Khamis, 12 Ogos 2010

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Melucukan: Isu Tipu Jual Beli Hasil Kelapa Sawit, Terkejut Saman RM200 Juta Tiba-Tiba Yusof Noor Umum Felda Dapat Sijil Kononnya Mereka Terbaik

Posted: 12 Aug 2010 03:01 AM PDT

Lucu benar melihat keletah Felda sekarang ini. Jika dulu pahlawan mereka ialah si Ahmad Maslan. Kini Menteri UMNO itu terduduk dan tergamam, bila mana melihat begitu ramai peneroka menyaman mereka sebanyak RM200 juta akibat tidak berpuas hati atas dakwaan mereka terlibat dalam penipuan dan pecah amanah dalam jual beli hasil kelapa sawit. Akibat terkejut dengan tindakan saman tersebut, maka hari ini tiba-tiba pula Pengerusi Felda Si Yusof Noor mengumumkan bahawa Felda menjadi agensi pekebun kecil pertama di dunia mendapat Sijil Meja Bulat Sawit Mapan (RSPO) pada 22 Jun, tahun ini. Sambil melahirkan rasa bangganya dengan penerimaan sijil itu, beliau berkata, bukan mudah untuk mendapatkan sijil RSPO memandangkan ia perlu mengikut pemeriksaan protokol ketat dan ia dinilai oleh penilai berdasarkan kepada prinsip dan kriteria yang ditetapkan oleh RSPO pada November 2007. "Sijil RSPO ini merangkumi dua kompleks kilang sawit iaitu Kilang Sawit Kota Gelanggi 1 dan Kilang Sawit Lepar Utara 6 di Pahang dan 11 rancangan yang menghantar hasil sawit ke kilang ini. Kesemua ladang yang terlibat melibatkan keluasan 22,268 hektar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Penyerahan Sijil Roundtable Sustainable Palm Oil (RSPO) di Dewan Merak Kayangan, bangunan Felda di sini hari ini. Soalnya sekarang benarkah sijil itu diperolehi oleh Felda atau sijil yang terpaksa "dibeli" untuk "menegakkan benang yang basah" dan menyelamatkan keadaan. Masalahnya, majoriti peneroka Felda di seluruh negara tahu dan mempunyai bukti tentang penipuan Felda ini. Maka, bagaimanakah mereka tiba-tiba boleh mendapat sijil tersebut sebenarnya.

[Satu kemusykilan lagi, kenapa baru sekarang perkara itu diumumkan dan majlis diadakan secara mengejut?. Semua ini menimbulkan keraguan dan menunjukkan yang Felda kini tertekan dengan satu persatu pendedahan yang dilakukan oleh para peneroka itu sendiri. Jika sebelum ini, mereka marah campur tangan orang luar terhadap pentadbiran Felda, kini mereka begitu terasa apabila peneroka sendiri membuat tindakan mengejut itu. Soalnya, kenapa Ahmad Maslan menyepi tentang isu saman RM200 juta itu agaknya?. Apakah beliau kini dipersalahkan kerana cuba menakutkan peneroka itu gamaknya. Umum mengetahui bahawa Yusof Noor antara individu yang bertanggungjawab melingkupkan Felda. Lihat sahaja Hotel Felda yang didirikan di Kuala Terengganu itu. Sekadar mahu kaut untung singkat tapi kehadiran pelanggan amat memalukan. Inilah dia kerja puak-puak yang kononnya membela rakyat sejak dulu, kini dan selamanya].

Panas: Exco Blogger Pembela Negara Kecewa Atas Kealpaan UMNO Pahang Terhadap "Media Baru", & Yakin Potensi Parti Pembangkang Pada PRU-13

Posted: 11 Aug 2010 07:37 PM PDT

Kealpaan Kerajaan Negeri Pahang terhadap media baru nampaknya semakin menjadi-jadi mutakhir ini. Biarpun berkali-kali sudah diperingatkan oleh beberapa orang blogger arus perdana itu sendiri sebelum ini. Agak menghairankan, dalam kesibukan membuat persiapan menjelang pilihanraya umum akan datang, UMNO Pahang masih tidak sedar lagi dengan kepentingan media baru. Sedangkan, mereka mengakui antara punca utama kekalahan mengejut di beberapa buah negeri dalam pilihanraya umum lalu adalah dek kerena "penangan media baru". Soalnya sekarang, kenapa mereka masih "bermimpi disiang hari" lagi. Bukankah mereka sendiri tahu bahawa peratus pengundi muda yang celik ICT dalam pilihanraya umum akan datang meningkat secara mendadak. Malah, di Pahang ini sendiri jumlahnya juga agak besar dan bisa menggoncangkan kerajaan negeri itu sendiri. Namun, ternyata UMNO Pahang masih leka dan selesa. Jika ada pun, hanya beberapa kali pertemuan dan bengkel yang diadakan terhadap mereka yang terlibat dengan Unit Media Baru UMNO sebelum ini. Itu pun kita masih tidak dapat melihat kesannya secara mendadak. Memang kini terdapat beberapa buat lawan web dan blog UMB yang aktif terutamanya di kawasan Jerantut. Namun, apakah itu mencukupi untuk menentang kekuatan media baru di kalangan parti pembangkang?. Semua ini sama ada disedari atau tidak, kita sendiri pun tidak pasti sebenarnya. Apakah mereka lupa atau sengaja buat-buat lupa untuk lari dari tanggungjawab yang diberikan kepada mereka itu agaknya?


Pelik, ke mana perginya semua aktivis media baru UMNO Pahang ini

Sebelum ini kita ada mendengar kerajaan negeri melantik beberapa orang "penulis blog" dikalangan pesara kerajaan. Mereka dikatakan diberikan elaun dan gaji serta beberapa kemudahan lain. Namun, ke manakah mereka ini agaknya?. Apakah perkara ini disedari oleh orang kuat UMB Pahang iaitu Dato' Shamsuddin (foto), Setiausaha Politik MB Pahang itu agaknya?. Mereka melantik individu tertentu sesuka hati, sebaliknya kepada mereka yang telah berjuang membela UMNO sejak sekian lama terus dianaktirikan oleh pihak terbabit. Sungguh malang nasib mereka, beriya-iya menulis untuk mempertahankan kerajaan UMNO BN. Namun kebajikan dan segala bantuan ICT yang diharapkan tidak kunjung tiba. Sebaliknya, orang lain yang tidak tentu pasal tiba-tiba mendapat habuan untuk menguruskan satu pekerjaan yang cukup hebat ini. Akhirnya, inilah yang berlaku di Pahang. Belanja besar dikeluarkan, pertemuan demi pertemuan diadakan tapi "masuk angin keluar asap". Ceritanya tetap sama, mana hilangnya Exco ICT Dato' Sharkar Shamsuddin dalam hal ini. Beliau juga wajar dipersalahkan kerana gagal menggunakan kedudukannya untuk memajukan industri ICT di negeri ini. Jika inilah keadaannya, maka kita amat yakin program broadband melaluu Jalenas (Jalur Lebar Nasional) yang akan dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Pahang itu akhirnya akan memerangkap diri mereka sendiri. Namun, dek kerana kealpaan mereka tidak fikirkan semua ini!.

Teguran Blogger Pembela Negara Di Pandang Sepi

Untuk mengulas isu tersebut kami cuma mendapatkan komen Exco Pahang, Ahli Majlis Tertinggi Blogger Pembela Negara (BPN) iaitu Bogger BraveHearts. Dalam posting terbaru di blognya (12 Ogos), dia secara sinis menyelar kepimpinan UMNO Pahang yang dilihat masih lembab itu. Antara lain katannya Bloggers tidak pernah jemu menegur dan mengingatkan para pemimpin UMNO supaya jangan leka, berusaha lebih keras, jangan ego, jangan tidur, jangan sombong diri malangnya tidak banyak yang dapat diubah kepada pemimpin UMNO. Mereka masih dengan keadaan yang serupa. Pemimpin UMNO lembab dan lemah dimana-mana. "UMNO Pahang apa kurangnya, mungkin tidak banyak hanya satu dua saja blogger yang berani menegur kepimpinan UMNO negeri tetapi itu bukan bermakna seluruh negeri mengangap kemimpinan tidak ada cacat-celanya. Orang tidak berani menegur mungkin kerana segan, malu-alah ataupun mengambi sikap tidak peduli, namun hakikatnya mereka sudah tersangat benci terhadap kepimpinan UMNO negeri", katanya. Menurutu beliau lagi apabila ada satu dua blogger menegur pemimpin dan pemimpin beranggapan bahawa ini bukanlah suara majoriti dan mengambil sikap tak endah maka ini bermakna UMNO sengaja menempah petaka menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 nanti.


Memalukan, blog UMB Pahang sudah lebih seminggu tidak dikemaskini
Beliau sendiri sering menegur terutama peranan yang dimainkan oleh media sosial, yang sepatutnya dikuasai sepenuhnya oleh ataupun sebaik mungkin oleh UMNO namun setakat ini masih tidak nampak bahawa UMB Pahang dan Biro ICT Pahang mampu menguasainya. "Jika kita lihat / baca di facebook dan blog-blog yang ada, saya masih melihat bahawa mediujm ini masih dikuasai oleh penyokong pembangkang. Mungkin UMNO dibawah kepimpinan DS Adnan menganggap ini masalah terpencil dan beranggapan bahawa peratusan pengundi yang terlibat dan menggunakan media sosial berkenaan masih kurang makan beliau merasa UMNO masih selamat dalam PRU13 nanti. Mungkin beliau juga lupa bahawa dari hanya seorang pengguna media sosial berkenaan berita akan disebarkan secara manual kepada lebih ramai penggundi dan mereka akan lebih mempercayai apa yang disebarkan itu".

Parti Pembangkang Berpontensi Rampas Pahang

Beliau tidak nampak bahawa dalam menyebarkan maklumat propaganda UMNO Pahang sudah berjaya menguasai pengundi di Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Bahkan pembangkang nampaknya lebih berjaya menguasainya. Pahang Daily Online umpamanya berjaya menarik lebih 3000 pembaca dalam sehari, tidakkah mereka sedang menguasai minda rakyat? Memang susah jika kita ada pemimpin yang tidak nampak masa depan dan kepentingan ICT / Media Sosial dan peranannya terhadap masyarakat. Malangnya, kita (Kerajaan UMNO/BN) yang mencipta ruang IT namun ianya dibiarakan dikuasai oleh pihak pembangkang. Malang juga bila kita ada Ketua Penerangan yang masih gelap hati dan mindanya. "Saya masih percaya, jikapun Pahang tidak jatuh ke tangan pembangkang namun beberapa kerusi tetap akan dapat dirampas oleh pihak pembangkang dalam PRU nanti akibat dari keegoan pemimpin UMNO sendiri. Dalam bulan Ramadhan ini pemimpin diseru untuk berhenti seketika dari memikirkan bagaimana untuk memenihkan kocek mereka sendiri saja, tetapi lakukanlah sesuatu untuk kepentingan UMNO dan rakyat pula", tambah beliau lagi.

[Kenyataan ikhlas daripada BraveHearts ini amatlah dikagumi sebenarnya. Beliau berani menegur, cuma suaranya mungkin tidak didengari oleh pihak atasan UMNO sebelum ini. Justeru itu semoga pemimpin UMNO yang sedang alpa dalam kemewahan sekarang ini dapat melakukan sesuatu untuk mengembalikan kepercayaan, keyakinan pihak-pihak yang menyokong mereka. Jika tidak adalah lebih baik BraveHearts berkerjasama dengan blogger pembangkang untuk menyerang semula UMNO Pahang agar mereka tahu "langit tinggi atau rendah". Sudah lumrah alam, orang yang menyokong tidak akan dilayan oleh puak-puak mereka, sebaliknya bagi mereka yang menentang pasti akan diberi ruang serta kedudukan. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan, Ezam Md Noor. Beliau yang sanggup bermandikan darah menentang UMNO, kini selesa diberikan jawatan serta kedudukan yang tinggi. Apakah ini adil buat mereka yang sanggup bersusah payah, berkorban masa serta tenaga untuk memastikan UMNO terus berkuasa agaknya?. Maka, fikir-fikirkanlah kerana perjuangan masih belum selesai. Anda masih belum terlambat untuk buat tindakan. Apa guna menegur jika orang memekakkan telinga sahaja. Lebih elok bersama rakyat untuk melakukan perubahan dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang].

Eksklusif: Politik Pahang Kini Semakin Panas, MB Adnan Yaakob Akan Hadapi Serangan Dari Dalam Oleh Pemimpin Dan Ahli Akar Umbi UMNO Sendiri

Posted: 11 Aug 2010 07:00 PM PDT

Susulan pertemuan sulit antara Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dengan pimpinan tertinggi UMNO Pahang di Kediaman Rasmi Menteri Besar Pahang baru-baru ini, maka ramai yang menjangkakan satu perubahan besar akan berlaku dalam politik di Pahang. Dalam pertemuan itu, Muhyiddin sekali lagi mahu UMNO Pahang bersiap sedia dengan Pilihanraya Umum ke-13 yang dijangka akan tiba bila-bila masa sahaja dari sekarang. Soalnya sekarang, apakah negeri Pahang dibawah pimpinan Dato' Seri Adnan Yaakob (foto) bakal ditakluki oleh Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum nanti?. Inilah yanh menjadi tajuk yang sedang diperdebatkan oleh rakyat sekarang ini. Jika ditinjau soal prestasi, ternyata Indeks Prestasi Adnan kini jauh merudum sebenarnya. Sejak mengambil alih kepimpinan kerajaan negeri daripada Khalil Yaakob, Adnan dilihat gagal untuk membawa perubahan besar terhadap sosio ekonomi negeri ini. Malah, beliau juga banyak dibelenggu dengan masalah yang tidak berkesudahan. Bajet negeri senantiasa mengalami defisiti setiap tahun. Industri pelaburan dan pelancongan merudum menyebabkan banyak pihak terpaksa gulung tikar. Ramai yang meramalkan kini nasib Adnan umpama "telur dihujung tanduk". Beliau bukan sahaja dikritik oleh pemimpin pembangkang, malah dikalangan pemimpin UMNO BN sendiri juga sudah mula melihat Adnan tidak layak lagi menguruskan hal ehwal negeri ini sebenarnya. Banyak faktor yang menjurus ke arah itu dan masih disembunyikan daripada pengetahuan rakyat. Namun, apakah segalanya dapat dirahsiakan menjelangnya pilihanraya umum akan datang. Mampukan gelombang Tsunami 2008 membenamkan Pahang nanti?. UMNO kini dilihat semakin leka dengan angan-angan sendiri. Mereka seronok kerana Pahang mempunyai jumlah pengundi orang Asli dan peneroka Felda yang ramai. Maka itulah, Pahang tidak mungkin akan jatuh ke tangan pembangkang. Begitulah firasat dan percaturan politik yang dibuat oleh puak-puak UMNO sekarang ini. Lantaran itu, mereka dilihat tidak bersedia untuk menggempur sebaliknya lebih seronok untuk bertahan. Sedangkan, dalam masa yang sama Pakatan Rakyat pimpinan Dato' Fauzi Abdul Rahman (PKR) dan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) kini saban hari melakukan kerja untuk menyakinkan rakyat kenapa perubahan perlu dilakukan di negeri ini. Malah, kini gerakan yang dilakukan oleh pembangkang dilihat semakin menjadi dan diterima oleh rakyat. Malah ia termasuk juga di kawasan Felda dan penempatan orang Asli (Asal) yang menjadi "talian hayat" BN Pahang sejak sekian lama.

Adnan Yaakob Kini Di Serang Oleh UMNO Sendiri

Jika dulu, kita hanya mendengar mana-mana pemimpin UMNO di serang habis-habisan oleh pemimpin pembangkang. Kini, nampaknya sudah terbalik pula. Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob (foto) kini mendapat tentangan dalaman oleh pemimpin tertentu yang amat mengidamkan jawatan tersebut. Terdapat perkabaran yang riwayat politik Adnan sebagai MB akan berakhir dalam Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Najib khabarnya akan menghantar Adnan ke parlimen untuk memegang kuasa dalam kabinetnya di pusat (Itu pun kalau BN masih berkuasa). Ura-ura mengatakan beliau akan bertanding sama ada di Parlimen Kuantan (sedang diusahakan dengan MCA untuk kembalikan kerusi itu kepada UMNO) atau di Parlimen Indera Mahkota. Jika ini berlaku, maka Adnan tidak berpeluang lagi untuk memegang kuasa peringkat negeri selepas itu. Soalnya, siapakah yang akan menggantikan tempat beliau kelak?. Terdapat ura-ura nama-nama seperti Dato' Sharkar Shamsuddin (Exco & ADUN Lanchang), Dato' Shafik Fauzan (Exco & ADUN Inderapura) dan yang paling terkehadapan namanya ialah Dato' Ir.Soffi Razak (Exco & ADUN Benta).


Inilah dia tiga calon panas yang disebut bakal menggantikan Adnan
dari kiri ialah Dato' Sharkar, Dato' Soffi Razak dan Dato' Shafik Fauzan
Kesemua nama-nama ini sedang bermain dibibir puak-puak UMNO kiranya Adnan ditukarkan ke pusat. Namun, apa yang lebih menarik bagi UMNO Bahagian Jerantut awal-awal lagi telah mengeluarkan berbagai kenyataan yang mahukan MB baru dari daerah Jerantut pula selepas ini. Bagi mereka, calon yang paling layak sudah pastilah ADUN yang kini bergelar EXCO dalam pentadbiran Adnan Yaakob sekarang ini. Kempen sudah mereka jalankan menerusi "siber" untuk mendesak Perdana Menteri, Najib Razak mencalonkan MB baru Pahang dari Jerantut. Kini, gerak kerja mereka semakin "garang" dengan mendapat kerjasama daripada Bekas Ketua Pemuda UMNO Pahang yang kini terpinggir di zaman Adnan Yaakob. Malah, mereka juga mula giat mengumpul sokongan dikalangan penyokong UMNO untuk membuktikan bahawa Adnan sudah tidak layak bergelar Menteri Besar. Lihat polls dari blog BraveHearts.

Bukti , Statistik polls MB Pahang yang diambil dari blog BraveHearts
Daripada poll diatas ternyata puak-puak UMNO sendiri amat berharap agar Adnan Yaakob keluar dari Kediaman Menteri Besar Pahang di Jalan Teluk Sisek Kuantan itu. Jika dilihat kepada soalan; Wajarkah DS Adnan dikekalkan sebagai MB Pahang?. Ternyata 70% tidak menyokong Adnan dikekalkan. Ini bermakna mereka benci dengan kelibat MB itu lagi sebenarnya. Manakala itu 64% percaya prestasi Adnan macam "hampas" iaitu tidak cemerlang sejak menjadi MB Pahang. Itulah pandangan mereka terhadap Adnan Yaakob sekarang ini. Ia jelas menunjukkan mereka sudah jemu bersama Adnan. Daripada statistik ini jelas membayangkan kepada kita bahawa Adnan memang sudah tidak sesuai lagi untuk bergelar MB selepas pilihanraya umum akan datang. Inilah yang mereka mahukan, serangan demi serangan kini sedang giat dilakukan oleh kumpulan terbabit dalam usaha untuk menjatuhkan Adnan.

[Apapun, jika ini berlaku ianya bukan bermakna Pakatan Rakyat begitu mudah boleh menjatuhkan kerajaan UMNO BN di Pahang. Biar pun kini masalah terlalu banyak untuk dibicarakan kepada rakyat, namun harus diingat bahawa Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak adalah berasal dari negeri Pahang. Apakah Najib sanggup dimalukan melihat negeri ini jatuh ke tangan pembangkang nanti?. Apa yang pasti, sudah tentu jutaan wang ringgit akan dilaburkan terutamanya kepada masyarakat orang Asli dan peneroka Felda agar terus menyembah UMNO BN dulu kini dan selamanya. Oleh itu, kerja kuat harus dilakukan sekarang demi membawa arus perubahan besar terhadap iklim politik negeri ini dalam pilihanraya umum akan datang. Rakyat tidak sabar untuk mengetahui berapa banyak kawasan balak, tanah, bijih besi, emas dan sebagainya yang telah dirompak oleh puak-puak UMNO BN sejak sekian lama. Semua ini akan dibongkarkan kelak, kiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negeri itu nanti. Rakyat diseru lakukan perubahan dengan kerjasama ramai ahli UMNO yang sudah kecewa dengan sikap pucuk pimpinan mereka sekarang ini. Pastikan UMNO BN ditumbangkann nanti!].

Kontroversi: Tangguhkan Kes Saman Ekor, Maka Terbuktilah Kerajaan BN Bertindak Gelojoh Serta Tidak Mahu Mendahulukan Rakyat Sebenarnya !!

Posted: 11 Aug 2010 05:00 PM PDT

Kerajaan UMNO BN akhirnya terpaksa akur dengan desakan rakyat agar "saman ekor" dikaji semula. Terbukti kini laungan keramat "rakyat didahulukan" gagal diterjemahkan oleh kerajaan BN (Bini Najib), malah PM Najib Razak sendiri dilihat tidak langsung memikirkan nasib rakyat ketika mengulas isu saman ekor itu sebelum ini. Antara lain beliau menegaskan bahawa pengguna jalanraya membuat kesalahan dan menjadi tanggungjawab pihak polis untuk mengeluarkan saman. Tanpa mengambilkira risiko atas kenyataan tersebut, nyata Najib dilihat terlalu "taksub" mengeluarkan kenyataan seperti itu. Sepatutnya, sebagai sebuah kerajaan yang kononnya mahu mendahulukan rakyat beliau wajar mengambil jalan tengah seperti memberi tempoh tertentu kepada pengguna jalanraya ataupun mengkaji dulu perlaksanaan tersebut. Ini tidak, dengan nada sombong menyalahkan rakyat. Seolah-olah kerajaan begitu kemaruk untuk mengutip wang sesuka hati mereka melalui saman ekor. Apa tidaknya, mereka boleh mendapat sehingga RM300 bagi setiap saman dengan hanya mengarahkan anggota polis trafik untuk "bersembunyi" dan "menembak" setiap kenderaan yang melalui sesuatu jalan tersebut. Anehnya bila terkena kepada rakyat biasa mereka kerah dan paksa supaya membayar saman. Namun, umum mengetahu bahawa jika terkena kepada mereka yang berkedudukan sama ada wakil rakyat atau pemimpin UMNO BN yang lain maka sudah pasti dengan satu "panggilan" sahaja sama itu dapat dibatalkan. Menteri mungkin tidak menanggung beban atas isu ini. Tetapi bagaimana dengan nasib rakyat jelata yang lain. Gara-gara mahu memperbaharui cukai jalan kenderaan masing-masing, mereka terpaksa membayar ribuan ringgit semata-mata bagi menjelaskan dulu tunggakan saman yang entah dari mana datangnya. Mujurlah ada pemimpin rakyat daripada parti pembangkang yang bangkit mendesak. Malah, terdapat juga beberapa kerat pemimpin UMNO mahu langkah itu dikaji semula kerana ia jelas membebankan rakyat terutamanya golongan yang berpendapatan rendah.

Maka setelah didesak, akhirnya semalam kerajaan UMNO BN terpaksa umumkan mereka bersedia menarik balik tindakan menyenaraihitamkan kenderaan pesalah-pesalah trafik akibat saman ekor buat sementara waktu bermula hari ini hingga 28 Februari tahun depan. Menurut Menteri Pengangkutan, Kong Cho Ha kononnya langkah itu diambil berikutan keputusan memberi kelonggaran semasa musim perayaan yang akan tiba tidak lama lagi. Ia bermakna, kerajaan akhirnya boleh menerima pandangan rakyat. Soalnya sekarang, kenapa sejak dari awal lagi mereka tidak mahu mendengar pendapat rakyat sama seperti isu lesen judi bola dulu?. Jika tidak bukankah ia tidak menyakitkan hati rakyat. Langkah yang diambil ini juga sebenarnya sudah agak terlewat kerana ramai yang sudah membayar saman ekor tersebut kerana takut kenderaan mereka disenarai hitamkan sebelum ini. Malah, mereka terpaksa beratur panjang dan datang berbondong-bondong ke mana-mana pejabat polis cawangan trafik untuk urusan berkenaan. Marah bukan kepalang dek tindakan kerajaan tersebut. Dengan pembatalan sementara tindakan kerajaan itu, apakah ia berbaloi untuk mereka yang sudah membuat bayaran sebelum ini. Bukan sedikit, malah ada yang sudah menjelaskan sehingga ribuan ringgit sebenarnya. Apakah mereka boleh "claim" semula duit yang telah dikeluarkan itu?. Menunggu sehingga 28 Februari tahun depan bukanlah waktu yang singkat. Apa akan terjadi jika akhirnya kerajaan membatalkan terus rancangan "saman ekor" tersebut?. Bukankah ini menyebabkan mereka tidak berpuas hati dan mengamuk dengan tindakan itu. Ternyata mereka kecewa akibat sikap kerajaan yang tidak mendahulukan rakyat, maka mereka yang susah akhirnya.

[Kita amat terkejut dengan langkah kerajaan menangguhkan tindakan tersebut. Seolah-olah kerajaan yang ada hari ini memang sudah tidak berwibawa lagi dan "macam lalang", tidak tegas serta "cakap berbelit-belit". Jika inilah keadaannya, maka kita tidak hairanlah sebelum ini Pulau Batu Putih pun boleh jatuh ke tangan Singapura. Kerajaan yang tidak tegas akan menyebabkan musuh dari luar mudah untuk mainkan peranan mereka. Kenapa ini berlaku dalam negara kita?. Bukankah ia akan menjurus ke arah satu fenomena politik yang lebih besar selepas ini. Malah, pelabur juga takut untuk menanam modal di negara ini bila mereka lihat kerajaan gagal "berdiri teguh" disebalik kenyataan dan arahan yang dikeluarkan. Apapun, kini suara rakyat menjadi semakin kuat untuk mendesak kerajaan UMNO BN. Mereka mula sedar, isu ini boleh menjatuhkan mereka dalam pilihanraya umum akan datang sebenarnya. Lantaran itulah kita tidak hairan ia ditangguhkan demi memberi laluan kepada pilihanraya negeri Sarawak tidak lama lagi. Itulah "milage politik" yang amat diharapkan oleh puak mereka itu sebenarnya].

Tiada ulasan: