al-brangi |
- Bubur Lambuk 1Malaysia?......alahai Melayu kaum ku.....
- Yang ini baru 'ADA TULUR'......alahai.....
- Dinar Emas untuk 'aksi akrobatik'......OK?
| Bubur Lambuk 1Malaysia?......alahai Melayu kaum ku..... Posted: 15 Aug 2010 01:00 AM PDT MENTERI Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (lima dari kiri) dan Pengerusi Pembangunan Wanita dan Keluarga Wilayah Persekutuan, Datuk Azizah Samad (lima dari kanan) mengacau bubur lambuk pada Program Bubur Lambuk 1Malaysia Amal Media di Kondominium Rakyat, Pantai Dalam, Kuala Lumpur, semalam. Ia adalah program kali ketujuh anjuran Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi Jabatan Pengarang Kumpulan NSTP. - Foto Surianie Mohd Hanif. Gambar hanya sebagai hiasan.Aduhai......orang Melayu.....bubur lambuk dikaitkan dengan Ramadhan, bulan yang paling mulia dalam Islam. Tsk habis di situ.....bubur lambuk dikaitkan dengan 1Malaysia...maka diberi nama Bubur Lambuk 1Malaysia Alahai.....jangan pulak bulan yang mulia itu di mana Al-Quran diturunkan dan setiap amalan mereka yang sudah beriman dilipat-ganda ganjaranya oleh Allah SWT satu masa diretorikkan menjadi Ramadhan 1Malaysia atau diringkaskan menjadi 1Ramadhan. Jangan terkejut kalau satu hari nanti ia difatwakan boleh walaupun Ayat Al-Quran, Surah Baqarah : 183 – 185) yang bermaksud seperti di bawah amat jelas untuk orang-orang Islam : "Hai orang-orang yang beriman diwajbkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa, (yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barang siapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu) : memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan bulan yang didalamnya diturunkan Al Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang haq dan yang batil). Karena itu, barang siapa diantara kalian hadir (dinegeri tempat tinggalnya) dibulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka) maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Nota: Rasa-rasa tak lalu nak makan bubur tu kalaulah diberi percuma pun, bukan apa, dikhuatiri rambut-rambut ber'karat' itu jatuh berhelaian dalam bubur. Apa macam Jakim, ada harapan dapat sijil HALAL tak? |
| Yang ini baru 'ADA TULUR'......alahai..... Posted: 14 Aug 2010 07:00 PM PDT Kalau Tony Pua di'hadiah'kan sebutir peluru hidup kerana beliau baru mencadangkan pembelian rumah mewah (kalau mewah sudah tentu lima-enam ratus ribu ringgit ke atas) ditiadakan 'discount' harga kepada bumiputra (hanya mereka yang berkemapuan sahaja yang mampu beli).Mungkin 'desakan' yang pemuka-pemuka Umno seperti Pemuda kepada parti yang kononnya parti terbesar Melayu di dunia, 'Perkasa?', Pekida, GPMS, PPIM akan ber'musyawarah' untuk memberi 'hadiah' melalui khidmat pos laju yang berupakan sebiji roti 'TULUR ADA' sebagai tanda hormat kepada jaguh 'akrobatik' negara ini. Seterusnya sila baca di sini . |
| Dinar Emas untuk 'aksi akrobatik'......OK? Posted: 14 Aug 2010 03:30 AM PDT Saya daripada dulu lagi tidak percayakan tahyul atau perkara yang sewaktu dengannya.Ada orang berkata kalau rupa bibir nipis di atas, awas dan berhati-hati bila berbicara dengannya. Didepan kita dia mungkin kata OK, tapi dibelakang kita, sifatnya telunjuk lurus, kelingking berkait.....dia akan tikam belakang. Cakapnya tak boleh pakai kerana lidahnya ber'cabang dua'. Sekarang sifat sebenarnya sudah mula terserlah, tak percaya? Baca di sini seterusnya. Nota: Dulu dia pernah berkata PAS, satu-satunya yang boleh dominan dalam PR dan terus menjadi pemain utama. Ramai yang syok sendiri dan mula perasan, pada hal (walau pun betul bacaannya) kenyataannya itu bertujuan melaga-lagakan di antara PAS dengan PKR. Sekarang kenyataannya berkaitan dengan dinar emas, ia cuba melaga-lagakan di antara PAS dengan DAP pula. |
| You are subscribed to email updates from al-brangi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan