:: RUANG BICARA PRIA MALAYA :: |
| Negara Islam: Kenyataan Karpal Bukan Dasar Pakatan Rakyat - DAP Posted: 05 Jul 2010 08:42 PM PDT ![]() PETALING JAYA: PAS dinasihatkan supaya tidak cepat melatah dengan mengambil kira pendirian pemimpin tertentu dalam Pakatan Rakyat yang pada hakikatnya bukan menjadi dasar pakatan pembangkang itu. Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw(gambar) berkata, isu yang mengatakan DAP tidak menghormati konsep negara Islam yang diperjuangkan PAS hanyalah salah faham dan tidak berbangkit. "Bagi saya perkara ini tidak timbul, pakatan bererti kami berpakat dalam isu-isu dan nilai-nilai yang sama seperti memerangi rasuah, membasmi kemiskinan dan memandang isu dari segi masyarakat majmuk bukan perkauman. "Soal pendapat seseorang bukan dasar Pakatan Rakyat," katanya kepada mStar Online di sini hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi yang dipetik sebagai berkata, partinya sedia mengkaji semula hubungannya dengan DAP jika pemimpin parti tersebut berterusan mempertikaikan konsep negara Islam. Ia merujuk kepada kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh baru-baru ini yang mengulangi pendiriannya menolak untuk berkompromi terhadap konsep negara Islam yang diperjuangkan PAS, sekiranya pembangkang mengambil alih negara. Bagi Karpal, Malaysia merupakan sebuah negara sekular berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan dan adalah mustahil bagi DAP mengubahnya menjadi sebuah negara Islam. Selain itu ditanya sama ada amaran PAS itu akan menjejaskan kerjasama mereka bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pakatan Rakyat, Tan berkata beliau yakin kerjasama mereka akan kekal memandangkan mereka mempunyai prinsip dan matlamat politik yang sama. "Pakatan (akan) terus kekal berteraskan kepada prinsip bahawa kami mempunyai pelbagai isu dan nilai yang sama," katanya yang juga Ahli Parlimen Kepong. Katanya lagi isu bantahan terhadap konsep negara Islam telah dibangkitkan oleh individu tertentu bukan sesuatu yang baru namun ia ternyata tidak menggugat hubungan ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat itu. "Isu yang disebutkan itu berulang (kali) dibangkit secara perseorangan selama bertahun-tahun... (namun) ia bukan kekangan untuk Pakatan Rakyat," katanya. - Mstar |
| Lagi 'Umno dan Judi': Biro Belia dan Sukan Umno Jasin anjur judi 'cabutan bertuah'? Posted: 05 Jul 2010 06:22 AM PDT Biro Belia dan Sukan UMNO Jasin anjur Judi Terdapat beberapa "sampah" di longkang di tepi padang. Maka kertas itu dikutip untuk dilihat apa isinya. Beberapa kertas nombor "cabutan bertuah", yang dijual pada harga RM 1. Dalam erti kata lain, JUDI. Beli nombor untuk menang hadiah, kalau nak peluang lebih, boleh beli nombor tambahan. Anjuran siapa?, Sila klik untuk zum Acara judi ini dilakukan dengan nama yang agak indah. "MEMBELI, MENDERMA DAN MENANG", "Pengadil" pun sama turut menyertainya Ada juga yorang yang sama membeli lebih daripada satu nombor, Kalau nombor 355, 357, & 360 dibeli olehnya, Agaknya siapa yang beli nombor 356? Menurut seorang pemuda UMNO yang saya rahsiakan namanya, "cabutan nombor bertuah sebegini, sudah banyak tempat dilakukan". Sebelum ini pun sudah ada judi "Cabutan Bertuah" bernilai RM 3.00 setiap nombor. Maksudnya, barah judi sudah membarah, sehingga dianggap biasa. Ramai golongan muda, yang tertarik dgn kata indah "cabutan bertuah" atau "menderma" menceburkan diri ke lurah JUDI. Saya memang mempunyai dasar untuk tidak menyerang mana-mana pemimpin UMNO setempat terutama sekali di Parlimen jasin. Namun, bila golongan muda diajar berjudi, Ia merosakkan orang kampung saya juga. Tak boleh jadi. Bayangkan golongan muda yang nak bersukan, ditarik ke arah judi? Jadi, ayuh kawan-kawan tolak judi dan tolak penganjurnya. & Alang-alang tolak judi, Tolak riba' sekali. sumber: Hasbullah Pit Sementara ust Zaharudin dlm merungkai persoalan judi dlm bentuk cabutan bertuah dan peraduan, menghuraikan seperti mana berikut: Hukum Cabutan Bertuah & Bentuk Peraduan, Pertandingan Moden unsur perjudian dalam sebarang peraduan, permainan dan pertandingan dalam dua bentuk seperti berikut :- 1) Disebabkan oleh jenis permainan : Iaitu apabila ia bersifat permainan yang hanya bergantung kepada tuah (game of luck) untuk menang serta memerlukan bayaran untuk menyertainya . 2) Disebabkan oleh hadiahnya : iaitu apabila hadiahnya diambil dari kumpulan wang penyertaan semua peserta. Para ulama kontemporari dalam persidangan fiqh di atas mentakrifkan judi (al-qimar) mengandungi dua unsur utama :- * Setiap permainan yang mensyaratkan mereka yang kalah untuk membayar sesuatu. * Mengambil harta orang lain dalam situasi 'mukhatarah' atau risiko samada akan dapat atau tidak dapat. **baca seterusnya di sini..wallahua'lam.. Artikel berkaitan: - Koleksi UMNO dan JUDI dulu kini dan selamanya..(video inside) |
| You are subscribed to email updates from :: RUANG BICARA PRIA MALAYA :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan