Era Pasca |
- Ala-Ala Ezam! Ala-Ala Ezam! Ezam Patah Tandok! Patah Tandok!
- Sayfool! - TERHANGIT SayFOOL kantoi pulak ngan Pegawai Khas Najib! 2-2 Ekor kaki Gay!?
- Berite Kelmarin! Mahadi Mohammad Meninggal Dunia...
| Ala-Ala Ezam! Ala-Ala Ezam! Ezam Patah Tandok! Patah Tandok! Posted: 14 Aug 2010 09:35 PM PDT Saya sebenarnya naik muak dengan cara Ezam berpolitik. Satu masa dulu saya menghormatinya sebagai pemimpin yang berkaliber dan ada karisma tersendiri. Paling terkesan dalam hati saya ialah cara dia berpidato, saling tak tumpah seperti DSAI. Tak taulah sekarang macam mana. Mungkin sudah lain gayanya. Saya selalu kata dia sudah masuk acuan DSAI. Kagum kerana kepetahan beliau berpidato. Penuh dengan isi yang bernas. Tapi sekarang saya dengar banyak cacian sahaja. Saya tidak berkesempatan untuk ke ceramah beliau semasa beliau turun ke Kota Raja. Ingin saya mendengarnya tapi setiap kali beliau turun ke Kota Raja, saya ada program lain serentak. Satu hari mungkin. Bila dia melompat masuk UMNO balik pun saya boleh terima atas prinsip kebebasan memilih dan hak seseorang. Semasa beliau dibawah tahanan ISA, rumah saya di Kg Kubu Gajah pernah menjadi tuan rumah di dalam siri ceramah anti-ISA yang membawa isterinya, Puan Bahirah menceritakan sendiri dari isi hatinya mengenai pengalaman beliau sebagai isteri tahanan ISA. Ramai wanita yang mencucurkan air mata bersimpati dengan isteri dan anak-anaknya. Saya pun biasa ke rumah nya di Shah Alam selepas beliau dibebaskan. Tak ingat saya untuk majlis apa. Sudah lama saya tidak berkesempatan untuk bertemu dengan Bahirah. Saya kira saya masih mengenali dia sebagai seorang isteri yang tabah dan berhemah tinggi. Walau pun suaminya musuh politik Pakatan Rakyat, saya tatp akan menyantuni mereka sekiranya bertemu muka. Kalau Ezam melompat masuk UMNO kerana prinsip, kita boleh hormati. Ceritakanlah bagaimana PKR telah lari dari dasar perjuangan asalnya. Usahlah menghalakan kritikan secara peribadi. Persahabatan adalah satu perkara yang patut kita hargai. Jika sillaturrahim sudah diputuskan, kenapa segala "keburukan" atau rahsia perlu didedahkan kepada khalayak.You have been previleged. You were once taken into confidence. You were once a trusted friend. Even if all your allegations towards DSAI and DSWA were true, nobody would ever want to be your "true" friends again. Apakah persahabatan dan kenangan manis yang dijalin sekian lama perlu dirobek-robek hanya kerana perbezaan politik dan dendam. Politiknya menjadi begitu peribadi dan tidak matang sehinggakan apa yang kononnya dibualkan melalui telefon dahulu kala pun hendak didedahkan kepada umum dan minta pula orang lain bersumpah. Kalau dia sendiri percaya adanya mahkamah Allah SWT kenapa perlu meminta DSWA bersumpah di depan ulama. Ini bukan ajaran Islam. Tunggu sahaja di padang Mahsyar, tiada satu perkara walaupun sebesar zarah tidak akan dapat disembunyikan. Dia mungkin tidak akan dipanggil pun untuk menjadi saksi pun kerana anggota-anggota tertuduh sendiri akan menjadi saksi! Jangan melenting bila DSWA berkata dia akan membawa ke mahkamah kerana yang memulakan dakwaan ialah Ezam. Ezam made the allegations. Not DSWA. She has every right to defend her honour (maruah). You know you cannot prove it. How can someone prove a telephone conversation that happened years ago. Unless you taped it. That too can be hard to prove. Just look at the Lingam tapes!! So now you are asking her to swear! Saya boleh menghormati anda sekiranya anda teruskan politik anda atas dasar prinsip. Jelaskan kepada rakyat di mana penyelewengan PKR atau Pakatan. Ceritakan kehebatan UMNO/BN. Bawalah bukti-buktinya. Bukan mengeluarkan cerita-cerita yang tidak dapat disahkan. Ramai ahli politik lain yang melompat dan meninggalkan UMNO dan masuk PAS tapi mereka tidak menceritakan keburukan UMNO dalam akhbar-akhbar. They don't beat below the belt. Kalau mereka kisahkan mengenai ahli atau pemimpin UMNO begitu dan begini, maka juga dahulunya begitu dan begini. Mereka malu untuk menceritakan. by Dr. Siti Mariah Mahmud |
| Sayfool! - TERHANGIT SayFOOL kantoi pulak ngan Pegawai Khas Najib! 2-2 Ekor kaki Gay!? Posted: 14 Aug 2010 05:54 PM PDT RPK Dakwa Saiful Jalin Hubungan Sejenis Dengan Pegawai Khas NajibBelum lega kontroversi dakwaan hubungan sulit antara saksi utama pendakwaan dalam kes Fitnah II, Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan timbalan pendakwa raya, Farah Azlina Latif, kini timbul pula pendedahan terbaru yang mengaitkan Saiful dengan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Prof Datuk Khairil Annas Jusoh. Pendedahan yang menggemparkan ini dibuat dalam artikel bertajuk "Just When You Thought It Is Safe To Go Into the Water" bertarikh 10 Ogos lalu yang ditulis oleh penulis blog terkenal Raja Petra Kamarudin aka RPK dan disiarkan dalam portal berita MalaysiaToday. RPK mendakwa rumahtangga Khairil yang baru berkahwin dengan Sharifah Nabila Sara, anak kepada bekas Konsul Kehormnat Mongolia pada 30 Jun lalu kini dilanda badai. Beliau mendakwa Sharifah Nabila telah 'pulang' ke rumah ayahnya hanya setelah sebulan bernikah dengan Khairil dan tidak menolak kemungkinan ikatan perkahwinan pasangan tersebut mungkin akan terlerai. "Mereka belum benar-benar bercerai tetapi kemungkinan akan bercerai sangat besar. "Mengapa Syarifah Nabila meninggalkan rumah tangganya untuk pulang ke rumah bapanya sambil mendengu? Simple. Dia tidak gembira yang suaminya ialah 'AC-DC', seperti Saiful. Untuk makluman pembaca yang kurang faham ini bermakna biseksual. "Ya, Khairil, seperti Saiful, suka dengan kedua-dua cara. Dan Syarifah Nabila sangat kecewa suaminya sedang menggunakan katil mereka untuk membuat temu janji dengan lelaki. Mengadakan hubungan seks dengan lelaki adalah satu perkara. Membawa balik mereka ke atas katil perkahwinan anda adalah satu perkara lagi - isteri Khairil tidak boleh menerima perkara itu. "Jadi apa yang kita ada di sini? Pembantu Najib yang berkahwin dengan anak perempuam Konsul kehormat Mongolia. Anak perempuannya mahu menamatkan perkahwinan itu selepas sebulan berkahwin kerana suaminya sukakan budak lelaki dan membawa pulang ke rumah di atas katil mereka. Pembantu gay yang mempunyai kaitan dengan lelaki gay yang telah menuduh Anwar meliwatnya. Dan 'mangsa liwat' yang sama ini juga mempunyai hubungan seks dengan penolong pendakwa raya dalam perbicaraan Anwar," dakwa RPK lagi. Tambah beliau laporan media yang menyatakan Saiful pernah berjumpa Khairil di pejabat Timbalan Perdana Menteri ketika itu bukan sekadar untuk memohon biasiswa tetapi lebih daripada itu. "Apakah hubungan antara Saiful dan Khairil? Khairil menyatakan Saiful pergi ke pejabat Najib untuk memohon biasiswa dan dia mengatakan mereka bertemu hanya sekali. MalaysiaToday berkata ia tidak benar dan terdapat sesuatu yang lebih di antara Khairil dan Saiful dan ia tiada kaitannya dengan biasiswa. "Khairil ialah graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan semua yang mengenalinya di UIA tahu tentang kecenderungan ke arah homoseksual. Sejumlah rakan universitinya mengesahkan perkara ini, termasuklah rakan sekolah menengahnya daripada Sekolah Menengah Alam Shah," dakwa RPK. Mengulas pendedahan terbaru RPK, Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Fariz Musa berkata ini merupakan satu lagi dakwaan yang dibuat terhadap Saiful tetapi kali ini berkaitan hubungan sejenis Saiful dengan pembantu peribadi Perdana Menteri. "Secara jelas, kita lihat kes terhadap Ketua Umum KEADILAN bertujuan untuk menjatuhkan beliau dan konspirasi oleh pemimpin Umno-BN khususnya Perdana Menteri untuk mematikan karier politik Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Saiful sebagai saksi utama yang diragui dan kredibilitinya juga musnah, hakim sepatutnya sudah boleh membuang kes dan mengenakan tindakan terhadapnya kerana cuba menjatuhkan maruah dan integriti Anwar sebagai pemimpin," kata Fariz ketika dihubungi Suara Keadilan. Menurut Fariz, pertuduhan terhadap Anwar tidak mempunyai nilai dan erti disebabkan barisan pendakwa raya tidak mempunyai bukti sama ada dakwaan hubungan Saiful dan Farah betul atau sebaliknya. Tambahnya, dakwaan terbaru yang dibuat RPK di dalam blognya mengguatkan lagi desakan agar kes tersebut harus dibuang daripada terus dibicarakan. Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf pula menyifatkan pendedahan yang dibuat itu mempunyai kaitan langsung dengan perbicaraan yang sedang berjalan. Ini kerana kata Yusmadi, Khairil juga adalah salah seorang nama yang dikaitkan dalam perbicaraan terhadap Ketua Pembangkang. "Saya rasa perkara ini perlu diperjelaskan kerana ia membawa akibat langsung ke atas kertas pendakwaan atau pun bukti-bukti yang digunakan oleh pihak pendakwaan. "Mereka seharusnya menilai semula sama ada kes itu patut diteruskan atau tidak berdasar bukti-bukti yang telah tercemar," tegas beliau. Tempat dimana sayfool kata dia kene liwat... dia kene liwat ngan sape dia je tau... kahkahkah |
| Berite Kelmarin! Mahadi Mohammad Meninggal Dunia... Posted: 14 Aug 2010 08:11 AM PDT Salam, Lihat video ini........ Sedekahkan Al-Fatihah pada beliau... Kejadian mengajar betapa besarnya kuasa Allah, Maha pencipta yang memberikan ... |
| You are subscribed to email updates from Era Pasca To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan