Blog-list Malaysia |
- Soalan SPRM tiba dengan teksi London
- Pilihanraya Mengejut Tanda BN Nak Bunuh Diri - Nazri
- "Kita Tak Boleh Redah Negara Orang Dan Tangkap Raja Petra"
- PDRM Tak Berani Tangkap Raja Petra
- Shafie Apdal Dakwa PAS Parti 'Ajaran Sesat'
- Berhati-Hati Dengan Bernama - TGNA
- Inilah Tujuan Utama Ulama Muda Nie Sertai Umno
| Soalan SPRM tiba dengan teksi London Posted: 05 Jul 2010 09:25 PM PDT ![]() Senarai soalan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk dijawap oleh penyiasat persendirian, P Balasubramaniam kini di tangan peguamnya di London. Senarai soalan SPRM itu dimuatkan dalam satu sampul dihantar dengan sebuah teksi kepada peguam Balasubramaniam, Americk Sidhu di hotelnya di London. Soalan berkenan dihantar untuk Balasubramaniam melalui perkhidmatan kurier selepas SPRM menarik balik janji mereka untuk menghantar pegawainya ke London untuk mencatatkan kenyataan penyiasat persendirian itu, yang dijadualkan semalam. "Kami sahkan bahawa telah menerima soalan berkenaan dan sedang mengkajinya buat masa ini," kata Americk, yang tidak mahu mengulas lanjut. Balasubramaniam dijangka menjawap soalan itu dalam bentuk afidavit. SPRM sedang menyiasat dakwaan bahawa beberapa tokoh mememaksannya menarik balik pengakuan bersumpah yang dibuatnya berhubung pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Antara mereka yang didakwa itu termasuk adik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak – Nazim dan ahli perniagaan Deepak Jaikishan. Selepas kejadian itu, Balasubramaniam melarikan diri ke luar negara tetapi mengeluarkan lebih banyak kenyataan yang mengejutkan terhadap Najib, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan juga menuduh bekas pegawai khas perdana menteri, Datuk Nasir Safar berada di lokasi kejadian apabila Altantuya diberkas oleh polis. Meskipun SPRM telah membatalkan wawancara yang dijadualkan itu, Balasubramaniam dan peguamnya menunggu di tempat yang di jadualkan iaitu di Leinster Gardens, Holiday Villa. Peguamnya yang hadir termasuk Americk dan Manjit Singh Dhillon dan mereka ditemani oleh ahli majlis tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim dan bloger Raja Petra Kamarudin. "Kami tunggu dari jam 10 pagi dan beredar selepas 1 petang," kata Americk. Sementara menunggu, mereka menikmati ais kacang di sebuah restoran Malaysia di hotel berkenaan. Ketika itu, sampul yang membawa senarai soalan SPRM tiba melalui teksi. Balasubramaniam akan mengadakan sidang media pada tempat yang sama pada 11 pagi Rabu ini (7petang waktu Malaysia) dan dijangka akan membuat lagi pendedahan. |
| Pilihanraya Mengejut Tanda BN Nak Bunuh Diri - Nazri Posted: 05 Jul 2010 07:24 PM PDT Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) menolak spekulasi bahawa negara kini berada di ambang pilihan raya tergempar meskipun Umno dan rakan komponennya telah diminta supaya bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-13. Pilihan raya umum ke-12 diadakan Mac 2008 dan oleh itu, mandat semasa lima tahun hanya sepatutnya berakhir Mei 2013. Mengulas cakap-cakap pilihan raya tergempar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata, agenda itu bukan dalam senarai BN buat masa sekarang kerana masih dalam proses pulih daripada prestasi buruk dialami ketika pilihan raya kecil Sibu Mei lalu. "(Biasanya) anda tidak membuat persediaan untuk menghadapi pilihan raya dalam enam bulan akan datang, anda kena bersedia dalam dua, tiga tahun (lagi)," kata Nazri. "Mengadakan pilihan raya esok ataupun dalam tempoh setahun mirip tindakan bunuh diri," kata beliau kepada The Malaysian Insider. Katanya, memanggil pilihan raya tergempar bukan satu idea yang bagus dengan mengambil kira keputusan pilihan raya kecil terbaru dihadapi BN. "Isyarat daripada pilihan raya (kecil) lalu akan memberitahu anda bahawa kami belum pulih lagi. Kami belum menyelesaikan kesemua masalah sehingga kini... kami hanya memberi ubat, kami belum pulih sepenuhnya. "(Panggil pilihan raya tergempar) ini (seakan) tindakan bunuh diri. Pada pandangan saya, pilihan raya umum hanya harus berlangsung pada 2013," katanya lagi. Bagaimanapun Nazri menekankan BN masih mempunyai majoriti yang baik dan tidak perlu risau dengan kedudukan itu. BN telah dinafikan majoriti dua pertiga di Parlimen dua tahun lalu manakala lima negeri pula jatuh kepada Pakatan Rakyat. Bekas menteri Kabinet Tan Sri Rafidah Aziz juga menafikan kemungkinan diadakan pilihan raya tergempar dalam waktu terdekat. Kata beliau, BN sebenarnya telah membuat persiapan sejak selepas pilihan raya umum 2008. "Persiapan (menghadapi pilihan raya) satu proses yang berterusan. Saya sendiri bercakap dengan akar umbi sejak pilihan raya umum lalu. "Bukannya baru memulakan persiapan dan mahu diadakan pilihan raya dalam tiga bulan ini," kata Rafidah. Bagaimanapun bekas ketua Wanita Umno ini berkata, adalah normal bagi komponen BN untuk bergerak ke arah pilihan raya umum memandangkan sudah memasuki separuh penggal mandat semasa yang diperoleh Mac 2008. "Itu sebabnya kami cuba untuk memotivasikan semua. Kami mengatakan dari dulu bahawa kita harus berada dalam suasana pilihan raya sebaik sahaja melepasi pilihan raya terdahulu," katanya lagi. "Adakah kita boleh menghadapi pilihan raya? Saya tidak boleh mengatakan dengan pasti tetapi berdasarkan semangat kita menyedari kelemahan dan kesilapan masa-masa lalu, kita harus mampu untuk menghadapi pilihan raya dengan berjaya lalu mencapai kemenangan," katanya lagi. Bagaimanapun pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menekankan bahawa sudah ada isyarat kukuh yang BN sedang bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya tergempar, kemungkinan dalam tempoh 12 bulan lagi. Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemungkinan akan diadakan pilihan raya tergempar tidak boleh diketepikan dan oleh itu, mereka perlu bersiap sedia ke arah itu. "Mereka telah memulakan tindakan terdesak dengan mengharamkan Suara Keadilan... menggunakan Utusan sebagai lidah mereka. Program televisysen setiap hari... mereka boleh berkata apa sahaja cerita yang mereka mahu. "Berita stadium runtuh? Scorpene? Apco? Mengapa tidak mereka menjawab kesemua soalan ini," kata beliau. Penasihat DAP Lim Kit Siang juga berkata, kemungkinan pilihan raya tergempar tidak boleh ditolak sama sekali tetapi tidak akan diadakan dalam waktu terdekat, sebaliknya dalam tempoh 12 bulan akan datang. "Secara tiba-tiba muncul cakap-cakap mengenai pilihan raya. Ia tidak boleh ditolak sama sekali. "Kemungkinan besar ia dikaitkan dengan senario ekonomi dunia dan sama ada dasar-dasar perdana menteri boleh bertahan dalam tempoh ini. "Melainkan beliau serius, dasar-dasar beliau akan dilihat sebagai kosong dan cetek... khususnya konsep 1Malaysia, Model Ekonomi Baru, Program Transformasi Kerajaan," katanya. Selain itu kata beliau, perpecahan dalam BN juga mungkin memaksa perdana menteri memanggil pilihan raya awal. "Apa jua keadaan, kita perlu bersedia," katanya. Dalam pada itu Naib Presiden PKR Azmin Ali memberitahu, berdasarkan kenyataan perdana menteri dan beberapa pemimpin Umno baru-baru ini pilihan raya tergempar tidak dapat dielakkan sama sekali. "Bagi PKR dan Pakatan, kami sudah bersedia. Kami telah turun ke akar umbi untuk menjelaskan (isu)... kami sudah bersedia. "Saya merasakan mereka telah melihat prestasi kami di peringkat negeri... rakyat sudah bersedia untuk perubahan," kata Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor, jawatan yang diambil alih bulan lepas. Azmin meramalkan pilihan raya akan dipanggil sebulan selepas Ramadan yang bermula Ogos ini. |
| "Kita Tak Boleh Redah Negara Orang Dan Tangkap Raja Petra" Posted: 05 Jul 2010 06:15 PM PDT Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dalam reaksi segera kepada komen Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin berkaitan Raja Petra menegaskan, pihak berkuasa tidak boleh meredah negara orang dan menangkap blogger itu tanpa dokumentasi yang sempurna dan kebenaran.Katanya, bukan pihak polis tidak sedar di mana Raja Petra berada atau di mana beliau akan muncul dalam sesuatu majlis umum di kota London tetapi permintaan PDRM untuk mendapatkan kerjasama Interpol untuk menahan pengendali laman web Malaysia Today itu telah ditolak Januari lalu. "Permintaan PDRM telah ditolak Januari lalu. Jadi kita tidak boleh sesuka hati masuk negara orang dan menahan orang yang kita kehendaki itu,'' jelas Musa. Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kritikan Khairy yang mempersoalkan kenapa PDRM sukar menahan Raja Petra sedangkan dia telah muncul di khalayak ramai beberapa kali dan yang terbaru hujung minggu lalu. Dua waran tangkap telah dikeluarkan ke atas Raja Petra kerana gagal menghadirkan diri dalam kes perbicaraannya. Beliau didakwa di bawah Akta Hasutan. Sementara itu kepada satu soalan lain, Musa menjelaskan, Pejabat Paguam Negara adalah jabatan yang bertanggungjawab mengendalikan hal ehwal ekstradisi dan ia perlu ditentukan oleh mahkamah dan bukannya pihak polis. |
| PDRM Tak Berani Tangkap Raja Petra Posted: 05 Jul 2010 05:39 AM PDT Zaid 'belanja' Raja Petra, Bala ais kacang Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Seri Zaid Ibrahim mengesahkan bahawa beliau akan bertemu dengan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam dan blogger Raja Petra Kamaruddin untuk makan dan minum bersamanya selepas polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) enggan berjumpa mereka."Nak ke Holiday Villa London dalam masa sejam lagi nak bertemu Bala. Bukan apa. Kerana polis dan SPRM tak mahu dan takut bertemu Bala dan Petra, saya dan kawan kawan akan belanja mereka ais kacang," kata Zaid dalam blognya dari London, hari ini. Menurut Zaid, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebenarnya takut kapada kedua-dua rakyat Malaysia itu. "Mula-mula, kita dengar PM Najib kata beliau penuh yakin polis akan menangkap Raja Petra; tapi dah 12 bulan polis tak buat apa-apa. Dan betullah saperti kata Khairy, Raja Petra selalu ada di khalayak ramai, di London dan Manchester. "Kalau saya dan ratusan rakyat Malaysia tahu dan dah pun bertemu dengan Raja Petra, takkan polis tak tahu. Mustahil," katanya dalam tulisan terbarunya. Ahli parlimen Rembau Khairy Jamaluddin hari ini di lobi parlimen bertanya apakah polis telah melakukan yang terbaik untuk menangkap Raja Petra yang bebas bergerak secara terbuka di kota London. Beliau juga mempersoalkan kenyataan pemimpin BN seperti Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta akhbar Utusan Malaysia yang didakwa heboh memperkatakan hubungannya dengan Raja Petra. "Soalan yang patut ditanya: mengapa tidak ada tindakan terhadap Raja Petra kalau dia ada membuat kesilapan? Beritahulah kepada rakyat apa dia kesalahan itu. "Ada waran yang dikeluarkan untuk menangkapnya? Setahu saya, tidak ada. Jadi kalau Raja Petra tidak membuat apa-apa kesalahan, mengapa pula saya tak boleh tengok bolasepak dengannya?" Menurut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, perkara yang sama dengan kes yang membabitkan Balasubramaniam. "Dia pun ada di London. Minggu depan, dia akan ke Paris untuk bertemu dengan pihak penyiasatan Perancis. Tapi polis Malaysia tak berminat bertemu dengan kedua-dua manusia ini. Persoalannya mengapa?" soal Zaid merujuk kepada tindakan polis Perancis yang menyerbu pejabat beberapa firma yang menjual kapal selam Scorpene kepada Malaysia, bulan lalu. Menurut Zaid, polis sebenarnya, tahu di mana Raja Petra dan Balsubramaniam berada dan katanya, polis juga telah bertemu dengan penyiasat persendirian itu di Bangkok. "PM Najib berkata kita tidak boleh percaya kepada Raja Petra; tetapi kita juga tak boleh percaya buta tuli kepada PM Najib. Jadi buatlah satu penyiasatan yang bebas dan terbuka, dan beri jaminan kepada kedua-dua mereka tentang keselamatan diri dan keluarga mereka, dan jaminan mereka tidak akan ditahan dibawah ISA. "Saya percaya mereka akan pulang ke Malaysia untuk mempertahankan kenyataan mereka yang dibuat tempoh hari. "Dan jika mereka benar-benar kaki penipu dan memalukan pemimpin negara, maka hukumlah mereka. Itu cara pemimpin yang reformis dan baik, bukan berlakon menggunakan polis dan akhbar menimbulkan buruk sangka setiap hari terhadap orang lain," katanya. Raja Petra menghadapi tuduhan menghasut dan fitnah, tetapi dilepaskan tanpa dibebaskan apabila waran tangkap gagal diserahkan kepadanya. Beliau dituduh memfitnah Datin Seri Rosmah Mansor, semasa Najib menjadi timbalan perdana menteri serta pegawai pengiring Rosmah ketika itu, Lt Kol Norhayati Hassan dan suaminya Lt Kol Abdul Aziz Buyong, dalam satu akuan bersumpah yang dibuat di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 10.25 pagi 18 Jun tahun lalu. Ia juga ada kaitan dengan tulisannya 'Let's send the Altantuya murderers to hell' yang dimuatkan di blognya. Dalam wawancaranya, seperti dimuatkan di Youtube dan blog Malaysia Today, Balasubramaniam pula pernah mendakwa Rosmah - melalui seorang ahli perniagaan Deepak Jaikishan - gembira dengan keputusannya menarik balik akuan bersumpah 3 Julai tahun lalu yang menuduh Najib ada hubungan intim dengan Altantuya Shaariibuu. Akuan bersumpah itu, yang diumumkan 3 Julai tahun lalu, mengandungi dakwaan yang Najib mempunyai hubungan dengan Altantuya Shaariibuu - kenyataan yang dinafikan Najib kemudiannya. Balasubramaniam kemudiannya menarik balik akuan bersumpah pertamanya itu dalam tempoh 24 jam dalam situasi yang meragukan dan meninggalkan negara bersama anggota keluarganya. Perdana menteri dan isterinya sering menafikan pembabitan mereka dengan kes wanita Mongolia itu, yang mati dibunuh pada 2006. |
| Shafie Apdal Dakwa PAS Parti 'Ajaran Sesat' Posted: 05 Jul 2010 12:08 AM PDT PAS Johor hari ini membuat laporan polis terhadap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung ucapannya yang didakwa menuduh parti Islam itu sebagai parti ajaran sesat.Laporan polis itu dibuat di balai polis Sentral Johor Bahru yang diketuai ketua penerangannya Mazlan Aliman, yang diiringi kira-kira 20 penyokong parti itu, pada jam 11.30 pagi tadi. Bercakap kepada Malaysiakini pagi ini, Mazlan mendakwa Mohd Shafie yang juga naib presiden Umno, dalam ucapannya perasmian mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kulaijaya kelmarin, telah menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat. "Itu kenyataan yang biadap, amat keterlaluan. Maka kami membuat laporan meminta pihak polis menyiasat kenyataan beliau itu dan kami mendesak agar beliau memohon maaf serta menarik balik kenyataan itu," katanya. Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat berkata, kenyataan Mohd Shafie itu dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian semalam Laporan itu memetik Mohd Shafie menyifatkan PAS sebagai parti ajaran sesat kerana didakwanya hanya memperjuangkan kemenangan kerusi DUN dan Parlimen berbanding kepentingan rakyat. Mengulas lanjut, Mazlan yang juga pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) berkata dakwaan yang dilemparkan kepada parti itu "tidak boleh diterima sama sekali". "Ahli PAS kini berjumlah satu juta, adakah beliau berani menyatakan (mereka) sesat. PAS menguasai Kelantan, memimpin di kerajaan Kedah dan suatu ketika dahulu memerintah di Perak, adakah beliau menyatakan majoritinya sebagai sesat," tegasnya. Sehubungan itu, beliau mencabar Mohd Shafie yang juga ahli parlimen Semporna untuk berdebat bagi membuktikan siapa yang sebenarnya sesat. Katanya, jika Mohd Shafie tidak memohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau itu, PAS Johor akan mengarahkan ahlinya di negeri itu untuk membuat laporan polis secara bersiri terhadap menteri itu. |
| Berhati-Hati Dengan Bernama - TGNA Posted: 04 Jul 2010 10:24 PM PDT Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menegaskan supaya semua pihak tidak terpengaruh dengan laporan Benama bertajuk "Nik Aziz Akui Wujud Perpecahan Parti Untuk Berebut Jawatan Pada Muktamar PAS Tahun Depan" yang disiarkan kelmarin."Jangan mudah terpengaruh dengan semua laporan berkenaan, terutama Bernama dan akhbar yang nampaknya ada agenda tersembunyi di sebalik apa yang mereka laporkan. "Hanya Allah jua yang maha mengetahui. Kepada pihak akhbar cermatlah dan jauhilah daripada memfitnah," tegasnya dalam satu kenyataan. Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan turut menegaskan bahawa laporan agensi berita itu adalah "tidak benar dan di luar konteks" daripada apa yang dimaksudkannya. "Saya dapati keseluruhan laporan itu merupakan tanggapan pihak Bernama sendiri dan bukannya dari maksud sebenar kenyataan saya," katanya. Menurutnya, menjadi lebih malang apabila berita itu dijadikan rujukan oleh beberapa media online dan media cetak seperti Malaysian Insider, Berita Minggu, Sinar Harian dan Sunday Star. "Namun, akhbar online Malaysiakini turut menyiar kandungan laporan Bernama, tetapi diharmonikan dengan tajuknya sendiri, iaitu "Nik Aziz cadang tiada pemilihan dalam muktamar." "Itupun masih tidak tepat, kerana pemilihan dibenarkan di dalam perlembagaan PAS. Sedangkan, pada sidang media tersebut, saya telah merujuk kepada asas perlembagaan PAS yang perlu dipatuhi demi mengelak apa-apa perbalahan, mahupun perpecahan," kata Nik Aziz. Bagaimanapun, beliau mengucapkan terima kasih atas laporan media yang berimbang seperti New Sunday Times dan Mingguan Malaysia yang tidak memetik laporan agensi berita itu. "Sebaliknya ia telah menyiarkan berita yang ditulis wartawannya sendiri. Begitu pula, Sinar Harian didapati memetik laporan Bernama, tetapi turut menyiarkan di ruang Kelantan kenyataan yang dianggap tepat mengenai cadangan saya agar berlaku syura bagi pemilihan dalam PAS. "Sementara Mingguan Malaysia tidak memetik laporan Bernama, sebaliknya menyiarkan kenyataan yang agak tepat dengan maksud sebenar saya," katanya. Sehubungan itu dalam kenyataan itu juga, beliau turut menyertakan jawapan penuh beliau selepas ditanya oleh wartawan berhubung kemungkinan berlaku pertandingan dalam pemilihan parti tahun depan. "Kalau boleh tidak perlu bertanding, kerana memang tak molek bertanding, tetapi kalau mahu bertanding juga biarlah buat betul-betul, bertandinglah, jangan sampai peringkat perpecahan. Ini luahan hati orang tua, tak mahu tengok perpecahan berlaku. "Pengalaman saya sendiri yang pernah bertanding dalam dewan ulama' satu ketika dulu, amat tidak comel. Baik kita cari cara yang lebih comel elak daripada perpecahan. "Moleknya, kita buat keputusan secara syura dan lantik ketua kita beramai-ramai. Ini cadangan saya. Tetapi saya tidak tahu sejauh mana syura dibenarkan oleh perlembagaan parti. Nik Aziz berkata penjelaskan ini dibuat bagi mengelakkan salah faham semua pihak, khususnya rakan-rakan pimpinan dalam PAS. |
| Inilah Tujuan Utama Ulama Muda Nie Sertai Umno Posted: 04 Jul 2010 08:28 PM PDT |
| You are subscribed to email updates from Blog-list Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Tiada ulasan:
Catat Ulasan