Khamis, 12 Ogos 2010

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

:: @ AL-BAKISTANI @ ::


PERLANTIKAN PEMIMPIN

Posted: 12 Aug 2010 02:28 PM PDT

Tugas pemimpin adalah 'khalifah fi al-ard', iaitu melaksanakan agama dan mentadbir bumi dengan agama. Mereka adalah pengganti para nabi yang merupakan 'duta' Allah di atas muka bumi ini.

Para nabi itu pula hadir, atas perlantikan dari Allah SWT. Dan lantikan Allah, sudah pasti adalah yang paling baik untuk manusia.

Adapun pemimpin yang merupakan pengganti Nabi, ia tidak boleh terus menabalkan dirinya sebagai pemimpin tanpa persetujuan rakyat. Jika tidak, ia akan melahirkan kekacauan dan kecelaruan.

Tindakan ini, dilakukan sendiri oleh para sahabat terdahulu. Abu Bakar As-Siddiq tidak menabalkan dirinya sebagai Khalifah Rasulillah SAW, sebaliknya setelah dibaiah baru Abu Bakar bertugas sebagai Khalifah. Begitujuga berlaku kepada khalifah yang lain, seperti Umar bin Al-Khattab, Usman bin Affan dan Ali bin Abi Talib.

Ada pihak menolak konsep ini, seakan-akan mereka mahu mengatakan bahawa pemimpin mereka itu seperti wakil tuhan. Jika inilah keadaan dan system mereka, ia tidak ada beda dengan konsep teokrasi dan dictator atas nama tuhan, seperti yang dilakukan oleh paderi-paderi di zaman kegelapan eropah terdahulu, waima mereka menggunakan istilah-istilah Islam untuk menegakkan konsep mereka.

Dalam Islam, perlantikan itu terletak kepada orang bertaqwa. Ekoran itu, Allah SWT ada berfirman;

وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Maksudnya;
"[mereka berdoa] jadikan kami menjadi pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa"

(Al-Furqan : 74)

Dalam ayat ini, amat nyata bahawa Allah SWT mencadangkan kepada satu doa yang kandungannya meminta agar kita memohon kepada Allah SWT menjadi ketua atau pemimpin dari kalangan orang yang bertaqwa kepada Allah SWT.

persoalannya, apakah orang melantik kita atau tidak? Maka itu bukan perkara penting. Kita tidak dituntut supaya melobi, dan kempen agar orang lain lantik kita sebagai pemimpin. Tetapi, apabila Allah SWT hendak kita menjadi pemimpin, tanpa kita kempen pun, automatik orang akan memilih kita sebagai pemimpin.

Soalnya, bagaimana hendak dipilih oleh Allah SWT? Tidak lain dan tidak bukan, kita perlu menjadi manusia yang terbaik dan paling taqwa dari kalangan orang-orang yang bertaqwa.

Menjadi kebiasaan dalam kehidupan ini, bahawa seseorang ketua itu dilantik dari kalangan orang yang terbaik dari kalangan mereka. Contohnya dalam sesebuah syarikat. Semua ahli lembaga pengarah akan melantik kita sebagai pengarah, jika mereka sendiri nampak dan percaya kita adalah yang terbaik dalam menjadi ketua syarikat.

Maka begitujuga jika kita dilantik menjadi ketua dari kalangan orang yang bertaqwa. Apabila rata-rata rakyat bertaqwa kepada Allah, secara automatik, mereka akan melantik orang yang paling bertaqwa dari kalangan mereka sebagai pemimpin.

Kesimpulannya, kebanjiran manusia bertaqwa menyebabkan lahirnya masyarakat bertaqwa. Apabila masyarakat bertaqwa, ketika itu secara majoriti rakyat akan memilih orang yang paling bertaqwa sebagai pemimpin.

Mungkin ada benarnya ungkapan menyebut, "Pemimpin yang bodoh, akan dilantik oleh majoriti rakyat yang mudah diperbodohkan"

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] Sg buloh
13 Ogos 2010 * 5:28 pagi

KENAPA NABI SAW TIDAK BUAT?

Posted: 12 Aug 2010 11:17 AM PDT

Nabi SAW, jika tidak melakukan sesuatu amalam, maka ia memberi sebab seperti berikut;

Pertama: perbuatan itu makruh.

contoh, nabi SAW lihat para sahabat makan dhob tanpa Nabi SAW makan. Baginda SAW pula tidak marah melihat para sahabat yang makan dhob itu.

Kedua : menghormati orang lain.

Contoh, nabi SAW tidak makan bawang putih dan bawang besar yang mentah kerana memberi penghormatan kepada malaikat.

Ketiga: bimbang diwajibkan.

Contoh, nabi SAW amat suka solat tarawih, tetapi tidak turun ke masjid untuk menunaikannya pada hari keempat bulan ramadhan secara berjemaah, kerana bimbang ia diwajibkan kepada umat.

Keempat : tanda ia tidak salah kalau buat.

Seperti, nabi SAW tidak marah dan tidak menegur ketika Nabi SAW melihat Aisyah dan kawan-kawannya sedang menyanyi ketika hadir hari raya.

kelima: tidak buat itu lagi afdhal.

contohnya, khususiyyat Rasulullah SAW bahawa tidak wajib atas Nabi SAW melakukan pembahagian bermalam untuk para isteri [lihat surah al ahzab : 51]. Tetapi Nabi SAW tetap jaga pembahagian malam, kerana ambil jalan afdhal.

Keenam : bimbang kedatangan mudharat yang lagi besar.

Contoh, Nabi SAW ada berkata kepada Aisyah, "apakah kamu perhatikan kepada kaum kamu ketika mereka bina kaabah, mereka mengurangkan daripada qawaid ibrahim.

Aisyah bertanya, "wahai rasulullah. Kenapa kamu tidak kembalikan kaabah itu pada qawaid ibrahim?".

Jawab nabi, "jika tidak kaum kamu baru [meninggalkan kekufuran], pasti aku akan melakukannya".

[al-muwafaqat : 4/60]

sekian

wallahu 'Alam

Al-Bakistani

- Bukit Rahman Putra
12 Ogos 2010 * 4:15 petang

HAPUSKAN RASUAH DALAM LINGKUNGAN DEMOKRASI?

Posted: 11 Aug 2010 11:59 PM PDT


Ada menyatakan, kita perlu usahakan untuk mencapai khalifah dahulu, jika mahu hapuskan rasuah. Kita tidak boleh terlibat dengan demokrasi yang haram itu, dalam usaha menghapuskan rasuah.

Jawapan;

Sabda Nabi SAW;

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

Maksudnya;
"barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia tukarnya tangan. Jika tidak mampu, hendaklah dia tukar dengan lidah. Jika tidak mampu juga, maka hendaklah dengan hati [benci]. Maka itu adalah selemah-lemah iman" [muslim : 70]

Dalam mensyarahkan hadis ini, qadhi iyyad berkata;

هَذَا الْحَدِيث أَصْل فِي صِفَة التَّغْيِير فَحَقُّ الْمُغَيِّر أَنْ يُغَيِّرهُ بِكُلِّ وَجْه أَمْكَنَهُ زَوَاله بِهِ قَوْلًا كَانَ أَوْ فِعْلًا

maksudnya;
"hadis ini adalah asal sifat mengubah [kemungkaran]. menjadi hak pihak yang mengubah [orang yang melihat kemungkaran] bahawa dia mengubah dengan semua bentuk yang termampu menghilangkannya [kemungkaran], sama ada dengan perkataan atau dengan perbuatan"[Syarh An-Nawawi : 1/131].

Rasuah adalah kemungkaran. Kalau seseorang itu tidak solat, kemungkaran itu antara seseorang dengan Allah, tetapi apabila seseorang itu bermain dengan rasuah, sudah pasti dosanya itu bukan antaranya dengan Allah sahaja, tetapi sudah merebak kepada orang lain. Terutama, rasuah itu melibatkan dengan harta kerajaan, sudah ia melibatkan dosa dengan rakyat negara seluruhnya.

Justeru, rasuah ini wajib dihapuskan. Usaha menghapuskan ini, hendaklah dilakukan mengikut kadar termampu.

Di Malaysia, ia sukar dilakukan dengan sekadar mengadakan seminar, edar risalah, berceramah, berkuliah dan sebagainya. Lebih-lebih lagi, apabila rasuah itu berlaku dikalangan pemimpin negara yang naik menjadi pemerintah dengan cara demokrasi.

Justeru, tidak dapat tidak, usaha menghapuskannya mengikut kadar yang mampu adalah wajib, berdasarkan dalalah yang diisyaratkan menerusi hadis ini. Makanya, keterlibatan dalam demokrasi dalam menghapuskan rasuah adalah satu perkara yang wajib.

Kaedah fiqh ada menyebut;

"tidak sempurna perkara wajib, melainkan dengan melakukan perkara itu, maka melakukan perkara itu adalah wajib".

keadaan ini, bukan sekadar pada rasuah, malahan pada yang lain, seperti ISA, penyelewengan harta rakyat dan sebagainya.

Sekian

Wallahu 'alam.

Al-Bakistani.

- sri Indah [b] sg buloh
11 ogos 2010 * 5:28 petang

Tiada ulasan: