkap mereka yang terlibat dengan komplot ini," kata Chua.

Pengarah Strategik PKR, Tian Chua pula mendakwa, tindakan provokasi itu hanya untuk mewujudkan ketegangan dan perselisihan kaum.

Melihat cara kain rentang itu ditulis pula, beliau tidak menolak kemungkinan ianya dibuat secara tergesa-gesa sehingga gelaran pada nama Datuk Chua Jui Meng juga salah.

Chua katanya, hanya bergelar Datuk bukan Dato' Seri seperti tertera di kain rentang tersebut.

"Walau siapa pun yang menbuat kaian rentang itu, motifnya sangat jelas iaitu mahu mewujudkan ketegangan kaum.

"Kerja menyiapkan kain rentang seperti tergesa-gesa sehingga gelaran Chu Jui Meng pun salah," katanya.

Turut serta pada sidang media itu, ketua PKR Johor, bendahari PKR William Leong.

Terdahulu tiga anggota polis dari ibu pejabat polis daerah Batu Pahat, Johor hadir ke ibu pejabat PKR di Tropicana bagi menyoal-siasat Anwar berhubung perkara tersebut.

Sebelum ini beberapa kain rentang muncul di Johor memaparkan gambar Anwar, Chua dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dengan tulisan 'PKR Johor menyokong penuh Dato' Seri Chua Jui Meng sebagai Pengerusi PKR Johor dan Calon MB Johor".

Pemimpin Umno termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kemudiannya tampil menempelak tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab kerana mengheret Raja-raja Melayu ke kancah politik.

PKR sebelum ini telah manfikan bertanggungjawab terhadap kain rentang tersebut dan telah membuat laporan polis.

Chua juga sebelum ini mendakwa mendapat maklumat bahawa tindakan provokasi menggunakan kain rentang itu didalangi bekas Menteri Besar Umno Johor. - Hrkh

Sekali Berbohong, Akan Terus Berbohong

Posted: 18 Aug 2010 05:32 AM PDT

MUFTI PERAK PERNAH BERBOHONG


Masih ingat bagaimana Mufti Perak terlibat memanjangkan maklumat palsu Raja Sherina. Raja Sherina telah berjumpa beliau dan mendakwa sekumpulan orang Melayu akan dikristiankan di Gereja Silibin Ipoh. Dato Azhar Mansur pelayar negara katanya terlibat.

Laporan Raja Sherina ini pula, Dato Mufti didedahkan dengan sensasi dalam satu forum yang berkaitan murtad di ibu kota. VCD forum yang memuatkankan pengakuan Dato mufti menjadi bukti Dato Mufti memang mendedahkan maklumat yang beliau dapat dari Raja Sherina.

Maklumat dari forum itulah kemudiannya telah disebar melalui SMS kerana menganggap takkan Mufti akan berbohong. Akhirnya sekumpulan umat Islam berkumpul depan Gereja Silibin pada tarikh yang dimaksudkan.

Dato Mufti berlepas tangan mengatakan dia tak terlibat. Raja Sherina (di sini) yang bersalah. Raja Sherina di minta ke Balai polis untuk siasatan dan polis sahkan maklumat itu palsu.


Ini kali kedua Dato Mufti buat kerja yang sama. Modus operandinya sama. Terima maklumat dari orang yang ketiga tentang perlembagaan baru (di sini) kemudian dedahkan dalam forum terbuka. Nanti kalau timbul masalah atau maklumat palsu Dato mufti sekali lagi akan berlepas tangan.

Nota: Memanjangkan berita bohong bermakna dah berbohong. Dalam kes Raja Sherina Dato Mufti dah buat kerja bohong. Maknanya tak benar pengakuan "Saya mufti, takkan saya nak berbohong (disini)". Inilah bukti bahawa Dato mufti memang pernah berbohong

(Sumber)

Dan ini pula kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat 

PAS desak Harussani dedah 'perlembagaan baru'

KUALA LUMPUR, 18 Ogos: PAS mendesak Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mendedahkan kandungan 'perlembagaan baru' dan melaporkan kepada pihak polis untuk disiasat.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, pihaknya terkejut dengan kenyataan Harussani ada 'perlembagaan baru' dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.

Beliau menegaskan, PAS dan Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan perkara tersebut dalam setiap kali pertemuan Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat yang diadakan dua kali sebulan.

Malahan, jelasnya Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama pada 19 Disember 2009 di Shah Alam telah bersepakat untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama- agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.

Di samping itu, melindungi kedudukan Istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum lain sejajar dengan perkara 153.

Selain itu, mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja Berperlembagaan serta memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.

"Tidak ada agenda yang tersembunyi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat, jauh sekali menyediakan perlembagaan baru bagi merungkai perkara yang sudah menjadi kontrak sosial dan telah diterima pakai sejak sekian lama," ujarnya kepada Harakahdaily.

Justeru, katanya PAS berpandangan sekiranya Harussani tidak segera mendedahkan siapakah yang memberi dan isi kandungannya, maka ia akan menimbulkan keresahan di kalangan rakyat di negara ini.

Beliau menambah, sebagai seorang tokoh agama, Harussani mesti bertanggungjawab di atas sebarang kenyataan yang dibuat supaya masyarakat tidak memandang serong terhadap institusi mufti.

"PAS mengharapkan kepada Tan Sri Harussani Zakaria janganlah memanaskan suasana politik yang sedia panas dengan kenyataan seperti ini di tempat awam, kerana bimbang akan menimbulkan suasana yang tidak harmonis," ujarnya lagi.


Hisyamuddin Che Ali

Mata wang syariah: Nik Aziz bidas kerajaan pusat ‘hentam’ Kelantan

Posted: 18 Aug 2010 04:02 AM PDT

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempersoalkan tindakan pusat dan pemimpin Umno yang "menghentam" kerajaan Kelantan yang melancarkan penggunaan mata wang syariah dinar dan dirham di negeri itu minggu lalu.

Nik Aziz berkata Umno akan terus membangkang apa sahaja usaha baik yang dilakukan kerajaan negeri untuk rakyat di negeri itu.

"Kadang-kadang tingkah laku pemimpin Umno mudah untuk dijangka, apa saja yang baik datang dari Kelantan pasti akan dibangkang habis-habisan oleh Umno.

"Sebut sahaja usaha baik yang dilakukan kerajaan Kelantan, berduyun-duyun pemimpin Umno menunjukkan cerdik memberi komen," kata beliau dalam kenyaatan dikeluarkan hari ini.

Menurutnya, sejak PAS memerintah Kelantan pada tahun 1990 sehingga kini ada sahaja bangkangan yang dibuat kerajaan pusat.

"Cuti dua hari seminggu digelar sebagai 'budaya pemalas', akhirnya orang yang sama menelan kembali ludahnya.

"Cuti 60 hari kakitangan wanita yang bersalin turut dipandang sinis, kemudiannya tanpa segan silu ditiru," katanya.


Mursyidul Am PAS itu berkata, bantahan terbaru yang dibuat terhadap kerajaan Kelantan adalah mengenai penggunaan mata wang syariah dinar dan dirham di negeri itu.

"Bila kerajaan negeri lancarkan penggunaan penggunaan mata wang syariah dinar dan dirham, maka bersatulah pemimpin Umno untuk menghentam langkah ini.

"Ramadan yang sepatutnya menjadi bulan damai dan pesta ibadat menjadi pesta kerajaan pusat dan pemimpin Umno menghentam kerajaan Kelantan," katanya.

Nik Aziz juga mempersoalkan tindakan kerajaan pusat yang menghalang usaha kerajaan negeri Kelantan untuk membuat perubahan dalam pembangunan ekonomi negeri itu.

"Saya ingin nyatakan, apa salahnya jika Kelantan ingin memulakan jihad ekonomi ini? Jika kerajaan pusat atau pemimpin Umno enggan memulakannya, janganlah menidakkan usaha pihak lain," katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa penggunaan mata wang syariah bukan mata wang, tetapi hanya pengenalan kepada sistem pertukaran barang.

"Tukar suka sama suka dengan kerelaan tidak pernah dihalang di negara demokrasi ini.

"Setiap orang berkuasa ke atas barangannya dan berhak membuat keputusan. Apa yang salah ialah membuat keputusan ke atas barangan yang kita tidak berhak.

"Contohnya, memberi percuma dua blok minyak minyak milik rakyat yang berharga ratusan bilion ringgit kepada kuasa asing. Atau merompak hak milik rakyat Kelantan ke atas telaga minyak dengan menafikan royalti," tegasnya.

Minggu lalu Nik Aziz melancarkan mata wang syariah dinar dan dirham yang akan digunakan dalam transaksi seharian termasuk pembayaran gaji kepada kakitangan awam.

Kira-kira 1,000 peniaga di bandar ini dilaporkan bersetuju untuk menerima dinar emas dan dirham perak dalam transaksi perniagaan mereka.

Dinar dan dirham itu dikeluarkan oleh anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Kelantan Golden Trade.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan Datuk Husam Musa berkata pelancaran mata wang syariah tersebut adalah pengenalan kepada sistem pertukaran barang yang menggunakan dinar dan dirham itu.

Namun Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed mengingatkan kerajaan Kelantan tidak sewenang-wenangnya membuat peraturan baru seperti penggunaan mata wang syariah dinar dan dirham tanpa merujuk kepada pusat.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, kenyataan Nik Aziz bahawa dinar emas dan dirham perak itu akan dijadikan sebagai mata wang alternatif adalah jelas melanggar peraturan Bank Negara.

Selain itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula berkata hanya Bank Negara yang boleh mengeluarkan wang yang diiktiraf dan sah di negara ini.

'Perang besar' M'sia, Umno tiup sentimen kaum

Posted: 18 Aug 2010 03:54 AM PDT

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menolak laporan Utusan Malaysia kononnya 'perang besar' boleh berlaku di Malaysia sekiranya kerajaan gagal menangani isu perkauman yang bebas diperdebatkan secara terbuka sekarang.

Katanya, ia tidak lain daripada percubaan terakhir Umno yang kini sudah tenat untuk meraih sokongan rakyat terutamanya orang Melayu.

"Saya tak mahu layan Utusan," katanya kepada wartawan pada sidang media di ibupejabat PKR di Tropicana Petaling Jaya hari ini.

Menurut Anwar Umno yang sekarang kehilangan pengaruh untuk memerintah negara, mula dilihat memainkan sentimen perkauman.

"Kita berhadapan dengan satu parti yang sudah tenat dan tahu kehilangan dukungan dan pengaruh orang Melayu dan rakyat.


Dalam rencananya yang bertajuk "Benar, 'perang besar' boleh berlaku di Malaysia", penolong ketua pengarang I, Kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan menulis 'perang' kali ini lebih besar daripada tragedi 13 Mei 1969, kerana itu hanyalah konflik melibatkan kegelisahan kaum atau social unrest yang kecil sahaja.

Menurut Zaini, pelbagai pihak sedang membakar semangat antara satu kaum dengan kaum yang lain, termasuk cubaan untuk menukar perlembagaan Malaysia sekarang kepada satu perlembagaan yang baru.

"Kalau benar ada orang yang mahu buat perlembagaan baru, kita minta perkara itu disiasat kerana ia bertentangan dengan pendirian rakyat negara ini.

Cara ugut

"Ini cara ugut, menakutkan orang supaya kes kezaliman, rasuah itu ditutup. Saya tidak percaya ketegangan ini parah melainkan ia sengaja dimainkan oleh orang-orang berkepentingan," tegas Anwar.

Katanya, sekiranya ada pihak tertentu cuba menghilangkan semua peruntukan orang Melayu-Islam atau hak Raja-Raja Melayu, beliau menggesa supaya pihak polis supaya menyiasat dakwaan tersebut.

"Kalau Pakatan Rakyat, kita ketiga-tiga parti sudah pun tandatangan. Saya, Datuk Seri Hadi Awang dan Lim Kit Siang mengesahkan peruntukan yang ada dalam perlembagaan dengan pendekatan baru untuk rakyat Malaysia lebih yakin," kata Anwar lagi.

Utusan disaman RM50 juta

Dalam perkembangan berkaitan, ketua penerangan PKR, Latheefa Koya yang juga hadir pada sidang media itu berkata surat tuntutan sudah diserahkan kepada akhbar Utusan Malaysia berhubung laporan yang dianggap berniat jahat yang mendakwa Anwar membayar agensi berita luar negara, Cable News Network (CNN) untuk liputan berita.

Latheefa berkata surat tuntutan itu diserahkan oleh Tetuan Edwin, Lim & Suren yang bertindak bagi pihak Anwar.

"Kita meminta pihak Utusan dengan segera menarik balik dan meminta maaf kepada Anwar. Permohonan maaf itu harus dipaparkan sebesar artikel yang disiarkan itu dan berjanji tidak akan mengeluarkan apa-apa artikel seperti itu lagi.

"Sekiranya pihak defendan gagal berbuat demikian dalam masa tujuh hari yang diserahkan hari ini, pihak peguam akan membawa kes ini ke mahkamah untuk saman fitnah RM50 juta," kata Latheefa.

Pada 10 Julai lalu Utusan menyiarkan artikel bertajuk "Anwar Didakwa Bayar CNN" yang menjadi asas kepada tindakan undang-undang yang diambil Anwar terhadap akhbar tersebut.

Sementara itu, ketua penerangan PAS, Idris Ahmad berkata mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria perlu mendedahkan kandungan 'perlembagaan baru' yang didakwanya itu dan melaporkannya kepada polis untuk disiasat.

Mufti harus buat laporan polis

Beliau yang dipetik HarakahDaily berkata PAS terkejut dengan kenyataan Harussani bahawa ada pihak tertentu cuba menggantikan perlembagaan persekutuan bagi menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam perlembagaan sekarang.

"PAS mengharapkan kepada Tan Sri Harussani Zakaria janganlah memanaskan suasana politik yang sedia panas dengan kenyataan seperti ini di tempat awam, kerana bimbang akan menimbulkan suasana yang tidak harmonis," katanya.

Menurut Idris, PAS dan Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan perkara tersebut dalam setiap kali pertemuan Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat yang diadakan dua kali sebulan.

Malahan, jelasnya konvensyen Pakatan Rakyat pertama pada 19 Disember 2009 di Shah Alam telah bersepakat untuk mempertahankan perlembagaan persekutuan, Islam sebagai agama rasmi, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera sejajar dengan perkara 153.

Selain itu, Pakatan juga berikrar mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja Berperlembagaan serta memartabatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau.

"Tidak ada agenda yang tersembunyi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat, jauh sekali menyediakan perlembagaan baru bagi merungkai perkara yang sudah menjadi kontrak sosial dan telah diterima pakai sejak sekian lama," katanya.

Tiada ulasan: