Selasa, 3 Ogos 2010

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Jenayah Rogol dan Penyelesaiannya.

Posted: 02 Aug 2010 05:00 PM PDT

1. Jenayah rogol , rogol dan bunuh serta rogol kanak - kanak mutaakhir ini semakin meningkat dan membimbangkan . Rakyat khasnya para wanita dan kanak - kanak kini tidak selamat menjalani kehidupan seharian . Bila - bila masa maruah dan nyawa mereka akan diragut kejam oleh penjenayah yang bebas bermaharajalela .

2. Faktor pendorong kepada berlakunya jenayah seksual ini terlalu banyak dan tidak ada gunanya kita saling salah menyalahkan antara satu sama lain bahkan semua pihak mestilah mengambil tanggungjawab untuk mendepani musibah atau malapetaka yang menimpa negara ini.

3. Cuma saya sangat terkilan dengan sikap sebahagian dari kalangan masyarakat kita termasuk cerdik pandai dan pihak berkuasa seperti mahu memejamkan mata terhadap syariat Islam tatkala membincangkan jalan penyelesaian terhadap isu ini .

4. Saya lihat semua orang setuju penjenayah dihukum seberat - beratnya , semua orang setuju supaya jenayah ini dibendung segera dan semua orang setuju bahawa mangsa mesti dibela sewajarnya , tetapi malang 1001 kali malang , hampir tiada yang melihat bahawa penyelesaiannya ada pada Islam agama yang diwahyukan oleh Allah swt .

5. Semua jenayah yang semakin meningkat indeksnya adalah berlaku dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran yang berpaksikan kepada peraturan dan undang - undang ciptaan manusia sejak sekian lama. Ternyata sistem yang ada sekarang biarpun seberat mana hukuman itu dijatuhkan gagal membendung penularan jenayah kejam ini . [ Hukuman mati mandatori keatas pengedar dadah sebagai contoh , bukan sahaja tidak mampu membendung pengedar dadah malah empayarnya semakin berkembang dan dadah semakin mudah untuk diperolehi .]

6. Kenapa tidak memberi peluang kepada Islam ? Islam sebagai agama dan cara hidup yang diwahyukan oleh Allah swt kepada nabi Muhammad saw adalah agama dan syariat yang pernah membuktikan keupayaannya membendung maksiat dan mungkar dalam sejarah pemerintahan dan pentadbirannya .

7. Islam mempunyai pakej lengkap untuk menyelesaikan isu jenayah kejam yang melanda negara hari ini . Bermula dari pendidikan , pencegahan , kawalan dan hukuman serta pembelaan dan pendakwaan. Apa yang perlu sekarang ialah negara mesti memberi peluang kepada Islam untuk membuktikan keupayaan dan keberkesanan perlaksanaannya .

8. Hukuman berkesan tidak hanya dilihat kepada beratnya hukuman tersebut kerana hukuman berat hanya mampu menyakitkan tubuh dan mendera fizikal , sedang apa yang penting dalam usaha membendung jenayah ialah keinsafan , penyesalan dan kesedaran agar jenayah itu tidak berulang dan berkembang . Bertolak dari sini lah Islam menawarkan pakej lengkap dan berkesan [ merangkumi fizikal , mental dan spiritual ] untuk tujuan membendung dan menghapuskan jenayah .

9. Justeru itu , sewaktu membincangkan penyelesaian terhadap isu seperti ini , janganlah ianya dibuat dengan mengambil pandangan atau interview orang ramai secara rambang lantaran isu ini mestilah melibatkan kajian dan penelitian orang - orang yang berilmu . Para alim ulama' yang berkaliber mestilah dilibatkan secara serius dan aktif untuk mengkaji dan menggubal peraturan berasaskan syara' .

10. Janganlah prejudis terhadap Islam dan syariatnya. Mengapa perlu terpengaruh dan terpedaya dengan propaganda barat . Kenapa masih mahu bertahan setelah lebih 50 tahun menyaksikan kegagalan undang - undang ciptaan manusia membendung jenayah ini ? Sementara undang - undang Islam kaya dengan hikmah [ kebijaksanaan ] dan apa yang lebih penting ialah rahmat [ kasih sayang ] dan berkat [ kebaikan yang melimpah ruah ] . Keadilan Islam adil untuk semua dan ia menyinari semua . [ termasuk pesalah , mangsa , keluarga , masyarakat dan negara ].

[Sumber]

Mat Said dan Datuk Peter Gilmour pakat kencing rakyat Terengganu?

Posted: 02 Aug 2010 04:00 PM PDT

Oleh Ustaz Saiful Bahri

Kejohanan tahunan Piala Monsun di Terengganu, dikatakan bersedia mencatat peningkatan 30 peratus pulangan daripada pelaburan di segi acara, media dan penjenamaan tahun ini berbanding pencapaian RM539 juta pada tahun lepas.

Penasihat Kejohanan dan tiga kali juara dunia Match Race Sailing berkata kos penganjuran Piala Monsun itu menelan kira-kira RM30 juta, di mana 60 peratus daripadanya dibiayai oleh kerajaan dan bakinya dibiayai sektor swasta.


Beliau berkata acara dunia yang amat mengujakan itu telah menjana pulangan 26 kali pelaburan berbanding tahun lepas, menjadikan acara reben biru kejohanan pelayaran itu satu penyumbang penting kepada ekonomi negara.

Acara itu juga telah menjana kesan limpahan bagi Terengganu seperti pekerjaan di musim tengkujuh yang menyulitkan. "Pada asasnya, kesemua kos digunakan untuk mengendali dan menganjur kejohanan itu, dan kami mendapat manfaat luar biasa yang hebat seperti pengiklanan tambahan. "Tiga puluh peratus merupakan sasaran purata yang telah ditetapkan berasaskan tahun ke tahun. Sasaran itu meningkat tahun ke tahun melebihi RM100 juta," katanya.

Piala Monsun 2009 telah menarik 101,794 penonton, mewujudkan 1,722 pekerjaan dan menjana nilai media cetak RM24 juta. "Terdapat banyak limpahan ekomomi di negeri itu. Ketibaan penumpang di lapangan terbang meningkat daripada 300,000 setahun kepada empat juta, manakala stadium sukan dan dua hotel baharu dibina di negeri itu. "Semua ini berlaku ketika musim Piala Monsun itu.

Itulah kata-kata Datuk Peter Gilmour. Orang luar bolehlah ditemberang dengan angka-angka tersebut tetapi realitinya Mat Salleh ini dok kencing rakyat Terengganu. Yang herannya apa pemimpin UMNO buat? Takkan Mat said yang bijak bestari itu dengan berjalan bersama e-book hari-hari pun diperbodohkan oleh mat salleh ini? Atau memang mereka sama-sama pakat kencing rakyat Terengganu? Sampai bila? Sampai 2012. Atau akan disambung lagi?

Penganjuran sukan perahu layar piala Monsun Cup bukan sahaja membazir dan tidak membawa manfaat yang banyak kepada rakyat, ia juga tidak pernah diaudit. Kerajaan pada hakikatnya membazir dibawah pimpinan UMNO Terengganu sebanyak 300j setahun dan perjanjian sehingga 2012 akan menghabiskan RM2.4 bilion wang rakyat. Apa manfaat yang rakyat dapat. Penganjuran Piala Monsun ini adalah bertujuan untuk mengagih-agihkan projek kepada ahli-ahli Umno-Barisan Nasional (BN) menerusi sebuah syarikat kroni T-Best Events yang dibentuk oleh kerajaan negeri.
Perjalanan Piala Monsun yang berbelit-belit, penuh mistri dan kontroversi sejak tahun 2005 ketika ia mula diadakan pada zaman bekas Menteri Besar, Dato' Seri Idris Jusoh. Piala Monsun dilaksanakan dengan beberapa komponen projek pembangunan yang mungkin sudah 'membaham' lebih satu billion ringgit wang rakyat Terengganu.

Ia tidak boleh diadakan dengan hanya membeli 10 buah perahu layar 'Foundation 36, yang dibeli dengan harga RM1 juta sebuah. Pembinaan infrastruktur lokasi tempat pertandingan di pulau Duyong sahaja sudah menelan beberapa ratusan juta ringgit. Pembinaan Heritage Bay Club atau Kelab Teluk Warisan (kini Riyaz Heritage) dengan pembangunan chalet yang dilaporkan berharga RM1 juta setiap unit. Pembinaan marina untuk perahu layar berlabuh sahaja dilaporkan sudah menelan perbelanjaan RM200 juta. Perahu-perahu layar yang berlumba dalam 'kolam' pulau duyung itu tidak boleh berlumba tanpa didalamkan teluk tersebut. Dan kos mendalamkan 'kolam' itu dilaporkan adalah lebih RM500 juta.

Dan kini, dengan pelantikan Sabaruddin Chik, sebagai Pengerusi T-Best Events Sdn Bhd. Apa cerita sebenarnya disebalik itu? laporan pengendalian Monsun Cup tidak pernah didedahkan. Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu mengumumkan pengambilalihan Kelab Teluk Warisan menjadi Riyaz Heritage membelanjakan RM1 juta untuk menambahkan kelengkapan-kelengkapan yang entah apa-apa. Berapa banyak lagi duit rakyat nak dikebas? dak rakyat terlopong dan ternganga. Mat said jugak yang tersengih-sengih.

[Sumber]

Tiada ulasan: