Khamis, 12 Ogos 2010

Anak Cucu Nabi Adam

Anak Cucu Nabi Adam


Sime Darby hadapi masalah lagi di Indonesia pula

Posted: 11 Aug 2010 10:47 PM PDT

Umpama jatuh ditimpa tangga, Sime Darby, syarikat yang belum pulih daripada derita kerugian hampir RM3 bilion tahun lalu terus dibelenggu masalah, kali ini di negara jiran, Indonesia.

Kumpulan Guthrie Berhad, syarikat yang kini sebahagian daripada Sime Darby, baru-baru ini diarah membayar tuntutan sivil kepada syarikat Indonesia PT Adhiyasa Saranamas oleh Mahkamah Agung Indonesia lebih dari USD25 juta, yang kini menggelembung sehingga USD41 juta.

Sebuah portal berita online melaporkan bahawa masalah itu telah dibawa ke perhatian parlimen negara itu untuk diselesaikan berikutan Guthrie terus mengingkari perintah untuk membayar.

"Pengingkaran terus daripada syarikat yang mempunyai kaitan kerajaan Malaysia telah menimbulkan tanda tanya atas kewujudan broker dan mafia undang-undang di sebalik kes ini," lapor Rakyat Merdeka, sebuah portal berita online di Indonesia.

Persengketaan antara dua syarikat tersebut bermula pada tahun 2000 ketika Guthrie Berhad merancang untuk menguasai aset PT Holdico Kuasa yang telah diambil alih oleh Badan Penyehatan Perbankan Nasional (BPPN) milik kerajaan Indonesia.

Guthrie telah melantik PT Adhiyasa Saranamas sebagai orang tengah untuk memudahkan prosedur dalam pengambilalihan PT Holdico Kuasa, serta anak syarikat dan aset milik syarikat berkenaan termasuk ladang kelapa sawit di beberapa bandar.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, Guthrie telah bersetuju untuk memberikan yuran sebanyak tujuh peratus daripada hasil nilai urus niaga untuk Adhiyasa, menurut portal tersebut.

Selepas pengambilalihan berjaya, syarikat milik kerajaan Malaysia itu telah dituduh melanggar kontrak kerana sengaja melewatkan bayaran yang dijanjikan kepada Adhiyasa.

Adhiyasa kemudian mengambil pelbagai tindakan undang-undang, tetapi gagal, bahkan sehinggakan permohonan rayuannya di Mahkamah Agung Indonesia tidak mendatangkan hasil.

Pada tahun 2007, dengan pelbagai kelengkapan dokumen dan bukti, Adhiyasa telah berjaya mendapatkan perintah Mahkamah Agung untuk mengarahkan Guthrie untuk memenuhi kewajipannya dalam membayar yuran yang dijanjikan, dengan enam peratus tambahan sebagai bunga.

Namun, keputusan ini terus diingkari Guthrie sehingga memaksa Adhiyasa untuk mengajukan petisyen dengan Mahkamah Negeri Jakarta Selatan untuk merampas aset Guthrie yang akhirnya diterima.

(Gambar: Salah satu dokumen yang disiarkan Raja Petra dalam Malaysia-Today tentang Guthrie di Indonesia yang dikatakan sedang menghadapi masalah)

Rakyat Merdeka menambah bahawa Guthrie cuba untuk melawan penghakiman tersebut dengan menyekat perintah untuk pembayaran melalui PT Holdico Kuasa, syarikat yang dikuasainya pada tahun 2000.

Kumpulan Guthrie merupakan syarikat yang terlibat dalam perladangan dan pengilangan yang dibeli pada tahun 1981 di bawah pemerintahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed melalui syarikat pelaburan kerajaan Pemodalan Nasional Berhad (PNB) menerusi Bursa Saham London.

Bersama kerajaan dan PNB sebagai pemegang saham terbesar, Guthrie digabungkan dengan Sime Darby dan Golden Hope untuk membentuk Synergy Drive, kemudiannya Sime Darby sebagai nama bersama.

Pada November 2007, Sime Darby menjadi syarikat terbesar di Malaysia dan syarikat perladangan terbesar di dunia dengan bank tanah lebih daripada 540,000 hektar. Namun begitu, akibat salah urus tadbir, Sime Darby dilaporkan berada di dalam kemelut pentadbiran dengan kerugian hampir RM3 billion pada tahun lepas.

~MK~

Kelantan lancar matawang syariah dinar dan dirham

Posted: 11 Aug 2010 10:46 PM PDT

Selepas empat tahun Dinar Kelantan dilancarkan, hari ini di di bawah kepemimpinan ulama sekali lagi dicetus sejarah apabila melancar pula matawang syariah, Dinar dan Dirham Kelantan. Majlis bersejarah itu disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan Trade Centre (KTC).

Program sempena Ramadan tersebut dianjurkan bersama Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Kelantan Golden Trade Sdn Bhd. Pada majlis perasmian terbabit Menteri Besar melakukan gimik pelancaran dengan menyimpan dinar dan dirham ke dalam sebuah mesin untuk simpanan Tabung Haji.

Matawang Dinar dan Dirham Kelantan boleh digunakan untuk pembayaran gaji, zakat, mas kahwin dan perniagaan. Pada 2006 kerajaan negeri melancarkan Dinar Kelantan dalam tiga bentuk iaitu satu dinar penuh berukuran 23 mm dengan berat 4.25 gm bernilai RM332.25.

Selain itu separuh dinar bersaiz 20 mm (1.06 gm) bernilai RM176.76) dan suku dinar bersaiz 21 mm (0.5 gm) bernilai RM99.38. Kini nilaian dinar tersebut sudah meningkat berbanding ketika dilancarkan. Dinar tersebut mendapat sambutan menggalakkan untuk simpanan nilai dan mas kahwin

~harakah~

Muhyiddin merangkap jawatan batu api selain TPM

Posted: 11 Aug 2010 10:43 PM PDT

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menjangkakan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan tetap menjadi batu api dengan memanipulasi kenyataannya serta kenyataan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang lain kelak.

Menurut beliau, dengan menjadi bati api membolehkan Muhyiddin, Timbalan Perdana Menteri berusaha mengelirukan orang-orang Melayu supaya Umno BN tidak tumbang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13).

"Dulu dia (Muhyiddin) laga-lagakan Presiden PASdengan Tony Phua, sekarang dia laga-lagakan saya dengan Ustaz Hadi.

"Selepas ini, tentu dia akan tetap laga-lagakan yang lain sebab dia ini batu api, batu api memang begitu untuk selamatkan Umno pada PRU13 nanti," ujarnya pagi tadi ketika menghubungi Harakahdaily.

Baginya, tindakan Muhyiddin itu sebenarnya bermotif apabila asyik menggembar-gemburkan wacana awam berhubung polisi Melayu Bumiputera mendapat diskaun 7 hingga 10 peratus pada pembelian rumah dan bangunan komersial yang masing-masing bernilai minimum RM500 ribu dan RM2 juta.

"Dia memang suka lebih banyak Melayu miskin yang ramai sebab dengan demikian itu orang-orang kaya termasuk pemimpin-pemimpin Umno yang sedia kaya boleh terus dapat lebih banyak subsidi.

"Mereka ini memang suka batu api ini, mereka suka Melayu miskin yang ramai kerana kalau Melayu miskin dah tak ada, mereka ini tak dapat subsidi lagi," tegasnya.

Ekoran itu, beliau turut mempersoal rasionalisme pada pendirian Muhyiddin pula.

"Bagaimana nak selesainya kemiskinan orang-orang Melayu kalau Muhyiddin mempertahankan dasar memberi subsidi dan diskaun-diskaun ini hanya pada orang-orang kaya," soalnya.

Sebagai contoh, beliau berkata, Bumiputera yang sedia kaya raya sahaja akan terus menikmati subsidi RM35 ribu atau diskaun 7 peratus dalam pembelian rumah mewah bernilai RM500 ribu umpamanya, kerana orang-orang Melayu miskin mustahil boleh memberi rumah-rumah mewah ini.

"Inilah yang segelintir ahli-ahli Umno yang tinggal di rumah kos rendah, PPRT (projek perumahan rakyat termiskin) tidak nampak.

"Mereka sokong perjuangkan batu api ini tetapi orang lain yang dapat subsidi-subsidi ini," ujarnya sambil mencabar Muhyiddin memperjuangkan diskaun atau subsidi yang lebih besar pada penjualan hartanah kos rendah dan sederhana untuk orang Melayu termiskin.

Sehubungan itu, beliau berkata, tidak timbul isu percanggahan pendapat antara kenyataannya dengan Abdul Hadi itu.

"Pendirian saya dan Abdul Hadi sebenar tidak berbeza, iaitu kita nak bantu orang Melayu, kita nak bantu orang miskin, bukannya membantu Melayu dan Bumiputera yang sedia kaya.

"Tak ada percanggahan antara saya dan Abdul Hadi sebenarnya, ini kerja batu api namanya," tegasnya lagi sambil menyuarakan rasa yakin bahawa orang-orang Melayu dan bukan Melayu tidak terpengaruh dengan budaya batu api itu.

Selasa lalu, Muhyiddin, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional merangkap Timbalan Presiden Umno mencabar Khalid menyokong pendirian Abdul Hadi kononnya atas dasar perjuangan Melayu.

Cabaran itu ekoran Khalid mengambil 'jalan tengah' dengan mengadunkan cadangan dinamik Abdul Hadi dan Tony itu supaya tetap menguntungkan orang-orang Melayu bawahan, bukannya mereka yang kaya raya.

Khalid pada perkembangan yang sama turut dilaporkan mendakwa perjuangan Muhyiddin bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang dipopularkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri walaupun Muhyiddin sendiri berkali-kali menafikan hakikat tersebut.

Ini kerana, beliau berkata, Muhyiddin masih dilihat sebagai ekstrem Melayu, sedangkan Najib cuba memujuk orang-orang bukan Melayu supaya kembali menyokong Umno BN melalui slogan tersebut pada pilihan raya akan datang.

~harakah~

BN 'ludah' sesama sendiri

Posted: 11 Aug 2010 10:41 PM PDT

Apalah sangat RM15 juta untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat Selangor jika dibandingkan dengan "nasihat RM70 juta Apco" hanya untuk "memberitahu bagaimana menyampaikan mesej".

Demikian Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mempertahankan tindakan kerajaan negeri memperuntukkan wang bagi tujuan mempertingkat keberkesanan penyampaian maklumatnya.

Justeru, Khalid berkata, dakwaan MCA bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menyalahgunakan wang pembayar cukai bagi kekal dalam kuasa, boleh disifatkan sebagai 'meludah ke muka sendiri'.

"Apabila Umno, MCA atau MIC berkata begini (membazir), mereka ibarat meludah ke udara, akhirnya jatuh ke muka sendiri," katanya.

Pada 26 Julai lalu, Khalid mengumumkan peruntukan itu bagi memberikan lebih maklumat supaya rakyat dapat membuat keputusan lebih bijaksana.

Menurutnya, dana itu akan digunakan untuk menyebarkan maklumat melalui portal TVSelangor, Selangor Kini (termasuk versi cetak) dan mewujudkan radio negeri sendiri.

Siapa mula dulu?

Ketika diwawancara Malaysiakini di pejabatnya di Shah Alam kelmarin, Khalid berkata peruntukan untuk 'perang maklumat' itu hanya mewakili satu peratus perbelanjaan negeri, bersamaan satu sen untuk setiap rakyat Selangor.


Katanya, langkah itu terpaksa diambil kerana kerajaan persekutuan telah "mengkhianati" mereka dalam menyediakan sokongan komunikasi.

"Kamu hendak kata ini (untuk tujuan) politik? Ya (benar), tetapi siapa yang mulakan dulu?" Soalnya kembali.

Sementara itu, bercakap tentang ura-ura kerajaan Selangor akan menjalankan pilihan raya negeri berasingan dengan di peringkat parlimen, Khalid masih memilih berteka-teki tentang perkara itu.

"Politik juga satu strategi. Jika kerajaan persekutuan jatuh dan kami rasa boleh memang, kami akan sertai permainan," katanya yang juga ADUN Ijok dan ahli parlimen Bandar Tun Razak.

Ditanya tentang dakwaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa pilihan raya berasingan sukar dan menambahkan perbelanjaan dan masa, Khalid sebaliknya menghentam kembali badan itu.

'Jangan sebodoh kerajaan'

"Ini yang saya bimbang tentang SPR. Rakyat pilih kita untuk lima tahun bukan atas dasar ADUN dan ahli parlimen patut datang dan keluar bersama-sama.

Pada 28 Julai, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata terdapat kesukaran dalam melaksanakan idea itu, termasuk akan berlaku penambahan masa dan kos perbelanjaan mengurus pilihan raya serta menyebabkan pengundi tidak selesa.

Katanya, lagnkah itu jika diambil boleh menyebabkan berlaku pergeseran antara kerajaan negeri dengan sultan atau gabernor kerana kuasa membubarkan DUN terletak di tangan ketua negeri.

Menurutnya, pengalaman di negara-negara maju, kerajaan bukan sahaja membelanjakan wang untuk mengadakan pilihan raya tetapi tutut memperuntukan wang untuk parti politik, termasuk daripada pembangkang.

~MK~

Felda akan saman Suara Keadilan 'bila-bila masa'

Posted: 11 Aug 2010 10:38 PM PDT

Felda akan memfailkan saman pada bila-bila terhadap akhbar rasmi PKR - Suara Keadilan - yang mendakwa agensi itu bankrap.

"Saya dimaklumkan (oleh peguam) bahawa saman itu akan dibuat bila-bila masa," kata pengerusi Felda, Tan Sri Yusof Nor hari ini.

Ditanya tarikh yang tepat saman itu akan difailkan, beliau berkata itu diserahkan kepada peguam. Beliau memberitahu demikian dalam satu sidang media selepas menyampaikan sijil rundingan meja bulat minyak sawit mapan (RSPO) di Wisma.Felda di ibunegara.

Menurutnya, sikap negatif yang ditujukan kepada Felda mempunyai "agenda politik tertentu".

"Ia sebenarnya bersifat politikal," katanya lagi.

Mengulas mengenai tindakan 766 peneroka di Negeri Sembilan yang menyaman Felda Isnin lalu, Yusuf mendakwa, ia diuruskan oleh sebuah kumpulan tertentu supaya peneroka mendengar cakap mereka.

~MK~

Mahkamah Persekutuan tolak rayuan RM2.5 juta Malek

Posted: 11 Aug 2010 10:26 PM PDT

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan rayuan bekas tahanan menurut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Abdul Malek Hussein yang hilang ganti rugi RM2.5 juta setelah Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan kerajaan untuk mengetepikan tuntutan samannya.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alaudin Md Sherif yang mengetuai panel tiga hakim berkata mahkamah berpuas hati dengan ketiga-tiga soalan yang diajukan mengikut Seksyen 96, Akta Mahkamah Keadilan (Courts of Judicature Act ) kerana isu berkenaan tidak jatuh di bawah peruntukkan itu.

"Justeru, permohonan ditolak."

Mahkamah juga mengarahkan Abdul Malek membanyar RM20,000 sebagai kos kepada ketiga-tiga responden. Berikutan keputusan Mahkamah Rayuan 25 Mac lalu, Abdul Malek tidak layak mendapat sebarang pampasan kewangan tetapi sebaliknya diarahkan untuk membayar kos RM50,000.

Pada 2007, hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Hishamudin Mohd Yunus, memutuskan penahanan Abdul Malek ketika demonstrasi reformasi itu dibuat dengan niat jahat berdasarkan Artikel 5, Perlembagaan Persekutuan.

Mahkamah juga menganugerahkan gantirugi RM2.5 juta kepadanya.

~MK~

Seorang lagi bekas pemimpin bakal didakwa

Posted: 11 Aug 2010 10:25 PM PDT

Seorang lagi bekas pemimpin diuar-uarkan akan didakwa hari ini. Khabar angin itu menyaksikan wartawan dan jurugambar bekejar ke bangunan Mahkamah Sesyen Putrajaya sejak jam 9 pagi lagi.

Ketika ini, tidak kurang 15 petugas media berkumpul untuk mendapatkan kepastian khabar angin berkenaan. Usaha untuk mendapatkan maklumat lanjut tidak berjaya. Tiada juga kakitangan daripada Pejabat Peguam Negara atau bekas pemimpin itu kelihatan berada di situ.

Pejabat Peguam Negara yang dihubungi enggan mengesahkan perkara itu tetapi tidak juga menafikannya. Mereka yang dihubungi enggan mengulas dan menyatakan "mereka pun tidak tahu apa ceritanya."

Adalah dipercayai pendakwaan hari ini mungkin juga berhubung skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Pada 29 julai lalu, bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik didakwa di mahkamah sesyen yang sama atas tuduhan memperdayakan kerajaan bagi memberi persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah, Pelabuhan Klang bagi pembinaan projek 'Mega Distribution Hub' yang kini dikenali PKFZ, pada 2002.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 25 September 2002 dan 6 November 2002 di tingkat empat, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya.

~MK~

Seks Dalam Islam

Posted: 11 Aug 2010 08:49 PM PDT

Sebagai bahagian dari fitrah manusia, Islam tidak pernah membelakangkan hasrat seksual. Islam memberikan panduan lengkap agar seks boleh dinikmati seorang muslim tanpa harus kehilangan ibadahnya.

Bulan Syawal, bagi umat Islam, boleh dikira sebagai musim kahwin. Anggapan ini tentu bukan tanpa alasan. Kalangan pemuda dan pemudi biasanya memilih bulan tersebut sebagai waktu untuk melangsungkan aqad nikah.

Kebiasaan tersebut tidak terlepas dari anjuran para ulama yang bersumber dari ungkapan Sayyidatina Aisyah binti Abu Bakar Shiddiq yang dinikahi Baginda Nabi pada bulan Syawal. Ia berkata, "Sesungguhnya pernikahan di bulan Syawal itu penuh keberkatan dan mengandungi banyak kebaikan."

Namun, untuk menggapai kebahagiaan sejati dalam rumahtangga tentu saja tidak cukup dengan menikah di bulan Syawal. Ada banyak hal yang perlu dipelajari dan diamalkan secara saksama oleh pasangan suami isteri agar meraih ketenteraman (sakinah), cinta (mawaddah) dan kasih sayang (rahmah), baik lahir maupun batin. Salah satunya dan yang paling penting adalah persoalan hubungan intim atau dalam bahasa fiqih disebut jima'.

Sebagai salah tujuan dilaksanakannya nikah, hubungan intim menurut Islam termasuk salah satu ibadah yang sangat dianjurkan agama dan mengandungi nilai pahala yang sangat besar. Kerana jima' dalam ikatan nikah adalah jalan halal yang disediakan Allah untuk melampiaskan nafsu insani dan menyambung keturunan bani Adam.

Selain itu jima' yang halal juga merupakan ibadah yang berpahala besar. Rasulullah SAW bersabda, "Dalam kemaluanmu itu ada sedekah." Sahabat lalu bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah kita mendapat pahala dengan menggauli istri kita?"

Rasulullah menjawab, "Bukankah jika kalian menyalurkan nafsu di jalan yang haram akan berdosa? Maka begitu juga sebaliknya, bila disalurkan di jalan yang halal, kalian akan berpahala." (HR. Bukhari, Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah)

Kerana bertujuan mulia dan bernilai ibadah setiap hubungan seks dalam rumahtangga harus bertujuan dan dilakukan secara Islam iaitu sesuai dengan tuntunan Al-Quran dan sunah Rasulullah SAW.

Hubungan intim, menurut Ibnu Qayyim Al-Jauzi dalam Ath-Thibbun Nabawi sesuai dengan petunjuk Rasulullah memiliki tiga tujuan iaitu memelihara keturunan dan keberlangsungan umat manusia, mengeluarkan cairan yang bila mendekam di dalam tubuh akan berbahaya, dan meraih kenikmatan yang dianugerahkan Allah.

Ulama salaf mengajarkan, "Seseorang hendaknya menjaga tiga hal pada dirinya. Pertama, jangan sampai tidak berjalan kaki agar jika suatu saat harus melakukannya tidak akan mengalami kesulitan. Kedua, jangan sampai tidak makan agar usus tidak menyempit. Ketiga, jangan sampai meninggalkan hubungan seks kerana air mani bila tidak digunakan akan kering sendiri.

1. Wajahnya Muram

Muhammad bin Zakariya menambahkan, "Barangsiapa yang tidak bersetubuh dalam waktu lama, kekuatan organ tubuhnya akan melemah, syarafnya akan menegang dan pembuluh darahnya akan tersumbat. Saya juga melihat orang yang sengaja tidak melakukan jima' dengan niat membujang, tubuhnya menjadi dingin dan wajahnya muram."

Sedangkan di antara manfaat bersetubuh dalam pernikahan, menurut Ibnu Qayyim, adalah terjaganya pandangan mata dan kesucian diri serta hati dari perbuatan haram. Jima' juga bermanfaat terhadap kesehatan psikis pelakunya, melalui kenikmatan tiada tara yang dihasilkannya.

Puncak kenikmatan bersetubuh tersebut dinamakan orgasme atau faragh. Meskipun tidak semua hubungan seks pasti mendapat faragh, tetapi upaya optimal pencapaian faragh yang adil hukumnya wajib.

Yang dimaksud faragj yang adil adalah orgasme yang bisa dirasakan oleh kedua belah pihak, yakni suami dan istri. Mengapa wajib? Kerana faragh bersama merupakan salah satu unsur penting dalam mencapai tujuan pernikahan iaitu sakinah, mawaddah dan rahmah.

Ketidakpuasan salah satu pihak dalam jima', jika dibiarkan berlarut-larut, dikhuatir akan mendatangkan mudarat yang lebih besar seperti pertelingkahan. Maka, sesuai dengan prinsip dasar islam, la dharara wa la dhirar (tidak berbahaya dan membahayakan), segala upaya mencegah hal-hal yang membahayakan pernikahan yang sah hukumnya juga wajib.

Namun, kepuasan yang wajib diupayakan dalam jima' adalah kepuasan yang berada dalam batas kewajaran manusia, adat dan agama. Tidak dibenarkan menggunakan alasan meraih kepuasan untuk melakukan aktiviti seks menyimpang seperti sodomi (liwat) yang secara perubatan telah terbukti berbahaya.

Atau penggunaan kekerasaan dalam aktiviti seks (mashokisme), baik secara fizik mahupun mental yang belakangan ini kerap terjadi. Maka, sesuai dengan kaedah ushul fiqih "ma la yatimmul wajibu illa bihi fahuwa wajibun" (sesuatu yang menjadi syarat kesempurnaan perkara wajib, hukumnya juga wajib), mengenal dan mempelajari unsur-unsur yang boleh membawa jima' kepada faragh juga hukumnya wajib.

Bagi kaum lelaki, tanda tercapainya faragh sangat jelas iiatu ketika jima' sudah mencapai ejakulasi atau keluar mani. Namun tidak demikian halnya dengan kaum hawa yang kebanyakan "terlambat panas", atau bahkan tidak mudah panas. Untuk itulah diperlukan pelbagai strategi mempercepatnya.

Salah satu unsur penting dari strategi pencapaian faragh adalah pendahuluan atau pemanasan yang dalam bahasa asing disebut foreplay (isti'adah). Pemanasan yang cukup menurut para pakar seksologi, akan mempercepatkan wanita mencapai faragh.

Kerana dianggap amat penting, pemanasan sebelum berjima' juga diperintahkan Rasulullah SAW. Beliau bersabda, "Janganlah salah seorang di antara kalian menggauli istrinya seperti binatang. Hendaklah ia terlebih dahulu memberikan pendahuluan iaitu ciuman dan cumbu rayu." (HR. At-Tirmidzi).

Ciuman dalam hadits di atas tentu saja dalam makna yang sebenarnya. Bahkan, Rasulullah SAW, diceritakan dalam Sunan Abu Dawud, mencium bibir Aisyah dan mengulum lidahnya. Dua hadits tersebut sekaligus mendudukan ciuman antara suami isteri sebagai sebuah kesunahan sebelum berjima'.

Ketika Jabir menikahi seorang janda, Rasulullah bertanya kepadanya, "Mengapa engkau tidak menikahi seorang gadis sehingga kalian boleh saling bercanda ria? Yang dapat saling mengigit bibir denganmu." HR. Bukhari (nombor 5079) dan Muslim (II:1087).

2. Bau Mulut

Kerana itu pasangan suami isteri hendaklah memperhatikan segala unsur yang menyempurnakan ciuman. Baik dengan menguasai tehnik bercium yang baik mahupun kebersihan dan kesihatan organ tubuh ketika berciuman.

Kerana boleh jadi bukannya menaikkan suhu jima', bau mulut yang tidak segar justeru akan menurunkan semangat dan hasrat pasangan. Sedangkan rayuan yang dimaksud di atas adalah semua ucapan yang dapat memikat pasangan, menambah kemesraan dan merangsang ghairah berjima'. Dalam istilah fiqih kalimat-kalimat rayuan yang merangsang disebut rafats, yang tentu saja haram diucapkan kepada selain isterinya.

Selain ciuman dan rayuan unsur penting lain dalam pemanasan adalah sentuhan mesra. Bagi pasangan suami isteri, seluruh bahagian tubuh adalah objek yang halal untuk disentuh, termasuk kemaluan. Terlebih jika dimaksudkan sebagai penyemangat jima'. Demikian Ibnu Taymiyyah berpendapat.

Syaikh Nashirudin Al-Albani, mengutip perkataan Ibnu Urwah Al-Hanbali dalam kitabnya yang masih berbentuk manuskrip, Al-Kawakbu Ad-Durari, "Diperbolehkan bagi suami isteri untuk melihat dan meraba seluruh lekuk tubuh pasangannya, termasuk kemaluan. Kerana kemaluan merupakan bahagian tubuh yang boleh dinikmati dalam bercumbu, tentu boleh pula dilihat dan diraba. Diambil dari pandangan Imam Malik dan ulama lainnya."

Berkat kebesaran Allah, setiap bahagian tubuh manusia memiliki kepekaan dan rasa yang berbeza saat disentuh atau dipandang. Maka, untuk menambah kualiti jima' suami isteri diperbolehkan menanggalkan seluruh pakaiannya. Dari Aisyah RA, ia menceritakan, "Aku pernah mandi bersama Rasulullah dalm satu bejana." (HR. Bukhari dan Muslim).

Untuk mendapatkan hasil sentuhan yang optimal sayugia suami isteri mengetahui dengan baik titik-titik yang mudah membangkitkan ghairah pasangan masing-masing. Maka diperlukan sebuah komunikasi terbuka dan santai antara pasangan suami isteri untuk menemukan titik-titik tersebut, agar menghasilkan kesan yang maksima saat berjima'.

Diperbolehkan bagi pasangan suami isteri yang tengah berjima' untuk mendesah. Kerana desahan adalah bahagian dari meningkatkan gairah. Imam As-Suyuthi meriwayatkan, ada seorang qadhi yang menggauli istrinya. Tiba-tiba sang isteri meliuk dan mendesah. Sang qadhi pun menegurnya. Namun tatkala keesokan harinya sang qadhi mendatangi isterinya ia justeru berkata, "Lakukan seperti yang kemarin."

Satu hal lagi yang menambah kenikmatan dalam hubungan intim suami isteri iaitu posisi bersetubuh. Kebetulan Islam sendiri memberikan kebebasan seluas-luasnya kepada pemeluknya untuk mencuba pelbagai posisi dalam hubungan seks.

Satu-satunya ketentuan yang diatur syariat hanyalah, semua posisi seks itu tetap dilakukan pada satu jalan iaitu faraj. Bukan yang lainnya. Allah SWT berfirman, "Isteri-isterimu adalah tempat bercucuk tanammu, maka datangilah ia dari arah manapun yang kalian kehendaki." QS. Al-Baqarah (2:223).

3. Posisi Ijba'

Menurut ahli tafsir, ayat ini turun sehubungan dengan kejadian di Madinah. Suatu ketika beberapa wanita Madinah yang bernikah dengan kaum muhajirin mengadu kepada Rasulullah SAW, kerana suami-suami mereka ingin melakukan hubungan seks dalam posisi ijba' atau tajbiyah.

Ijba' adalah posisi seks dimana lelaki mendatangi faraj perempuan dari arah belakang. Yang menjadi persoalan, para wanita Madinah itu pernah mendengar perempuan-perempuan Yahudi mengatakan, barangsiapa yang berjima' dengan cara ijba' maka anaknya kelak akan bermata juling. Lalu turunlah ayat tersebut.

Terkait dengan ayat 233 Surah Al-Baqarah itu Imam Nawawi menjelaskan, "Ayat tersebut menunjukan diperbolehkannya menyetubuhi wanita dari depan atau belakang, dengan cara menindih atau bertelungkup. Adapun menyetubuhi melalui dubur tidak diperbolehkan kerana itu bukan tempat bercucuk tanam." Bercucuk tanam yang dimaksud adalah berketurunan.

Muhammad Syamsul Haqqil Azhim Abadi dalam 'Aunul Ma'bud menambahkan, "Kata ladang (hartsun) yang disebut dalam Al-Quran menunjukkan, wanita boleh digauli dengan cara apapun seperti berbaring, berdiri atau duduk, dan menghadap atau membelakangi."

Demikianlah Islam sebagai agama rahmatan lil 'alamin terbukti memiliki ajaran yang sangat lengkap dan saksama dalam membimbing umatnya mengharungi samudera kehidupan. Semua sisi dan potensi kehidupan dikupas serta diberi tuntunan yang lengkap agar umatnya boleh tetap bersyariat dan menjalani fitrah kemanusiannya.

Penetapan Waktu Imsak Dalam Bersahur

Posted: 11 Aug 2010 08:46 PM PDT

Di ketika bulan Ramadhan, kita diperintahkan untuk berpuasa di siang hari dan berbuka di malam harinya. Selagi mana waktu masih malam, iaitu selagi belum masuknya Subuh, maka kita dibolehkan untuk makan, minum, dan menggauli isteri yang mana perkara ini diharamkan dilakukan di waktu siangnya. Ini adalah berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala (maksudnya):

"Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan Ramadhan untuk bercampur dengan isteri-isteri kamu - mereka adalah pakaian bagimu, dan kamu pula adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, kerana itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah sehingga jelas bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar (masuknya waktu subuh)." (Surah al-Baqarah, 2: 187)

Adalah menjadi sunnah Rasulullah di bulan Ramadhan sebelum memulakan puasanya, ialah dengan bersahur dan melewatkannya di penghujung waktu. Ini adalah sebagaimana hadis dan atsar berikut:

Daripada Abu Sa'id al-Khudri radhiyallahu 'anhu, beliau menyatakan bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

"Sahur adalah makanan yang penuh berkah. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air. Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang bersahur." (Hadis Riwayat Ahmad, 17/150, no. 11086. Dinyatakan sahih oleh Syaikh Syu'aib al-Arnauth)

Daripada 'Amr bin Maimun al-Audi, beliau menyatakan, "Para sahabat Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam adalah orang-orang yang paling bersegera dalam berbuka dan paling terakhir (lewat) di dalam bersahur." (Atsar Riwayat 'Abdur-Razzaq, al-Mushannaf, no. 7591. Dinilai sahih sanadnya oleh al-Hafiz Ibnu Hajar, Fathul Bari Syarah Shohih al-Bukhari, 4/199. Dan al-Haitsami, Majma' az-Zawa'id, 3/154)

Waktu Yang Disunnahkan Untuk Mula Bersahur

Waktu untuk memulakan sahur adalah sekitar kira-kira tempoh bacaan lima puluh ayat al-Qur'an sebelum masuknya subuh. Ini menunjukkan sekitar 15 atau 10 minit sebelum masuknya waktu subuh.

Ianya berdasarkan sebuah hadis daripada Zaid bin Tsabit radhiyallahu 'anhu, bahawasanya beliau pernah berkata: "Kami pernah makan sahur bersama Nabi Shalallahu 'alaihi wa Sallam. Setelah itu beliau segera menunaikan solat." Aku bertanya, "Berapa lama jarak antara azan dengan sahur?" Beliau menjawab, "Kira-kira sama seperti (panjangnya) bacaan lima puluh ayat al-Qur'an". (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dan penjelasan seterusnya, daripada 'Aisyah radhiyallahu 'anha, bahawa Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa Sallam pernah bersabda, "Janganlah azan bilal menjadikan kamu berhenti dari makan sahur, kerana beliau mengumandangkan azan pada malam hari (azan pertama sebelum masuknya subuh).

Maka, makan dan minumlah sehingga kamu mendengar azan yang dikumandangkan oleh Ibnu Ummi maktum, kerana ia tidak mengumandangkannya sehingga telah benar-benar masuk waktu subuh." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Berdasarkan hadis ini, ia menunjukkan bahawa masih dibolehkan makan dan minum (bersahur) selagi mana belum jelas masuknya waktu subuh. Ini dapat dilihat dari maksud hadis tersebut di mana para sahabat dibolehkan untuk makan dan minum sehingga mendengar azannya Ibnu Ummi maktum.

Manakala Ibnu Ummi maktum pula hanya akan melaungkan azan setelah masuknya waktu Subuh dan apabila diperintahkan (diberitahukan) untuk mengumandangkan azan, barulah beliau akan melaungkannya disebabkan beliau adalah seorang yang buta.

Kesalahan Penetapan "Waktu Imsak" 10 Minit Sebelum Subuh Atau Yang Seumpamanya

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman (maksudnya),

"Dan Makan dan minumlah kamu sehingga terang bagimu benang putih dari benang hitam iaitu fajar (masuk waktu subuh)". (al-Baqarah, 2: 187)

Menetapkan tempoh-tempoh tertentu secara khusus supaya berhenti makan sahur sebelum terbitnya fajar shadiq, maka itu bukanlah suatu yang berasal daripada sunnah. Apa yang jelas di dalam sunnah adalah melewatkan sahur dan dibolehkan berhenti makan atau minum sehingga benar-benar telah masuknya waktu subuh dengan yakin. Ianya selain dijelaskan oleh ayat al-Qur'an di atas, ia juga memiliki hujjah yang jelas dari banyak hadis-hadis Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa Sallam.

Di antaranya adalah sebagaimana hadis daripada 'Aisyah di atas berkenaan azannya Bilal dan Ibnu Ummi Maktum.

Di ketika bersahur, apabila tiba-tiba azan subuh dikumandangkan sedangkan makanan di tangan dan di dalam mulut belum lagi dihabiskan, maka adalah dibolehkan menghabiskan makanan dan minuman tersebut walaupun di ketika waktu berkumandangnya azan. Ini adalah sebagaimana hadis Rasulullah berikut:

"Ketika salah seorang di antara kamu mendengar azan sedangkan bekas minuman (atau makanan) masih berada di tangannya, janganlah dia meletakkannya sehingga ia menyelesaikan hajatnya (menghabiskannya)." (Hadis Riwayat Ahmad, 16/368, no. 10629 - Tahqiq Syaikh Syu'aib al-Arnauth: Isnadnya hasan. Abu Daud, Kitab ash-Shaum, 6/297, no. 2003 – komentar Syaikh al-Albani: Isnadnya hasan sahih, disahihkan oleh al-Hakim dan disepakati oleh adz-Dzahabi, Shohih Sunan Abi Daud, 7/115, no. 2035. Daripada Abu Hurairah)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani rahimahullah berkata di dalam kitabnya, Fathul Bari Syarah Shohih al-Bukhari (4/199): "Termasuk perbuatan bid'ah yang mungkar adalah yang diada-adakan pada zaman ini (pada zamannya), iaitu mengumandangkan azan kedua (azan Subuh) sepertiga jam (sekitar 20 minit) sebelum waktunya di bulan Ramadhan, serta memadamkan lampu-lampu yang dijadikan sebagai tanda telah haramnya makan dan minum bagi orang yang mahu berpuasa, mereka menganggap perbuatan ini sebagai rangka ihtiyath (langkah berhati-hati) dalam ibadah, tidak ada yang mengetahuinya melainkan beberapa bilangan manusia sahaja, malah sehingga perkara ini mengheret mereka pula kepada perbuatan mengumandangkan azan ketika telah terbenam matahari beberapa peringkat (melewatkan azan maghrib), untuk meyakinkan telah masuknya waktu berbuka puasa (menurut sangkaan mereka) dengan mengakhirkan (melewat-lewatkan) berbuka dan menyegerakan sahur, sehingga menyelisihi sunnah. Oleh sebab itu, terlalu sedikit kebaikan daripada mereka dan banyaknya keburukan yang berasal daripada mereka pun tersebar, Allahul Musta'an.

Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani rahimahullah turut mengulas persoalan ini melalui salah satu kitabnya, "Tamamul Minnah" ketika membantah kenyataan Sayyid Sabiq sebagaimana berikut:

"Ketika salah seorang di antara kamu mendengar azan sedangkan bekas minuman (atau makanan) masih berada di tangannya, janganlah dia meletakkannya sehingga ia menyelesaikan hajatnya (menghabiskannya)."

Ibnu Hazm juga meriwayatkannya dan menambah: "Ammar (iaitu Ibnu Abi 'Ammar, perawi Abu Hurairah) mengatakan:

"Mereka dahulu mengumandangkan azan ketika telah terbit fajar (setelah masuknya waktu Subuh)".

Hammad (iaitu Ibnu Salamah) mengatakan dari Hisyam bin Urwah:

"Ayahku memberi fatwa demikian."

Sanadnya sahih berdasarkan syarat Muslim dan memiliki hadis-hadis penguat yang telah saya (Syaikh al-Albani) sebutkan dalam at-Ta'liqat al-Jiyad dan juga ash-Shahihah (1354)".

Ini adalah sebagai dalil bahawa seseorang yang mendapati fajar mulai terbit, makanan dan minuman masih di tangannya, maka masih boleh baginya makan. Allah berfirman:

"Makan dan minumlah kamu sehingga jelas bagimu benang putih dari benang hitam iaitu fajar". (al-Baqarah, 2: 187)

Tiada percanggahan di antara ayat ini dan hadis-hadis yang semakna dengannya, serta tidak ada ijma' (kesepakatan) yang membantahnya. Bahkan sebilangan besar sahabat dan selain mereka menerima hadis ini dan berpendapat lebih dari itu, iaitu dibolehkannya makan sahur sehingga fajar tampak (kelihatan) jelas dan warna putih (terang) telah menyebar ke segala penjuru. (Lihat: Fathul Bari Syarah Shohih al-Bukhari, 4/109-110)

Dari pengertian hadis ini, dapatlah diambil pelajaran bahawa menetapkan adanya "waktu imsak" secara khusus sebelum masuknya subuh adalah perbuatan bid'ah (yang diada-adakan). Seandainya mereka mengetahui dan memahami rukhsah (kelonggaran) ini tentu mereka tidak melakukan bid'ah seperti ini (menetapkan adanya waktu imsak sebelum subuh). (Lihat: Tamamul Minnah fii Ta'liq 'Ala Fiqhus Sunnah, m/s. 417-418).

~http://fiqh-sunnah.blogspot.com~

Kekeliruan Tentang Solat Tarawih

Posted: 11 Aug 2010 08:38 PM PDT

Semoga kita semua menyambut kedatangan Ramadan kali ini dengan ibadah yang diterima Allah. Semoga jiwa kita semua penuh keikhlasan dan kasih-sayang sesama muslim. Malang sekali, fanatik atau taksub telah melahirkan penceramah-penceramah yang 'terbabas' sehingga berbicara apa sahaja yang dia suka tanpa menyemak terlebih nas-nas yang sabit.

1. Sebenarnya, solat tarawih berjemaah yang pertama dilakukan oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Sesiapa yang membaca hadis, akan menemui hal ini. Daripada Aishah r.aha:

"Sesungguhnya RasululLah s.a.w keluar pada suatu pertengahan malam. Baginda solat di masjid (Masjid Nabi). Beberapa orang mengikut solat baginda. Paginya orang ramai pun bercerita mengenainya.

Maka berkumpul lebih ramai lagi (pada malam kedua), baginda pun solat, mereka solat bersama baginda. Paginya orang ramai pun bercerita. Maka bertambah ramai ahli masjid pada malam ketiga. RasululLah s.a.w keluar bersolat, mereka solat bersama baginda.

Apabila malam keempat, masjid menjadi tidak muat dengan orang yang hadir. (Baginda tidak keluar) sehinggalah baginda keluar pada solat subuh. Selesai solat subuh, baginda mengadap orang ramai, baginda bersyahadah, dan bersabda amma ba'd, sesungguhnya bukan aku tidak tahu penantian kamu, tetapi aku bimbang difardukan ke atas kamu lalu kamu tidak mampu. Sehinggalah RasululLah s.a.w wafat dalam keadaan begitu (tiada jamaah tarawih di masjid)". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini dengan jelas menunjukkan Nabi s.a.w yang memulakan solat qiam atau disebut sebagai tarawih secara berjemaah dengan satu imam. Bukan 'Umar r.a yang memulakannya. Namun baginda berhenti kerana bimbang ia menjadi kefarduan disebabkan simpati baginda kepada umat.

Ini kerana zaman tersebut adalah zaman wahyu diturunkan atau zaman pensyariatan. Baginda tidak berhenti kerana ia salah atau tidak diizinkan, namun berhenti bimbangkan Allah fardukan kepada umat sedangkan umat ini mungkin ada yang tidak sanggup.

Maka dari hadis ini, solat tarawih berjemaah adalah sunnah yang jelas. Mereka selama tiga hari telah solat di belakang baginda. Jika tidak kerana kebimbangan itu, tentu baginda meneruskannya. Apabila baginda wafat kebimbangan itu tiada lagi.

Wahyu sudah terputus. 'Umar pun menghidupkannya kembali. Pada zaman Abu Bakr, terlalu singkat masanya, dan mungkin beliau tidak berkesempatan menguruskan hal tersebut disebabkan berbagai kesibukan seperti kes murtad dan seumpamanya, atau beliau tidak melihat keperluan untuk itu.

2. Justeru itu al-Imam al-Syatibi (meninggal 790H) dalam karyanya al-I'tisam mengulas hadis ini dengan berkata:

"Renungilah hadis ini. Ia menunjukkan kedudukan solat tarawih adalah sunat. Sesungguhnya solat baginda pada peringkat awal menjadi dalil menunjukkan kesahihan menunaikannya di masjid secara berjamaah pada bulan Ramadan.

Baginda tidak keluar selepas itu adalah kerana bimbang difardukan. Tidak menunjukkan ia dilarang secara mutlak. Ini kerana zaman baginda ialah zaman wahyu dan tasyri' (perundangan) .." (m.s 147, Beirut: Dar al-Kitab al-'Arabi).

Adapun berhubung dengan perkataan Saidina 'Umar yang menyebut solat tarawih pada zamannya "sebaik-baik bid'ah hal ini", al-Imam al-Syatibi mengulas:

"Dia menamakannya bid'ah hanya disebabkan pada zahirnya setelah mana RasululLah s.a.w meninggalkannya. Sepakat pula ia tidak berlaku pada zaman Abu Bakr r.a. Bukannya bid'ah pada makna (syarak).

Sesiapa yang menamakan bid'ah disebabkan hal ini (muncul semula), maka tiada perlu perbalahan dalam meletakkan nama (istilah). Justeru itu tidak boleh berdalil dengannya untuk menunjukkan keharusan membuat bid'ah" (m.s 147-148).

Maksudnya bid'ah yang disebut oleh Saidina 'Umar adalah disudut baru muncul semula setelah Nabi s.a.w tinggalkan, maka ia dari segi bahasa boleh dinamakan bid'ah. Bukan bererti keharusan membuat bid'ah yang dilarang syarak.

3. Berdasarkan riwayat yang sahih dalam al-Muwata karya al-Imam Malik bin Anas, bilangan rakaat yang Saidina Umar perintah dilaksanakan adalah sebelas rakaat. Kata al-Saib bin Yazid:
"Umar telah memerintahkan Ubai bin Ka'ab dan Tamim al-Dari untuk menjadi imam kepada orang ramai sebanyak sebelas rakaat" (Riwayat Malik).

Maka dengan itu riwayat al-Baihaqi melalui Yazid bin Khasifah daripada al-Saib bin Yazid yang menyebut bilangan yang 'Umar perintahkan sebanyak dua puluh rakaat adalah bercanggah dengan riwayat sebelas rakaat yang sahih tadi. Sedangkan dari segi kekuatan riwayat, riwayat sebelas rakaat itu lebih kuat, maka riwayat dua puluh dianggap shaz (ganjil) kerana menyanggahi rawi yang lebih kuat.

Justeru, riwayat dua puluh dihukum daif oleh sesetengah ahli hadis. Sebahagian pula menerima riwayat Yazid bin Khasifah dan mentakwilkan bahawa ada hari Umar memerintahkan sebelas rakaat dan ada hari pula yang diperintahkan dua puluh.

Apapun, hadis al-Imam Malik tadi yang menyebut sebelas rakaat menafikan dakwaan yang menyatakan sesiapa yang solat tarawih beserta witir sebelas rakaat tidak sah. Itu adalah dakwaan yang melampau dan zalim.

4. Sebenarnya, para ulama salaf solih sendiri berbeza pendapat tentang bilangan rakaat bagi solat tarawih bersama witir. Antaranya, pendapat yang menyatakan empat puluh satu, tiga puluh sembilan, dua puluh sembilan, dua puluh tiga, tiga belas dan sebelas. Adapun dari segi riwayat amalan Nabi s.a.w, Ummul Mukminin Aishah r.aha ditanya mengenai solat Rasulullah s.a.w pada bulan Ramadan, jawab beliau:

"Rasulullah s.a.w tidak pernah melebihi sebelas rakaat samada dalam bulan Ramadan ataupun selainnya". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini juga menunjuk perbuatan mencela solat tarawih sebelas rakaat adalah menyanggahi sunat Nabi s.a.w. Bahkan ramai ulama hadis yang mengutamakan bilangan sebelas rakaat ini sebagai mencontohi Rasulullah s.a.w.

5. Saya bersetuju dengan pendapat bahawa tiada had rakaat yang ditetapkan oleh Nabi s.a.w. dalam hal ini. Seseorang beribadah berdasarkan kemampuannya. Nabi s.a.w tidak pernah menetapkan, bahkan memberikan keluasan dalam hal tersebut dengan menyatakan solat malam dua rakaat, dua rakaat sehingga apabila hendak masuk subuh berwitirlah. Lajnah Tetap dan Kajian Ilmiah serta Fatwa, Arab Saudi sendiri ketika mengulas hal menyebut:

"Tiada menjadi salah untuk menambah lebih dari sebelas kerana Nabi s.a.w tidak pernah menghadkannya sedikit pun. Bahkan apabila ditanya tentang solat malam baginda menyebut:

"Dua rakaat, dua rakaat (secara dua rakaat setiap solat), jika seseorang kamu bimbang masuk waktu subuh, maka solatlah satu rakaat sebagai witir kepada apa yang telah dia solat sebelum" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam hadis ini baginda tidak menghadkan sebelas atau selainnya. Ini menunjukkan ada keluasan dalam solat malam pada Bulan Ramadan atau selainnya". (Fatawa al-Lajnah al-Daimah, 7/195, Riyadh: Riasah Idarah al-Buhuth).

6. Adapun dakwaan bahawa sesiapa yang tidak berselawat semasa solat tarawih sesat maka itu adalah dakwaan yang melampau. Apakah beliau ingin menyatakan seluruh dunia Islam yang sebahagian besarnya tidak berselawat, termasuk Masjid al-Haram dan Masjid al-Nabi itu sesat?!

Selawat beramai-ramai semasa solat tarawih itu tidak dilakukan di zaman Saidina Umar, juga khalifah al-Rasyidin yang lain. Jika pada zaman Saidina Umar dan Saidina Uthman mereka bersalawat dan menyebut nama khalifah-khalifah selepas Nabi s.a.w seperti yang dilakukan oleh sesetengah pihak di negara ini, tentulah para sahabat tidak tertanya-tanya lagi siapakah bakal mengganti kedua khalifah tersebut selepas kewafatan mereka.

Tentu tiada perbincangan lagi dalam menentukan para khalifah semasa zaman sahabah. Ini menunjukkan hal ini tidak dilakukan oleh para sahabah. Mencontohi Nabi s.a.w dan para sahabah dalam ibadah adalah paling baik dan selamat.

7. Di sana ada riwayat yang sahih "bahawa Nabi s.a.w berwitir dengan membaca Surah al-A'la, al-Kafirun dan al-Ikhlas. Baginda menyebut selepas member salam Subhana al-Malik al-Quddus sebanyak tiga kali dengan memanjang dan mengangkat suara baginda" (Riwayat al-Nasai, Abu Daud dan Ahmad).

Maka, jika kita mencontohi perbuatan tersebut, ia merupakan sunnah.

Antara Dua Berita Yang Benar

Posted: 11 Aug 2010 08:11 PM PDT

Sila baca laporan ini. Satu menadapat laporan muka hadapan melayau. Ini kerana berita seperti ini memburukkan kerajaan pakatan rakyat di pulau pinang. Tidak ada pula dilaporkan bagaiamana kerjaan Pulau Pinang berunding dan menyediakan tempat gantian.

Satu lagi di putrajaya - langsung tidak ada laporan diakbar dan media - peniaga ini akan di singkir untuk memberi laluan kepada syarikat luar negara. Seluruh rakyat Malaysia wajib sedar
cara terbaik untuk derita rakyat dilaporkan dalam akhbar ialah dengan mendirikan kerajaan pakatan di negeri sembilan, melaka, johor, pahang dan terangganu - kalau negeri di bawah kerajaan pakatan - pasti berita derita rakyat akan tersiar.

Kalau masih bodoh dan memilih gerombolan UMNO/BN maka hidup akan terus derita tanpa ada laporan berita. Kurang-kurang dapat tengok muka dalam tv kah kah kah.

PENIAGA NEKAD TERUSKAN OPERASI - melayau

Meskipun dihalang beroperasi, para peniaga Bazar Ramadan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini nekad meneruskan perniagaan di lokasi itu kerana percaya mereka mempunyai hak berbuat demikian.

Tanpa mengendahkan petugas keselamatan yang mengawal tapak berkenaan hari ini, mereka membawa masuk segala barangan jualan ke dalam gerai masing-masing walaupun ia masih belum siap sepenuhnya.

Dalam keadaan cahaya samar-samar kerana ketiadaan lampu, ia langsung tidak menjejaskan semangat para peniaga terbabit yang hanya mahu mencari peluang menambah pendapatan di bazar yang telah 20 tahun beroperasi setiap kali tibanya Ramadan itu.

Peniaga kain, Saira Banu Abdul Latiff, 48, berkata, dia telah membayar sewa gerai sebanyak RM1,800 kepada Dewan Perniagaan Komtar selaku penganjur Bazar Ramadan untuk tempoh sebulan selepas permohonannya diluluskan.

Justeru, jelasnya, beliau berhak menjalankan perniagaan di situ kerana telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan.

"Ini hak kami (peniaga), kami bukan beri rasuah untuk berniaga di sini, kami guna saluran yang betul. Kenapa pula kami tidak dibenarkan berniaga?

Baca Yang Ini Pula!!!

PENIAGA ALAMANDA DAKWA DITEKAN AKHIRNYA DITENDANG

NAMA saya Fahmi Fabilah, saya adalah salah seorang peniaga yang tidak disambung kontrak perniagaan di Suria KLCC di Alamanda, Putrajaya. Saya berniaga kemeja T buatan tempatan bernama Malaya Distro.

Alasan 'bijak' yang pertama mereka kepada saya ialah: Saya tidak dibenarkan lagi menjual kemeja T atas alasan penyewa kedai mengadu perniagaan mereka turun. Ingin memberitahu bahawa ada yang saya lakukan ialah persaingan yang sihat.

Alasan kedua ialah kerana memiliki tiga push cart (kereta tolak). Tapi bagaimana pula dengan Pizzahut, KFC dan RASAMAS yang bernaung di bawah syarikat yang sama? Sangat tidak munasabah jika ia dijadikan sebab untuk 'menendang' saya keluar. Apakah wujud diskriminasi di sini?

Saya boleh buktikan bagaimana terdapat diskriminasi dalam pengurusannya. Disebabkan rasa tidak puas hati, saya menceritakan perihal mereka ini difacebook saya. Gempar seketika apabila tulisan saya sampai ke KLCC. Dan seingat saya, ada sokongan dari individu yang mahukan perkara itu ditujukan kepada Tun Mahathir. Mungkin 'goyang' dengan sokongan itu, mereka telah membuat temujanji dengan saya di sebuah kafe di Alamanda untuk menyelesaikan perkara ini.

Untuk pengetahuan semua, deposit saya RM3,800 masih belum dipulangkan sedangkan saya telah satu bulan keluar dari Alamanda.

Sedangkan surat kontrak tidak disambung saya terima tiga bulan yang lepas. Pihak pegurusan memberi alasan sedang proses. Logikkah tiga bulan proses? Kenapa sewa mahu advance tetapi deposit sampai lambat sebegini rupa?

Bagaimana jika dulu kami bayar sewa lewat satu bulan? Dah pasti saya diperintah keluar. Anda fikirkan bertapa teruknya kelemahan sistem yang mereka jalankan. Kenapa kita ditindas di tempat sendiri? Di sini suka sangat ingin saya beritahu, anda pergilah ke kompleks beli-belah ternama, anda kiralah berapa peratus peniaga 'Melayu' menyewa di situ?

Tidak sampai 10 peratus. Bukan kerana peniaga Melayu tidak mampu, tetapi kita tidak diberi tempat di situ. Saya pernah pergi ke kompleks 'baru' di Wangsa Maju. Ruang niaga masih kosong, dan saya memohon ruang niaga. Anda tahu saya dilayan begitu teruk.

Sebulan selepas itu, ruang niaga penuh dengan kaum bukan Melayu. Di sini anda faham bukan, bukan kita tidak mampu, tapi kita ditolak mentah-mentah oleh kuasa mereka. Tetapi kenapa ia juga terjadi di Putrajaya?

Semenjak setahun lalu, Suria KLCC banyak membuat perubahan drastik. Mungkin ini juga strategi halus orang atas untuk menjatuhkan kita? Mari saya rungkaikan satu persatu.
Enam bulan lepas, kami diberi notis untuk membayar sewa pendahuluan (advance rental). Sedangkan kami telah membayar 'deposit' 1+1. Ia adalah notis mengejut ketika itu, kami terpaksa mencari wang sewa untuk dua bulan dalam masa sebulan.

Anda bayangkan betapa kami terpaksa bertungkus lumus mencari RM3,800 minggu ini, dan RM3,800 untuk lagi dua minggu. Dengan gaji pekerja, jumlah sebanyak RM9,000 sebulan, sedangkan perniagaan tidak begitu bagus ketika itu.

Taktik halus yang kedua: Mereka melagakan peniaga tanpa sedar. Ia berlaku sekarang. Caranya begini, dahulu peniaga mainan A di Utara, dan peniaga mainan B di Selatan. Perniagaan mereka sangat bagus. Cara untuk menjatuhkan salah seorang adalah meletakkan lokasi peniaga mainan A hampir dengan peniaga mainan B.

Secara psikologinya, mereka akan bersaing dan salah seorang akan jatuh. Yang jatuh itulah yang akan terkeluar. Sekarang anda nampak? Ketika itu, salah seorang dari mereka membuat rayuan untuk pindah tapak. Taktik berjaya bukan.

Taktik ketiga: Mereka mengeluarkan peniaga atas alasan produk tidak boleh dijual lagi. Ini terjadi ke atas saya sendiri.

FAHMI FABILAH
Dengkil

Tony Pua terima ancaman

Posted: 11 Aug 2010 08:07 PM PDT

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menerima surat ugutan untuk mengancamnya petang semalam. Turut dimuatkan dalam sampul surat berkenaan adalah sebutir peluru yang masih belum digunakan.

Bungkusan itu dialamatkan ke pejabatnya di Damansara dari Tangkak. Ia dibuka oleh pembantu pejabatnya pada jam 4.30 petang.

Surat berkenaan berbunyi: "Lu banyak berani?

"Sekarang lu mau apa?

"Jalan sekarang mau tengok depan, belakang, kiri, kanan bawah dan atas.

"Apa pasal?

"Lu punya keluarga, rumah, pejabat, kereta - WHT ....004, wa sudah mau.

"Sendiri mau ingat. Lu fikirlah sendiri,"

Pembantunya itu kemudian terus membuat laporan polis di pejabat polis Damansara Utama dengan diiringi oleh Pua dan peguam DAP, Lim Lip Eng yang juga ahli parlimen Segambut.

Polis telah mengesahkan peluru itu adalah buatan tempatan dan ia untuk kegunaan senapang M16.

Ancaman itu dipercayai ada kaitan dengan cadangan Pua bagi memansuhkan dasar pemberian diskaun tujuh peratus kepada bumiputera untuk pembelian hartanah mewah yang dibuatnya pada awal bulan ini.

Berikutan cadangannya itu, Pemuda Umno Selangor pada 4 Ogos lalu, juga membuat laporan polis terhadap ahli parlimen Petaling Jaya Utara itu kerana menganggap cadangan berkenaan berbahaya dan berbaur hasutan serta mencabuli perlembagaan persekutuan serta kontrak sosial.

Pada Mei 2008, Pengerusi DAP, Karpal Singh yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor juga menerima surat ancaman bunuh dan sebutir peluru.

~MK~

Plus tangguh caj komisyen

Posted: 11 Aug 2010 08:06 PM PDT

Plus Expressways Berhad akhirnya menangguhkan perlaksanaan polisi caj komisyen 5 peratus dari hasil jualan kasar ke atas pengendali gerai makan di Hentian Rawat dan Rehat (R&R) pada satu masa yang akan ditetapkan kemudian.

Pengarah urusannya, Noorizah Abdul Hamid membuat ketetapan demikian atas semangat kekeluargaan seperti yang diminta oleh lebih mereka yang terbabit.

"Saya memang nak dengar masalah ini, saya benar-benar terharu, mahu kekeluargaan ini.

"Kita cuba tangguh sistem ini, sementara kita tangguh sistem ini, kita cuba bercakap (berbincang)," ujarnya petang semalam di kamar mesyuarat M, Kompleks Persada Plus, di sini.

Katanya lagi, segala aduan dan cadang lebih elok diemelkan terus kepadanya supaya beliau sendiri boleh bersama-sama membantu menyelesaikan beberapa masalah berbangkit.

"Kamu senaraikan masalah-masalah tersebut, hantar terus kepada saya dan saya akan cuba balas," ujarnya lagi.

Baginya, lebih elok tidak ada birokrasi atau amalan ugutan oleh segelintir kakitangan Plus di beberapa seksyen dalam menangani isu tersebut seperti yang diadukan oleh beberapa pengendali gerai makan terbabit.

Pun begitu, beliau tidak pula memberi kata putus berhubung tuntutan pengendali gerai supaya klausa 10.18 Perjanjian Pengendalian Gerai digugurkan sebelum mereka memperbaharui perjanjian itu yang dijangka akan ditawarkan Plus tidak lama lagi.

Beliau turut mengarahkan pihak terbabit mengemelkan bantahan berhubung penggunaan cawan dan pinggan kertas yang dikatakan memerlukan kos yang tinggi serta tidak mesra pengguna.

Lantas itu, didapati pendirian terbaru Noorizah yang agak sederhana lagi mesra menerima pujian mereka yang terbabit. Dari segi lain, difahamkan klausa tersebut bukan sahaja memberi kuasa mutlak dan mandatori pada Plus untuk membuat sebarang polisi berhubung prasarana R&R.

Sebelum pada itu, para pengendali turut hak privisi masing-masing dalam berniaga kerana penggunakan sistem P.O.S sekaligus mendedahkan akaun perniagaan masing-masing kepada Plus.

Mereka turut mempersoal tindakan Plus tidak mengenakan caj komisyen yang sama ke atas beberapa restotan komersial berprestasi tinggi seperti Kentucky Fried Chicken (KFC) dan Mc Donald serta gerai-gerai yang bukan menjual makanan dan minuman.

Bagi mereka, beberapa polisi terbaru Plus itu seakan menindas peniaga Melayu Bumiputera.

"Kami semua kebanyakan adalah peniaga Melayu Bumiputera, tolonglah jangan memberi bebanan yang lebih pada kami sebab kami sudah anggap Plus ini sebahagian dari keluarga kami," ujar salah seorang pengendali gerai yang enggan namanya diketahui umum.

Mereka menuntut supaya segala polisi tersebut terlebih dahulu dimansuhkan atas dasar keluarga sebelum Plus menawarkan semula pembaharuan perjanjian dalam masa terdekat ini.

~harakah~

Najib dan Muhyiddin bercanggah tentang MEB

Posted: 11 Aug 2010 08:04 PM PDT

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin sengaja menggunakan isu kaum bagi menunjukkan seolah-olah beliau tidak pro-Melayu dalam isu pemberian diskaun kepada Bumiputera.

"Dia (Muhyiddin) hendak tunjukkan kepada masyarakat seolah-olah kita bukan pro-Melayu.

"Padahal kita terima dasar afirmatif untuk membantu orang Melayu yang miskin," kata Khalid (kanan) ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau turut menempelak timbalan perdana menteri, yang didakwa cuba melaga-lagakannya dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam isu diskaun untuk pembelian hartanah mewah itu.

Namun, percanggahan dilihat lebih ketara di antara Muhyiddin dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menunjukkan pandangan bertentangan dalam melaksanakan Model Ekonomi Baru (MEB), katanya.

"MEB dan ekonomi menyatakan bantuan akan diberikan atas dasar merit dan keperluan yang merentasi kaum. Jadi saya khuatir pandangan dia (Muhyiddin) yang lebih banyak bercanggah dengan pendapat Najib," katanya lagi.

Khalid yang juga ahli biro politik PAS berkata, percanggahan itu berlaku apabila Muhyiddin mencabarnya supaya menyatakan pendirian untuk memperjuangkan nasib Melayu sedangkan pelaksanaan MEB berdasarkan merit.

Mengulas cabaran yang disuarakan Muhyiddin semalam, Khalid berkata kenyataan beliau dan Abdul Hadi tidak bercanggah sama sekali. Jelasnya, beliau sependapat dengan Abdul Hadi untuk membantu orang Melayu berpendapatan rendah, namun apa yang dibangkitkannya ialah kaedah penyaluran bantuan tersebut.

Jelasnya, dasar untuk memberikan diskaun sebanyak tujuh peratus kepada golongan bumiputera untuk membeli hartanah bernilai tinggi itu tidak membantu golongan berpendapatan rendah.

Tambahnya, beliau khuatir sekiranya dasar tersebut sebenarnya dipertahankan Muhyiddin supaya orang Melayu yang miskin kekal pada jumlah yang ramai.

Mengulangi penjelasannya sebelum ini, Khalid berkata diskaun untuk rumah berharga RM500,000 dan bangunan komersil bernilai RM2 juta sepatutnya boleh digunakan untuk menyediakan diskaun yang lebih banyak kepada bumiputera untuk rumah yang lebih murah.

"Diskaun sebanyak RM35,000 (untuk rumah RM500,000) itu mereka boleh gunakan untuk bercuti ke sana sini, tidak diturunkan kepada golongan miskin. Sebab itu kemiskinan terus berlaku," katanya lagi.

~MK~

Pasar raya tidak peka sensitiviti umat Islam

Posted: 11 Aug 2010 08:02 PM PDT

Sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai, dekat sini tidak menghormati sensitiviti umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa apabila mempromosikan jualan minuman keras dengan sambutan hari raya.

Seorang pengunjung ke pasar raya berkenaan pada malam semalam melahirkan rasa terkejut apabila mendapati pihak pengurusan pasar raya itu meletakkan tanda harga promosi istimewa pada minuman keras (Tiger) dengan menggunakan ayat yang bertulis "Meraikan Raya Dinikmati Bersama".

"Ini sungguh bercanggah dengan matlamat berpuasa dan berhari raya di mana umat Islam dilarang meminum minuman keras," ujarnya menerusi emel yang dihantar kepada Harakahdaily.

Beliau yang pergi dengan isterinya mempersoalkan adakah pihak pengurusan pasar raya itu tidak sensitif langsung pada umat Islam terutama pada bulan Ramadan dengan mempromosikan 'Tiger beer' dengan mempamerkan tanda harga yang bertulis "Meraikan Raya Dinikmati Bersama...Tiger", seolah-olah umat Islam berbuka puasa atau beraya bersama Tiger.

"Mengapakah pihak pengurusan pasar raya itu mengadakan promosi Tiger beer terutama pada bulan Ramadan? Walaupun Tiger beer dibeli oleh orang bukan Islam, tetapi mengapakah perkataan "Raya" diletakkan pada minuman keras tersebut?" soalnya.

Selain itu, soalnya lagi adakah lebih wajar dan bertanggungjawab jika pihak pengurusan pasar raya meletakkan Tiger beer tersebut di tempat berasingan atau khas bawah kategori 'non-halal' seperti pasar raya terkemuka yang lain di Malaysia.

"Di sini mereka meletakkan beer tersebut di kaunter paling hadapan berdekatan dengan cashier. Adakah ini pada pandangan pihak pengurusan pasar raya cara meraikan umat Islam Malaysia berpuasa?" tanya beliau yang melampirkan bersama gambar yang diambil menggunakan handphone berkaitan perkara itu.

~harakah~

Bekas MB dalang kain rentang

Posted: 11 Aug 2010 03:52 PM PDT

Pengerusi Perhubungan PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng berkata kain rentang yang memaparkan gambarnya dan Sultan Johor sengaja dinaikkan untuk menimbulkan kemurkaan sultan terhadap parti pembangkang itu.

Menurut Chua, kain rentang lain yang seumpama itu juga dikesan sepanjang laluan 'Kembara Mahkota Johor' di mana baginda sendiri terbabit dengan menunggang motosikalnya.

Katanya, kerja pihak tidak bertanggungjawab itu juga mencetuskan kemurkaan sultan dengan dakwaan bahawa beliau adalah calon PKR sebagai menteri besar Johor.

"Mereka berniat membuat sultan dan orang Melayu marah dengan PKR, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan diri saya."

Chua berkata demikian kepada wartawan di Bukit Damansara, Kuala Lumpur selepas memberi kenyataanya kepada seorang pegawai kanan polis di ibu pejabat polis Batu Pahat.

"Beliau merakamkan kenyataan saya berhubung kain rentang itu. Katanya, adalah jelas bahawa saya hanya seorang saksi. Beliau memberitahu 40 laporan polis telah dibuat berhubung kain rentang itu.

"Saya juga membuat laporan dengannya berhubung kain rentang itu dan juga mengenai ceramah Pakatan di Rengit yang dihalang oleh FRU dan polis."

Sementara itu, Suara Keadilan.com melaporkan Chua juga mendakwa kain rentang provokatif itu dicetak di sebuah premis di bandaraya Johor Baharu.

"Nama bekas menteri besar itu ada disebut di dalam maklumat yang saya terima. Nampaknya dia cuba untuk menjadi jaguh dan cuba untuk memulihkan imejnya yang satu ketika dulu tercemar kerana terlibat dalam krisis dengan Raja-Raja Melayu sehingga imuniti Raja-Raja Melayu dihapuskan.

"Suatu ketika dulu, dia pernah tidak dialu-alukan untuk hadir ke istana sewaktu Almarhum Sultan Iskandar masih hidup. Chua Jui Meng masih tidak lupa, dan masih mempunyai memori yang kuat. Jadi, tak masuk akal kalau dia meminta saya untuk meminta maaf kepada Tuanku Sultan. Beliaulah orang yang paling lantang mengkritik Sultan," katanya kepada Suara Keadilan.com.

Bekas menteri persekutuan itu berjumpa dengan polis untuk selama lebih dua jam, daripada 11.30 pagi sehingga jam 2 petang dengan diiringi peguamnya, Sankara Nair. Chua juga berkata beliau menjelaskan kepada polis berhubung beberapa kesilapan pada kain rentang itu yang membuktikan ia bukan dibuat oleh PKR.

"Saya menafikan PKR terbabit dengan penipuan ini. Hanya Umno mempunyai motif untuk membuat perkara terkutuk seperti ini," katanya.

~MK~

Azmin perlu belajar lagi

Posted: 11 Aug 2010 03:50 PM PDT

Ketika Azmin Ali dilihat menyinar di Selangor, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim pula melihat naib presiden PKR itu masih perlu belajar banyak perkara dalam politik.

"Saya rasa beliau perlu belajar banyak. Pengalamannya masih terhad pada tahap tertentu.

"Saya rasa beliau boleh menjadi pelajar yang baik dan patut diberi peluang (untuk itu).

"(Ini kerana) menjadi politikal dan menjadi pengurus merupakan dua perkara yang berbeza," kata Khalid (kanan) ketika ditanya penilaiannya terhadap kepimpinan Azmin sebagai seorang negarawan.

Sebelum itu, Khalid menyebut, PKR memerlukan "imaginasi seorang negarawan" dan lebih daripada kemampuan politik untuk membangunkan parti dan negara.

"Saya rasa parti ada kebijaksanaan itu pada masa ini dan pada masa depan.

Menjelang pemilihan parti

"Kita mesti jadikan PKR ada kemampuan ini kerana kejayaan parti melampaui kejayaan dalam politik semata-mata," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini di pejabatnya di Shah Alam semalam.


Sementara itu, mengulas sama ada terdapat lobi daripada Azmin untuk menggantikannya sebagai menteri besar di negeri itu, Khalid berkata beliau tidak melihatnya.

"Saya tidak fikir begitu. Saya tidak nampak ada lobi," katanya yang sebelum ini dilihat ditekan pelbagai pihak dalam parti yang mahukan Azmin diberi peranan lebih besar di Selangor.

'Persaingan' antara kedua-dua 'gergasi' PKR itu boleh ditafsirkan dalam beberapa tindakan parti itu, antaranya apabila Azmin dilantik sebagai pengerusi PKR Selangor yang baru menggantikan Khalid pada 27 Jun lalu.

Rombakan itu dibuat selepas desas-desas berlaku 'pergeseran' antara mereka, terutamanya apabila Azmin secara tiba-tiba meletakkan jawatan sebagai pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) - syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri - yang dispekulasikan sebagai protes terhadap Khalid.

Desas-desus itu disemarakkan lagi apabila kedua-dua Khalid dan Azmin dilihat sedang mengintai kerusi nombor dua - paling dekat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim - dalam PKR menjelang pemilihan parti itu pada November ini.

Masih lelap tidur

Bagaimanapun, ketika ditanya soalan itu, Khalid menjelaskan beliau sedikit pun tidak terganggu dengan kedudukan kerusi timbalan presiden yang kini disandang oleh Syed Husin Ali itu.


"Tak tahulah. (Ketawa) Saya tidak melobi untuk dapatkannya. Saya tidak pergi jumpa orang dan minta, tolong pertimbangkang saya (sebagai timbalan presiden)," katanya apabila ditanya tentang suara di akar umbi PKR yang mahukannya bertanding merebut jawatan itu.

"Saya telah cecah satu peringkat karier di mana saya tidak cenderung lagi dapatkannya (kedudukan itu)."

Bukan itu sahaja, Khalid - bekas ahli korporat yang pernah memimpin konglomerat besar Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Guthrie Berhad - berkata beliau juga tidak kisah dengan jawatan menteri besar yang disandangnya semalam.

"Saya selalu kata, saya masih lelap tidur kalau tak dapatkannya. Tetapi bila dapat tugas, saya akan ambil tanggungjawab penuh," katanya lagi.

"Bagi saya bukan persoalan sama ada saya mahu menjadi menteri besar atau tidak, jika diberikan tugas, saya lakukannya."

~MK~

Senarai hitam saman ekor dan trafik ditarik balik

Posted: 11 Aug 2010 03:49 PM PDT

Kabinet hari ini memutuskan untuk menarik balik tindakan menyenarai hitam kesalahan di jalan raya, buat sementara waktu, bagi membolehkan orang ramai memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan, bermula hari ini hingga 28 Feb tahun depan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata keputusan itu diambil setelah mendengar alasan, aduan dan rayuan orang ramai dan ahli jemaah menteri.

Tempoh itu diambil kira berikutan musim perayaan bermula dari sambutan Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Hari Krismas dan Tahun Baru Cina, katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet di kementeriannya di Putrajaya.

"Namun tidak ada diskaun akan diberi kepada notis-notis sedia ada yang masih belum diselesaikan dan notis itu juga tidak akan dihapus kira," katanya.

"Pada masa yang sama kepada mereka yang disenarai hitamkan atau yang mempunyai notis-notis yang perlu dijelaskan, mereka tetap perlu menjelaskannya."

Katanya selepas 28 Feb 2011, tindakan senarai hitam itu akan dilaksanakan semula.

"Saya nasihatkan bahawa mereka yang mempunyai notis-notis itu perlu menjelaskan sekaligus atau secara ansuran."

"Untuk mereka yang membayar dan menyelesaikan notis-notis itu dalam tempoh masa kelonggaran ini, mereka tidak akan dikenakan markah demerit.

"Sistem yang lebih terperinci supaya mereka yang mempunyai notis yang belum selesai, berapa lama mereka boleh memperbaharui lesen memandu dan untuk memperbaharui cukai jalan akan ditentukan dalam satu dua hari ini," katanya.

~bernama~

Kerajaan tarik balik senarai hitam saman ekor

Posted: 11 Aug 2010 03:48 PM PDT

Kerajaan menarik balik tindakan menyenaraihitamkan kenderaan pesalah-pesalah trafik akibat saman ekor buat sementara waktu bermula hari ini hingga 28 Februari tahun depan. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, ini berikutan keputusan memberi kelonggaran semasa musim perayaan yang akan tiba tidak lama lagi.

Langkah ini adalah kemenangan besar bagi perjuangan menentang saman ekor yang dibuat oleh rakyat negara ini khasnya dari PAS sendiri.

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar bersama rakan-rakannya telah menubuhkan Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) dan bergerak ke seluruh negara bagi menentangnya.

Pada 5 Ogos lepas, beliau bersama rakan-rakannya ke pejabat Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha bagi berbincang mengenai tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan dan lesen kenderaan akibat menerima saman ekor.

Namun, hanya setiausaha akhbar menteri berkenaan bertemu dengan mereka. Jawatankuasa berkenaan juga telah mengatur satu pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagi membincangkan perkara sama.

Semalam, 10 Ogos, Kase telah membuat aduan kepada Suhakam bagi meminta badan hak asasi manusia membantu rakyat memperjuangkan hak mereka.

"Kami berharap pihak menteri tidak ada masalah dengan pertemuan ini kerana isu ini melibatkan rakyat secara keseluruhannya.

"Kami minta pihak Kementerian Pengangkutan membuat keputusan bijak dengan mengarahkan JPJ membatalkan black list tersebut dan izinkan orang ramai untuk perbaharui cukai jalan.

"Kase juga akan tetapkan satu tarikh untuk bertemu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin untuk berbincang isu saman ekor ini kerana pihak polis pun memainkan peranan dalam mengenakan saman ekor ini," kata Mahfuz pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di Ibu Pejabat PAS di sini 2 Ogos lepas.

~harakah~

Kamera dijumpai di pejabat MB Selangor

Posted: 11 Aug 2010 03:46 PM PDT

Pejabat Menteri Besar akan menjalankan siasatan dalaman berhubung penemuan kamera dan beberapa peralatan lain termasuk monitor yang disembunyikan dalam bilik Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di tingkat 21, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS).

Kamera mikro yang disembunyikan di belakang langsir tempat duduk Menteri Besar itu dijumpai Khalid sendiri pada jam 6 petang semalam. Khalid berkata, beliau secara tidak sengaja terjumpa kamera mikro dan peralatan lain yang disembunyikan itu apabila ia berbunyi kerana kehabisan bateri.

"Setelah disiasat, saya menemui kamera dan monitor yang disembunyikan di belakang langsir.

"Kita akan meneliti semula rakaman dan juga melihat video rakaman kamera litar tertutup (CCTV)," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), semalam.

Susulan kejadian itu, Abdul Khalid akan meminta Jabatan Keselamatan meningkatkan sistem kawalan kerana Bangunan SSAS menempatkan ibu pejabat jabatan kerajaan negeri dan pejabat-pejabat Exco serta ketua jabatan.

"Kita akan melihat dahulu rakaman supaya menyenangkan kerja polis. Jika kita dapati ada keperluan, barulah kita akan membuat laporan polis," katanya.

~harakah~

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau menjumpai sebuah kamera tersembunyi di pejabatnya di tingkat 21, bangunan SUK di Shah Alam, pada jam 6 petang semalam.

Adalah dipercayai peralatan itu digunakan untuk mengintip aktiviti harian beliau.

"Saya sedang melakukan tugasan apabila terdengar bunyi dan sebaik mencari di seluruh bilik saya menemui alat perakam video itu yang disorok di belakang langsir bilik saya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco negeri.

Beliau memberitahu perkara itu kepada wartawan pada sidang media hari ini dan berkata pihaknya selepas menjalankan siasatannya sendiri. Tambahnya, beliau juga sedang mempertimbangkan bagi membuat laporan polis.

"Kita akan melihat dahulu rakaman supaya menyenangkan kerja polis. Jika kita dapati ada keperluan, barulah kita akan membuat laporan polis," katanya.

Abdul Khalid berkata kamera itu yang dijumpai berada di belakang langsir di pejabatnya dikesan selepas ia berbunyi kerana kadar baterinya semakin lemah.

Serentak dengan penemuan itu, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri juga mengarahkan supaya kawalan keselamatan di bangunan SUK itu diperketatkan. Abdul Khalid berkata pengawal keselamatan yang dirujuk mengenai perkara itu menyatakan mereka tidak mengetahui mengenai kewujudan alat perakam video tersebut.

Beliau berkata pihaknya telah meneliti rakaman dari alat perakam video itu yang dipercayai telah berada dalam bilik berkenaan bagi satu tempoh yang agak panjang.

"Saya dah teliti tiada apa cuma rakaman menunjukkan saya bertemu dengan beberapa pihak dan urusan harian biasa," katanya.

Abdul Khalid berkata beliau masih belum membuat laporan polis berhubung kejadian itu sebaliknya akan meneliti rakaman kamera kawalan litar tertutup (CCTV) yang dipasang di bangunan dan bilik pejabatnya terlebih dahulu.

"Saya akan teliti dulu rakaman CCTV sebelum serahkan kepada pihak berkuasa, jika mereka ingin datang untuk membuat pemeriksaan juga tiada masalah," katanya.

~MK~

Wan Azizah selar Badut Sarkas UMNO

Posted: 11 Aug 2010 03:43 PM PDT

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan tegas menafikan tohmahan jahat Ezam Mohd Nor.

"Pada semalam 10 Ogos 2010, di perkarangan mahkamah, pemberita Berita Harian menyatakan beliau diarahkan menanyakan soalan mengenai tuduhan Ezam Mohd Nor mendakwa kononnya saya telah menelefon beliau mengarahkan supaya menghalang lelaki mendekati Saudara Anwar," kata Wan Azizah.

Sehubungan itu, beliau dengan tegas menafikan tohmahan jahat Ezam yang sengaja mereka cerita setelah bersama Umno dan tidak sebelumnya.

"Saya tidak pernah menelefon beliau mengaitkan Saudara Anwar seperti tohmahan tersebut. Saya kesal kerana nafsu politik beliau tidak ada batas; sehingga sanggup memfitnah saya selaku isteri dan ibu. Ternyata untuk kekal relevan sebagai alat pimpinan Umno, kerja beliau hanya mencerca kami," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, beliau telah enggan melayan sebarang kenyataan Ezam yang dibuat hasil menerima upah pimpinan Umno. Walaubagaimanapun kerana tuduhan tersebut berulang dan mengaitkan nama beliau secara peribadi, beliau mengingatkan Ezam supaya menghentikan kerja fitnah yang jelas fasiq.

"Sekira beliau mengulangi fitnah tersebut, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau dan merujuk beliau ke mahkamah dan Mahkamah Syariah," ujarnya.

~harakah~

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam memberi amaran kepada Senator Ezam Mohd Noor bahawa beliau berdepan dengan tindakan undang-undang jika terus memfitnahkannya.

Wan Azizah merujuk kepada laporan portal berita Agenda Daily, di mana Ezam dilaporkan mendakwa beliau diarahkan olehnya supaya menghalang lelaki daripada mendekati suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga adalah ketua pembangkang.

Ezam dilaporkan berkata waktu itu Wan Azizah bernada cemas ketika membuat pesanan supaya "sebagai seorang adik, tengok-tengokkan abang dia…"

"Wan Azizah, minta malam itu saya jangan keluar dari rumah selagi budak lelaki itu ada di rumah…untuk pastikan Anwar tidak berdua," kata bekas ketua pemuda PKR yang berpaling tadah itu.

Perbualan telefon itu berlaku ketika Wan Azizah berada di Washington manakala Anwar pula di kediaman mereka ketika itu di Bukit Damansara semasa bercuti daripada tugasan mengajarnya di Amerika.

"Saya tidak pernah menelefon beliau mengaitkan Saudara Anwar seperti tohmahan tersebut. Saya kesal kerana nafsu politik beliau tidak ada batas; sehingga sanggup memfitnah saya selaku isteri dan ibu.

"Ternyata untuk kekal relevan sebagai alat pimpinan Umno, kerja beliau hanya mencerca kami," kata Wan Azizah dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini hari ini

Menurut Presiden PKR itu, pada asalnya, beliau enggan melayan sebarang kenyataan Ezam tetapi kerana tuduhan tersebut berulang dan mengaitkan namanya secara peribadi, beliau memberi amaran kepada Ezam supaya hentikan kerja fitnah yang jelas fasiq.

"Sekira beliau mengulangi fitnah tersebut, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau dan merujuk beliau ke Mahkamah dan Mahkamah Syariah." katanya lagi.

Menurut Agenda Daily lagi, Ezam terus mempertahankan pendiriannya itu dan mencabar Wan Azizah membuat sumpah laknat. Ezam sebelum ini adalah orang kanan Anwar dan pernah menjadi setiausaha politik bekas timbalan perdana menteri itu.

Beliau menyertai Umno semula pada Mei 2008 dan sejak itu melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas Anwar khususnya pada pilihan raya kecil dan terbaru di pentas ceramah 'Selamatkan Selangor'.

~MK~

Tiga lelaki ditahan mengikut ISA

Posted: 11 Aug 2010 03:39 PM PDT

Polis menahan tiga lelaki termasuk seorang warganegara Indonesia di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki terbabit dalam kegiatan yang boleh memudaratkan keselamatan negara dan dipercayai mempunyai hubungan dengan aktiviti kumpulan militan di luar negara.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini berkata, dua lagi lelaki yang ditahan adalah warganegara Malaysia. Beliau berkata, warganegara Indonesia itu ialah Mustawan Ahbab, 34, seorang eksekutif pemasaran yang ditangkap di Bukit Indah, Ampang.

Katanya, warganegara tempatan yang ditahan ialah Samsul Hamidi, 34, seorang kontraktor yang ditangkap di Temerloh Pahang, dan Sheikh Abdullah Sheikh Junaid, 70, pengarah urusan sebuah syarikat yang ditangkap di Taman Melur, Ampang.

Ketiga-tiga mereka kini ditahan mengikut Seksyen 73(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, katanya.

~Bernama~

Sila Pantau Rasuah Dalam KSSB

Posted: 11 Aug 2010 03:38 PM PDT

Kerajaan Selangor menjemput Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menempatkan pegawai di pejabat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Tawaran ini dibuat selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri terhadap konsep pentadbiran yang telus serta bertujuan meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap operasi KSSB berikutan kritikan dan dakwaan yang dilemparkan terhadap syarikat milik penuh Kerajaan Selangor ini.

Demikian dinyatakan dalam satu kenyataan yang di keluarkan oleh Sekretariat Media Pejabat Menteri Besar Selangor semalam. Kakitangan SPRM ini boleh memantau operasi dan pentadbiran KSSB secara lebih dekat bagi memastikan salah guna kuasa atau rasuah tidak berlaku, kata kenyataan itu.

Bagi melengkapkan lagi prinsip pentadbiran telus dan terbuka, katanya, KSSB akan mengiklankan jawatan kosong di media bagi mengisi dua jawatan Pengarah yang bebas dari pengaruh politik tetapi berpengalaman dalam industri perlombongan pasir.

Mereka ini akan menjadi wakil Kerajaan Negeri untuk bersama-sama mentadbir dan menguruskan KSSB dalam menjalankan perlombongan pasir. Kerajaan Negeri juga telah mengarahkan KSSB melantik juruaudit bebas bagi mengaudit setiap sen yang dibelanjakan supaya makumat kewangan KSSB dapat diketahui orang awam.

"Kerajaan Selangor percaya masih belum ada syarikat yang menguruskan pasir di negeri-negeri lain yang telah mengambil langkah-langkah seperti yang dilakukan KSSB. Selangor yakin KSSB menjadi syarikat pasir pertama yang mengamalkan pentadbiran yang telus dan terbuka," katanya.

Sehubungan, katanya, kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor mencabar negeri-negeri di bawah BN supaya mengambil langkah yang sama terutama di Johor yang mana operasi perlombongan pasir amat diragui tetapi tidak diberi liputan oleh media arus perdana.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga mengumumkan perlantikan Wan Ab. Halim Wan Ismail, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KSSB berkuatkuasa 26 Julai lalu.

Wan Ab. Halim, 62, berkelulusan bidang Kejuruteraan Perlombongan dari London University, United Kingdom mempunyai pengalaman luas bidang perlombongan sumber galian termasuk pasir, batuan, timah, besi dan emas.

~harakah~

Tee dipecat sebagai ahli MPK

Posted: 11 Aug 2010 03:37 PM PDT

Menteri Besar Selangor berkata Tee Boon Hock telah dipecat sebagai ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK). Menurut menteri besar, tindakan itu diambil selepas siasatan menunjukkan Tee telah melanggar kod etika.

"Saya sudah memaklumkan keputusan ini kepada Yang Dipertua MPK dan meminta beliau membuat tindakan yang sewajarnya," katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan ahli majlis supaya jujur dan telus dalam kerja mereka, dan tidak mengambil kesempatan untuk mengkayakan rakan dan anggota keluarga mereka.

Ditanya mengenai seorang lagi anggota majlis MPK yang didakwa turut terbabit dalam kes serupa, Abdul Khalid berkata perkara itu akan disiasat dan tindakan yang sama akan dikenakan sekiranya individu terbabit didapati bersalah.

"Saya akan rujuk perkara ini kepada YDP MPK, sekiranya berlaku perkara yang sama, kami akan ambil tindakan," katanya.

Pada 7 Ogos lalu, jawatankuasa disiplin DAP telah memecat Tee daripada parti itu selepas mendapati dia mengeluarkan surat sokongan kepada syarikat yang anaknya mempunyai kepentingan.

Tee dilanda kontroversi hujung bulan lalu apabila akhbar Star melaporkan dakwaan bahawa seorang ahli majlis tempatan dari DAP menyalahgunakan kepala surat dan cop exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu, untuk mengeluarkan surat sokongan kepada mereka yang rapat dengannya.

Katanya, kerajaan negeri menyerah kepada pihak polis untuk memutuskan sama ada terdapat sebarang unsur-unsur jenayah dalam perkara itu. Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri mengutamakan soal akauntabiliti dan tanggungjawab, maka ia tidak akan berkompromi dengan sebarang amalan rasuah di semua peringkat.

Kerajaan negeri, katanya, komited untuk membawa pembaharuan bagi membersihkan pentadbiran Selangor dan memastikan ia bebas daripada rasuah dan salahguna kuasa. Abdul Khalid juga berkata, beliau akan memaklumkan kepada yang dipertua MPK mengenai keputusan exco negeri.

~MK~

Mesyuarat JK disiplin DAP

Posted: 11 Aug 2010 03:35 PM PDT

Dua pemimpin DAP, Ronnie Liu dan Teng Chang Khim, yang akan diadili oleh jawatankuasa disiplin parti esok, akan dibenarkan membawa saksi masing-masing, kata pengerusi jawatankuasa itu, Tan Kok Wai.

Beliau berkata kedua-dua pemimpin itu boleh membawa saksi-saksi yang tidak dihadkan jumlahnya, menghadiri perbincangan jawatankuasa itu di ibu pejabat parti di Petaling Jaya nanti.

"Kami ambil sikap terbuka dalam perkara ini, mereka boleh bawa seramai masa saksi yang mereka mahu, kami tidak ada masalah mengenainya. Sebaik sahaja tamat, kami akan umumkan keputusan jawatankuasa itu," katanya di Kuala Lumpur hari ini.

Liu, yang juga Exco Kerajaan Selangor dihadapkan ke jawatankuasa disiplin berhubung isu pengeluaran surat sokongan yang menggunakan kepala surat miliknya.


Teng (kiri) pula yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) diarah memberi penjelasan terhadap kenyataan beliau yang berbunyi "OMG! Real culprit freed" yang dibuatnya di laman sosial Twitter, selepas jawatankuasa itu mengumumkan keputusannya untuk memecat Setiausaha DAP Selangor, Tee Boon Hock kerana didakwa mengeluarkan bebarapa surat sokongan menggunakan kepala surat Liu.

Tee yang juga Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) dipecat kerana dikatakan menyalahguna kepala surat Liu bagi mendapatkan kontrak dari MPK buat kaum keluarga dan kroninya.

Liu (bawah, kanan) membuat laporan polis pada 2 Ogos lepas, mendakwa berlaku perbuatan menyalahguna kepala suratnya bagi tujuan menyokong usaha mendapatkan projek, tanpa pengetahuannya.

Selain kedua-dua pemimpin itu, jawatankuasa berkenaan turut memanggil perwakilan daripada 15 syarikat yang didakwa menerima kontrak kerajaan negeri, bagi membantu jawatankuasa itu dalam perbincagan esok.

Selain Tan, jawatankuasa disiplin DAP turut dianggotai oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy yang juga naib pengerusi jawatankuasa itu, M Kulasegaran, Lim Hock Seng dan Tai Sing Piau.

Selepas mesyuarat jawatankuasa itu esok, eksekutif pusat DAP dijangka mengadakan mesyuarat di tempat yang sama, yang antara lain dijangka akan membincangkan rayuan Tee terhadap pemecatannya itu.

~Bernama~

Tiada ulasan: