:: @ AL-BAKISTANI @ :: |
- NAK IKUT NABI, ATAU NAK IKUT MAIS ATAU JAIS?
- ROSMAH BOLEH, MP SERDANG TAK BOLEH
- NASI HANGIT PUNCA BERCERAI??
- TAZKIRAH SEBELUM BERBUKA : BAIK BURUK UMAT, TENGOK ULAMANYA
- ORANG ISLAM WAJIB TUTUP AURAT, DALAM DAN LUAR MASJID
| NAK IKUT NABI, ATAU NAK IKUT MAIS ATAU JAIS? Posted: 28 Aug 2010 12:13 PM PDT [1] utusan meroyan kata; KUALA LUMPUR 28 Ogos - Kesucian masjid terus dinodai oleh pembangkang apabila Khamis lalu Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen pula diberi kebebasan berada di saf paling hadapan di Masjid at-Taqwa, Selayang Baru. komen: Zaman nabi SAW, orang kafir masuk ke dalam masjid nabawi, tanpa wujud larangan dari nabi SAW. dalam hadis dinyatakan bahawa Sumamah bin Usal telah diikat di tiang masjid ketika dia belum memeluk islam. [2] utusan meroyan kata; Perbuatan wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bukan sahaja memperkecilkan arahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang melarang orang bukan Islam memasuki ruang solat tetapi turut menghina kesucian agama Islam. komen: MAIS perlu ikut Nabi SAW. Jika MAIS tidak ikut Nabi, maka sebarang arahan MAIS adalah tertolak. Jika MAIS tetap pertahankan pendirian yang bercanggah dengan Nabi, maka itu adalah sesat lagi menyesatkan. Orang bukan islam masuk ke dalam ruang solat, tidak dikira sebagai menghina kesucian agama Islam, sebaliknya ia adalah kemuliaan masjid yang diajar oleh nabi SAW. Jika MAIS tetap menyatakan bahawa membenarkan orang bukan Islam adalah menghina agama islam, samalah mereka menyatakan nabi SAW menghina agama islam. ini kerana, Nabi SAW membenarkan ramai orang bukan islam masuk masjid. [3] utusan meroyan kata; Semalam, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki ruang solat utama kerana mereka tergolong dalam berkeadaan hadas besar. komen: inilah kenyataan yang paling bodoh aku pernah dengar. Zaman nabi SAW, baginda membenarkan orang bukan islam masuk ke masjid. Apakah orang kafir zaman Nabi SAW itu mandi hadas besar? hello brother, kalau kafir mandi wajib pun, mandi dia tak sah. sekian Wallahu 'Alam Al-bakistani - sri Indah [b] Sg buloh 29 Ogos 2010 * 3:21 Pagi |
| ROSMAH BOLEH, MP SERDANG TAK BOLEH Posted: 28 Aug 2010 10:57 AM PDT [MAIS dan JAIS tidak ambil tindakan] [1] MP Serdang, seorang wanita yang tidak beragama islam. dia berucap dalam masjid, dalam keadaan tidak memakai tudung. Perkara ini diisukan oleh UMNO, sehingga sampai ke pihak istana Selangor. Menarik juga melihat isu yang dibangkitkan oleh UMNO ini. Ia memperlihatkan bahawa, betapa kebatilan yang dibawa oleh UMNO semakin teserlah. Semakin jelas lagi nyata, bahawa UMNO adalah satu parti yang membawa ajaran yang sesat lagi menyesatkan. ia mengingatkan aku kepada satu ceramah ustaz Ismail kamus. "kalau tidak mahu bercakap, takut nanti orang kata dia bodoh. lalu dia bercakap, kita pun confirm tahu bahawa dia memang bodoh" ujar ustaz Ismail kamus dalam satu ceramahnya yang menyebabkan ramai yang gelak. maka begitujuga UMNO. Jika tidak bercakap dalam isu islam, dibimbangi orang kata mereka tidak memperjuangkan islam. tiba-tiba ternyata mereka bermain isu agama, maka confirm orang kata bahawa UMNO memang tidak memperjuangkan islam, malahan lebih terbukti mereka memperalatkan islam. [2] Perempuan bukan islam masuk ke masjid tidak ada larangan dalam islam. Malahan banyak bukti dan nas yang menyatakan bahawa non Muslim tidak dilarang masuk ke masjid. namun, isu masuk ke masjid tidak berjaya dimainkan UMNO, lalu dimainkan isu tidak berpakaian sopan ketika berada dalam masjid. kepada orang Islam, sopan bermaksud memakai pakaian yang menutup aurat. adapun kepada orang bukan islam, islam tidak mewajibkan kepada mereka menutup aurat. Namun, apabila mereka masuk ke dalam masjid, maka hendaklah mereka berpakaian sopan. dalam tradisi melayu lama, berpakaian sopan ini tidak sekadar dilihat memakai tudung. malahan, dengan berpakaian baju kurung pun, sudah cukup dikira sebagai sopan. ini adalah kebudayaan melayu, bukan ajaran islam. Justeru, bagi wanita islam, menutup aurat adalah wajib, sama ada berada di dalam masjid, mahupun berada diluar masjid. Adapun wanita yang tidak beragama Islam, keberadaan dalam masjid, cukup sekadar berpakaian sopan. berpakaian sopan itu, sudah cukup dilihat kepada uruf sesuatu masyarakat Islam [di Malaysia, seperti baju kurung]. Namun begitu, jika mereka mengenakan tudung, maka itu adalah terlebih baik. sekian Wallahu 'Alam Al-Bakistani - Sri Indah [b] sg Buloh 29 Ogos 2010 * 2:11 pagi |
| Posted: 28 Aug 2010 04:02 AM PDT ![]() Kadang-kadang, ada orang tua yang berumur 60 tahun boleh bercerai dengan isteri yang puncanya adalah isterinya masak nasi hangit. Jika difikir sekali, sudah pasti kita akan mengatakan ia satu perkara yang pelik. Sebenarnya, bercerai tersebut bukan kerana nasi yang hangit, tetapi ia disebabkan cara teguran yang dilakukan itu tidak kena dan tepat dengan caranya yang sebenar. sekian Wallahu 'Alam Al-Bakistani - Sri Indah [b] Sg buloh 28 Ogos 2010 * 7:03 petang |
| TAZKIRAH SEBELUM BERBUKA : BAIK BURUK UMAT, TENGOK ULAMANYA Posted: 28 Aug 2010 03:32 AM PDT Firman Allah; فَوَيْلٌ لِلَّذِينَ يَكْتُبُونَ الْكِتَابَ بِأَيْدِيهِمْ ثُمَّ يَقُولُونَ هَذَا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ لِيَشْتَرُوا بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا فَوَيْلٌ لَهُمْ مِمَّا كَتَبَتْ أَيْدِيهِمْ وَوَيْلٌ لَهُمْ مِمَّا يَكْسِبُونَ Maksudnya; "Maka kecelakaan yAng besarlah bagi orang-orang yang menulis Al Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya; "Ini dari Allah", (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang mereka kerjakan" (surah Al-Baqarah : 79) Bukti penyelewengan dalam agama yahudi dan nasrani ini, semakin hari semakin terbongkar. Seperti agama nasrani yang membaca bible yang kononnya berasal dari kitab taurat dan injil. Orang sudah buat kajian, dan terbukti bahawa bible yang mereka dakwa sebagai kitab suci itu sebenarnya tidak suci. Penuh dengan segala keraguan dan kekacauan. seperti wujud percanggahan antara satu ayat dengan ayat yang lain yang membuktikan bahawa ia bukan kalam tuhan, sebaliknya adalah kalam makhluk. Ada sebilangan orang-orang kristian yang terbuka hati mereka, menyebabkan mereka memeluk Islam. Mereka menyatakan bahawa kitab bible, mereka sendiri susah hendak membedakan antara perkataan Nabi Isa, perkataan kawan-kawan Nabi Isa dan perkataan anak-anak murid Nabi Isa. Apabila bercampur-aduk antara perkataan tersebut, maka mula timbul keraguan dan pertanyaan, apakah kitab bible mereka ini benar-benar datang dari Allah, ataupun ia rekaan-rekaan yang dilakukan oleh orang-orang agama mereka? Ekoran itu, semakin hari semakin terbongkar kekalutan agama kristian, dan terus menerus agama kristian ini ditolak oleh pengikut agama mereka sendiri. Inilah dilemma yang menimpa yahudi dan nasrani, atau dalam bahasa lain disebut sebagai ahli kitab. Kerosakan mereka ini, bukan disebabkan oleh orang-orang jahil, tetapi berpunca dari ahbar-ahbar. Dalam islam, ada ulama. Di Malaysia disebut sebagai Tok Guru atau ustaz, di Pakistan disebut sebagai maulana, di Iran disebut sebagai Ayatollah, di Fatani disebut sebagai baba, dan dalam agama yahudi dan nasrani disebut sebagai ahbar. Di dunia mana pun, para ilmuan agama ini dihormati. Kalau ilmuan agama ini bertaqwa, ada perasaan takut kepada Allah, mereka tidak akan mengambil kesempatan terhadap penghormatan yang diberikan itu. Namun, apa boleh buat, bahawa wujud di sana ilmuan-ilmuan agama yang tidak ada perasaan takut kepada Allah. Justeru, penghormatan yang diberi ini digunakan sesuka hati, sehingga sanggup melakukan penyelewengan terhadap agama. Keadaan ini menimpa kepada ahbar, iaitu ilmuan-ilmuan agama yahudi dan nasrani. Ekoran itu, jadilah agama yahudi dan nasrani yang tidak asli dan tidak 'original' lagi. Penyelewengan itu bermula dari kitab panduan mereka. golongan ahbar ini, menulis dan mengedit sebilangan besar dari kandungan kitab taurat dan injil mengikut pemikiran mereka, lalu mereka mendakwa kitab itu datang dari Allah. Dakwaan mereka itu, dipercayai oleh pengikut mereka, menyebabkan mereka menjadi sesat dan menyesatkan. Keadaan ini berbeda dengan Al-Quran. Bermula dari Awal al-Quran sampai akhir Al-Quran, semuanya adalah perkataan Allah, tanpa masuk sebarang perkataan makhluk. Ini membuktikan bahawa, Al-Quran ini benar-benar dijaga oleh Allah SWT. Firman Allah; إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ Maksudnya; "Sesungguhnya kami menurunkan zikr (Al-Quran), dan sesungguhnya kamu pasti akan menjaganya" (Al-Hujr : 15) Sekian wallahu 'alam Al-Bakistani - sri Indah [b] sg buloh 28 ogos 2010 * 6:33 petang |
| ORANG ISLAM WAJIB TUTUP AURAT, DALAM DAN LUAR MASJID Posted: 28 Aug 2010 01:16 AM PDT [1] Semasa Malaysia ditimpa fenomena Mawi, aku masih ingat bagaimana seorang pengkomen dari salah seorang artis perempuan Melayu yang beragama islam memberi komen terhadap nyanyian Mawi dalam Akademi fantasia. "kalau nak komen mawi, saya kena pakai tudung" lebih kurang begitu ungkap pengkomen yang merupakan seorang artis perempuan yang beragama islam. Sekali dengar, ia seperti gurauan. Tetapi, apabila difikir, kita akan rasa ada sesuatu yang tidak kena disebalik ucapan itu. "Apakah Allah SWT itu wujud hanya ketika mawi sedang menyanyi?" Mungkin itu soalan yang terpancul dalam pemikiran kita ketika mendengar ungkapan artis terbabit tersebut. Maka, keadaan yang agak sama juga sedang dikecohkan dua dan tiga hari ini. seorang YB perempuan dari parti DAP yang tidak beragama Islam, telah melawat salah sebuah surau untuk menyampaikan bantuan kepada umat islam dalam surau. Kehadiran YB yang tidak beragama Islam itu, dalam keadaan tidak menutup aurat. Rambutnya terbuka, dan bajunya dilihat agak sendat. Maka itu menjadi isu. Isu ini, perlu difikirkan dalam beberapa factor. Antaranya adalah, YB terbabit tidak beragama islam, yang sudah pasti tidak boleh dipaksa [suruhan syariah] terhadap YB itu memakai tudung. Berbeda kalau YB itu beragama islam. [2] Kewajipan menutup aurat adalah kewajipan syariah. Dalam Al-Quran, Allah SWT berfirman; وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آَبَائِهِنَّ أَوْ آَبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ Maksudnya; "Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung" (Surah An-Nur : 31) Dalam firman Allah SWT ini, Allah SWY menurunkan kewajipan dengan menyebut "katakanlah kepada perempuan yang beriman". Dengan maksud, kewajipan ini tidak boleh dipaksa terhadap perempuan yang tidak beriman dengan Allah SWT. Firman Allah; لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ Maksudnya; "Tiada paksaan dalam agama" (Surah Al-Baqarah : 256) Maqasid disebalik kewajipan menutup aurat ini, dinyatakan oleh Allah SWT adalah untuk menundukkan pandangan lelaki terhadap perempuan, pandangan perempuan terhadap lelaki. Ekoran itu, terjagalah antara satu sama lain daripada melakukan kerosakan dari sudut keturunan, iaitu berzina. Ekoran itu, apabila kita melihat pada firman Allah SWT pada ayat 30, dari surah An-nur, Allah SWT menyatakan; قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ Maksudnya; "katakanlah kepada orang mukminin, hendaklah mereka menundukkan daripada pandangan mereka, dan menjaga kemalian mereka" (Surah An-Nur : 30) Dalam ayat ini, Allah SWT mengarahkan agar kaum lelaki [mukmin] agar menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan mereka. Kemudian pula, pada ayat 30 Allah SWT menyatakan; وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنّ Maksudnya; "Katakanlah kepada perempuan yang beriman, bahawa hendaklah mereka menundukkan daripada pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka" (surah An-Nur : 30) Dalam ayat ini pula, Allah SWT menyatakan maqasid yang sama, iaitu menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Namun, kemungkinan manusia itu tidak tahu bagaimana hendak menundukkan pandangan mereka, dan seterusnya menyelamatkan mereka daripada melakukan penzinaan [tidak menjaga kemaluan mereka], maka Allah SWT memperincikan soal aurat perempuan, menerusi sambungan ayat ini. Kewajipan dalam ayat ini, menunjukkan kepada kita bahawa aurat wajib ditutup, bagi menyelamatkan masyarakat dari terjebak kepada zina. Tidak kira ia di dalam masjid, ataupun di luar masjid. [3] Menutup aurat adalah kewajipan yang Allah SWT wajibkan kepada orang islam. adapun orang bukan islam, ia tidak ditaklifkan perkara ini [ini mengikut pendapat syafie. Adapun mengikut pendapat hanafi, orang kafir ditimpa dua dosa, iaitu dosa kafir dan dosa tidak melakukan kewajipan syarak. Walau mereka melakukan juga kewajipan syarak, kewajipan itu tetap tidak sah] Kewajipan menutup aurat ini, bukan sekadar di dalam masjid, malahan diwajibkan juga di luar masjid. Orang perempuan islam yang membuka aurat di luar masjid, maka hukumnya adalah tetap berdosa. Adapun dalam masjid, larangan membuka aurat disebabkan masjid adalah tempat awam. Sesiapa sahaja dibenarkan masuk ke dalam masjid, tanpa boleh dilarang. Ekoran itu, larangan membuka aurat dalam masjid adalah memberi maksud, bimbang aurat terlihat oleh sesiapa sahaja yang masuk ke dalam masjid. Lebih-lebih lagi, masjid adalah tempat ibadat, untuk manusia menghampirkan diri mereka kepada Allah. [4] Peliknya, UMNO terlalu bising tentang perempuan bukan islam yang membuka aurat ketika masuk ke dalam masjid. Tetapi, mereka tidak pernah bising pun tentang isteri-isteri pemimpin parti mereka yang membuka aurat. Apakah UMNO beranggapan, menutup aurat itu wajib kepada perempuan yang tidak beragama islam? Apakah UMNO beranggapan, tidak wajib menutup aurat ketika berada di luar masjid? Sekian Wallahu 'Alam Al-Bakistani - Sri Indah [b] Sg Buloh 28 ogos 2010 * 4:14 petang |
| You are subscribed to email updates from :: @ AL-BAKISTANI @ :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan