Khamis, 12 Ogos 2010

Ajijoi

Ajijoi


Tazkirah DS Nizar: Puasa Mantap, Solat Lesap

Posted: 12 Aug 2010 01:15 AM PDT


11 Ogos: Surau Al-Falah, Taman Song Choon Ipoh dipenuhi dengan jemaah dari dalam dan juga luar untuk menunaikan solat terawih serta mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Dato Seri Haji Nizar Jamaluddin.

Tazkirah yang berkisar mengenai betapa ibadah puasa begitu dititik berat tetapi ibadah solat bagai tidak diendahkan mendapat perhatian daripada kira-kira 180 orang yang hadir.

Terdahulu daripada itu, surau berkenaan telah mengadakan majlis berbuka puasa anjuran PKR Gopeng.

Intipati tazkirah yang disampaikan oleh Dato Seri Nizar disiarkan disini di dalam bentuk rakaman video untuk manfaat dikongsi bersama.

Dato Seri Haji Nizar sedang memberikan tazkirah

Antara jemaah yang memenuhi surau








Bersambung...


Tazkirah Ramadhan membuka mata, buka hati kita semua.

Mohon kira adanya Tuan dan Puan yang budiman ingin menginfakkan sebuah kamera video (kecil agar mudah dibawa) baru ataupun terpakai, bagi tujuan rakaman ceramah-ceramah ataupun peristiwa untuk dimuatkan didalam blog ini bagi manfaat semua, silah berhubung dengan saya di email: jijoi_8@yahoo.com. Segala jasabaik anda pasti dirahmati oleh Allah Taala.

Fitnah blog pro Hamidah terhadap Surau Al-Falah

Posted: 12 Aug 2010 01:12 AM PDT

Imam Zul (baju putih) bersama DS Nizar

Sebuah blog pro YB Hamidah [pengundisetiasungairapat.blogspot.com] mendakwa bahawa Surau Al-Falah, Taman Song Choon, Ipoh sebagai 'Lubuk Pembangkang Menabur Fitnah'.

Pelbagai tohmahan lagi dihamburkan kepada ajk surau tersebut terutamanya Pengerusi Surau, Imam Zulkifli Tafsiron yang digelar sebagai balaci DAP dan dalang kepada kehadiran pembangkang disurau itu.

Apabila dijawab oleh Imam Zulkifli diruangan komen blog tersebut, ianya langsung tidak disiarkan {perkara biasa kepada blog pro-umno yang hanya berani menghentam tetapi tak berani dikomen}.

Disini saya siarkan komen Imam Zulkifli yang tidak disiarkan oleh blog tersebut sebagai jawapan kepada tohmahan mereka:-

Bulan Ramadhan adalah suatu bulan medan untuk muhasabah diri, bukan untuk tempat melemparkan fitnah!!! Kalau hendak menulis blog, siasat terlebih dahulu dengan adil sepertimana mahfum Al-Quran dan juga Hadis yang disertakan di dalam blog itu.

Sejak bila YB Hamidah beri sumbangan sebanyak RM200,000 kepada pembangunan Surau Al-Falah, Taman Song Choon? Surau itu telah sedia terbangun sebelum dia menjadi Adun Sg Rapat lagi.

Siapa pula Adris bin Darus? Apa hubungan dia dengan pihak surau? Dia hanya Ketua Kampung Rapat Jaya dan bukan qariah Surau Al-Falah pun. Mengapa perlu mesyuarat ajk surau dimaklumkan kepadanya? Surau adalah milik anak qariah Taman Song Choon dan taman-taman yang berdekatan dengannya.

Mengapa tiba-tiba baru sekarang Hamidah asyik terngadah-ngadah hendak melibatkan surau ini dalam setiap aktiviti beliau? Selama 2 penggal yang lalu sebagai Adun Sg Rapat, mengapa tak pernah jenguk dan tanyakan tentang masalah surau?

Bil hospital saya yang dikatakan dibayar oleh DAP juga satu FITNAH kerana sehingga sekarang tuntutan saya kepada pihak insuran masih belum diterima.

Kehadiran Nga Kor Meng disurau tersebut serta beramah mesra dengan masyarakat setempat juga adalah FITNAH.

Moreh Hamidah disurau tersebut ditolak mentah-mentah oleh saya juga adalah FITNAH semata apabila jelas terpampang dipapan kenyataan surau bahawa moreh Hamidah akan diadakan pada 8/9/2010 nanti.

Ternyata blog tersebut hanyalah bersifat menghentam tanpa usul periksa.

Siapa yang menjadi lubuk menabur FITNAH sekarang ini, Surau Al-Falah, Taman Song Choon ataupun blog yang menyokong YB Hamidah itu?

Zulkifli Bin Tafsiron
Pengerusi
Surau Al-Falah, Tmn Song Choon


Lebih menyedihkan lagi apabila Kak Midah menggunakan isu ini semasa umat Islam sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia.

Semuanya hanyalah kerana 'DENDAM BUBUR LAMBUK'

Kisah Zambry si 'Penyamun Tarbus'

Posted: 11 Aug 2010 07:59 PM PDT

Terpampang jelas banner yang membuktikan Zambry
sememangnya LEMAH SEMANGAT

Oleh :Mohd Rashidi Hasan

SEMUA pihak sama ada golongan istana, mufti, orang politik, pegawai kerajaan NGO dan sesiapa sahaja yang membantu Umno-Barisan Nasional Perak merampas kuasa dari kerajaan Pakatan Rakyat, seharusnya berasa malu dan berdosa.

Mereka harus berasa malu kerana mereka tersilap langkah, mengembalikan Umno-BN sebagai kerajaan negeri secara yang tidak demokratik dan melantik Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang bacul sebagai Menteri Besar.

Mereka harus rasa berdosa kerana akibat daripada pengambil alihan kuasa secara haram, negeri Perak Darul Ridzuan sudah tidak demokratik lagi.

Zambry mencemar kebanggaan Perak, walaupun Rajanya pernah menduduki kerusi Ketua Hakim Negara, yang terkenal dengan keadilan dan kebijaksanaanya.

Mereka juga harus berasa malu dan berdosa kerana menabalkan seorang yang bacul sebagai MB. Apa tidak baculnya. Jika Zambry 'anak jantan' beliau harus berani berhadapan dengan Adun-Adun Pakatan Rakyat secara terbuka, gentleman dan demokratik, sama seperti yang dilakukan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sepanjang 11 bulan setengah pentadbirannya.

Sekarang ini BN majoriti dalam Dun Perak, kerana mereka dibantu oleh tiga Adun pengkhianat. Oleh itu, jika Zambry 'anak jantan' apa yang beliau hendak takutkan.

Sama ada hendak bentang belanjawan negeri, soal dasar pemerintahan, soal bajet tambahan, sepatutnya dibuka ruang seluas-luasnya untuk berbahas dan berbincang secara matang dalam Dun.

Apa pun biar dibincang dalam Dun, selepas itu dengan majoriti yang Umno-BN ada, luluskanlah, apa masalahnya?

Walaupun Pakatan Rakyat tidak pernah menerima kerajaan haram Umno-BN memerintah Perak, namun atas keterbukaan dan sifat toleran yang tinggi, Pakatan Rakyat 'menghormati' keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan Zambry sebagai MB.

Pakatan Rakyat mahu menjadi 'pembangkang' yang efisyen. Bekerjasama untuk membangunkan Perak, mengajak Zambry dan Umno-BN bersemuka, berdialog untuk kebaikan rakyat.

Justeru, selepas Zambry 'dilantik' Mahkamah sebagai MB, seharusnya beliau mentadbir negeri, memanggil sidang Dun dan melaksanakan tugas-tugasnya sebagai pentadbir, selaras dengan prinsip demokrasi yang diamalkan dalam negara.

Tetapi apa yang berlaku di Perak adalah sebaliknya. Demokrasi sudah tidak wujud. Zambry, Umno-BN selaku pemerintah, membuat sesuatu tindakan secara 'diam-diam'. Sampaikan bayang-bayang sendiri pun Umno-BN takut.

Sidang Dun dikawal ketat. Mengalahkan amalan undang-undang negara komunis. Semuanya dihadkan dan disekat, seolah-olah kerajaan negeri mentadbir dalam keadaan curfew (darurat).

Lagak Zambry di Perak seumpama 'penyamun tarbus' yang merampas kuasa secara haram, tetapi sentiasa dalam keadaan kegusaran dan kebimbangan kerana kesalahannya merampas kuasa.

Akibat daripada kegusaran itu juga Zambry mempergunakan polis begitu ramai, semacam mengiyakan bahawa Malaysia adalah negara polis.

Seperti kata Nizar, yang memperjelaskan ketakutan Zambry, "Persidangan Dewan Negeri Perak lebih sesuai dipanggil Persidangan Polis Diraja Malaysia. Lebih ramai polis berkerumun di pekarangan Bangunan Perak Darul Ridzuan dibandingkan dengan wakil-wakil rakyat."

Di sebalik kawalan ketat anggota polis yang begitu ramai, Zambry tetap tidak mampu menyembunyikan ketakutannya, sehingga terpaksa mengatur dan memaksa bajet tambahan negeri sebanyak RM80 juta diluluskan dengan perbahasan yang amat singkat dan dalam keadaan tergesa-gesa.

Itu pun keseluruhan sidang Dun diadakan hanya dalam tempoh yang singat, dua atau tiga jam sahaja. Lagak takut Zambry, macam orang hendak menyamun di siang hari.

Zambry harus ingat, jawatannya sebagai MB hanyalah amanah seketika. Beliau harus mentadbir kewangan negeri secara telus dan transparen. Duit kerajaan negeri adalah duit rakyat, bukan duit 'mak bapak' pemimpin Umno. Jangan hendak membahagi atau membidak-bidak sesuka hati.

Oleh kerana itu, rakyat keseluruhannya berhak mengetahui dari mana sumber wang itu diperolehi, ke mana ianya dibelanjakan dan untuk apa ia dibelanjakan.

Golongan agama, khususnya mutfi harus mengingatkan Zambry, bahawa setiap sen yang dibelanjakan secara yang tidak halal akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah di akhirat kelak.

Peranan mufti ialah, beliau harus mengingatkan Raja, MB, Exco, orang-orang politik dan pegawai kerajaan, supaya tidak membazir, jangan menyeleweng wang rakyat, jangan berjudi, jangan meminum arak dan sebagainya. Bukan hanya cakap soal perpaduan Melayu-Islam sahaja.

Peranan mufti yang utama antaranya, ialah membantu sesebuah kerajaan negeri, melaksanakan pemerintahan mengikut panduan Islam, terutamanya dalam soal menjaga halal haram.

Dalam soal hukum minum arak misalnya, jika ianya dilakukan pemimpin, tetapi mufti tidak menegur. Mufti akan turut bersubahat dan sama-sama menanggung dosa.

Jangan kerana mufti dilihat terlalu akrab dengan pemimpin, maka jika dia membuat kesalahan, mutfi hanya mendiamkan diri. Takut-takut nanti beroleh gelaran ulama bisu pula.

Berbalik soal politik Perak. Jelas Zambry bukan tandingan Nizar. Tiada karisme langsung. Beliau jauh lebih bacul jika dibandingkan dengan bekas MB, Dato' Seri Tajol Rosli Ghazali yang dilihat 'lembik' oleh orang-orang Umno.

Zaman Tajol, sidang Dun dibuat selama beberapa hari. Boleh bahas enakmen atau perbekalan tambahan dua tiga hari, zaman Zambry pintu demokrasi disempitkan akibat ketakutan yang melampau.

Ketakutan Zambry diungkapkan oleh Adun Pantai Remis Nga Kor Ming, katanya, "Berani kerana benar, takut kerana salah. Jika tidak buat salah, mengapa BN begitu takut mendengar suara rakyat dari Pakatan Rakyat."

Maka di atas ketakutan itu, sejak memerintah Perak, Zambry terpaksa mempergunakan ramai anggota keselamatan, kononnya untuk mengendurkan tekanan Pakatan Rakyat.

Namun Zambry tersilap langkah. Beliau masih tidak sedar bahawa rakyat tidak takut kepada gertakan polis. Rakyat tidak takut kepada Umno.

Rakyat tidak takut kepada sesiapa pun yang melanggar prinsip demokrasi, walaupun jika pemerintah berselindung di sebalik istana.

Hal ini diperkatakan rakyat kebanyakan. Apa yang Zambry hendak takut kalau dia memerintah secara halal? Inilah akibatnya, apabila mengambil kuasa secara haram.

Memerintah dalam keadaan takut-takut.Seolah-olahnya banyak perkara yang hendak Umno-BN sembunyikan daripada rakyat.

Barangkali dengan mengehadkan sidang Dun, Zambry fikir beliau boleh menghalang suara Pakatan Rakyat.

Namun sebenarnya, tindakan yang dibuat Zambry semakin membuatkan rakyat semakin membenci Umno-BN, kerana hanya menunjukkan pemerintahan kerajaan negeri Umno-BN terumbang ambing dan caca merba.

Umno-BN tidak boleh mempersalahkan Pakatan Rakyat dalam hal ini. Selepas Nizar dan anggota Exconya digugurkan, mereka langsung tidak ada access dengan pentadbiran negeri.

Kelemahan yang berlaku berpunca daripada Umno-BN sendiri. Umno serta parti-parti yang berada dalam komponen BN semua lemah dan tidak stabil.

Bagaimana sebuah parti atau coalition boleh mentadbir negeri dengan baik, jika dalaman mereka berpecah belah dan tidak mendapat sokongan rakyat?

Apa yang berlaku di Perak, jelas menunjukkan bahawa, Zambry sendiri tiada karisme, tidak tahu mentadbir. Oleh kerana itu Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak sepatutnya berasa malu mempunyai MB yang spesies seperti Zambry.

Zambry menjatuhkan maruah Umno, memalukan Umno dan semakin merosakkan imej Umno-BN di Perak. Inilah hasilnya jika mengambil alih kuasa secara haram. Kesemua ini sudah disimpulkan kartunis Zunar dalam idea klasik beliau dalam majalah bertajuk 'Perak Darul Kartun'.

Maka dalam soal ini bukan Zambry seorang yang salah sahaja. Ramai yang terbabit. Terutama mereka-mereka yang bersekongkol dengan Umno-BN untuk merampas kuasa dari rakyat.

Dosa-dosa akibat tangan-tangan kotor mereka yang membantu Umno-BN terlalu banyak dan harus dibersihkan. Angkara mereka ini hanya memperkukuhkan tekad rakyat untuk memastikan Perak bersih daripada najis, kotoran dan daki Umno-BN, dengan mengembalikan kuasa kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum akan datang.


Zambry, oh Zambry.

Pekerja bank raya sakan tahun ini

Posted: 11 Aug 2010 06:05 PM PDT

Permulaan Ramadhan tahun ini diserikan lagi dengan berita gembira buat pekerja-pekerja bank.

Mereka bakal merayakan Hari Raya Aidilfitri yang paling meriah dan bergaya tahun ini apabila tunggakan gaji dan bonus yang telah dinanti-nantikan sejak 20 bulan yang lalu kini menjadi kenyataan.

Perjanjian kolektif diantara NUBE (Kesatuan Pekerja-pekerja Bank Semenanjung Malaysia) dan MCBA (Persatuan Bank-Bank Malaysia) yang ditandatangani jam 4.30 petang semalam menyaksikan kenaikan gaji bulanan sebanyak 9% kepada semua pekerja-pekerja bukan eksekutif di bank Semenanjung Malaysia.

Buat pertama kalinya juga, COLA (Alaun Kos Saraan Hidup) akan diperkenalkan dengan bayaran sebanyak RM100 (luar bandar) dan RM150 (bandar: KL, JB dan Penang).

Umur persaraan juga dinaikkan daripada 55 tahun ke 57 tahun (bergantung kelulusan bank) dan cuti bersalin selama 90 hari serta wang tanggungan anak [Childcare] (anak 7 tahun kebawah) sebanyak Rm50 sebulan kepada pekerja lelaki.

Kesemua tunggakan gaji serta bonus akan dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri manakala tunggakan kewangan yang lainnya akan dibayar dalam 60 hari daripada semalam.

Kegiatan membeli-belah musim perayaan tahun ini dijangka bertambah sibuk dan sesak berbanding tahun-tahun sebelumnya memandangkan pekerja-pekerja bank akan menyerbu serta memenuhi setiap pasaraya diseluruh negara.

Kepada mereka yang menerima durian runtuh berupa tambahan rezeki daripada Allah Taala tahun ini diharap agar tidak boros dan berhemah dalam berbelanja. Segala hutang piutang perlu dijadikan agenda keutamaan sebelum membeli belah serta berbelanja sakan. {Peringatan ini juga ditujukan kepada diri penulis sendiri...}

40,000 pekerja bank dapat durian runtuh

2010/08/12

KUALA LUMPUR: Lebih 40,000 pekerja bank akan menerima durian runtuh antara RM3,700 dan RM12,000 sebagai bayaran tunggakan hasil rundingan perjanjian bersama (CA) di antara Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) dan Persatuan Bank-Bank Perdagangan Malaysia (MCBA).

Setiausaha Agung NUBE, J Solomon, berkata sebahagian daripada tunggakan akan dibayar sebelum Aidilfitri dan bakinya dalam tempoh 60 hari bermula semalam, iaitu tarikh perjanjian ditandatangani.
Beliau menyifatkan CA yang berkuat kuasa dari 1 Januari tahun lalu hingga 31 Disember 2011 sebagai yang terbaik dalam sejarah NUBE kerana ia membuka ruang baru selain menawarkan faedah baru kepada pekerja.
Antara faedah itu ialah cuti bersalin 90 hari berkuat kuasa semalam, elaun sara hidup, peningkatan umur bersara daripada 55 kepada 57 tahun, dan faedah perubatan sehingga RM25,000 setahun dilanjutkan selama tiga tahun selepas bersara.

Faedah lain ialah kenaikan gaji secara menyeluruh sebanyak sembilan peratus, kenaikan gaji tahunan sebanyak 21 peratus dan elaun makan dinaikkan 20 peratus.

Solomon juga memuji persatuan kerana berjaya mencapai persetujuan dalam masa kurang setahun.

Sementara itu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia mengalu-alukan CA baru sektor bank dan menggesa agar majikan sektor lain mengambil langkah serupa.

Kami khususnya menggesa sektor perkilangan dan perladangan agar menyediakan suasana bekerja yang lebih baik dan faedah bagi pekerja mereka, kata Naib Presidennya, A Balasubramaniam Said.
BERNAMA


Alhamdulillah. Rezeki Allah. Teman tahun ni nak beraya rumah orang-orang bank le. Mesti kuihnya yang lagi sedap sebab mahal. Sofanya lagi lembut sebab serba baru dan mahal. TVnya lagi jelas dan beso sebab 42 inci keatas.

Amende pun kita bukan beraya untuk itu semua. Kita beraya untuk meraikan kemenangan kita menentang dan mengekang hawa nafsu selama sebulan serta menjalin dan mengeratkan lagi silaturrahim sambil bermaaf-maafan sesama kita. Betoi dak?

Solat hajat, Yaasin dan doa untuk isteri Pesuruhjaya Pas Perak

Posted: 11 Aug 2010 04:39 PM PDT

Seluruh ahli PAS dan penyokong PAS diseru untuk mendirikan solat Hajat, membaca Yaasin dan bermunajat serta berdoa agar isteri Ust. Abu Bakar Husein, Pesuruhjaya PAS Perak disembuhkan oleh Allah swt.

Isteri PJ Perak, Ustazah Hajjah Rafeah bt Ramli telah menderita sakit sekian lama. Kini beliau terlantar di Hospital Permaisuri Bainun (Hospital Besar Ipoh) dalam keadaan tenat dan kritikal.

Ahli PAS dan para penyokong yang ingin menziarahinya boleh melawat di wad 2c bilik 1, Hospital Besar Ipoh.

Semoga dengan doa muslimin dan muslimat sekalian diperkenankan oleh Allah Taala agar Ustazah Rafeah segera sembuh daripada penyakitnya dan kembali sihat seperti biasa. Segala jasa baik muslimin dan muslimat mendoakan beliau, pasti mendapat keredhaan dan ganjaran yang berlipat ganda daripada Allah SubhanahuwaTaala. Amin.

Malaikat turun ke bumi

Posted: 11 Aug 2010 04:25 PM PDT



Subhanallah!

Tiada ulasan: