Khamis, 12 Ogos 2010

SharpShooter

SharpShooter


Ghani mahu saman Guan Eng

Posted: 11 Aug 2010 06:43 PM PDT

PULAU PINANG 11 Ogos - Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini dicabar supaya membuat laporan polis berhubung pelbagai tuduhan yang dilemparkannya terhadap Dewan Perniagaan Komtar (KMA) dan meletak jawatan sekiranya tuduhan tersebut ternyata tidak benar.

Naib Pengerusi KMA, Mohamed Ghani Abd. Jiman yang kecewa dengan pelbagai tuduhan oleh kerajaan negeri terhadap dirinya dan KMA berkata, pihaknya juga memutuskan untuk menyaman malu kerajaan negeri kerana memburuk-burukkan namanya dan pertubuhan itu.

"Kalau saya salah, saya rela ditangkap dan melepaskan jawatan dalam KMA tetapi kalau tuduhan Guan Eng pula tidak benar, saya mahu dia letak jawatan sebagai Ketua Menteri," tegasnya kepada pemberita di sini hari ini.

Kata Mohamed Ghani, beliau sedang berbincang dengan peguamnya untuk mengenal pasti pihak-pihak yang bertanggungjawab mencemar nama baik KMA dan dirinya bagi tindakan mahkamah selanjutnya.

Menurutnya, beliau sangat kecewa dengan pelbagai tuduhan tidak berasas oleh kerajaan negeri terhadap KMA seperti pecah amanah, gagal membayar sewa dan tidak mematuhi peraturan terhadap penganjur Bazar Ramadan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) tersebut.

Katanya, sehubungan itu, beliau telah membuat laporan polis berhubung tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, semalam.

Pada masa yang sama, beliau turut mencabar Ketua Menteri tersebut untuk membuat laporan polis bagai membolehkan siasatan ke atas semua tuduhan itu dilakukan untuk melihat sama ada ia benar atau tidak.

"Saya merasa kesal kerana fakta sebenar telah diputarbelitkan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan negeri dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

"Gambaran yang diberikan kepada rakyat seolah-olah para peniaga tidak dibenarkan beroperasi kerana KMA tidak membayar sewa tapak gerai.

"Ini adalah pembohongan besar dan sangat jijik yang dilakukan oleh kerajaan negeri dan agensinya, PDC," katanya.

Mingguan Malaysia baru-baru ini melaporkan, PDC menghalang para peniaga Melayu daripada berniaga di Bazar Ramadan yang diwujudkan di tingkat tiga kompleks tersebut setiap kali bulan puasa.

Kesemua 27 peniaga terbabit hanya dimaklumkan pada 9 Ogos lalu mengenai keputusan PDC itu sedangkan persiapan telah dibuat untuk mereka memulakan perniagaan keesokan harinya.

Berita TV Selangor tentang pendirian AMK P.Pinang


Sharpshooter :- Tak habis lagi rupanya mamu Ghani...kita dah tolak ansur..
kita dah benarkan berniaga..semua peniaga puas hati dan berterimakasih pada AMK P.Pinang..sewa pun boleh bayar dua kali guna PD Cheque...Cuma yang pasti KMA memang tak boleh buat untung saja...
.
Guan Eng sekali lagi jemput AMK P.Pinang ke pejabatnya tingkat 28 KOMTAR hari ini jam 11...berita lanjut akan menyusul...


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Ayuh lakukan Reformasi

Posted: 11 Aug 2010 06:30 PM PDT

Ayuh....lakukan reformasi....

Kita bukan sahaja mahu melihat Reformasi...tetapi kita mahu lihat reformasi itu terlaksana...

Ayuh..lakukan reformasi..berhenti merokok buat selamanya...

Anda mampu lakukannya....andalah penyokong dan pengerak Reformasi...

PADA Ramadan, umat Islam yang merokok dapat menahan diri daripada melakukan perbuatan itu hampir 13 jam selepas bersahur hingga berbuka puasa.

Perkara ini membuktikan bahawa orang yang merokok mampu berhenti melakukan perbuatan itu jika ada kesungguhan.


Hakikatnya, perokok sedar merokok merosakkan kesihatan diri dan orang di sekeliling. Kerap juga perokok memikirkan untuk berhenti merokok. Sebahagian besar sudah mencubanya walaupun gagal.

Berdasarkan kajian, 85 peratus perokok yang berusaha meninggalkan tabiat itu secara purata mencuba empat kali sebelum berjaya melepaskan diri daripada cengkaman rokok.

Ramadan adalah bulan yang tinggi darjatnya di sisi Allah dan penghulu segala bulan. Bulan turunnya al-Quran menjadi petunjuk kepada manusia membezakan yang benar dan salah.


Suasana dan rutin harian berubah apabila tiba Ramadan yang dilihat sangat kondusif dalam membantu perokok mengubah tabiat ketagihan seterusnya berusaha berhenti merokok berbanding bulan lain.

Hasil kajian mendapati lebih 95 peratus perokok Muslim menyatakan mudah untuk berhenti merokok pada Ramadan.

Dunia sains sudah mengenal pasti sebab yang menyukarkan seseorang berhenti merokok. Antaranya adalah sifat ketagihan terhadap nikotin, bahan bahaya dalam kandungan asap rokok.

Nikotin menyebabkan tindak balas dalam otak dengan cara yang sama seperti heroin yang mempunyai satu laluan dalam otak (bahagian mesolimbik) yang menjadi punca utama ketagihan.

Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, toleransi dan tarikan. Ada kalanya mungkin lebih hebat berbanding heroin.

Seseorang yang kehabisan rokok, kadang kala berkelakuan seperti resah, mempunyai perasaan marah dan tertekan.

Masalah ini jarang disedari sebahagian besar perokok kecuali diperhalusi dengan mengikuti perbezaan perasaan dan tingkah laku selepas menghisap rokok dengan beberapa jam tidak dapat merokok.


Memandangkan rokok mudah diperoleh dan boleh dihisap di khalayak ramai tanpa masalah seperti heroin, perokok dapat menambahkan keperluan nikotin dalam darah selepas merokok.

Oleh itu, terlalu sukar bagi seseorang yang terjerat dengan ketagihan merokok meninggalkan tabiat itu.

Pemikiran yang sihat dan matang pasti menolak unsur ketagihan untuk dijadikan amalan.

Ketagihan menyebabkan kemuliaan manusia dikurangkan kerana mereka terpaksa patuh kepada dorongan ketagihan dan bukan pemikiran yang stabil.

Perokok sukar berhenti merokok kerana tubuhnya terbiasa d
engan nikotin dan ketiadaannya antara dua hingga empat jam menyebabkan gejala gian.

Bagaimanapun, pada Ramadan al-Mubarak, perokok yang aktif sekalipun boleh berhenti merokok melebihi 12 jam bermula dari sahur hingga berbuka.

Perkara ini yang tidak dapat dijawab dengan ilmu sains kerana mengikut keadaan biasa selepas dadah nikotin dalam darah menurun beberapa jam, otak akan memberi arahan meminta tambahan nikotin.

Perkara ini tidak berlaku ketika Ramadan kerana perokok boleh berhenti melebihi 12 jam dan ini menandakan laluan rangsangan otak berpusat di mesolimbik adalah tumpul pada masa itu.

Perkara ini berlaku kerana iman di dada sedar keperluan menunaikan ibadat puasa dan dengan kekuatan rohani itu mengatasi pengaruh jasmani atau fizikal.

Untuk berhenti merokok memerlukan motivasi, keazaman dan daya usaha yang gigih bagi mengatasi rasa ketagihan terhadap nikotin yang terkandung dalam asap rokok.

Sebanyak 80 peratus perokok berjaya berhenti merokok dengan daya usaha sendiri melalui keazaman yang tinggi disebabkan pengaruh kawan yang berperanan besar menggagalkan wawasan itu.

Pengalaman pakar perubatan mendapati, Ramadan memberi kelebihan kepada mereka yang berhajat meninggalkan tabiat merokok. Oleh itu, sewajarnya umat Islam mengambil peluang untuk mengatasi masalah ini.

Ada riwayat menyebut, semua pintu langit dan syurga dibuka setiap Ramadan. Iblis dan syaitan dirantai supaya mereka tidak dapat mengacau dan mengganggu kaum Muslimin. Seterusnya merosakkan puasa dan bangun malam mereka. Pada setiap malamnya pula, ada suara menyeru: "Siapa yang mahu kebajikan, mari! Siapa yang mahu kejahatan, berambuslah!"

Semoga kita dapat menyambut kebaikan yang diseru pada Ramadan ini untuk membuat kebaikan dengan meninggalkan tabiat penagihan dadah nikotin buat selamanya.

Sabda Rasulullah bermaksud: "Ramadan itu ialah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran ialah masuk syurga."

Pada peringkat awal ini, pemimpin masyarakat dan pemimpin agama adalah diseru agar membebaskan diri daripada tabiat merokok agar mereka mudah dicontohi.

Dengan berbekalkan iman di dada, marilah kita bersama-sama dengan penuh rasa keinsafan dan harapan, mohon bantuan dan pertolongan daripada Allah agar berjaya meninggalkan tabiat merokok yang dan seterusnya menjaga kesejahteraan diri anak dan isteri kita.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Raja Sumpah

Posted: 11 Aug 2010 06:01 PM PDT

Sumpah..sumpah..sumpah...adakah semua masalah boleh selesai dengan hanya bersumpah?

Mengapa bila dibawa kes ke Mahkamah Syariah, Menteri UMNO sendiri yang menolaknya. Mengapa takut dengan Mahkamah Syariah? Bukankah anda mengaku sebagai pejuang Islam.

Sungguh besar risiko dan ancaman bagi orang yang berdusta dan berbohong dalam sumpahnya, sebab itu Islam mengingatkan umatnya agar hati-hati dalam bersumpah dan jangan biasakan diri bersumpah. Jangan bersumpah tentang ini dan itu tanpa keperluan.

Kebiasaan bersumpah akan menyebabkan orang merasa tidak bersalah ketika berdusta dalam sumpahnya sehingga akhirnya terjebak dalam ancaman hadis di atas. Bahkan Allah SWT berfirman:

"Dan janganlah kamu mengikuti orang yang selalu bersumpah, lagi hina." (QS. Al-Qalam:10)

Rahsia kerajaan yang kuat atau masyarakat yang maju adalah terletak pada tertegaknya hukum yang adil. Sudah menjadi bukti sejarah, bahawa kehancuran umat-umat terdahulu, adalah kerana tidak berlaku tertegaknya hukum yang adil.

Jika pemimpin buat salah, orang "kuat" atau berduit, walaupun kejahatan yang besar, bahkan merugikan masyarakat terbanyak, hukum tidak ditegakkan.

Namun jika yang buat salah itu rakyat marhaen, walaupun kecil kesalahannya, segera hukuman ditegakkan dengan seberat-beratnya.

Rasulullah Saw. bersabda:

"Wahai manusia!, ketahuilah bahwa kehancuran umat terdahulu adalah karena mereka tidak menegakkan hukum dengan adil. Jika yang mencuri –berperkara- dari golongan terpandang, mereka biarkan. Namun jika yang mencuri itu orang yang tidak punya, mereka secara tegas menegakkan hukum. Demi Allah, jika Fatimah putri Muhammad –anak beliau sendiri- mencuri, pasti saya potong tangannya." (HR. Bukhari)

"Demi Allah" sebagai sebuah ucapan yang mengawali sumpah sering kita dengar untuk membuktikan bahwa sesuatu itu benar atau tidak benar.

Sesungguhnya, Allah Ta'ala melarang sumpah dijadikan sebagai alat menipu, "Dan janganlah kamu jadikan sumpah-sumpahmu sebagai alat penipu diantaramu yang menyebabkan tergelincir kaki(mu) sesudah kokoh tegaknya dan kamu rasakan kemelaratan (didunia) karena kamu menghalangi (manusia) dari jalan Allah dan bagimu azab yang besar." (QS. An-Nahl :94).

Dari Abu bakar r.a, Rasulullah Saw bersabda: "Maukah kalian semua jika kuberitau tentang dosa paling besar diantar dosa-dosa paling besar ?" kami menjawab " sudah tentu wahai Rasulullah." lalu, sambil berbaring beliau Saw bersabda: "Pertama, syirik kepada Allah, lalu durhaka kepada orang tua…" lalu tiba-tiba Rasulullah duduk tegak dan bersabda: "yang ketiga sumpah palsu dan saksi palsu. "Rasulullah terus mengulang-ulang yang ketiga ini sampai para sahabat gemetar dan berkata: "seandainya Rasulullah diam" karena takutnya para sahabat mendengarkan kata sumpah dan saksi palsu yang diulang terus menerus oleh Rasulullah." (Hr. Bukhari Muslim).

Betapa beratnya dosa dengan sumpah palsu apalagi untuk mengaibkan orang lain demi untuk kepentingan peribadi.

Jauhilah sumpah palsu dan raja sesumpah.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: