DIALOG RAKYAT |
- MB Selangor kesan kamera ‘rahsia’ di pejabatnya
- Bubur lambuk Kg Baru laris, peniaga nak menang tangan
- Pakatan: Benar wujud, keretakan hubungan Najib-Muhyiddin bukan satu rahsia
- Terima Notis Pengosongan, GMH Lapor Polis
- Objek Menyerupai Bom Jangka Ditemui Berdekatan Pasar Raya Di Serdang
- Harga Ayam Naik Sehingga 50 Sen, Pengguna Kedah Minta Pemantauan
- Teng, Liu Dibenar Bawa Saksi Menghadap Jawatankuasa Disiplin DAP
- Isu Halal: Kuasa Di Tangan Anda
- Pecat Gani Patail Segera Dan ...
- Kedah akan bina kilang hasil tani
- Jawatankuasa sekolah cina desak bina sekolah
- Pengendali gerai R&R persoal polisi Plus
- Tee Boon Hock dipecat ahli majlis MPK
- SPRM dijemput letak pegawai di KSSB pantau rasuah
- MB terharu terima memo royalti pelajar Mesir
- MPK disaran henti bayar Alam Flora
- Liu: Khidmat digantung untuk lindungi pembantu
- Azmin perlu belajar lagi, kata MB S'gor
- Anwar: Pertahankan Melayu yang miskin dan terpinggir!
- Pulangkan jalan raya kepada mereka yang berbeza pendapat!
- Selamat tinggal, Liong Sik!
- Pembohong Adalah Ganti Nama Bangsa Malaysia 2020?
- Malaysia Menuju Negara Kuku Besi?
- AMK Desak Polis Siasat Aduan Anwar Terhadap Saiful, Farah
- SKANDAL SEKS PEMBANTU MENTERI
| MB Selangor kesan kamera ‘rahsia’ di pejabatnya Posted: 11 Aug 2010 03:23 AM PDT SHAH ALAM — Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang memegang jawatan itu sejak lebih dua tahun lalu hari ini mendedahkan penemuan kamera 'rahsia' yang dipasang pihak tertentu di pejabatnya. "Saya menemui kamera ini kira-kira 6 petang semalam dan saya tidak tahu berapa lama kamera ini diletakkan di pejabat saya," kata beliau kepada pemberita hari ini. Khalid berkata, beliau mengesan kamera jenama Fuji itu di belakang tirai di pejabatnya selepas ia mengeluarkan bunyi kerana lemah bateri. Pakar telah dibawa untuk memeriksa kamera manakala rakaman CCTV sedang diteliti. "Polis dialu-alukan untuk membuat siasatan tetapi saya akan membuat laporan polis hanya selepas kami menjalankan siasatan kami sendiri," katanya. Pejabat Menteri Besar terletak di Bangunan SUK. Beliau dilantik sebagai menteri besar selepas pilihan raya umum ke-12 lalu. | ||||||
| Bubur lambuk Kg Baru laris, peniaga nak menang tangan Posted: 11 Aug 2010 03:19 AM PDT ![]() Yon, keistimewaan bubur lambuk Kampung Baru terletak kepada citarasanya yang masih lagi mengekalkan ramuan dari turun-temurun. — Gambar oleh Jack Ooi Tinjauan The Malaysian Insider di Kampung Baru mendapati terdapat banyak gerai yang menjual bubur lambuk kerana ia sememangnya sudah sinonim dengan kawasan itu. Selain peniaga, Masjid Jamek Kampung Baru turut menyediakan makanan itu untuk diberikan secara percuma kepada orang ramai sepanjang Ramadan. Menurut Norhisham Amiruddin, 50, tempahan bubur lambuk setiap tahun semakin meningkat sehingga terpaksa menambah jumlah masakan. "Saya sudah berniaga bubur lambok sejak 30 tahun dan pada tahun ini sambutan bertambah kerana banyak tempahan yang dibuat oleh syarikat kerajaan dan juga swasta. "Kebiasaannya tahun lepas masak dalam empat periuk sahaja tapi tahun ini enam periuk. "Boleh dianggarkan kalau dulu saya boleh jual dalam 1,000 bungkus, mungkin pada tahun ini ia boleh meningkat sehingga lebih 2,000 bungkus sehari," kata anak jati Kampung Baru itu. Beliau berkata setiap kali Ramadan orang ramai sama ada masyarakat setempat atau orang luar pasti akan ke Kampung Baru semata-mata untuk dapatkan bubur lambuk. "Siapa cepat dia yang dapat. Sebab kebiasaannya setiap hari pasti bubur lambuk akan habis dijual. "Kadang-kadang ketika petang memang tidak menang tangan nak melayan pelanggan yang datang," katanya. Bagi Azizah Mokhtar yang berusia 60 tahun, bubur lambuk Kampung Baru mempunyai keistimewaan tersendiri sehingga menyebabkan kawasan itu akan menjadi tumpuan orang ramai apabila tiba Ramadan. "Setiap kali tiba Ramadan tarikan utama Kampung Baru adalah bubur lambuknya yang sehingga kini menjadi pilihan orang ramai. "Boleh dikatakan setiap tahun jumlah jualan akan meningkat... tahun ini saya anggarkan boleh mencecah ribuan bungkus. "Banyak tempahan daripada syarikat-syarikat luar dan juga kerajaan. Lagipun setiap bungkus kita hanya jual RM2, jadi orang boleh beli banyak dan disimpan," katanya. Tambahnya, diharapkan rezeki pada Ramadan tahun ini akan bertambah. "Selalunya setiap kali Ramadan rezeki akan bertambah kerana bubur lambuk memang sudah ada peminat sendiri. "Jadi kebiasaannya ada yang sudah buat tempahan dulu kerana bimbang bubur habis," katanya. Sementara itu, Ketua Tukang Masak Bubur Lambuk Masjid Jamek Kampung Baru Yon Masron, 56, berkata keistimewaan bubur lambuk Kampung Baru adalah terletak kepada citarasanya yang masih lagi mengekalkan ramuan dari turun-temurun. "Saya sudah jadi ketua tukang masak sejak 13 tahun lalu malah setiap tahun permintaan bubur lambuk semakin bertambah. "Sehingga kini citarasa bubur lambuk ini masih lagi dikekalkan dengan berpandukan pada ramuan yang diturunkan sejak dari dulu lagi. "Sebelum ini kita hanya masak 12 periuk tapi tahun 15 periuk kerana permintaan yang tinggi daripada orang ramai malah ada yang kempunan," katanya kepada The Malaysian Insider. ![]() Peniaga membungkus bubur lambuk sama ada untuk tempahan ataupun dijual kepada orang ramai.— Gambar oleh Jack Ooi "Pasti ramai yang akan beratur setiap petang untuk mendapatkan bubur lambuk. "Kita anggarkan lebih 5,000 orang akan datang untuk mendapatkan bubur lambuk secara percuma setiap hari pada bulan Ramadan kali ini. "Selain itu, bukan hanya masyarakat setempat sahaja tapi orang luar Kuala Lumpur seperti Seremban dan Melaka turut tidak mahu melepaskan merasai keenakan bubur lambuk Kampung Baru," katanya. Katanya, pembikinan bubur lambuk di Masjid Jamek Kampung Baru 130 tenaga kerja selain 10 tukang masak khas. Seorang lagi peniaga Zainal Abidin Abdul Hamid, 55, berkata permintaan bubur lambuk pada tahun ini meningkat berbanding tahun lalu. "Memang banyak permintaan tahun ini, jika tahun lalu saya hanya masak empat periuk sahaja tapi tahun ini tujuh periuk. "Dulu dalam 1,000 bungkus sehari tapi tahun ini mungkin lebih 2,000. Lagipun hari ini baru hari pertama jadi masih tidak boleh nak anggarkan lagi. "Kadang-kadang itu pukul 6 petang bubur lambuk sudah habis tapi masih ada lagi yang bertanya," katanya. Berdasarkan sejarah, resipi bubur lambuk Kampung Baru dicipta oleh seorang lelaki yang lebih dikenali dengan nama Said Bank. Rempah ratus yang digunakan untuk memasak bubur itu dikekalkan sehingga hari ini sejak ia diperkenalkan awal 1950-an. Sebelum meninggal dunia, Said Bank menurunkan kepakaran memasak kepada imam masjid ketika itu, Mohd. Tahir Jaafar. Allahyarham turut mengamanahkan agar bubur lambuk yang dikekalkan sebagai juadah berbuka puasa diagihkan secara percuma kepada orang ramai. Dari tahun ke tahun, bubur lambuk Kampung Baru ini kian mendapat perhatian dan ia tidak sukar untuk mendapatkan bubur tersebut sekiranya orang ramai datang ke Kampung Baru kerana ia boleh didapati di banyak gerai termasuk di Masjid Jamek Kampung Baru. | ||||||
| Pakatan: Benar wujud, keretakan hubungan Najib-Muhyiddin bukan satu rahsia Posted: 11 Aug 2010 03:17 AM PDT KUALA LUMPUR — Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat hari ini menegaskan dakwaan wujudnya keretakan dalam hubungan antara Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah "benar dan memang wujud", dan bukan satu rahsia besar. Sehubungan itu, kata pemimpin-pemimpin yang dihubungi, suasana itu menggambarkan ketidaktentuan Umno sama ada Barisan Nasional (BN) benar-benar boleh kekal berkuasa dengan pembaharuan dibawa oleh perdana menteri. Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Datuk Zaid Ibrahim berkata, walaupun Muhyiddin menjelaskan panjang lebar bahawa kedua-dua mereka mempunyai hubungan baik sehingga kini, memang wujud keretakan dalam gandingan Najib dan Muhyiddin. Malah kata beliau, keadaan itu sudah tentu akan memberi kesan besar kepada BN untuk mendapatkan balik sokongan dan memulihkan kedudukannya selepas prestasi buruk dalam pilihan raya umum ke-13. "Memang wuju keretakan. Sesiapa sahaj boleh melihat," kata beliau kepada The Malaysian Insider. Semalam, Tan Sri Muhyiddin yang juga timbalan kepada Najib di Umno menolak khabar angin kononnya beliau mengalami krisis hubungan dengan bosnya Najib. Katanya, hubungannya dengan Perdana Menteri adalah baik dan sokongannya kepada Najib tidak perlu dipertikai dan diragui semua pihak. "Saya nak sebutkan kerana saya terasa terpanggil bila Datuk Seri Dr Rais Yatim (Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan) kata kepada saya, dalam muka akhir itu (buku Najib Tun Razak-Melakar Transformasi Malaysia) gandingan mantap "Najib-Muhyiddin" dan itu sudah disahkan. "Cuma saya nak maklumkan memang tidak ada pihak yang harus meragui sokongan padu yang saya berikan kepada Perdana Menteri sejak awal lagi sampai sekarang ini," katanya ketika majlis pelancaran buku "Najib Tun Razak-Melakar Transformasi Malaysia". Muhyiddin berkata khabar angin yang mengatakan bahawa hubungannya tidak baik dengan Najib itu sengaja ditimbulkan "pihak sebelah sana". Zaid berkata, selepas pilihan raya umum 2008 ramai beranggapan bahawa Umno akan kembali kukuh setelah memaksa bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi melepaskan pucuk kepimpinan. "Ia (keretakan) memang benar, ia bukan satu perkembangan baru dalam Umno," katanya. "Pada masa yang sama mereka menyalahkan Pak Lah. Muhyiddin sudah tentu akan menyalahkan Najib," katanya. Bekas menteri kerajaan persekutuan yang menyertai PKR tahun lalu memberitahu The Malaysian Insider bahawa tindakan-tindakan Muhyiddin yang bercanggah dengan dasar 1 Malaysia adalah manifestasi ketidaktentuan Umno ke aras polisi-polisi Najib. "Muhyiddin adalah manifestasi ketidaktentuan lama Umno... memang tipikal bagi Umno bertindak macam ini. "Najib mempunyai banyak pendedahan Barat dan liberal dalam dasar-dasarnya dalam sesetengah perkara. Muhyiddin adalah produk timbalan perdana menteri kelahiran tempatan," katanya. Oleh itu kata beliau, sudah pasti akan wujud perselisihan di kalangan kedua-dua pemimpin itu. Jelas Zaid, wujud pandangan berbelah bahagi dan tidan menentu bahawa pembaharuan dibawa oleh Najib adalah perlu untuk Umno mendapatkan semula hala tuju masa lalu dan sokongan rakyat. Zaid juga membidas Muhyiddin yang mendakwa Pakatan Rakyat adalah punca kepada tanggapan bahawa wujudnya keretakan hubungan antara Najib dan Muhyiddin. "Saya merasakan ia satu alasan yang begitu cetek," katanya. "Pak Lah hendak membawa pembaharuan tetapi beliau ditolak oleh musuh dari Umno sendiri," katanya. "Apa bezanya sekarang? Saya tidak fikir orang Umno bersedia untuk perubahan. "Idea mereka ialah memperkukuhkan kedudukan mereka menerusi kawalan, menerusi dominasi orang Melayu," kata Zaid. Dalam pada itu, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua menyoal mengapa Muhyiddin mahu menuding jari ke arah Pakatan Rakyat. "Mengapa salahkan kami. Jika anda mahu meletakkan kesalahan pada orang lain, salahkan diri anda dulu dan juga Tan Sri Dr Koh Tsu Koon," katanya. Pua berkata, Koh yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawba untuk merangka program transformasi kerajaan (GTP), yang turut menghasilkan konsep 1 Malaysia bagi menggambarkan elemen "Malaysia pertama, soal kaum kedua." "Mengapa timbalan perdana menteri kelihatan berbeza dalam memahami konsep 1 Malaysia? Ini kerana bagi beliau konsep 1 Malaysia sudah gagal," katanya. Pua menambah, Muhyiddin cuba menafikan dakwaan keretakan antara beliau dan Najib kemungkinan kerana perdana menteri sudah tidak gembira dengan timbalannya. Dalam pada itu, Ketua Pemuda Sosialis DAP Anthony Loke berkata, tindakan Muhyiddin menunjukkan yang timbalan perdana menteri sudah bimbang dengan apa yang diperkatakan oleh rakyat mengenai dirinya. "Beliau mula bimbang dengan tanggapan tentang diri beliau, tentang tindakan-tindakannya. "Jika tiada masalah mengapa hendak membuat penjelasan," katanya. Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar tindakan Muhyiddin tidak mempertahankan konsep 1 Malaysia apabila Dr Mahathir mengkritik menunjukkan sikap 'membelakangi' kepimpinan negara. "Muhyiddin seharusnya telah mempertahankan konsep 1 Malaysia apabila Dr Mahathir mengkritiknya berbanding bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh bekas perdana menteri. "Orang boleh melihat bahawa dengan menyokong Dr Mahathir dan bukannya mempertahankan Najib, konsep 1 Malaysia sebenarnya telah gagal," kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini. | ||||||
| Terima Notis Pengosongan, GMH Lapor Polis Posted: 11 Aug 2010 03:10 AM PDT Sharifah Azmawati GM Healtcare Sdn Bhd, subkontraktor kepada Sunshine Fleet Sdn Bhd hari ini mendakwa menerima notis supaya memberhentikan kerja pembinaan Hospital Shah Alam.Bercakap kepada TV Selangor, Ketua Pegawai Eksekutif, Elvin Toh Chen Vin berkata Sunshine Fleet mahu GMH supaya segera mengosongkan peralatan mereka dari tapak projek. Menyifatkan notis itu sebagai berat sebelah, beliau mendedahkan kandungannya: "Sila ambil perhatian selanjutnya bahawa sekiranya tuan atau wakil atau pekerja tuan masih gagal, abai atau enggan mengosongkan tapak projek dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti tersebut di atas, maka kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang bersesuaian berbentuk sivil mahupun jenayah ke atas tuan." Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif GMH, Chua Zhi Bir membuat laporan polis di Balai Polis Shah Alam, Seksyen 11 berikutan tindakan Sunshine Fleet itu. "Sunshine Fleet mengarahkan kami mengosongkan kawasan sebelum jam 4 petang. Jadi, saya buat laporan ini bagi melindungi semua pekerja dan barangan hak milik kami yang sesetengahnya masih tidak dibayar oleh Sunshine Fleet," katanya. Antara barang hak milik GMH yang masih diguna pakai oleh Sunshine Fleet ialah kenderaan pacuan empat roda dan barang-barang jentera binaan. | ||||||
| Objek Menyerupai Bom Jangka Ditemui Berdekatan Pasar Raya Di Serdang Posted: 11 Aug 2010 03:09 AM PDT MSTAR ONLINE KUALA LUMPUR: Satu objek menyerupai bom jangka yang turut disertakan dengan nota amaran berbunyi "you have one hour" ditemui di tempat meletak motosikal sebuah pasar raya di Serdang malam tadi. Ketua Polis Daerah Serdang Supritendan Abd Razak Elias berkata objek itu yang diletakkan dalam sebuah kotak kasut dan dibalut dengan suratkhabar ditemui oleh pihak keselamatan pasar raya itu pada pukul 11 malam. Beliau berkata 10 anggota Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Kontijen (IPK)Selangor menggunakan robot khas untuk mengangkat kotak yang mengandungi objek itu ke kawasan lapang berhampiran untuk diperiksa. Objek itu kemudian dimusnahkan, katanya ketika dihubungi. Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. | ||||||
| Harga Ayam Naik Sehingga 50 Sen, Pengguna Kedah Minta Pemantauan Posted: 11 Aug 2010 03:08 AM PDT MSTAR ONLINE ALOR SETAR: Ramadan yang bermula pada Rabu dipercayai adalah punca kenaikan harga ayam antara 30 sen dan 50 sen sekilogram yang dikesan di beberapa buah pasar basah di negeri ini. Tinjauan di pasar-pasar berkenaan menunjukkan harga ayam yang pada kebiasaannya antara RM5.70 dan RM6 sekilogram kini mencapai RM7 menyebabkan pengguna merungut. "Baru-baru ini saya beli baru RM6.50, tapi hari ini mendadak RM7. Saya minta pihak berkuasa buat pemantauan, jangan biar pengguna teraniaya," kata Saniah Ahmad, 42, ketika ditemui di Pasar Besar Alor Setar pada Rabu. Sementara itu, peniaga yang ditemui pula mendakwa kenaikan harga ayam berpunca daripada pembekal. "Saya tiada pilihan dan terpaksa menjual mengikut harga pasaran walaupun mahal," kata Abdul Shukur Darus, 30. Rakannya, Wan Ahmad Fauzi Wan Ismail, 35, pula berkata telah menjadi lumrah harga runcit ayam meningkat pada setiap bulan puasa. "Kami masih menjual RM7 satu kg tetapi di beberapa tempat harga mencecah RM7.50 satu kg hari ini," katanya. Dalam pada itu, seorang peniaga ayam percik di Jitra, Rosli Puteh, 53, berkata kenaikan antara RM1 dan RM1.50 bagi seekor ayam turut memberi kesan kepada peniaga sepertinya. "Ini bermakna peniaga seperti kami juga terpaksa menaikkan harga jualan walaupun ia pasti memberi kesan kepada pengguna dan pendapatan kami," katanya. Sementara Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah, Salleh Ma'amor yang dihubungi Bernama berkata buat masa ini harga ayam ditentukan oleh pasaran. "KPDNKK menjangka harga ayam akan meningkat sehingga RM1 sekilogram menjelang Ramadan. Bagaimanapun dua minggu menjelang Aidillfitri ayam akan dijadikan barang kawalan dan harganya akan terkawal," katanya. | ||||||
| Teng, Liu Dibenar Bawa Saksi Menghadap Jawatankuasa Disiplin DAP Posted: 11 Aug 2010 03:07 AM PDT BERNAMA KUALA LUMPUR: Dua pemimpin DAP, Ronnie Liu dan Teng Chang Khim, yang akan diadili oleh jawatankuasa disiplin parti, Khamis, akan dibenarkan membawa saksi masing-masing, kata pengerusi jawatankuasa itu Tan Kok Wai. Beliau berkata kedua-dua pemimpin itu boleh membawa saksi-saksi yang tidak dihadkan jumlahnya, menghadiri perbincangan jawatankuasa itu di ibu pejabat parti di Petaling Jaya nanti. "Kami ambil sikap terbuka dalam perkara ini, mereka boleh bawa seramai masa saksi yang mereka mahu, kami tidak ada masalah mengenainya. Sebaik sahaja tamat, kami akan umumkan keputusan jawatankuasa itu," katanya di sini, Rabu. Liu, yang merupakan exco kerajaan negeri Selangor dihadapkan ke jawatankuasa disiplin berhubung isu pengeluaran surat sokongan yang menggunakan kepala surat miliknya. Teng pula yang merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri diarah memberi penjelasan terhadap kenyataan beliau yang berbunyi "OMG! Real culprit freed" yang dibuatnya di laman sosial Twitter, selepas jawatankuasa itu mengumumkan keputusannya untuk memecat setiausaha DAP Selangor Tee Boon Hock kerana didakwa mengeluarkan bebarapa surat sokongan menggunakan kepala surat Liu. Tee yang juga Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) dipecat kerana dikatakan menyalahguna kepala surat Liu bagi mendapatkan kontrak dari MPK buat kaum keluarga dan kroninya. Liu membuat laporan polis pada 2 Ogos lepas, mendakwa berlaku perbuatan menyalahguna kepala suratnya bagi tujuan menyokong usaha mendapatkan projek, tanpa pengetahuannya. Selain kedua-dua pemimpin itu, jawatankuasa berkenaan turut memanggil perwakilan daripada 15 syarikat yang didakwa menerima kontrak kerajaan negeri, bagi membantu jawatankuasa itu dalam perbincagan, Khamis. Selain Tan, jawatankuasa disiplin DAP turut dianggotai oleh Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P. Ramasamy yang juga naib pengerusi jawatankuasa itu, M. Kulasegaran, Lim Hock Seng dan Tai Sing Piau. Selepas mesyuarat jawatankuasa itu esok, eksekutif pusat DAP dijangka mengadakan mesyuarat di tempat yang sama, yang antara lain dijangka akan membincangkan rayuan Tee terhadap pemecatannya itu. | ||||||
| Isu Halal: Kuasa Di Tangan Anda Posted: 11 Aug 2010 02:57 AM PDT
JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Selasa memberi amaran kepada pengusaha hotel yang tidak mempunyai sijil halal supaya tidak menggunakan istilah bufet Ramadan. Masyarakat hari ini semakin memberikan perhatian terhadap premis yang mempunyai sijil halal manakala pengusaha hotel juga menyedari keperluan itu demi menjaga kepentingan pengguna Muslim. Bagaimanapun, kesedaran itu hanya bersandarkan logo dan sijil halal tetapi masih ramai kurang memahami penggunaan terma itu. Keadaan itu pasti berlaku terutama pada hari ini bermulanya umat Islam menunaikan ibadat rukan Islam ketiga iaitu puasa pada bulan Ramadan. Genap seminggu lalu, mStar Online telah menyiarkan berita mengenai tindakan boleh dikenakan terhadap mereka yang menyalahgunakan istilah bufet Ramadan. Di bawah Seksyen 18 (2) Akta Perihal Dagangan 1967, kesalahan itu akan dikenakan denda maksimum RM250,000 dan kesalahan kedua serta seterusnya pula dikenakan denda maksimum RM500,000. Jakim melakukan pemantauan pensijilan halal manakala penguatkuasaan berkaitan akta tersebut di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Bufet Ramadan adalah istilah perbahasaan halal yang digunakan dalam makanan atau apa juga bentuk perdagangan atau perniagaan bermaksud halal atau ditanggung halal. Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamed Sheikh Abdul Aziz berkata, masyarakat terutama pengguna Muslim tidak perlu keliru dengan terma bufet Ramadan. "Apa yang lebih penting adalah mereka perlu memastikan premis untuk berbuka puasa itu mempunyai sijil halal yang sah daripada Jakim atau badan yang dilantik Jakim. "Istilah itu (bufet Ramadan) hanya digunakan Jakim bagi pemantauan dan penguatkuasaan terhadap semua hotel termasuk yang sudah mendapatkan sijil halal sepanjang Ramadan ini," katanya kepada mStar Online pada Rabu. Bukan Jakim semata-mata Tempoh sebulan dalam Ramadan merupakan 'lubuk emas' bagi kebanyakan hotel mengaut keuntungan dengan menganjurkan promosi berbuka puasa. Sejak awal lagi, masing-masing berlumba-lumba menguar-uarkan promosi dengan pelbagai tawaran menarik dari segi harga, menu, konsep sehingga ke persekitarannya. Syarikat korporat dan individu juga pastinya tidak terkecuali merencana tarikh dan lokasi bersesuaian untuk menganjurkan majlis berbuka puasa. Justeru, Wan Mohamed menggalakkan umat Islam supaya hanya berbuka puasa atau menganjurkan majils berbuka puasa di hotel yang disahkan Jakim atau Jabatan Islam Agama Negeri (Jain). Kenyataan itu ternyata menarik nafas lega sebahagian hotel yang mempunyai sijil halal daripada Jain berikutan Jakim sebelum ini hanya mendedahkan sijil halal Jakim. Apatah lagi, pengiktirafan sijil halal Jakim kepada tidak sampai pun mencecah 100 dapur hotel berbanding dengan lebih 2,000 hotel di negara ini. Perbandingan antara jumlah dapur hotel yang disahkan halal dan jumlah hotel di negara ini melihat satu jurang amat besar. Timbul rasa tidak puas hati di kalangan pemain industri terutama pengusaha hotel yang mendapat sijil halal Jain seolah-olah mereka dipinggirkan Jakim. Perkara itu mewujudkan persepsi bahawa golongan terbabit tidak prihatin terhadap kepentingan pengguna Muslim sekaligus memberi kesan kepada perniagaan mereka. Mingguan mStar yang diterbitkan bersama akhbar The Sunday Star pada Ahad lalu turut menyiarkan cerita muka depan mengenai Ramadan dan isu halal. Wan Mohamed dalam laporan itu berkata, dakwaan pelbagai pihak mengatakan Jakim meminggirkan pengusaha hotel lain adalah tidak benar. "Daripada lebih 2,000 hotel mempunyai sijil halal antaranya turut diperakui Jain. Dakwaan itu sekadar persepsi membabitkan isu sijil halal sahaja. "Mana-mana hotel masih boleh menjalankan operasi tanpa mendapatkan sijil halal kerana ia adalah sukarela, namun status itu sebenarnya menghormati kepentingan industri dan pengguna," tambahnya lagi. Antara hotel dan dapur hotel Berdasarkan kenyataan terkini Jakim, sebanyak 22 hotel dan 51 dapur hotel di Kuala Lumpur diberikan sijil halal oleh Jakim sehingga bulan ini. Kenyataan itu mengundang kekeliruan pelbagai pihak berikutan pensijilan halal sebelum ini hanya merujuk kepada dapur hotel dan bukannya hotel. Bagi memperjelaskan keadaan itu, Wan Mohamed berkata, sejak dahulu tiada hotel yang diberikan pengiktirafan halal kepada hotel, namun status itu kekal merujuk kepada dapur hotel. "Bagaimanapun, perangkaan sijil halal yang membezakan hotel dan dapur hotel apabila sesebuah hotel itu mendapat sijil halal bagi ke semua hotelnya. "Kebanyakan hotel-hotel besar di negara ini mempunyai banyak dapur termasuk dapur utama. Jika hanya merujuk kepada dapur hotel bermakna hotel berkenaan sijil halal itu diiktirafkan kepada sebahagian hotel dan bukan keseluruhan," ujarnya. Akta Perihal Dagangan 1967 bakal dipinda dan cadangan itu akan dibentangkan di Parlimen pada Oktober ini bagi membolehkan Jakim diberikan kuasa untuk melaksanakan peraturan berkaitan logo dan sijil halal. Ini kerana Akta Halal diperlukan namun ketika ini tidak ada satu pun akta yang jelas mengatakan pihak lain tidak boleh mengeluarkan logo dan sijil halal sehingga menyukarkan tindakan menguatkuasakan peraturan tersebut. "Bagaimanapun kami terus diberikan fungsi untuk melakukan pemantauan dan penguatkuasaan bersama KPDNKK sehingga pindaan akta dibuat yang bakal menyaksikan perubahan terhadap bidang kuasa Jakim," jelas Wan Mohamed. Walaupun terdapat tindakan menarik atau menggantung sijil halal serta denda di bawah Akta Perihal Dagangan 1967 namun semuanya masih bergantung nasib kepada pengguna Muslim. Sama ada mereka benar-benar prihatin dan menunaikan tanggungjawab sebagai pengguna, ini semua bergantung kepada kesedaran mereka membuat keputusan paling bijak. Hakikatnya, kuasa beli di tangan pengguna, maka jangan diperlekehkan kepentingan itu sehingga dimanipulasi pemain industri yang hanya rakus mengejar keuntungan. Ramadan ini menyaksikan pelbagai juadah bufet membangkitkan selera namun perlu dipastikan setiap yang dijamu itu adalah halal. Tepuk dada tanya selera. | ||||||
| Pecat Gani Patail Segera Dan ... Posted: 11 Aug 2010 02:53 AM PDT KELAB GREENBOC
Inkues Teoh: Kecuaian, keraguan burukkan lagi persepsi rakyatPeguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail digesa memikul tanggungjawab atas kontroversi pendedahan bukti baru berhubung kematian bekas setiausaha politik Teoh Beng Hock kerana didakwa memperlihatkan kecuaian dalam mengendalikan pendakwaan tanpa menimbulkan keraguan. Perkembangan terbaru ini juga dilihat sebagai satu lagi tamparan kepada usaha pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu memulihkan persepsi rakyat sejak pilihan raya umum ke-12, malah terhadap sistem keadilan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Penganalisis politik dan pakar perundangan Prof Abdul Aziz Bari berkata, walaupun pasukan pendakwa mempunyai segala hak untuk membawa sesuatu bukti yang baru tetapi dalam kes terbaru ini menunjukkan wujud unsur kecuaian. "Oleh itu, saya merasakan Peguam Negara dan pasukan siasatan (polis) perlu memikul tanggungjawab kerana didapati memandang remeh proses siasatan dan pendakwaan... ini sekali gus menimbulkan keraguan di kalangan rakyat, menyebabkan persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan makin meningkat," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider. Situasi kecuaian yang membawa kepada persepsi negatif di kalangan rakyat berhubung sistem pendakwaan, keadilan dan proses siasatan bukan sesuatu yang baru. "Kita sudah banyak kali berhadapan dengan kes macam ini, misalnya kes Kugan (suspek mati dalam tahanan polis), enjin jet TUDM hilang, remaja Aminulrasyid Amzah (yang mati ditembak polis Mei lalu)... semuanya berkaitan dengan keraguan dan persepsi rakyat," kata Aziz lagi. "Perkara ini tidak sepatutnya berlaku ketika SPRM, kerajaan sedang berusaha untuk memperbaiki persepsi rakyat terhadap kerajaan," katanya lagi. Ketika ditanya sama ada pihak pendakwa mempunyai hak untuk mengetengahkan bukti baru di mana-mana peringkat perbicaraan, Aziz berkata, "boleh, tetapi benda (cara ini) tidak betul." "Ini kerana tindakan macam ini menimbulkan syak-wasangka," kata beliau lagi. Dalam pada itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin juga mempertikaikan tindakan mengemukakan bukti baru pada peringkat ini, tindakan yang menimbulkan kesangsian di kalangan rakyat. "Ini satu kejutan, sepatutnya Peguam Negara tidak menunggu sehingga sekarang untuk mengemukakan bukti baru, seolah-olah menunjukkan ada unsur jahat, dan menimbulkan keraguan," kata beliau yang juga seorang peguam. "Bila timbul kesangsian, ia akan mengakibatkan persepsi dan ketidakyakinan rakyat terhadap inkues," kata beliau yang turut mengakui pasukan pendakwa boleh membawa bukti baru. "Tetapi masa bukti baru ini dibawa menimbulkan keraguan, yang mana mereka sepatutnya telah dibawa lebih awal, di peringkat awal inkues.... tapi menunggu sehingga sekarang," katanya lagi. Kata beliau, kesangsian itu menjadi perhatian selepas saksi forensik dari Thailand sebelum ini pernah mengatakan bahawa ada kemungkinan 80 peratus kematian Teoh disebabkan oleh elemen "dibunuh". "Di antara persoalan Teoh kemungkinan membunuh diri dan tanggapan dia dibunuh, bukti baru seperti ini boleh menimbulkan keraguan dan kesangsian," katanya lagi. Kenyataan pejabat Peguam Negara itu, dikeluarkan lewat petang semalam menjelaskan, pejabat Peguam Negara dimaklumkan mengenai penemuan nota itu oleh pegawai penyiasat ASP Nazri Zainal pada 7 Oktober lalu iaitu lebih dua bulan selepas kematian Teoh. Kehadiran bukti baru di saat akhir inkues kematian Teoh menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peguam yang mewakili keluarga bekas setiausaha politik itu dan kerajaan Selangor. Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Teoh memberitahu pemberita keadaan yang berlaku menunjukkan seolah-olah sesuatu yang dirancang dan beliau amat kecewa atas apa yang berlaku kerana bukti itu sepatutnya dikemukakan sebelum bermulanya prosiding. Gobind berkata berikutan keadaan ini, beliau memohon supaya inkues dibicarakan menerusi Suruhanjaya Diraja dan berharap Peguam Negara dapat memberi penjelasan berhubung bukti baru ini. Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai tahun lalu di tingkat lima, Plaza Masalam di sini selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu. -TMI Ulasan GB Ringkas sahaja. Selamatkan Malaysia, Gani Patail perlu dipecat segera. Jika Najib enggan melakukan, biar rakyat melakukannya. Bagaimana? Allah Maha Penolong kita semua. Di bulan Ramadhan ini, sampai masanya ditamatkan segala konspirasi mereka semua. "Allahumma inna naj'aluka fii nuhuri a'ada ina wa nauzubilLahi min syuruurihim, Allahumma baddad syamlahum, wa farriq jam'ahum, wa syattit kalimatahum, wa zalzil aqdaamahum, wa sallidt 'alaihim kalban min kilabik Ya Qahaar, Ya Jabbar, Ya Muntaqim, Ya Allah ,Ya Allah, Ya Allah. Allahumma ya munzilal kitab, wa Ya mujriassahaab, wa Ya hazimal Ahzab ihzimhum, ihzimhum, ihzinmhum wansurna 'alaihim Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan leher musuh -musuh kami kepada Engkau Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka Ya Allah, Leburkanlah kumpulan mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan pertubuhan mereka Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing-anjing Engkau kepada mereka Wahai Tuhan yang gagah perkasa Wahai Tuhan yang Maha Kuat Wahai Tuhan yang ada bersifat murka Ya Allah Ya Allah Ya Allah, Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, Wahai Tuhan yang mengarakkan awan Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka." | ||||||
| Kedah akan bina kilang hasil tani Posted: 11 Aug 2010 02:52 AM PDT
| ||||||
| Jawatankuasa sekolah cina desak bina sekolah Posted: 11 Aug 2010 02:42 AM PDT
| ||||||
| Pengendali gerai R&R persoal polisi Plus Posted: 11 Aug 2010 02:38 AM PDT
| ||||||
| Tee Boon Hock dipecat ahli majlis MPK Posted: 11 Aug 2010 02:37 AM PDT
| ||||||
| SPRM dijemput letak pegawai di KSSB pantau rasuah Posted: 11 Aug 2010 02:35 AM PDT
| ||||||
| MB terharu terima memo royalti pelajar Mesir Posted: 10 Aug 2010 10:36 PM PDT
| ||||||
| MPK disaran henti bayar Alam Flora Posted: 10 Aug 2010 10:34 PM PDT
"Ini adalah lanjutan kepada kempen kebersihan dan gotong-royong Eco- Green Week yang dijalankan di Jalan Dato' Dagang 39B, Taman Sentosa, Klang pada 08 Ogos 2010 yang lalu. "Kawasan Taman Sentosa tersebut didapati tidak diselenggarakan lebih dari setahun atau di sesetengah tempat kerja dijalankan tidak sempurna dan secara sambil lewa," katanya dalam satu kenyataan semalam. Selain itu, menurut Jayakumar, beliau menerima banyak aduan dari penduduk kawasan Taman Klang Jaya dan Taman Desawan berhubung sampah yang tidak dikutip mengikut jadual yang ditetapkan. "Oleh kerana itu, didapati ramai penduduk terpaksa membuang sampah di tepi jalan raya kerana sampah tersebut berlonggok di rumah mereka berhari-hari. S
Menurut Jayakumar, MPK juga telah diarahkan untuk memanggil semua kontraktor Alam Flora yang menyelenggarakan kawasan berkenaan untuk satu perjumpaan bagi mengatasi masalah tersebut. "Saya inginkan pegawai Alam Flora yang bertanggungjawab untuk kawasan Seri Andalas turut hadir untuk perjumpaan tersebut. Pihak kontraktor juga diingatkan agar tidak menghantar pekerja untuk mewakili mereka pada perjumpaan tersebut," katanya. Namun tarikh perjumpaan dan butiran serta agenda tidak diberikan. | ||||||
| Liu: Khidmat digantung untuk lindungi pembantu Posted: 10 Aug 2010 10:32 PM PDT
"Bagaimanapun, saya telah berbincang dan bermesyuarat dengan mereka. Mereka memahami tindakan saya menggantung khidmat merea. Saya terpaksa membetulkan keadaan dahulu, kemudian, saya akan melantik mereka semula." Katanya, ketiga-tiga mereka - Ismail Arsat, S Selvadurai dan Tan Yong Beng - tidak terbabit dengan sebarang salah laku. Ismail dan Sevadurai, masing-masing mewakili PAS dan DAP - kedua-dua mereka juga adalah ahli majlis perbandaran Klang. Liu gelak besar apabila diajukan soalan bahawa ada pihak yang mendakwa beliau mempunyai 17 pembantu yang mengeluarkan surat sokongan bagi pihaknya membabitkan projek papan iklan. '17 musuh bukan 17 pembantu'
Masalah Liu dengan surat sokongan timbul apabila bekas pembantunya, Tee Boon Hock didakwa menggunakan kepala surat rasmi dan copnya bagi mendapatkan perniagaan membabitkan lebih RM1 juta dalam bentuk kontrak kerajaan negeri. Tee telah dipecat atas dakwaan mengeluarkan surat tersebut bagi membantu sebuah firma yang dikaitkan dengan anaknya, manakala Liu pula membuat laporan polis berhubung salah-guna surat rasminya itu. Tee bagaimanapun masih kekal sebagai ahli majlis tempatan Klang. | ||||||
| Azmin perlu belajar lagi, kata MB S'gor Posted: 10 Aug 2010 10:26 PM PDT
"Saya rasa beliau perlu belajar banyak. Pengalamannya masih terhad pada tahap tertentu. Saya rasa beliau boleh menjadi pelajar yang baik dan peluang patut diberi. "(Ini kerana) menjadi politikal dan menjadi pengurus merupakan dua perkara yang berbeza," katanya kepada Malaysiakini ketika ditanya penilaiaan terhadap Azmin sebagai seorang negarawan. | ||||||
| Anwar: Pertahankan Melayu yang miskin dan terpinggir! Posted: 10 Aug 2010 10:24 PM PDT
Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim yang dihujani tuduhan "pengkhianat bangsa" oleh parti musuh, mencabar UMNO dan Barisan Nasional agar mempertahankan hak untuk Melayu yang miskin dan terpinggir, dan bukan mempertahankan Melayu yang kaya raya di sebaliknya. "Seringkali mereka menguar-uarkan mahu mempertahankan hak orang Melayu. Tetapi Melayu yang seperti mana mereka pertahankan? Kita tidak mahu mereka mempertahankan Melayu yang kaya raya. Kita mahu mereka memperjuangkan nasib dan mempertahankan Melayu yang miskin dan terpinggir!"
Anwar membidas kerajaan pimpinan UMNO-BN kerana mempermainkan sentimen perkauman, malah tidak adil dalam menangani masalah yang membebani rakyat, khususnya yang miskin dan melarat. Beliau berkata sedemikian dalam Majlis Ceramah sempena Jamuan Rakyat anjuran PKR Cabang Bayan Baru di tapak pesta, Sungai Nibong, semalam. Majlis jamuan ini menarik kehadirian kira-kira 350 orang, yang kebanyakannya keturunan Cina. Hujah-hujah disambut dengan tepukan apabila penceramah menyentuh isu rasuah dan sebagainya. Belum menikmati kemerdekaan sepenuhnya Ahli Parlimen Permatang Pauh ini berkata, walaupun negara sudah mencapai kemerdekaan selama 53 tahun, tetapi rakyat negara ini masih lagi belum menikmati kemerdekaan sepenuhnya. "Amalan Kerajaan UMNO-BN yang tidak memberi kebebasan bersuara kepada rakyat adalah bukti yang nyata bahawa kemerdekaan belum sempurna dalam negara ini. Kita dibenarkan bersuara untuk sementara, tetapi selepas itu ditahan dan disekat kerana bersuara menentang demokrasi yang mereka amalkan," tambahnya lagi.
"PR memperjuangkan agar demokrasi secara telus diamalkan. Pemimpin yang bertanggungjawab adalah aspirasi kita untuk mencapainya, serta rakyat yang bersatu padu adalah antara asas dan perkara pokok yang harus dijadikan teras utama." "Dengan adanya tiga penyatuan ini, saya optimis PR mampu untuk merubah lanskap politik negara dan membawa satu politik baru bagi memajukan negara dan menyatupadukan rakyat," katanya.
"Melalui sistem pecah dan perintah ini ia tidak akan bertahan lama apabila penyatuan untuk menyatukan semua rakyat tidak menjadi realiti. Ekoran daripada itu, negara tidak akan mampu untuk mencapai kejayaan yang mutlak apabila berlakunya kronisme dan pengagihan kekayaan mengikut sistem yang sedia ada diamalkan oleh BN. Turut hadir dalam majlis ceramah sempena jamuan rakyat anjuran PKR Cabang Bayan Baru di tapak pesta, Sungai Nibong semalam ialah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mansor Othman, ADUN Pantai Jerejak Sim Tze Tzin dan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin. *Nazar Hashim ialah penulis khas untuk MerdekaReview. | ||||||
| Pulangkan jalan raya kepada mereka yang berbeza pendapat! Posted: 10 Aug 2010 10:22 PM PDT
Jawatankuasa Hak Sivil Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, Writers Alliance for Media Independence (WAMI) dan Jawatankuasa Masyarakat Madani Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG menegur polis kerana menindas aktiviti pengedaran risalah kempen memprotes kenaikan harga barang di pasar malam Kampung Kerinchi dan menahan Timbalan Ketua Pemuda AMK Batu Rozan Azen dan Penyelaras Suaram Tah Moon Hui. Tindakan ini telah mencabul kebebasan rakyat untuk berhimpun dan bersuara, malah menunjukkan bahawa rancangan kerajaan merasionalkan pengurangan subsidi bukan sahaja menolak suara rakyat, tetapi juga bertentangan dengan harapan dan tuntutan masyarakat.
| ||||||
| Posted: 10 Aug 2010 10:19 PM PDT
Ketika Mahathir Mohamad mengambil alih tampuk pemerintahan, beliau tampil sebagai Perdana Menteri yang "lemah". Kemudian, beliau semakin mendominasi dan mengukuhkan kuasanya. Antara beberapa orang kanan yang menyumbang ke arah pendominasiannya termasuklah Bendahari UMNO Daim Zainuddin, Setiausaha Agung Mohamed Rahmat dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Megat Junid.
Mereka sentiasa rendah diri, tidak bertanding untuk jawatan tinggi, dan pada masa yang sama, mengelakkan diri daripada terlalu terserlah sehingga dianggap mengancam kedudukan tuannya. Segala-gala ini "syarat" kejayaan orang-orang kanan ini. Selain UMNO, Mahathir juga bersepakat dengan pimpinan "rakan parti", tampil sebagai satu pasukan untuk mencipta "keajaiban ekonomi pada awal tahun 1990-an". Ling Liong Sik dari MCA, Samy Vellu dari MIC, Lim Keng Yaik dari Gerakan, malah Taib Mahmud dari PBB berjaya menjana jentera parti untuk mengerah sokongan bukan Melayu pada saat-saat yang genting, terutamanya pada PRU ke-10 tahun 1999, untuk menyelamatkan Mahathir Mohamad. Berjasa terhadap Mahathir dan UMNO Apa yang berlaku telah berlalu. Selepas Mahathir, tiada lagi pimpinan yang mendominasi dalam kuasanya. Sama ada Abdullah Ahmad Badawi mahupun Najib tidak mempunyai orang kanan yang boleh ditaruh kepercayaan. Abdullah lebih bergantung kepada menantunya, Khairy Jamaluddin, daripada anggota kabinetnya. Najib tidak menampakkan perbezaan, apabila beliau melantik sepupunya Hishammddin Hussein sebagai Menteri Dalam Negeri. Parti komponen Barisan Nasional yang lain pula berdepan dengan masalah ketandusan generasi baru. Setelah berlalunya dua pemilihan parti, keparahan MCA masih tidak terawat sehingga kini. Undi dari komuniti Cina tidak mungkin kembali ke pangkuan BN, melainkan jikalau keajaiban berlaku.
Ekonomi Malaysia masih bertunjangkan bahan mentah dan industri ringan pada peringkat awal Mahathir Mohamad menyandang jawatan Perdana Menteri. Selepas penswastaan, sumber negara telah disalurkan untuk kepentingan politik. Ling Liong Sik memberi sokongan sepenuhnya sepanjang proses transformasi ekonomi ini, dan semestinya juga dimanfaatkan daripadanya. Jikalau tidak, bagaimana pula nilai harta anaknya mencecah billion ringgit pada usia yang muda? Ling Liong Sik cuba menguji pola pandangan akar umbi masyarakat Cina pada peringkat awal beliau menerajui MCA. Maka, beliau mengambil pendirian yang agak keras dalam sesetengah isu seperti peruntukan untuk kampung baru Cina, pertikaian Akta Pendidikan dan cukai tanah Bukit Cina di Melaka. Ling pernah protes senyap terhadap rakannya dalam kabinet dengan pengambilan cuti.
Pada asasnya, dua strategi yang digunakan oleh Ling semasa zamannya adalah, pertama, beliau bergantung kepada Fong Chan Onn (bekas Naib Presiden MCA) dan tink tank MCA, INSAF di peringkat partinya, menjurus kepada pemahaman dan penguasaan Ling terhadap dasar negara (biarpun lemah dari segi pelaksanaan kerana dibelenggu struktur kuasa dalam BN). Dari segi akar umbi parti pula, Ling menyerah kepada adik beradik Ong Ka Ting (dengan Ong Ka Chuan), yang berasal dari pendidikan aliran bahasa Cina. Kemudian adik beradik Ong ini diimbangi pula oleh Chua Soi Lek dan Chor Chee Heong yang berasal dari pendidikan aliran bahasa Inggeris. Pengambil-alihan Nanyang Holdings Sememangnya, kita tidak harus melupai pencerobohan yang dibawa oleh Ling Liong Sik dalam ruang kebebasan akhbar. Pada Mei 2001, MCA di bawah Ling menongkah arus suara rakyat untuk mengambih alih Nanyang Holdings (yang memiliki Nanyang Siang Pau, China Press dan majalah lain-lain). Keputusan ini telah menyempitkan ruang kebebasan akhbar.
Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang hangat dipertikaikan sekian lama ini akhirnya membawa kejutan apabila bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik menjadi orang pertama bergelaran "Tun" didakwa di mahkamah. Bagaimanapun, hampir tiada analisa atau komentar yang bernas disiarkan di Sin Chew Daily (akhbar di bawah Media Chinese International Limited) yang kononnya mempunyai pengaruh di kalangan jutaan pembaca. Seandainya dibandingkan, Utusan Malaysia dan Oriental Daily menyiarkan lebih tulisan dalam isu ini. Kita semua tahu puncanya. Selepas Ong Ka Ting mengambil alih tampuk pimpinan, orang-orang dari sekta Ling Liong Sik telah "dipancung" dari jawatan masing-masing. Bukan sahaja ahli politik yang tampil di atas pentas politik, malah tink-tank Ling juga dipancung. Pengarah INSAF, Steven Wong telah beralih ke Institut Kajian Strategi Antarabangsa (di bawah naungan kerajaan), penyelidik Ong Kian Ming pula menyertai tink-tank Gerakan dan Stanley Koh pula menggunakan pentas Malaysiakini untuk melontarkan kritikan terhadap adik-beradik Ong.
Biarpun begitu, skandal PKFZ telah mencetuskan kemarahan yang meluap-luap di kalangan rakyat. Dalam satu minggu ini, hampir tiada orang yang berani bersuara mempertahankan Ling di media arus perdana. Malah konglomerat media Tiong memilih juga untuk mendiamkan diri. Bagaimanapun, Ling telah menjadi penyumbang kepada sistem autoritarian yang dibina Mahathir. Ling Liong Sik tunduk sepenuhnya kepada pemerintahan diktator Mahathir, memilih untuk "buat tak nampak" penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan. Ling sering mengingatkan masyarakat Cina bahawa Cina adalah kaum minoriti. Walaupun beliau mungkin membebaskan diri akhirnya dalam skandal PKFZ ini, namun tetap gagal menutup realiti bahawa pencerobohan lebih daripada pembinaan semasa zaman pemerintahannya. Seandainya Najib tidak memberi laluan kepada siasatan sepenuhnya dalam kes ini, berikutan kekhuatiran ditentang kuasa lama dalam UMNO, ataupun takut kredibilitinya terjejas, maka tugas ini harus diamanahkan kepada pengundi -- menyapu keluar BN dari rumah dalam PRU akan datang, dan mengucapkan selamat tinggal kepada era Ling Liong Sik. *Josh Hong adalah penganalisa politik dan kolumnis MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Tulisan ini disunting dan diterjemahkan oleh Lim Hong Siang dari teks asal. | ||||||
| Pembohong Adalah Ganti Nama Bangsa Malaysia 2020? Posted: 10 Aug 2010 10:17 PM PDT SUARA KEADILAN Malaysia bercita-cita menjadi Negara Maju menjelang tahun 2020 dengan jati dirinya sendiri. Lantas, kata pengasas wawasan itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, identiti Malaysia sebagai negara dan bangsa yang maju itu mestilah dibina menurut acuannya sendiri. Mungkin atas pertimbangan melakarkan acuannya sendiri itulah maka Perdana Menteri hari ini, Datuk Seri Najib Razak memperkenalkan idea 1Malaysia. Di satu segi, idea Najib ini memanglah sesuatu yang wajar kerana bagaimana hendak mencanaikan satu acuan jika rakyat Malaysia 'tidur sebantal tetapi mimpi asing-asing'? Sebab itulah kita percaya tidak ramai rakyat hari ini yang mahu membuang masa menyanggah idea atau konsep 1Malaysia ini. Tidak kiralah siapa yang memperkenalkannya, idea itu adalah sesuatu yang universal dan terlalu umum. Apa yang penting bagi kita ialah soal penghayatan atau lebih tepat lagi cara pengisian konsep 1Malaysia itu sendiri. Persoalan di mana uniknya idealisme, kaedah sejarah, budaya dan cara anutan hakikat silang agama di negara ini dan yang mungkin membentuk satu acuan unik, lantas boleh membangun satu Bangsa Malaysia yang benar-benar berbeza tetapi boleh berbangga dengan jati dirinya di samping bangsa lain di dunia 2020 adalah lebih penting! Namun satu perkara yang cukup jelas, konsep serta sistem pendidikan yang unik, yang diharapkan bagi membentur ke arah jati diri unik ini masih belum terungkai dengan nyata bagi setiap warga yang berbilang dan bersilang budaya dan agama. Malah, kecacatan paling ketara daripada sistem sosial dan ekonomi di negara ini sejak Najib mengambil alih tampuk pemerintahan negara tahun lepas ialah, persoalan apakah nilai yang hendak ditanam dalam jiwa rakyat Malaysia 2020 nanti? Yang dapat kita lihat ialah, nilai paling gemerlapan yang ditanamkan oleh rejim Najib ialah kepura-puraan dan sikap kurang jujur. Banyak peristiwa berhubung ciri pemerintahan dan urus tadbir kerajaan Najib ini boleh diketengahkan sebagai dalil bahawa di segi pengisian Wawasan 2020 ini, ia jauh terpesong dari landasan atau idealisme mewujudkan satu bangsa yang mempunyai jati diri luhur dan unik. Ambil sahaja janji keramat ketika bercakap kepada Malaysia melalui media arus perdana yang cukup ghairah menyambut penobatannya sebagai Perdana Menteri, April tahun lalu. Ketika itu Najib berjanji bahawa, 'rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan'. Namun dalam menyusun semula sistem ekonomi negara yang dikatakan lelah dek mekanisme pemberian subsidi, perkara yang didahulukan oleh rejim Najib ialah, rakyat perlu menggalas kos hidup yang lebih tinggi dengan kenaikan harga barangan keperluan lima serangkai termasuk gula, petrol, gas masak, yang dianggarkan RM750 juta setahun. Bagaimanapun pencapaian loji janakuasa swasta yang mendapat subsidi daripada kerajaan berjumlah hampir RM19 bilion setahun langsung tidak disentuh! Mengapa kepincangan pertimbangan ini berlaku, rakyat keseluruhannya tahu – kronisme! Jika hakikat ini tidak memadai untuk menandai nilai sebenar rejim Najib ini, kita renung sahaja apa yang berlaku kepada sistem pentadbiran negara, pengurusan keadilan dan keherotan proses perundangan serta mahkamah. Kini pegawai kerajaan yang selama ini diajar untuk bersikap takzim apabila berurusan dengan pihak eksekutif, digalakkan supaya 'menderhaka' oleh Kerajaan Pusat. Kes Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berantakan dengan Pegawai Pembangunan Negeri, wajarlah diambil maklum mengenai sikap sebenar rejim Najib. Amat tidak sukar dibayangkan jika ada pegawai kanan kerajaan yang menunjukkan sikap yang sama seperti yang dipamerkan oleh pegawai berkenaan diajukan terhadap mana-mana Menteri Besar atau Ketua Menteri Umno-BN. Kita pasti dalam keadaan itu, tidak panjang hayat perkhidmatan pegawai berkenaan. Namun yang paling mencemaskan apabila merenung cara Najib mempersiapkan acuan Malaysia untuk menjadi sebuah Negara-Bangsa yang mempunyai jati diri sendiri ialah nilai tidak bercakap benar. Menjelang pembentangan Rancangan Malaysia ke-10 baru-baru ini, Najib dan konco-konconya dalam kerajaan berusaha menanamkan keyakinan di kalangan rakyat bahawa ekonomi negara kini bertambah kukuh dan pelaburan terus asing semakin meningkat. Malangnya, realitinya tidak demikian. Laporan antarabangsa jelas menunjukkan pelaburan ini merudum 81 peratus tahun lalu. Kini kita tidak dapat mengelak daripada bertanya, mengapa kerajaan Najib sukar bercakap benar? Adakah ini citra dan jati diri bangsa Malaysia sembilan tahun lagi? Sesungguhnya gambaran ini amat jelik. Sesuatu perlu dilakukan sebelum perspektif buruk ini menjadi kenyataan dan darah daging pekerti bangsa Malaysia 2020. | ||||||
| Malaysia Menuju Negara Kuku Besi? Posted: 10 Aug 2010 10:11 PM PDT Oleh Dzulkarnain Taib Selepas lebih setahun memegang tampuk kuasa, kini wujud tanda-tanda jelas menunjukkan Malaysia, di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggelongsor kembali ke zaman pemerintahan kuku besi yang mungkin lebih dashyat daripada era Tun Dr Mahathir Mohamad. Setelah berjanji menghormati prinsip asas demokrasi dan hak bersuara rakyat, Najib bertindak sebaliknya dan kini pemerintahan beliau dibandingkan dengan ciri-ciri sebuah negara fasis atau pemerintahan diktator bertopengkan demokrasi. Tujuh ciri utama sebuah negara fasis sebagaimana yang senaraikan oleh penyelidik terkenal Laurence W Britt jelas berlaku di Malaysia. Ia bukan sahaja membabitkan hak asasi manusia tetapi turut menjurus kepada aspek ekonomi dan hubungan kaum dalam sesebuah negara selain membabitkan pemusatan kuasa kepada seseorang pemimpin. Justeru, tidak hairanlah, Jabatan Perdana Menteri yang dipimpin oleh Najib sendiri mempunyai lebih 40,000 kakitangan dengan peruntukan RM12 bilion setahun untuk tujuan pembangunan dan pengurusan. Selain itu khazanah negara seperti Petronas dan Felda diletakkan di bawah pengawalan terus Najib. Ini membolehkan Perdana Menteri menggunakan kuasa-kuasanya untuk tidak mendedahkan butiran-butiran yang menyebabkan rizab tunai Felda susut 60 peratus dalam tempoh lima tahun. Begitu juga Najib tidak perlu menjelaskan kepada parlimen bagaimana wang Petronas digunakan dan keperluan syarikat itu menggunakan rizab tunainya untk membayar dividen RM30 bilion kepada kerajaan walaupun keuntungannya susut. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemerintahan Najib tidak banyak berbeza daripada dasar penindasan dan zalim semasa zaman penjajahan Inggeris. Ini kerana jika penjajah Inggeris menindas rakyat Malaya ketika itu dengan pelbagai undang-undang zalim yang menafikan hak dan kebebasan rakyat, Umno-Barisan Nasional pula meneruskan dasar-dasar ini. Anwar berkata demikian selepas beliau sekali lagi menjadi sasaran apabila polis menafikan permit untuk beliau berceramah di sebuah padang bola di Linggi Negeri Sembilan baru-baru ini. Ceramah akhirnya terpaksa diadakan di sebuah kebun di pinggiran kawasan berkenaan. Menurut Britt dalam majalah Free Inquiry walaupun pemerintahan fasis sudah lama berakhir di negara seperti Itali dan Jerman, hakikatnya ialah ia diteruskan di banyak tempat lain, khususnya di negara membangun. "Walaupun negara-negara ini daripada latarbelakang identiti, budaya, tahap pembangunan dan sejarah yang berbeza, namun mereka mengikuti jalur fasis atau pro-fasis untuk mendapatkan, mengembangkan dan mengekalkan tampuk kekuasaan," tulis Britt. Beliau berkata semua rejim tersebut telah digulingkan oleh rakyat tetapi analisis pemerintahan zalim mereka mendedahkan beberapa persamaan asas. Antaranya kecenderungan pemerintah mempromosi semangat kebangsaan atau patriotisme yang dikaitkan dengan sesuatu bangsa atau kelompok. "Penerapan semangat nasionalisme menjadi amat penting yang dizahirkan melalui slogan, sepanduk, kain rentang sehingga rakyat terpengaruh.Ini diikuti dengan sikap anti kepada pengaruh luar sehingga ke tahap taksub," jelas Britt. Sistem fasis juga mengamalkan dasar yang menekan dan menafikan hak asasi rakyat. Rejim yang memerintah memandang isu hak asasi sebagai tidak bernilai dan penghalang kepada usaha mencapai objektif golongan elit pemerintah. "Dengan menggunakan strategi propaganda yang licik, rakyat dipengaruhi untuk menerima penindasan hak asasi mereka. Sekiranya pencabulan sampai ketahap diketahui umum, pemerintah akan menggunakan taktik, kerahsiaan, penafian dan penyebaran maklumat yang salah," tegas beliau. Satu lagi ciri utama pemerintahan kuku besi ialah kawalan ketat yang dikenakan ke atas media massa. Kajiannya mendapati di bawah sesetengah rejim, media massa dikawal secara terus bagi memastikan ia tidak lari daripada dasar rasmi kerajaan. "Rejim lain menggunakan cara yang lebih terselindung untuk menundukkan media termasuk mengawal perlesenan, akses kepada sumber, tekanan ekonomi serta ugutan. "Mereka yang mengetuai organisasi media pula bersekongkol dengan pemerintah dan dengan cara ini menghalang maklumat mengenai penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan diketahui rakyat," kata Britt lagi. Pemerintahan yang berasaskan fahaman fasisme juga terlalu taksub dengan isu keselamatan negara sehingga institusi keselamatan dikawal secara langsung oleh pemerintah. Institusi keselamatan seperti polis dan tentera disalahgunakan sebagai alat penindasan rakyat dan selalunya dilakukan secara rahsia tanpa sebarang kekangan perundangan. "Semua tindakan institusi ini diabsahkan atas alasan keselamatan negara dan mempersoalkannya dianggap tidak patriotik malah kadangkala dilabel sebagai pengkhianatan. Britt seterusnya mendedahkan sistem kuku besi menggalakan amalan kronisme malah melindunginya bagi kepentingan golongan elit yang memerintah. "Walaupun kebebasan rakyat dikekang, syarikat korporat besar beroperasi secara bebas kerana pemerintah menganggap ia bukan sahaja sebagai sumber kekayaan tetapi juga cara pengawalan sosial. "Golongan elit sektor ekonomi akan dilindungi oleh kumpulan elit politik dalam jalinan menang-menang terutamanya untuk menindas rakyat bawahan," kata Britt lagi. Budaya ini kemudiannya berkait rapat dengan gejala kronisme dan rasuah yang digalakkan membiak tanpa sebarang kawalan. Mereka yang berada dalam lingkungan perniagaan dan rapat kepada golongan elit pemerintah akan memperkayakan diri mereka. "Gejala rasuah ini berfungsi dua hala; golongan elit pemerintah akan menerima habuan kewangan dan material daripada penguasa ekonomi manakala mereka pula akan menerima keutamaan projek daripada kerajaan. "Selain itu golongan elit pemerintah mempunyai sumber lain untuk menimba harta serta kekayaan: umpamanya dengan merompak hasil mahsul negara. Dengan institusi keselamatan di bawah telunjuk mereka dan media dalam kawalan ketat, gejala rasuah yang membarah ini dibiarkan tanpa sebarang halangan dan tanpa disedari dan difahami oleh rakyat umum," katanya. Britt juga mendapati pemerintahan kuku besi berjaya dikekalkan dengan memanipulasi sistem pilihan raya dalam sesebuah negara. "Pilihan raya selalunya dibelenggu dengan penipuan samada secara terangan-terangan atau penyelewengan licik. Apabila pilihan raya diadakan pemerintah akan memastikan keputusan akan memihak kepadanya. "Antara pencabulan sisten pilihan raya yang biasa dilakukan termasuk mengawal jentera pelaksana pilihan raya, mengugut serta melakukan intimidasi terhadap penyokong pembangkang, memusnah atau menafikan pengundian secara sah dan mengikut undang-undang, dan akhirnya menggunakan badan kehakiman untuk memastikan golongan elit terus berkuasa," tegas Britt. Tambah Britt lagi ciri sistem kuku besi lain termasuk melabel golongan yang menentang rejim sebagai pengganas atau teroris. Melalui jentera propaganda, kerajaan akan berusaha menghapuskan kumpulan ini dengan apa cara sekali pun. Kata beliau lagi pemerintah fasis akan mengutamakan golongan yang mendokong tampuk kekuasaan mereka dengan meminggirkan kepentingan rakyat. "Golongan pemerintah akan merapatkan hubungan dengan kelompok agama yang digunakan untuk menghalalkan segala tindak tanduk denga salahguna kuasa kerajaan. "Malah golongan fasis akan menonjolkan imej bahawa merekalah pelindung kepada agama dan mempertahankan kesuciannya. Persepsi menentang kerajaan sama dengan melawasn agama ditanam dalam minda rakyat," kata Britt. Pemerintahan kuku besi juga menekan kesatuan pekerja serta menafikan hak golongan pekerja. "Fasisme juga menunjukkan sikap permusuhan terhadap golongan intelek dan karyawan. Kebebasan intelek dan berkarya dianggap sebagai kegiatan subversif yang mengancam keselamatan negara. "Universiti dikawal ketat dan kegiatan politik yang bertentangan dengan kepentingan pemerintah akan dihapuskan," ujar beliau lagi. Tegas Britt, fasisme tidak bertoleransi terhadap sebarang kegiatan pembangkang yang mampu mengugat kekuasaan mereka. "Kekerasan digunakan untuk menekan serta menangkap pemimpin parti pembangkang dan mereka dilabel sebagai pengacau dan pengkhianat malah seringkali tuduhan tidak berasas dilemparkan kepada pihak penentang. Pihak polis pula bertindak sesuka hati dengan melampaui batas kuasa mereka," kata Britt. | ||||||
| AMK Desak Polis Siasat Aduan Anwar Terhadap Saiful, Farah Posted: 10 Aug 2010 10:10 PM PDT Oleh Sidiqin Omar SHAH ALAM - Angkatan Muda KEADILAN (AMK) akan membuat laporan polis di seluruh negara bagi mendesak pihak berkenaan menjalankan siasatan terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan, saksi utama kes Fitnah II terhadap Ketua Pembangkang yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif. Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata tindakan ini dilakukan berikutan tiada siasatan yang dijalankan walaupun sudah lebih seminggu oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan di Pondok Polis Mahkamah Jalan Duta. Beliau menambah, usaha tersebut merupakan tekanan berterusan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan membuat siasatan berhubung laporan yang oleh Ketua Umum KEADILAN itu. Shamsul mendedahkan perkara seperti ini merupakan pertama kali berlaku dalam sejarah negara Komanwel dan menuntut pihak polis menyegerakan siasatan terhadap Farah dan Saiful di bawah Seksyen 8(1) dan Seksyen 8(2) Akta Rahsia Rasmi 1972. Beliau berpendapat, kedua individu itu mempunyai akses kepada maklumat sulit yang menjadi rahsia dan tidak boleh didedahkan kepada umum, berikutan 'hubungan sulit' yang dijalinkan oleh mereka berdua. Isnin lalu anggota AMK Perlis, Tengku Putra Aelmi Tengku Amiruddin membuat laporan polis terhadap Farah dan Saiful di Balai Polis Kangar meminta siasatan dibuat terhadap mereka di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972. "Sekiranya pihak polis masih tidak melakukan sebarang tindakan terhadap laporan tersebut, kami bercadang untuk membawa kesemua laporan yang dibuat di seluruh negara ini ke pejabat Peguam Negara," kata beliau lagi. Perbicaraan Fitnah II yang bersambung Isnin lalu menyaksikan keputusan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menolak permohonan pihak pembelaan untuk membenarkan mahkamah menampilkan Farah dan Saiful sebagai saksi berhubung dakwaan terhadap mereka. Hakim kemudiannya menetapkan 16 Ogos depan bagi memutuskan sama ada untuk menggugurkan pertuduhan terhadap Anwar. Shamsul juga menyelar tindakan media milik Umno-Barisan Nasional yang menyiarkan laporan bahawa Ketua Umum KEADILAN cuba melengah-lengahkan perjalanan kes tersebut. "Itu hanyalah propaganda Umno-Barisan Nasional. Dalam perbicaraan ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya menggunakan haknya bagi mendapatkan perbicaraan yang adil. Jika tidak, adalah lebih baik sekiranya mahkamah mengugurkan tuduhan tersebut," kata Shamsul lagi. | ||||||
| Posted: 10 Aug 2010 10:02 PM PDT
|
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
SHAH ALAM — Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang memegang jawatan itu sejak lebih dua tahun lalu hari ini mendedahkan penemuan kamera 'rahsia' yang dipasang pihak tertentu di pejabatnya. 


ALOR SETAR: Dua buah kilang baru bagi mengumpulkan produk hasil tani bagi negeri Kedah akan ditubuhkan di Sungai Petani tidak lama lagi.
Jawatankuasa Bertindak Sekolah Cina Putra Height mendakwa akibat dari ketiadaan sekolah jenis itu di situ menyebabkan lebih 500 pelajar terpaksa ke sekolah berkenaan sejauh, paling dekat enam hingga 15 kilometer dari kediaman mereka.
"Janji tinggal janji sudah empat tahun berlalu sedangkan kami telah tinggal di sini sejak 10 tahun lalu, sedihnya janji dalam majlis sama untuk sekolah di Kulai, Johor sudah pun dapat digunakan," ujarnya lagi.
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri telah membuat keputusan untuk memecat bekas pegawai khas Exco kerajaan negeri, Tee Boon Hock sebagai Ahli Majlis Majlis Perbandaran Klang (MPK) berkuatkuasa 6 Ogos lalu.
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menjemput Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menempatkan pegawai di pejabat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).
Beliau menyatakan demikian selepas menerima memorandum tuntutan royalti minyak daripada 20 wakil pelajar Kesatuan Pelajar Kelantan di Mesir (KPKM), semalam.



Menurut Seksyen 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, setiap rakyat mempunyai hak untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan aman, Seksyen 20(1) Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat pula menerangkan bahawa kebebasan rakyat berhimpun secara aman harus dijamin. Sebagaimana yang kami perhatikan, selepas Najib Razak menjawat jawatan Perdana Menteri, banyak demonstrasi telah ditindas dan dilabelkan sebagai "perhimpunan haram", polis telah menyalahgunakan kuasa dan menahan rakyat yang mempraktikkan hak mereka. Semua ini adalah piawai penting bagi menguji keazaman kerajaan melaksanakan pembaharuan (reforms).
Bagaimanapun, bagi golongan-golongan terpinggir dan orang berbeza pendapat yang tidak berkuasa, menyertai perhimpunan dan perarakan selalunya satu-satu peluang bersuara mereka. Oleh itu, menghadkan atau mencabul hak berhimpun dan berarak "kelas bawahan yang berbeza pendapat" akan menyebabkan mereka tidak dapat berdemonstrasi di jalan raya dan satu-satunya saluran bersuara mereka secara berkesan hilang. Jelas, tindakan ini menafikan hak daulat rakyat dalam hal-ehwal Negara.
Nama-nama yang tersebut di atas bukan sahaja menyempurnakan misi yang diamanahkan oleh Mahathir kepada mereka, iaitu transformasi ekonomi, menentukan halatuju rencana, dan menekan mereka yang berbeza pendapat. Apa yang penting, mereka dipercayai oleh Mahathir Mohamad yang sentiasa sangsi terhadap orang lain, dan diberi peluang untuk menjalankan tugas secara berdikari.
Ling Liong Sik adalah antara pemimpin politik veteran yang berjasa untuk UMNO. Beliau diberikan amanah penting pada saat-saat yang genting, walaupun bukannya "berisi" sangat, atau bercita-cita tinggi, tetapi nasibnya agak baik.
Tycoon balak dan media, Tiong Hiew King (gambar kiri) akhirnya dimanfaatkan apabila MCA melepaskan saham yang dikuasainya kepada Tiong, yang menjurus kepada penggabungan konglomerat media menjadi Media Chinese International Limited, hari ini. Dari segi ini, Ling amat berjasa kepada Tiong, dan Media Chinese International Limited semestinya membalas jasa Ling.
Setelah tujuh tahun berundur dari pentas politik, Ling melalui zaman "layanan dingin" oleh adik beradik Ong Ka Ting dan Ong Ka Chuan, kemudian cuba diasingkan pula semasa zaman Ong Tee Keat menjadi Presiden. Ling sebenarnya menemui cahaya apabila anak buahnya Chua Soi Lek "hidup semula dari kematian" dalam politik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan