WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- PELIK, ALTANTUYA MASUK TAK DAPAT DIKESAN, RAJA PETRA KELUAR PUN TAK DAPAT DIKESAN JUGA
- BELUM MEMERINTAH PR MAMPU SEKAT JUDI, BAYANGKAN JIKA PR MEMERINTAH
- HAHAHAHA...KERAJAAN MSIA BURU RPK DAN BALA, ZAID SIAP MAKAN AIS KACANG LAGI...
- NASIB KATAK HITAM INI TERUS DILANDA MALANG.....
| PELIK, ALTANTUYA MASUK TAK DAPAT DIKESAN, RAJA PETRA KELUAR PUN TAK DAPAT DIKESAN JUGA Posted: 05 Jul 2010 11:29 AM PDT Aku ingat Raja Petra nak Hisyamuddin jawab dulu macam mana Altantuya masuk . Oleh: notan"Assalamualaikum,,.. Cerita lawak ditayangkan lagi, kali ini oleh Raja Perta.PR menayangkan gambar Zaid di blognya yang menyebabkan Hisyamuddin dan beberapa pemimpin serta anak buah UMNO melenting tak tentu hala.Hisyamuddin mengeluh kerana polis UK tidak mahu bekerjasama untuk menangkap RP dan dalam masa yang sama Hisyamuddin melahirkan rasa hairanya bagaimana RP boleh lolos dari Malaysia dan tinggal di UK tanpa sekatan kerajaannya.Kehairanan Hisyamuddin menimbulkan pula rasa hairan di benak ramai orang yang ingin tahu bagaimana Altantuya masuk ke Malaysia untuk mati.Hisyamuddin adalah menteri yang bertanggungjawab dalam urusan rekod perjalanan keluar masuk negara.Oleh itu sekiranya dia hairan bagaimana RP boleh lolos keluar sudah tentu dia patut merasa hairan juga bagaimana Altantuya boleh masuk ke Malaysia.Namun rasa hairanya hanya diluahkan dalam kes RP tidak Altantuya.Dalam kes Altantuya, Hisyamuddin berbelit belit mencari sebab ketika menjawab soalan yang ditanyakan di Parlimen.RP mungkin sudah dapat membaca reaksi pemimpin UMNO ketika muncul bersama Zaid dan dengan selamba beliau memasukkan gambar Zaid di blognya yang masih aktif walaupun beliau menghilangkan diri kerana enggan dibicarakan di Malaysia.RP dapat dikesan cuba menyampaikan mesej kepada pemimpin UMNO supaya menjawab soalan bagaimana Altantuya boleh masuk ke negara ini.Tetapi macam biasalah, pemimpin UMNO terus menggunakan satu lidah mereka untuk mengecam RP dan satu lagi lidah digunakan untuk memberitahu tidak ada apa apa yang berlaku.Yang salah ialah RP kerana melarikan diri, enggan menghadapi tindakan kerana keceluparannya.Sementara Altantuya hanyalah fitnah terhadap pemimpin no. wahid negara.Altantuya tidak perlukan apa apa dokumen untuk masuk ke negara ini tetapi RP adalah penjenayah besar kerana lari dari perbicaraan dan lari dengan tidak menggunakan apa apa dokumen.Semua yang bersubahat dengan RP termasuk Zaid dan kerajaaan UK mesti bertanggungjawab.Tetapi agak menghairankan lagi ialah kenapa Zaid tidak didakwa kerana bersubahat dengan penjenayah bernama RP dan kenapa tidak ada bantahan resmi diberikan kepada kerajaan UK kerana bersubahat dengan penjenayah? Inilah lawak UMNO.Lawak dengan mengatakan RP sebagai pengecut dan berbagai bagai tuduhan lagi pada ketika mereka menyembunyikan fakta fakta yang sudah semakin jelas sekarang.Tetapi RP juga pandai buat lawak sehingga ke tahap UMNO menggelabah dan panas punggung.Apa yang dapat diperhatikan ialah RP mahu pemimpin UMNO menjelaskan dulu bagaimana Altantuya masuk ke negara ini dan bagaimana C4 diperolehi untuk meletupkannya sebelum penjelasan bagaimana beliau keluar dari negara ini didedahkan. Di sinilah nampaknya Hisyamuddin terperangkap bersama anak buah pencacainya.Tetapi lawak tetap lawak macam mana diolah sekalipun./Tranungkite | ||||||
| BELUM MEMERINTAH PR MAMPU SEKAT JUDI, BAYANGKAN JIKA PR MEMERINTAH Posted: 05 Jul 2010 07:00 AM PDT PAKATAN RAKYAT masih menuju cita-cita untuk menaiki Putra Jaya. Cita-cita yang dihajati oleh rakyat kini semakin hampir untuk dicapai dan ternyata Bn yang ditunjangi oleh Umno kini berada di dalam keadaan amat terdesak dan tertekan. PR telah banyak membuktikan kepada rakyat bahawa parti gabungan yang terdiri dari PKR, PAS dan DAP ini jauh lebih baik dari pemerintahan Bn yang ada sekarang. Di peringkat Pusat, usaha kita terhad untuk membela nasib rakyat tetapi di beberapa negeri yang kita kuasai ternyata rekod pemerintahan PR jauh lebih cemerlang. Meskipun Bn terutamanya Umno yang dibantu oleh beberapa agensi lain berusaha sedaya upaya untuk memburukkan prestasi pentadbiran negeri-negeri di bawah PR, namun rakyat tidak lagi buta. PR kini cuma memerlukan sedikit usaha berterusan memikat pengundi-pengundi Melayu yang sememangnya kita ketahui amat susah untuk menerima perubahan. Jika Melayu berfikiran terbuka dan berani melakukan perubahan, Melayu di negara ini tidaklah menjadi seperti sekarang. Sekadar megah mengaku menjadi tuan di negara ini tetapi nasib mereka tidak terbela. PR nampaknya lebih prihatin dan peka akan permasalahan itu. PR tidak lagi mahu melihat isu perkauman membantutkan kerja untuk membangunkan negara. Banyak isu kini dilihat isu bersama di kalangan parti-parti di dalam PR. Sebagai contoh, PR bersepakat untuk menentang judi sukan yang teramat sangat diimpikan oleh pemimpin Umno itu. Sudahlah mereka mengekalkan judi yang sedia ada, mereka mahu menambah lesen judi sukan pula. Akhirnya, berkat kerjasama serta perpaduan di kalangan parti di dalam PR serta beberapa NGO yang berani, kerajaan di bawah Umno ini tertekan yang kemudiannya menarik kembali niat mereka yang jahat itu. Lihatlah, belum pun kita berkuasa kita masih mampu menyekat perkara-perkara yang tidak menguntungkan rakyat bahkan menzalimi rakyat itu. Judi sebenarnya adalah aktiviti yang boleh dikategorikan sebagai aktiviti zalim dan penganiyaan. Bayangkan jika kita berkuasa di peringkat Pusat. Bukan sahaja aktiviti judi sukan boleh kita haramkan, bahkan kesemua bentuk judi sukan pasti tidak wujud di negara ini. Betapa susahnya mentadbir hanya beberapa buah negeri yang mana judi itu berakar umbinya di Pusat. Mengapa masih ada yang meragui hasrat dan cita-cita murni PR? Mengapa mereka masih mengharapkan Bn atau Umno untuk membela nasib mereka? Mungkin kaum lain telah mula membuka mata terhadap keikhlasan PR, malang sekali masih terdapat ramai Melayu yang masih dibuai dengan seribu janji dan umpan oleh Sang Penguasa yang amat bimbang mereka akan tersungkur. Mereka telah diajar bahawa Melayu itu Umno dan Umno itu Melayu, maka Melayu mesti berkuasa di tanah air ini. Oleh itu, mereka bimbang jika Umno tumbang maka hilanglah `keMelayuan' mereka. PR mesti mencari jalan bagaimana untuk menyelamatkan mereka yang beranggapan sedemikian. Apabila kita telah berada di Putra Jaya, nescaya selepas itu nanti baru mereka tahu betapa mereka telah ditipu berpuluh-puluh tahun oleh Umno/Bn. /mandor.blogspot.com | ||||||
| HAHAHAHA...KERAJAAN MSIA BURU RPK DAN BALA, ZAID SIAP MAKAN AIS KACANG LAGI... Posted: 05 Jul 2010 03:07 AM PDT
| ||||||
| NASIB KATAK HITAM INI TERUS DILANDA MALANG..... Posted: 05 Jul 2010 02:08 AM PDT
ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh hari ini diberi notis 14 hari untuk memohon maaf kepada ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim serta membayar ganti rugi RM500,000 kerana membuat kenyataan tidak benar tentangnya.
"Saya beri dia notis 14 hari untuk meminta maaf dan membayar gantirugi RM500,000. Jika tidak prosedur saman ini akan difailkan oleh peguam saya," kata Khalil Idham (kiri). Keshvinder, ADUN DAP Malim Nawar telah keluar DAP baru-baru ini. Dalam kenyataannya kepada media, beliau berkata pernah meminjam wang dari Khalil Idham, untuk membantu penduduk kawasannya. Namun, menurut Khalil Idham yang juga Ketua Penerangan Pakatan Perak dan bekas pengerusi Kelab BBC kerajaan Perak, beliau dihubungi oleh Kesvinder melalui sms untuk meminjam wang bagi membayar hutang bank setelah keretanya ditarik. "Saya sendiri telah bersama beliau ke Ambank Ipoh pada 19 Mei lalu dan memberikan wang sebanyak RM3,500 untuk tujuan itu. Saya sendiri melihat dia membayar wang sebanyak RM2,825 untuk tujuan itu," kata Khalil Idham. Khalil Idham berkata, beliau mempunyai bukti segala kenyataannya dan akan digunakan dlam perbicaraan di mahkamah nanti.
Dalam kenyataannya kepada media di luar pejabat SPRM itu, Keshvinder mendakwa, agen Datuk Seri Najib Razak, ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Perhubungan Umno Perak yang membuat tawaran itu. Pada 15 Jun lalu, pada sidang medianya, Keshvinder mengumumkan beliau keluar dari DAP dan menjadi ADUN Bebas dan menyokong Barisan Nasional. Beliau menafikan menerima sebarang bayaran untuk tindakannya ini dan mencabar mana-mana pihak memeriksa akaun bank beliau. "Saya bersih," kata ADUN Malim Nawar itu. Antara dakwaan beliau ketika mengumumkan kerana keluar DAP adalah kerana kegagalan DAP membantunya dalam menguruskan keperluan rakyat kawasannya./Malaysiakini |
| You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

KUALA LUMPUR, 5 Julai: Datuk Zaid Ibrahim mengesahkan beliau akan bertemu dengan bekas pengawal pribadi rakan Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda iaitu P Bala Subramaniam untuk makan dan minum bersama beliau selepas polis dan SPRM enggan bertemu beliau.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan