Anak Cucu Nabi Adam |
- Mengapa Monyet Kebal AIDS
- Dinar Emas Dan Dirham Perak
- PKR tawar Saifuddin ketuai kaukus siswa berpolitik
- Khazanah belanja RM10 bilion kuasai Parkway
- MAS Penghalang UMNO Bangunkan Kg Baru
- Hormati pandangan Zaid
- Rakyat gesa kerajaan mansuh saman ekor
- Najib terdesak pujuk komuniti Cina
- Sejarah Ramadhan
- Kogres Cina tuntut ekuiti bumiputera dikurangkan
- Ezam Penzina
- Khalid nafi rombakan di pejabatnya
- PM minta Cina yakin beliau jaga kepentingan semua
- DEB telah 'dipernyataan-haramkan'
- Bermalam di khemah
- Bersatu jika mahu bubarkan ISA
- PAS diingat ikut undang-undang buat wang syariah
- Felda Tewas Sebelum Saman
- Peneroka diminta RM50 bukan RM500
- 'Duit raya' hanya gimik Felda
- Duit Raya Tahi Hidung Masin
| Posted: 14 Aug 2010 07:19 PM PDT Beberapa spesies monyet asal Afrika seperti Sooty Mangebey (Cercocebus atys) diketahui memiliki mekanisme pertahanan diri yang mencegah mereka terinfeksi AIDS. Haiwan ini dilaporkan dapat menghalang virus Simian Immunodeficiency Virus (SIV) tanpa berkembang menjadi AIDS meskipun jumlah virusnya sangat banyak.Fenomena yang biasa dikenal sebagai natural host tersebut saat ini tengah diteliti para ilmuwan untuk mempelajari pengembangan ubat-ubatan HIV/AIDS untuk manusia. Para ilmuwan menemukan pada tubuh monyet-monyet tersebut terjadi regenerasi sel T, jenis sel darah putih yang membuat sistem imun mampu melawan serangan kuman atau virus. Secara khusus diketahui monyet Sooty Mangabey yang terhalang oleh SIV atau virus HIV pada mampu menjaga level CD4 dan sel-T melalui regenerasi yang pesat dari CD4 dan sel T yang belum terekspos racun dan senyawa lain yang merangsang pengeluaran antibodi. Hasil riset tersebut dapat menjelaskan mengapa SIV dan HIV boleh menyebabkan AIDS pada haiwan lainnya, termasuk pada manusia. Dalam penelitian ini, para ilmuwan dari Yerkes National Primate Research Center, Atlanta, membandingkan Sooty Mangabey dengan monyet rhesus yang terinfeksi SIV. "Walaupun kedua spesies itu menunjukkan pertambahan sel CDH4 dan sel T, namun pada monyet rhesus nampak regenerasi CD4 sel T naif yang lebih lambat," kata Mirko Paiardini, salah seorang peneliti. |
| Posted: 14 Aug 2010 07:13 PM PDT Salah 1 perkara paling bagus dalam berpolitik ialah bilamana 1 pihak mengambil tindakan atau membuat 1 tindakan yang mana pihak lawan dalam politiknya tak senang duduk dan tindakan Kerajaan Negeri Kelantan melancarkan matawang Syariah iaitu Dinar Emas dan Dirham Perak benar-benar membuatkan geng-geng kapitalis UMNO/BN dan para proksinya tak senang duduk beberapa hari ini.Antara respon awal yang diterima dari KERAjaan Pusat ialah pihak KERAjaan Pusat telah mengarahkan Bank Negara Malaysia supaya mengkaji tindakan yang dapat diambil terhadap Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat atas tindakannya melancarkan Matawang Syariah Dinar dan Dirham. Walau bagaimanapun, masih tiada keputusan yang benar-benar "muktamad" dalam hal ini. yang dah muktamad ialah - hampir 1000 buah kedai-kedai di Kelantan termasuk para peniaga bukan Islam telah bersetuju untuk berususniaga atau menggunapakai sistem matawang Dinar dan Dirham didalam urusan perniagaan mereka. Pegi mampuslah dengan UMNO/BN. Kalau kita dah faham kebaikan sistem perniagaan dan matawang zaman Rasulullah dulu, tak de masalah untuk kita gunapakai dalam urusniaga kecualilah hidup kita sehari-hari dok bergantung pada cukong-cukong yang hanya tau mengaut keuntungan hasil riba yang diilhamkan oleh Zionis. Geng-geng kapitalis hanya kenal Emas, Perak dan Gangsa sebagai barangan perhiasan dan tak lebih dari itu. dari segi ekonomi, kapitalis tak kan berminat untuk menjadikan atau mengekalkan "barang perhiasan" sebagai urusniaga yang tak kan susut nilainya sebagai mana wang kertas ciptaan mereka. Pada kapitalis, nilai kertas kosong yang angkanya boleh diubah-ubah lebih baik dari nilai hasil bumi yang nilainya tak dapat dimanipulasi sesuka hati. yang tak faham nilai akan terus jadi bodoh bertuhankan sekeping kertas yang nilainya makin susut. Makin susut nilai kertas, makin bangsat kehidupan mereka-mereka yang bertuhankan kertas. Contoh mudah. Simpan 3 keping kertas bernilai (yang ditentukan oleh kapitalis) RM100 hari ini, kemudian keluarkan untuk berbelanja setahun kemudian. apa yang kita dapat? hari ni mungkin dapat beli kambing seekor tapi setahun lagi? Kemungkinan besar kena tambah lagi beberapa kertas merak bernilai RM10. 3 keping wang kertas kapitalis bernilai RM100 untuk hari ni mungkin dapat ditukar ganti dengan sebentuk cincin emas yang beratnya beberapa gram tapi kalau nak untung. Lagi bagus aku simpan emas beberapa gram kemudian setahun lagi aku jual balik beberapa gram emas tu balik. Dah tentu aku dapat lebih RM. Kalau fikir pakai lutut, memang tak boleh nak tangkap kelebihan menyimpan emas dan perak. Paling tak cerdik kalau kita berbangga dengan simpanan kita dalam bank yang berjumlah ratusan ribu. Esok lusa, nilai kertas akan jatuh bila-bila masa akibat perbuatan pihak kapitalis yang sentiasa memanipulasi nilai kertas. Sebab tu orang-orang Kelantan jauh lebih kaya dari dulu sampai sekarang. Orang Kelantan yang berduit tak pernah berbangga dengan simpanan kertas sebaliknya lebih berbangga dengan simpanan emas dan peraknya. Setiap tahun, nilai aset orang Kelantan semakin tinggi nilainya sebab harga Emas dan Perak tak pernah gatal-gatal nak jatuh. Balik pada pelancaran matawang Syariah Kelantan. Kapitalis di Malaysia dah bersuara. Majoriti tak suka, tak senang duduk, panas punggung dan minta KERAjaan Pusat ambik tindakan drastik terhadap Kerajaan Kelantan manakala sahabat-sahabat muslim dari luar negara, ikut sama berbangga dan bersetuju untuk beri komitmen penih dalam mempromosi sistem matawang yang digunapakai pada zaman Rasulullah dahulu. Akhir tahun ini, Dato' Paduka Haji Husam Musa akan berangkat ke salah sebah negara di Timur Tengah (atas jemputan) untuk membentangkan kertas kerja matawang Dinar dan Dirham. Jemputan dibuat kerana negara tersebut amat berminat untuk menggunapakai sistem tersebut di negara mereka bagi mengukuhkan ekonomi mereka dan mengelakkan ianya dari dimanipulasi oleh pihak kapitalis Barat. Kerajaan Pusat Malaysia? Tak payah fikir panjang. Takkan ada niat langsung untuk ambik inisiatof ini padahal bukan mereka tak tahu cara terbaik untuk mengukuhkan ekonomi dan mengelakkan ianya dari dimanipulasi oleh pihak kapitalis Barat ialah dengan menggunapakai sistem matawang Dinar dan Dirham. Sebagai langkah awal, bermula dari tahun ini, Kerajaan Kelantan akan menerima pembayaran zakat dalam bentuk Dinar dan Dirham (balik pada sistem Syariah Islam). Kakitangan Kerajaan Negeri Kelantan pula (bagi yang bersetuju) akan menerima pembayaran gaji (25%) dalam bentuk Dinar dan Dirham. Terdahulu dalam majlis pelancaran tersebut, CEO PMBK IR Haji Mustapha telah menerima secara tunai 25% daripada gajinya dalam bentuk Dinar dan Dirham dan ianya telah disampaikan secara rasmi dan penuh simbolik oleh YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan. Dengar khabarnya HPA juga merancang untuk membayar bonus pengedarnya dalam bentuk Dinar Emas Kelantan pada tahun 2011. Itu antara yang dinyatakan oleh Tuan Hj. Ismail (Pengarah Urusan HPA) dalam pertemuan dengan pemimpin pengedar HPA seluruh Malaysia di bangunan RFC Sungai Petani pada 9hb. Ogos baru baru ini... Eh, korang tak minat ke dengan benda alah macam ni? Masa pelancaran haritu, sempat jugak aku sambar 10 Dirham. harga semasa (masa aku beli) 1 Dirham = RM13, aku dah pakai 4 dirham buat bayar hutang member. Rasa best semacam je bila dapat bayar hutang dalam bentuk matawang Syariah. Member yang aku berhutang pun seronok semacam je. Bukan aku yang nak bayar dalam bentuk Dirham tapi dia yang mintak macam tu bila dia tau aku ada 10 dirham. Alhamdulillah je lah. kalau berminat nak dapatkan matawang Dirham dan Dinar, boleh intai-intai kedai Ar-Rahnu yang berdekatan. Sikit pun tak rugi beb. ~TPU~ |
| PKR tawar Saifuddin ketuai kaukus siswa berpolitik Posted: 14 Aug 2010 07:12 PM PDT Ahli parlimen PKR menawarkan kepada Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah untuk mengetuai kaukus parlimen untuk membuka jalan bagi penyertaan mahasiswa dalam politik."Untuk (penyertaan) mahasiswa dalam politik, kami sedia bekerjasama dengan YB Saifuddin dalam sebuah kaukus dalam usaha menghapuskan Akta Universiti dan Kolej Universit9 (Auku)," kata ahli parlimen PKR bagi kawasan Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar. Menurutnya, walaupun Saifuddin merupakan seorang pemimpin tinggi Umno, tetapi mereka masih bersedia untuk bekerjasama dengan timbalan menteri itu bagi mencapai matlamat tersebut. Saifuddin lantang menyatakan bahawa mahasiswa harus dibenarkan menyertai politik walaupun para pemimpin Umno yang lain berpendirian sebaliknya. Cadangan supaya mahasiswa dibenarkan menyertai politik semakin mendapatkan perhatian selepas keputusan kerajaan menarik balik larangan dan membenarkan guru lulusan universiti menyertai politik. Nurul Izzah menegaskan demikian dalam sidang akhbar selepas beliau dan wakil rakyat PKR menghandiri seminar perspektif muda dalam hal ehwal semasa. Seminar tersebut, anjuran Unit Perancang Ekonomi Selangor (Upen), dihadiri oleh hampir 80 mahasiswa dan profesional muda yang membahas pandangan mereka tentang hal-hal seperti pendidikan, ekonomi dan urustadbir. ~MK~ |
| Khazanah belanja RM10 bilion kuasai Parkway Posted: 14 Aug 2010 07:11 PM PDT Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan adakah Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) boleh dianggap cerdik dan amanah apabila berbelanja lebih RM10 bilion untuk menguasai Parkway Holdings Ltd (Parkway). Akhbar tempatan melaporkan kononnya pesaing Khazanah, Fortis Healthcare Ltd, "mengaku kalah" selepas Khazanah menaikkan harga tawaran untuk mengambil alih Parkway, sekali gus muncul sebagai pembida tunggal utama. Sedangkan, urusniaga itu memberikan keuntungan sebanyak S$116.7 juta atau kira-kira RM272.0 juta kepada dua beradik yang menguasai Fortis, iaitu Malvinder Singh and Shivinder Singh. Kesemuanya, Khazanah telah berbelanja lebih RM10 bilion untuk menguasai Parkway. Parkway Holdings Limited adalah syarikat penjagaan kesihatan yang disenaraikan di Singapore Stock Exchange. Syarikat itu menguruskan 16 hospital dengan lebih 3,400 katil di Asia. Mahfuz mempersoalkan, dengan modal RM10 bilion itu, berapa pulangan boleh dapat setahun. "Adakah ini pelaburan yang baik dan beramanah kepada rakyat Malaysia? Duit mereka telah dibelanjakan lebih RM10 bilion oleh Khazanah kononnya untuk menguasai Parkway termasuk memberi durian runtuh RM272.0 juta kepada dua beradik yang kononnya mengaku kalah itu. "Adakah Parkway boleh bayar dividen 10 peratus setahun?" Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan. Mahfuz berkata, lebih baik RM10 bilion itu digunakan untuk beli emas kerana harga emas ada peluang naik 30 peratus dalam tiga tahun. Beliau tidak yakin pelaburan Khazanah itu adalah pelaburan yang baik kerana umum mengetahui bahawa kekuatan negara kita adalah dalam sektor elektronik, elektrikal, teknologi maklumat, minyak dan gas serta komoditi seperti kelapa sawit, koko, getah dan balak. "Jika kita mengeksport barangan tersebut dan kita dapat dolar hasil dari jualannya, munasabahlah kalau kita laburkan RM10 bilion dalam bidang yang kita ada kemahiran," kata Mahfuz. Lebih dari itu, katanya lagi, kita boleh mengadakan usahasama dengan syarikat-syarikat multinasional yang memang cekap dalam bidang-bidang tersebut. "Contohnya dengan kekuatan komoditi yang kita ada, kita adakan usahasama dalam bidang makanan halal dengan Nestle," katanya. Mahfuz juga mempersoalkan limpahan ekonomi yang dapat dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia dengan pelaburan RM10 bilion itu. "Berapa orang rakyat Malaysia dapat pekerjaan? Berapa industri kecil dan sederhana Malaysia yang dapat jadi vendor? Adakah jawapannya kosong?" beliau mempersoalkan. Sedangkan, katanya, kalau RM10 bilion dilaburkan untuk mengadakan usahasama dengan syarikat multinasional untuk membuka kilang elektronik misalnya, lima kilang elektronik mungkin boleh diwujudkan dengan anggaran 2,000 orang boleh mendapatkan pekerjaan bagi setiap kilang. Kalau buka kilang petrokimia pula, katanya lagi, tiga kilang mungkin boleh dibuka dengan RM10 bilion itu dengan anggaran 3,000 orang boleh mendapatkan pekerjaan bagi setiap kilang. "Pelaburan dalam Parkway itu ternyata mengakibatkan kerugian peluang atau opportunity loss kepada rakyat Malaysia," katanya. Ketika diminta mengulas tentang semakin tersebarnya tuduhan dungu terhadap Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar, Mahfuz hanya sekadar bertanya: "Adakah itu bermakna (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) adalah bapa segala dungu kerana beliau adalah Pengerusi Lembaga Pengarah Khazanah?" ~harakah~ |
| MAS Penghalang UMNO Bangunkan Kg Baru Posted: 14 Aug 2010 07:09 PM PDT "Pihak Umno pun jarang datang berbincang. Mungkin mereka mengganggap MAS ini sebagai penghalang usaha mereka untuk mendapatkan Kampung Baru," kata Setiausaha Malay Agricultural Settlement (MAS), Shamsuri Suradi. Begitupun, katanya, MAS menyambut baik pembentangan pelan alternatif Kampung Baru oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim minggu lalu. Namun, beliau berkata, tidak memadai dengan sekali pertemuan bagi menjelaskan pelan tersebut kepada penduduk yang rata-rata masih belum memahami sepenuhnya pelan yang dibentangkan itu. "Pembentangan pelan alternatif perlu diberitahu dengan penduduk secara mendalam konsepnya, sebab kebanyakan penduduk yang hadir pada hari itu, saya nampak kurang faham. "Sepatutnya ia perlu dibuat pendedahan dengan cara yang paling mudah supaya semua penduduk faham," katanya ketika ditemui di pejabatnya, dekat sini. Sehubungan itu, beliau memberitahu, pihaknya akan mengatur satu lagi pertemuan dengan penduduk bagi menjelaskan kedua-dua pelan, masing-masing daripada pihak kerajaan pusat dan kerajaan negeri Selangor bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan. Ujarnya, MAS yang merupakan sebuah lembaga yang mendapat kepercayaan penduduk dalam menguruskan pelbagai masalah melibatkan kampung Baru akan berperanan sebagai orang tengah dalam isu pembangunan Kampung Baru. "Pihak MAS akan mengadakan satu pertemuan dengan penduduk untuk terangkan mengenai kedua-dua cadangan dari kerajaan pusat dan kerajaan Selangor supaya penduduk-penduduk faham. "Sebagai orang tengah kita akan dengar luahan penduduk kerana tidak semestinya cadangan kerajaan itu yang terbaik sebab kerajaan cuma bagi pelan A, tak ada pelan alternatif," katanya. Beliau berkata, MAS menyokong pelan alternatif yang dibentangkan asalkan ia benar-benar memenuhi kehendak penduduk yang tidak mahu tanah mereka tergadai untuk tujuan komersil. MAS juga mahu fungsi mereka sebagai orang tengah dikekalkan demi menjaga kebajikan penduduk kawasan itu. "Pelan alternatif bersetuju dengan kewujudan MAS dan pihak MAS harus bersedia ke arah itu. "Dr. Lo' Lo' sendiri ada bertemu dengan MAS dan berbincang mengenai tabung amanah yang dicadangkan dan bagaimana MAS boleh berperanan dalam tabung itu. "Kita boleh terima pandangan Dr. Lo' Lo selama ini. Tapi sebelum Dr. Lo' Lo' ahli parlimen sebelum ini tidak pernah datang sini. Mengulas mengenai Perbadanan Pembangunan Kampung Baru yang dijangka beroperasi tahun hadapan, beliau mengakui kecewa dengan tindakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong ChikRaja Zainal Abidin yang dilihat cuba menghilangkan fungsi MAS sebagai orang tengah kepada penduduk sejak 111 tahun yang lalu. Katanya, meskipun MAS dipanggil bersama-sama dalam Lab Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru awal bulan lalu, namun ia sekadar 'mencukupkan syarat'. Ujarnya, daripada perbincangan sewaktu lab itu juga, difahamkan mereka yang akan menyertai perbadanan itu terdiri daripada wakil-wakil kerajaan dan mengenepikan penglibatan MAS. "Cadangan daripada kerajaan pusat terus menolak kewujudan MAS. Dengan penubuhan Perbadahan Pembangunan Kampung Baru ini, yang kita lihat fungsi MAS akan terhapus. "Kalau lihat draf perbadanan itu, anggota perbadanan tidak termasuk orang kampung Baru. Ertinya dilantik oleh kerajaan sedangkan kita merasakan MAS ini sebagai orang tengah setelah kewujudan kita seratus sebelas tahun. "Walaupun kerajaan mana pun yang memerintah, kita tetap berperanan sebagai orang tengah sebab kadang-kadang kerajaan tidak boleh terus kepada penduduk. Jadi di sini kita membantu kerajaan," katanya. Beliau berkata, adalah tidak wajar MAS diketepikan sedangkan ia sangat berperanan dalam menyelesaikani isu-isu penduduk terutamanya melibatkan pemilikan tanah yang tiak dapat diselesaikan dalam sesebuah keluarga. "Kita merasai MAS akan dibubarkan. Kita ini bila sudah tua, kita boleh merasai orang suka atau tak suka kita walaupun dijemput dalam perbincangan," katanya sinis. Justeru, beliau mahu pertemuan susulan dengan penduduk diadakan sebelum cadangan itu dibawa ke Parlimen Oktober ini. "Kita berharap benar dari segi apa pun ia mesti dibuat untuk masa depan orang Melayu, mesti ada akad dan di akhirnya penduduk mesti gembira dengan apa yang dicadangkan. Bukan memaksa pendudk mengikut cadangan kerajaan. Itu kerajaan zalim namanya," tegasnya. Sementara itu, salah seorang penduduk yang menghadiri pembentangan pelan alternatif yang diadakan, Hashidah Abdul Razak bersetuju dengan Tabung Amanah Kampung Baru (KBLT) yang dicadangkan kerajaan Selangor. Beliau bagaimanapun mahu tabung itu tabung berkenaan disertai oleh pemilik tanah yang tidak ada kepentingan peribadi bagi memastikan ianya benar-benar berfungsi untuk memajukan tanah Kampung Baru. "saya cadangkan pemilik sendiri menyertai tabung itu sebagai pemantau dan tidak ada kepentingan peribadi agar amanahnya benar-benar terjaga," katanya. Tabung amanah itu merupakan alternatif kepada cadangan kerajaan persekutuan untuk mewujudkan satu perbadanan untuk bagi memajukan tanah tersebut. Melalui rancangan alternatif itu, kesemua pemilik tanah akan diberikan unit saham mengikut keluasan tanah mereka. Tanah itu juga dirancang ditukar statusnya menjadi tanah komersil dengan pegangan bebas. Dua bentuk saham akan ditawarkan, dan salah satu daripadanya diberikan mengikut keluasan tanah. ~harakah~ |
| Posted: 14 Aug 2010 07:08 PM PDT Kenyataan ahli biro politik PKR Datuk Zaid Ibrahim yang mempersoalkan kod etika pemilihan parti itu adalah sebahagian daripada proses demokrasi, kata ahli parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.Nurul berkata, beliau mengalu-lukan dan menghormati pandangan penyelaras Pakatan Rakyat itu. Namun, katanya, adalah lebih baik jika ianya tidak dibangkitkan secara terbuka. "Tetapi kami menerima pandangan beliau sebagai sebahagian daripada proses demokrasi," tegas Nurul Izzah dalam sidang akhbar selepas menghadiri seminar perspektif muda semalam. Bahang menjelang pemilihan PKR pada November ini mula terasa Zaid menjadi orang pertama bangun mempersoalkan kod etika yang diperkenalkan parti itu. Zaid berharap PKR tidak menjadi "hipokrit seperti Umno" apabila melarang calon mengkritik pemimpin lain dan melarang penganjuran rumah terbuka hari raya. Menurut Zaid lagi, pengalaman parti lain, kod etika parti lazimnya hanya ditafsirkan dan ditentukan oleh "mereka yang rapat dengan pucuk pimpinan" dan belum tentu telus dan adil kepada semua. Bekas menteri itu berkata, semasa dalam Umno dulu beliau pernah menjadi mangsa apabila digantung keahlian dan menggugurkannya sebagai calon atas tuduhan politik wang.Sementara itu, ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang turut hadir, menambah bahawa mereka melihat perkara itu sebagai sesuatu yang positif kerana ia boleh memperkukuhkan lagi parti. Menurutnya, sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan yang diketuai oleh naib presiden R Sivarasa untuk meneliti cadangan, termasuk pandangan Zaid, mengenai kod etika pemilihan bagi memastikan ianya berjalan lancar. ~MK~ |
| Rakyat gesa kerajaan mansuh saman ekor Posted: 14 Aug 2010 07:03 PM PDT Lapisan rakyat menggesa kerajaan memansuhkan memansuhkan saman ekor kerana diragui kesalahan jalan raya yang melibatkan sesebuah kenderaan sehingga disenaraihitam.Dari tinjauan petang semalam, iaitu tiga hari selepas Menteri Pengakutan, Datuk Seri Kong Cho Ha menangguhkan syor menyenaraihitamkan pesalah trafik dari memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan, ramai yang kurang bersetuju dengan syor terbaru itu. Roslan Abu Bakar, 50, berbendapat bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri sepatutnya menghapuskan terus sistem saman ekor. "Lebih baik batalkan terus, kira hadiah duit rayalah untuk masyarakat," ujarnya yang juga Nazir Masjid Lapangan Subang. Baginya, mereka yang didakwa bersalah kebanyakannya seakan meragui keabsahan sistem saman ekor. "Lagipun pemilik kenderaan sendiri tak tahu betulkan mereka bersalah dengan saman-saman ekor ini," ujarnya. Bagaimanapun, beliau mengalu-alukan pengumuman Kong untuk menangguhkan syor itu sehingga tahun depan. Beliau turut menyuarakan penghargaan pada Kempen Anti Saman Ekor (Kase) selaku badan bertindak dalam mendapatkan maklum balas daripada rakyat. "Badan bertindak Kase ini dialu-alukanlah, tetapi bantah saman ekor ini suara rakyat." Bagi Nor Azmi Mat Nasir, 50, pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), langkah penangguhan itu lebih dilihat bermusim. "Langkah penangguhan ini bagus, tapi kadang-kadang bermusim. "Bila orang ramai banyak protes, baru ditangguhkan saman ekor ini, bukan mansuh," ujarnya. Sepatutnya kerajaan, menurut beliau tidak wajar menguatkuasa saman ekor kerana syor itu nyata menambahkan kos yang sedia terbeban oleh rakyat. Lanjutan itu, beliau berpendapat bahawa syor tersebuk elok dimansuhkan. "Kos barang naik, sepatutnya mansuh terus untuk kepentingan awam," ujarnya sambil mengaku bahawa beliau adalah salah seorang mangsa yang disenaraihitamkan melalui syor kerajaan itu. Bagi Ustaz Mohd Nazmi Din, 33, Pengerusi Dana Pembela, badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan pendidikan dan kebajikan pula menyifatkan penangguhan syor saman ekor itu semata-mata untuk meredakan amarah rakyat."Ia adalah cubaan untuk mengalih balik sokongan rakyat selepas rakyat marah, sebab rakyat lihat tak praktikal saman ekor. "Lagi pun, rakyat lihat yang cara polis saman ekor pun tak ikut prosedur," katanya. Ujarnya lagi, kaedah saman ekor seakan memangsakan pemilik kenderaan tidak kira kenderaan milikan peribadi atau perniagaan, sedangkan kesalahan trafik dalam beberapa kes tertentu sebenarnya menunjukkan individu lain yang memandu kenderaan mereka. "Kadang-kadang orang lain yang bawa (pandu kenderaan), tetapi yang jadi mangsa adalah pemandu kenderaan sendiri," ujarnya. Beliau turut menyifatkan syor itu sebagai suatu langkah tidak bijak kerajaan ekoran penguncupan sumber pendapatan negara. "Ini bagi saya adalah suatu kebodohan kerajaan dalam menguruskan sumber pendapatan negara. "Apabila mereka sudah kurang sumber pendapatan negara, maka dia nak bebankan rakyat pula," dakwa beliau. Beliau mencadangkan, Kase mengadakan perhimpunan raksasa mangsa saman ekor serta mengurif referandum daripada mereka sebelum sekali lagi bertemu dengan menteri berwajib. Menurut Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar , 32, pengamal Perubatan Islam Darussyifa', penangguhan syor itu adalah bersifat sementara."Kita minta dimansuhkan, kerajaan tangguh, apabila tangguh-tangguh ini maknanya dia kuatkuasa pula," ujarnya sambil mendakwa kerajaan akan mencari waktu dan kondisi lain yang lebih sesuatu untuk melaksanakan polisi saman ekor tersebut. "Kita bukan saja-saja suruh hapus sistem saman ekor ini, sistem ini sebenarnya menzalimi rakyat, rakyat didesak bayar saman padahal mereka sendiri pun tak pasti akan semua itu. "Kalau tak ada duit pun, jangan cari helah lain dengan perkenal syor-syor bodoh ini (saman ekor) untuk carik duit (serta) tampung kewangan kerajaan itu sendiri," ujarnya. Beliau turut mencadangkan kerajaan meniru sistem saman trafik di United Kingdom dengan mengwar-warkan terlebih dahulu kawasan yang tidak dibenarkan pemanduan laju serta menempatkan pemantau trafik secara terbuka. "Kalau di UK, kalau nak buat 'speed trap', dimaklumkan terlebih dahulu dan polis trafiknya ditempatkan di tempat terbuka, bukan menyorok seperti polis trafik Malaysia." "Polis trafik di sana betul-betul nak didik pemandu, bukan cari makan macam segelintir polis trafik kita," dakwanya. Beliau turut mencadangkan Kase diteruskan dengan menjadi badan pemantau (watch dog) pada beberapa kementerian berwajib supaya rakyat boleh disedarkan dengan beberapa peraturan tidak munasabah yang diperkenalkan oleh kerajaan. Bagi Pengerusi Ikatan Anak Perak Di Perantauan (IKAPP), Cikgu Idzam Ahmad, saman ekor sebenarnya tidak menyelesaikan masalah pokok, iaitu kemalangan jalan raya. "Sebenarnya kemalangan jalan raya paling banyak berlaku bukan di lebuh raya, tetapi di jalan-jalan bandaran dan pekan-pekan. "Kemalangan banyak juga berlaku di jalan-jalan kampung dan desa kalau dilihat pada statistik yang didedahkan mereka sendiri. "Kalau sebab utama saman ekor untuk tangani kemalangan di lebuh raya kononnya, kemalangannya tidak banyak, pelaksanaan saman ekor ini nampak tak logiklah," ujarnya yang juga pesara guru kakitangan kerajaan. Beliau turut mencadangkan kementerian berwajib mengkaji semula kadar pecutan wajar kenderaan di lebuh raya dengan mengambil kira realiti pecutan optimum kebanyakan kereta masa kini. ~harakah~ |
| Najib terdesak pujuk komuniti Cina Posted: 14 Aug 2010 07:03 PM PDT Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semakin terdesak apabila membuat kejutan dengan merayu komuniti Cina di negara ini agar mempercayai beliau sebagai pemimpin yang menjaga kepentingan mereka. "Saya anggap tindakan terdesak oleh seorang pemimpin yang sudah hilang punca dan arah untuk menarik sokongan bangsa Cina bagi mengekalkan kuasa BN," kata Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim. Ketika berucap pada Kongres Ekonomi Cina di Kuala Lumpur kelmarin, Najib berkata seperti ayahnya, beliau adalah juga pemimpin kepada semua rakyat Malaysia dan akan melakarkan apa yang terbaik kepada semua. Menurut Khalil, pujukan yang dibuat oleh Najib menghiasi politik tanah air yang menyaksikan kaum Cina terus menolak perjuangan sempit MCA, satu parti yang satu masa dulu dikatakan mewakili kaum itu. Katanya, penolakan kaum Cina kepada gerakan di Pulau Pinang sehingga memberi laluan kepada Pakatan Rakyat menerajui kerajaan negeri Pulau Mutiara itu membuktikan orang Cina sudah sangat bosan dan tidak percaya dengan perjuangan yang dilakukan oleh parti-parti Cina dalam komponen BN. Malah, ujarnya tsunami politik dalam PRU ke 12 juga merupakan berubahnya sokongan majoriti kaum Cina kepada calon-calon Pakatan Rakyat sehingga keputusan tersebut menghasilkan 4 negeri yang selama ini dikuasai oleh BN berubah kepada Pakatan Rakyat iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor di samping terus kekal di Kelantan. Pakatan Rakyat juga menafikan majoriti 2/3 BN di parlimen, katanya. "Sesudah itu beberapa siri piliharaya kecil (PRK) menyaksikan sokongan orang Cina kepada Pakatan Rakyat terus kekal malah bertambah. "Terakhir BN dimalukan di PRK Sibu walaupun Najib menyogok kepada sekolah Cina sebanyak RM18 juta dan menjanjikan RM5 juta lagi pada malam terakhir kempen. Calon BN tetap dimalukan untuk sekian kalinya," ujarnya. Baginya yang juga Adun Titi Serong, ucapan manis oleh Najib tidak akan melupakan tragedi pada satu masa yang tercatat dalam sejarah politik tanah air apabila Najib pernah mengucapkan sesuatu yang sangat mengguris hati orang Cina. "Apakah PRU ke 13 semakin hampir bila Najib sudah sampai ke tahap sekarang dengan cuba pujuk memujuk kaum Cina supaya yakin kepadanya?" "Seingat saya inilah sejarah dan satu-satunya pemimpin Umno yang ditolak oleh rakyat sehingga kena bertindak memujuk rakyat supaya menyokongnya," katanya lagi. Selepas menyentuh mengenai Model Baru Ekonomi, Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Program Transformasi Kerajaan dalam ucaptama pada Kongres Ekonomi Cina itu, Najib berkata beliau memerlukan 'kritikan membina' daripada semua pihak, termasuk Umno, MCA dan parti komponen BN yang lain. "Seperti leluhur saya, saya akui saya adalah pemimpin untuk semua rakyat Malaysia. Keprihatinan anda adalah keprihatinan saya - bukan sebaliknya. "Saya telah diamanahkan dengan tanggungjawab untuk melakarkan apa yang terbaik untuk masa depan bersama kita. Tetapi saya hanya boleh berjaya dengan sokongan aktif dan penyertaan anda," katanya. Katanya, masyarakat Cina perlu berperanan penting dalam membantu menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi. ~harakah~ |
| Posted: 14 Aug 2010 10:11 AM PDT Salah satu hadis Nabi Muhammad SAW yang paling terkenal tentang rukun Islam adalah yang berbunyi : Islam didirikan atas 5 [perkara], [1] Bersyahadat bahwa tidak ada tuhan selain Allah SWT dan bahwasanya Muhammad adalah utusan-Nya, [2] Mendirikan shalat, [3] Menunaikan zakat, [4] Berpuasa di bulan Ramadlân, dan [5] Melaksanakan haji bagi yang mampu. Hadits tersebut sangat populer di kalangan muslim karena menjadi tiang atau dasar bagi sendi-sendi syariat Islam. Selain kerana menjadi tiang, alasan kepopularan lainnya adalah kerana Nabi Muhammad SAW menjelaskan rukun-rukun itu ketika malaikat Jibrîl yang menjelma menjadi seorang pemuda menanyakannya. Kata Ramadlân berasal dari akar kata dasar r-m-dl, atau ra-mi-dla yang bererti "panas" atau "panas yang menyengat". Kata itu berkembang sebagaimana biasa terjadi dalam struktur bahasa Arab– dan boleh diertikan "menjadi panas, atau sangat panas", atau dimaknai "hampir membakar". Jika orang Arab mengatakan Qad Ramidla Yaumuna, maka itu bererti "hari telah menjadi sangat panas". Ar-Ramadlu juga bisa diartikan "panas yang diakibatkan sinar matahari". Ada pendapat yang menyatakan bahawa Ramadan adalah salah satu nama Allah SWT. Tetapi, penulis merasa pendapat ini lemah karena tidak memiliki argumentasi literal. Demikianlah istilah bulan Ramadlân diambil dari kalimat ramidla-yarmadlu, yang berarti "panas atau keringnya mulut dikarenakan rasa haus". Keterangan-keterangan tentang lafadz Ramadlân ini disampaikan oleh Muhammad bin Abu Bakar bin Abdul Qadir Al-Razi [w. 721 H.] dalam kamus Mukhtaru-sh-Shihhah dan Muhammad bin Mukarram bin Mandzûr Al-Mashrî [630-711 H.], yang terkenal dengan sebutan Ibnu Mandzûr, dalam karya monumentalnya, Lisânu-l-'Arab. Sedangkan puasa dalam bahasa Arab disebut Shiyam atau Shaum –keduanya sama-sama kata dasar dari kata kerja Sha-wa-ma–, yang secara etimologis berarti menahan dan tidak bepergian dari satu tempat ke tempat lain [Al-Syaukânî, 1173-1255 H., Fathu-l-Qadîr]. Shiyam atau Shaum merupakan qiyam bila 'amal, yang berarti 'beribadah tanpa bekerja'. Dikatakan 'tanpa bekerja' karena puasa itu sendiri bebas dari gerakan-gerakan [harakât], baik gerakan itu berupa: berdiri, berjalan, makan, minum dan sebagainya. Sehingga, Ibnu Durayd –sebagaimana dinukil dalam Al-Âlusi mengatakan bahwa segala sesuatu yang diam dan tidak bergerak, berarti sesuatu itu Shiyâm, sedang ber-puasa. Selain itu, puasa, sebagaimana penulis sebutkan di atas, bererti 'menahan' dari sesuatu pekerjaan. Dan 'sesuatu' itu telah ditentukan oleh syariat. Dengan begitu, dalam syariat, puasa memiliki pengertian tersendiri. Makna puasa yang "menahan" ini juga terlihat jelas tatkala kita menelusuri sejarah bahasa shiyâm atau Shaûm. Ibnu Mandzûr, pakar sejarah bahasa Arab yang hampir tiada duanya, dalam hasil pelacakannya atas asal-muasal kata, mendefinisikan Shaûm sebagai "hal meninggalkan makan, minum, menikah dan berbicara". Definisi ini adalah definisi paling asli dan sahih dalam sejarah bahasa Arab. Ini sama dengan keterangan Al-Qur'an, misalnya, pada kisah Sayyidah Maryam saat menjawab cemuhan-cemuhan orang-orang kepadanya, "Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusiapun pada hari ini" [QS. 19:26]. 'Puasa' yang dimaksud Sayyidah Maryam di situ adalah "menahan untuk tidak bicara". Di sini, sifat 'menahan' menjadi titik atau letak perbedaan antara puasa dengan amal ibadah yang lainnya. Apapun amal ibadah seseorang, pasti akan dapat diketahui dari sisi dhâhir atau luarnya, seperti shalat, haji dan sebagainya. Tetapi, untuk puasa tidak bisa diketahui dan tidak bisa diperlihatkan dengan gerakan-gerakan dzahîr atau fizik. Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa satu-satunya ibadah yang tidak boleh dicampur riya' memperlihatkan kebaikan tertentu adalah puasa. Melihat keterangan-keterangan Ibnu Mandzûr dan Al-Râzî tersebut di atas, baik tentang makna Ramadan mahupun puasa, ada indikasi bahawa seolah-olah turunnya syariat puasa, setidaknya, bersamaan waktunya dengan kelahiran bulan Ramadan. Hal tersebut tentunya kerana kedua kata itu memiliki hubungan makna yang dekat dan saling bersentuhan iaitu sama-sama 'panas' atau 'kering' yang disebabkan 'berpuasa'. Muncul pertanyaan, sejak bila pastinya bulan Ramadlân itu ada dan sejak bila pastinya puasa Ramadan disyariatkan, sehingga beliau berdua mengaitkan syariat ini dengan maknanya sebagai "panas, kering atau haus"? Dan sejak bila puasa disyariatkan kepada umat manusia? Bagaimana dengan puasa-puasa terdahulu yang dilakukan tidak di bulan Ramadan? Pertanyaan-pertanyaan ini akan penulis bahas dengan menelaah kembali ayat Al-Qur'an yang menyangkut syariat untuk melakukan puasa. Ayat Al-Qur'an yang memerintahkan kaum muslimin untuk melakukan ibadah puasa adalah surat Al-Baqarah ayat 183, yang berbunyi, "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa". Ayat tersebut turun tanpa sebab-sebab tertentu, sebagaimana terjadi pada kebanyakan ayat-ayat ahkam ayat yang berkenaan dengan hukum yang turun setelah ada peristiwa-peristiwa tertentu yang terjadi pada Nabi SAW atau para sahabat. Pada ayat yang turun ketika Nabi Muhammad SAW di Madinah [Madani] ini telah disebutkan sebuah informasi yang menyatakan "sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu". Ada dua [2] persoalan pokok pada ayat tersebut yang menjadi bahan perbedaan pendapat di antara para ulama, khususnya para mufassir. Perbedaan pertama menyangkut kalimat "sebagaimana diwajibkan". Ini menjadi persoalan karena munculnya pertanyaan; apakah kesamaan berpuasa yang diwajibkan atas kaum "sebelum kamu" adalah puasa di bulan Ramadan atau kesamaan itu hanya meliputi hal syariat berpuasa saja, sedangkan waktunya berada di bulan lain [?]. Pada persoalan ini, perbezaan timbul di antara dua pendapat. Yang pertama, dipelopori Sa'îd bin Jabîr RA [w. 95 H.] yang cenderung memaknai hukum tasybîh [penyerupaan atau penyamaan] itu hanya pada kewajiban berpuasanya saja, dan tidak meliputi berapa lama dan pada bulan apa berpuasa. Pendapat ini berdasar pada realiti sejarah di mana masyarakat Jahiliyah masih mengenali syariat tersebut walaupun telah menjadi 'sejarah' serta tidak dilakukan di bulan Ramadlân yang sudah dikenal. Boleh jadi pendapat ini menyandarkan kepada salah satu firman Allah SWT tentang bermacam-macamnya syariat bagi masing-masing umat manusia, "Untuk tiap-tiap umat diantara kamu maksudnya: umat Nabi Muhammad SAW dan umat-umat yang sebelumnya, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, nescaya kamu dijadikanNya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberianNya kepadamu, maka berlumba-lumbalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya lalu diberitahukanNya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu" [QS. 5:48]. Pendapat kedua lebih terfokus pemahamannya kepada lama hari berpuasa dan bulan diwajibkannya berpuasa. Lebih tepatnya, pendapat kedua ini mengarahkan perhatiannya kepada ayat selanjutnya, pada ayat 184, yang berbunyi, "[iaitu] dalam beberapa hari yang tertentu" [ayyâman ma'dûdât]. Dengan demikian, secara global ulama kelompok ini berpendapat bahawa puasa Ramadan sebagaimana kaum muslimin lakukan selama ini telah diwajibkan kepada umat-umat yang terdahulu. Dasar pendapat ini tentu banyaknya riwayat yang menjelaskan tentang hal itu. Antara lain sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abdullâh bin 'Umar RA [w. 73 H.], sebagaimana yang dinukil oleh Ibnu Katsîr [701-774 H.] dalam tafsirnya, bahwa Nabi SAW bersabda "Puasa bulan Ramadan telah diwajibkan oleh Allah SWT atas umat sebelum kamu". Pada pendapat yang kedua ini masih terjadi ikhtilaf [perbedaan], apakah selama "beberapa hari yang tertentu" [ayyaman ma'dudat] berpuasa yang diwajibkan pada kaum dahulu itu adalah berupa sebulan penuh dalam Ramadan atau bulan-bulan lainnya [?]. Ada dua [2] pendapat, pertama menyatakan bahwa puasa yang disyariatkan pada umat terdahulu adalah berupa puasa selama tiga [3] hari pada setiap bulan. Abdullah bin 'Abbas RA [w. 69 H.] mengatakan, "Syariat sebelumnya adalah puasa tiga hari setiap bulan, lalu syariat ini di-nasakh dengan syariat yang baru, melalui surat Al-Baqarah ayat 185" [Tafsîr Zâd-l-Mashîr]. Pendapat kedua mengatakan bahawa "hari-hari tertentu" yang dimaksudkan adalah bulan Ramadan itu sendiri. Jadi, pada bulan Ramadlân jugalah umat-umat dahulu diwajibkan berpuasa. Al-Suday menyatakan bahwa orang-orang Nasrani sebenarnya telah memiliki syariat puasa di bulan Ramadan. Tetapi, karena mereka merasakan berat, mereka kemudian merubahnya dengan berpuasa di waktu antara musim dingin dan musim panas, serta menambah beberapa hari. Beberapa hari tambahan itu dengan perincian masing-masing sepuluh hari sebelum dan sesudah bulan yang disepakati ulama mereka. Sehingga, mereka berpuasa selama lima puluh hari. Ibnu Jarîr [224-310 H.] secara lebih berani meyakini seyakin-yakinnya adanya syariat puasa di bulan Ramadan bagi Nasrani [Tafsîr al-Thabarî]. Sedangkan agamawan Yahudi, yang juga memiliki syariat puasa di bulan Ramadlân, menggantinya dengan puasa sehari dalam setahun. Hal itu, dalam informasi yang dimiliki Syihabuddin Al-Âlûsî [w. 1270 H.], penulis Tafsîr Ruh-l-Ma'ani, merupakan kata mereka bahawa hari itu adalah hari tenggelamnya Fir'aun dan tenteranya di laut Merah. Perbezaan kedua dalam menelaah ayat syariat puasa itu adalah tentang siapa yang dimaksud dengan "orang-orang sebelum kamu". Pendapat pertama mengatakan yang dimaksud adalah "orang-orang ahlul kitab", iaitu mereka-mereka yang masih berpegang kepada kitab agama-agama sebelum Islam [Yahudi dan Nasrani]. Pendapat kedua menyebutkan kaum Nasrani-lah yang dimaksud ayat itu. Sedangkan pendapat yang ketiga mengatakan bahwa ayat itu memaksudkan seluruh umat-umat manusia sebelum umat Muhammad SAW. Dalam kitab Perjanjian, salah satunya di Ezra 8:21, memang diinformasikan secara indikatif adanya syariat-syariat puasa dalam Kristen, tetapi tidak secara terperinci disebutkan apa yang dimaksud dengan puasa, selama berapa lama dan diwajibkan pada bulan apa. "Kemudian di sana, di tepi sungai Ahawa itu, aku memaklumkan puasa supaya kami merendahkan diri di hadapan Allah kami dan memohon kepada-Nya jalan yang aman bagi kami, bagi anak-anak kami dan segala harta benda kami". Penulis belum menemukan keterangan-keterangan lain di kitab Perjanjian yang menerangkan lebih jauh tentang puasa tersebut. Dalam konteks sejarah yang lain, syariat puasa nampaknya benar-benar menjadi syariat setiap umat. Sayyidah 'Aisyah RA menceritakan –seperti yang diriwayatkan oleh Hisyâm bin 'Urwah—bahwa orang-orang Quraisy biasa menjalankan puasa di bulan 'Âsyûrâ, walaupun sehari saja. Namun sejak diutusnya Nabi Muhammad SAW, puasa dilaksanakan pada bulan Ramadan. Puasa di bulan 'Âsyura masih disyariatkan tetapi berada dalam status sunnah. Masih ada riwayat lain yang menerangkan tentang syariat puasa pada umat dahulu. Al-Dlahâk, dalam riwayat Ibnu Abî Hâtim, mengatakan bahwa puasa pertama kali disyariatkan di zaman Nabi Nuh AS, dan masih tetap berlangsung hingga zaman nabi Muhammad SAW. Syihabuddin Al-Alusi [w. 1270 H.], penulis Tafsir Rûh-l-Ma'ani, dengan berdasar hadits Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abdullâh bin 'Umar itu, lebih percaya bahwa puasa Ramadan disyariatkan sejak Nabi Adam AS. Al-Zamakhsarî [467-538 H.] melalui telaahnya atas asal usul bulan Ramadlân juga menegaskan bahwa puasa adalah amal ibadah yang sudah lama ['Ibâdah Qadîmah ]. Dengan melihat hadis yang diriwayatkan Abdullâh bin 'Umar dan beberapa riwayat lain serta melihat proses turunnya syariat yang tanpa diawali sebab-sebab tertentu serta beberapa hal lain yang semuanya telah penulis singgung di atas, nampak jelas bahawa "puasa pada bulan Ramadan" telah disyariatkan kembali kepada manusia tidak hanya kepada umat Muhammad SAW– setelah sebelumnya dibelokkan oleh umat-umat terdahulu. Ini lebih boleh diterima kerana kemunculan Nabi Muhammad SAW adalah meluruskan dan memperkuat kembali syariat-syariat dari Tuhan yang sebagaimana diceritakan dalam Al-Qur'an telah di-tahrif atau diselewengkan oleh umat-umat terdahulu. Penguatan syariat pada era Islam ini melahirkan dugaan dari para sarjana Barat, bahawa syariat agama Islam tidaklah murni melainkan mengadopsi dari agama-agama sebelumnya. Mengenai kata Ramadan, sebagaimana tersurat dalam hadits Nabi SAW di atas riwayat Abdullâh bin 'Umar RA dan juga surat Al-Baqarah ayat 185, penulis merasa istilah itu mengikuti budaya Arab yang sudah mengenal tradisi ber-Ramadlân. Yang penulis maksudkan adalah, ketika Al-Qur'an atau Nabi SAW menyebut kata Ramadan, masyarakat sudah tidak asing lagi dengan istilah ini. Bahkan dalam konteks struktur bahasa Arab, kata ini sudah menjadi Ism Ghoiri Munsharif. Ertinya, makna dan maksud kata itu sudah cukup terkenal dan tidak perlu lagi mengikuti kaidah-kaidah gramatikal bahasa Arab. Dengan demikian, kita boleh memastikan pula bahawa bulan Ramadan itu ada setidaknya sejak syariat puasa diturunkan kepada umat manusia. Kerana, makna Ramadan itu sendiri adalah waktu atau keadaan atau hal di mana seseorang merasakan panas, mulut terasa kering dan tenggorokan terasa haus, yang dikeranakan sedang berpuasa. Sehingga, dengan sendirinya dan secara otomatik bulan atau waktu dimana orang melakukan puasa disebut bulan atau waktu Ramadan iaitu saat yang panas, kering dan haus. Telah kita ketahui bahwa syariat puasa memang sudah menjadi syariat bagi setiap umat manusia. Dan di antara sekian macam syariat, hanya ibadah puasa merupakan ibadah kontemplatif. Hal ini bisa dibenarkan, karena dalam sebuah hadits Qudsy, Allah SWT telah berfirman, "Seluruh amal ibadah anak-anak keturunan Adam diperuntukkan kepada pelakunya, kecuali puasa. Maka sesungguhnya puasa adalah untuk-Ku, dan Aku mengganjar karenanya". Sehingga, dengan pernyataan Allah SWT itu, Imâm al-Qurthubî [627-671 H.] dalam tafsirnya mengatakan bahwa 'puasa merupakan [komunikasi] rahasia antara hamba dengan Tuhannya'. Itulah, dan sudah selayaknya sangat boleh diterima jika Shuhuf-nya Ibrahim AS, Taurat untuk Musa AS, Injil untuk Isa AS serta Al-Qur'an pun turun pertama kali pada bulan Ramadan, bulan saat para pembebas sedang berkontemplasi. |
| Kogres Cina tuntut ekuiti bumiputera dikurangkan Posted: 14 Aug 2010 10:00 AM PDT Kongres Ekonomi Cina Malaysia semalam menuntut ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat.Kongres itu juga mahu kerajaan mengamalkan sistem tender terbuka dalam penawaran kontrak kerajaan agar persaingan adil dan tidak berat sebelah dalam bidang perniagaan tempatan dapat dicapai. Tuntutan itu itu adalah antara 12 deklarasi yang terkandung dan diluluskan dalam kongres ekonomi itu yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. ~MK~ |
| Posted: 14 Aug 2010 09:49 AM PDT Alahai senatak raja sesumpah, jadilah politikus anak jantan. Jangan seret ibubapa serta keluarga dalam kancah politik untuk raih simpati apatah lagi dalam bulan Ramadhan yang mulia.Seorang anak muda bernama Hamzah yang merupakan anak muda yang paling rapat dengan Ezam dan keluarga Ezam di Penang telah sms :- "Kepada pemimpin politik kalau tak dapat menerima serangan dari pihak lawan lebih baik undur diam. Jangan heret ibubapa untuk raih sokongan. Kalau takut dengan mulut musuh politik jangan jadi ahli politik, jadi anak mak.." Alahai senatak Ezam raja sesumpah. Lebih baik duduk dibawah ketiak busuk mak. Sementara itu Zulkifli Ibrahim (Exco AMK Malaysia) yang juga merupakan orang paling kanan Ezam di P.Pinang berkata..." Apalah bacul sangat Ezam ni nak politik pun politik la. Jadilah anak jantan. Jangan sampai dok pi heret mak pula. Awat cek sorang ada mak ka. Orang lain tak dak mak ka." Untuk makluman semua, Ezam hadir semasa kenduri perkahwinan Zulkifli di Tg Berembang, begitulah intim dan mesranya Zul dan Ezam bagai irama dan lagu. Umpama isi dan kuku. Jangan sentuh langsung tentang buruk Ezam." langkah mayat aku dulu. Amboi hebatnya Zul tapi yang tu dulu punya cerita la. Bukan sekarang" katanya yang kini merupakan kempen manager Chegu Bard. Gambar pun macam calon Dun Sg Acheh saja tapi warna pink yang tak tahan tu:-) Sementara itu, Chegu Bard yang merupakan sahabat yang paling taat pada Ezam berkata pada sharpshooter. Ini tuduhan baru Senator Ezam. Apa? Berzina? Tuduhan yang berat buat ezam, sila jawab isu ini. Kalau Din binjai dan Chegu Bard buat fitnah, saman je mereka berdua ini. Bukannya berselindung di bawah mak sendiri.. Ini kisah benarnya. Chegu Bard : "Abang Din. Abang Din tahu tak saya serah nyawa pada Ezam dalam perjuangan ini ? Sharpshooter : "Oh ya ka. Awat la Cikgu pi serah nyawa pada senatak tu. Mujur tak serah yang lain. he he he." Chegu Bard : " Abang Din ni apa la. Orang cakap serius ni. Kalau saya tahu ni barua Ezam tergamak heret Kak Wan, tobat saya tak ngaku kawan dah. Ezam ni dah terlalu melampau sangat. Jangan sampai saya dedah kisah Ezam di Indonesia pula." Sharpshooter : "Eh. Chegu. Apahal. Apa kes Ezam di Indonesia. Dia buat apa Chegu? Chegu Bard : " Ezam. Tolong hentikan fitnah pada Kak Wan. Jangan sampai saya dedah dan bongkar rahsia Ezam di Indonesia. Saya tahu di hotel mana? Waktu bila? Tarikh bila? Jam berapa? Dengan siapa? Saya tahu semuanya jangan sampai saya dedah semua tu. Saya tak gamak nak sentuh hal peribadi Ezam." Sharpshooter :" Oh ya ka cikgu. Awat tak mau dedah." Chegu Bard : "Tengoklah macamana. Sampai masa mungkin saya terpaksa dedah" Nah Ezam. Cepatlah jawab. Jangan biarkan orang kata anda penzina, kaki perempuan..suka buang anak. Jawab isu ini. Jangan meniskus di bawah ketiak mak di bulan ramadhan ini. Buat isteri ezam, soal suami anda sendiri. Cari kebenaran dan kalau tak betul, saman je Din Binjai dan Chegu Bard. Inilah penyelesaiannya. Juga ezam tolong jawab isu-isu lain yang ditimbulkan oleh Din Binjai di sini. Apapun jom sekali lagi kita tengok sumpah keramat Ezam, isteri da mak bapaknya yang talam dua muka ini. Anda ingat tak Zahid Mat Arip bekas cucu Ghafar Baba dalam ceramah yang paling biadap pernah mencerca dan mengutuk Tuan Guru Nik Aziz. Katanya Nik Aziz ni bukan ulamak tapi P***mak." Begitulah biadap sekali Zahid Mat Arip. Zahid dan Ghani Haron merupakan dua orang sahabat setia ezam yang turut melompat bersama senatak ezam. Sewaktu Ezam 2 tahun dalam penjara, Zahid Mat Arip pernah berkata pada Ghani dalam mesyuarat Pemuda Keadilan, katanya. Ghani ni kot depan nampak baik pakai baju gambar Ezam. Sokong Ezam. Di belakang kita bini Ezam pun dia pakai." Begitulah celuparnya mulut Zahid pada Ghani. Terpinga-pinga Ghani Haron. Semua kawan-kawan tahu perangai mereka. Sejauh mana kebenaran kata-kata Zahid pada Ghani. Entahlah. Hanya Ghani yang tahu. Mulut cari makan..dulu maki Maharthir babi Mahathir babi ,Mahathir babil sekarang maki Anwar pula. Itulah cara mereka cari makan. Ezam ketika letak jawatan Ketua AMK Pusat dan kononnya beliau mahu tumpukan pada GERAK, pernah satu ketika Ezam mahu buat roadshow GERAK di Penang. Ketika itu sharpshooter Ketua AMK P.Pinang. Ghani Haron balaci Ezam telefon sharpshooter dan arah buat beberapa program di Penang dan mahu melantik Anuar Shaari sebagai Pengerusi GERAK P.Pinang. Ketika itu Anuar Shaari baru sahaja meletak jawatan di Permatang Pauh di hadapan Kak Wan. Begitulah biadapnya Anuar Shaari mahu mamalukan Kak Wan. Masih segar dalam ingatan peristiwa yang berlaku di Kedai Nan Food Court, Kepala Batas di mana Ezam, Ghani Haron, Anuar Shaari, Kak Minah dan suaminya Abang Rofi turut hadir. Ketika itu niat Ezam mahu melantik Anuar Shaari sebagai Pengerusi GERAK P.Pinang. Mengapa P.Pinang negeri pertama Ezam pilih? Tak lain tak bukan kerana mahu hancurkan pemuda P.Pinang. Ezam tersalah orang, dia ingat sharpshooter tak boleh baca apa yang tersirat. Kita bukan baru berpolitik sejak umur 20 tahun sudah terjebak dalam politik. Ketika itu, Ghani Haron berang dengan Sharpshooter bila sharpshooter hempas fail depan Ezam. Ezam hanya diam tertunduk. Hasrat Ezam mahu adakan sidang media untuk mengumumkan Anuar Shaari sebagai Pengerusi GERAK P.Pinang terpaksa dibatalkan. Ketika itu kalau Ezam berjaya hasut sharpshooter dan sahabat-sahabat seperjuangan yang lain masuk GERAK maka akan lumpuhlah AMK P.Pinang. Maka berjayalah Ezam memalukan Anwar sebab P.Pinang adalah negerinya. Tapi sayang seribu kali sayang, Ezam tersalah orang. Niat Ezam hancur lebur. Pada sebelah malamnya pula Ezam ceramah di Dun Sg Acheh, Zulkifli Ibrahim aturkan program di sana. Malam itu orang tak ramai, sekitar 50 orang sahaja yang hadir. Keesokkan harinya terdengar suara sumbang Zamil Ibrahim broker terkaya berkata"Program Ezam semalam diboikot oleh dua orang Exco AMK Pusat. Mereka mahu malukan Ezam sebab itu orang tak ramai." pulak dah. Begitulah serba ringkas kisah senatak sesumpah. Apa kata Ezam, Isteri, Mak dan Ayah Ezam pada suatu ketika dulu. Lu fikirlah sendiri. ~sharpshooter~ |
| Khalid nafi rombakan di pejabatnya Posted: 14 Aug 2010 09:47 AM PDT Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menafikan ura-ura bahawa akan berlaku rombakan membabitkan kakitangan lama di pejabat beliau dalam usaha memastikan kejadian penemuan sebuah alat rakaman video yang disembunyikan dalam bilik pejabatnya tidak berulang.Beliau berkata, sehingga kini, pihaknya belum ada perancangan ke arah itu tetapi sebaliknya sedang menjalankan kajian untuk mengetahui bila perkara itu berlaku sehingga kakitangan di pejabat Menteri Besar tidak mengetahui tentang kejadian itu. "Sekiranya kita dapati perkara ini dilakukan oleh mereka dalam Pejabat Menteri Besar sudah tentulah tindakan yang sesuai akan diambil. Buat masa ini kita tidak tahu lagi dan kita tidak ada sebarang keputusan untuk mengatakan mengenai perkara ini (rombakan)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis dialog bantuan peruntukan pembangunan pendidikan Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Selangor di Shah Alam hari ini. Konflik kesetiaan Abdul Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas ura-ura akan berlaku rombakan membabitkan kakitangan di pejabat Menteri Besar yang bertugas sejak pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini bagi mengelakkan timbulnya isu konflik kesetiaan. Ini berikutan penemuan sebuah alat rakaman video pada Rabu lalu yang disembunyikan di belakang langsir bilik pejabat Abdul Khalid dipercayai untuk mengintip aktiviti harian beliau. Abdul Khalid menyedari kewujudan alat rakaman video itu apabila alat berkenaan berbunyi sebagai isyarat bateri berkeadaan lemah. Beliau berkata, pihaknya telah menjemput ketua polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, untuk berbincang mengenai perkara itu selain mengadakan kerjasama berhubung isu-isu keselamatan di Selangor pada mesyuarat exco kerajaan negeri Rabu depan. "Kajian yang telah dilakukan kita akan serahkan kepada ketua polis Selangor semasa mesyuarat minggu depan kerana beliau adalah individu yang paling layak untuk beri khidmat nasihat kepada kita berhubung isu keselamatan di negeri ini," katanya. Selain itu, Abdul Khalid berkata pihaknya juga akan mengadakan pemeriksaan di pejabat exco kerajaan negeri bagi memastikan kejadian yang sama tidak berlaku. Heret ke Selcat Sementara itu, beliau berkata tiada keperluan bagi mengheret anggota exco, Ronnie Liu, menghadap Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) bagi membolehkan siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa seperti yang didesak oleh timbalan ketua pemuda MCA Klang, Datuk Dr Ching Eu Boon. Beliau berpendapat cadangan itu tidak mempunyai apa-apa tujuan selain untuk menambah lagi kerja pentadbiran dan sekiranya MCA ingin juga kes ini dibawa ke Selcat mereka boleh berbincang dengan speaker dewan negeri, Tee Chang Khim, sama ada ia sesuai diadakan atau sebaliknya. Pada 31 Julai lalu, jawatankuasa disiplin DAP memecat bekas pembantu Liu, Tee Beng Hock, yang ketika itu ahli majlis perbandaran Klang (MPK), kerana mengeluarkan surat sokongan atas nama Liu bagi mengesyorkan supaya sebuah kontrak diberikan kepada sebuah syarikat di mana anaknya adalah seorang pemegang saham. Liu, bagaimanapun, hanya diberi amaran keras oleh jawatankuasa itu dan diingatkan supaya bertanggungjawab memastikan pejabatnya dalam keadaan teratur serta mengamalkan ketelusan dan urus tadbir yang profesional bagi memenuhi kehendak rakyat serta menjamin imej parti. ~Bernama~ |
| PM minta Cina yakin beliau jaga kepentingan semua Posted: 14 Aug 2010 09:46 AM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini membuat rayuan kepada komuniti Cina di negara ini agar mempercayai beliau sebagai pemimpin yang menjaga kepentingan mereka.Berucap pada kongres Ekonomi Cina di Kuala Lumpur, Najib berkata seperti ayahnya, beliau adalah juga pemimpin kepada semua rakyat Malaysia dan akan melakarkan apa yang terbaik kepada semua. Selepas menyentuh mengenai Model Baru Ekonomi, Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Program Transformasi Kerajaan pada ucaptaamanya itu, Najib berkata beliau memerlukan 'kritikan membina' daripada semua pihak, termasuk Umno, MCA dan parti komponen BN yang lain. "Seperti leluhur saya, saya akui saya adalah pemimpin untuk semua rakyat Malaysia. Keprihatinan anda adalah keprihatinan saya - bukan sebaliknya. "Saya telah diamanahkan dengan tanggungjawab untuk melakarkan apa yang terbaik untuk masa depan bersama kita. Tetapi saya hanya boleh berjaya dengan sokongan aktif dan penyertaan anda." Katanya, masyarakat Cina perlu berperanan penting dalam membantu menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi. Beliau berkata mereka boleh memainkan peranan itu melalui inovasi ekonomi yang diwujudkan hasil daripada gandingan tulen dengan masyarakat lain. "Melalui gandingan tulen ini, kita boleh mencapai matlamat untuk mengagihkan kekayaan negara secara adil. Kita perlu berbuat demikian sekiranya kita ingin mencapai potensi kita dan memelihara kemajuan serta kemakmuran yang telah kita nikmati selama ini," katanya. Lebih banyak peluang Kongres yang bertemakan "Peranan Masyarakat Cina Dalam Mencapai Matlamat Model Baru Ekonomi dan Rancangan Malaysia Kesepuluh itu turut dihadiri oleh presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Najib berkata kerajaan sedang berusaha untuk membuka lebih banyak peluang kepada semua rakyat Malaysia dalam segenap bidang. Beliau juga meminta sektor awam dan swasta berganding bahu dan memanfaatkan bakat yang dimiliki oleh masyarakat pelbagai kaum di negara ini ke arah mencapai matlamat nasional. Semua pihak, termasuk kerajaan, perlu menggalakkan pembentukan gandingan tulen antara masyarakat bumiputera dan bukan bumiputera untuk memastikan negara ini terus maju. "Kita perlu lakukan perkara ini kerana kita mengakui bahawa kepelbagaian menjadi teras kekuatan dan sumber kreativiti serta inovasi yang diperlukan untuk membangunkan ekonomi kita," katanya. Sementara itu, Bernama melaporkan Chua pada ucapannya berkata beliau berharap kongres itu akan menggubal resolusi tentang bagaimana mereka boleh menggerakkan masyarakat Cina dan Melayu mewujudkan gandingan tulen. Bercakap pada sidang akhbar kemudiannya, Chua berkata untuk mencapai Wawasan 2020, semua kaum di negara ini perlu bekerjasama untuk menjadikan Malaysia sebuah ekonomi berpendapatan tinggi untuk membolehkannya bersaing di peringkat antarabangsa. Ali Baba "Kami ingin berlaku adil kepada bumiputera dan gandingan tulen merupakan suatu keperluan. Seperti yang dikatakan Perdana Menteri, kita tidak mahu konsep 'Ali Baba', di mana seperti yang kita tahu, contohnya, banyak kontraktor Kelas F tidak mampu bersaing dengan syarikat besar dan yang sudah kukuh. "Kami tidak mahu wujud suatu keadaan di mana hanya satu masyarakat yang berjaya. Kami mahu peluang yang serupa diberi kepada bumiputera dan sebab itulah kami cadangkan penubuhan gandingan tulen," katanya. Beliau berkata untuk mencapai status negara maju, pengagihan kek ekonomi secara adil dan tindakan afirmatif, perlu dilaksanakan. "Setiap orang perlu mendapat manfaat daripada pembangunan negara dan tiada siapa patut dipinggirkan," katanya. ~MK~ |
| DEB telah 'dipernyataan-haramkan' Posted: 14 Aug 2010 09:44 AM PDT Dasar Ekonomi Baru (DEB) menerima antara bidasan yang paling perit apabila ketua pegawai eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Nazir Abdul Razak mengambarkan dasar itu sebagai sesuatu yang telah 'dipernyataan-haramkan' dan menyimpang daripada tujuan asalnya."DEB seolah-olah dilihat seperti dipernyataan-haramkan (bastardisation)," katanya pada sessi soal-jawap selepas menyampaikan cermahnya pada Kongres Ekonomi Cina di Kuala Lumpur petang semalam. Katanya, dasar yang bertujuan membasmi kemiskinan itu sebenarnya telah menjadikan hanya sekumpulan kecil masyarakat yang kaya. "Apa yang saya tidak faham ialah memberikan golongan itu Permit Import (AP). "Sekiranya anda hanya mahu sekumpulan kecil orang menjadi kaya, sebaik-baiknya berikan sahaja wang kepada mereka," katanya sambil diberikan tepukan gemuruh oleh kira-kira 500 peserta yang menghadiri majlis anjuran MCA itu. Nazi r juga berkata MBE perlu menyandarkan kepada kepelbagaian Malaysia mengikut kaedah yang menyediakan sokogan bagi syarikat Malaysia berkembang ke perigkat serantau. "Kejayaan yang dicapai oleh CIMB, Axiata, YTL dan AirAsia juga boleh dilaksanakan di Malaysia. Syarikat sedemikian telah menarik bakat rakyat Malaysia walau di mana sahaja mereka berada. "Kita memerlukan lebih banyak syarikat Malaysia, malah pada tahap enterpris kecil dan sederhana (EKS) untuk merentasi sempadan nasional," kata Nazir, sambil menyatakan bahawa beliau berharap MBE akan mewujudkan satu kerangka bagi merangsang pertumbuhan percambahan syarikat merentasi sempadan nasional Malaysia. Katanya nilai kepelbagaian sangat difahami di dalam dunia perniagaan. "Kepelbagaian di dalam portfolio boleh mengurangkan risiko, kepelbagaian di dalam tenaga kerja jualan diterjemahkan kepada liputan pelanggan yang lebih baik dan kepelbagaian di dalam pemikiran meluaskan julat penyelesaian kita," katanya. Menurutnya kepelbagaian memupuk kreativiti dan kepakaran kebudayaan yang diperlukan untuk membina dan mengembangkan perniagaan serantau. ~MK~ |
| Posted: 14 Aug 2010 09:41 AM PDT Lebih 300 penghuni rumah pangsa Taman Permata Dengkil akan bermalam di khemah di luar kawasan perumahan mereka. Tindakan itu sempena bantahan 24 jam yang bermula jam 5 petang semalam kerana menuntut tempat tinggal yang lebih selamat.Majlis 'Mari Berkhemah' yang diterajui Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) itu diadakan bagi membela nasib kira-kira 500 keluarga yang didakwa dipindahkan ke situ secara tergesa-gesa apabila Putrajaya dan Cyberjaya dibangunkan untuk dijadikan pusat pentadbiran baru negara pada 1998. Malangnya, penduduk mendakwa rumah pangsa yang mereka duduki sekarang ini mengalami retakan struktur yang teruk dan berlakunya hakisan bawah tanah. Sehubungan dengan bantahan itu, beberapa kanopi besar kira-kira 700 meter daripada kawasan perumahan mereka didirikan bagi mereka berteduh malam ini. Kehadiran polis Penyelaras JERIT E Nalini ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang ini berkata setakat jam 6.45 petang seramai kira-kira 80 orang penduduk sudah berkumpul dalam empat kanopi yang dipasang di tepi jalan raya berhampiran jalan masuk ke rumah pangsa berkenaan. "Mereka akan bermalam di khemah ini sehingga esok," katanya yang turut berada di khemah itu. Nalini yang juga penyelaras Suaram berkata, kira-kira jam 4 petang tadi seramai 20 hingga 30 anggota polis berada berdekatan bagi memantau keadaan. Menurutnya, dua pegawai polis dari balai polis Dengkil mengarahkan pengajur dan orang ramai supaya bersurai kerana didakwa "berhimpun secara haram dan tidak mempunyai permit". Bagaimanapun, Nalini berkata mereka tidak berganjak dengan alasan bahawa rumah mereka itu tidak selamat untuk didiami dan mereka menuntut rumah yang baru dan selamat. Nalini berkata menjelang lewat petang, jumlah anggota polis berkurangan menjadi lima orang. Tiada sebarang tangkapan dilakukan dan majlis berjalan dengan lancar. Menurutnya, beberapa program telah diatur sempena 'perkhemahan' itu dengan penduduk membuat beberapa buah kain rentang menuntut agar mereka diberikan rumah teres.. "Kain rentang akan digantung sekitar Dengkil malam ini. Bahkan ada kain rentang yang sudah dinaikkan," katanya. Serah memorandum Selain itu katanya, mereka juga akan mengutip tandatangan - di atas sebuh kain rentang - daripada orang ramai bagi menyatakan sokongan kepada penduduk. Menurutnya lagi beberapa pemimpin Pakatan Rakyat akan hadir pada malam ini termasuk Presiden PSM Dr Nasir Hashim dan ahli parlimen Sungai Siput Micheal Jeyakumar Devaraj. "Acara kemuncak adalah penduduk flat tersebut akan menyerahkan memorandum menuntut perumahan yang selamat dan campurtangan kerajaan negeri kepada wakil Menteri Besar Selangor," katanya. Menurutnya, acara itu akan berlangsung selepas wakil menteri besar dan beberapa wakil rakyat mengunjungi rumah pangsa itu pada jam 10 pagi esok. Sementara itu, setiausaha agung PSM S Arutchelvan yang turut hadir berkata penduduk rumah pangsa itu sebenarnya berasal dari empat ladang yang terletak di Putrajaya - Ladang Perang Besar, Ladang Galloway, Ladang Sedgely dan Ladang Medingly. Katanya, penduduk berasa diri mereka tertipu kerana setelah melakukan pengorbanan dengan membiarkan rumah kediaman mereka dibangunkan namun diberikan tempat berteduh yang tidak selamat. "Sebab itu mereka membuat protes dengan berkhemah di sini. Sebelum ini, masalah mereka tidak didengari oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Berkhemah ini merupakan simbolik kepada nasib mereka," katanya. Dakwanya lagi, penduduk yang dipindahkan itu juga dijanjikan bahawa rumah pangsa yang diduduki itu adalah hanya buat sementara waktu. ~MK~ |
| Bersatu jika mahu bubarkan ISA Posted: 14 Aug 2010 09:40 AM PDT Pengerusi baru Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Tan Sri Hasmy Agam membuat cabaran kepada semua rakyat Malaysia - jika tidak mahu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), maka bersatu menentangnya.Diplomat negara yang telah bersara itu berkata Malaysia tanpa ISA adalah situasi yang ideal tetapi mengakui ia tidak semudah itu. Hasmy, 66, berkata hak asasi akan hanya diletakkan di tempatnya yang sewajar di negara ini, apabila semua pihak, bermula daripada kanak-kanak sekolah sehingga pegawi penguatkuasa memahami hak masing-masing. "Terpulang kepada rakyat Malaysia sama ada mereka mahu (atau tidak) mengekalkan ISA sekarang ini ataupun dalam bentuk yang lain," katanya pada wawancara eksklusif dengan Malaysiakini, baru-baru ini. Hasmy, seorang duta ketika pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata isu menghapuskan akta kuku besi - ISA itu tidak semudah seperti yang disangkakan. Katanya, tindakan kerajaan untuk meminda beberapa perkara yang amat tidak disenangi rakyat tetap tidak akan disenangi kerana ia hanya berubah bentuk. "Jika parti politik yang mahu ISA dikekalkan terus berkuasa, sama ada BN atau sebaliknya, ini kehendak rakyat; (ia sebahagian daripada) proses demokrasi. "Saya kira jika sesuatu parti itu tidak menjuarai ISA, maka apabila mereka membentuk kerajaan - mereka mempunyai tanggungjawab bagi membubarkan akta itu," katanya. Hasmy berkata beliau senada dengan pendirian Suhakam bahaaw undang-undang arbitrari seperti ISA tidak secocok dengan prinsip hak asasi manusia dan lebih cepat ia digugurkan, maka itu adalah lebih baik. Bagaimanapun, Hasmy yang menganggap dirinya sebagai seorang idealis sedar bahawa ia tidak semudah itu dan menyedari Suhakam sentiasa berdepan dengan tentangan daripada kerajaan dan agensi penguatkuasaannya dalam menjalankan tugas. Malah beliau juga mengakui tidak mudah berdepan dengan kumpulan berkenaan. "Ini telah menjadi isu sejak sekian lama. Suhakam telah dan akan terus mendesak agar ISA dibubarkan. Pendirian Suhakam jelas. Kami mahu ia dibubarkan. Bagaimana untuk kita lakukannya? Kita kena yakinkan kerajaan, pihak polis," katanya. Hasmy berkata kerajaan dan polis mempunyai beberapa justifikasi bagi mengekalkan ISA kerana masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai lapisan yang kompleks. Sebagai contoh, katanya, peristiwa berdarah 13 Mei 1969 seringkali dijadikan alasan supaya ISA terus dikekalkan. Tegasnya, seringkali juga agensi penguatkuasaan tidak mematuhi peraturan dan menyalah-gunakan akta itu bagi menafikan hak kebebasan untuk berhimpun dan hak untuk diwakili bagi dibicarakan di mahkamah. "ISA ini adalah tinggalkan sejarah. Dunia sudah berubah. Darurat sudah berakhir. Tidak ada lagi komunis. Mengapa ISA perlu dikekalkan? "Kita boleh memperketatkan undang-undang lain bagi menjamin ketenteraman awam dan keamanan. Perketatkan undang-undang hasutan atau mungkin juga adakan akta anti-pengganas. "ISA ini agak kejam dan kuku besi. Dan pasukan keselamatan serta pihak berkuasa hanya menggunakannya bagi memudahkan kerja mereka," kata Hasmy lagi. ~MK~ |
| PAS diingat ikut undang-undang buat wang syariah Posted: 14 Aug 2010 09:39 AM PDT Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed mengingatkan Kerajaan Kelantan agar tidak sewenang-wenangnya membuat peraturan baru seperti penggunaan dinar dan dirham tanpa merujuk kepada kerajaan Pusat.Mustapa berkata kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa dinar emas dan dirham perak itu akan dijadikan sebagai mata wang alternatif adalah jelas melanggar peraturan Bank Negara Malaysia (BNM). "Saya nasihatkan kerajaan Kelantan jangan pandai-pandai (buat peraturan). Apa pun nak dibuat perlu berbincang kerana nanti rakyat terkeliru dengan bidang tugas kerajaan Pusat dan kerajaan negeri. "Soal mata wang ini bidang tugas kerajaan Pusat, bukan kerajaan negeri dan ini apa yang telah dibuat adalah jelas melanggar undang-undang negara. Kita ada perlembagaan dan peraturan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan Umno Kelantan di Kota Bharu, hari ini. Dua hari lalu Nik Aziz melancarkan mata wang syariah dinar dan dirham yang akan digunakan dalam transaksi seharian termasuk pembayaran gaji kepada kakitangan awam. Kira-kira 1,000 peniaga di bandar ini dilaporkan bersetuju untuk menerima dinar emas dan dirham perak dalam transaksi perniagaan mereka. Dinar dan dirham itu dikeluarkan oleh anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Kelantan Golden Trade. Semalam, BNM menegaskan hanya mata wang ringgit sah diperakukan bagi pembayaran barangan dan perkhidmatan di negara ini dan menolak penggunaan dinar dan dirham. Semalam juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa menyalahkan media yang katanya keliru dengan pelancaran mata wang syariah tersebut sedangkan ia adalah pengenalan kepada sistem pertukaran barang yang menggunakan dinar dan dirham itu. Mengulas isu itu lagi Mustapa berkata apa yang dilakukan Kelantan itu sebenarnya hanyalah bertujuan politik semata-mata dan untuk meraih simpati rakyat yang akhirnya akan menyalahkan kerajaan Pusat kerana menolak penggunaan dinar dan dirham itu. "Ini tindakan politik dan untuk mendapatkan sokongan politik yang kononnya nanti kerajaan Pusat tidak Islamik dan ini jelas untuk mengasak kerajaan Pusat dan perkara ini amatlah mendukacitakan kami," katanya. Mustapa berkata ketika ini kenyataan Nik Aziz dan Husam ternyata bercanggah mengenai penggunaan dinar dan dirham itu serta menyifatkan kedua-dua pemimpin PAS itu sudah "terperangkap" dengan isu itu. Sementara itu Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan yakin isu dalaman membabitkan Umno Bahagian Rantau Panjang akan selesai selewat-lewatnya penghujung tahun ini. "Kita ada langkah tertentu yang akan diambil mengatasinya dan untuk menyakinkan rakyat hari ini kita lancarkan program juara rakyat di bahagian itu dan besar harapan kita keadaan di sana akan kembali pulih demi Umno," katanya. Turut hadir pada mesyuarat itu Timbalan Menteri Kewangan yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Awang Adek Hussin. ~Bernama~ |
| Posted: 14 Aug 2010 09:36 AM PDT Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tidak boleh menyaman fitnah ke atas akhbar Suara Keadilan kerana agensi itu ditubuhkan dengan menggunakan dana rakyat."Soal yang timbul di sini adakah secara undang-undang, moral dan etika, Felda tidak boleh membawa apa-apa tindakan undang-undang kepada rakyat yang mengeluarkan kritikan ke atas Felda. "Felda adalah badan berkanun yang ditubuhkan dengan menggunakan wang rakyat. Felda ditubuhkan untuk memberi bantuan dan faedah kepada rakyat. Undang-undang adalah jelas, Felda tidak boleh saman fitnah (kepada Suara Keadilan). "Prinsip undang-undang adalah jelas, apa-apa badan yang yang ditubuhkan dengan wang rakyat dan untuk kebaikan rakyat, tidak boleh mengeluarkan saman fitnah setiap kali dikritik oleh rakyat," katanya peguam yang dilantik oleh akhbar berkenaan, N Surendran. Menurutnya, berdasarkan undang-undang lazim atau 'commom law' itu, yang diamalkan kerajaan negeri, kerajaan persekutuan, kerajaan tempatan atau badan berkanun tidak boleh membuat saman fitnah ke atas rakyat. Sehubungan itu, Surendren menasihatkan Felda agar mencari penasihat undang-undang yang bijak, membuat kajian serta tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak mempunyai asas undang-undang. Beliau berkata demikian dalam satu sidang media bagi mengulas bahawa Felda akan memfailkan saman terhadap lidah rasmi PKR itu pada "bila-bila masa". Turut hadir pada sidang media itu adalah naib presiden PKR Sivarasa Rasiah, pengerusi biro Felda PKR Suhaimi Said dan bekas timbalan menteri tanah dan koperasi Datuk Tan Kee Kwong di ibu pejabat parti itu petang ini. Mengulas lanjut, Surendren mendakwa selain badan berkanun, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri juga tidak dibenarkan menyaman rakyat. "Jika perkara itu dibenarkan, maka hak rakyat untuk mengeluarkan kritikan terhadap kerajaan, institusi kerajaan dan badan berkanun, akan tergugat," katanya. Menjawab soalan, Surendren berkata, pihaknya belum menerima writ saman daripada Felda sebaliknya hanya menerima notis tuntutan saman daripada agensi kerajaan itu pada 1 Julai lalu. Mengulas dari sudut moral, Surendren berkata Felda ditubuhkan dengan menawarkan skim-skim tertentu bagi membantu peneroka, bukannnya "dipergunakan oleh segelintir orang untuk menghentam parti politik pembangkang". "Itu bukan tujuan (penubuhan) Felda. Tujuan Felda adalah untuk membantu orang (peneroka) di luar bandar dengan skim-skim perladangan. "Bagaimana sebuah badan berkanun, yang ditubuhkan untuk tujuan itu, menggunakan wang dan sebagainya untuk menyerang individu tertentu dan parti-parti politik. Langsung tidak masuk akal," katanya Dalam sidang media yang sama, Suhaimi mendakwa tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan pemberian duit raya sebanyak RM350 dan RM150 masing-masing kepada peneroka bersama dan tidak bersama agensi itu adalah "satu perkara lama yang telah diamalkan oleh BN". Beliau mendakwa duit yang diberikan itu adalah asalnya duit yang dikumpulkan oleh peneroka dan ia dikembalikan kepada mereka semula. Pengerusi Felda dapat RM2 juta setahun? "Seolah-olah peneroka tidak tahu, bahawa duit itu adalah duit mereka sendiri," katanya. Pada sidang media yang sama, Sivarasa melontar persoalan kepada pengerusi Felda Tan Sri Yusof Nor (kiri, tengah) sama ada benar atau tidak jumlah gaji dan elaun yang diterimanya adalah sebanyak hampir RM2 juta setahun. " Adakah benar atau tidak bahawa jumlah gaji, elaun, dan apa-apa bayaran yang Tan Sri Yusof dapat daripada Felda dan daripada anak-anak syarikat Felda, jumlah ini adalah hampir RM2 juta setahun. Sila beritahulah (kepada rakyat), betul atau tidak," katanya. Sivarasa yang juga ahli parlimen Subang berkata rakyat dan peneroka Felda menunggu jawapan yang akan diberikan Yusof susulan soalan yang dilontarkannya. "Saya cuma nak tahu ya atau tidak, itu sahaja. Jadi saya menantikan jawapan daripada beliau. "Ini kerana sebagai Pengerusi Felda yang mengawal anak-anak syarikat sudah tentu pendapatannya tinggi. "Itu yang saya mahu tahu apakah ganjaran sebenarnya yang diperoleh beliau setiap tahun. Adakah ia ada mencecah RM2 juta," kata Sivarasa. ~MK~ |
| Peneroka diminta RM50 bukan RM500 Posted: 14 Aug 2010 09:34 AM PDT Pengerusi Felda, Tan Sri Yusuf Nor diingatkan supaya tidak sebarangan memfitnah dan mengeluarkan kenyataan palsu berhubung tindakan lebih 700 peneroka Felda di Negeri Sembilan yang menfailkan saman RM200 juta ke atas agensi kerajaan itu."Beliau (Yusuf Nor) patut berhati-hati mengeluarkan kenyataan palsu macam ini. "Kenyataan supaya membayar RM500 adalah satu fitnah dan satu kenyataan palsu," kata peguam Sivarasa Rasiah yang mewakili kumpulan peneroka itu pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini. Menurut Sivarasa yang juga adalah naib presiden PKR, 766 peneroka daripada Felda Serting dan Gugusan Raja Alias, berdekatan Jempol, Negeri Sembilan itu hanya diminta menyumbang bayaran RM50 seorang bagi memulakan saman tersebut sehingga kes dibawa ke mahkamah tinggi. Katanya, dakwaan Yusuf (kiri, tengah) bahawa peneroka diminta yuran RM500 seorang itu sebagai berniat jahat dan jumlah RM500 itu adalah jumlah yang tidak munasabah. Sehubungan itu, Sivarasa menasihatkan Yusof supaya tidak mempolitikkan kes ini dan mengaitkannya dengan pembangkang. Pada 9 Ogos lalu, kumpulan peneroka berkenaan memfailkan saman RM200 juta di Mahkamah Tinggi Seremban kerana mendakwa Felda terlibat dalam penipuan dan pecah amanah dalam jual-beli hasil kelapa sawit. Mereka menamakan Felda dan Felda Palm Sdn Bhd masing-masing sebagai defenden pertama dan kedua. Dalam tuntutanya itu, mereka mendakwa "wujud penipuan dan/atau konspirasi untuk melakukan penipuan dalam urusan jual beli dan hasil buah sawit" selama 15 tahun. Menurut Sivarasa, dalam pembayaran kadar perahan gred kelapa sawit Felda didakwa menggunapakai 18.9 peratus sedangkan nilai sebenar didakwa antara 24 hingga 25 peratus - seperti kajian Lembaga Kelapa Sawit Malaysia. Katanya, pihaknya mempunyai dokumen bagi membuktikan bahawa pada tahun 2008 sahaja, setiap peneroka kerugian RM20,000 ekoran kadar itu. "Ini bermakna selama 15 tahun, Felda menyebabkan semua 766 peneroka ini kerugian sebanyak RM200 juta," kata Sivarasa. Yusof pula pada sidang medianya dua hari lalu mendakwa tindakan sama itu didalangi kumpulan tertentu "supaya peneroka mendengar cakap mereka". Katanya lagi, beliau difahamkan bahawa peneroka dikenakan bayaran tidak kurang RM500 bagi proses memfailkan saman itu. "Saya minta peneroka berhati-hati apabila seseorang mengambil inisiatif untuk menyaman Felda dan meminta bayaran. Saya difahamkan bayaran itu tidak boleh dipulangkan. "Saya menyeru kepada peneroka supaya jangan terpengaruh dengan perbuatan sedemikian, kerana mereka akan menjadi mangsa. RM500, bagi peneroka bukanlah (jumlah) yang kecil," katanya Mengulas lanjut perkara itu, hari ini, Sivarasa berkata mengenai isu penipuan dan pecah amanah dalam jual-beli hasil kelapa sawit itu pernah dibangkitkannya sewaktu kempen pilihan raya kecil parlimen Huli Selangor sebelum timbulnya dakwaan Felda bankrap. "Di Hulu Selangor saya bangkitkan apakah hak mereka (peneroka) mengikut kontrak dengan felda. Ia bermula lebih awal lagi," katanya bagi menjawab dakwaan peneroka dipengaruhi oleh kumpulan yang tertentu. ~MK~ |
| Posted: 14 Aug 2010 09:33 AM PDT Pengumuman Perdana Menteri untuk memberi RM350 duit raya kepada setiap peneroka adalah cubaan Felda menunjukkan imej baik mereka, kata Mazlan Aliman. Sebaliknya, Mazlan yang juga Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka (Anak) berkata, 'duit raya' tersebut adalah sememangnya duit peneroka yang diambil Felda. "Mereka cuba memberi gambaran bahawa Felda melayan peneroka dengan baik. Padahal itu adalah duit hasil usaha peneroka yang mereka ambik dan dikembalikan atas nama 'duit raya'," kata Mazlan kepada Harakahdaily. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Datuk Seri Najib Razak semalam berhubung pemberian duit raya RM350 kepada setiap peneroka Felda dan RM150 kepada yang tidak bersama Felda. Menurut Najib, Pemberian itu melibatkan jumlah RM37.14 juta kesemuanya. Mengulas lanjut, Mazlan yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, pengumuman Najib itu juga hanya gimik bagi menutup isu Felda yang akan bankrap. "Tak padan PM yang umum, sepatutnya cukup setakat Pengarah Besar Felda sahaja yang umum," katanya lagi. Selain itu, jumlah pemberian itu juga katanya tidak berbaloi dengan usaha peneroka selama ini dan sangat kecil jika dibandingkan dengan peningkatan harga komoditi sawit semasa. "Kalau nak kira, jumlah yang diberi terlalu kecil, tak berbaloi dengan usaha peneroka," jelasnya. Dalam perkembangan lain, Mazlan akan memfailkan saman terhadap Felda ekoran menahannya di Felda Lembah Klau pada 9 Mac lalu. Saman tersebut akan difailkan peguam mewakilinya, Wan Rohaimi Wan Daud di Mahkamah Tinggi Temerloh jam 11 pagi Isnin, 16 Ogos ini. Beliau mendakwa, penahanannya oleh Felda adalah tidak sah, berniat jahat dan menjejaskan reputasinya. ~MK~ |
| Posted: 14 Aug 2010 09:30 AM PDT Seramai 101,391 peneroka Felda akan menerima duit raya RM350 seorang manakala dan 11,244 peneroka yang tidak bersama Felda akan diberi RM150 seorang.Ketika mengumumkan demikian semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pembayaran itu akan dibuat sebelum hari raya Aidilfitri ini di semua rancangan Felda di seluruh negara. "Pemberian duit raya ini melibatkan bayaran berjumlah RM37.14 juta, terdiri RM35.47 juta bagi yang bersama Felda dan RM1.67 juta bagi yang tidak bersama Felda," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Najib berkata hampir 10 peratus daripada keseluruhan 112,635 peneroka Felda, atau seramai 11,244 peneroka, dikategorikan sebagai tidak bersama Felda kerana mereka tidak menanam semula menerusi agensi itu. "Saya berharap pemberian duit raya ini sedikit sebanyak akan dapat meringankan bebanan kewangan keluarga peneroka dalam membuat persiapan menjelang ketibaan Syawal. "Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru peneroka yang tidak bersama Felda agar kembali bersama dengan agensi ini untuk memaju dan memakmurkan lagi tanah-tanah rancangan," kata Perdana Menteri. ~bernama~ |
| You are subscribed to email updates from Anak Cucu Nabi Adam To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



















Tiada ulasan:
Catat Ulasan