Khamis, 19 Ogos 2010

ANAK SENGAT

ANAK SENGAT


Desak Mufti Dedahkan Perlembagaan Baru

Posted: 19 Aug 2010 12:36 AM PDT

Desak Mufti Dedahkan Perlembagaan Baru

Parti Islam Se-Malaysia PAS terkejut dengan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ada 'perlembagaan baru' dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang. PAS mendesak supaya beliau mendedahkan kandungan Perlembagaan baru dan melaporkan kepada pihak polis untuk disiasat.

PAS dan Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan perkara tersebut dalam setiap kali pertemuan Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat yang diadakan dua kali sebulan. Malahan Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama 19/12/2009 di Shah Alam telah bersepakat untuk :

· Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama- agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai

· Melindungi kedudukan Istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum lain sejajar dengan perkara 153

· Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja Berperlembagaan

· Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum

Tidak ada agenda yang tersembunyi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat, jauh sekali menyediakan perlembagaan baru bagi merungkai perkara yang sudah menjadi kontrak sosial dan telah diterima pakai sejak sekian lama.

PAS berpandangan sekiranya Tan Sri Harussani Zakaria tidak segera mendedahkan siapakah yang memberi dan isi kandungannya, maka ia akan menimbulkan keresahan di kalangan rakyat di negara ini. Sebagai seorang tokoh agama mesti bertanggungjawab di atas sebarang kenyataan yang dibuat supaya masyarakat tidak memandang serong terhadap institusi mufti.

PAS mengharapkan kepada Tan Sri Harussani Zakaria janganlah memanaskan suasana politik yang sedia panas dengan kenyataan seperti ini di tempat awam, kerana bimbang akan menimbulkan suasana yang tidak harmonis.


Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

TERIMA KASIH AWANG ADEK...

Posted: 18 Aug 2010 07:32 PM PDT

Terima kasih Awang Adek. Kemarahan Awang Adek terhadap kerajaan Kelantan telah memperkenalkan Dinar hingga ke luar negara. Tak pasal pasal orang luar yang terlibat dengan kewangan di negara arab tersentuh politik Malaysia khususnya PAS sebagai parti islam.

Promosi Awang Adek sedikit sebanyak menarik perhatian semua pihak. Samada promosi itu baik atau buruk, ia telah memberi publisiti percuma kepada dinar kelantan. Budaya masyarakat Malaysia memang suka kepada perkara yang dipromosi besar besaran. Kini dinar Kelantan telah mendapat sambutan dari rakyat. baca

Mungkin juga sebahagian rakyat yang menyokong dinar emas ini kerana marahkan Awang Adek. Semua rakyat Malaysia masih ingat bahawa Awang adek inilah yang telah mengistiharkan lesen judi bolasepak di Malaysia.Beliau tidak pernah memohon maaaf di atas kemarahan rakyat Malaysia khususnya umat Islam.

Terima kasih awang adek...marah la lagi... Rakyat akan mengajar kamu...

LEBIH SENANG...

Posted: 18 Aug 2010 08:13 AM PDT

Mungkin ada berita baik buat kakitangan kerajaan tahun ini. Apa tidaknya ..Kerajaan Pulau Pinang telah memulakan. Saya hampir pasti Najib yang cuba menjadi juara rakyat tidak mahu tewas kepada Pulau Pinang yang dipimpin Lim Guan Eng. baca

umNo hampir pasti adalah mustahil mereka mampu merampas Pulau Pinang, Namun membiarkan Pulau Pinang menjadikan impian mereka merampas Kedah dan Selangor sebagai mustahil tidak mungkin terjadi. Semua rakyat tahu kerajaan yang menaikkan harga barang terutama minyak adalah kerajaan Najib atas alasan menjimatkan perbelanjaan kerajaan. Kini Pulau Pinang memberi rm 400 kepada kaitangannya atas alasan menghargai rakyat dan kakitanga negeri memeningkan Najib.

Kita nantikan pulak apa janji Najib yang katanya ekonomi Malaysia baik. Kita nantikan juga habuan untuk kakitangan kerajaan negeri Perak yang kononnya mendapat pelaburan 114 Bilion tahun ini. Kalau Pulau Pinangn dapat rm 400 tanpa pelaburan yang banyak..tentunya Perak yang dikhabarkan dapat 114 Bilion pelaburan akan bagi lebih RM 1000. Tentu kawan kawan di pejabat agama dan kakitangan kerajaan negeri yang lain termasuk mufti akan dapat habuan hebat dari umNO.

kita tunggu respon Najib samada lebih dari rm 400 atau dia akan kata ini umpan politik. Jika Najib atau pemimpin umNo lain kata ini politik murahan Guan Eng atau seumpamanya...itu tandanya kerajaan malaysia tiada duit untuk kakitangan kerajaan... harap kawan kawan yang jadi kakitangan kerajaan boleh tersenyum raya tahun ni.... kalau tidak mohonlah jadi kakitangan Pulau Pinang... jika tidakkk jadikan semua negeri di Malaysia diperintah oleh rakan dan parti yang memerintah Pulau Pinang...lebih senang...

Tiada ulasan: