Sabtu, 28 Ogos 2010

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


M Rojali Makin Menderita Sakitnya.... Tiada Berkata2 Lagi...

Posted: 28 Aug 2010 05:34 AM PDT

SEDAKA SEJAHTERA

SETELAH 15 minit memerhati beliau, seniman M. Rajoli akhirnya membuka mata dan memandang rombongan wartawan hiburan Utusan Malaysia ke rumahnya baru-baru ini.


KEDATANGAN kami di pangsapuri mereka tengah hari Isnin lalu disambut mesra oleh isteri pertama seniman tersohor, M. Rajoli, iaitu Hashimah Mohd. Din.

Walaupun sebelum melangkah masuk ke rumah mereka hati sentiasa berharap agar ada perubahan kepada seniman itu, namun apa yang nyata dia masih seperti dulu.

Sebaik sahaja melangkah masuk, pandangan tetumpu di sudut kanan pangsapuri tiga bilik itu.

Di atas katil besi terbaring sekujur tubuh kurus dengan mata layunya terbuka sesekali tanpa kata-kata.

Ucapan salam kami tidak mendapat jawapan daripadanya hanya sekadar pandangan mata layunya yang menyimpan 1,001 rahsia yang hanya Allah SWT yang tahu.

Malah jika lima bulan lalu ketika penulis menziarahnya, M. Rajoli atau Mohd. Rajoli Mohd. Zin, 65, masih mahu bercakap sepatah dua kata, namun kini dia lebih senang menyepikan diri.

Jika isteri tercinta bertanya makan minumnya, M. Rajoli akan menunjukkan isyarat bagus jika lapar dan menggoyangkan tangan jika dia enggan makan.

"Macam itulah abang sejak dua bulan lalu. Dia tak mahu bercakap dan makan minum pun dia tidak pernah minta.

"Mulanya saya tunggu juga apabila dia mahu makan tapi lama-lama dia diamkan diri dan tidak pernah minta apa pun walaupun setitik air.

"Akhirnya saya buat keputusan memberi abang makan ikut waktu tertentu iaitu pukul 10 pagi beri sarapan, pukul 2 petang makan tengahari dan pukul 8 malam suapkan makan malam," cerita Hashimah sambil memandang penuh kasih pada suami tercinta.

Bukan itu sahaja, malah kini Hashimah juga memastikan M. Rajoli memberi reaksi terhadap apa saja pertanyaannya terutama dalam memastikan makan minumnya terjaga.

"Memang abang semakin 'malas' mahu bercakap atau memberi sebarang reaksi. Tetapi akhirnya, kalau lapar abang akan tunjukkan jari tanda bagus tetapi kalau dia tidak mahu dia akan menggoyangkan tangannya.

"Begitulah keadaan abang. Masuk tahun ini sudah empat kali puasa abang hanya di katil. Kalau dulu pada puasa pertama pada tahun 2007 selepas pembedahan membuang ketumbuhan di kepalanya, abang masih boleh bercakap dan makan.

"Malah sejak tahun 2007 hingga 2009, abang masih puasa penuh. Tapi... kali ini saya tak bagi abang puasa sebab dia nak bercakap pun tak larat," kata Hashimah sambil membetulkan kedudukan kaki suaminya.

M. Rajoli menjalani pembedahan penyakit limfoma (kanser kelenjar di otak) pada 11 November 2007. Selepas pembedahan itu, M.Rajoli menjalani kimoterapi sebanyak empat kali.

M. Rajoli asalnya boleh berjalan seperti biasa selepas pembedahan. Bagaimanapun, kata Hashimah, selepas darah dan air tulang belakang diambil untuk tujuan uji kaji, dia terus terbaring.

"Enam bulan abang menjalani fisioterapi tetapi apabila melihat tidak ada perubahan, saya dan anak-anak mengambil keputusan untuk menghentikannya.

"Tetapi kini setiap petang Selasa dan Rabu ada dua orang jururuawat dari syarikat swasta akan datang ke rumah untuk membuat fisioterapi.

"Selama sejam itu, mereka mengurut dan menggerakkan kaki dan tangan abang agar tidak kejang tanpa mengenakan apa-apa bayaran.

"Di samping itu sebulan sekali, saya akan ke Intistitut Jantung Negara (IJN) untuk mengambil ubat jantung abang," cerita Hashimah.

Hashimah yang mempunyai empat orang anak hasil perkahwinannya dengan M. Rajoli - Siti Zaleha, 34, Nur Muhammad, 33, Siti Nazirah, 27, dan Mohd. Ariff, 23, ketika ditanya penjagaan terhadap suaminya, sambil membetulkan selimut suaminya, berkata: "Syukur benar saya ada anak-anak yang tidak merungut menjaga bapa mereka.

"Selalunya, saya yang jaga tetapi bila hari cuti anak-anak akan ambil alih tugas menjaga keperluan ayah mereka.

"Anak-anak sangat sayang ayah mereka dan begitu mengambil berat soal makan minum, buang air dan sebagainya kerana semuanya dilakukan di katil.

"Saya lega kerana mereka tidak ada perasaan jijik untuk menguruskan semua itu. Mungkin ini berkat didikan abang terhadap anak-anak sewaktu dia sihat dulu," luah Hashimah.

Ditanya andai sesuatu terjadi kepada suami tercinta, Hashimah dengan tenang menjawab: "Sebenarnya sejak abang terbaring begini, kakak reda menerima apa juga kemungkinan yang akan berlaku.

"Jika suatu hari nanti ditakdirkan abang akan pergi meninggalkan kami anak beranak, kami reda.

"Tidak sampai hati saya melihat abang menderita begitu dan sudah kering air mata kakak menangis melihat abang begini.

"Namun sebagai isteri, saya sentiasa berdoa kesihatan dan kesejahteraan abang dan adalah tanggungjawab kakak menjaga abang dengan baik dalam sihat dan sakitnya."

Itulah luahan hati dan semangat Hashimah yang tidak pernah padam terhadap suami tercinta.

Ketika kami memandang wajah kosong seniman tersohor itu, hati tiba-tiba tersentuh tatkala Pengarang Hiburan Utusan Malaysia, Saharudin Musthafa mengucapkan Selamat Hari Raya, dengan pantas M. Rajoli menyambut dan menggenggam salam itu penuh erat.

Pemimpin-Pemimpin PKR selar Anwar

Posted: 28 Aug 2010 05:32 AM PDT


n16194831839_919652_7562 Kes 12 pemimpin Sabah digantung

Oleh Staf FMT

PETALING JAYA: Beberapa pemimpin PKR, dari Semenanjung dan Sabah, menyelar Ketua Umum Anwar Ibrahim berhubung peranannya mencadangkan penggantungan 12 pemimpin di negeri di Bawah Bayu itu, yang taat kepada Naib Presiden Jeffrey Kitingan.

Bagi memburukkan keadaan, mereka berkata, Anwar terus membisu dan membiarkan orang-orangnya memanipulasi keadaan ini dengan tidak mendedahkan apa yang sebenar berlaku.

"Banyak perbincangan dan insiden yang berlaku sejak setahun lalu melibatkan 12 pemimpin ini dan situasi di Sabah kini diputar belit oleh orang-orang Anwar. Ini tidak baik untuk parti," kata pemimpin-pemimpin itu.

Beberapa pemimpin senior parti turut kecewa dengan sikap Anwar yang "berpura-pura" beliau tidak tahu mengenai perjanjian damai yang dicapai pada 13 Disember lalu, termasuk tidak mencari kesalahan terhadap orang-orang Jeffrey.

Bagaimanapun, di sebalik tabir, kami tahu bahawa Anwar tahu dengan jelas mengenai apa yang telah dibuat untuk menyekat 12 pemimpin ini, termasuk menyekat pengaruh Jeffrey.

"Kami hanya boleh membuat kesimpulan bahawa Anwar berbohong. Beliau pernah melakukannya sebelum ini. Pertama mengenai pengambil-alihan 16 September dan kemudian dakwaan tawaran RM2 juta untuk wakil-wakil PKR yang berpaling tadah dan sekarang kes 12 pemimpin ini. Ia seolah-olah kelihatan beliau membuat pembohongan secara bersiri," seorang pemimpin senior memberitahu FMT.

Para pemimpin parti memilih untuk tidak dikenali kerana bimbang akan akibatnya dari parti, terutama memandangkan pilihan raya akan di adakan bulan November depan.

Permainan tidak adil

Pemimpin-pemimpin parti melahirkan rasa kecewa dengan pertukaran tarikh mesyuarat biro politik yang berpengaruh dalam parti pada saat-saat akhir dari 8.00 pagi kepada 2.30 petang Rabu lalu, hari yang sama ketika Jawatankuasa Disiplin mendengar kes 12 pemimpin di Penampang, Sabah.

Pada mesyuarat biro politik yang di adakan di ibu pejabat parti di sini, keputusan telah dicapai bahawa keputusan muktamad mengenai nasib 12 pemimpin itu akan dibuat oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada hari Ahad. Keputusan ini telah dibuat sebelum jawatankuasa disiplin selesai mendengar kes ini lagi (yang tamat pada 4.00 petang hari Rabu).

Perubahan masa ini menghalang Jeffrey dari memberi keterangan berhubung kes untuk membela 12 pemimpin ini kerana tiket penerbangan beliau telah ditempah untuk mesyuarat jam 8.00 malam.

"Ini pertanda jelas orang-orang Anwar memastikan insiden ini mengikut perlembagaan parti tetapi pada hakikatnya, keputusan telah dibuat untuk menggantung 12 pemimpin ini," kata pemimpin-pemimpin parti.

Kebimbangan di kalangan pemimpin-pemimpin ini sekarang ini ialah MPP, yang dikuasai oleh Anwar, akan membiarkan Anwar membuat keputusan muktamah mengenai penggantungan tersebut.

"Akhirnya, Anwar mungkin sekali lagi mahu berunding dengan Jeffrey mengenai masa depan 12 pemimpin itu tapi kami yakin rundingan seperti ini hanya akan menguntungkan Naib Presiden Azmin Ali dan para penyokongnya di Sabah, bukan kumpulan Jeffrey," kata mereka.

Anwar tahu semua

FMT mendapat tahu pada mesyuarat biro politik, pemimpin seperti Tian Chua, Chua Jui Meng dan Fuziah Salleh mendesak Anwar supaya berpegang kepada perjanjian damai dan tidak mengambil tindakan terhadap 12 pemimpin itu.

Bagaimanapun, hujahan mereka ditangkis oleh Azmin dan Anwar sendiri, dengan menyatakan parti telah bersetuju dengan perjanjian damai Disember lalu tanpa mengetahui bahawa 12 pemimpin itu telah membuat permohonan untuk menubuhkan parti baru.

Anwar dan Azmin berhujah bahawa jika mereka tahu 12 pemimpin itu telah membuat permohonan untuk menubuhkan parti baru, mereka tidak bersetuju dengan perdamaian.

"Ini adalah bohong semata-mata. Anwar tahu aspek perjanjian damai secara terperinci, termasuk bahawa 12 pemimpin itu akan menarik balik permohonan mereka untuk menubuhkan parti baru di bawah perjanjian damai itu.

"Chua (Jui Meng) adalah di antara mereka yang hadir ketika perjanjian damai dimeterai di Eastin Hotel, Petaling Jaya. Beliau tahu kebenarannya dan begitu juga beberapa pemimpin senior yang lain. Mereka tahu Anwar berbohong," kata seorang pemimpin parti.

Pemimpin-pemimpin ini berselisih faham tentang alasan yang diberi oleh Azmin untuk mengenakan tindakan terhadap 12 pemimpin ini apabila beliau melabel mereka para pemberontak Sabah ini sebagai tidak mempunyai "prinsip dan integriti" pada mesyuarat biro politik itu.

"Ini memang pelik. Beliau melabel mereka tidak mempunyai prinsip dan integriti. Beliau sepatutnya mengajukan soalan itu kepada dirinya sendiri dan Anwar terlebih dahulu," tambah pemimpin parti itu.

Pelan induk

Dua belas pemimpin itu dihadapkan ke prosiding tata tertib berhubung peranan mereka untuk menubuhkan Parti Cinta Sabah tahun lalu.

Idea untuk menubuhkan parti baru dicadangkan oleh beberapa pemimpin PKR Sabah berikutan pertikaian sengit di antara Jeffrey dan Azmin, hingga menyebabkan Jeffrey yang menjawat Ketua PKR Negeri diganti.

Bagaimanapun, di bawah perjanjian damai yang dimeterai pada 13 Disember di sini, Jeffrey diamanahkan untuk memantau negeri Sabah dan Sarawak dan orang lain dilantik untuk menyelia hal ehwal Sabah. Azmin dikeluarkan sama sekali dari senarai pemimpin negeri itu.

Perjanjian damai itu juga untuk memastikan tidak terdapat lagi langkah mencari kesalahan terhadap mereka yang dituduh untuk menentang parti pada masa itu dengan menyokong Jeffrey.

Pemecatan atau walau penggantungan sekali pun, ke atas 12 pemimpin ini menyebabkan mereka tidak boleh memainkan peranan lagi pada pilihan raya parti nanti. Para penyokong melihat peristiwa ini sebagai perancangan Azmin dan para penyokongnya untuk menyekat kemaraan lawan mereka dalam parti.

Semalam, Jeffrey mengingatkan Anwar kesan buruk akan berlaku jika perjanjian damai dikoyak rabak.

Krisis mula melanda SPDP

Posted: 28 Aug 2010 05:29 AM PDT


200px-Spdp-gif Oleh Joseph Tawie

KUCHING: Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) mula dilanda krisis apabila lapan ahlinya tidak hadir pada mesyuarat-mesyuarat majlis tertinggi dan menimbulkan rasa bimbang ketika parti sedang membuat persiapan menghadapi pilihan raya negeri tidak lama lagi.

"Ini merupakan satu masalah besar buat Presiden SPDP William Mawan kerana beliau tidak dapat mengatasinya," kata seorang pemerhati.

Lapan ahli tersebut ialah Peter Nansian (Tasik Biru), Sylvester Enteri (Marudi), Rosey Yunus (Bekenu), Paulus Gumbang (Batu Danau), MP Tiki Lafe (Mas Gading), dan ahli majlis tertinggi George Garai, Peter Gani and Ida Egar.

Untuk kali ketiga berturut-turut, mereka gagal menghadiri mesyuarat majlis tertinggi. Tapi kali ini mereka memberi berbagai sebab, termasuk alasan yang bodoh.

Jika tidak kerana alasan-alasan itu, kelapan-lapan mereka, menurut perlembagaan parti, secara otomatik boleh dipecat dari ahli majlis tertinggi.

Pada mesyuarat semalam, ketidakhadiran mereka dengan sengaja menjadi isu utama perdebatan. Kelihatan ahli-ahli majlis berlainan pendapat mengenai cara menyelesaikan masalah ini.

Ahli-ahli yang garang mendesak tindakan tegas diambil terhadap mereka, termasuk pemecatan, tapi mereka yang lebih liberal memilih untuk memberi mereka peluang sekali lagi.

Dalam satu wawancara bersama FMT, Mawan berkata, beliau secara peribadi menulis surat kepada setiap seorang daripada mereka, merayu supaya hadir mesyuarat kerana mereka membincangkan isu, di antara lain, persiapan menghadapi pilihan raya negeri.

"Kami mahu mereka kembali bekerja seperti sebuah pasukan. Kerja berpasukan adalah penting untuk memastikan kejayaan dan untuk memelihara kepentingan Barisan Nasional (BN).

"Pergaduhan kami ibarat suami isteri. Saya pasti mereka akan kembali. Saya pasti tentang perkara ini," katanya, menambah dengan mengambil tindakan terhadap mereka tidak akan menyelesaikan masalah.

Mawan berjanji kepada ahli-ahli dewan undangan negeri bahawa mereka akan dicalunkan bagi mempertahankan kerusi mereka.

"Tetapi sudah tentu, ianya bergantung kepada keputusan BN. Jika sesiapa, termasuk saya sendiri, tidak boleh memenangi kerusi, maka kami akan diganti. Kami memilih calun-calun yang boleh memenangi kerusi," tambah beliau.

Felda Kalah Bukan Sebab Peguam Tidak Hadir Tapi Wujud Bukti Penipuan

Posted: 28 Aug 2010 05:28 AM PDT

SUARA KEADILAN

SHAH ALAM - Ketua Angkatan Muda KEADILAN Negeri Sembilan, Rebin Birham menegaskan kemenangan kes tuntutan 354 peneroka Felda Kemahang 3 bukan disebabkan oleh ketidak hadiran peguam mewakili Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tetapi keputusan mahkamah dibuat setelah mendapati Felda sememangnya telah menipu peneroka terbabit.

"Walaupun peguam tidak hadir, namun prosiding perbicaraan tetap dijalankan. Apa yang penting setelah mahkamah membuat penelitian, diputuskan bahawa penipuan terhadap peneroka sememangnya wujud.

Malah keputusan yang sama diperolehi di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Oleh yang demikian ketidak hadiran peguam di mahkamah bukanlah penyebab kepada kekalahan Felda dalam kes ini," jelas Rebin dalam satu kenyataan hari ini.

Pengerusi Felda, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor menuding jari kepada kegagalan peguam Felda menghadiri prosiding awal mahkamah di Mahkamah Tinggi Kota Bharu sebagai penyebab ia tewas dalam kes tuntutan 354 peneroka Felda Kemahang 3, Tanah Merah, Kelantan yang diputuskan Mahkamah Persekutuan, Putrajaya Jumaat lalu.

Sehubungan itu, Felda diperintah membayar ganti rugi RM11 juta kepada kesemua peneroka terbabit selepas agensi tersebut gagal dalam permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Persekutuan.

Rebin juga membidas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini yang akan mempertahankan imej dan maruah Felda habis-habisan.

"Kenyataan sedemikian tidak seharusnya keluar dari mulut seorang Perdana Menteri. Sebagai seorang PM yang mewakili suara rakyat seluruh negara seharusnya mengambil inisiatif menyelesaikan masalah ini bukannya berpihak kepada Felda.

"Kenyataan sebegini sememangnya mendukacitakan peneroka khususnya dan rakyat Malaysia amnya dan ini amat dikesali. Saya percaya peneroka bukanlah boleh ditipu lagi oleh Felda. Mereka kini sudah berfikir dan mampu bertindak pada masa sekarang dan akan datang," kata Rebin.

Sultan Murka, Rakyat Dukacita, UMNOlah Yang Bakal Sengsara

Posted: 28 Aug 2010 04:25 AM PDT

KELAB GREENBOC

DAP kesal tindakan Mais ke atas MP Serdang, jawatankuasa surau

Pengerusi DAP Selangor Ean Yong Hian Wah menggesa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) membuat siasatan lebih terperinci sebelum mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak berhubung isu Ahli Parlimen Serdang berada di Surau Al-Huda, Kajang Ahad lalu.

Sehubungan itu beliau berkata, pihaknya kesal dengan tindakan Mais ke atas Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching dari DAP dan juga terhadap ahli jawatankuasa surau berkenaan.

"Saya juga berasa kesal atas tindakan Mais yang mengeluarkan amaran kepada Teo Nie Ching dan menggantung jawatankuasa Surau Al-Huda dengan serta-merta kerana Teo telah berucap di surau tersebut," katanya.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan pagi ini, Ean Yong berkata, beliau tidak mahu melihat isu ini dipermainkan oleh pihak tidak bertanggungjawab seperti Utusan Malaysia, Umno dan Perkasa sebagai "satu isu politik dan perkauman untuk merosakkan keharmonian masyarakat kita."

Semalam, Mais berkata pihaknya akan menghantar surat amaran kepada Teo yang dilaporkan menyampaikan ucapan di ruang solat Surau Al-Huda.

Pengerusi Mais Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata tindakan Teo itu menyebabkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan berdukacita.

Beliau berkata baginda telah mengarahkan Mais supaya mengambil tindakan segera dan tegas terhadap pengurusan surau terbabit.

Katanya, Mais sudah memanggil pengurusan surau berkenaan kelmarin untuk menjelaskan isu itu.

"Selepas meneliti penjelasan daripada pihak terbabit, Mais mendapati bahawa ucapan Anggota Parlimen itu di dalam dewan solat surau berlaku seperti yang dilaporkan," katanya.

Dalam kenyataannya, Ean Yong yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor berkata beliau telah memberi sumbangan sebanyak RM1,000 kepada jawatankuasa surau dan dijemput untuk menyampaikan sepatah dua kata.

"Pada ketika itu, beliau hanya menerangkan maklumat tentang skim pinjaman pengajian tinggi negeri Selangor kepada umat Islam yang hadir.

"Beliau tidak menyentuh apa-apa isu politik dalam ucapan ringkas beliau," katanya.

Ean Yong menambah, Teo melawat surau tersebut dengan ikhlas sempena bulan Ramadan.

"Sebagai seorang wakil rakyat yang bertanggungjawab, beliau perlu membantu semua lapisan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama," katanya.

Ulasan GB

Kita dukacita dengan sikap UMNO yang sanggup menggunakan isu ini di dalam bulan Ramadhan untuk kepentingan politik mereka dan kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan MAIS yang terus-menerus menjadi kuda tunggangan UMNO.

Semua alasan yang digunakan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi adalah tidak mensabah dan tidak mencerminkan ajaran Islam yang sebenar.

Beliau dilaporkan berkata orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau, apatah lagi ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid.

Malah untuk wanita yang datang haid pun tiada halangan untuk memasuki masjid dan surau di zaman serba modern ini. Allahyarham Prof HAMKA menjelaskan ada masanya hukum berubah dengan peredaran zaman. Jika dahulu wanita haid memang tidak dibenarkan ke masjid lantaran darah kotornya boleh berciciran di lantai masjid, tapi di zaman modern, hampir kesemua wanita yang datang haid ada memakai tuala wanita, jadi tidak timbul lagi persoalan darah itu keciciran di lantai.

Hanya berkemungkinan wanita UMNO tidak memakai tuala wanita maka itu disebabkan Pegarah JAIS masih mengharamkannya!

Adapun UMNO yang mempergunakan isu ini untuk mendapatkan sokongan maysrakat Islam terhadapnya, UMNO tetap gagal, malah masyarakat akan terus membenci UMNO yang jahil murakab yang sanggup menggunakan isu tersebut untuk kepentingan mereka, malah mengheret istana ke dalam kemelut isu berkenaan.

Sultan Selangor dilaporkan murka. Namun rakyat juga merasakan dukacita. Rakyat tidak mahu menderhaka. Tetapi rakyat melihat ada sesuatu yang tak kena.

Dan kini MAIS ambilalih pentadbiran surau berkenaan untuk kepentingan UMNO BN pastinya. Surau tersebut akan dijauhi rakyat jelata. Dan pilihanraya bakal tiba. Pastikan UMNO BN kalah sehina-hinanya.

Akhirnya Bukan Islam Semakin Sedar UMNO Parti Pelampau

Posted: 28 Aug 2010 04:23 AM PDT

KELAB GREENBOC

PAS: BN serang MP Serdang guna isu 'murahan'

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mendakwa Barisan Nasional (BN) mengamalkan dwistandard mengkritik Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching berhubung kunjungannya ke Surat Al-Huda di Kajang, Ahad lalu.

"(Sebenarnya) satu kebiasaan bagi pemimpin parti-parti komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan, Sabah dan Sarawak untuk datang ke masjid dan memberikan ucapan," kata Salahuddin (picture) kepada The Malaysian Insider hari ini.

Oleh itu kata beliau, apabila pemimpin BN melakukannya ia tidak dijadikan isu.

"Bagaimanapun apabila Pakatan Rakyat (PR) melakukan, ia dijadikan isu. Ini publisiti murahan bagi mereka," kata beliau lagi.

Ahli Parlimen Kubang Kerian ini berkata serangan BN ke atas Teo menunjukkan perikatan itu semakin menjadi sebuah parti "rasis".

"Mereka (BN) lebih rasis dan ektremis (sekarang)," katanya lagi sambil menambah, "tiada masalah dengan (tindakan Teo masuk ke surau)."

Dalam satu kenyataan tengah hari tadi, Teo menjelaskan bahawa kehadirannya di Surau Al-Huda hanya bertujuan menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan negeri bagi memperbaiki pagar surau berkenaan dan berbuka puasa bersama anggota jawatankuasa serta jemaah surau.

"Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberi sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.

"Saya kesal perkara ini telah menimbulkan perasaan resah antara umat Islam dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak tertentu atas sebab-sebab politik," kata beliau.

Teo turut menegaskan bahawa lawatannya ke surau berkenaan tidak berniat politik dan tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan.

Beliau turut menyambut baik pesanan dan nasihat daripada semua pihak mengenai perkara tersebut dan akan lebih berhati-hati supaya tidak menimbulkan perasaan kurang senang dan perselisihan faham di kalangan umat Islam pada masa akan datang. -TMI


'Tazkirah' di surau: Teo mohon maaf

Ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang mencetuskan kontroversi apabila lawatannya ke Surau Al-Huda Kajang pada Ahad lalu dilaporkan oleh Utusan Malaysia sebagai 'tazkirah' di surau, hari ini memohon maaf.

Katanya, beliau menyesal kerana lawatan ikhlasnya itu telah menimbulkan perasaan keresahan antara umat Islam negara ini dan lebih malang lagi apabila ada pihak-pihak tertentu mengeksploitasikannya untuk kepentingan politik mereka.

"Saya juga akan memajukan penjelasan dan permohonan maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor Darul Ehsan mengenai perkara ini," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut ahli parlimen dari DAP itu, pada Ahad, 22hb Ogos, selaku wakil rakyat kawasan itu beliau telah mengunjungi surau al-Huda dengan tujuan menghulurkan bantuan kewangan sumbangan kerajaan negeri Selangor bagi memperbaiki pagar surau dan juga sumbangan berbuka puasa bersama ahli jawatankuasa dan jemaah surau.

"Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberikan sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.," katanya.

Ikhlas dan murni

Teo menegaskan lawatannya itu adalah "secara ikhlas dan murni serta tidak berniat politik" dan "tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan".

Beliau yang kesal dengan tindakan pihak yang berkepentingan yang cuba mempolitikkan lawatannya itu berkata akan lebih berhati-hati pada masa depan.

"Saya menyambut baik pesanan, peringatan dan nasihat dari semua pihak mengenai perkara tersebut, dan akan dengan segala upaya, menjalankan tugas saya dengan lebih berhati-hati supaya tidak menimbulkan perasaan kurang senang dan perselisihan faham di kalangan umat Islam pada masa yang akan datang.

Semalam, pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata Sultan Selangor dilaporkan amat murka dan dukacita terhadap laporan akhbar berhubung 'tazkirah' Teo di surau berkenaan.

Sehubungan itu, katanya Mais dititahkan bertindak tegas, termasuk mengambil alih surau itu dan menguruskan pentadbirannya dengan serta merta.

Mohamad Adzib juga berkata, surat amaran akan juga diberikan kepada Teo supaya mengambil perhatian terhadap perkara itu dan tidak mengulanginya lagi.-mk


Ulasan GB

Silat UMNO untuk memperalatkan agama di dalam isu surau di Kajang menikam dirinya sendiri.

Rakyat yang bukan-Islam melihat telatah UMNO - dan masing-masing mengangguk bahawa UMNO adalah sebuah parti pelampau - yang akan menggunakan setiap ruang untuk kepentingannya.

Malah bukan Islam semakin takut untuk bersama UMNO kerana tindakan mereka akan sentiasa dicurigai dan sentiasa dieksploitasi demi mendapatkan sokongan politik kepada mereka.

UMNO dilihat terlalu terdesak kini ... terdesak dan sedang nazak...

Isu Surau Al-Huda

Posted: 28 Aug 2010 04:20 AM PDT

Oleh Teo Nie Ching

Pada hari Ahad 22hb Ogos, saya sebagai ahli parlimen Serdang telah mengunjungi Surau Al-Huda, Kajang bertujuan untuk menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan untuk memperbaiki pagar surau, dan berbuka puasa bersama ahli jawatankuasa dan jemaah surau.

Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberikan sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.

Saya menyesal bahawa perkara ini telah menimbulkan perasaan keresahan antara umat Islam negara kita dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak-pihak tertentu atas sebab-sebab politik.

Saya ingin menegaskan secara ikhlas dan murni bahawa lawatan saya ke Surau Al-Huda tidak berniat politik, dan tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan.

Saya menyambut baik pesanan, peringatan dan nasihat dari semua pihak mengenai perkara tersebut, dan akan dengan segala upaya, menjalankan tugas saya dengan lebih berhati-hati supaya tidak menimbulkan perasaan kurang senang dan perselisihan faham di kalangan umat Islam pada masa yang akan datang.

Akhir sekali, saya juga akan memajukan penjelasan dan permohonan maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor Darul Ehsan mengenai perkara ini.

Mais beri MP DAP Serdang surat amaran

Posted: 28 Aug 2010 04:19 AM PDT

BERNAMA

SHAH ALAM — Majlis Agama Islam Selangor (Mais) akan menghantar surat amaran kepada Ahli Parlimen Serdang dari DAP, Teo Nie Ching yang dilaporkan menyampaikan ceramah di ruang solat Surau Al-Huda di Kajang Sentral pada Ahad lepas.

Pengerusi Mais Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dalam satu kenyataan media di sini hari ini berkata tindakan Teo itu menyebabkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan berdukacita.

Beliau berkata baginda telah mengarahkan Mais supaya mengambil tindakan segera dan tegas terhadap pengurusan surau terbabit.

"Mais sudah memanggil pengurusan surau berkenaan semalam untuk menjelaskan isu itu. Selepas meneliti penjelasan daripada pihak terbabit, Mais mendapati bahawa ucapan Ahli Parlimen itu di dalam dewan solat surau berlaku seperti yang dilaporkan," katanya.

Media hari ini menyiarkan laporan sebuah laman blog yang mendakwa Teo memasuki ruang solat Surau Al-Huda dalam satu majlis penyampaian bantuan kepada ahli-ahli PAS, Ahad lepas.

Laman blog itu turut menyiarkan gambar wakil rakyat terbabit dalam keadaan tidak bertudung dan hanya memakai kebaya pendek sambil berdiri di bahagian imam ruang solat surau berkenaan.

Mohamad Adzib berkata Mais memandang serius isu terbabit memandangkan ia adalah kes kedua seumpamanya membabitkan ahli politik dan orang bukan Islam memberikan ucapan di dalam masjid atau surau di Selangor.

Pada Ogos tahun lepas, Anggota Exco Kerajaan Selangor Dr Xavier Jayakumar berucap dalam satu majlis berbuka puasa di dewan utama Masjid Taman Sri Andalas, Klang sehingga menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan penganut beragama Islam.

Sehubungan itu, Mohamad Adzib berkata Mais membuat keputusan untuk mengambil alih pengurusan dan pentadbiran surau terbabit serta merta kerana insiden itu jelas bertentangan dengan titah Sultan.

"Mais juga mengingatkan mana-mana wakil rakyat bukan Islam untuk tidak mengulangi perbuatan yang sama serta menggesa supaya semua pihak termasuk parti politik agar lebih sensitif dengan perasaan umat Islam selain hendaklah menjunjung titah perintah Sultan Selangor bagi menjaga kesucian institusi masjid dan surau di Selangor," katanya.

Pemuda PAS: Fokus masalah sosial, usah besarkan isu MP Serdang

Posted: 28 Aug 2010 04:13 AM PDT


Nasruddin tindakan media tertentu mempolemikkan isu Ahli Parlimen Serdang dari DAP Teo Nie Ching berucap di Surau Al-Huda. — Gambar fail
KUALA LUMPUR — Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan Al-Tantawi berkata tidak salah bagi bukan Islam berucap di surau atau masjid dengan syarat berpakaian sopan dan mendapat kebenaran pengurusan premis ibadat itu.

Justeru, beliau juga mempersoalkan tindakan media tertentu mempolemikkan isu Ahli Parlimen Serdang dari DAP Teo Nie Ching berucap di Surau Al-Huda, Kajang Ahad lalu.

Katanya, negara khususnya umat Islam berhadapan dengan isu-isu sosial yang lebih berat untuk ditangani oleh media dan ahli-ahli politik, dan tidak perlu membesar-besarkan tindakan wakil rakyat berkenaan.

Menurut Nasrudin, masih terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama negara ini mengenai kebenaran bagi bukan Islam berada di kawasan masjid dan ia sesuatu yang "asing" di kalangan umat Islam negara ini.

Jelas beliau, tidak salah bagi orang bukan Islam masuk ke masjid dengan syarat berpakaian sopan dan menutup aurat serta mendapat keizinan daripada jawatankuasa masjid atau surau terbabit.

Bagaimanapun, Nasrudin mengaku bahawa pegawai masjid boleh mengelakkan isu ini menjadi kontroversi dengan hanya mengadakan masjid di koridor atau tempat lain selain ruang masjid.

"Dalam negara kita, rakyat anggap ini perkara ganjil, bukan macam di negara Arab yang memang dah biasa. Ia boleh timbulkan salah faham umat Islam," katanya.

Semalam, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar juga menegaskan tindakan Teo itu bukan satu kesalahan, malah bukan Islam juga boleh memasuki kawasan masjid ataupun surau.

Tambah Nasrudin, pengurusan masjid boleh mengaturkan majlis ucapan di koridor, dewan atau di luar kawasan solat untuk mengelakkan keresahan kalangan umat Islam.

Sehubungan itu Nasrudin turut menyeru supaya media mengutarakan isu yang sememangnya disepakati ulama sebagai haram, seperti kunjungan orang Islam ke pusat-pusat hiburan untuk minum arak dan sebagainya.

"Media sepatutnya mengutarakan perkara yang terang-terangan salah seperti kelab malam dan pusat hiburan yang dibuka di Bukit Bintang.

"Banyak pengunjung yang beragama Islam mengunjungi walaupun dalam bulan Ramadan.

"Kalau nak kata kes YB Serdang itu hujahnya masih ada khilaf di kalangan ulama, mengapa tidak sentuh perkara yang memang merosakkan masyarakat?" kata beliau kepada The Malaysian Insider malam tadi.

Nasrudin dan beberapa ahli jawatankuasa sayap Pemuda PAS itu semalam meninjau kawasan hiburan di Bukit Bintang yang disifatkan beliau sebagai pusat maksiat.

Teo dilaporkan memasuki ruang solat Surau Al-Huda untuk memberi ucapan pada Ahad lalu.

Bagaimanapun wakil rakyat itu memberitahu beliau berada di kawasan dalam surau atas permintaan dan kebenaran pihak pengurusan walaupun ketika tidak memakai tudung.

Katanya, beliau tidak menyampaikan ucapan politik sebaliknya menjelaskan program pendidikan anjuran kerajaan negeri Selangor.

Beliau dikecam hebat oleh media arus perdana sejak beberapa hari lalu atas alasan menghina orang Islam.

Malah Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa menyatakan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dengan perkembangan tersebut.

Mais juga mengambil alih serta-merta pentadbiran surau itu.

Pemuda Umno Selangor serah memo kepada MB

Posted: 28 Aug 2010 04:10 AM PDT

BERNAMA

SHAH ALAM — Pemuda Umno Selangor hari ini menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung tindakan seorang anggota Parlimen Selangor daripada DAP yang menyampaikan sumbangan dan memberi "tazkirah" di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lepas.

Ketua Penerangannya Safarizul Mustafa berkata tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching itu tidak harus dipandang ringan kerana jelas bertentangan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu kesucian surau dan masjid dipelihara.

"Kami memandang serius ahli politik dan orang bukan Islam memberi ucapan dalam masjid atau surau di Selangor sebab ia seolah-olah tidak mempedulikan sensitiviti umat Islam serta boleh mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan memorandum itu di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di sini.

Safarizul berkata memorandum tiga muka surat itu antara lain mendesak kerajaan Selangor menerusi Pejabat Menteri Besar, Majlis Agama Islam Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor menyingkirkan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali daripada jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam dan Adat-adat Melayu negeri.

Katanya ini kerana Hasan yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, dilihat gagal memberi nasihat kepada wakil rakyat bukan Islam daripada DAP berhubung apa yang dibenarkan dan batasan dalam Islam.

"Pemuda Umno Selangor juga mahu pengerusi, imam dan anggota jawatankuasa Surau Al-Huda yang menjemput dan membenarkan Teo menyampaikan 'tazkirah' tanpa tauliah di surau itu dipecat serta-merta," katanya.

PAS: BN serang MP Serdang guna isu ‘murahan’

Posted: 28 Aug 2010 04:08 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


KUALA LUMPUR— Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mendakwa Barisan Nasional (BN) mengamalkan dwistandard mengkritik Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching berhubung kunjungannya ke Surat Al-Huda di Kajang, Ahad lalu.

"(Sebenarnya) satu kebiasaan bagi pemimpin parti-parti komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan, Sabah dan Sarawak untuk datang ke masjid dan memberikan ucapan," kata Salahuddin (gambar) kepada The Malaysian Insider hari ini.

Oleh itu kata beliau, apabila pemimpin BN melakukannya ia tidak dijadikan isu.

"Bagaimanapun apabila Pakatan Rakyat (PR) melakukan, ia dijadikan isu. Ini publisiti murahan bagi mereka," kata beliau lagi.

Ahli Parlimen Kubang Kerian ini berkata serangan BN ke atas Teo menunjukkan perikatan itu semakin menjadi sebuah parti "rasis".

"Mereka (BN) lebih rasis dan ektremis (sekarang)," katanya lagi sambil menambah, "tiada masalah dengan (tindakan Teo masuk ke surau)."

Dalam satu kenyataan tengah hari tadi, Teo menjelaskan bahawa kehadirannya di Surau Al-Huda hanya bertujuan menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan negeri bagi memperbaiki pagar surau berkenaan dan berbuka puasa bersama anggota jawatankuasa serta jemaah surau.

"Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberi sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.

"Saya kesal perkara ini telah menimbulkan perasaan resah antara umat Islam dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak tertentu atas sebab-sebab politik," kata beliau.

Teo turut menegaskan bahawa lawatannya ke surau berkenaan tidak berniat politik dan tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan.

Beliau turut menyambut baik pesanan dan nasihat daripada semua pihak mengenai perkara tersebut dan akan lebih berhati-hati supaya tidak menimbulkan perasaan kurang senang dan perselisihan faham di kalangan umat Islam pada masa akan datang.

Saifuddin perjelas MT Umno 30 alasan nafi hak mahasiswa berpolitik

Posted: 28 Aug 2010 04:02 AM PDT

KUALA LUMPUR — Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah membentangkan 30 alasan yang sering digunakan untuk menghalang pelajar institusi pengajian tinggi dan pensyarah menyertai politik secara aktif.

Dalam penjelasan panjang lebar kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno semalam, Saifuddin berkata, alasan bahawa pelajar akan mengalami gangguan tumpuan dalam pengajian mereka dengan menyertai politik luar adalah tidak benar sama sekali.

"Kalau begitu, orang yang sudah bekerja pun tidak boleh berpolitik sebab takut mengganggu kerja mereka," kata beliau dalam kertas kerja yang dibentangkan pada mesyuarat MT semalam.

"Punca utama pelajar terganggu akademiknya adalah faktor lain.

"Ada pelajar yang tidak aktif apa-apa pun, tetapi masih terganggu juga akademiknya oleh pelbagai faktor lain seperti 'clubbing', putus cinta, murung dan sebagainya," kata beliau.

Cara berfikir itu, menurut beliau, samalah dengan yang menuduh kokurikulum menyebabkan akademik terganggu dan premis ini telah ditolak oleh kajian, antara penyelidikan kendalian Universiti Harvard.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Saifuddin memberitahu, kertas kerja 80 perenggan itu dengan terperinci menjelaskan pandangan alam, cadangan, matlamat utama, halangan, perkembangan semasa, langkah kehadapan dan faedah membenarkan pelajar IPT berpolitik.

"Kertas itu juga menyenaraikan 30 alasan yang menentang cadangan saya itu dan menjawabnya dengan kemas satu persatu," kata Ahli Parlimen Temerloh ini.

Saifuddin berkata, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak sekali lagi memperlihatkan sikap terbuka beliau untuk membincangkan idea membenarkan mahasiswa berpolitik.

"Saya memuji kenyataan Datuk Seri Najib di mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam bahawa waaupun Kabinet telah membuat keputusan melarang pelajar IPT berpolitik, namun beliau terbuka untuk membincangkannya.

"Datuk Seri Najib jelas memahami realiti politik semasa yang meraikan perbincangan idea-idea," kata beliau.

Saifuddin berkata, Najib yang juga Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) juga dapat menyelami minda dan imaginasi belia terhadap politik.

"Sikap beliau ini amat signifikan dalam mematangkan demokrasi negara. Inilah corak kepemimpinan politik yang dinanti-nantikan oleh belia kita," katanya lagi.

Najib juga menyatakan sikap terbuka berhubung idea itu ketika pertemuan Makmal Pemuda BN di ibu negara pagi semalam.

Akhir bulan lalu, Saifuddin memberitahu,idea membenarkan mahasiswa dan pensyarah politik akan dibawa ke mesyuarat MT untuk mendapatkan sokongan.

Bagaimanapun Kabinet dalam mesyuaratnya tiga minggu lalu telah menolak idea berkenaan.

Menjelaskan lanjut alasan-alasannya dalam kertas kerja itu, Saifuddin juga menyangkal bahawa pelajar tidak atau belum matang.

Katanya, definisi matang digunakan dalam undang-undang.

"Contohnya, dalam kes rogol, wanita berumur 16 tahun dikira matang untuk melakukan hubungan seks; dalam kes jenayah, orang berumur 18 tahun tidak lagi dibicarakan di mahkamah juvana; dan orang berumur 21 tahun layak mengundi.

"Jika wanita berumur 16 tahun dikira matang untuk melakukan hubungan seks dan seseorang berumur 18 tahun dikira matang untuk berhadapan dengan undang-undang jenayah, dan katakanlah kedua-duanya tidak memiliki kelayakan untuk menjadi pelajar IPT, maka, adakah wajar untuk mengatakan bahawa pelajar IPT, yang lulus SPM atau STPM atau setaraf dengan cemerlang dan mendapat CGPA yang cemerlang di IPT, adalah tidak matang jika dibandingkan dengan mereka?" katanya.

Dalam hal yang lain, kata beliau, sebaik sahaja seseorang itu melangkah keluar dari IPT dan menjadi guru siswazah, maka, beliau bukan sahaja dibenarkan menjadi ahli parti politik, malahan dibenarkan juga memegang jawatan dalam parti politik.

"Tetapi, beberapa detik sebelum itu, orang yang sama dianggap tidak matang?

"Apabila berumur 21 tahun, pelajar IPT dianggap layak mengundi dalam pilihan raya umum, tetapi, pada masa yang sama dianggap tidak layak menjadi ahli parti politik yang dipangkahnya itu?" katanya lagi.

Saifuddin berkata, jika alasan bahawa biarlah mereka memilih parti politik yang mereka suka selepas tamat belajar, kerajaan perlu melewatkan umur mengundi pelajar iaitu hanya boleh membuang undi selepas keluar IPT.

Malah beliau menolak tanggapan cerita-cerita tentang keburukan akibat pelajar aktif berpolitik, contohnya demonstrasi yang merosakkan harta benda.

"Cerita tentang demonstrasi perlu adil.

"Janganlah kalau ia melibatkan orang kita, maka demonstrasi dibolehkan, tetapi kalau melibatkan orang lain, maka demonstrasi tidak dibolehkan.

"Cerita merosakkan harta benda itu perlu diteliti. Contohnya, pelajar dituduh lari ke dalam masjid dengan tidak menanggalkan kasut. Logiknya, kalau dikejar, manalah sempat hendak membuka kasut!" katanya.

Jelas beliau, pelajar yang berlindung dalam masjid dituduh memecahkan tingkap kaca.

"Sebenarnya, tingkap kaca pecah terkena gas pemedih mata yang ditembak dari luar masjid ke arah pelajar. Ini adalah teknik menakutkan-nakutkan untuk membina 'culture of fear' yang tidak baik untuk pembangunan negara," katanya lagi.

Beliau juga menyangkal bahawa pelajar-pelajar IPT sudah diberi ruang berpolitik melalui politik kampus.

"Politik kampus memang wujud. Sebenarnya, ia perlu ditingkatkan, misalnya dengan membenarkan pelajar melaksanakan sendiri pilihan raya kampus iaitu seperti yang berlaku di sesetengah IPTS kita dan di banyak universiti terbaik di luar negara," katanya.

Saifuddin berkata, isu sekarang ialah mengiktiraf hak mereka sebagai warganegara yang dijamin oleh Perlembagaan.

"Politik kampus adalah terhad kepada aktiviti kokorikulum. Penglibatan pelajar dalam politik yang lebih luas akan menyuburkan lagi idealisme mereka dan akan dapat membantu mereka apabila berhadapan dengan dunia pasca-IPT," katanya lagi.

Berhubung alasan bahawa pelajar akan diperkuda oleh pemimpin-pemimpin politik luar jika menjadi ahli parti, Saifuddin menyoal "siapa suruh pelajar jadi kuda?"

"Jadilah penunggang," katanya.

Oleh sebab itu, kata beliau, negara harus memberi peluang kepada pelajar sebab mereka adalah sebahagian daripada masyarakat sivil.

"Kenyataan-kenyataan sebegini merendahkan keupayaan intelek pelajar.

"Sebenarnya, menyekat hak politik pelajar juga merupakan langkah memperkudakan pelajar iaitu membuat pelajar tidak boleh bersuara secara politik," katanya.

Selain itu jelas beliau, tidak ada sesiapa yang mengatakan pelajar perlu mengurangkan fokus ke atas pelajaran.

Malah matanya, tidak ada data empirikal menunjukkan pelajar gagal dalam pelajaran disebabkan berpolitik.

"Ramai yang berpolitik di kampus yang berjaya pada hari ini.

"Ada juga yang tidak berpolitik semasa di kampus yang hari ini tidaklah berjaya sangat. Matlamat ke universiti ialah untuk menjadi insan yang baik, termasuk dalam bidang politik," katanya.

Alasan-alasan lain dijawab Saifuddin ialah:

ALASAN: Politik kampus adalah ruang pelajar mengangkat idealisme pelajar sedangkan politik luar akan membunuh idealisme tersebut.

Jawapan: Cadangan ini mahu meluaskan ruang yang sedia ada untuk meningkatkan partisipasi pelajar dalam demokrasi. Persoalannya, apakah idealisme pelajar sekarang? Apakah pula contoh idealisme Umno/BN yang membunuh idealisme pelajar? Sebenarnya, pelajar juga mampu mencorakkan politik luar. Contoh-contohnya wujud dalam sejarah gerakan pelajar di luar negara dan juga di dalam negara.

ALASAN: Kalau pelajar menjadi ahli parti politik, mereka tidak lagi bebas mengkritik parti mereka.

Jawapan: Itu masalah parti tersebut yang tidak boleh dikritik, bukan masalah pelajar. Atau, kalau pelajar memilih untuk tidak mengkritik, maka, itu masalah peribadinya. Pelajar boleh memilih parti mana yang sesuai dengan dirinya. Apa yang menariknya ialah orang yang menggunakan alasan ini terkenal dengan sikapnya yang tidak menggalakkan pelajar mengkritik. Merekalah yang selalu melabelkan pelajar yang mengkritik sebagai "radikal", "anti-establishment" dan "pro-pembangkang". Jadi, apabila ia menggunakan alasan ini, ia hanya menunjukkan ini adalah alasan yang sengaja diadakan-adakan sahaja.

ALASAN: AUKU sebenarnya yang melindungi idealisme pelajar selama ini dan membentuk kepimpinan pelajar dengan acuan sendiri.

Jawapan: Apakah contoh idealisme pelajar yang dilahirkan oleh AUKU? Acuan apakah kepimpinan pelajar hari ini? Idealisme pelajar bukannya sekadar menuntut kurangkan bayaran PTPTN, harga makanan asrama atau isu bas. Idealisme pelajar adalah berasaskan perjuangan yang berdasarkan kecintaan terhadap nilai-nilai muluk seperti kebenaran, keadilan dan perpaduan, serta kebencian terhadap ciri-ciri buruk seperti kepalsuan, kezaliman dan perpecahan. Antara lain, idealisme adalah berlandaskan ayat al-Quran tentang menyeru kepada kebaikan ('amal makruf) dan mencegah daripada keburukan (nahi mungkar). Kebanyakan kajian tentang AUKU Pindaan 1975 tidak menunjukkan yang ia melahirkan idealisme pelajar. Jika benar acuan yang dilahirkan AUKU itu positif untuk kerajaan, maka, mengapakah ia seperti tidak diterjemahkan dalam keputusan pilihan raya umum (contohnya Pilihan Raya Umum 2008) yang menyaksikan sokongan pengundi muda lebih condong kepada pembangkang?

ALASAN: Apabila pensyarah berpolitik, maka ia mengganggu proses pengajian di universiti kerana mereka akan cuba pengaruhi pelajar. Pensyarah berlainan parti akan gagalkan pelajar berlainan parti.

Jawapan: Universiti sudah lengkap dengan kaedah untuk mengawal mutu pengajaran dan pembelajaran. Pensyarah yang menggagalkan pelajar dengan alasan politik tidak layak menjadi pensyarah. Hukumlah beliau. Pokoknya, alasan ini menunjukkan sikap tidak percaya kepada pensyarah. Pensyarah dilihat lebih rendah daripada guru siswazah (yang pernah menjadi pelajarnya) yang kini dibenarkan aktif berpolitik. Pensyarah mempengaruhi pelajar IPT? Kalau begitu, silaplah kita membenarkan guru siswazah aktif berpolitik. Ini kerana, kalau pelajar IPT boleh dipengaruhi, ini kan pula murid sekolah. Sekali lagi, alasan ini berpunca daripada sikap tidak percaya kepada pensyarah.

ALASAN: Pendekatan populis ini tidak menguntungkan masyarakat kampus, sebaliknya mengundang bahaya kepada sistem pendidikan yang akan dipolitikkan.

Jawapan: Apa salahnya populis kalau ia bermatlamat untuk kebaikan rakyat dan bukannya diri sendiri? Ia lebih baik daripada tiada apa-apa pendekatan atau langsung tiada apa-apa pendirian. Kenapa perlu dipisahkan pendidikan dengan politik? Sekarangpun kita ada politik di kalangan universiti, pensyarah dan pelajar. Apa yang kita tidak mahu ialah politik ampu dan ragu, serta politik sempit dan kotor. Kalau adalah tempat terbaik untuk menjana politik ilmu dan baru, serta politik segar dan bersih, maka universitilah tempat yang terbaik. Alangkah anihnya, jika amanah besar itu ditolak oleh universiti dan sebaliknya diserahkan kepada orang lain.

ALASAN: Kalau semua pelajar berpolitik akan timbul lebih banyak masalah.

Jawapan: Pertama, apa masalahnya? Kedua, siapa kata semua pelajar? Ketiga, pelajar yang betul-betul aktif berpolitik bukanlah kumpulan yang besar. Keempat, apakah sekarang ini langsung tidak ada masalah?

ALASAN: Bayangkan kalau semua pelajar bebas bercakap apa saja, apa akan jadi pada keamanan negara? Kita banyak isu sensitif.

Jawapan: Pertama, kita mempunyai pelbagai undang-undang yang mencukupi untuk mengawal keadaan, seperti Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan sebagainya. Di IPT pula terdapat kaedah tatatertib. Kedua, kita telah lama merdeka. Kita perlu belajar berbincang isu-isu (yang dikatakan) sensitif dan bukannya menyapunya di bawah tikar.

ALASAN: Majoriti pelajar "anti-establishment".

Jawapan: Bukankah sejak hampir satu dekad ini, keputusan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IPTA hampir 100 peratus dimenangi oleh kumpulan (yang dikatakan) pro-Aspirasi? Jadi, tidak betullah jika dikatakan majoriti pelajar adalah "anti-establishment". Kalaupun benar pelajar "anti-establishment", maka, sepatutnya difikirkan bagaimana untuk mengelakkan daripada "establishment" dibenci oleh pelajar. Kecualilah jika "establishment" memang tidak mahu atau tidak boleh dikritik.

ALASAN: Kita perlu lihat pro dan kontra perkara ini.

Jawapan: Maknanya kita perlu lihat pro dan kontra jaminan hak berorganisasi dalam Perlembagaan? Usahlah terlalu mudah menggunakan strategi pro dan kontra dalam penghujahan. Kalau begitu, nikahpun ada pro dan kontranya. Cara berfikir ini sekadar untuk menimbulkan alasan tidak bersetuju sahaja atau sengaja mengada-adakan alasan atau membesar-besarkan alasan semata-mata.

ALASAN: Pelajar Melayu sahaja yang minat politik. Pelajar Cina dan India lebih tumpu kepada pelajaran.

Jawapan: Ini pendapat yang berunsur perkauman. Seolah-olah kaum lain tidak endahkan politik. Sebenarnya, pelajar bukan-Melayu juga berminat dan aktif dengan politik.

ALASAN: Pelajar akan hilang pendekatan non-partisan.

Jawapan: Persoalan menjadi ahli parti politik adalah persoalan individu. Persoalan "non-partisan" pada peringkat organisasi dan gerakan mahasiswa adalah persoalan berbeza dan boleh dikekalkan. Malahan, secara individu dalam parti politikpun masih boleh mengambil pendekatan bi-partisan, contohnya, seperti dalam Kongres dan Senat Amerika Syarikat di mana seorang Demokrat tidak semestinya menyokong bil yang dibawa oleh seorang Demokrat, hatta oleh Presiden Demokrat.

ALASAN: Bukan semua pelajar hendak menjadi ahli parti politik.

Jawapan: Siapa pula yang kata "semua"? Ini semata-mata untuk membenarkan siapa yang mahu sahaja, walaupun ia minoriti. Majoriti yang tidak mahu tidak patut menghalang minoriti yang mahu. Sebaliknya, dalam amalan demokrasi yang sihat, majoriti melindungi hak minoriti.

ALASAN: Negara maju mempunyai latar belakang yang berbeza dengan kita. Kita tidak boleh meniru mereka.

Jawapan: Janganlah menjadi bodoh lalu meniru membuta tuli. Tapislah. Pilihlah. Bukankah ada konsep best practise? Kita belajar apa yang baik. Apa yang buruk dijadikan sempadan. Baik dan buruk itu perlulah diukur dengan neraca kebenaran, dan bukannya dengan neraca denial.

ALASAN: Pelajar kurang pengetahuan am.

Jawapan: Sejak bila pula untuk menjadi ahli parti politik memerlukan seseorang itu lulus kertas Pengajian Am?

Bekas lagenda bolasepak, Isa Bakar meninggal dunia

Posted: 28 Aug 2010 04:01 AM PDT

MALAYSIA KINI


Bekas lagenda bola sepak negara, Isa Bakar meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang, jam 10.15 pagi tadi, lapor Berita Harian Online.

Allahyarham berusia 58 tahun.

Beliau dilaporkan dimasukkan ke hospital selepas mengalami batuk berdarah, semalam.

Isa yang bermain di posisi penyerang pernah berganding dengan allahyarham Datuk Mokhtar Dahari untuk pasukan kebangsaan sekitar 1970-an.

Polis cekup 16 lagi GRO di Mentari Court, PJ

Posted: 28 Aug 2010 03:57 AM PDT

Fadzly Esa

Enam belas pelayan perhubungan pelanggan (GRO) dicekup polis di sebuah pusat karaoke di Mentari Court, Petaling Jaya, awal pagi ini.

Irama lagu Aidulfitri yang berkumandang pada telefon bimbit milik seorang GRO tempatan ketika mereka disoal-siasat menggamankan suasana seketika.
Pada serbuan bermula jam 11 malam semalam hingga 12.30 awal pagi ini, selain 16 orang GRO warga Indonesia, China dan Vietnam berusia 20-an hingga 30-an ditahan, turut ditahan adalah lima wanita tempatan.

Serbuan dilakukan oleh tiga pegawai dan sembilan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya hasil maklumat awam dan intipan selama seminggu.

Ketua operasi, Asisten Supritendan Mohd Nazri Daud berkata pihaknya pernah menyerbu di lokasi ini yang dahulunya beroperasi sebagai pusat hiburan sebanyak tiga kali atas kesalahan melebihi masa operasi ditetapkan pada 2007.

Bagaimanapun,setelah tiga tahun pusat hiburan itu tutup, pihaknya menyerbu semula premis ini tetapi menjalankan aktiviti perniagaan berlainan iaitu pusat karaoke.

Mengulas lanjut, katanya lagi, difahamkan pusat karaoke ini telah beroperasi sejak tiga bulan lalu tanpa lesen sementara menunggu kelulusan daripada Majlis Daerah Petaling Jaya (MBPJ).

"Kami akan menghubungi pegawai agensi penguatkuasaan dalam jangka masa terdekat untuk mengetahui sama ada premis tersebut membuat permohonan lesen atau tidak," ujarnya.

Mohd Nazri berkata, menerusi maklumat diterima, pengunjung hanya perlu membayar RM80 untuk mendapat layanan istimewa dari GRO tempatan manakala GRO warga asing pula mengenakan bayaran RM100 bagi setiap jam.

Namun setiap pengunjung diwajipkan menyewa bilik karaoke untuk sekurang-kurangnya dua jam dan layanan istimewa yang diberikan itu dipercayai termasuk perkhidmatan seks.

Tambahnya, siasatan mendapati semua wanita-wanita itu mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

"Turut ditahan bagi tujuan pemeriksaan ialah seorang penjaga premis, 10 pengunjung berusia antara 19 hingga 50 tahun yang berada di bilik karaoke itu," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Nazri berkata, pihaknya turut menyerbu sebuah premis menawarkan perkhidmatan seks tidak jauh daripada pusat karaoke itu.

Menurutnya, dua lelaki dipercayai penjaga premis termasuk dua orang warga Indonesia, seorang China dan seorang Vietnam berusia awal 20-an ditahan.

Beliau mendapati, premis yang dipercayai baru beroperasi enam bulan lalu turut dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) bagi memudahkan pemantauan dilakukan apabila diserbu pihak berkuasa

Katanya, semua yang ditahan itu dibawa ke ibu pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk siasatan lanjut.

"Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas lawatan sosial serta permit yang jika sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman penjara tidak melebihi enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

"Selain itu, pemilik premis akan disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen iaitu menggaji dan melindungi warga asing bekerja tanpa permit," ujarnya.

DAP: Utusan, Umno politikkan 'tazkirah' Teo

Posted: 28 Aug 2010 03:55 AM PDT

MALAYSIA KINI


DAP hari ini melahirkan rasa kesal dengan tindakan akhbar Utusan Malaysia dan Umno mempolitik lawatan dan sumbangan derma ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching di Surau Al-Huda, Kajang Sentral , Kajang pada Ahad lalu.

Pengerusi DAP Selangor Ean Yong Hian Wah dalam satu kenyataan membidas tindakan pihak berkenaan yang disifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab serta cuba merosakan keharmonian masyarakat berbilang kaum negara ini.

"Beliau melawat ke surau tersebut dengan hati yang penuh ikhlas sempena bulan Ramandan yang suci. Sebagai seorang wakil rakyat yang bertanggungjawab, beliau perlu membantu semua lapisan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama," katanya.

Malangnya, menurut exco Selangor itu, niat ikhlas ahli parlimen muda berkenaan telah dipermainkan dan dijadikan sebagai satu isu politik dan perkauman dengan niat jahat.

Sehubungan itu, Ean Yong menggesa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) supaya membuat siasatan dengan lebih terperinci sebelum mengambil tindakan kepada mana-mana pihak.

Dalam reaksinya semalam, Mais mengumumkan bahawa pengurusan surau itu telah diambil-alih pihaknya dan surat amaran juga telah dikeluarkan kepada Teo.

"Saya juga berasa kesal atas tindakan Mais yang mengeluarkan amaran kepada Teo Nie Ching, ahli parlimen Serdang dan mengantung jawatankuasa Surau Al-Huda dengan serta-merta kerana Teo telah berucap di surau tersebut dua hari yang lalu.

"Saya dimaklumkan oleh Teo bahawa beliau telah memberi sumbangan sebanyak RM 1000 kepada jawatankuasa surau dan dijemput untuk menyampaikan sepatah dua kata.

Menurut Ean Yong sebagai tetamu, Teo akur dengan permintaan berkenaan dan hanya menerangkan maklumat tentang skim bantuan pinjaman pengajian tinggi yang boleh dimohon oleh anak-anak negeri Selangor.

"Beliau tidak menyentuh apa-apa isu politik dalam ucapan ringkas beliau," katanya.

Sementara itu, Malaysiakini juga dihujani oleh panggilan telefon dan email oleh pembaca yang kurang senang dengan akhbar dan parti politik yang didakwa sengaja memainkan sentimen perkauman. Kata mereka, penggunaan perkataan 'tazkirah' bukan sahaja tidak tepat tetapi cuba menyemarakkan rasa marah orang Islam kepada bukan Islam.

Seorang daripada mereka - Azrul Abdullah, malah menyiarkan pautan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim ) mengenai fatwa 'hukum pelancong bukan Islam memasuki masjid dan ruang solat utama di dalam masjid.'

Berikut petikan fatwa berkenaan:

"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.

Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang."

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, petang semalam, mahu Majlis Agama Islam Selangor bertindak jika lawatan Teo dianggap sebagai bertentangan dengan peraturan, mencemar Islam dan sebagainya.

Pelajar M'sia di Indonesia diarah berwaspada

Posted: 28 Aug 2010 03:48 AM PDT

BERNAMA


Lebih daripada 6,000 pelajar Malaysia di Indonesia diarah berwaspada dan berhati-hati berikutan gerakan anti-Malaysia yang dianjurkan oleh Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) di negara itu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kementeriannya telah mengeluarkan arahan tersebut kepada semua pelajar tempatan di Indonesia melalui Jabatan Penuntut Malaysia di Jakarta.

"Kementerian memantau situasi itu dan setakat ini tidak ada laporan pelajar kita menjadi mangsa gerakan itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada keluarga berpendapatan rendah dan ibu tunggal di Bandar Seri Alam dekat Pasir Gudang, Johor hari ini.

Khaled yakin kerajaan Indonesia akan melakukan yang terbaik untuk menjamin keselamatan semua pelajar Malaysia.

Beliau juga percaya bahawa pelajar terbabit mampu menangani sendiri situasi tegang berkenaan melalui pelbagai persatuan mahasiswa.

Bendera baru-baru ini dilaporkan berdemonstrasi dan melemparkan najis di kedutaan besar Malaysia di Jakarta serta merancang mengusir keluar rakyat negara ini dari Indonesia.

Ia sebagai bantahan insiden di perbatasan perairan Malaysia-Indonesia berhampiran Bintan, Kepulauan Riau, apabila bahagian penguatkuasa kementerian kelautan dan perikanan Indonesia menahan lima nelayan Malaysia dan polis marin Malaysia pula menahan tiga pegawai penguatkuasa kementerian negara itu, kerana didakwa menceroboh wilayah masing-masing.

Tahanan kedua-dua belah pihak itu telah dibebaskan pada 17 Ogos lalu.


Raya: Kedah belanja RM3 juta untuk kakitangan

Posted: 28 Aug 2010 03:46 AM PDT

Mohd Ali Hashim

YAN: Kerajaan Negeri Kedah turut menghargai kakitangan awam negeri dengan membelanjakan sebanyak RM3 juta sebagai bayaran khas menjelang Aidilfitri tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, bayaran sebanyak RM500 setiap orang itu diberikan kepada semua kakitangan sehingga kumpulan Gred 54.

Menurut beliau lagi, semua kakitangan akan menerima bayaran tersebut dalam tempoh seminggu sebelum hari raya.

"Dengan sumbangan ini, ia dapat menampung keperluan keluarga dan menceriakan lagi sambutan Aidilfitri tahun ini.

"Walaupun sumber kewangan kerajaan negeri adalah terhad, berkat daripada tindakan kerajaan negeri melaksanakan penjimatan dalam pentadbiran, maka hasil tersebut dapat dikongsi bersama sebagai satu penghargaan kepada semua kakitangan," katanya.

Beliau yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah berkata, apa yang diberikan oleh kerajaan negeri kali ini adalah kadar yang termampu.

Azizan berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada guru Al-Quran dan bidang kampung di Kampung Teroi, Yan.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengumumkan pemberian wang khas sebanyak RM400 sempena Aidilfitri kepada 3,577 kakitangan awamnya.

Ia kemudiannya diikuti oleh Kerajaan Pusat yang mengumumkan pemberian sebanyak RM500 manakala Selangor, Pahang, Terengganu dan Melaka juga tidak ketinggalan dalam pemberian wang tersebut menjelang Aidilfitri yang akan datang.

Merdeka: Rakyat perlu azam kerajaan baru

Posted: 28 Aug 2010 03:44 AM PDT

Mohd Ali Hashim

JERAI: Menjelang sambutan Hari Kemerdekaan negara 31 Ogos ini, rakyat disarankan supaya menanam semangat baru dan keazaman dalam jiwa untuk memastikan negara mempunyai kerajaan baru pada pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) ketika mengulas ulang tahun Hari Kemerdekaan negara ke-53, Selasa ini.

Menurut beliau lagi, rakyat harus menyedari tempoh had pemerintahan dan kuasa yang ada pada Barisan Nasional (BN) sudah sampai ke penghujungnya.

Kata beliau lagi, dengan adanya pemerintahan baru ini, maka kebimbangan rakyat dalam pelbagai masalah yang sekian lama menjadi persoalan akan berakhir.

"BN tidak mampu untuk mengurus hal ekonomi rakyat dengan baik. Isu saman ekor belum selesai, datang pula isu air dan tanah.

"Pakatan Rakyat (PR) cadangkan pendapatan setiap rakyat adalah RM4 ribu, menghapuskan cukai dan membanteras penyelewengan yang berterusan di bawah pemerintahan BN," katanya.

Tambahnya lagi, walaupun saranan itu hanyalah sebagai cadangan tetapi ia menampakkan idea yang membina dari kepimpinan PR jika dibandingkan dengan BN.

Beliau juga berkata oleh kerana itu, rakyat tidak lagi harus berdiam diri atas cadangan yang telah dibuat oleh PR baru-baru ini.

"Sebagai bukti Kerajaan Negeri Kedah telah pun menurunkan harga cukai tanah di Kedah. Syarikat Air Darul Aman (SADA) dikorporatkan dan bukan diswastakan. Rakyat mendapat bekalan air bersih tanpa bebanan harga yang mahal.

"Dalam situasi ekonomi rakyat yang tidak menentu ini pelbagai sekatan dikenakan oleh Kerajaan Pusat. Slogan mereka rakyat didahulukan hanya mendahulukan rakyat dalam bebanan bagi merealisasikan hasrat dan pencapaian kerajaan diutamakan," tambahnya lagi.

Insurans kenderaan: Bela mahu serah memorandum kepada Bank Negara

Posted: 28 Aug 2010 03:40 AM PDT

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR: Sekretariat Bela Rakyat (Bela) akan menghantar satu memorandum kepada Bank Negara berhubung kesukaran pemilik kenderaan berusia 10 tahun ke atas memperbaharui polisi perlindungan insurans kenderaan mereka.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, memorandum yang akan diserahkan dalam masa terdekat itu mengandungi cadangan mengatasi masalah tersebut.

"Pihak sekretariat juga akan bertindak lebih serius dengan membuat kajian-kajian yang terperinci dan akan mengemukakan cadangan kepada Bank Negara bagaimana kita boleh menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan kenderaan lebih 10 tahun ini," kata Salahuddin pada sidang media pelancaran sekretariat itu di ibu pejabat PAS, dekat sini hari ini.

Sekretariat berkenaan akan diketuai oleh ketua penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiyat.

Bela sebelum ini ditubuhkan bagi membantu Pemilik kenderaan yang kebanyakannya penduduk kampung ini terpaksa membayar dengan harga yang tinggi untuk memperbaharui insurans kenderaan mereka yang lebih 10 tahun.

Salahuddin juga berkata, alasan yang diberikan pihak insurans bahawa kenderaan berusia 10 tahun ke atas terdedah kepada risiko keselamatan adalah tidak munasabah dan menganggap ianya sebagai alasan yang sengaja dicipta oleh mereka bagi mengaut keuntungan.

"Kalaulah isu yang mengatakan kenderaan 10 tahun tidak selamat maka objektif penubuhan Puspakom? Kenderaan uyang melebihi 10 tahun mesti melalui proses pemeriksaan oleh Puspakom.

"Apabila Puspakom mengesahkan kenderaan itu selamat walaupun berusia lebih 10 tahun dan diizinkan untuk membayar cukai jalan dan mengambil insurans,jadi tidak ada isu ia tidak selamat," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Bela juga tidak bersetuju dengan cadangan Bank Negara untuk mengambil alih peranan syarikat insurans dalam urusan memperbaharui polisi perlindungan kenderaan sebaliknya kerajaan harus memperbaiki sistem yang ada pada hari ini.

"Saya akan kemukakan soalan di Parlimen jumlah pemilik kenderaan yang berdaftar dengan Puspakom dan berusia 10 tahun ke tas yang memerlukan pembelaan dari pihak kerajaan," katanya.

Umno tentang Majlis Fatwa

Posted: 27 Aug 2010 04:47 PM PDT

Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR: Tindakan Umno mengapi-apikan isu bukan Islam memasuki Masjid dilihat menentang keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau mengulas laporan muka depan Utusan, mempolitikkan kunjungan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching ke Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu.

Muzakarah Kali Ke-90 jawatankuasa tersebut yang bersidang pada 1 Mac 2010 lalu telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Walaubagaimanapun, mengikut keputusan itu, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

"Nyatalah histeria Umno dan konco-konconya itu memalukan umat Islam dengan tindakan mereka yang bukan-bukan sehingga perkara yang diputuskan halal pun diharamkan oleh mereka," kata Mahfuz.

Keharusan tersebut juga sebagai cara menunjukkan keindahan Islam kepada bukan Islam.

Umat Islam juga dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya.

"Umat Islam janganlah mengizinkan diri mereka diperbodohkan oleh politik perkauman Umno," jelasnya.

Dalam pada itu Teo Nie Ching menjelaskan beliau hanya mahu menyampaikan sumbangannya bagi memperbaiki pagar seperti yang diminta oleh pihak pengurusan surau tersebut.

Mengenai tindakan memasuki ruang solat utama di surau itu, Teo berkata, beliau hanya memenuhi jemputan.

"Pada hari tersebut mereka menjemput saya masuk.

"Saya tidak dinasihatkan oleh (pengurusan) surau untuk memakai tudung. Saya (pun pada mulanya) tidak menyangka saya boleh masuk surau itu," jelasnya.

Pakatan Rakyat Tolak Politik Perkauman Sempit Dijuarai Umno-BN

Posted: 27 Aug 2010 04:46 PM PDT


SUARA KEADILAN

PETALING JAYA - Pakatan Rakyat sedar wujudnya satu muslihat politik oleh pimpinan Umno-Barisan Nasional untuk mengapikan sentimen perkauman sempit dan agama bertujuan memecah belahkan keharmonian masyarakat.

Politik usang bersifat peras ugut dan memesongkan fakta ini digunakan oleh pimpinan Umno-BN kerana mereka berada dalam keadaan terdesak untuk meneruskan kelangsungan kuasa mereka.

Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, mereka berkata demi mencapai cita-cita politik tersebut pelbagai jentera kerajaan seperti BTN dan media seumpama Utusan Malaysia diperkuda untuk menggugat kesejahteraan rakyat.

"Berhadapan serangan bertali arus itu, Pakatan Rakyat tetap beriltizam untuk melaksanakan Perubahan demi kemaslahatan rakyat keseluruhannya. Kita beriltizam untuk memastikan keharmonian dan perpaduan masyarakat dapat diperteguh serta politik perkauman sempit akan sirna dari negara ini.

"Pakatan Rakyat menghormati perjuangan parti masing-masing dalam Permuafakatan Pakatan Rakyat. Permuafakatan ini sememangnya berlandaskan Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang telahpun disepakati," kata kenyataaan itu.

Dasar Pakatan Rakyat menyatakan:

"Pakatan Rakyat bertekad untuk menyemai persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat berteraskan prinsip memelihara kepentingan bersama. Perpaduan negara mesti mencerminkan kesepakatan, persefahaman serta muafakat sejati antara kaum, budaya dan agama."

Pimpinan Pakatan Rakyat menegaskan walaupun terdapat perbezaan di antara komponen Pakatan Rakyat, namum pimpinan tuntas menggalakkan perbincangan dan bersikap terbuka.

Ini berbeza sekali jika dibandingkan dengan politik dalaman BN yang mana komponennya sering bertelagah dan bersikap menyembunyikan segala permasalahan.

"Pakatan Rakyat tidak mempunyai keraguan untuk tetap bersatu melawan kemungkaran dan penganiayaan Umno-BN terhadap rakyat. Kami beriltizam untuk menentukan hala tuju baru buat rakyat dan negara ini.

"Menjelang 53 tahun kemerdekaan, sudah tiba masanya negara ini meninggalkan politik perkauman sempit yang seumpama barah merosak masyarakat. Pakatan Rakyat merasa bertanggungjawab untuk memaknai kembali Kemerdekaan yang berlandaskan Politik Baru yang lebih matang dan mengutamakan kemaslahatan rakyat serta negara ini.

"Kita percaya antara lainnya serangan ini adalah untuk menutup kegagalan kerajaan Umno-BN menguruskan khazanah negara seumpama skandal rompakan saham untuk rakyat termiskin bernilai RM52 billion. Kita menggesa satu Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan bagi menyiasat kehilangan hak rakyat tersebut," tegas kenyataan itu lagi.

Permuafakatan Pakatan Rakyat menyatakan:

1. Demokrasi Telus dan Tulen

A - Negara Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-UndangPerlembagaan Persekutuan merupakan penzahiran cita-cita dan harapan rakyat Malaysia yang merdeka. Di dalamnya hak asasi setiap rakyat termasuk hak agama, bahasa, kerakyatan dan budaya dijamin sepenuhnya. Justeru, Pakatan Rakyat beriltizam memartabatkan semangat dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.Pakatan Rakyat akan:

Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153

Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan.

iii. Memartabatkan pengunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.

iv. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa dibicara. Serentak dengan itu mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan Darurat yang masih berkuatkuasa.

v. Memansuhkan atau meminda semua akta dan undang-undang yang zalim serta melanggar hak asasi.

vi. Menjamin semangat persekutuan serta hubungan yang adil di antara Persekutuan dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.

Anwar Lawat Sabah 28 Ogos

Posted: 27 Aug 2010 04:44 PM PDT

SUARA KEADILAN

SHAH ALAM - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan sehari ke sabah pada hari Sabtu 28 Ogos dengan mengadakan mesyuarat bersama pimpinan parti peringktar negeri.

Anwar dijangka tiba di Lapangan Terbbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada pukul 12.30 tengahari dan sejurus kemudian akan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sabah di Papar.

Ini ikuti dengan program bersama rakyat pada pukul 4.00 petang di lokasi yang sama.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan KEADILAN Sabah, Jonathan Ghani, Ketua Umum akan menyentuh serta memberi penerangan mengenai beberapa isu politik mutakhir pada ceramah umum beliau.

Selain beliau beberapa pemimpin parti akan turut sama menyampikan ceramah termasuk Naib Presiden, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Datuk James Ghani.

Majlis berbuka puasa bersama rakyat akan menyusul selepas program ceramah tersebut diikuti dengan solat Isya', Tarawih dan Tazkirah di Masjid Al Mahabah, Kampung Muhibah di Putatan.

Program lawatan Ketua Pembangkang ke Sabah diakhiri dengan ceramah perdana di Kampung Rampaian, Sepanggar pada pukul 9.00 malam.

KEADILAN Lakar Sejarah Guna Kaedah Undi Langsung Bermula Hari Ini

Posted: 27 Aug 2010 04:43 PM PDT

Oleh Dzulkarnain Taib

SHAH ALAM - Proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang buat pertama kalinya dalam sejarah parti politik tanahair menggunakan pendekatan undi terus atau 'satu ahli satu undi' dalam menentukan barisan pucuk pimpinan untuk tempoh tiga tahun bermula hari.

Kelantan dan Kedah menjadi dua negeri yang mengorak langkah dalam proses yang akan memakan masa beberapa minggu sehingga tarikh pemilihan peringkat cabang yang akan bermula 17 September.

Masing-masing lima cabang di Kedah - Langkawi, Kubang Pasu, Pokok Sena, Alor Setar, Kuala Kedah dan Kelantan - Tumpat, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Pasir Mas, Rantau Panjang akan mula menerima kertas pencalonan mesyuarat agung tahunan.

Hanya anggota yang berdaftar sebelum 27 Jun dibenarkan mengundi bagi 18 jawatan di peringkat cabang termasuk pengerusi, timbalan pengerusi, naib pengerusi serta 15 ahli jawatankuasa.

Angkatan Muda KEADILAN dan Wanita pula masing-masing menawarkan 20 dan 10 jawatan dalam sayap mereka.

Permulaan awal bermakna 10 cabang terbabit akan menjadi kelompok cabang paling dahulu menjalankan pemilihan secara undi langsung dalam KEADILAN yang akan bermula 17 September.

Proses pencalonan akan dijalankan dilokasi yang telah dikenalpasti disetiap cabang antara pukul 10.00 pagi hingga 4.00 petang.

Proses pencalonan ini dipantau ketat oleh pegawai pemantau yang dilantik parti berjumlah 150 orang bagi seluruh negara sehingga habis tempoh pada 12 September.

Nama anggota parti yang dicalonkan akan dipamerkan untuk bantahan selama tiga hari dan selepas sekiranya tiada bantahan dalam tempoh tersebut senarai calon yang layak bertanding akan diumumkan empat hari kemudian oleh jawatankuasa pemilihan pusat.

KEADILAN mempunyai 218 cabang termasuk di Sabah dan Sarawak dengan jumlah ahli hampir 500,000.

Pemilihan akan dibahagikan kepada dua komponen iaitu mesyuarat tahunan cabang serta pemilihan pucuk pimpinan peringkat cabang dan kemuncaknya bagi memilih pimpinan tertinggi parti termasuk jawatan presiden, timbalan presiden, empat naib presiden dan 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Cabang akan mengundi untuk memilih barisan pimpinan pusat antara 29 Oktober dan 21 November manakala keputusan rasmi akan diumumkan pada Kongres Nasional pada 28 November.

Pemberian Hari Raya Najib Tidak Selesai Kesengsaraan Hidup Rakyat

Posted: 27 Aug 2010 04:42 PM PDT

Oleh Sidiqin Omar

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disifatkan sebgai 'lembab', 'terhegeh-hegeh' dan selalu 'ketinggalan bas' terutama dalam melaksanakan program atau usaha yang memberikan manfaat kepada rakyat terbanyak.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata beliau mengambil contoh keputusan kerajaan pusat memberikan pemberian khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam sempena hari Raya Aifil Fitri bulan depan hanya setelah kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang mengorak langkah memberi RM400 kepada kakitangan awam negeri.

Kerajaan pusat akan menanggung perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi penjawat awam dan RM295 juta bagi pesara bagi pemberian hari raya yang diumumkan Rabu lalu.

"Beliau kononnya ingin kelihatan supaya apa yang dilakukannya menjadi ikutan, tetapi sebenarnya Najib gagal untuk menjadi pengilham. Dia selalu 'ketinggalan bas' dalam idea untuk memberikan manfaat kepada rakyat.

"Apa yang berlaku sekarang ini adalah perlumbaan untuk mengambil hati rakyat, dan ini sudah tentu nya memberi keuntungan adalah rakyat. Sebelum ini pun, kita dengar berita tentang warga peneroka Felda yang akan menerima wang bonus hari raya," kata Abdullah Sani.

Beliau menganggap pemberian bonus RM500 kepada kakitangan awam merupakan 'gula-gula politik' yang bersifat sementara kerana selepas sambutan hari raya rakyat akan kembali kepada keadaan kehidupan mereka yang sebenar iaitu kesukaran ekonomi dengan kos kehidupan yang meningkat.

"Memang kita bersyukur dengan bonus tersebut, tetapi adakah pemberian ini dapat diimbangkan dengan perbelanjaan semasa? Soal pokoknya harga barangan asas semuanya telah naik.

"Rakyat telah lama sengsara, merana dan menderita. Bagaimana pula dengan kakitangan swasta? Mereka juga tidak menerima sebarang bonus untuk menyambut hari raya," kata beliau lagi.

Abdullah Sani yang juga Pengerusi Kaukus Pekerja Parlimen mengesyorkan kepada sektor swasta untuk memikirkan insentif yang bersesuaian bagi pekerja swasta terutamanya dalam persediaan untuk menyambut lebaran yang bakal menjelang.

Selangor Kutip RM1 Bilion Pelaburan Dalam Tempoh Sebulan

Posted: 27 Aug 2010 04:37 PM PDT

Oleh Norasikin Samsi

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor mencatatkan pelaburan perindustrian dan jumlah projek perindustrian yang tertinggi di Malaysia dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok berkata pelaburan yang diperolehi dalam tempoh tersebut membabitkan sebanyak 166 projek.

Menurut beliau, ia berdasarkan statistik terkini Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Mida) mengenai pelaburan perindustrian di Malaysia bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

"Statistik Mida itu menunjukkan bahawa negeri Selangor telah mencapai jumlah pelaburan perindustrian yang diluluskan sebanyak RM3.47 bilion bagi tempoh tersebut," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat exco di sini Rabu lalu.

Ahli Parlimen Seputeh itu juga berkata, sebanyak 166 jumlah projek yang diluluskan di Selangor dan angka berkenaan merupakan 36 peratus daripada jumlah projek bagi seluruh Malaysia.

Tambah beliau, selepas Selangor, Johor menduduki tangga kedua dengan 89 projek dan Pulau Pinang di tempat ketiga dengan 60 projek.

Katanya, daripada 166 projek perindustrian yang diluluskan di Selangor, 99 merupakan projek baru manakala baki 67 merupakan projek yang diperkembangkan.

Selangor juga telah mencapai jumlah peluang pekerjaan yang tertinggi dengan 10,614 pekerjaan.

Menurut Teresa, RM1.492 bilion atau 43 peratus daripada pelaburan di Selangor terdiri daripada pelaburan asing manakala RM1.981 bilion atau 57 peratus adalah pelaburan tempatan.

"Ini menunjukkan pelaburan tempatan amatlah penting bagi kerajaan negeri Selangor. Pelabur tempatan masih kekal melabur di Selangor di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat," katanya.

Di kalangan pelaburan asing di Selangor, Jepun membuat pelaburan tertinggi sebanyak RM371 juta, diikuti Singapura dengan RM357 juta dan Thailand RM250 juta.

"Bilangan projek perindustrian yang tinggi di Selangor itu menunjukkan ekonomi Selangor masih lagi mantap dan merupakan destinasi pelaburan yang paling menarik bagi pelabur asing dan tempatan," katanya.

Minggu lalu, statistik Mida menunjukkan bahawa negeri Selangor telah mencapai jumlah pelaburan perindustrian yang diluluskan sebanyak RM2.47 bilion bagi Januari hingga Mei sekaligus menempatkan Selangor negeri tertinggi di Malaysia.

Ini membuktikan Selangor di bawah pentadibran Pakatan Rakyat mampu meraih jumlah pelaburan sebanyak RM1 bilion dalam tempoh hanya sebulan.

Tiada ulasan: